About Us

Wednesday, November 15, 2017

(Second Pregnancy)- Pengalaman Trimester Ketiga

Alhamdulillah..hari ni dah masuk 37 weeks. Berdebar pulak rasa. Walaupun dah ada pengalaman bersalin anak first sebelum ni, tapi rasa takut & risau tu still ada. Lain anak, lain pengalaman kan. Semoga semuanya baik-baik saja sehingga melahirkan.

Ok, hari ni nak bercerita tentang pengalaman semasa trimester ketiga. Ramai cakap trimester ketiga yang selalu ibu mengandung akan double triple penat membawa perut. Pada saya, balance kot. Ada masa letih ada masa cergas bertenaga. Hihi..masih aktif ke sana sini dengan perut besar. Mengandung 2x perut tak pernah tak besar. Hihi..Kalau masa second trimester perut tak besar mana. Sampai gi check up pun ada orang kata perut saya tak besar sangat padahal dah 6 bulan pun masa tu.  Tapi bila masuk je 3rd trimester, phew! besar sangat. hahaha....Tengok perut sendiri pun jadi takut.


Third trimester ni antara masalah yang saya alami adalah air ketuban banyak. Selalu hujung2 pregnancy ramai yang air ketuban kurang tapi saya terbalik pula. Air ketuban terlebih. Dari awal pregnancy sampaila sekarang, bacaan index air ketuban (AFI) tak pernah bawah 17.5. Normal dr kata 23 ke bawah. Tapi Doktor pakar sarankan seeloknya bawah 20. so saya kira kategori normal lagi. Tapi pernah je satu tahap bacaan AFI sampai 25. Dah lebih border line. Memang risau sangat-sangat. Tapi bacaan air ketuban ni kita tak boleh nak control. Baby yang control. Kalau ibu2 yang ada GDM (kencing manis), memang ada risiko air ketuban banyak. Tapi macam saya takde gdm. Bila dah bacan AFI 25, terus kena refer hospital.  Last 2 weeks bacaan AFI 19. Semalam check up naik jadi 20. Still bawah border line tapi masih dalam kategori banyak dan kena berjaga-jaga. Risiko air ketuban banyak ni, baby boleh lemas, terbelit tali pusat & baby akan berpusing-pusing. Sebab ruang besar kan. Air banyak. So, dia tak tetap nak duduk satu position je. Baby pun susah nak engage kalau air banyak. Buat masa ni, Alhamdulillah position kepala baby dah ke bawah. Cuma, masih belum engage. Mintak2 by next week dia dah engage la. Saya pun kurang rasa pergerakan baby bila air ketuban banyak ni. Memang sentiasa kena alert & monitor pergerakan. Risau tapi selalu berdoa semoga baby sihat je dekat dalam ni dan keluar sebelum EDD. Perut pun rasa berat sebab air banyak & kerap sakit belakang dan pinggang.

Sayapun kerap kena kencing kotor masa last trimester ni. Mula2 maybe sebab kurang minum air. Tapi bila minum air banyak pun still juga kencing kotor & tak lawas, Dr bagi antibiotic dengan ubat lawas kencing. Siksa sangat sakit kencing kotor ni. Sakit. Huhu..lepas tu asyik berulang ke toilet sampai nak nangis je rasa. Huhu...kadang nak pergi jalan pun rasa malas sebab baru keluar kejap mesti dah suruh husband berhenti cari toilet sebab nak buang air kecil. Malam pun tak lena tidur. Asyik bangun berulang ke toilet. Ada satu tu, 2 minggu jugak rasa sakit sangat-sangat. rasa tak selesa nak buat apapun.  macam2 petua orang bagi saya amalkan. Minum air kelapa, air barli, air tembikai & minum air mineral saja.  Dr pun ada tukar antibiotic. Alhamdulillah..sekarang ni urine dah betul2 clear. Syukur sangat. Mintak2 tak jadi dah la sebab azab sangat nak lalui semua ni. Huhu....

Hujung2 pregnancy pun keputihan teruk juga. Huhu....baru je buat gbs test & pap smear last week. Alhamdulillah result negative. Rahim saya normal dan ok. Untuk pap smear pun takde sel kanser. dr cakap lepas setahun nanti boleh repaet lagi buat pap smear. Gbs pun takde. Cuma jangkitan biasa. takde yang serious. Dugaan mengandung. Apapun saya harap semuanya dipermudahkan.

Even saya masih lagi aktif buat kerja masa hujung2 pregnancy ni, tapi saya try untuk tak bagi banyak tekanan pada perasaan. Buat bisnes ni kadang ada masa pressure jugak kepala otak melayan ragam customer & supplier tau. Hihi..nak rileks2 & tenangkan fikiran je masa tengah tunggu masa nak bersalin ni. Banyak fokus masa berkualiti dengan family terutamanya Fayyadh. bisnes still on macam biasa tapi hujung2 ni saya dah tak ambik tempahan sewaan veil & pre order untuk barangan packaging. Takut nanti kalau terbesalin awal pending pulak semua order2 customer. so, jual mana yang ready stock je.

Makan pun makin berselera. hahaha..saya dah naik 12kg dah setakat ni. Masa fayyadh dulu naik 15 kg. yang ni pun ada gaya nak naik 15 kg jugak. Hahaha...masih berbaki 3 minggu sebelum sampai Edd. Tupun kalau saya bersalin ikut due la. kalau awal, tak naik banyak sangat kot. Tapi berat sekarang kurang banyakla dari masa first pregnancy. sebab dulu masa awal2 mengandung pun memang dah overweight. kali ni mengandung, masa tengah dalam usaha kuruskan badan. Dapatla merasa 3 bulan kurus kejap sebelum pregnant. Hihi...Lepas bersalin nanti la sambung balik misi kuruskan badan. Rasa banyak betul lelemak dekat badan ni. Yang penting sekarang ni fokus pada anak dalam kandungan ni dan diri sendiri.

Sayapun kena ready mental fizikal sebab kali ni akan berpantang sendiri. Semoga Allah permudahkan semuanya...Amin


1 comment:

  1. semoga dipermudahkan urusan bersalin ye sis..saya br je lepas 1st trimester ni..anak sulung kita sebaya..hehe.tahniah utk sis.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!