About Us

Wednesday, November 8, 2017

(second pregnancy)-Pengalaman bleeding masa First Trimester

Sekarang dah  masuk 36 weeks baru berkesempatan nak bercerita dekat blog pasal second pregnancy ni. Sekarang dah mula kurangkan sikit fokus dalam bisnes & banyak rehat dekat rumah atas faktor kesihatan. So, In sha Allah masa yang ada ni saya akan cuba update catatan pregnancy untuk anak kedua ni.

Pengalaman mengandung kali ni memang banyak beza dari masa first preganancy dulu. First pregnancy dulu macam bersih je rekod kesihatan. Takde masalah sangat melainkan berat badan naik terlebih masa awal2 pregnancy je. hihi..Yang kali ni macam-macam la jugak yang kena hadapi. Tapi apapun, sentiasa berdoa semoga semuanya selamat sehingga melahirkan.

Ok, balik pada tajuk, nak bercerita sikit pasal pengalaman mengandung masa first timester. Sama macam Fayyadh, masuk je minggu ke-6, terus ada spotting darah. Cuma masa fayyadh dulu saya tak tahu saya pregnant so saya ingat period. Tapi kali ni, dari 4 minggu lagi saya dah tau saya mengandung, so memang debarla jugak bila dah start ada spotting. Tapi sebab sekali je saya takla panik sangat sebab dah pernah ada pengalaman sebelum ni kan. Hopefully tak ada spotting lagi lepas tu.

Masa minggu ke-6 pun pregnancy sickness dah mula datang. rasa mual, nak muntah, loya, pening kepala dan rasa lemah je badan. Boleh kata sepanjang hari saya rasa lembek dan tak sedap badan. Makan pun muntah balik. Naik kereta pun rasa pening dan selalu muntah. Memang beg plastik sentiasa ada dalam beg setiap kali keluar. Saya tak boleh drive kereta masa ni. Sebab bila bawak kereta sekejap je mesti kena stop tepi jalan sebab nak muntah dan pening. Last, memang urusan pos barang semua husband yang buat. Cod barang dekat customer pun tunggu hujung minggu. Agak teruk alah kali ni sebab ikan pun saya tak boleh nak bau. Rasa kembang je tekak nak muntah. Nak siang basuh apatah lagi. So memang dapur banyak tak berasap dari berasap. Tapi gagahkan diri jugak untuk masak bila tenghari sebab fikir nanti fayyadh nak makan apa. Selalu masak simple2 jer la nak makan berdua dengan anak. Malam kadang husband beli. Ada masa dia masak. Kalau saya ok sikit, saya masak. Bergantung pada kesihatan juga. Sebab kadang berdiri lama pun rasa nak pitam. Huhu..

Ok, berbalik cerita pasal bleeding ni. Mula2, keluar sikit saja. spotting masa minggu ke-6. So saya abaikan sebab selalu spotting awal pregnancy ni normal. Proses penempelan janin dekat dinding rahim. So, memang kadang2 akan ada spotting sikit (tompok darah). Saya tak banyak gerak sangatla masa tu sebab risau jugak. Lepas tu takde dah darah keluar. Tapi, lepas seminggu kemudian ( 7 weeks), ada lagi spotting keluar. Saya dah rasa tak sedap hati tapi try bertenang sebab sikit saja yang keluar. Esok pagi tu, bila pergi toilet tengok darah banyak keluar dari semalam. Tapi bukan heavy flow la. Masa ni dah panik sebab bukan spotting dah. Macam darah awal2 period. Pakai panty liner pun tak boleh sebab darah tu banyak pula keluar so tukar pakai pad. Masa ni dah panik terus ajak husband pergi klinik. dalam kereta dah menangis sebab takut dah gugur. Huhu...sebab masa Fayyadh dulu walaupun ada turun darah tapi tak banyak macam sekarang. Yang ni darah fresh lagila bertambah takut. husband cakap jangan panik. Apa-apa jumpa Doktor dulu.

Sampai je klinik Ajwa seksyen 15 mujur orang tak ramai. Terus masuk jumpa doktor. Doktor scan Alhamdulillah, nampak janin masih ada. heart beat pun ada lagi. Tapi sebab bleeding, doktor bagi surat untuk refer hospital.





Dapat je surat terus pergi KPJ Klang. Sampai sana pergi bahagian emergency. Diorang bagi ubat stopkan pendarahan. Tapi masa dekat emergency tu masuk toilet check darah still lagi keluar. Memang risau. Terpaksa warded hari tu sebab doktor nak pantau. Even dah bagi ubat untuk stopkan pendarahan, darah still keluar cuma tak banyak. doktor bagi ubat duphaston jugak untuk kuatkan rahim. Nurse tak bagi bergerak. Just bed rest. Nak gerakpun dibenarkan kalau pergi toilet & solat. Nak ambil air ke apa semua kena minta tolong husband atau panggil nurse saja. Memang duduk atas katil saja. Tapi demi anak, kena juga ikut apa arahan doktor walaupun rasa serba tak kena sebab kena baring je. Huhu..



Esoknya, doktor repeat buat scan sekali lagi. Alhamdulillah, baby still survive. heart beat pun ada. progress baby pun mengikut minggu. Tapi masih ada nampak bleeding dekat dinding rahim. Doktor cakap akan keluar lagi darah nanti. So, Doktor suruh bed rest je bila balik rumah. Tak boleh naik tangga atau buat kerja berat. Tak boleh banyak gerak awal2 pregnancy ni sampaila masuk second trimester.  Lepas tu kena continue ambik duphaston sampaila minggu ke-12. Duphaston ni ubat kuatkan rahum. Dia macam ubat hormon. Tapi slaah satu effect ambik duphaston ni pada setengah orang kita akan rasa pening kepala. Saya memang rasa la dan agak siksa juga la nak kena tahan. huhu..

Alhamdulillah, saya boleh balik rumah masa hari ke-2. Cuma kena follow up dengan hospital je lepas tu. balik rumh memang banyak rehat je.Saya tak buat apa kerja sangatpun. Banyak husband yang buat semua. Darah still turun sikit-sikit sampaila minggu ke 10 baru betul2 stop. Cuma dia tak keluar setiap hari. berselang hari tapi sikit2. Kadang bergerak ke dapur macam tu je pun turun darah. Sudahnya, saya banyak baring atas katil atau sofa je. Mujurla walaupun masa ni kena jaga Fayyadh dia dah pandai urus diri dia sendiri. Tak banyak ragam dan senang jaga. Dia pun tahu mama sakit.

Masuk je minggu ke-12 Alhamdulillah semua dah ok. Sickness pun dah berkurang. Dah boleh drive kereta tapi kadang2 akan muntah juga. Cuma dah ok banyak dari dulu. Pengalaman ni saya takkan lupa sampai bila-bila. Dua2 anak alami benda yang sama cuma anak second ni bleeding dia banyak sikit sampai kena bed rest 3 bulan pertama tu. Merasala kena berkurung je dalam rumah. Bosan pun nak buat macam mana. Kena utamakan kesihatan dan keselamatan anak.

Kalau ada yang pernah mengalami masalah macam saya awal-awal pregnancy, nasihat saya jangan cepat panik. refer doktor dulu. In sha Allah, banyak juga kes yang baby boleh survive. Doktor cakap ubat Dhupaston tu kalau janin kita tak menjadi, dia akan gugur dengan sendiri. Kalau janin tu elok, dia akan bantu untuk kuatkan rahim untuk janin survive. Banyakkan berdoa dan jangan banyak bergerak. Follow je apa cakap doktor. Mujurla benda ni jadi time saya dah berhenti kerja. kalau masih bekerja maybe kena ambik Mc atau cuti tanpa gaji sampai kandungan betul2 ok. Apapun saya bersyukur kerana semuanya selamat. Minta-minat semuanya baik-baik saja sampai melahirkan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen!