About Us

Wednesday, November 15, 2017

(Second Pregnancy)- Pengalaman Trimester Ketiga

Alhamdulillah..hari ni dah masuk 37 weeks. Berdebar pulak rasa. Walaupun dah ada pengalaman bersalin anak first sebelum ni, tapi rasa takut & risau tu still ada. Lain anak, lain pengalaman kan. Semoga semuanya baik-baik saja sehingga melahirkan.

Ok, hari ni nak bercerita tentang pengalaman semasa trimester ketiga. Ramai cakap trimester ketiga yang selalu ibu mengandung akan double triple penat membawa perut. Pada saya, balance kot. Ada masa letih ada masa cergas bertenaga. Hihi..masih aktif ke sana sini dengan perut besar. Mengandung 2x perut tak pernah tak besar. Hihi..Kalau masa second trimester perut tak besar mana. Sampai gi check up pun ada orang kata perut saya tak besar sangat padahal dah 6 bulan pun masa tu.  Tapi bila masuk je 3rd trimester, phew! besar sangat. hahaha....Tengok perut sendiri pun jadi takut.


Third trimester ni antara masalah yang saya alami adalah air ketuban banyak. Selalu hujung2 pregnancy ramai yang air ketuban kurang tapi saya terbalik pula. Air ketuban terlebih. Dari awal pregnancy sampaila sekarang, bacaan index air ketuban (AFI) tak pernah bawah 17.5. Normal dr kata 23 ke bawah. Tapi Doktor pakar sarankan seeloknya bawah 20. so saya kira kategori normal lagi. Tapi pernah je satu tahap bacaan AFI sampai 25. Dah lebih border line. Memang risau sangat-sangat. Tapi bacaan air ketuban ni kita tak boleh nak control. Baby yang control. Kalau ibu2 yang ada GDM (kencing manis), memang ada risiko air ketuban banyak. Tapi macam saya takde gdm. Bila dah bacan AFI 25, terus kena refer hospital.  Last 2 weeks bacaan AFI 19. Semalam check up naik jadi 20. Still bawah border line tapi masih dalam kategori banyak dan kena berjaga-jaga. Risiko air ketuban banyak ni, baby boleh lemas, terbelit tali pusat & baby akan berpusing-pusing. Sebab ruang besar kan. Air banyak. So, dia tak tetap nak duduk satu position je. Baby pun susah nak engage kalau air banyak. Buat masa ni, Alhamdulillah position kepala baby dah ke bawah. Cuma, masih belum engage. Mintak2 by next week dia dah engage la. Saya pun kurang rasa pergerakan baby bila air ketuban banyak ni. Memang sentiasa kena alert & monitor pergerakan. Risau tapi selalu berdoa semoga baby sihat je dekat dalam ni dan keluar sebelum EDD. Perut pun rasa berat sebab air banyak & kerap sakit belakang dan pinggang.

Sayapun kerap kena kencing kotor masa last trimester ni. Mula2 maybe sebab kurang minum air. Tapi bila minum air banyak pun still juga kencing kotor & tak lawas, Dr bagi antibiotic dengan ubat lawas kencing. Siksa sangat sakit kencing kotor ni. Sakit. Huhu..lepas tu asyik berulang ke toilet sampai nak nangis je rasa. Huhu...kadang nak pergi jalan pun rasa malas sebab baru keluar kejap mesti dah suruh husband berhenti cari toilet sebab nak buang air kecil. Malam pun tak lena tidur. Asyik bangun berulang ke toilet. Ada satu tu, 2 minggu jugak rasa sakit sangat-sangat. rasa tak selesa nak buat apapun.  macam2 petua orang bagi saya amalkan. Minum air kelapa, air barli, air tembikai & minum air mineral saja.  Dr pun ada tukar antibiotic. Alhamdulillah..sekarang ni urine dah betul2 clear. Syukur sangat. Mintak2 tak jadi dah la sebab azab sangat nak lalui semua ni. Huhu....

Hujung2 pregnancy pun keputihan teruk juga. Huhu....baru je buat gbs test & pap smear last week. Alhamdulillah result negative. Rahim saya normal dan ok. Untuk pap smear pun takde sel kanser. dr cakap lepas setahun nanti boleh repaet lagi buat pap smear. Gbs pun takde. Cuma jangkitan biasa. takde yang serious. Dugaan mengandung. Apapun saya harap semuanya dipermudahkan.

Even saya masih lagi aktif buat kerja masa hujung2 pregnancy ni, tapi saya try untuk tak bagi banyak tekanan pada perasaan. Buat bisnes ni kadang ada masa pressure jugak kepala otak melayan ragam customer & supplier tau. Hihi..nak rileks2 & tenangkan fikiran je masa tengah tunggu masa nak bersalin ni. Banyak fokus masa berkualiti dengan family terutamanya Fayyadh. bisnes still on macam biasa tapi hujung2 ni saya dah tak ambik tempahan sewaan veil & pre order untuk barangan packaging. Takut nanti kalau terbesalin awal pending pulak semua order2 customer. so, jual mana yang ready stock je.

Makan pun makin berselera. hahaha..saya dah naik 12kg dah setakat ni. Masa fayyadh dulu naik 15 kg. yang ni pun ada gaya nak naik 15 kg jugak. Hahaha...masih berbaki 3 minggu sebelum sampai Edd. Tupun kalau saya bersalin ikut due la. kalau awal, tak naik banyak sangat kot. Tapi berat sekarang kurang banyakla dari masa first pregnancy. sebab dulu masa awal2 mengandung pun memang dah overweight. kali ni mengandung, masa tengah dalam usaha kuruskan badan. Dapatla merasa 3 bulan kurus kejap sebelum pregnant. Hihi...Lepas bersalin nanti la sambung balik misi kuruskan badan. Rasa banyak betul lelemak dekat badan ni. Yang penting sekarang ni fokus pada anak dalam kandungan ni dan diri sendiri.

Sayapun kena ready mental fizikal sebab kali ni akan berpantang sendiri. Semoga Allah permudahkan semuanya...Amin


Friday, November 10, 2017

(Second Pregnancy) - Pengalaman Trimester Kedua

Alhamdulillah..masuk jer trimester kedua, selain bleeding dah takde, selera makan pun dah makin baik. Memang bertambah-tambah selera. Cuma, masa ni Hb saya selalu low. So, rasa pening kepala dan nak pitam tu still ada. Mula-mula ambik obimin, kemudian tukar kepada zincofer. Tapi Hb still jugak low. Dah makan kurma, jambu batu, delima pun tak naik jugak Hb. Masa Fayyadh dulu Hb cantik je sampai ke sudah. Takde apa-apa masalah. Tapi kali ni memang susah nak naik. last doktor suruh tukar ambik Iberet Folic. barula Hb naik. Tupun takdela banyak mana. 11 lebih saja. hihi..Tapi Alhamdulillah, lepas ambik Iberet + fresh orange Hb maintain je atas 11.

Awal-awal second trimester perut saya tak nampak sangat. Anak first dulu, mengandung masa 15 minggu pun perut dah ketara nampak. Yang kali ni 20 minggu baru nampak. Tupun ada yang tak perasan lagi. Hihi...maybe masa mengandungkan Fayyadh dulu berat saya pun dah overweight, so lagila mudah nampak. Yang kali ni, berat saya kurang dari masa Fayyadh dulu. BMI Normal. Bukan overweight. hihi..

Ni gambar masa 4 bulan lebih ( 18 minggu tak silap). Seronok time ni sebab baru dapat  drive sendiri keluar rumah lepas hilang alahan tak boleh drive kereta. Jadi working at home mom (WAHM) masa mengandungkan anak kedua. So, memang banyak masa untuk diri sendiri & family. Rasa bosan je keluarla ajak Fayyadh berjalan. Pergi Ikea berdua pun takde hal. Hihi..Masa ni dah rasa bertenaga sikit walaupun kadang2 ada masa selalu juga rasa mual dan pening.



Time raya memang kemain kaw2 saya melantak makan. Masa ni memang selera makan macam apa lagi. Asyik lapar je memanjang. Raya dahla semua makanan best2. Mana tak tergugat iman. Tapi masa perjalanan nak balik raya dekat kampung dengan Balik semula ke Shah Alam memang muntah saja sepanjang jalan. Kepala pun pening dan sakit. Siksa juga masa ni. Huhu..

gambar raya 2017. masa ni baru 16 weeks pregnant

Masa second trimester pun 2x kena repeat minum air gula sebab berat naik lebih dari yang dibenarkan. Tapi Alhamdulillah, dua2 test takde GDM. Ada yang naik 2kg dalam masa sebulan. Paling teruk, ada 1 masa tu naik 5kg dalam sebulan. Bahana suka makan lewat malam & suka makan benda-benda manis. Tengah malam tu dah selalu sangat jadi cepat lapar. Kadang ajak husband keluar makan roti canai, mee bandung la, nasi lemakla..hahaha. Husband tukang melayan je padahal dia selalu jugak cakap suruh control sebab takut baby besar kan. Tapi sebab isteri kelaparan, diturutkan juga kehendak tekak isteri. Benda manis pun saya craving teruk. Padahal saya bukanlah jenis yang suka makan manis-manis sebelum ni. Kek & coklat apatah lagi. Tapi kali ni, sangat suka makan benda manis.  Aiskrim pun suka. kuih muih yang manis semua saya nak. Bubur pun. Sampai bila dah naik berat 5kg dalam sebulan tu, doktor siap bagi plan diet lagi dekat saya. Hihi..dan masa tu baby pun nampak besar 2 minggu dari EDD. Sebabkan risau, terpaksala control diet masa ni walaupun ada masa susah jugak nak control kehendak tekak ni. Biasa weekdays saya diet sikit, weekend akan makan juga apa yang saya teringin nak makan cuma terkawal. Alhamdulillah..lepas tu berat naik ok ikut bulan. Berat baby pun dah ok ikut weeks.

Masa second trimester pun dua kali saya demam, batuk dan selsema. Terpaksa tahan tanpa ambik ubat. Guna kaedah tradisional je nak redakan sakit. Kepala pun selalu sakit tambah2 kalau cuaca panas. Tapi Alhamdulillah bila masuk 6 bulan semua dah ok. Satu lagi, kerap sakit bahagian pelvik. Doktor cakap kurang kalsium, so lepas tu selain dari minum fresh milk, saya ambik juga pil kalsium. Barula rasa ok sikit. kalau tak, nak berjalan pun kadang rasa sakit sangat padahal perut bukanla besar mana lagi. Masa Fayyadh dulu saya tak pernah kena pedih ulu hati, tapi kali ni ada bebrapa kali jugakla kena masa second trimester. Ada sekali tu siap pedih berdengung sampai ke telinga bila makan benda pedas. Dada selalu rasa sakit macam terbakar. Dr suruh ambik gaviscon dan kurangkan makan yang pedas-pedas. Tapi mujurla tak kerap sangat jadi. Huhu..

Apapun, second trimester ni walaupun ada juga masalah tapi still ok compare dengan first trimester. Mengandung kali ni awal2 rasa malas ya amat dan kuat tidur. hahaha..entahla. Jauh beza masa mengandungkan fayyadh dulu rasa aktif je gerak sana sini. kali ni macam lemau, cepat penat dan malas. Bila dah duduk rumah tak kerja lagi la. Petang je mesti nak tidur. Sebab kadang-kadang malam susah nak tidur sebab baby paling aktif bergerak masa malam. Apapun, semuanya adalah pengalaman yang berharga untuk dikenang. Lain anak,lain pengalaman mengandung. Tapi semua tu adalah kenangan yang berharga untuk kita sebagi ibu. Sebab tu, saya still buat pregnancy diary untuk anak kedua ni. Dapat Update progress setiap minggu.

Ok, itu je nak tulis pasal pengalaman second pregnancy ni. In sha Allah, nanti saya update pengalaman 3rd trimester pula. Mujurla ada pregnancy diary, so senang nak recall balik apa yang dah lalui. Hihi..Kena tulis juga dalam blog ni sebab masa Fayyadh dulu saya rajin update dekat blog. Untuk si adik, kenala update juga. Bagi sama adil.


Wednesday, November 8, 2017

(second pregnancy)-Pengalaman bleeding masa First Trimester

Sekarang dah  masuk 36 weeks baru berkesempatan nak bercerita dekat blog pasal second pregnancy ni. Sekarang dah mula kurangkan sikit fokus dalam bisnes & banyak rehat dekat rumah atas faktor kesihatan. So, In sha Allah masa yang ada ni saya akan cuba update catatan pregnancy untuk anak kedua ni.

Pengalaman mengandung kali ni memang banyak beza dari masa first preganancy dulu. First pregnancy dulu macam bersih je rekod kesihatan. Takde masalah sangat melainkan berat badan naik terlebih masa awal2 pregnancy je. hihi..Yang kali ni macam-macam la jugak yang kena hadapi. Tapi apapun, sentiasa berdoa semoga semuanya selamat sehingga melahirkan.

Ok, balik pada tajuk, nak bercerita sikit pasal pengalaman mengandung masa first timester. Sama macam Fayyadh, masuk je minggu ke-6, terus ada spotting darah. Cuma masa fayyadh dulu saya tak tahu saya pregnant so saya ingat period. Tapi kali ni, dari 4 minggu lagi saya dah tau saya mengandung, so memang debarla jugak bila dah start ada spotting. Tapi sebab sekali je saya takla panik sangat sebab dah pernah ada pengalaman sebelum ni kan. Hopefully tak ada spotting lagi lepas tu.

Masa minggu ke-6 pun pregnancy sickness dah mula datang. rasa mual, nak muntah, loya, pening kepala dan rasa lemah je badan. Boleh kata sepanjang hari saya rasa lembek dan tak sedap badan. Makan pun muntah balik. Naik kereta pun rasa pening dan selalu muntah. Memang beg plastik sentiasa ada dalam beg setiap kali keluar. Saya tak boleh drive kereta masa ni. Sebab bila bawak kereta sekejap je mesti kena stop tepi jalan sebab nak muntah dan pening. Last, memang urusan pos barang semua husband yang buat. Cod barang dekat customer pun tunggu hujung minggu. Agak teruk alah kali ni sebab ikan pun saya tak boleh nak bau. Rasa kembang je tekak nak muntah. Nak siang basuh apatah lagi. So memang dapur banyak tak berasap dari berasap. Tapi gagahkan diri jugak untuk masak bila tenghari sebab fikir nanti fayyadh nak makan apa. Selalu masak simple2 jer la nak makan berdua dengan anak. Malam kadang husband beli. Ada masa dia masak. Kalau saya ok sikit, saya masak. Bergantung pada kesihatan juga. Sebab kadang berdiri lama pun rasa nak pitam. Huhu..

Ok, berbalik cerita pasal bleeding ni. Mula2, keluar sikit saja. spotting masa minggu ke-6. So saya abaikan sebab selalu spotting awal pregnancy ni normal. Proses penempelan janin dekat dinding rahim. So, memang kadang2 akan ada spotting sikit (tompok darah). Saya tak banyak gerak sangatla masa tu sebab risau jugak. Lepas tu takde dah darah keluar. Tapi, lepas seminggu kemudian ( 7 weeks), ada lagi spotting keluar. Saya dah rasa tak sedap hati tapi try bertenang sebab sikit saja yang keluar. Esok pagi tu, bila pergi toilet tengok darah banyak keluar dari semalam. Tapi bukan heavy flow la. Masa ni dah panik sebab bukan spotting dah. Macam darah awal2 period. Pakai panty liner pun tak boleh sebab darah tu banyak pula keluar so tukar pakai pad. Masa ni dah panik terus ajak husband pergi klinik. dalam kereta dah menangis sebab takut dah gugur. Huhu...sebab masa Fayyadh dulu walaupun ada turun darah tapi tak banyak macam sekarang. Yang ni darah fresh lagila bertambah takut. husband cakap jangan panik. Apa-apa jumpa Doktor dulu.

Sampai je klinik Ajwa seksyen 15 mujur orang tak ramai. Terus masuk jumpa doktor. Doktor scan Alhamdulillah, nampak janin masih ada. heart beat pun ada lagi. Tapi sebab bleeding, doktor bagi surat untuk refer hospital.





Dapat je surat terus pergi KPJ Klang. Sampai sana pergi bahagian emergency. Diorang bagi ubat stopkan pendarahan. Tapi masa dekat emergency tu masuk toilet check darah still lagi keluar. Memang risau. Terpaksa warded hari tu sebab doktor nak pantau. Even dah bagi ubat untuk stopkan pendarahan, darah still keluar cuma tak banyak. doktor bagi ubat duphaston jugak untuk kuatkan rahim. Nurse tak bagi bergerak. Just bed rest. Nak gerakpun dibenarkan kalau pergi toilet & solat. Nak ambil air ke apa semua kena minta tolong husband atau panggil nurse saja. Memang duduk atas katil saja. Tapi demi anak, kena juga ikut apa arahan doktor walaupun rasa serba tak kena sebab kena baring je. Huhu..



Esoknya, doktor repeat buat scan sekali lagi. Alhamdulillah, baby still survive. heart beat pun ada. progress baby pun mengikut minggu. Tapi masih ada nampak bleeding dekat dinding rahim. Doktor cakap akan keluar lagi darah nanti. So, Doktor suruh bed rest je bila balik rumah. Tak boleh naik tangga atau buat kerja berat. Tak boleh banyak gerak awal2 pregnancy ni sampaila masuk second trimester.  Lepas tu kena continue ambik duphaston sampaila minggu ke-12. Duphaston ni ubat kuatkan rahum. Dia macam ubat hormon. Tapi slaah satu effect ambik duphaston ni pada setengah orang kita akan rasa pening kepala. Saya memang rasa la dan agak siksa juga la nak kena tahan. huhu..

Alhamdulillah, saya boleh balik rumah masa hari ke-2. Cuma kena follow up dengan hospital je lepas tu. balik rumh memang banyak rehat je.Saya tak buat apa kerja sangatpun. Banyak husband yang buat semua. Darah still turun sikit-sikit sampaila minggu ke 10 baru betul2 stop. Cuma dia tak keluar setiap hari. berselang hari tapi sikit2. Kadang bergerak ke dapur macam tu je pun turun darah. Sudahnya, saya banyak baring atas katil atau sofa je. Mujurla walaupun masa ni kena jaga Fayyadh dia dah pandai urus diri dia sendiri. Tak banyak ragam dan senang jaga. Dia pun tahu mama sakit.

Masuk je minggu ke-12 Alhamdulillah semua dah ok. Sickness pun dah berkurang. Dah boleh drive kereta tapi kadang2 akan muntah juga. Cuma dah ok banyak dari dulu. Pengalaman ni saya takkan lupa sampai bila-bila. Dua2 anak alami benda yang sama cuma anak second ni bleeding dia banyak sikit sampai kena bed rest 3 bulan pertama tu. Merasala kena berkurung je dalam rumah. Bosan pun nak buat macam mana. Kena utamakan kesihatan dan keselamatan anak.

Kalau ada yang pernah mengalami masalah macam saya awal-awal pregnancy, nasihat saya jangan cepat panik. refer doktor dulu. In sha Allah, banyak juga kes yang baby boleh survive. Doktor cakap ubat Dhupaston tu kalau janin kita tak menjadi, dia akan gugur dengan sendiri. Kalau janin tu elok, dia akan bantu untuk kuatkan rahim untuk janin survive. Banyakkan berdoa dan jangan banyak bergerak. Follow je apa cakap doktor. Mujurla benda ni jadi time saya dah berhenti kerja. kalau masih bekerja maybe kena ambik Mc atau cuti tanpa gaji sampai kandungan betul2 ok. Apapun saya bersyukur kerana semuanya selamat. Minta-minat semuanya baik-baik saja sampai melahirkan.