About Us

Tuesday, August 29, 2017

Macam mana boleh tau dah pregnant ? (update kisah second pregnancy)


Alhamdulillah..berkesempatan jugak nak update dekat blog ni kisah second pregnancy saya. Walaupun next week nak masuk 3rd trimester dah. Tapi demi keadilan pada si kecil, sebab time si abang dulu saya rajin update, so kena la jugak tulis entri dekat blog ni untuk kenangan bersama. Maybe boleh jadi panduan orang lain jugak =).

Ikutkan lepas bersalin, cycle period saya dah ok sikit. Walaupun takdela regular cycle, tapi at least tiap bulan datang jugak period. cuma cycle kadang-kadang 28 hari, kadang 30 hari dan ada jugak 35 hari. tak tetap tapi datang setiap bulan. Time sebelum mengandungkan fayyadh dulu memang ting tong period. pernah 3 bulan sekali baru datang. Tapi alhamdulillah, tak lama sangat tunggu nak pregnant masa tu. lepas 9 bulan kawen adala fayyadh dalam rahim ni.

Tapi, untuk yang second ni, saya rasa lama jugakla kami menunggu & ikhtiar. tapi takdela stress sangat sebab kami percaya pada rezeki. Lagipun Fayyadh pun kecik lagi so masa pun banyak fokus dekat dia. Cuma lepas Fayyadh 1 tahun 9 bulan memang kami dah tak merancang. Berserah pada rezeki. Memang nak anak lagi masa tu. Tapi, itula kita hanya merancang, soal rezeki ni Allah yang tentukan. cepat atau lambat hanya Allah saja yang tahu. Alhamdulillah....rezeki mengandungkan anak ke-2 ni datang lepas Fayyadh umur 3 tahun.

Macam mana saya boleh tau saya pregnant anak ke-2 ni?

Kali ni, Alhamdulillah saya dapat tau awal. Masa 4 weeks dah tahu. Takde perubahan apa pun dekat badan. Tanda-tanda dia lebih kurang macam nak datang period. Cuma masa tu saya jadi over sensitive sikit. Masa tu tengah borak-borak dengan husband dekat whatsapp. Dia balik kampung masa ni sebab nak settlekan beberapa urusan claim & pusaka  arwah bapa mertua. Masa tengah borak-borak dekat whatsapp tu dia cakap dia rasa macam saya mengandung. Hihi...pelik kan. Tetiba je cakap macam tu. Sebab dia kata tetiba je hati dia rasa macam saya mengandung sebab dia perasan ada beberapa sikap saya yang pelik sikit. Dan sikap tu ada masa mengandungkan Fayyadh dulu. So, sayapun kira-kiralah due patut saya datang period. Ikutkan lagi 2 hari. Tapi sebab excited dengan kata-kata husband terus ambik UPT buat test.

Dan hasilnya..

1 Line clear dan satu lagi sangat pudar

Masa ni hati kuat kata pregnant walaupun line satu lagi samar-samar. Sebab biasa ramai jugak yang bila test 1 line terang, 1 line pudar tapi kira positive pregnant. Terus rasa berdebar-debar. Kalau dalam gambar macam nampak tak nampak jer kan line lagi satu tu. Samar sangat. Lagipun UPT ni yang murah je saya beli. Maybe  tak boleh detect awal selagi sebelum sampai date patutnya period. Masa hantar gambar ni dekat husband. dia happy sesangat. Sayapun rasa nak nagis je rasa. Sama je perasaan masa tau mengandungkan Fayyadh dulu. Hihi..Yala, kiteorang memang dah lama berharap untuk second baby ni, so mestila rasa terkejut dan happy.  Tapi kiteorang taknakla over excited sangat selagi tak confirm dengan Doktor. So, saya decide untuk repeat lagi buat UPT selepas 2 hari.


Selepas 2 hari saya repeat buat UPT guna brand Dip & Tell. Dan hasilnya..


Alhamdulillah. dapat result double line yang terang!

Memang happy sangat-sangat masa ni bila dapat tengok double line yang terang. Tak sabar tunggu husband balik dari kampung dia. Kami masing-masing ambik keputusan diam2 je masa ni. Takde bagitau dekat parent atau family terdekat lagi. Sebab masih awal kan. Jumpa doktor pun tak jugak Sebab dah tau kalau pergi klinik pun masih awal. Biasa kalau nak scan, nampak kantung pun masa 6 weeks ke atas. So, saya decide masa 6 weeks nanti baru pergi klinik untuk confirmkan.

Jujur cakap masa tau pregnant ni barula saya sibuk nak cari acid folic. Haha..patutnya kalau dah plan nak mengandung, awal-awal lagi patut dah ambik. So masa ni saya tawakal je la. Harap kandungan saya dapat sumber acid folic dari makanan yang saya makan. So, kalau korang dalam usaha TTC tu ( try to conceive), elok ambik acid folic ni awal-awal tau.

Awal-awal tau pregnant memang saya ambik langkah berjaga-jaga. Dalam pergerakan mahupun makanan. Sebab saya pernah ada history bleeding masa first pregnancy dulu. So, yang kedua ni still kena hati-hati jugak. Tapi bila masuk je 6 weeks je kandungan, bermulala episod yang sangat mencabar bagi saya. Dengan bab bleedingnya, dengan alahan yang agak teruk. Allah je tahu rasa macam mana. In sha Allah next entri saya kan update pengalaman first trimester second pregnancy ni.



Monday, July 10, 2017

Relevan ke lagi update blog?

Lately ni mostly blogger banyak yang dah mula tak aktif berblog. kalau tengok reading list blog yang nak dibaca setiap hari pun dah makin sikit. Ramai yang dah mula blog sunyi sepi. Tak macam sebelum zaman ada Instagram. Ramai yang aktif berblog. update blog hari2. cerita itu ini. Jumlah traffic yang masuk pun banyak. Tapi since dah ada Instagram ni, ramai blogger yang dah beralih untuk update segala aktiviti dan perkongsian dekat sana. Maybe sebab Instagram lagi mudah nak update. cepat dan pantas! hihi...

Ikutkan syaa pun dah masuk dalam kategori kurang aktif. Tapi bukan bermakna taknak update lansung. At least try jugakla sebulan sekali update blog. Sebab saya masih percaya pada kuasa "google search". Sampai sekarang pun entry2 saya yang lama yang mana ada bagi manfaat & info pada orang lain masih lagi dijadikan rujukan. Masih ada readers yang komen dekat entri lama-lama. Masih ada yang Pm dekat Ig atau email tanya pasal entry dekat blog. Saya happy bila dapat mudahkan orang lain dapat info atau maklumat. Sebab itu jugak salah satu nawaitu saya ada blog ni. Sebab nak share info atau maklumat dengan orang lain selain dari kongsi hal personal life. mana tahu dengan perkongsian kecil ni boleh jadi saham akhirat yang berterusan untuk saya bila saya tiada nanti.

So, bagi saya masih relevan lagi untuk update blog dan kongsi maklumat dekat blogspot ni. Sebab orang masih lagi "menGOOGLE" if nak dapatkan apa-apa info dan perkongsian. Even dalam bisnes pun, boleh dikatakan hampir 90% dari customer saya yang sewa veil nikah memang datang dari hasil carian blog. Tapi kuasa FB & instagram dalam bisnes memang tak boleh dinafikan. tapi kalau kita ada medium lain jugak yang boleh digunapaki untuk berbisnes, tak salah pun nak cuba kan?

Kalau nk cerita panjang-panjang pun saya masih suka update dekat blog. Sebab banyak sikit benda boleh tulis. kalau IG terhad sikit sebab tak banyak yang boleh tulis. Cuma Ig lebih mudah nak update. seminit je dah settle. hihi...Kalau blog kena tunggu ada masa free, rajin & idea menulis banyak datang, barula seronok nak update entri.




Monday, June 19, 2017

cerita 3 Bulan (march -June 2017)

Fuhh....Fuhh..( tiup sikit habuk dan sawang sana sini dekat blog)...

Assalammualaikum korang! Ya Allah...lamanya blog kesayangan saya ni tak berupdate. Makin tak bekerja, duduk rumah makin malas pulak nak menulis. haha..entah apala yang di "busy" kan sangat kan? Padahal anak pun baru sorang je nak jaga.  Azam tahun baru nak rajin update blog pun silalah berkecai sekarang! Dah masuk setengah tahun pun baru ada berapa ketoi je entri untuk tahun ni. Kihkih...

So..tumpang ada mood nak update ni, so saya combine jela semua cerita dalam satu entri. Hihi.. 

Alhamdulillah dah masuk bulan ke-6 saya jadi housewife. Ikutkan 6 bulan ni adalah tempoh percubaan pertama yang saya  letak. Memang plan dalam 6 bulan ni kalau Fayyadh dah ok, memang nak kerja balik. Aim saya nak berhenti jadi housewife pun dalam 6 bulan hingga setahun je. Tapi, bila dah lama duduk rumah, jaga anak, bekerja sendiri rasa best la pulak. hihi...so tahun depanla baru fikir pasal nak kerja semula. 

Fayyadh pun Alhamdulillah sihat sepanjang mama dekat rumah ni. Demam pun baru sekali awal puasa hari tu. Satu family demam. Alhamdulillah...semua dah fully recover.

Bisnes pun Alhamdulillah bertambah baik lepas berhenti ni. Rezeki Allah. Saya masih mampu survive dengan hasil bisnes je untuk berbelanja, bayar hutang & saving tanpa usik duit simpanan saya. Tak ada apa yang berubah lepas berhenti ni. Alhamdulillah...masih boleh berbelanja & menyimpan sama macam time kerja dulu. Tapi extra lebih jimat sebab duduk rumah memang kurang keluar duit pun.

Kalau orang tanya boring ke tak duduk rumah, bagi saya tak sempat lagi nak boring sebab saya ada kerja yang kena buat hari-hari. Layan anak, uruskan bisnes, buat kerja rumah. Teman bersosial tu memang la kurang, tapi still ada jiran-jiran yang baik hati untuk berkawan & bertegur sapa. Hihi...

Alhamdulillah, hujung tahun ni In sha Allah bertambah lagi seorang ahli keluarga kami. Rezeki lepas 3 bulan berhenti kerja, terus dapat berita gembira ni. Lagila saya tak sempat nak boring duduk rumah sebab asyik melayan pregnancy sickness yang agak teruk kali ni compare masa mengandungkan Fayyadh dulu. Dah masuk second trimester ni baru ok sikit. Sekarang baru masuk 16 minggu. Ada lagi 24 minggu nak kena tempuh. Hihi...Bab second pregnancy ni In sha Allah next time saya cerita. Doakan semuanya dipermudahkan.


Baru di awal second trimester tapi berat dah bertambah 5kg! hihi...


Okla tu je kot update yang ada. Saya nak ucapkan selamat berpuasa & menyambut hari raya buat semua pembaca blog saya. Mohon maaf kalau ada salah & silap sepanjang penulisan saya dekat blog ni. Hati2 di jalan raya. Semoga selamat sampai ke kampung masing-masing.


Thursday, March 23, 2017

Rancang Percutian Dengan Mudah Dan Menjimatkan? – Jom Grab The Traveloka Sale- Abration!

Salam. Hai Korang!

Bila masuk je Tahun baru, salah satu whishlist yang saya tak pernah lupa nak tulis dalam diari mestila tempat nak pergi holiday. Hihi...jenis kaki berjalan. Tak kisahla, dalam Negara ke, luar Negara ke, bercuti tu dah jadi acara wajib dah untuk kami tiga beranak. Busy macam mana dengan kerja pun, mesti kena curi masa pergi bercuti. Kira bercuti ni macam “reward” diri sendiri la lepas penat bekerja.  Masa ni jugakla nak rest kepala dan badan dari segala masalah yang ada. Hihi...

Tapi biasanya, kalau nak bercuti ni mesti bajet semua kena plan awal kan? Yela kalau nak travel kena fikir duit minyak dan tol atau tiket flight bagi yang lokasi jauh. Tiket flight lagila kena buat bajet dan booking awal-awal. Kalau booking lambat-lambat takut tiket habis dan harga pun akan mahal. Macam tu jugak dengan hotel. Kena peruntukan bajet jugak. Lepas tu tak boleh lambat-lambat booking sebab kalau lambat, hotel yang best-best mesti dah full house. Saya pun bukanla kategori  banyak duit sangat yang boleh pergi bercuti suka hati tanpa planning. Hihi...Biasa, memang akan survey dan grab tiket dan buat tempahan time harga murah. Time ada promotion, time tula kami akan usha harga tiket flight dan hotel. Hihi...namapun nak berjimat kan. kenala pandai cari harga yang murah. Walaupun dalam bajet yang terhad, sebenarnya kita masih boleh pergi bercuti asalkan sesuai dengan bajet.  Dah kaki tangan penat bekerja, mesti kena bagi hadiah untuk diri sendiri dengan pergi bercuti . Time nila jugak kita nak spend quality  time together & happy2 dengan family tanpa apa-apa gangguan berkaitan kerja. Hihi.. Betul tak?


Ok, bercakap pasal holiday ni, hari ni nak share dengan korang satu website best yang akan memudahkan kerja-kerja planning holiday korang tu. Hihi...Nama website tu Traveloka . Mesti korang pernah dengar kan? Website Traveloka ni antara website yang famous dikalangan kaki Travel tau!

Ok..untuk yang  baru first time dengar pasal Traveloka ni, meh sini saya nak share sikit info berkaitan Traveloka ni. Traveloka adalah satu laman web  yang memudahkan orang ramai dalam membuat carian dan tempahan hotel serta penerbangan ke destinasi percutian di dalam dan luar negara. Korang boleh menempah hotel atau penerbangan dengan hanya di website atau menggunakan aplikasi traveloka. So, tak perlu dah nak bukak banyak-banyak website. semuanya dalam satu saja. Mudah kan?

 Untuk hotel, korang boleh je pilih mana-mana hotel yang korang nak stay mengikut bajet korang. Ada banyak pilhan hotel. Satu lagi, korang boleh jugak buat perbandingan melalui skor ulasan mereka yang pernah menginap dekat hotel tu. Untuk tiket  penerbangan pulak, korang tak perlu dah nak bukak website semua penerbangan yang ada untuk buat survey harga sebab di Traveloka,  dah ada list comparison harga setiap syarikat penerbangan mengikut tarikh yang dikehendaki. Memang sangat mudah & menjimatkan masa! 

Oh satu lagi, konsep harga dekat traveloka ni bersifat telus tau. Harga yang korang nampak, memang harga itula yang korang akan bayar. Takde hidden charge. Macam ada setengah website tu, korang tengok harga lain, bila dah checkout nak bayar, kena bayar harga lain kan? Tapi dekat Traveloka korang tak payah risau semua tu. Takde apa-apa caj extra korang kena bayar. Hanya bayar apa yang korang beli =). 

Yang bestnya, sekarang ni Traveloka tengah buat promotion - The Traveloka Sale-Abration!



Time ni la korang nak berjimat & grab promotion yang ada. Harga memang super jimat. Bayangkan korang boleh dapat harga serendah RM 39 untuk penerbangan dalam negara dan RM 99 untuk penerbangan Antarabangsa. Tak percaya? Tengok dekat bawah ni. Atau korang boleh je terjah dekat website Traveloka. 

Wow! ...harga tiket flight nak pergi Kota Kinabalu pun boleh dapat harga serendah RM 39 sehala tau! Memang double triple jimatla kalau macam ni.



Yang ni pulak harga untuk penerbangan antarabangsa. Nak pergi Bandung, Bali dengan Bangkok tiket flight serendah RM 99 je tau! murah sangat. 





Itu baru cakap pasal promotion penerbangan. Sekarang nak cerita dekat korang pasal hotel deals pulak. Sama macam tiket flight, untuk hotel pun ada diskaun harga tau.  Ada lebih 100 hotel penginapan di Asia Tenggara yang korang boleh pilih dengan harga yang berbaloi-baloi. 

Sale ni berlansung dari 10-31 march 2017. Hah, korang yang tengah dalam plan untuk bercuti tu, cepat-cepatla grab promotion ni sebab tawaran terhad tau. Tarikh travel tak specific. harga ikut pada tarikh korang pilih. Ingat, sampai 31 haribulan ni jer. Nak berjimat masa bercuti, kenala grab time harga murah. Hihi...

Jom terjah Traveloka sekarang dan grab The Traveloka sale-Abration!


Wednesday, March 15, 2017

Apa Wishlist tahun ni?

Hai  blog! Hai readers!

Kekonon nak selalu update tapi ni dah macam sebulan sekali jer baru nak update. Hihi..nak blog- walking pun tak sempat. Kalau dulu dekat office masih lagi sempat tengahari nak blog-walking blog orang, baca itu ini, nak update blog. Tapi sejak duduk rumah ni non hadoo.. nak baca buku bagi habis sebuah pun ambik masa berhari-hari. Masih sesuaikan diri. masuk bulan ke-3 jadi Working at Home Mom ni rasa dah makin ok sikit manage masa. kalau tak, memanjang kelautt..

Sekarang ni, dah mula terfikir semua wishlist untuk tahun ni....ada masa 9 bulan lagi tak tahulah tercapai ke tidak. Hihi..

Untuk permulaan, kena pandang wishlist kecik-kecik dulu. Yang besar-besar kalau melibatkan duit, modalnyapun besar. Yang tu taruk dalam mimpi dulu. Dah settle yang kecik-kecik baru bawak keluar yang besar-besar pulak. Hihi..So, semuanya kena buat step by step. Tapi harapan saya yang terbesar tahun ni mestila nak tengok Fayyadh sihat selalu. Berharap yang saya boleh jadi ibu yang baik. Ibu yang boleh bahagi masa betul2 untuk family & kerja. Sebenarnya, kalau kita bekerja dari rumah pun kita boleh "jauh" dari family kalau tak betul2 bahagi masa & sibuk sangat dengan hal bisnes. Saya cuba untuk utamakan apa yang penting dulu dalam hidup saya, lepas tu barula benda-benda lain. Taknak family terabai (yang ni paling takut). lepas tu dapat improve diri dari bermacam sudut. haish...umur dah 30 tahun banyak lagi yang kena perbaiki. Bab kerohanian terutamanya. Semoga masa2 lapang yang ada ni (sebab dah kerja sendiri) boleh saya manfaatkan betul-betul.

Banyak lagi wishlist yang tak boleh nak tulis...berangan tu banyak sungguh. ish..ish...sebab berangan tu free kan? hihi. Dapat tak dapat belakang kira. Berangan dulu, lepas tu set target. In sha Allah ada rezeki tercapaila nanti.

Dah nak masuk bulan 4. Azam-azam tahun baru semua kena bukak balik. kena kaji dan buat review balik macam mana nak bagi tercapai. Taknakla asyik hangat-hangat tahi ayam je buat wishlist kan? hihi...tak tercapai semua tapi at least dah tercapai lebih 50% pun dah Alhamdulillah sangat.

Semoga wishlist kita semua untuk tahun ni tercapai. Amin...


Monday, February 20, 2017

Dah dekat 2 bulan jadi Fulltime housewife. Best ke?

Alhamdulillah..dah masuk 2 bulan jadi fulltime housewife dan juga working at home mom.

best ke?

honest cakap best!! hihi...mana tak best dah boleh duduk rumah. Jaga ank 24 jam. Husband pun sekarang balik kerja boleh sampai awal dari dulu. Kalau dulu kelam kelibut nak ambik anak lagi. Sekarang balik rumah semua benda isteri dah siapkan. Dulu, Sampai rumah pun dah pukul berapa. Lepas tu saya nak bersiap, solat, masak untuk dinner. Dinner pun dah pukul 9 malam. Alhamdulillah...sekarang ni dah teratur semua benda.

Tak sempat lagi nak rasa boring selama 2 bulan ni sebab jadual saya pun sibuk. Nak uruskan rumah, uruskan anak, nak uruskan online bisnes. Bila kita berniaga online, memang banyak masa dengan media social sebab situla tempat nak buat marketing, situla jugak kita kena fokus melayan customer yang nak beli barang. Lepas tu nak ambik stock barang, nak packing, nak pos. So, jujur cakap memang tak sempat nak rasa boring sebab masa semua terisi. Namapun bekerja dari rumah. So, still bekerja cuma tak pergi office saja =).

Alhamdulillah..lepas berhenti ni, income dari bisnes pun bertambah berbanding masa buat part time dulu. Sebab dah fokus 100% & fulltime. So, nak taknak memang dari situ je income yang ada sekarang. Kena rajin & fokus. Alhamdulillah, cukupla untuk bayar hutang, perbelanjaan & buat simpanan.

Masa dengan anak pun rezeki tak terhingga dah untuk saya. Memang feel tu rasa lain sangat bila boleh bersama dengan dia 24 jam. fayyadh pun makin manja sekarang ni. nak mama saja 24 jam. hihi..Macam tu jugak dengan rezeki masa. banyak benda yang saya tak sempat nak buat masa kerja makan gaji dulu dah banyak boleh buat sekarang ni. Bila kita kerja sendiri ni, rasa kebergantungan kita pada Allah swt tu makin kuat.

Fayyadh pun Alhamdulillah makin sihat sekarang. Cuma, sakit tonsil dia tu masih ada. Cuma dah tak kerap sakit macam dulu. Happy & syukur sangat saya dan husband.

Fayyadh dah start gain weight balik dah.


Ikutkan perancangan berhenti kerja ni sementara je. Sampai fayyadh betul2 sihat. Tapi tak tahulah macam mana nanti. Bukan sebab duit ke apa, tapi soal hati dan harapan keluarga pun nak kena jaga dan fikirkan jugak. Sekarang ni fokus apa yang ada depan mata. Apa yang jadi future saya tawakal. Ikut je flow sekarang ni. At least saya dah cuba yang terbaik kan?

Tapi, awal2 duduk rumah ni memang pengurusan masa saya semua kelaut, hahaha...tak teratur bab nak manage time. mana nak kena buat dulu hari tu. kadang boleh tertangguh masa bila kita sibuk buat benda lain yang takde dalam jadual. Contoh kalau tengah layan customer kan, Ambil masa panjang jugak. tapi dah namapun peniaga fulltime, so kita kena bagi layanan yang baik tak kiralah dia jadi beli atau tak. yang penting, service kena jaga =). So, next month, hope semua dah teratur. sekarang pun dah boleh bajet masa sikit2. bila hari2 duduk rumah kita dah boleh agak. waktu bila paling baik buat kerja itu dan ini.

Sekarang ni, salah satu terapi saya bila duduk rumah, tanam pokok. Setiap hari akan luangkan masa untuk siram & jaga pokok-pokok yang saya & husband tanam. Adala tanam pokok sayur sikit2 dalam pasu macam sawi & kangkung. lepas tu tanam pokok yang selalu guna dekat dapur macam pandan, serai, daun kari, daun limau purut, kesum, kunyit dan lain-lain. Senang bila nak guna masak, petik je dekat luar. Boleh jimat belanja dapur jugak

Pokok kangkung 

Monday, February 6, 2017

Throwback 2016

Dah sebulan  lebih masuk tahun 2017. Baru sempat nak update blog. Huhu...Walaupun dah lambat, tapi tetap jugak nak buat throwback untuk tahun 2016. Kita mulakan update blog di tahun baru dengan sesi throwback dulu ok?

1. SLOW DOWN DALAM MEDIA SOCIAL

Tahun 2016 ni dikira tahun  paling saya slow down dalam media social. Tak kirala dekat Fb ke, dekat Instagram ke atau dekat blog. Memang kurang sikit aktif. Banyak benda lain yang saya perlu fokus termasukla hal kerja & family. Kira Tercapaila azam tahun 2016 nak kurang aktif dalam media social. Huhu..tapi start hujung tahun 2016 saya dah mula aktif balik. Sebab saya mula terfikir, if saya menulis atau share benda-benda yang saya rasa bermanfaat untuk orang lain, why not saya terus berkongsi kan? lagipun saya dapat banyak jugak email dari pembaca blog yang tanya pasal hal renovate rumah, pasal persiapan kahwin, pasal anak yang kena sawan tangis, pasal berastfeeding, pasal tempat bersalin dan ada jugak yang tanya bila saya nak update blog? hihi...saya ada jer ni. Cuma  kekangan masa sikit nak meng "update" cerita. Disebabkan permulaan tahun 2017 ni dah pegang title "fulltime housewife" dan "working at home mom" , so rasa malu dan segan tu saya kenala buang jauh-jauh. Nak tak nak memang kena banyak mengadap media social hari-hari sebab situla tempat saya mencari rezeki. Sekarang ni saya dah buat instagram baru.  So, kalau apa-apa yang saya lambat nak update dekat blog saya akan share secara ringkas dekat Instagram. Sebab senang & cepat sikit boleh update. So, pada yang sudi bolehla follow Instagram baru saya. Hihi..in sha Allah kalau tak sempat update cerita dekat sini, saya akan update dekat sana. Ig saya atas nama:



2. ANAK

Masih Fayyadh seorang je permata hati saya dan husband. Alhamdulillah...bersyukur sangat atas rezeki anak yang satu ni. Ikutkan, kami suami isteri teringin nak dapat anak lagi, cuma belum ada rezeki. Yela, Fayyadh pun tahun ni dah masuk 3 tahun. Boleh sangat dah nak dapat adik. Kita just boleh berusaha & berdoa selebihnya rezeki tu datang dari Allah jugak. Disebabkan kesihatan Fayyadh pun tak berapa baik sepanjang tahun 2016 ni, kami anggap ada hikmahnya juga kami belum dikurniakan anak lagi. Think Positive. Mungkin Allah nak kami bagi perhatian yang lebih pada Fayyadh sebab keadaan kesihatan dia. Atas sebab tu jugala saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Nak bagi tumpuan sepenuhnya pada Fayyadh. Fokus kami sekarang ni hanya pada Fayyadh. berharap sangat tahun 2017 ni kesihatan dia bertambah baik. Amin...

Alhamdulillah..lepas sebulan mama jaga sepenuhnya, Fayyadh dah bam-bam semula, Hihi..



3. PINDAH RUMAH BARU 

Tahun duit keluar macam air!! hihi....But worth it la sebab akhirnya dapat juga pindah masuk rumah sendiri. Even rumah kecik jerpun tapi rasa happy tu Allah je tahu. Lepas penat mencari rumah, berusaha kumpul duit nak bayar itu ini, renovate sikit-sikit, habis banyak masa dan wang ringgit, rasa semua penat tu hilang terus bila dah pindah masuk bulan 6 tahun lepas. Tapi masih banyak benda tak settle lagi yang dalam rumah. Hihi..bab deco semua tu. Slow2 buat. Sebab masa masuk dulupun duit dah banyak habis. so untuk deco-deco, kita buat sikit2. Lagipun saya bukan yang jenis pandai mendeco sangat. so idea tu kena cari2 jugak. hihi...banyak kena bincang dengan husband. Kiteorang jenis yang suka simple2 jer.

ulang tayang masa tengah renovate dulu


4. JALAN_JALAN

Tahun 2016 tahun sibuk untuk kami. Husband busy dengan kerja dekat site dia sampai nak cuti pun susah sikit. Sabtu atau ahad pun kena datang kerja. Lepas tu bila start nak dapat kunci rumah dah mula sibuk cari barang, nak renovate rumah semua. memang super busy. So, kiteorang takde masa sangat nak bercuti jauh-jauh melainkan balik kampung atau jalan dekat-dekat. Bila dah settle pindah rumah barula fikir pasal holiday. sebab penat kan. Hihi..nakla pergi jalan-jalan. Kiteorang pergi Krabi je yang jauhpun untuk last year. Dah lama teringin nak gi, tahun lepas baru sampai. Best jugakla Krabi. Laut cantik, makanan pun sedap.





5. NAK KURUS!

Alhamdulillah...lepas azam ni carry forward dari tahun baru 2013 sampaila ke tahun 2016 barula tercapai. Tupun bukanla kurus lagi. Cuma dah achieve target nak berat bawah 60kg. hihi..satu pencapaian terbesar la saya untuk tahun 2016.


So, tahun ni berazam lagi untuk capai target nak weight 55kg. Hihi...Ok bab nak kurus ni nanti saya story ok. panjang lebar ceritanya, So, saya akan tulis dalam lain entri.Saya akan share pasal ni untuk mereka yang tengah berusaha nak kuruskan badan.


6. BISNES & KERJAYA

Tahun 2016 ni tahun yang agak slow pasal bisnes. Cuma bila dah hujung2 tahun baru aktif balik. satu, sebab sibuk dengan kerja office. So, takde masa nak update Ig atau FB bisnes. Kadang pernah sebulan takde update apa2. harapkan mana customer yang whatsapp je tanya. Tapi Alhamdulillah, ada jugak rezeki dari sini. Lepas tu masalah kekurangan stock & dapatkan design yang ok dari supplier jugak. So, hujung tahun lepas dah tukar supplier lain. Alhamdulillah..stock dah senang dapat compare dulu. So, start hujung tahun lepas memang dah aktif balik sebab dah fokus 100% dengan bisnes je. Hihi..

Tahun lepas, last kerja makan gaji. Sedih...Allah je tahu macam mana perasaan last day dekat office.  Menangis la jugak. Bukan sedih sebab tak suka duduk rumah. Haish...saya lagila suka nak berhenti sebab dah tak sabar nak jaga Fayyadh sendiri. Sedih sebab nak tinggalkan kawan2 yang baik2. Tu jer,..hihi. Kalau ada rezeki lepas fayyadh sihat nanti nak kerja balik, Tapi tak tahula bila. Tahun ni atau tahun depan. Bergantung pada keadaan jugak. Sebab kalau boleh nak cari tempat kerja yang dekat dengan rumah. 


Last day dekat office =)


Ok. Tu je kot yang nak throwback untuk tahun 2016 ni. In sha Allah lepas ni saya kan cuba aktif menulis blog balik. Cuma biasala baru2 duduk rumah ni. kelam kelibut lagi bab uruskan masa. Mintak2 bulan ni dah makin ok semuanya. Pray for me! 

Thursday, January 26, 2017

Kembalinya Bapa Mertua ke Rahmatullah..

Pembukaan tahun 2017 yang penuh duka untuk family kami. Perginya bapa mertua saya (abah) untuk selamanya. Kehilangan yang cukup besar untuk kami sekeluarga. Innnalillahiwaiinailaihirajiun...Semoga roh abah dicucuri rahmat dan sitempatkan dikalangan orang beriman.

Lepas Fayyadh keluar hospital isnin, 21 November 2016, esoknya abah pula terkena stroke.Bergegas kami balik kelantan malam tu. Tak tahu nak describe macam mana rasa takut time tu bila doktor bagitau ada darah beku dekat otak abah. Jantung abah lemah ( abah memang ada sakit jantung before ni), keadaan pun tak stabil. Seminggu jugak kami dekat kelantan masa ni melawat abah setiap hari dekat hospital. Lepas tu, bila dah start kerja, kami balik hujung minggu melawat abah. Ada masa husband balik seorang sebab time tu kesihatan Fayyadh pun tak berapa baik. Abah sedar masa dekat HDU, cuma tak boleh bercakap. Tapi bila kita tanya soalan, dia faham dan akan angguk atau geleng kepala. Bila kita genggam tangan dia, dia akan balas balik dengan genggam kuat-kuat. Sayu tengok keadaan abah. Abah nampak lemah, makin kurus sebab sepanjang dekat HDU hanya boleh minum susu. Tupun dimasukkan melalui tube.



Sepanjang abah dekat sana, ummi dan adik-adik sentiasa ada dengan abah. kami saja yang tak boleh bersama dengan abah setiap hari sebab bekerja jauh. Hujung minggu saja dapat balik ke sana. Kagum tengok ketabahan ummi yang setiap masa bersama abah. Ummi nampak kuat. Jaga abah. Jaga adik-adik. 45 hari abah dekat  HDU, Allah jemput abah kembali kepada-Nya pada pagi jumaat, 13.01.2017. Kesedihan yang Hanya Allah swt saja yang tahu. Bergegas kami balik kelantan dengan flight masa ni. sebab takut lambat sampai. Alhamdulillah, kami sempat jumpa jenazah abah sebelum disemadikan, walaupun ada rasa terkilan sebab tak dapat berada dengan abah saat-saat abah hembuskan nafas terakhir, tapi kami redha. Allah lebih sayangkan abah. Abah pergi dengan tenang pada hari yang penuh barakah.

Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa-dosa abah dan tempatkan abah dikalangan orang beriman, Semoga kita semua dapat berjumpa semula di syurga kelak. Amin... Al-Fatihah untuk abah.