About Us

Thursday, June 30, 2016

Persiapan Raya ?

Saya rasa tahun ni lah tahun paling kelam kelibut persiapan raya kiteorang 3 beranak. Semuanya last minute. Kihkih....Bukan tak nak prepare awal, tapi seyes memang takde masa nak fikir hal baju raya and so on. Weekend kiteorang banyak habis dengan hal rumah. Bila dah settle pindah rumah & settle segala benda yang penting2 , barulah masing2 tarik nafas lega. Baru lah sibuk nak cari baju raya. Semalam baru settle semua benda. Fuhh.....

 Tupun edisi tangkap muat jer baju raya kali ni. Asalkan ada. huhu...Rasa baju raya tahun ni macam mahal2 jer harga. Baju kurung pun banyak sampai 200 lebih harga. Yang jenis jubah jer yang murah sikit. Tapi bila dah last minute cari memang size banyak dah takde. Tambah saya ni jenis chubby, lagilah payah nak jumpa baju yang kena dengan badan. Huhu....so, bila jumpa yang berkenan tapi harga mahal sikit, belilah jugak sebab memang tak cukup masa dah nak mencari. Tambah nak cari baju ikut warna tema. Susah jugak nak jumpa. Kadang jumpa, tak muat. Design baju tahun ni banyak jenis pendek2 bajunya. Tak sesuai untuk saya.  Sape suruh taknak kurus. Kan susah nak cari baju. Huhu.....

Husband last year memang tak beli baju raya. Recycle saja. So tahun ni belilah jugak. Tupun beli kurta saja. Fayyadh kiteorang belikan jubah. Mujur jumpa yang sedang elok je dengan badan dia. tak payah nak alter bagai dah.

Baju raya dia yang casual pun last week baru beli. Tupun tak berapa banyak dah pilihan sebab yang tengah sales kaw2 harga semua dah licin & dah takde size. Uhuk...So, grab mana yang ok je untuk fayyadh. Mama & abah simple je raya tahun ni. Takde kasut baru ke beg baru ke. Pakai mana yang ada saja. Baju jer beli sepasang untuk pakai raya pertama. Raya seterusnya pakai je baju yang ada. Ada jugak baju yang beli tak pakai2 lagi, so bolehlah buat baju raya. Hihi.. Kita bersederhana je raya ni. Banyak lagi kena saving untuk lengkapkan rumah comel kiteorang tu. Kenala berjimat cermat. Yang peting, kita happy2 jer dekat kampung nanti.

Kuih & kerepek raya lansung tak sempat nak cari dekat luar. Semua main order dekat kekawan office jer. Senang..jimat masa nak mencari. Tapi macam biasa, kuih raya takde sangat. Yang beli lebih pun kerepek. Ada yang nak bawak balik kampung sama.

Tak sabar nak balik kampung! Nak jumpa family & sedara mara semua. Rindu nak makan itu ini dekat kampung. Korang macam mana? dah ready dah ke semua? Balik raya mana tahun ni?

Thursday, June 23, 2016

Ourbaitijannati: Renovation Update- Cerita plaster ceiling Part 2

Sambungan dari entri Part 1

Masa untuk diorang siapkan plaster ceiling ni just ambik masa 2 hari je untuk siap pasang. Dan setengah hari untuk touch up. So, far kerja diorang cepat. Agak berpuas hatila. Harga pun berpatutan. Ikut market price.

Harga plaster ceiling sebenarnya tak mahal pun. Dalam 1k lebih  jer untuk rumah kiteorang ni. Design L-box untuk ruang tamu & ruang makan. Design flat untuk dapur. Tapi, bila campur kos untuk lampu & wiring, so total dalam RM 3k jugakla untuk 3 ruang ni termasuk harga lampu & wiring . Macam saya cakap sebelum ni, plaster ceiling tak mahal. Yang buat kos mahal sikit untuk wiring point lampu & kos beli lampu. Lagi banyak lampu pasang, lagi bertambahla kos. Huhu....

Harga untuk plaster ceiling L-box mahal banyak dari yang flat. L-box dalam RM 17-Rm 18 sekaki. Kalau yang flat tu lebih kurang RM 3 je per sqft.  Beza banyak kan? Sebab tu cost dekat dapur murah jer sebab pakai ceiling biasa.

Nipun kiteorang tak letak banyak sangat pun lampu led downlight tu. Letak 4 je untuk ruang tamu, 4 untuk ruang makan & 3 untuk dapur. Mula2 rasa macam patut letak 6 biji lampu downlight untuk ruang makan dan ruang tamu, tapi rasa macam banyak sangat pulak. Dah macam tak saving energy electric la pulak. Padahal nak pasang lampu led ni salah satunya nak jimatkan elektrik. Hihi...Future kalau nak tambah baru difikirkan. Sama jugak dengan lampu T5  kena tambah lagi untuk setiap ruang. Untuk lebih lagi lighting tapi kiteorang nak buat sendiri.  Nak jimatt...hahaha. Sebab rasa lighting yang ada sekarang pun dah ok dah. Nak tambah kemudian ni. husband nak pasang sendiri sebab wiring point dah ada =). Memang sebolehnya nak berjimat. Mana yang boleh buat or tambah sendiri memang kiteorang buat sendiri. Cut cost mana yang boleh cut. Apa-apa buat tak boleh lebih dari bajet.

Ni hasil plaster ceiling kiteorang bila dah siap. Sorry takde gambar yang proper sangat sebab masa ambik ni kiteorang belum pindah pun lagi. Baru siap renovate and tengah cuci2 rumah. Sorry takde pulak gambar yang bukak lampu semua. Hihi..saya update kemudian la nnti dalam ni bila dah siap pasang semua.

Ruang tamu


Ruang makan

Dapur. Dekat dapur ni ada satu lagi lampu sebelah kiri tapi dalam gambar tak nampak. Ada drop ceiling sikit sebab situ kawasan beam. Diorang tak boleh nak buat semua sama drop sebab frame pintu dan tingkap ke yard lebih tinggi. So far, kiteorang rasa ok jer macam ni.



Sedikit tips masa nak buat plaster ceiling. Korang kena buat plan rumah, than mark dekat mana kawasan nak pasang plaster ceiling. Lepas tu bagi dekat kontraktor utk Dapatkan quotation harga. Mark siap2 berapa lampu dalam nak pakai. Berapa lampu downlight nak pakai. Senang dia boleh kira sekali harga untuk wiring sama. Lampu korang boleh beli sendiri. Kalau tak tahu nak design macam mana boleh mintak pendapat diorang la.

Hmm...satu lagi, kalau boleh susun la lighting point tu cantik2. Yang korang rasa pengcahayaan tu ok. Pasal ni kiteorang ada buat silap sikitla. Sebab kiteorang letak lampu led tu semua dekat hujung2. Bila dekat hujung sebenarnya pencahayaan tu terhad compare kalau letak dekat ke tengah sikit. Dah tu, kontraktor kiteorang pulak takde bagi pendapat apa. Ikut je plan kiteorang bagi sebijik sebijik. Hahaha...Memangla nampak cantik letak dekat hujung tapi lighting macam kureenng.. sikit. Melainkan kalau letak banyak lampu. Tapi sebab kiteorang memang plan nak tambah lagi 2 lampu untuk ruang makan & living ( in sha Allah husband buat sendiri), so tak kisahla. Hihi...Sama jugak dengan lampu dalam (lampu T5) pun kena tambah lagi setiap ruang 1 lampu. In sha Allah lepas raya ni nak DIY sendiri. Yang penting nak wiring point & suis tu dah ada.

Dari segi nak jimatkan tenaga elektrik bila pakai lampu downlight Led ni, try buat suis dia asing2. memang kos wiring lebih sikitla nak kena bayar compare kalau kumpulkan 4 lampu dalam 1 suis. Tapi for long term, lebih menjimatkan elektrik. Kalau lampu downlight ada 4 dekat ruang tamu. Buat 2 suis. 2 lampu berkongsi 1 suis. so takdela tekan 1 suis menyala 4 lampu kan. Kita boleh bukak lampu yang mana penting je. Sebab even lampu led ni jimat tenaga, tapi kalau buat suis yang bukak serentak tak jimat jugak jadinya. kira balik total watt untuk semua lampu yang serentak dipasang. itu kalau 4 lampu. Kalau 6? 8 lampu dibuka serentak ?? Silap2 lebih lagi dari penggunaan lampu kalimantang. Hihi..Kiteorang pun bila stay ruang tamu kadang bukak 2 lampu je menyala. Hihi..terang je. Sama jugak dekat dapur. Even ada 3 lampu downlight buat 2 suis asing. Memang kos wiring untuk buat lampu semua dalam 1 suis lebih murah tapi kena plan untuk long term jugak. Dan mana yang menjimatkan.

Tu jela serba sikit tips untuk korang yang tengah plan untuk buat plaster ceiling dekat rumah. Kalau ada lagi info tambahan, saya akan update dekat sini =)


update contractor yang ok untuk buat renovation works & plaster ceiling:



Monday, June 13, 2016

Ourbaitijannati : Renovation Update - Cerita Plaster Ceiling Part 1



In sha Allah..saya try update hal berkaitan renovation rumah kiteorang dekat blog supaya boleh jadi panduan dekat orang lain yang tengah cari idea atau survey harga untuk renovate rumah. Mana tahu boleh membantu serba sikit sebab saya pun banyak survey guna google jugak dulu bila hal berkaitan nak renovate rumah. Huhu.. Rumah kiteorang ni kecik je. Apartment tapi still ada jugak buat renovate sikit-sikit sebelum pindah masuk rumah. 

Masa first plan kiteorang untuk renovate rumah, plaster ceiling ni memang awal2 dah masuk dalam list yang kena bagi keutamaan dulu. Hmm… ikutkan plaster ceiling ni bukan dalam kategori “keperluan” sangat pun. Lebih kepada kehendak. Tapi still dalam bajet kiteorang la. Kiteorang fikir, if nak buat plaster ceiling, memang kena buat dulu sebelum pindah. If nak buat masa dah lepas pindah, memang  rumit   sebab rumah dah penuh dengan barang. Tambah2 rumah kecik.  Memang susah jugakla nak alih2 barang semua. Dengan diorang nak tebuk buat wiring lagi. Sebab tu kena buat awal.

Ikutkan saya, saya suka plaster ceiling yang simple2 je. Suka yang biasa. Ynag flat je. Lepas tu ada cornice simple je dekat tepi.  Lebih kurang macam gambar bawah ni: 


(gambar hasil carian google)




Kalau dari atas lebih kurang macam ni la design pilihan saya. Yaang simple.

Tapi, citarasa saya berbeza pulak dengan encik suami. Huhu..Dia lebih sukakan design L-box. Yang boleh letak lampu T5 dekat dalam tu. Macam ni la lebih kurang  pilihan hati encik suami. 

(gambar sumber dari carian google)






Cantik kan? (tapi rumah kiteorang xdela design cantik cenggini. huhu..). Encik suami suka design yang ada lampu dalam tu. Macam ni orang panggil L-box. 

Saya tak berapa suka design plaster ceiling L-Box sebab mudah berhabuk. Kalau tak rajin, memang jadi tempat habuk & sawang bersarang la jawabnya. Disebabkan husband nak jugak buat plaster ceiling design L-box ni, so saya ikut jer. Tapi saya suggest untuk pakai L-box yang takde “longkang” means design yang takde ruang untuk letak lampu dalam. Kira tutup semuala. Sebab taknak jadi tempat segala habuk berkumpul dekat situ. Biar ada downlight saja.  Macam ala2 gambar bawah ni..

(gambar hasil carian google)





Tapi, manala Encik Suami nak setuju cakap wife dia ni. Hahaha… Dia cakap tak cantik design macam saya nak. Tak suka takde lampu dalam. Hmm..design L-box yang dia nak tu memangla cantik, sebab memang tengah “in” design macam tu sekarang ni. Tapi kena extra rajin jugak nak jaga. Leceh untuk orang tak berapa rajin macam saya. Tapi husband pulak cakap takpe, kita bersihkan pakai vacuum je nanti. So, setelah bincang dan bincang si isteri pun redha. Hihi..lagipun kalau nak buat design plaster ceiling biasa memang tak boleh pun. Sebab rumah kami tu rendah je . L-box je yang sesuai sebab boleh buat bahagian tepi jer. Bahagian tengah tak usik.  Guna lantai atas je.

Plaster ceiling takdela kiteorang survey banyak tempat pun. Sebab bila survey Kiteorang ambik dekat contractor yang Kedai dia dekat meru, klang. Diorang ni memang specialist dalam plaster ceiling. Ada kilang & kedai sendiri. Macam2 design ada tapi kiteorang pilih L-box yang design simple je. Lampu downlight LED dengan T5 mula2 kiteorang plan nak beli sendiri. Diorang pasangkan saja. Tapi bila kira2 balik, lagi murah kalau ambik lampu dengan diorang. Sebab dia kira sekali harga wiring point kan.  So, kiteorang ambik semua dengan diorang je. Harga bagi saya berpatutan. Masih murah  & berpatutan lagi la. Lebih kurang je harga tempat lain lepas compare. Compare dengan jiran2 jer harga dapat.  sebab keluasan dengan design sama kan. hihi.

Tips untuk korang yang tengah survey plaster ceiling, mintak quotation harga sekali dengan wiring point ok. Sebab kadang setengah tempat dia bagitau harga plaster ceiling saja. Untuk wiring point lampu downlight & T5 tu asing harga. Untuk wiring untuk lampu pun harga lain. Means, wiring untuk line lampu. Kalau downlight nak suis lain2. Untuk lampu dalam (lampu T5) nak suis lain. So wiring line lampu tu dah kira 2. Sebab 2 suis kan. Sebab tu kadang kita dengar harga murah tapi rupanya tak termasuk lagi wiring point. Nak tahu total cost buat plaster ceiling, kena mintak quotation penuh. So, bolehla kita agak bajet berapa. Selalu kos untuk buat plaster ceiling tak mahal sangat. Yang mahal wiring point tu. Lagi banyak lampu kita letak lagi mahal. Huhu…lampu dalam harga lain. Lampu downlight harga lain. Harga wiring pun lain untuk suis semua. Mintak harga all in complete ok bila korang tengah survey nanti.

Kiteorang buat plaster ceiling nipun banyak sebab jugak sebenarnya selain dari nak nampak cantik sikit (kekononnya..). Untuk bahagian living & dining area, ada beam dekat tengah2. Nak hide sikitla beam tu even tak boleh nak hide sangat pun sebab beam tu agak dalam. Bukan setakat beam, column pun terkeluar sekali. Kalau ambik rumah ground floor memang macam ni la. Column dekat bawah mesti akan besar sikit saiz sebab nak cater load dari atas. Huhu..redha.


deep beam dekat tengah ni nak jadikan separate ruang antara living & dining area

Satu lagi, sebab kiteorang nak pakai lampu downlight LED. lebih terang & jimat tenaga. Bil elektrik pun in sha Allah kurang dari lampu biasa.  Ikut plan, kiteorang nak buat plaster ceiling dekat bahagian ruang tamu & ruang makan saja. Dapur nak tutup bahagian yang ada beam dengan line paip saja. Tapi, last terus tutup semua. Sebabnya, dekat dapur pun ada beam yang “sakit mata” bila tengok. Huhu..lepas tu nak tutup pipe line dekat atas sinki sama (dlm gmbr tak nampak plk). 

Beam dekat dapur yang buat mata "sakit" bila tengok. Kiteorang pasang plaster ceiling jugak dekat sini sebab nak tutup beam ni. Agak rendah sebenarnya tapi okla dari sakit hati je bila tengok. Huhu..

Sampai sekarang saya still fikir kenapa macam ni bentuk beam dia? Dekat2 pulak 2 batang beam. Huhu...  rumah atas takde beam ni sebab design rumah atas memang tak sama dengan rumah ground floor. Pintu masuk pun tak sama.

Itu yang last semua ber “plaster ceiling. Kelakar jugak mula2. Kejap2 nak tutup sikit. kejap2 tak nak tutup sebab asyik fikir rendah. kejap2 rasa nak tutup separuh jer.  Last..ambikk..tutup semua terus. Hahaha...Tapi dekat dapur, kiteorang ambik yang design biasa je. Yang flat. Letak lampu downlight jugak dekat dapur. 


Ok update sikit progress kerja masa diorang tengah siapkan kerja-kerja buat plaster ceiling.









Hihi. kecik je rumah kiteorang. 874 sqft saja. Tak inggi pun. Tapi tetap teringin nak jugak buat plaster ceiling. Huhu..

In sha Allah nanti saya update part 2 pulak. Gambar bila dah siap. 

Sambungan Plaster ceiling part 2 di SINI

Friday, June 10, 2016

Khilaf Seorang Manusia.



Bulan Ramadhan ni, Kadang, bila ingat balik benda2 yang jadi masa dulu, baru tersedar hikmah yang tersembunyi.  Kadang hikmah tu kita akan sedar bila benda2 tu dah lama berlaku. Tak kisahla samaada kesilapan besar yang kita dah buat dulu, masalah atau ujian hidup ataupun kehilangan orang tersayang. Masa benda tu jadi, kita tak faham kenapa benda  tu jadi dekat kita. Tambah2 kalau pasal kesilapan-kesilapan yang kita dah buat dulu. Memang rasa malu dan rasa nak patah balik masa supaya kita tak buat benda tu.  . Hmm…Tapi “masa” mana boleh patah balik kan? Yang boleh buat, jangan ulang silap yang sama pada masa depan.  Semua orang pernah buat silap. Tak ada yang sempurnapun dekat dunia ni. Cuma bezanya kita samaada kesilapan tu kita akan terus repeat atau terus tinggalkan. Dan kesilapan tu jugaklah "guru" masa depan kita. 

Kadang2..kita tak sedar. Ujian yang perit tu sebenarnya untuk kebaikan kita di kemudian hari. Teringat dulu, masa selalu doa mintak Allah tetapkan hati & permudahkan untuk istiqamah dengan jayanya ( sebab selalu je gagal istiqamah dalam sesuatu perkara tu) Tapi, ujian pula yang datang. Allah hantar ujian walaupun benda lain yang saya minta. Masa ujian  tu datang, saya jadi blurr dan tak faham kenapa perkara  tu jadi. Tapi saya yakin, ada hikmah yang tersembunyi cuma saya tak tahu ‘hikmah apa’ ?. Bila dah lama berlaku, baru saya tahu hikmahnya. Rupanya Allah jauhkan saya dari perkara yang saya suka sebab perkara tu yang buat saya lalai & salah satu punca saya  gagal untuk istiqamah. Walaupun kita rasa perkara tu baik untuk kita tapi hakikatnya tak. Allah lebih mengetahui. Dalam tak sedar, sebenarnya Allah dah makbulkan doa saya dah pun masa tu. Doa dimakbulkan dalam bentuk ujian. Sebab kita juga manusia. Tak pernah lari dari dosa dan silap. Bila di uji, barulah nak dekat dengan Allah. Masa tengah seronok, tak ingat dunia kan. Huhu...(T_T)




Saya suka baca kisah2 inspirasi orang lain. Tak kisahlah kisah susah payah mereka sebelum berjaya. Pahit jerih mereka mengadap umpat keji manusia sebelum berjaya. Susah payah nak lalui ujian hidup. Kadang, macam tak percaya yang diorang pernah sesusah dan di uji macam tu.  Satu lagi, suka baca & tengok kisah2 inspirasi penghijrahan mereka-mereka yang dulunya jahil  tapi kini makin dekat dengan jalan Allah. Ada yang dah jadi ustaz dan orang2 alim dah pun sekarang. Sungguh saya Kagum. Kadang, jangan dinilai khilaf manusia yang dulu. Kerana dia pada masa depan, mungkin jauh lebih baik dari kita. Kadang, orang yang banyak khilafnya dulu, bila datangnya hidayah Allah dan terus berubah, perubahan dia tu mendadak dan kekal hingga ke akhir hayat. Tak kisahlah macam manalah jahat dan buruknya dia dulu, tapi pengakhirannya tu yang penting. Sebab  manusia boleh berubah. Perangai boleh berubah. Hati boleh berubah. Orang kita kenal dulu belum tentu sama dengan yang kita kenal sekarang.  Atas dunia ni, mula nya kita baik atau jahat bukan ukurannya. Yang penting mati kita. Kita mati sebagai orang yang baik atau jahat.  Samaada mati dalam husnul khatimah atau s'uul khatimah.  Semoga kita semua beroleh pengakhiran yang baik. Amin..




Wednesday, June 8, 2016

Cerita Rumah Sewa Ke-3 Kami


Saya tak pernah bercerita  pasal rumah sewa ke-3 kami lepas je kami duduk. Cerita masa nak pindah masuk rumah jer dulu.  Tapi bila dah nak pindah lagi ni, terasa nak cerita sikit dalam blog ni. Alhamdulillah. Dah masuk 2 tahun lebih jugakla kami menyewa dekat sini. Rumah yang saya dan husband anggap “rezeki Fayyadh”. Masuk rumah ni dari time tengah sarat mengandung dekat Fayyadh 8 bulan. Sekarang, Fayyadh dahpun nak masuk 2 tahun 4 bulan. Rumah sewa paling lama kami stay lepas kahwin. Dekat teres Kulim dulu dalam 6 bulan lebih (time pjj), rumah flat dalam 10 bulan jer (pindah sebab tak tahan environment dekat situ). Rumah ni lah paling lama duduk. Ikutkan kalau banyak duit, memang nak beli rumah ni. Sebab selesa tinggal sini. Aman damai & dekat dengan macam2 kemudahan. Owner rumah nak jual rumah ni dengan harga Rm 750K++. Uhuk2. Apakan daya, duit tak banyak…..hahaha. Hanya mampu sewa saja.  Tak mampu nak beli. Rumah ni mulanya, jadi  rumah kuarters untuk kami sebab husband kena transfer kerja site.  Tapi lepas habis kontrak dekat site, kami bayar sendiri sewa rumah ni sementara nak tunggu rumah husband beli siap construction & dapat kunci.

Jujur, sedih jugak rasa nak tinggalkan rumah ni. Bukan saya sorang. Husband pun. Tengah counting days nak tinggalkan rumah sewa ni. Kalau harga rumah dekat sini murah, memang dah lama beli sebab suka tinggal sini. Tapi, sedar diri sebab kami  bukan golongan berada. Huhu..nak beli rumah subsale pun harga dah mahal. Takpela, dah bukan rezeki kita. Nipun dah bersyukur sebab dapat pindah kawasan yang tak jauh sangat dari sini. Still boleh lagila nak tumpang facility dekat sini.hihi..

Kalau orang tanya saya kerja dekat mana. Mesti cakap jauh jer nak pergi kerja dari sini. Tapi hakikatnya, saya masuk kerja pukul 9 pagi.  8.30 pagi baru saya keluar gi kerja. Sempat je masuk dekat2 pukul 9 pagi.  Selalu kalau bukan bulan puasa, memang breakfast dekat rumah je sebab sempat masak dulu sebelum keluar. Pergi kerja tak jammed. Tapi balik kerja sekarang ni subhanallah. Terpaksa mengadap jammed. Keluar pukul 6 ptg. Pukul 7 baru sampai. Kalau hari yang ok sikit jalan 6.45 ptg dh sampai. Tapi sebab kawasan ni pun dah ramai orang duduk tu yang bertambah-tambah kereta atas jalan.

Rumah ni barang masih sama je macam rumah sebelum ni. Takde bertambah perabot sangat. Sebab pikir letih nak berangkut bagai bila pindah nanti. Biarlah barang apa yang ada. Tupun banyak jugak yang dah calar masa pindah dulu. Duduk rumah kecik dulu memang barang kecik2. Kadang segan jugak bila orang datang, rumah je besar tapi barang kiteorang kecik2 je dalam tu. Hihihii….barang murah2 ja. Yang beli rasa kalau rosak banyak kali pindah pun xdela sakit hati. Rumah kiteorg nampak kosong je. Tapi entahla, saya dengan husband suka rumah lapang tanpa banyak barang since fayyadh tengah aktif bergerak. Nak menyapu dan mengemop pun senang.  Tapi nanti bila dah pindah rumah kecil kami tu, tak tahu nak deco macam mana nak bagi rumah nampak luas. Masih mencari idea. 

Rumah sekarang, saya tak mendeko apa  pun. Entahla..sebab rumah sewa saya jenis tak suka nak paku2 rumah orang. Cat pun tak jugak. Nak hias pun setakat limit saja. Gantung frame pun dekat tempat yang memang dah ada tempat gantung. Memang guna barang yang ada je memang tak nak tambab apa2. Simpan hajat mendeco beria pun kalau dekat rumah sendiri (walhal belum milik sendiri lagi sebab masih berhutang dengan bank). Yang penting, rumah kemas je nampak. Hmm..tapi nak kata kemas sentiasa tu takla. Banyak jugak bersepahnya tambah bila Fayyadh sibuk punggah & baling2 mainan dia. Mama redha je. Tu belum campur time dia main bedak. Bikin nangis mama tengok penuh atas carpet dia tuang bedak. Hahaha..

Banyak kenangan rumah ni. Sama jugak rumah dekat kulim dulu. Walaupun kecil je rumah tu, tapi kiteorang akan ingat sebab dekat situla start hidup lepas kahwin. Rumah sewa sekarang pulak mula hidup lepas jadi parent. Dah bersyukur dapat rezeki menumpang teduh walau bukan rumah kita kan.
Takpela..semua ni kenangan. Share sikit gambar rumah sewa ke-3 kami yang simple + sempoi. Segan nak tunjuk tapi share jugakla untuk kenangan dekat sini.

barang kami yang kecik2. Hihi..

Meja 4 ketul kerusi je. Pindah nanti nak upgrade ke meja yang lebar sikit. Boleh  muat 6 kerusi. 

Cukupla 2 keping gambar ni. Huhu..


Semoga penghijarahan tempat baru nanti bawak kebaikan untuk kami sekeluarga. Sama macam rumah sewa ni. Amin..


Monday, June 6, 2016

Persiapan Ramadhan Kami =)

Persiapan tahun ni agak kurang berbanding tahun lepas. Kalau tahun lepas, saya siap buat jadual lagi untuk menu berbuka & sahur. Memang selalu pening apa nak masak time berbuka & sahur. sebab tu dah plan awal2.

Selalu, Dah siap shopping barang dapur, siap masuk tupperware segala rencah masakan simpan dalam peti ais. Tahun ni, alahai..apa pun tak sempat buat. Sempat grab barang basah sikit beli dekat kedai runcit. Ditambah pulak, weekend pun sibuk packing barang nak pindah rumah. Lepas tu, sibuk uruskan hal rumah baru kami dan mcm2 hal lagi. Penat ya amat! Sampaikan urusan bisnes pun saya terpaksa hold sekejap buat masa ni. Sebab busy. Masakpun dah jarang sejak sebulan ni. Banyak beli dari masak.

Bulan puasa ni, macam manapun tetap akan masak. Lagipun balik awal. In sha Allah sempat nak prepare. Senang kalau masak sendiri, lebih jimat & boleh masak sekali harung untuk sahur. sahur just tambah sikit je makanan macam ikan goreng ke, ayam goreng ke takpun telur masin.

Ramadhan kali ni, In sha Allah cuba baiki apa yang kurang. Hope sangat, even busy macam manapun, tak terlepas peluang untuk beramal. Setahun sekali je ramadhan datang kan. Sayang kalau biar macam tu saja. Waktu kerja habis lebih awal tu yang rasa best. Selalu kuih muih kiteorang beli jer. Tak berapa rajin nak membuat. Hihi...kalau weekend lain cerita. Dulu rajinla jugak buat. Sekarang? hm... duk nampak bayang yang weekend pun takkan buat jugak kuihnya. Huhu...busy sama.. Yang penting dapat menjalani ibadah puasa bersama keluarga kan. Rindu jugak dekat family dekat kampung. 

Selamat mejalani ibadah puasa untuk semua. Selamat meningkatkan amalan. Mohon maaf  andai ada salah silap dari saya sepanjang menulis di sini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna & baik dari sebelum-nya.