About Us

Thursday, May 12, 2016

I’m not a super mom


Yes! Absolutely I’m not a supermom! Dulu2 selalu je “fefeeling “ macam boleh je jadi supermom. Boleh divide masa betul2 untuk kerja, bisnes & Family but lepas 2 tahun 2 bulan jadi mommy, I know I can’t.

Bila terbaca status Wardina & Datin Dr halina pasal mother’s day, I feel the same way. Feel guilty, feel Imperfect & so on. Time baca tu tetiba je nangis. Allah je tahu macam mana rasa. Kadang saya cuba untuk jadi perfect  & do the best untuk anak, tapi dalam masa sama banyak jugak kesalahan yang saya dah buat dekat dia. Semoga Allah ampunkan dosa2 saya pada anak yang saya dah buat secara sedar atau tidak. 




Kadang2 bila balik kerja, rasa penat sangat, terus nak masuk tidur awal. Pernah pukul 9 malam saya dah terlelap.  Kurang dah masa melayan anak walaupun anak semangat nak ajak kita main. Sedih.  Sebab tu kadang-kadang bila saya penat sangat, saya akan minta husband yang main dengan anak. At least, saya tak nak anak rasa terabai sikitpun. If tak boleh dua2 spend time dengan dia, salah sorang akan take over. Macam tu jugak kalau time husband penat sangat, saya pulak yang akan main dengan anak.  I’m human too. Kadang ada masa, akan rasa penat ya amat. Stress dengan keja, dengan mengadap jammed lagi. Sampai rumah memang energy dah kelaut. Saya selalu rasa bersalah soal “masa” dengan anak. Tambah2 time weekdays. sebab dah seharian  tinggalkan anak dekat Taska sebab tuntutan kerja. Balik rumah ada masa dalam 3 jam je sebelum anak tidur. Sedih memang ya tapi saya pujuk diri yang saya terpaksa berkorban semua ni untuk ekonomi keluarga, untuk masa depan anak. Semoga Fayyadh akan faham bila dia dah besar nanti. Yang pengorbanan mama ni bukan untuk suka2. Huhu….

Bila anak dah tidur, pandang muka dia mesti akan jadi sayu. Rasa belum cukup mampu untuk jadi ibu yang baik. Rasa menyesal & bersalah sebab tak mampu nak jadi macam orang lain. Kadang tertinggi suara, termarah anak, tertampar @ terjentik dia secara tak sengaja sebab  dia “buat perangai” & saya tak boleh nak faham apa yang dia nak. Huhu...Bila dah reda marah, mesti bertubi-tubi rasa menyesal datang. Mesti akan terus peluk anak kuat2 & minta maaf. Even marah saya tu tujuan mendidik & mengajar,  tapi saya tahu banyak cara lain lagi untuk menididk.  Rasa kejamnya sebagai ibu sebab tak mampu nak bersabar & kawal marah. Betapa hidup ini selalu dipengaruhi emosi & kesibukan duniawi. Sifat marah selalu datang bila kita tak mampu mengawal emosi dengan baik. Huhu… .semoga Allah ampunkan kekhilafan saya sebagai seorang ibu 



Saya selalu admirer ibu2 yang sentiasa berlembut dengan anak dalam apa juga situasi. Sebab tu sekarang, bila rasa nak marah je saya akan diam. Bila dia buat perangai atau tantrum, saya biar je. Lepas dia reda sikit baru saya akan datang pujuk2. Tak pun, saya akan minta husband yang tenangkan dia. I love my son so much. Sayang sangat2. Ampunkan segala kesalahan mama sayang (T_T). Mama sayang Fayyadh sangat2. In sha Allah..semoga pengalaman ni akan buat saya jadi lebih baik.

Bukan mudah galas tanggungjawab sebagai ibu. Semua orang boleh jadi ibu. Tetapi, tak ramai yang boleh jadi “ibu mithali”. Ibu yang disayangi anak2 dan Allah. Ibu yang sentiasa sabar, sentiasa berlembut dengan anak. Yang mampu mendidik anak hingga anak menjadi anak yang soleh. Anak yang sopan santun dalam bercakap, hormat orang tua. Baik. Yang taat pada parent & Allah. Bukan sekadar berjaya di dunia saja. Saya selalu berharap yang saya akan sentiasa jadi bestfriend anak saya. Anak boleh kongsi segala benda & masalah dengan saya tanpa sikitpun rasa takut. Tapi, still respect saya sebagai ibu dia. Saya nak hubungan kami sangat rapat walaupun dia dah besar & dah ada keluarga sendiri. Always “anak mama & abah”. Hihi….tapi takdela sampai tak boleh nak independent sendiri kan.  Yang tu memang wajib la belajar untuk independent. Tapi, saya still nak dia jadi “anak manja” mama & abah.

Saya still dalam learning process untuk jadi ibu yang baik. Setiap hari adalah satu peluang untuk saya perbaiki diri. Walaupun kadang2 selalu gagal & ulang lagi  the same mistake tapi saya anggap semuanya ujian. Cuba lagi & lagi... Istiqamah yang penting.

 Sekarang, baru seorang anak. Belum ada rezeki anak seterusnya lagi. Tapi saya & husband sentiasa positive. Mungkin Allah nak kami sama2 perbaiki diri dulu untuk jadi parent yang lebih baik. Kami boleh luangkan lebih banyak masa untuk Fayyadh. Fokus tanggungjawab sebagai parent pada dia seorang saja. Enjoy je our life seadanya. Saya dah cukup bahagia dengan apa yang Allah dah anugerahkan pada saya. Bersyukur sangat2. Sayangi dan hargai apa yang kita ada sebab kita tak tahu sampai bila Allah bagi pinjaman berharga ni. Kadang bila fikir soal “pinjaman” ni, saya akan rasa sedih & insaf. Usaha untuk tak bazirkan masa untuk benda yang tak berfaedah. Jangan abaikan family. Hargai & spend time betul2 masa dengan family even sesibuk manapun kita dengan urusan seharian. Kelak, bila Allah dah ambil balik, tak guna lagi nak menyesal .Huhu…

Motherhood journey bukanlah semudah yang disangka. Banyak cabarannya.Saya belum mampu jadi supermom. Tak layak pun lagi. Huhu…banyak lagi compang camping sana sini sebagai ibu. Masih lagi kutip semangat yang kuat. Masih belajar dari kesilapan & ambik tips dan pengalaman orang lain dalam mendidik anak. Tapi saya tahu, saya dah try the best untuk anak & masih lagi sentiasa mencuba. Belum terlambat untuk berubah sementara anak masih kecil.  Azam saya tahun ni, saya mampu mengubah diri jadi ibu yang lebih baik untuk anak saya. Semoga dipermudahkan. Amin..



Lambat dah nak wish, tapi nak jugak wish, selamat hari ibu untuk semua ibu2 seluruh dunia =)



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen!