About Us

Tuesday, May 31, 2016

Menghampiri Bulan Ramadhan

Takde benda nak update sebab sangat2 busy lately ni. Sedar tak sedar makin dekat dah kita dengan bulan Ramadhan. Sedikit perkongsian untuk hari ni.




Wednesday, May 18, 2016

“Family Time” – Benda simple Tapi Selalu Diabaikan Dan Diambil Mudah


Sementara mood menulis tengah ada, nak bercerita sedikit pandangan saya soal “family time”. Nampak macam biasa tapi jarang orang zaman sekarang nak pandang serius. Tapi benda ni saya & husband selalu ambik serius. Dulu2 memang tak sangat, tapi lepas beberapa pengalaman & kesilapan yang kami lalui & dah buat,  kami ambik sikap untuk pandang serius benda ni. Kenapa? Nanti saya cerita.




Boleh kata semua orang ada “family time”. Tapi sejauh mana kita titik beratkan soal “family time” tu? Betul2 berkualiti atau sekadar “ada-ada” saja. Tambah yang suami isteri yang kerja ni, lagila soal masa dengan family tu sangat2 penting. Tapi bagi yang tak bekerja pun, tak semua yang manfaatkan “family time” ni  betul2 dengan family. Masa dengan family bukan setakat kita just spend time dengan  family. Duduk dengan suami & anak sepanjang masa. Kadang satu hari duduk sebumbung dalam rumah dengan anak & suami pun belum tentu kita gunakan masa dengan betul untuk  layan suami &anak kan?. Hmm..faham tak apa maksud saya? Sebumbung dalam satu rumah belum tentu kita saling luangkan masa bersama.




Contoh pertama, duduk depan Tv, konon luang masa bersama. Tapi si anak main mainan sendiri. Si suami sibuk dengan telefon. Si isteri pun sama. Mengadap telefon jugak. Padahal masing-masing duduk atas sofa yang sama. Sebelah menyebelah. Tapi, masing-masing mengadap telefon. Nak tengok apa viral terkini, gossip terkini, bukak Fb, Ig, whatsapp. Scroll berjam-jam. “lagha” dengan keseronokan teknologi duniawi. Dah takde komunikasi sesame sendiri. Anak pulak jauh terpinggir. Bagi mainan, Tab atau phone  dekat diorang. Biar main sendiri. 





Lepas tu, bila dah lewat malam, dah nak masuk tidur. Suami isteri nak tidur dah takde sesi pillow talk macam dulu-dulu. Masing-masing dah penat kerja, letih nak bercakap.  Sambil nak tidur pun masih mengadap telefon sampai terpejam mata. 





Itu belum campur kes  si isteri balik kerja nak buat kerja rumah itu ini. Mana dengan nak masak, nak sidai baju, lipat baju, nak melayan anak merengek or nangis yang si suami sedap je duduk atas kerusi sambil main handphone? Buat tak peduli anak menangis ke apa. Takpun, keluar rumah lepak dengan kawan2 dekat kedai mamak. Dahlah satu hari spend time dekat luar sebab kerja, balik rumah pun taknak lekat dekat rumah.  Kesian dekat anak isteri yang macam tak cukup perhatian & kasih sayang. 


Kadang bila ramai-ramai balik kampung pun, ramai jugak yang lagi suka mengadap phone dari berbual sesama saudara. Padahal waktu macam nila kita nak eratkan silaturrahim sesama ahli keluarga  lepas lama tak jumpa. 


See….Sedih kan kehidupan macam ni? Memang begitu realitinya..




Contoh kedua, keluar melancong dengan family. Bila sebut soal vacation, of coz lah dalam minda setiap ahli keluarga ialah spend time dengan family. Time nilah nak release tension lepas penat kerja, time nilah nak “happy2” dengan family. Tapi betul ke kita manfaatkan masa kita hanya untuk family masa tu? Dalam kereta, suami tengah drive, isteri sibuk main telefon. Takde komunikasi dengan suami atau sesi bercerita sesama sendiri. Sampai tempat nak bercuti, isteri sibuk nak ambik gambar dan cepat2 update dekat media social. Semua aktiviti nak cepat ambil gambar dan terus update. Kekonon nak buat live update. Tak salah. Memang tak salah. Tapi bila terlalu addicted sangat dengan media social & asyik nak update dekat orang apa kita buat sepanjang masa, masa bila pulak yang kata spend time dengan family? Otak tak berfokus pada niat asal kita.Itu belum campur, sibuk nak scroll media social lagi atau berbalas komen dengan kawan2 yang tanya aktiviti kita. Boleh ambik gambar dan update tapi masa kita dengan keluarga mana? Adakah kita bercuti sekadar nak ambil gambar banyak-banyak & tunjuk dekat semua orang yang kita dah sampai tempat ini dan itu? Fikir balik apa tujuan kita bercuti.

Quality time  sangatlah penting waktu ni. Sangat2 perlu untuk dimanfaatkan. Inikan our “family time” bukan orang lain punya time. So, put your family as  a priority. Nak update apa2 kemudian pun boleh. Nikmati percutian tu sepenuhnya. 









Saya pun sama jer dulu. Buat kesilapan yang sama. Sampaila husband tegur, yang kita tak cipta memori dalam gambar tapi dalam ingatan. Gambar sekadar koleksi untuk dikenang. Ambil setakat perlu & sekadar cukup. Renungkanlah semula. Kita tak nak hanya ada gambar kenangan. Tapi kita nak "live in the moment". Kita nak memori yang akan terus lekat dalam hati & jiwa sampai bila-bila. Gembira kita, manis senyum kita bukan setakat dalam gambar, macam tu jugak bahagia yang kita rasa bila bersama dalam family. Limitkan masa dengan aktiviti bergambar. Pilih2 jugak tempat nak ambik gambar. Bukan jalan sikit ambik gambar, jalan sikit ambik gambar. Kita akan terlepas peluang nak “menikmati” saat2 indah tu. try untuk "feel" the moment. "feel" keindahan depan mata. Zaman kecik2 dulu banyak je kenangan yang kita ingat sampai sekarang even takde gambar. Sebab apa? Sebab kita menikmati saat2 tu bukan sekadar cipta memori dalam sekeping gambar.





Lepas dah balik bercuti, upload lah semua gambar yang nak upload. Atau lepas dah balik bilik hotel, boleh curi sikit masa untuk upload gambar . Untuk berkongsi dengan kawan2 ataupun simpan untuk buat entri pasal bercuti. 


Saya harap orang tak salah faham apa yang saya cuba sampaikan ni. Tidak dikaitkan dengan sapa-sapa pun. Sekadar perkongsian & peringatan untuk  semua termasuklah diri sendiri jugak. Terpulang pada pendirian & cara masing2. Sekadar pendapat peribadi saya.





Contoh ketiga, spend time waktu weekend dengan family. Keluar jalan sana sini. Bawak anak pergi playground tapi biar je anak main sorang2. Takpun si ibu je tengok anak main, yang si ayah duduk dekat bangku mengadap telefon. Memang inilah realiti yang selalu saya nampak depan mata. Paling sadis, kalau parent biar je anak main sendiri lepas tu maaing2 duduk dekat bangku mengadap telefon. 

Kenapa tak main sama2 dengan anak? Penting sangatkah urusan kita sampai tak boleh spend just setengah jam saja untuk layan anak bermain? Kadang kesian tengok budak2 asyik panggil mak ayah tapi tak dihiraukan. lagi pentingkan telefon. Huhu...


Kita dah terlepas banyak peluang “masa” untuk suami atau isteri kita. Termasuklah jugak untuk anak kalau benda2 simple macam ni kita tak ambik pusing. Sama jugak situasi dekat kedai makan. Masing2 mengadap telefon. Meja bisu tanpa komunikasi. Dengan anakpun bagi tab untuk main supaya diorang tak bising atau merengek. Nak diorang behave. Lama2 kalau teruskan tabiat macam tu anak pun boleh jadi anti social. Huhu..Kalau lepak dekat rumah pun sama. Masing2 Buat aktiviti sendiri. Tak spend time untuk aktiviti bersama. Ada masa yang kita perlu untuk diri kita saja. Ada masa yang kita perlu spend untuk family. Kena balance. Sebab tu if duduk dalam rumah yang sama pun belum tentu kualiti masa bersama tu dimanfaatkan. 










Ya..memang reality dunia zaman sekarang banyak benda yang memerlukan kita berkomunikasi menggunakan telefon tapi kena pandai atur masa. Jangan jadikan kita hamba pada “telefon” sampai hilang dah komunikasi dalam family & moment2 indah yang patut kita create dengan family kita. Bila ada anak, sesibuk mana pun kita, try luangkan masa sebaiknya untuk anak. Tak kisah walau sejam pun masa yang kita ada, tapi kualiti kan masa tu. Dari kita ada masa 5 jam tapi lansung tak berkualiti. Sibuk dengan hal sendiri atau hal duniawi. Sama tu jugak dengan isteri dan suami. Perlu masa yang hanya berdua. 

Kita sibuk nak hubungkan relationship kita dengan orang2 yang jauh, berhubung dalam telefon tapi kadang kita lupa yang kita dah abaikan mereka-mereka yang ada di depan mata yang mana kita patut bagi lebih perhatian. Teknologi yang ada kalau tak pandai guna boleh bunuh kehidupan mesra & bahagia dalam Keluarga.masing2 akan jadi tak ambik kisah satu sama lain. Hubungan akan mudah jadi rengang sebab kurangnya komunikasi. Masing2 buat hal sendiri. Nauzubillah...mintak.dijauhkan sangat untuk hidup dalam suasana macam tu. 


Since tahun lepas, saya dah husband start create our family time rules. Ambik serius hal ni sebab nak lebih manfaatkan masa berkualiti bersama family & try nak seimbangkan kehidupan untuk dunia & akhirat. Dari kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat, kami try perbaiki & cuba istiqamah. Sebelum-sebelum ni bukan takde "family time" tapi kurang manfaatkan sebaiknya. Tapi try untuk istiqamah dan masing2 kena respect our family time. Memang masa weekdays bila balik kerja tu tak banyak, tapi jadikan masa tu suatu yang berkualiti. Kalau dah time penat sangat kerja & tidur awal tu lainlah. Kadang2 saja.  Tapi bukan sampai ignore family. 


Family time kiteorang kalau time weekdays adalah dari pukul 6 petang sampai 10 malam. Kira time ni adalah masa "berharga" bersama family. tak boleh guna phone. Jawab phone or call tu bolehla sebab mana tau emergency ke atau family call ada apa2 nak bagitau. Tapi nak saja2 main telefon memang tak dibenarkan. Nampak macam strict, tapi bila dah istiqamah buat kami rasa enjoy & happy. Sebagai  peemulaan untuk misi ni dan juga sebagai peringatan, kami lekat notis tu dekat dinding rumah supaya akan ingat selalu =).




Lekat dekat dinding sebab rumah sewa taknak paku2 gantung masuk frame ke apa. Buruk sikitla nampak. Hahaha..pindah umah sendiri nanti baru gantung frame ayat2 positive. Buat nipun Sekadar peringatan untuk kami. Sebab ruang tamu memang tempat paling banyak duduk. So, awal2 nak mendidik diri memang buat macam ni. Sebab tiap kali pandang, masing2 akan ingat.Lama-lama dah sebati. So, dah tak perlu lagi reminder macam ni bila kita dah terbiasa buat. 


Lepas pukul 10 malam, anak pun dah tidur barula boleh nak buat aktiviti sendiri. Macam nak mengadap phone ke, nak menjahit ke, nak uruskan hal bisnes ke, layan whatsapp customer ke, baca buku atau husband nak buat kerja dia. Masa ni jugaklah masa untuk suami isteri. Masa untuk berdua. Kami try untuk adakan sesi pillow talk macam biasa. Takde nak mengadap phone sebelum tidur. Sebab dah sehari tak jumpa masing2 keluar kerja, memang banyak benda nak cerita. Sesi luahan perasaan kalau stress keja ke apa. Bercerita tentang perancangan & angan2 kami. Hihi...Penting suami isteri tahu masalah masing2 & sama2 menjadi pendengar yang baik.


Sama jugak time weekend. Bagi husband saya, weekend adalah masa bersama family. Dia agak bertegas dalam hal ni. Dia paling pantang bila keluar dengan family sibuk nak main telefon. Setakat jawab mesej kejap2 atau yang penting tu takpe lagi.  Kalau keluar atau duduk rumah jer pun kena betul2 manfaatkan quality time tu. Sebab dah hutang masa 5 hari untuk kerja. Lagi 2 hari kena cover balik hari2 yang dah tertinggal untuk family. Tak kisah walaupun masa tu tak banyak. Kualiti tu yang penting. Macam mana kita manfaatkan masa yang ada. Macam mana kita nak buat agar hubungan kekeluargaan kita sentiasa erat & manis2 macam awal perkahwinan.


Entri ni untuk peringatan kita-kita sebagai ibu & ayah. Sebagai suami dan isteri. Kadang keseronokan duniawi buat kita "lagha", buat kita tak alert dengan pentingnya masa kualiti bersama tersayang. Seronok berinteraksi dengan teknologi moden, kadang kita banyak mencipta dosa tanpa sedar. Social media ni ada baik & buruknya. Gunalah secara terkawal.


Masa dengan family, Bukan setakat kita "spend masa", Tapi jadikan masa tu suatu berkualiti. Tak kisah sesibuk manapun kita cari duit, cari rezeki, please put Allah first, family second & last sekali barula hal2 duniawi. Seimbangkan kehidupan untuk dunia dan akhirat.  Masa akan berlalu dari hari ke hari. Masa yang dah lepas kita takkan boleh patah balik. Sebab tu, pentingnya hargai masa yang ada. Jangan sampai bila Allah dah ambik balik apa yang dia pinjamkan dekat kita baru kita nak rasa menyesal.


Maafkan saya kalau entri ni ada menguris rasa mana-mana pihak. Sekadar pendapat peribadi saya. Tak tujukan pada sesiapa pun. Peringatan untuk saya jugak. Saya sendiri pun masih berusaha untuk mengutamakan kualiti masa bersama keluarga dalam pelbagai hal. Kesilapan2 lalu adalah guru terbaik untuk kita. In sha Allah








Tuesday, May 17, 2016

Our baiti jannati : Rumah Pertama Kami

(entri draft terperam tahun 2015)

Alhamdulillah….tertunai jugak impian kami nak beli rumah tahun lepas.( Tahun 2015) . Setelah berkali-kali niat tertangguh, terhalang..Alhamdulillah…Allah permudahkan.  Kita just merancang tapi Allah tahu apa yang the best untuk kita kan. Kalau dikira-kira apa yang jadi time rumah2 yang kami hampir nak beli dulu, ada hikmahnya. Mungkin ini yang  terbaik buat masa sekarang untuk keluarga kecil kami. Sebab proses kami nak beli rumah ni dipermudahkan sangat.  Kami lalui dengan happy & tenang. Tak macam time usaha nak beli rumah subsale dulu. Ada jer yang menghalang. Mungkin bukan rezeki kami sama nak dapat rumah subsale,

Rumah pertama di kawasan lembah klang ni, target beli apartment dulu. Teres semua dah mahal2 lepas tu kalau yang murah lokasi agak jauh. Dan ada jugak faktor2 yang lain yang buat kiteorang tukar plan cari rumah for investment dulu. Rumah idaman? In sha Allah ada rezeki, akan sampai masanya nanti. Kami mulakan dengan rumah yang kecil dulu. Kawasan sini pun tengah nak membangun. Tengok future punya development kawasan ni In sha Allah macam2 ada. Tapi sebab harga yang ditawarkan mampu milik, so developer takde bagi offer best2. Proses nak beli hampir sama macam beli rumah subsale. Bayar booking, bayar deposit 10% dari harga rumah. Macam tu jugak dengan legal fees & so on. Takde free apa2 dari developer. Semua kena bayar sendiri. Selalu rumah baru banyak dapat free itu ini kan? Ada rebate la, early bird price la..Ada yang siap bagi free washing machine la..aircond la..Tapi yang ni takde.  Rumah ni husband yang beli dan bulan2 dia yang bayar. Tapi untuk kos masuk rumah baru & buat sedikit renovation, kiteorang kongsi duit. Namapun suami isteri. susah senang sama2 =).

Tak tahu kenapa rumah ni kami  tak ambik masa fikir panjang untuk booking.  Terus beli je. Maybe sebab harga dia sama. Lepas tu rumah baru.  Lokasi takdela dekat centre shah alam nu. Ke dalam la jugak. Tapi dekat dengan lokasi rumah sewa sekarang. Jarak ke tempat kerja lebih kurang dengan rumah sewa sekarang cuma tahap jammed je tak tahu la macam mana. standard la jammed time peak hour.  Design luar dia cantik walaupun cuma apartment. Ikutkan masa beli memang berharap dapat unit ground floor dan rezeki kami, dapat. Tupun memang dah last unit dah tinggal untuk ground floor.

Block Tak tinggi (husband tak suka block tinggi), 4 tingkat je, Ada provide  2 parking. Ground Floor. Senang. Parking kereta memang dia bagi betul2 depan pintu rumah je. Tak payah nak naik tangga lagi. Sebab dah biasa duduk rumah bawah ( rumah sewa kami duduk dulu, 2 buah rumah teres, satu flat) so memang prefer rumah bawah. Satu lagi, sebab ground floor kawasan dapur & yard lebih besar dari rumah tingkat atas. Design untuk unit ground floor, pintu masuk tak sama dengan rumah unit atas. So, pintu masuk unit ground floor bukan laluan orang nak naik tangga ke tingkat atas. Lepas tu tak mengadap pintu rumah orang. Setiap floor, just ada 4 unit je rumah. Setiap unit adalah corner lot. 


Walaupun cuma rumah kecil, medium size, Tapi in sha Allah selesa untuk kelurga kecil kami. Kami plan nak tinggal dekat sini. Kalau husband transfer pergi mana-mana nanti tak pasti lagi nak sewakan atau jadi rumah hinggap je tiap kali datang Kl selangor. Tupun Bergantung pada keadaan. Tak tau apa yang berlaku future kelak.  Cuma, rasa syukur  tertunai hasrat nak beli rumah. Walaupun kecil, cukuplah. Dah rasa bersyukur dah dengan apa yang ada. Sebab bila fikir2 balik, elok juga tak terikat dengan komitmen bulanan yang tinggi time muda-muda  ni. Beli bawah kemampuan lagi baik. Tapi, beli rumah tak rugi sebab nilai pasaran makin naik.

Dekat mana lokasi rumah ni? Maaf tak boleh nak story dekat sini atas faktor keselamatan. Tapi masih dalam kawasan shah alam, selangor. Sekarang, rumah dah siap. Kunci pun dah dapat. Tunggu settle kerja2 renovation, nanti terus nak pindah masuk.

Just nak cakap, dalam membeli rumah, beli lah apa yang kita mampu. Bukan yang memebebankan kita. Tapi ambik kira faktor2 yang perlu di consider dalam membeli. Lain orang, lain citarasa kan. Try banyakkan saving. beli rumah walaupun yang murah  tetap melibatkan bayak kos. Bukan setakat kos downpayment 10% tu je. Huhu..If belum sampai lagi rezeki nak beli, jangan rasa sedih or rasa down or compare life kita dengan orang lain. Doa Allah permudahkan urusan kita. Perancangan Allah tu sebaik-baiknya untuk kita. Sampai masa, pasti ada rezeki kita =).




Monday, May 16, 2016

Our Baiti Jannati: Kisah kami mencari rumah Pertama

(entri draft terperam Dari tengah Tahun 2015)

Berkahwin di usia 25 tahun, target kami tahun pertama kawen sewa rumah, tahun ke-2 dah beli rumah. Target umur 27 tahun dah beli rumah. Tapi, bukan rezeki kami untuk dapat rumah masa tu. Rezeki anak yang datang dulu.

Alhamdulillah...Lepas bersalin tahun 2014, hujung tahun kami start survey & dapatkan info pasal jual beli rumah. Hmm..mula dari '0" knowledge, alhamdulillah..lepas tu macam2 tahu. Setakat baca tapi tak praktis memang susah nak faham. Tapi masalahnya, kami masih tak boleh decide nak beli rumah untuk stay or rumah untuk investment.

Disebabkan kerja suami kemungkinan besar berpindah-pindah ikut project so kami takkan stay satu tempat lama. Kalau PJJ pun, saya tak perlukan rumah yang besar. Ikut hati lebih selesa dengan rumah apartment kalau stay sendiri dengan anak. Rasa secure sikit. Tapi tu ar...banyak benda kena consider. Mula fikir, beli rumah untuk investment je. Kiteorang hidup menyewa. Sebab bukan nak stay lama pun satu tempat. Tapi, kalau fikir benda yang tak pasti ni sampai bila pun takde solution. So, cara senang beli je rumah yang di bawah kemampuan dulu.

Honest, kalau ikut keinginan hati rumah untuk stay mestila kami nak rumah atas tanah. Huhu..Dapat rumah teres setingkat pun jadila asalkan rumah bawah. Tapi, rumah teres kebanyakannya yang murah jauh dari tempat kerja. Even rumah subsale apartment pun dah susah nak jumpa yang murah, apatah lagi rumah teres. Flat seksyen 7 shah Alam  tu pun dah 200k lebih harga. Apartment lain jangan tanya ar..memang mencanak naik je harganya area shah alam ni. Teres kebanyakannya dah cecah 600k ke atas. Harga semua mau pitam. Memang betulla orang cakap banyak rumah mampu tengok je sekarang ni. Yang murah yang boleh dapat bawah 400k banyak dekat kawasan hujung2 shah alam. macam jalan kebun, puncak alam, still murah lagi la. Tapi tu ar..banyak benda kena fikir.

Mula2 kami plan cari rumah untuk investment. Tapi nak beli rumah low cost area selangor KL ni kena gaji husband wife bawah 5k. Kalau bujang kena bawah 3k. Memang tak dapatla. Ada syarat khusus pulak untuk rumah low cost ni. yala kalau fikir2 balik rumah low cost la paling senang nak cari orang untuk sewa. Kalau harga rumah bawah 100k, bulan2 bayar rendah. Sewa boleh mark up lagi. Tapi, tu ar susah pulak nak beli sebab ada syarat khusus. Kiteorang plan, nak sorang je  beli rumah. Memang tak nak combine loan untuk rumah first. Kemudian if ada rezeki beli rumah besar sikit baru combine loan. Kalau  beli rumah medium cost better la yang boleh kita duduk dan senang di sewa.  Kalau medium cost pulak tak banyak dah harga yang murah. Time survey ni pun banyak  dah 300k  ke atas. Huhu....Yang baru2 memang dah 400k ++. Sedih tengok harga rumah. Makin mahal dan tak sepadan dengan jenis rumah.Kadang bagi parking kereta 1 jer pun. Kalau area luar bandar harga macam ni dah dapat rumah teres 2 tingkat dah. Banyak2 rumah naik pun banyak jugak yang tengok kosong je. Banyak yang beli untuk invest jual or sewakan. Bila ada proses jual beli ni antara investor ni la yang buat harga rumah makin naik. Naik dan terus naik...tak seiring dengan pendapatan rakyat.

Banyak2 rumah kami survey macam2 jenis yang kami jumpa. Banyak benda jugak yang kena consider. Kami banyak tengok rumah sekitar shah alam dengan kawasan2 dekat dia je sebab memang nak stay dekat shah alam je sebab dah biasa dekat sini. Lagipun saya dah stay shah alam dah 8 tahun dah. Rumah baru atau rumah lama. semua kami survey. Survey ambik pengalaman. Bila tanya kawan2 & sedara, banyak jugak yang ambik masa lama sikit survey nak beli rumah. Ada yang sampai setahun. Kami pun almost setahun jugakla.

Dalam tempoh tu, kami pernah dah booking dah satu rumah ni. Rumah teres setingkat. Harga RM 273k. Masa tu siap dah bayar deposit 3 % dekat agent (almost 9k jugak).  Dah sign dah surat setuju nak beli. Tapi sebab owner macam main tarik tali nak jual ke tak rumah tu, last dia tak jadi jual sebab rasa agent tu menipu. Mujurla dapat balik duit deposit 3% tu. Tapi ikutkan hati masa tu kiteorang macam belah bagi jugak sebenarnya sebab jarak rumah tu jauh sikit nak ke tempat kerja. Tapi sebab harga dia murah dan nak sama je dengan harga apartment dekat shah Alam ni tu yang husband rasa beli je. Sebab fikir teres lepas tu condition rumah memang cantik & kemas. Kira terjaga elok la. Tapi bukan rezeki kami kan. Lagipun, fikir2 balik ada hikmahnya jugak. Sebab faktor jarak & sebab lain sama.

Rumah kedua pun hampir2 booking tapi tak jadi sebab harga agent letak tinggi dari market price. Rumah kedua hampir nak booking ni apartment tapi ground floor. Nak jual harga RM 250k.Kawasan yang boleh kira hot area jugakla. Dekat dengan macam2 kemudahan. Tapi size rumah kecik sikit. 780 sqft je tapi condition memang cantik & nampak baru. Takde kerosakan apa. Tapi bila check dengan bank semua bagi harga rendah dari yang agent jual. kena top up banyak jugak kalau nak beli. So, tak jadi la jugak nak beli. Bukan rezeki lagi kan..

Rumah lain yang kami survey yang berminat nak beli apartment dekat area rumah sewa kami sekarang. Memang berkenan sangat sebab rumah baru, lepas tu tak tinggi ( husband tak suka rumah tinggi sangat). apartment ni dalam 10 tingkat je, Tapi harga mahal bagi saya masa tu. Rm 330k untuk keluasan 803sqft. .Huhu.... Nego2 dengan agent dapatla RM 310k. Ikutkan mula2 memang husband nak beli jugak. Dia yang terlebih berkenan dengan rumah tu berbanding saya. Maybe faktor kami dah selesa sama dengan kawasan rumah sewa sekarang. lepas tu rumah baru siap. Baru. Dah tanya beberapa bank semua memang lepas loan kalau nak beli guna nama dia sorang. Tapi bila call abah dia ( husband jenis apa2 masih suka mintak pendapat abah dia), terus abah dia cakap tak payah la beli. cari rumah lain dulu. Cari Yang bawah 300k untuk rumah first. Abah dia tak berapa nak setuju. Suruh survey lagi. Sebab sebolehnya dia tak nak kami ada commitment yang tinggi time muda & awal2 kawen ni walaupun beli atas satu je nama & dua2 bekerja. Bila fikir2 balik cakap abah tu memang betul.

Ada jgk rumah2 baru yg kami terlambat nak booking sebab dah sold out developer jual. Rumah teres setingkat. Bagi nama dalam waiting list developer kot2 ada yang loan reject. Tapi  waiting list pun, nama kami dah nama nombor belakang2 dah. Rumah harga affordable mmg ramai la yang nak kan? Huhu... Tunggu2 takde pulak panggil. Dah penuhla agaknya. Takde rezeki jugak.

So, lepas tu kami dah slow fikir pasal rumah. Slow2 la sikit cari. Kecewa jugakla sebab ada je halangan tiap kali nak beli rumah. Tapi, kami positive. Mungkin belum masanya. Dan belum jumpa yang sesuai. Masa ni tawakal je dengan Allah. Doa mintak yang terbaik untuk kami & dipermudahakan. Memang harap nak beli rumah sangat tahun lepas. Memang target paling lambat umur 28 dah ada sebiji rumah. Sebab tu salah satu wishlist kami.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak beli rumah. Rumah apartment jugak tapi baru. Harga murah dari semua yang kami survey before ni. Memang dapat jimat banyakla untuk monthly instalment. Tak sampai 1k pun bayar sebulan.  Masa beli tengah construction lagi. Developer jenis jual rumah lepas dah 60% construction. Rumah ni memang kami tak sangka lansung. Lepas tu urusan nak beli dipermudahkan sangat. Dari urusan loan, legal fees semua jadi mudah je. Alhamdulillah sangat. perancangan Allah tu lebih baik. Dia dah rancang elok2 dah semua untuk kita cuma kita jer tak tahu. Mungkin ni la hikmah bersabar kan. Allah tahu mana yang terbaik dan masa bila yang sesuai dia bagi rezeki tu dekat kita. Even rumah kecil pun dah bersyukur sangat. Ada jugak rumah sendiri.

Alhamdulillah, rumah kiteorang dah dapat kunci. Nanti saya try share apa yang berkenaan dengan nak masuk rumah baru & kos2 renovation. Tapi tak tahula bila sebab mood blogging sekarang memang banyak kelaut. Huhu..

Oh ya, Tq pada cik Hani sebab sudi menjawab banyak soalan & bagi tips masa saya dlm process cari rumah & tlg recommend lawyer. Hihi..Tq sangat2! Tapi xsempat nak guna lawyer tu sebab dah beli rumah dengan developer. Next time, in sha allah kalau ada rezeki beli rumah subsale pulak.

Thursday, May 12, 2016

I’m not a super mom


Yes! Absolutely I’m not a supermom! Dulu2 selalu je “fefeeling “ macam boleh je jadi supermom. Boleh divide masa betul2 untuk kerja, bisnes & Family but lepas 2 tahun 2 bulan jadi mommy, I know I can’t.

Bila terbaca status Wardina & Datin Dr halina pasal mother’s day, I feel the same way. Feel guilty, feel Imperfect & so on. Time baca tu tetiba je nangis. Allah je tahu macam mana rasa. Kadang saya cuba untuk jadi perfect  & do the best untuk anak, tapi dalam masa sama banyak jugak kesalahan yang saya dah buat dekat dia. Semoga Allah ampunkan dosa2 saya pada anak yang saya dah buat secara sedar atau tidak. 




Kadang2 bila balik kerja, rasa penat sangat, terus nak masuk tidur awal. Pernah pukul 9 malam saya dah terlelap.  Kurang dah masa melayan anak walaupun anak semangat nak ajak kita main. Sedih.  Sebab tu kadang-kadang bila saya penat sangat, saya akan minta husband yang main dengan anak. At least, saya tak nak anak rasa terabai sikitpun. If tak boleh dua2 spend time dengan dia, salah sorang akan take over. Macam tu jugak kalau time husband penat sangat, saya pulak yang akan main dengan anak.  I’m human too. Kadang ada masa, akan rasa penat ya amat. Stress dengan keja, dengan mengadap jammed lagi. Sampai rumah memang energy dah kelaut. Saya selalu rasa bersalah soal “masa” dengan anak. Tambah2 time weekdays. sebab dah seharian  tinggalkan anak dekat Taska sebab tuntutan kerja. Balik rumah ada masa dalam 3 jam je sebelum anak tidur. Sedih memang ya tapi saya pujuk diri yang saya terpaksa berkorban semua ni untuk ekonomi keluarga, untuk masa depan anak. Semoga Fayyadh akan faham bila dia dah besar nanti. Yang pengorbanan mama ni bukan untuk suka2. Huhu….

Bila anak dah tidur, pandang muka dia mesti akan jadi sayu. Rasa belum cukup mampu untuk jadi ibu yang baik. Rasa menyesal & bersalah sebab tak mampu nak jadi macam orang lain. Kadang tertinggi suara, termarah anak, tertampar @ terjentik dia secara tak sengaja sebab  dia “buat perangai” & saya tak boleh nak faham apa yang dia nak. Huhu...Bila dah reda marah, mesti bertubi-tubi rasa menyesal datang. Mesti akan terus peluk anak kuat2 & minta maaf. Even marah saya tu tujuan mendidik & mengajar,  tapi saya tahu banyak cara lain lagi untuk menididk.  Rasa kejamnya sebagai ibu sebab tak mampu nak bersabar & kawal marah. Betapa hidup ini selalu dipengaruhi emosi & kesibukan duniawi. Sifat marah selalu datang bila kita tak mampu mengawal emosi dengan baik. Huhu… .semoga Allah ampunkan kekhilafan saya sebagai seorang ibu 



Saya selalu admirer ibu2 yang sentiasa berlembut dengan anak dalam apa juga situasi. Sebab tu sekarang, bila rasa nak marah je saya akan diam. Bila dia buat perangai atau tantrum, saya biar je. Lepas dia reda sikit baru saya akan datang pujuk2. Tak pun, saya akan minta husband yang tenangkan dia. I love my son so much. Sayang sangat2. Ampunkan segala kesalahan mama sayang (T_T). Mama sayang Fayyadh sangat2. In sha Allah..semoga pengalaman ni akan buat saya jadi lebih baik.

Bukan mudah galas tanggungjawab sebagai ibu. Semua orang boleh jadi ibu. Tetapi, tak ramai yang boleh jadi “ibu mithali”. Ibu yang disayangi anak2 dan Allah. Ibu yang sentiasa sabar, sentiasa berlembut dengan anak. Yang mampu mendidik anak hingga anak menjadi anak yang soleh. Anak yang sopan santun dalam bercakap, hormat orang tua. Baik. Yang taat pada parent & Allah. Bukan sekadar berjaya di dunia saja. Saya selalu berharap yang saya akan sentiasa jadi bestfriend anak saya. Anak boleh kongsi segala benda & masalah dengan saya tanpa sikitpun rasa takut. Tapi, still respect saya sebagai ibu dia. Saya nak hubungan kami sangat rapat walaupun dia dah besar & dah ada keluarga sendiri. Always “anak mama & abah”. Hihi….tapi takdela sampai tak boleh nak independent sendiri kan.  Yang tu memang wajib la belajar untuk independent. Tapi, saya still nak dia jadi “anak manja” mama & abah.

Saya still dalam learning process untuk jadi ibu yang baik. Setiap hari adalah satu peluang untuk saya perbaiki diri. Walaupun kadang2 selalu gagal & ulang lagi  the same mistake tapi saya anggap semuanya ujian. Cuba lagi & lagi... Istiqamah yang penting.

 Sekarang, baru seorang anak. Belum ada rezeki anak seterusnya lagi. Tapi saya & husband sentiasa positive. Mungkin Allah nak kami sama2 perbaiki diri dulu untuk jadi parent yang lebih baik. Kami boleh luangkan lebih banyak masa untuk Fayyadh. Fokus tanggungjawab sebagai parent pada dia seorang saja. Enjoy je our life seadanya. Saya dah cukup bahagia dengan apa yang Allah dah anugerahkan pada saya. Bersyukur sangat2. Sayangi dan hargai apa yang kita ada sebab kita tak tahu sampai bila Allah bagi pinjaman berharga ni. Kadang bila fikir soal “pinjaman” ni, saya akan rasa sedih & insaf. Usaha untuk tak bazirkan masa untuk benda yang tak berfaedah. Jangan abaikan family. Hargai & spend time betul2 masa dengan family even sesibuk manapun kita dengan urusan seharian. Kelak, bila Allah dah ambil balik, tak guna lagi nak menyesal .Huhu…

Motherhood journey bukanlah semudah yang disangka. Banyak cabarannya.Saya belum mampu jadi supermom. Tak layak pun lagi. Huhu…banyak lagi compang camping sana sini sebagai ibu. Masih lagi kutip semangat yang kuat. Masih belajar dari kesilapan & ambik tips dan pengalaman orang lain dalam mendidik anak. Tapi saya tahu, saya dah try the best untuk anak & masih lagi sentiasa mencuba. Belum terlambat untuk berubah sementara anak masih kecil.  Azam saya tahun ni, saya mampu mengubah diri jadi ibu yang lebih baik untuk anak saya. Semoga dipermudahkan. Amin..



Lambat dah nak wish, tapi nak jugak wish, selamat hari ibu untuk semua ibu2 seluruh dunia =)