About Us

Thursday, March 31, 2016

Cara Bayar Loan PTPTN guna E-fes. Lebih Mudah & Boleh semak Penyata sekali!

Assalammualaikum!

Hari ni nak share sikit cara bayar Ptptn guna efes. Dulu masa awal2 kerja tahun 2011, saya bayar ptptn guna maybank2u. Time tu kena masuk nombor rujukan bagai. Tapi saya masukkan jer. saya ada dua loan ptptn. 1 untuk diploma. 1 untuk degree. tiap kali nak bayar guna maybank2u kenala key in no. rujukan surat tawaran.  no. rujukan tu ambik dari surat tawaran pinjaman. Tapi yang lecehnya, saya tak dapat nak tengok duit masuk tu sebab penyata dah tak sampai ke rumah. Time tu tak tahu lagi guna e-fes.  Just check sendiri je dengan orang ptptn yang bayaran diorang dah terima. Than, keadaan lebih senang lepas bayaran dekat maybank2u lepas tu just masukkan no.ic. Tapi untuk orang yang ada 2 loan agak susahla. Sebab kalau melaui maybank2u dia akan deduct hutang tu pada loan yang ada tunggakan. Kalau takde tungakan saya tak pasti macam mana dia divide. Saya bertukar pada cara bayaran guna kaedah e-fes. Lagipun service charge cuma  0.53 sen je. Kalau maybank2u RM 1.06 service charge. Yang best kita boleh always check penyata baki pinjaman. Bila buat bayaran esoknya dah boleh nampak dekat penyata pinjaman ptptn yang bayaran dah dibuat. Rasa lagi senang.

Ok, dekat sini saya share dengan korang kaedah bayaran PTPTN dengan menggunakan efes. Kalau guna e-fes ni kena online pakai mozilla firefox atau internet explorer ye.


1. Pergi ke website ptptn. http://www.ptptn.gov.my/
2. Klik pada Laman web Rasmi


3. Bila dah masuk laman web rasmi Ptptn, klik butan e-fes macam dalam gambar




4. Nanti dekat screen akan keluar macam dekat bawah. Kena masukkan nombor ic.



5. Nanti klik pada penyata mana yang korang nak. Macam saya dua2 pinjaman dah tukar ke ujrah. So, klik pada penyata kira-kira pembiayaan Ujrah. Kalau belum tukar, klik pada pinjaman konvensional




6. Than masukkan no.ic dan kata laluan. Ok, nak dapat kata laluan ni korang kena daftar dulu. Macam saya, saya suruh orang ptptn tu tolong buatkan masa berurusan dekat kaunter. Kalau tak, kena daftar sendiri. Nak senang korang boleh call or email je orang ptptn. dekat website ptptn ada nombor2 yang boleh dihubungi. 


7. lepas masuk no.ic dan kata laluan akan keluarlah macam ni dekat screen. Dekat bahagian profile tu korang boleh check penyata baki korang. Nak lagi terperinci, nak tengok bayaran dari tahun ke tahun korang check dekat penyata baki terperinci tu. semuanya ada. 


8. Kalau nak buat bayaran guna e-fes, korang kena klik dekat penyata baki. Kemudian dekat bahagian bawah, yang no.9 tu korang klik dekat bayaran balik melalui FPX.


 10. Lepas tu keluar dekat sreen macam bawah ni. Ada penyata baki korang tapi saya terpaksa tutupla sebab p&c. hihi...korang masukkan amount yang nak dibayar dekat bahagian penyelesaian ansuran. Contohnya RM 300. 



 11. Ok, kalau ada dua pinjaman, nanti dia dah siap2 devide pinjaman tu ikut loan korang. Kalau ada diploma & degree. so dah dibahagi siap2. Yang ni ikut amount yang korang patut bayar la. Yang korang dah setuju dengan ptptn samaada melaui ujrah atau penjadualan semula.  Ada 4 amount sebab 1 tu bayaran pokok. 1 lagi kos pentadbiran. Dia asingkan. Than, klik dekat butang Teruskan.




 12. Last sekali, pilih method pembayaran online banking macam dekat bawah ni. So, settle la urusan bayaran. 







Mula2 buat je rasa susah. Tapi sebenarnya senang. Saya suka sebab boleh nampak amount bayaran, check penyata semua. Selama saya guna rasa ok je. Cuma kekadang tu ada jugakla sistem down. so try la lain kali. Bayar ptptn ni, kos pentadbiran ni dia key in setiap bulan tau. Kalau boleh buat bayaran before 31hb. Kalau tak, bila dah masuk bulan seterusnya, jangan lupa bayar lebih untuk kos pentadbiran tu.

Selamat mencuba!

Kalau boleh, nak cepat2 settle je hutang ptptn ni kan. Mintak2 dipermudahkan urusan untuk segera habiskan bayaran hutang. Amin...




Friday, March 25, 2016

Pengalaman & Petua Wean Off Anak bila dah cukup 2 tahun



Sebenarnya, before Fayyadh genap 2 tahun lagi saya dah mula risau pikir macam manala nak wean off dia. Even saya tak fully breastfeeding (bf) , tapi most of the time bila dengan saya mmg Fayyadh Bf. Kadang masa nak latih dia minum susu botol dekat rumah agak mencabarla, Bila kita bagi, lagi di tolak atau dia baling jer botol susu tu. Huhu… Kadang2 jer dia boleh terima. Nak direct feeding (df) jer kalau dengan saya. Tambah2 kalau time dia tak sihat macam demam ke apa, lagi ar taknak lansung susu botol even dekat Taska pun. Pening mama fikir macam manala nak wean off ni. Dahla Kuat ngempeng Fayyadh ni. Tidur malam still berjaga nak df. Huhu…..

Lagi sebulan nak cukup 2 tahun, try jugak acah2 Calit letak lemon dekat “cik b”. Mula2 dia rasa terus cakap “Eee….”. Siap jelir2 lidah buat muka masam ya amat. Hahaha….terus tak nak df. Tapi sekejap jer…lepas tu tak lama mintak balik. Jenuh la mama nak kena letak lemon selalu. Memang takla…redha lah bagi jugak. Sebab kesian. Tapi time malam memang lansung tak berjaya la. Sebab dia tengah malam memang akan jaga at least 2 kali nak df. Tak dapat, memang menangis kuat2. Saya pulak jenis tak sampai hati, bagi jerla. Dapat pulak kalau tak bagipun dia pandai dah selak sendiri cari. Hihi..

Lagi seminggu dia  nak genap 2 tahun, terpaksa “bertegas” sikit dengan dia untuk wean off. Rasa kalau tak try sungguh-sungguh, mahu sampai 3 tahun pun tak tentu dia akan wean off kan. Memang doa sangat2. Setiap hari doa mintak Allah permudahkan urusan saya nak putus susu dengan Fayyadh. Macam mana selalu saya doa sungguh2 mintak Allah permudahkan saya menyusukan Fayyadh hingga 2 tahun, macam tu jugakla kena sungguh2 doa untuk mudahkan jugak untuk putus susu.

Siang hari, saya mula try calit kopi pulak dekat “cik B”. Bila Fayyadh nampak jer..terus cakap ‘Eee….amau..amau (tak mau)” Dengan buat muka pelik campur geli geleman dia. Haha..siap angkat2 bahu  lagi. Macam geli sungguh! Hahaha…Memang dia tak nak lansung Bf hari tu. Try pun tak. Setiap kali dia lupa dan mintak2, memang saya kena bergesa gi calit kopi before dia nampak. Haha....so, lama2 dia dah tak mintak.

Sebenarnya, dalam usaha nak wean off ni, sokongan & bantuan suami pun penting. Time ni memang husband yang banyak pujuk Fayyadh & bancuhkan susu FM dekat dia. Botol susu yang asalnya dia asyik buat baling dan tolak je bila dengan saya, dia dah mula “redha” dan terima. Alhamdulillah……. Untuk proses wean off siang hari dipermudahkan sangat. Sekarang, bila dia nak susu, dia sendiri akan mintak. Capai botol susu dia dan bagi dekat kita.

Cuma, time malam jer yang mencabar sikit. Tiap kali nak tidur memang berangkut la thermos air panas, air masak, susu semua naik ke bilik. Malam2 memang kena banyak bersabar sebab Fayyadh dah terbiasa bila terjaga malam je mesti nak Df (direct feeding), bila saya berkeras tak bagi dia akan nangis kuat2. Even mata dia tengah pejam. Berterima kasih banyak2 dekat husband time ni sebab selama seminggu tu jugakla dia berjaga malam bancuhkan susu untuk Fayyadh dan pujuk Fayyadh yang tengah nangis untuk minum susu botol dan tidur balik. Dengan saya memang Fayyadh taknakla even try pujuk pun. Memang "marah" dengan merajuk dengan saya sebab tak bagi susu dekat dia. Sebab tu tugas memujuk kena pass dekat husband. 

Alhamdulillah…masa time birthday dia yang ke-2 tahun Fayyadh dah berjaya wean off sepenuhnya. Even time malampun, dia dah tak terjaga dah mintak susu. Saya dengan husband pun sama2 terkejut. Sebab rasa senang je Fayyadh boleh tidur lena tanpa bangun mintak susu macam dulu. Terharu sangat rasa sebab proses wean off ni dipermudahkan sangat2. Kalau diikutkan keadaan Fayyadh sebelum ni, saya sendiri tak yakin yang dia boleh wean off on time macam yang saya harapkan. Kalau ikutkan hati keibuan ni, memangla rasa sayu& sedih nak bercerai susu dengan anak. Proses wean off ni bukan setakat melibatkan emosi anak jer, tapi emosi ibu jugak. 2 tahun kot saya dah terbiasa bf kan Fayyadh. Bila kena stop, mesti ada jugak rasa sedih dekat hati. Tapi, semuanya demi kebaikan bersama dan ikut apa yang disarankan dalam islam.

Kalau tanya saya, apa tips penting untuk wean off anak, saya rasa paling penting adalah doa. The power of doa. Saya ingat dulu, masa saya terpaksa campur susu FM dekat fayyadh masa dia baru lahir dan masa hantar dia dekat pengasuh sebab tak cukup supply susu badan, saya memang sedih. Pernah rasa kekurangan pada diri ni sebab tak mampu nak fully bf anak walaupun hanya untuk 6 bulan pertama. Tapi saya buang jauh2 rasa rendah diri tu sebab saya yakin mungkin setakat tu jer rezeki saya.  Rezeki tu bukan terhad pada satu benda saja. Kalau terkurang di situ, mungkin terlebih pada tempat lain kan? . Apapun, saya tetap bersyukur sebab masih diberi peluang untuk terus menyusukan Fayyadh even tidak sepenuhnya. Sebab tu saya selalu berniat dan selalu berdoa mintak Allah bagi saya rezeki susu badan untuk terus menyusukan Fayyadh hingga 2 tahun. Mungkin dalam tak sedar, doa saya  tu jugakla yang memudahkan Fayyadh untuk wean off dengan sendirinya. Sebab saya selalu doa untuk susukan dia sehingga 2 tahun =) . Memang tepat2 2 tahun jugakla dia stop sendiri. Alhamdulillah….

Untuk ibu-ibu yang dalam usaha untuk wean off anak, jangan stress sangat dalam soal ni. Banyakkan berdoa. Baik isteri atau suami. Mintak Allah permudahkan urusan kita sebab dialah sebaik-baik penolong hamba-Nya. Always doa dan always yakin yang Allah akan bantu kita. Mungkin take time, sebab setiap anak lain ragam dan penerimaannya, tapi In sha Allah akan dipermudahkan. Boleh practice segala tips yang ada, macam letak asamla, kopi la..dan yang lain2 tapi jangan lupa diiringkan dengan doa yang sungguh2. Petua yang adapun kena tengok jugak, cari yang tak memudaratkan. Paling penting, adalah kita kena try  buat anak faham, yang dia dah kena terima situasi sekarang. Tak boleh nak menyusu badan lagi. Kena bagi banyak positive words. Sebab kita Kena bagi dia faham dan terima keadaan baru. Emosi anak jugak penting. Kuasa memujuk dan sebagainya. Macam tu jugak support dari pihak suami dalam tenteramkan emosi anak dan biasakan dia dengan  formula milk / fresh milk sangat2 la penting.



Samala jugak dari pihak kita as mama. Kadang2 rasa nak mengalah je dengan emosi anak, jatuh kesian je dengan tangisan dia. Ha..sebab kita ni ibu. Memang hati tak kuat tengok anak dah mintak2 tapi kena try untuk bertegas sikit kalau kita memang dah target untuk wean off bila anak dah genap 2 tahun. Sebab saya pun mula2 banyak kali jugakla tewas dengan muka kesian Fayyadh tu. Hihi…alahai anak. Mana2 ibu pun mudah jer tewas dengan muka kesian anak kan. Hihi...

Apapun,  Hati dan emosi memang kena kuat. In sha Allah…akan dipermudahkan. Good luck untuk semua yang dalam situasi yang sama.