About Us

Monday, February 15, 2016

Jenama Hijab Muslimah Eksklusif yang Tengah Trending sekarang ni!



Sekarang ni kan, banyak betul brand2 tudung yang kita boleh tengok dekat pasaran. Tak kiralah yang di jual secara offline atau online, tapi memang banyak sangat pilihan sampai berpinar bijik mata tengok. Macam2 fesyen kan. Hihi..Kalau nak dibandingkan masa dulu-dulu susah nak jumpa brand2 tudung ni. Dulu beli tudung mostly takde tag pun dekat tudung. Lepas tu design pun lebih kurang sama saja. Sekarang kalau beli boleh kata semua tudung dah ada tag brand masing-masing. Lepas tu ada yang exclusive design. Sekali tengok pun kita dah tau ni brand apa. Kira design hijab Muslimah eksklusif ni memang dah ada style masing-masing.

Ok..dari banyak2 brand tudung yang ada dekat Malaysia sekarang, boleh kata 4 jenama tudung ni antara yang paling popular dekat Malaysia ni sebab diorang ada design exclusive masing2 and tengah mendominasi fesyen tudung dekat dalam negara. Jenama tudung yanag mana? Jom kita tengok list dekat bawah ni..


Bokitta Hijab



Korang  ingat lagi tak time mula-mula bokitta hijab diperkenalkan kat Malaysia ni? Memang tengah trending sangat time tu. Sebab diorang ni antara pelopor terawal yang perkenalkan trend shawl pinless. Just sarung je than tudung terletak cantik je dekat kepala. Tak perlu nak pin-pin lagi. And paling best, bokitta hijab ni revolusi kepada orang yang sukakan tudung awning tapi nak dalam gaya shawl. Instant shawl yang ada awning dekat bahagian muka supaya senang nak dibentuk bila pakai. Makin lama, design ni makin up to date ikut peredaran zaman.


Sugarscarf



Sapa tak kenal sugarscarf? Salah satu jenama yang tudung yang memang femes dekat Malaysia ni dan ada ramai peminat. Diorang ni bermula secara kecil-kecilan je dulu dengan menawarkan aneka pilihan shawl kepada rakan terdekat, than akhirnya Berjaya buka butik sendiri dan kini aktif dalam penjualan tudung secara online juga. Design2 shawl dekat sugarscarf ni jugak exclusive & sentiasa ada jer design baru dari masa ke semasa.

Galeri Ariani




Sebut saja galeri Ariani boleh kata semua orang tahu. Antara nama besar yang pernah jadi duta Tudung Ariani ni termasukla Dato Siti Nurhaliza & personality TV3 Nurul syuhada Nurul Ain sebagai duta diorang. Masa mula2 Ariani diperkenalkan dulu memang berebut-rebut orang datang butik diorang. Masa tu diorang yang mula2 trendkan tudung awning tapi dalam design yang nampak lebih exclusive & cantik. Bukak je butik, bersusun orang masuk. Hihi…Tapi sekarang ni tudung Ariani pun boleh dapatkan secara online. Lepas tu sekarang ni macam2 style tudung dah ada termasukla shawl & instant shawl.

Naelofar Hijab




Naelofar Hijab pun antara yang pernah cetuskan fenomena dalam trend instant shawl dekat malaysia. Tambah2, pemiliknya adalah artis popular Malaysia, Neelofa. Design instant shawl Naelofar hijab ni lain dari lain dari segi reka bentuk & material kain yang digunakan. Sebab tu, ramai yang jadi peminat setia & pengumpul koleksi Naelofar Hijab ni. Masa mula2 Naelofar hijab ni keluar memag laku keras & catat jualan yang tinggi.  


Oh ya, kalau nak beli tudung2 dari jenama2 hijab popular ni korang  bolehlah beli secara online juga . Banyak pilihan & gerenti korang puas hati. 

Friday, February 5, 2016

Orang Yang Dipanggil SAHABAT



Sebabkan semalam tertengok wall Fb banyak update video friendship, Terfikir nak tulis pasal tu dekat sini. Takde apa dekat gambar di Fb sebab banyak yang saya dah buang dan private kan. Rasa dulu before kawen, entri lama2 dekat blog, banyak jugak saya up pasal kawan2 ni. Time bujang. Memang masa banyak dengan kawan je sebab duduk jauh dengan family. Tapi bila lepas kawen, slow sikit. Banyak fokus pada rumahtangga . Sama jugak macam orang lain.  

Kalau throwback balik zaman muda mudi dulu, time ni la saya rasa relationship dalam berkawan tu paling kuat. Yelah..start umur 15 tahun dah stay dekat hostel. Tak tinggal dengan family . So memang most of the time banyak habis dengan kawan2. Pergi mana kawan yang teman. Siap ada geng2 lagi..Hihi..persahabtan time sekolah & university la yang paling best! Sampai sekarang semua moment2 tu still ingat even dulu takde smart phone, takde Fb, Ig or whatsapp group semua. Takde jugak nak ambik gamabr2 sangat tapi “moment” tu still hidup dalam memori otak & lekat di hati sampai sekarang…

Saya da geng2 sendiri masa zaman sekolah sampai ke University.  Ada bff yang start kenal dari sekolah rendah. Ada yang masa sekolah menengah baru kenal. Dan ada jugak yang masa university. Bila masuk kerja pun dalam setahun lebih terus kawen. So, takde masa sangat nak berkenalan dengan kawan lain. Kenal setakat kawan tapi belum tahap boleh jadi kawan rapat & so on. Yela dekat office mostly dah kawen semuanya.  Yang bujang2 tak ramai mana.  

Saya takdela memilih kawan. Kawan je dengan siapapun yang nak kawan dengan kita. Tapi, mesti ada kawan yang kita anggap sebagai bff. Selalu kita ni kawan memang ramai..tapi kawan baik, yang serasi & susah senang bersama boleh bilang dengan jari je jumlahnya. Kalau ada geng, mesti dalam geng tu sorang dua je yang kita rapat betul2. Yang kita boleh kongsi bermacam benda dengan dia. Tak semua kawan boleh jadi  sahabat baik kita. Yang selesa & boleh terima kita seadanya. Tak semua.Even kitapun, tak mungkin boleh jadi sahabat yang baik untuk semua orang. Ada orang2 tertentu jugak yang boleh “masuk” dengan kita. Kalau kita harapkan sahabat kita baik, kitapun kena buat benda yang sama kan? Tula bff! Even penyangak pun ada jer kawan baik dia. Yang serasi dan sehati sejiwa dengan dia kan? Hihi..



Selama lebih 10 tahun berkawan dengan bff saya sekarang, termasukla bff dari zaman sekolah rendah & menengah, ada yang dah lebih 20 tahun kenal, belum lagi wujud istilah “kawan makan kawan” or “kawan tikam belakang”. Bergaduh tu pernah la. Tapi time muda mudi dulu.  Tambah zaman tu kan mentah sangat. Tak berapa nak matang. .Tapi gaduh berperang macam mana pun mesti akan baik balik. Jenis gaduh kalau apa tak suka or tak setuju cakap depan2.  Tak pernah pun nak putus kawan. Why? Sebab “ikhlas”, “jujur” dan “kasih sayang “ dalam persahabataan tu yang buat our friendship tu kukuh & bertahan sampaila sekarang. Sahabat adalah orang yang setia bersama kita dalam susah & senang. Saat bangun & jatuh. Saat kita kecewa & gembira. Yang simpan kejap setiap rahsia kita even time gaduh pun tetap amanah menjaga rahsia & maruah kita.

Boleh kata, saya dengan bff jenis outspoken sikit bila bercakap. Teguran yang diorang bagi even nampak pedas, tapi jujur&  ikhlas. Kalau benda tu tak baik untuk kami, sama2 akan tegur. No heart feeling. Kalau bergurau kasar pun memang takde sorang pun yang nak makan hati sebab mmg dah dri sulu style kami macam tu.  Tapi kalau dengan orang yang bukan baik dengan kita memang terasa la hati kalau tetiba nak sound direct. Sebab bukan kenal rapat pun kan.



Kalau orang tanya ada tak peristiwa pahit dalam persahabatan? Mestila ada. Tapi, biarlah benda yang lepas tak diungkit.  Ambik sebagai pengajaran & lebih berhati2 dalam hidup.

Lepas kahwin, memang masing2 ada life sendiri. Lepas tu, masing2 duduk jauh dah tak dekat nak jumpa selalu. Cuma just boleh contact & update cerita masing2 dalam whatsapp saja. Tupun bukan hari2 dan selalu. Busy sama. Sebab sekarang masing2 jenis slow down dalam Fb or IG. Saya je kot yang still aktif sikit. Hihi…Tapi bila diorang datang Kl or Selangor selalu je jumpa. Datang rumah or jumpa dekat luar.



Alhamdulillah..sebab kan dari time berkawan dah kenal family masing2 (parent & adik beradik), bila dah kawen pun husband masing2 pun dah jadi kawan. Sebenarnya, dari time couple lagi dah kawan dah pun.  Bila dah kawen,  dah saling kenal, senangla nak jumpa.  Datang makan2 & tumpang tido dekat  rumah . Pernah jugak time takde anak, mintak izin dengan sumai masing2 nak tido sama sebab dah lama tak jumpa. bersembang itu ini sampai lewat malam. Hahaha... Bukan selalu.

Diorang pun bila datang rumah terus masuk dapur tak segan2 dah!  Hahaha…tu la bff. Kalau rumah berterabur dengan barang Fayyadh or bersepah sikit saya tak segan sebab kawan baik. Macam family jugak. Segan tu takde. Kalau masak apa2 pun tak pernah risau kalau tak jadi. Nak Segan kalau tak sedap. Tapi dengan diorang , selamba je. Terkurang rasa , nanti sama2 alter balik dekat dapur.

Pernah plan la gi holiday sama2. Siap booked tiket semua gi medan, sekali saya dan kawan lagi satu terpaksa cancel pergi sebab tengah tunggu hari nak bersalin. Burn gitu je tiket. Hihi.. Bila dah bersalin, plan lagi nak holiday, sorang lagi pulak tengah tunggu time nak bersalin. Last jumpa jer bila2 free or bila diorang  datang sini. Ada jugak jumpa time saya pergi tempat diorang. Tapi nak jumpa semua serentak memang susah. Sekarang, plan lagi untuk next holiday, taktau sapa pulak nak bersalin lagi. Hihi…susah nak plan2 bercuti time dah ada family ni. Dulu, masa bujang sentiasa on je nak ke mana-mana. Hihi..Tapi tu dulu. Dah kawen, kena buat cara dah kawen kan.  Rumah tangga tetap kena bagi tumpuan utama.

Bila dah kawen, still ada limit jugak nak berkongsi itu ini. Hal rumah tangga yang tak boleh cerita dekat orang luar kiteorang still simpan sendiri. Share mana yang general untuk share je. Yang mana jadi rahsia rumahtangga yang hanya kita dan pasangan je boleh tahu, tetap jadi  rahsia exclusive kita. 

Apapun, hope persahabatan ni berkekalan. Baik saya mahupun mereka tidaklah sempurna Cuma yang penting ikhlas & jujur dalam berkawan.  


Wednesday, February 3, 2016

Dah February la!


Asslammualaikum korang!

Mak aih..busy gila sampai tak sempat nak mejenguk blog. Huhu..Bulan 1 sempat update 1 entri je.  Bulan 2 pun baru nak mula dengan 1 entri. Janganlah lepas ni 1 bulan 1 entri jer. Makin menjunam la jawabnya bilangann entri dari tahun ke tahun. Huhu..

Selalu lunch hour la time nak blogwalking dengan tulis entri. Tapi sekarang lunch hour pun busy. Tak sempat la nak menghabiskan tulisan dekat entri2 terperam sebelum ni. Sejak husband busy ni saya yang kena take over keja2 pos barang customer By Adeenda dan sewaan veil. Husband dah tak sempat nak tolong pos time dia rehat sebab banyak kerja.  Sayapun dah tak sempat dah nak pos pagi2 before masuk kerja sebab jalan yang makin jammed. Huhu… so, pos time lunch hour. Tupun dah buat postage selang sehari sebab busy. Kerja dekat office berlambak-lambak. Kejar dateline nak tender drawing, untuk construction. Fuh! Memang busy. Husband pun sama. Dia lagi super duper busy. Tak sabar nak tunggu habis raya cina sebab time tu husband dah tak busy. Project dekat site dia dah siap. Sayapun dah achieve semua dateline drawing yang perlu di hantar. Kerja oh kerja. Tapi,  Kerja pun satu ibadah. Amanah. Rezeki jugak buat kami sekeluarga. In sha Allah try tunaikan tanggungjawab & amanah sebaiknya. Semoga rezeki yang datang hasil bekerja ni diberkati. Amin..

So, lepas siap semua ni bolehla balik kampung & planning for our holiday! Rindu sangat nak balik kampung jumpa family & family in law. Tak sabar jugak nak pergi bercuti nak release tension & fresh kan balik kepala.  Reward pada diri sendiri lepas penat berhempas pulas bekerja. Plan bercuti dekat2 jer. Belum terfikir nak ke oversea dalam masa terdekat. Dengan isu bom sana sini ( tempat tumpuan pelancong),  currency Malaysia yang makin jatuh, dengan wabak penyakit berjangkit. Risau jugak.

Lepas settle semua urusan kerja yang tengah rushing ni, bolehla kiteorang boleh spend lebih banyak masa untuk family kecik kiteorang. In sha Allah..

Hujung bulan ni pun Fayyadh dah masuk 2 tahun. Alahai…rasa macam baru jer Fayyadh keluar dari perut ni, tup tup dah nak masuk 2 tahun. Buncit kat perut mama pun tak hilang2 lagi nak oi! Hahaha.. Ragam si fayyadh ni subhanallah…ada jer yang buat kami laki bini gelak2. Balik kerja penat2, tengok muka anak & suami memang hilang semua masalah. Tambah2 kalau turun jer dari kereta tengok anak dengan suami sambut depan pintu.  Yang si Fayyadh siap menari2 lagi. Haha…siap tepuk tangan lompat2  tengok mama dah balik. Ya Allah…memang time ni semua penat hilang…..Kadang rasa, teringin nak resign & jadi full time housewife. Nak uruskan family dengan lebih baik & besarkan anak sendiri tapi apakan daya, belum sampai masanya lagi. In Sha Allah satu hari nanti.

Oh ya, untuk tahun ni saya dah bukak satu lagi Tabung Baru. Tabung warna pulak. Tupun terlambat jugak bukak. Hujung bulan 1 baru nak bukak. Mula2 fikir nak stay je dengan Tabung yang lama. Tapi sebab dah lama jadi viral, ramai yang buat so tengok hasil tabungan tabung warna diorang last year jadi kagum. Lepas tu Nampak cantik je bila tengok semua duit warna  yang sama so excited pulak nak try. So, tambah la lagi satu tabung  “balang kuih “ 2 minggu lepas. Tapi untuk tabung hijau je, Tabung Rm 5. Seyes, best pulak rasa simpan duit RM 5 ni. Rasa excited tiap kali dapat. Jadi sayang nak guna. Hahaha...feel tu datang sendiri. 

Tabung Hijau saya untuk Tahun 2016 =)

Suka dengan cara saving tak sengaja ni. Sebab kita akan buat saving tanpa sedar dengan amount yang kecik. Tapi bila lama2 kita kumpul, hasilnya nanti memang ohsem! Macam orang tua2 cakap, sikit2 lama2 jadi bukit. Hihi..

Contohnya, tabung syiling saya ni. Baru jer penuh.  Simpanan untuk beberapa bulan je. Tabung guna balang kuih yang kecik tu memang cepatla penuh. Tapi bila kira2 masuk dalam plastik  RM 10 sepaket untuk tukar dekat kedai, hasil dapatla dalam RM 180. Dah boleh beli gold bar 1g tu dah.

Tabung syiling
Tahun baru kena lebih semangat baru. Dah masuk bulan February. Selalu remind diri sendiri  azam2 tahun ni yang perlu dicapai, Tak nak sekadar berazam tapi takde tindakan. Haish..kena maintain semangat baru. Tak nak asyik kena carry forward je ke tahun depan. Huhu..

Banyak benda yang kena consider untuk tahun ni. Dalam kepala ni macam2 planning, Hmm...tak tahula tercapai ke tidak. Hope semuanya dipermudahkan.