About Us

Wednesday, January 13, 2016

Welcome 2016!


Dah masuk 2 minggu tahun 2016 baru sempat nak menulis dekat sini. Life agak busy sekarang ni. Busy dengan kerja & so on. Permulaan tahun yang penuh ke”busy” an baik untuk si isteri mahupun si suami. Fayyadh pun busy jugak. Busy explore itu ini. Hihi..

1 January lepas, sempatla balik kampung jenguk family. Ikutkan plan, Nak balik time cuti Christmas hari tu tapi sebab husband tak boleh cuti postpone balik masa cuti New Year. Tupun husband tak boleh cuti jugak. Huhu..Tapi sebab dah rindu sangat dengan Family, balik berdua jela dengan Fayyadh naik flight. Prefer naik flight sebab msa perjalanan sejam je. Lagipun hrga tix msa tu x mahal.  Even pernah je bawak Fayyadh naik flight sebelum ni, Tapi sebab kena travel berdua jer,  tetap rasa cuak. Tambah2 sejak dua menjak ni Fayyadh sangat manja dengan abah dia compare dengan saya. Kalau dulu asyik “mama, mama” je. Sekarang ni dah always “abah, abah”.Nak suapkan makan pun nak abah. Nak mandi pun nak abah. Nak dukung pun nak abah. Nak salin pampers pun nak abah. Anak abah sangat! Sampai kalau kita dekat  & rapat sikit dengan husband terus laju2 tolak tangan kita tak bagi dekat dengan abah dia. Takpun, datang duduk dekat tengah2 antara kita dengan husband bagi ada gap sikit. Hahaha….jealous sangat2!

Benda paling saya risau kalau Fayyadh cari husband jer dalam flight nanti.  Ataupun dia buat perangai taknak duduk dekat seat. Maklumlah sekarang ni makin melasak, mau dia naik bosan duduk jer dekat seat tu. Tapi, Alhamdulillah..perjalanan pergi & balik dipermudahkan. Fayyadh behave jer berdua dengan mama. Awal2 je masa masuk gate dia nangis kejap cari abah dia tak jumpa. ( seperti yang kiteorang sangka), lepas tu dah ok. Dapat pulak dia ternampak abah dia tengah tengok kiteorang  dari cermin luar, lagi kuatla dia nangis. Huhu…Tapi lepas tu saya pujuk2 terus ok dan boleh senyum. Dia tidur je sepanjang perjalanan. Balik ke sini pun dia tidur jugak. Lega =)

Mama & Fayyadh Balik kampung together =). 

Siblings Day out


Birthday saya 3 january lepas pun jatuh time saya dekat kampung dengan Family. Sama mcam tahun lepas. Rasa happy sebab ada dengan mak time tu. Insan yang melahirkan saya ke dunia. Dah bertambah usia ni, berharap sangat yang usia ni bukan pinjaman sia-sia. Hope dapat jadi manusia yang lebih baik. Amin..

Belated birthday Surprised - Dapat Bunga rose dari suami 


Tahun 2016 ni banyak sangat plan saya & husband dalam macam2 perkara. So, since hujung tahun lepas saya dah mula prepare semua planning kiteorang dalam buku & jugak dalam excel. ( mostly excel banyak saya guna untuk calculate bajet & buat checklist). Ada jugak yang kiteorang print out dan masukkan dalam file. Ada yang kena bukak file baru untuk tahun ni. Saya dah biasa dari dulu apa2 benda akan take note. Even tulis simple2 je dalam buku or buat dalam excel tapi semuanya mesti rekod. Senang nak manage. Tapi kalau bab bil2 & segala payment semua husband yang tolong buat sebab tu part dia. Sama jugak dengan segala rekod service kereta & bill semua dia yang buat filing. 

Buku untuk personal diary/planner, financial, vacation, whislist & business.  (Saya banyak guna notes book yang macam ni je untuk tulis segala benda. Ada benda yg suka tulis dalam buku, ada benda yg saya prefer guna excell, lepas tu print out masuk file)

Dekat office pun dah tukar diary baru untuk 2016! 3 buku untuk 3 fungsi. (office diary, design notes &  meeting notes) 


Printer lama saya pun dah mula buat hal hujung tahun lepas. So, tergendala sikit nak buat kerja2 print ni. Mujur husband baik hati tolong belikan.  Kasi semangat baru buat si isteri.

Printer baru mama Yang Fayyadh selalu buat tempat parking kereta & lori mainan dia. Hihi
Pasal planning2 tu in sha Allah kalau dah berjaya buat saya akan share dekat sini. Mana yang  boleh jadi rujukan bersama in sha Allah saya akan share. Hope dapat jugak membantu orang lain dapat maklumat yang dicari. Hope mood menulis tahun ni bukan kelaut. Hihi..


Tahun 2016 jugak saya bukak buku baru dalam hidup. Maafkan dan lupakan semua perkara negative yang pernah berlaku tahun lepas. Ambil pengajaran untuk lebih positive dan kuat hadapi kehidupan. Hope perubahan yang lebih baik dalam diri. Semoga azam2 tentang peribadi diri  tahun lepas yang tak Berjaya di ubah pada tahun lepas dapat di ubah pada tahun ni. Amin….


Tapi, apapun as manuasia kita hanya mampu merancang, selebihnya berdoa & tawakal kepada Allah swt.  Semoga kita semua terus istiqamah melakukan perubahan yang baik. Hope tahun 2016 ni bawa banyak kebaikan untuk kita semua. Amin…