About Us

Tuesday, November 24, 2015

Hati & Hidup


Hati. Whatever kita buat dalam hidup ni semuanya berkait rapat dengan hati. Apa yang kita buat secara fizikal kadangkala tak samapun dengan hati kita. Fizikal kita buat lain, hati kita kata lain. Sama jugak dengan mulut. Kita cakap lain. Hati pulak cakap lain. Jarang nak dapat kerjasama yang baik antara "hati & perbuatan" kan. Jaranglah mereka nak serasi bersama tambah2 time di duga.

Nak ikhlas, nak positive, nak bersangka baik, nak memaafkan, nak melupakan, nak buang ego, nak rendahkan diri...semuanya berkait rapat dengan hati. Hati yang hitam atau hati yang putih. Kita je tahu hati kita macam mana. Kita yang jaga hati kita. Kalau baik jagaannya, baiklah jadinya. Kalau buruk jagaaanya maka buruklah jadinya. 

Selalu kita dengar hadis ni:

Rasulullah saw. bersabda, “..Bahawa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal dagingapabila ia baik maka baik pula seluruh amalnyadan apabila ia itu rosak maka rosak pula seluruh perbuatannyaGumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)

Benda paling susah nak buat adalah positive dengan apa je yang berlaku dalam hidup. Nak ikhlas, nak betulkan niat, nak melupakan & memaafkan apa yang dah orang buat dekat kita seikhlasnya...bukan benda mudah. Kiri kanan syaitan datang menghasut untuk fikir yang negatif je. Kadang, berperang dengan turun naik iman sendiri.

Tak mudah  Nak didik hati untuk sentiasa bersangka baik. Nak jauhkan hati dari anasir negatif, dari godaan syaitan, dari pesona kehidupan, dari keseronokkan dunia....dari perkara yang lagha, tak mudah sebab kita bukanlah manusia yang sempurna. Pasti ada khilaf sendiri. 

Orang cakap, fizikal yang sempurna, belum tentu hatipun sempurna. Sebab hati masing2  tak boleh nampak. Apa yang kita rasa, yg kita kata dalam hati, kita Dan Allah je tahu. Even orang terdekat hatta ibu atau suami pun tak boleh tahu detik hati kita kan. Apa dalam hati tu rahsia eksklusif kita sahaja. Cuma, orang terdekat sahaja yang mampu kenal baik buruk diri kita sbb dah lama kenal. Sebab perbuatan pun adakalanya jadi cermin hati kita.

Dalam hidup seharian memang hati berkait rapat dengan hidup. Setiap detik, setiap masa ada saja yang terdetik di hati kita. Macam monolog seorang diri. 






Teringat kata-kata prof muhaya, if setiap hari kita bangun, banyak je yang kita nampak negatif pada orang lain, tu sebenarnya melambangkan hati kita macam mana.

Kita tengok orang bahagia, kita cakap orang tu nak menunjuk, kita tengok orang tu bercakap pasal agama, kita cakap orang tu nak berlagak alim. Kita tengok orang tu upload gambar anak, kita cakap riak. Bajet macam kau sorang je ada anak.

Muhasabah diri balik. Tengok balik kehidupan kita seharian. Apa yang kita buat setiap hari? Hati & jiwa kita macam mana? Kalau kita Sentiasa berfikiran negatif, Sentiasa pandang tak kena je dengan orang lain or dengan apa yang Allah dah bagi dengan kita, perbetulkanlah balik hati kita. Kalau kita Sentiasa rasa tak pernah cukup, tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi tu masalah hati kita sendiri. Kalau kita asyik rasa serba tak kena je dengan pasangan & anak kita, tupun masalah kita sendiri. Sifat marah, mencerca & memperlekehkan orang lain lagi mengelapkan hati kita. Kita akan berterusan berada di tempat sama tanpa ada kemajuan pun dalam hidup. Malah kita akan makin jauh tersesat. Setiap orang disekeliling kita dah jadi macam musuh. Semua kita tak suka. Semua tak kena dengan kita. Fikir balik, salah mereka Ke salah kita?

Istigfar. Kalau setiap masa apa je yang orang buat kita nampak negatif jer, tu sebenarnya pantulan cermin hati kita. Pernah tengok tak drama bila hati telam hitam? bila babak last mesti ada nampak cermin yang seakan "sisi jahat" diri kita kan. gambaran hati kita. Hati kita yang kotor sebenarnya sebab tak pernah senang dengan kehidupan orang lain.  Tak pernah senang dengan kebahagian & kejayaan orang lain.

Macam tu jugak dengan dosa yang kita buat secara sedar atau tak. Benda tu pun akan gelapkan hati kita. Allah.....kita tak boleh melihat buku amalan kita di dunia ni, tapi kita sendiri tahu yang kita ni seorang pendosa. (T_T). Entah berapa banyak dosa yang dah kita kumpul sekarang. Tak terhitung banyaknya. Allahuakbar.

Macam mana nak bersihkan hati?

1) perbanyakkan istigfar

2) perbanyakkan baca Al-Quran

3) solat taubat

4) dirikan solat & berdoa pada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa kita & sucikan hati kita.

5) selawat Ke atas Rasulullah saw

6) Berhenti dari terus menerus buat dosa

7) Didik hati untuk positive & bersangka baik

8) Bermaafan sesama kawan & sedara. Buang sikap suka mengutuk & mencaci kelemahan sesama saudara & kawan.

9) Berpuasa

10) Sentiasa mengingati kematian

11) Bersedekah

12)Menjaga pancaindera seperti mata, telinga & mulut dari berbuat dosa

13) menjauhi perkara-perkara yang boleh bawa pada kegelapan hati kita.

Dan banyak lagi cara untuk kita membersihkan hati.

Kunci kebahagian hidup adalah hati yang bahagia, yang tenang. Tak semua orang dapat kebahagian hati ni. Semuanya bergantung pada sikap kita juga. Kebahagian hidup & hati juga satu rezeki dari Allah SWT.


Jom sama2 renovate balik hati kita supaya bersih & bahagia.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen!