About Us

Thursday, November 26, 2015

Dah 5 Tahun Rupanya!


Bulan lepas ( 21 october 2015), genap 5 tahun usia blog menjaring impian. Saya ingat ni tarikh first entri dekat blog ( tapi skrg entri tu dah delete).  Masa buat blog ni, Tahun 2010, masa ni last semester saya dekat UiTM. Dah 5 tahun berlalu…cepatnya masa berjalan kan?. Pejam celik, pejam celik ( Alhamdulillah Allah masih bagi peluang bernafas) dah 5 tahun. Saya menulis dekat sini dari status seorang student sampailah sekarang, dengan status  seorang isteri & ibu =).



5 tahun, kira masih hidup la blog ni. Kadang fikir maybe sebab saya suka menulis sebab tu blog ni masih boleh bertahan. Membaca & Menulis tu dah jadi satu terapi untuk saya. Bukan sebab hobi semata-mata. Ada orang, salah satu cara hilangkan stress, hiburkan hati dengan shopping. Ada yang pilih untuk bercucuk tanam, pergi melancong, ataupun melukis. Tapi saya, terapi jiwa saya membaca & menulis. Tu terapi paling cepat dapat effect positive la. Yang lain, pergi jalan-jalan. Even jalan dekat2 pergi taman dengan family pun dah satu terapi minda untuk saya.  Dan ada juga penulisan yang saya buat untuk tatapan saya & orang terdekat saja. Tentang hidup, tentang kehidupan harian, tentang family yang jadi satu koleksi & kenangan peribadi. Kadang ada juga bentuk penulisan yang kita rasa tak perlu nak kongsi dengan orang lain. Ada yang patut jadi hak eksklusif kita sendiri kan?
Dekat phone pun sekarang dah boleh install application diary. Siap ada yang boleh lock lagi. Ni contoh handy diary yang saya install dekat phone..

ni yg buln 9 lepas. takde rahsia apa. blhla tunjuk. sekarang ni je la diary daily activity saya. Tupun bukan tulis hari2.


So..yang mana rasa nak tulis sebagai daily activity boleh tulis dalam tu. Hihi...Tapi dalam ni saya tulis  more to daily activity yang ringkas2 je. Takdela nak buat luahan perasaan tak puas hati  ke apa dekat orang. So, tulis saja yang baik2. Kalau rasa tak tertanggung masalah cukup kalau orang terdekat  saja tahu. Dan saya tahu Allah maha mendengar. Mengadu saja dengan Allah. Pada dia juga kita meminta untuk keluar dari segala masalah dunia kan. Sebab tu sekarang, saya dah takde tulis diary luahan perasaan macam masa saya sekolah dulu sebab saya tahu Allah saja tempat kita mengadu.  Mengadu pada Allah lagi banyak ketenangan yang kita dapat even masalah belum lagi selesai. Tapi ketenangan tu dah tentu2 akan  dapat dulu  =). Masalah cepat atau lambat pasti akan pergi jugak kan. Dalam diary sekarang banyak tulis kenangan manis yang patut ditulis sebagai kenangan.

5 tahun berblogging, usia makin bertambah, so apa yang saya tulis dalam blog pun patut matang macam umur jugak. Sebab bila menulis untuk bacaan orang tak kiralah dekat blog ke, facebook ke, atau Instagram,  apa yang kita tulis tu dah jadi tanggungjawab kita. Kalau benda tu mengundang dosa & fitnah, kita yang tanggung dosa & kena menjawab dekat akhirat nanti. Sama jugak dengan apa yang kita tulis kalau benda tu baik & mendatangkan manfaat dekat orang lain, in sha Allah pahala tu akan sampai dekat kita. Boleh jadi saham akhirat untuk kita di alam sana nanti. Sebab tu banyak jugak entri2 lama dalam blog yang saya tapis semula, buang gambar yang tak perlu dan delete entri yang saya rasa kurang sesuai & tak patutpun ada. Maklumlah dulu masa mula buat blog umur muda mudi, main tulis je tanpa fikir puluhan kali. Sekarang bila baca balik, malu sendiri. Hahaha..mana yang tak patut, dah selamat di delete. Dan masih lagi ada yang dalam proses untuk di filter.

Cuma sekarang  ni, tulis blog pun dah tak aktif macam time bujang dulu. Kadang banyak benda nak tulis, tapi banyak yang jadi entri terperam je dalam draft.  Tulis sikit2 dalam draft. Dah habis tulis baru publish. sebab kekangan masa. Dekat blog ni banyak je lagi entri yang masih berstatus draft. Saya lepas ada anak, tulis blog banyak dekat office time lunch hour. Masa bukak internet pun sejam je. Masa tu la nak tulis. Masa tu la nak baca blog kawan2 & website feveret saya, memang yang mana sempat je la tulis pun. Sebab tu kadang ada je blog kawan yang baca tapi tak sempat nak comment. Maafkan saya. Balik rumah memang family time la. Takde masa nak update blog. Hihi…kalau rajin, update dalam apps blogaway. Tupun jarang sebab saya kurang suka tulis blog pakai phone. Kadang2 je buat. Kalau tengok entri tahunan memang makin lama makin kurang. Paling aktif masa tahun 2011-2012 lepas tu entri menjunam terus. Tahun 2013-130 entri, 2014-83 entri, 2015 lagila 66 entri je. Makin lama makin sikit. Nipun nak masuk tahun 2016 dah. Hihi..

Rasa sepanjang ada blog ni, dalam banyak2 entri, banyak yang datang sini untuk tengok cara DIY veil, sewaan veil nikah, checklist bajet tunang & kahwin, checklist persiapan baby & mommy. Ramai jugak yang mintak checklist ni. Kadang tak sempat nak email sebab tu saya letak dekat dropbox je senang orang boleh download. Hope dapat membantu la serba sikit. Mostly banyak view pasal entri kawen, bab mengandung & bersalin, pasal melancong pun ada ( sama macam saya jugak kalau nak pergi mana memang mengoogle je kejanya), so harap entri dalam ni bolehla bantu korang yang plan nak pergi  bercuti ke tempat yang saya pernah pergi. Tupun banyak jugak yang tak sempat tulis. Tapi ada entri yang bab melancong ni saya tengah edit balik supaya lebih membantu sebab kadang baca balik macam so-so je tulis. Hihi.. Ada jugak yang email saya tanya pasal anak yang kena sawan tangis ( nipun antara entri yang banyak orang view) & jugak tentang dugaan pasangan yang belum dikurniakan anak ( tentang perasaan & cakap2 orang). Banyak yang datang sini hasil dari google. So, memang google banyak bantu sumbang traffic dalam blog ni. Terima kasih banyak2. 

In sha Allah selagi ada masa, selagi keadaan mengizinkan saya akan terus menulis dekat sini. Mintak2 panjangla umur menjaring impian ni. Amin..

Thank  you pada semua readers yang sudi singgah secara sengaja atau tak dekat sini & baca blog kerdil ni. Mana yang kurang dalam ni semuanya datang dari khilaf saya sebagai manusia, mana yang baik semuanya dari Allah swt. Maafkan saya kalau ada entri2 yang terkasar Bahasa atau kurang baik.



Tuesday, November 24, 2015

Hati & Hidup


Hati. Whatever kita buat dalam hidup ni semuanya berkait rapat dengan hati. Apa yang kita buat secara fizikal kadangkala tak samapun dengan hati kita. Fizikal kita buat lain, hati kita kata lain. Sama jugak dengan mulut. Kita cakap lain. Hati pulak cakap lain. Jarang nak dapat kerjasama yang baik antara "hati & perbuatan" kan. Jaranglah mereka nak serasi bersama tambah2 time di duga.

Nak ikhlas, nak positive, nak bersangka baik, nak memaafkan, nak melupakan, nak buang ego, nak rendahkan diri...semuanya berkait rapat dengan hati. Hati yang hitam atau hati yang putih. Kita je tahu hati kita macam mana. Kita yang jaga hati kita. Kalau baik jagaannya, baiklah jadinya. Kalau buruk jagaaanya maka buruklah jadinya. 

Selalu kita dengar hadis ni:

Rasulullah saw. bersabda, “..Bahawa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal dagingapabila ia baik maka baik pula seluruh amalnyadan apabila ia itu rosak maka rosak pula seluruh perbuatannyaGumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)

Benda paling susah nak buat adalah positive dengan apa je yang berlaku dalam hidup. Nak ikhlas, nak betulkan niat, nak melupakan & memaafkan apa yang dah orang buat dekat kita seikhlasnya...bukan benda mudah. Kiri kanan syaitan datang menghasut untuk fikir yang negatif je. Kadang, berperang dengan turun naik iman sendiri.

Tak mudah  Nak didik hati untuk sentiasa bersangka baik. Nak jauhkan hati dari anasir negatif, dari godaan syaitan, dari pesona kehidupan, dari keseronokkan dunia....dari perkara yang lagha, tak mudah sebab kita bukanlah manusia yang sempurna. Pasti ada khilaf sendiri. 

Orang cakap, fizikal yang sempurna, belum tentu hatipun sempurna. Sebab hati masing2  tak boleh nampak. Apa yang kita rasa, yg kita kata dalam hati, kita Dan Allah je tahu. Even orang terdekat hatta ibu atau suami pun tak boleh tahu detik hati kita kan. Apa dalam hati tu rahsia eksklusif kita sahaja. Cuma, orang terdekat sahaja yang mampu kenal baik buruk diri kita sbb dah lama kenal. Sebab perbuatan pun adakalanya jadi cermin hati kita.

Dalam hidup seharian memang hati berkait rapat dengan hidup. Setiap detik, setiap masa ada saja yang terdetik di hati kita. Macam monolog seorang diri. 






Teringat kata-kata prof muhaya, if setiap hari kita bangun, banyak je yang kita nampak negatif pada orang lain, tu sebenarnya melambangkan hati kita macam mana.

Kita tengok orang bahagia, kita cakap orang tu nak menunjuk, kita tengok orang tu bercakap pasal agama, kita cakap orang tu nak berlagak alim. Kita tengok orang tu upload gambar anak, kita cakap riak. Bajet macam kau sorang je ada anak.

Muhasabah diri balik. Tengok balik kehidupan kita seharian. Apa yang kita buat setiap hari? Hati & jiwa kita macam mana? Kalau kita Sentiasa berfikiran negatif, Sentiasa pandang tak kena je dengan orang lain or dengan apa yang Allah dah bagi dengan kita, perbetulkanlah balik hati kita. Kalau kita Sentiasa rasa tak pernah cukup, tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi tu masalah hati kita sendiri. Kalau kita asyik rasa serba tak kena je dengan pasangan & anak kita, tupun masalah kita sendiri. Sifat marah, mencerca & memperlekehkan orang lain lagi mengelapkan hati kita. Kita akan berterusan berada di tempat sama tanpa ada kemajuan pun dalam hidup. Malah kita akan makin jauh tersesat. Setiap orang disekeliling kita dah jadi macam musuh. Semua kita tak suka. Semua tak kena dengan kita. Fikir balik, salah mereka Ke salah kita?

Istigfar. Kalau setiap masa apa je yang orang buat kita nampak negatif jer, tu sebenarnya pantulan cermin hati kita. Pernah tengok tak drama bila hati telam hitam? bila babak last mesti ada nampak cermin yang seakan "sisi jahat" diri kita kan. gambaran hati kita. Hati kita yang kotor sebenarnya sebab tak pernah senang dengan kehidupan orang lain.  Tak pernah senang dengan kebahagian & kejayaan orang lain.

Macam tu jugak dengan dosa yang kita buat secara sedar atau tak. Benda tu pun akan gelapkan hati kita. Allah.....kita tak boleh melihat buku amalan kita di dunia ni, tapi kita sendiri tahu yang kita ni seorang pendosa. (T_T). Entah berapa banyak dosa yang dah kita kumpul sekarang. Tak terhitung banyaknya. Allahuakbar.

Macam mana nak bersihkan hati?

1) perbanyakkan istigfar

2) perbanyakkan baca Al-Quran

3) solat taubat

4) dirikan solat & berdoa pada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa kita & sucikan hati kita.

5) selawat Ke atas Rasulullah saw

6) Berhenti dari terus menerus buat dosa

7) Didik hati untuk positive & bersangka baik

8) Bermaafan sesama kawan & sedara. Buang sikap suka mengutuk & mencaci kelemahan sesama saudara & kawan.

9) Berpuasa

10) Sentiasa mengingati kematian

11) Bersedekah

12)Menjaga pancaindera seperti mata, telinga & mulut dari berbuat dosa

13) menjauhi perkara-perkara yang boleh bawa pada kegelapan hati kita.

Dan banyak lagi cara untuk kita membersihkan hati.

Kunci kebahagian hidup adalah hati yang bahagia, yang tenang. Tak semua orang dapat kebahagian hati ni. Semuanya bergantung pada sikap kita juga. Kebahagian hidup & hati juga satu rezeki dari Allah SWT.


Jom sama2 renovate balik hati kita supaya bersih & bahagia.

Friday, November 20, 2015

Bercuti ke sabah 2015 (Kundasang – K. Kinabalu)- itinerary day 3- Part 1



View Puncak Gunung Kinabalu Di pagi Hari

Part paling best yang saya tunggu-tunggu dari time sampai kundasang. Nak tengok puncak gunung kinabalu! Tapi, bukan setiap masa tau boleh nampak gunung kinabalu ni. Korang  hanya boleh tengok pada awal pagi dalam pukul 6 pagi hingga sekitar pukul 8.30 pagi macam tu jer. Lepas tu dah kena tutup dek awan. Yang boleh nampak lepas dari time tu hanya kaki gunung sajor. Silalah bangun awal, kalau tak nak melepas tengok depan2 keindahan gunung kinabalu ni. Hihi….saya memang doa sangat2 yang pagi tu tak hujan sebab nak tengok gunung kinabalu. Kalau hujan pun, susah jugak nak nampak. Debar o.. tunggu pagi esok. Tapi excited. Gigih kunci jam banyak2 waktu sebab  takut tak terjaga. Hahaha..sini subuh awal tau. Pukul 4.45 pagi dah masuk waktu subuh. Memang kena bangun awal dari dekat semenanjung untuk solat subuh. Kalau takut terlepas view gunung kinabalu silalah jangan tidur lepas subuh.

Alhamdulillah...tertunai hasrat hati nak tengok gunung kinabalu!

tara!!!



jam 6.14 pagi

Jam 6.26 pagi

Jam 6.53 pagi


Kiteorang tengok gunung kinabalu ni dari depan bilik je sambil breakfast. Suasana dia subhanallah..tak terucap dek kata2. Beautiful scenery!  Kalau korang memang yang jenis sukakan kehijauan, memang korang akan double triple jatuh cinta! Sampai sekarang saya still rindu suasana pagi dekat kundasang. Rindu nak ke sana lagi.

Breakfast sambil mengadap gunung kinabalu.








pemandangan gunung kinabalu dari tepi jalan

Bumbung2 kedai yang nampak tu la pekan kundasang. Kecik je pekannya. Tak banyk lot kedai


Lepas puas mengadap indahnya gunung kinabalu di pagi hari dari depan bilik, kiteorang terus gerak keluar untuk jalan-jalan area Kundasang ni. Banyak tempat yang nak kena pergi melawat dekat sini before kiteorang gerak balik semula ke K.kinabalu petang nanti.


KINABALU PINE RESORT

Salah satu hotel yang femes dekat kundasang ni sebab resort ni cantik dan banyak pokok pine. Boleh fe feeling ala2 duduk dekat oversea. Hihi…kiteorang tak stay sini tapi masuk just nak tengok kawasan dan ambik gambar dari dalam ni. Nak jugak tengok view gunung kinabalu dari sini. Kinabalu pine resort ni tak jauh dari roundabout dekat pekan kundasang. Menghala ke jalan nak ke Ranau.




 rumah2 dekat sini semuanya atas bukit







Desa Cattle Farm

Atau nama lain desa dairy farm. Lokasi dekat atas bukit. Dari roundabout dekat pekan kundasang memang boleh Nampak signboard ke Desa cattle farm. Ikut je signboard tu.

Operation hour : 8.00 am- 5.00 pm
Bayaran Masuk; RM 4/ seorang

Lokasi dia memang dekat kaki gunung kinabalu. Memang cantik! Sini kan orang panggil ala2 New Zealand Malaysia. Memang tempat wajib pergi kalau datang ke kundasang ni. Tapi kalau nak dapat view yang cantik, ramai yang suggest datang sebelum pukul 8.30 pagi. Sebab boleh Nampak puncak gunung kinabalu. Kalau nak tengok diorang perah susu kena datang petang. Tak silap dalam pukul 2-3 petang time diorang perah susu.

Sayangnya, time kiteorang datang lembu semua tengah pagut rumput jauh dari pagar. Haha..tak dapatlah nak ambil gambar berlatarkan lembu banyak2. Semua jauh2 ke belakang. Memang dalam gambar tak clear pun nampak tapi kiteorang tetap puas hati dapat datang sini. Lama jugak kiteorang spend time dekat sini. Breakfast dekat sini je sebab ada café sekali. Boleh minum susu fresh dari ladang! Sedap. Tambah pulak sambil makan sambil tengok pemandangan yang cantik. Hijau jer..dengan suasana Sejuk2 lagi..memang heaven!




















Kiram’s Village

Kiram’s village ni tak jauh dari desa cattle farm. Sebenarnya, sini kawasan chalet penginapan jugak. Tapi yang unik dekat sini konsep dia chalet dalam taman. Banyak pokok bunga. Rekabentuk chalet pun cantik. Ala english style gitu.  Nama2 chalet dia pun cute2 jugak tau. Mushroom la, tomato la..hihi. Cute!. Lokasi pun atas bukit. Tinggi. Sejuk je suasana dekat sini.









Wednesday, November 11, 2015

Bercuti ke sabah 2015 ( tamparulli-Ranau-Kundasang)- itinerary day 2



Pagi2 dalam pukul 7.30 kiteorang dah check out dari hotel.  Kereta sewa sebelah malam, owner dah hantar. Pagi tu kiteorang terus keluar untuk gerak ke Kundasang.

Kiteorang sewa kereta Viva auto je dekat sana. Rm 90/ day. Kiteorang sewa untuk 2 hari setengah, ada diskaun sikit, so bayar RM 220 je untuk 60 jam sewa.  Untuk kereta sewa dekat sana, kiteorang dah booking siap2 sebelum datang lagi. Boleh contact Encik shahril untuk sewa kereta. Ni nombor dia 012-8221685

Macam mana nak ke kundasang dari Kota kinabalu?

Korang tak perlu risau. Jalan nak ke sana mudah je. Korang boleh pakai waze. Takpun ikut je signboard. Banyak signboard dekat sana. In sha Allah takkan sesat. Perjalanan dari kota kinabalu ke kundasang lebih kurang 2 jam je. Boleh ikut signboard ni dari kota kinabalu kalau nak ke Kundasang.

TUARAN > TAMPARULI > PEKAN NABALU > KINABALU PARK > PEKAN KUNDASANG

Ini kalau sampai pecan kundasangla. If nak ke Ranau kena ke atas lagi. Lebih kurang 20 minit dari pekan kundasang akan sampai ke pekan Ranau.

Rumah Terbalik Tamparulli

Ok..Dari Kota kinabalu, sebelum sampai ke kundasang, kiteorang singgah di Tamparulli dulu. Dekat Tamparulli ni tempat yang boleh kita melawat, rumah terbalik & jambatan Tamparulli. Kiteorang just pergi Rumah Terbalik Tamparulli je dekat sana. Senang je lokasi rumah terbalik ni. Betul2 tepi jalan. Dalam waze pun ada (upside down house) , signboard nak ke rumah terbalik ni pun ada.

Harga Tiket dewasa RM 10.60 ( termasuk Gst) / seorang

Dekat sini, kita just dibenarkan untuk ambik gambar luar kawasan rumah je. Dalam rumah dilarang sama sekali untuk menjaga hak milik rumah ni rasanya. Best jugak dekat sini sebab semua benda terbalik. Hihi….Ok. Ni gambar kiteorang dekat rumah terbalik Tamparulli.
















PORING HOT SPRING

Lepas ke Tamparulli, kiteorang teruskan perjalanan ke Ranau. Tapi sebelum sampai ranau, memang kena lalu Pekan kundasang. Hihi.. Jarak poring hot spring dari kundasang lebih kurang 45 minit perjalanan.

Dari roundabout pekan kundasang staright je. Lepas sampai pekan Ranau, akan jumpa lagi satu roundabout. Dari situ pun jalan straight. Ikut signboard

JALAN RANAU-SANDAKAN > JALAN LOHAN-BONGKUD > JALAN PORING ( ke kiri) > PORING HOT SPRING & NATURE RESERVE

Nak lagi senang, guna waze je. Tapi in case waze problem or takde coverage ke apa, boleh la guna nama2 jalan ni sebagai panduan.

Harga Tiket untuk masuk ke Poring Hot Spring RM 3/ seorang

Laluan masuk ke sini dari kaunter bayaran tiket kena berjalan kaki sikit sebab lokasi dia dekat dalam. Lepas tu akan melalui kawasan sungai berbatu ni. Hihi..




Kolam air panas dekat sini yang public takde extra charge. Ada banyak pondok2 kecil disediakan. Boleh mandi dekat situ. 

Ni kawasan kolam air panas terbuka. 
Kalau nak lebih privacy boleh sewa bilik khas ala2 chalet tu. yang ni tempat bertutup.

Harga sewa bilik untuk mandi air panas : RM 15/ sejam

Kiteorang sewa jugak chalet sebab segan nak rendam kaki @ mandi dekat luar. Huhu…Lagipun dalam tempat tertutup lebih privacy. Hihi..lebih selesa untuk mandi air panas. Lepas tu ada toilet sendiri. Senang tak perlu nak ke public toilet if nak tukar baju ke apa. Best berendam dengan air panas ni. Suhu dia kita boleh control sebab ada paip untuk air panas ( natural punya air panas), satu lagi paip air biasa. Pandai2 la adjust nak suhu macam mana. 

kolam air panas indoor semua dalam bilik2 dekat belakang tu.

Bahagian dalam
Besar jugak kolam dia



Oh ya, selain kolam air panas, dekat sini korang boleh jugak jalan-jalan ke Titian Kanopi Poring. Jalan kaki dalam 15-20 minit untuk sampai ke sana. Kiteorang tak pergi pun sebab susah sikit bawak baby. Tak silap bayaran masuk untuk titian kanopi poring ni RM 3 seorang. Best jugakla suasana dekat Poring ni. Macam dalam hutan. Rasa udara fresh je. Tapi kalau time weekend orang ramai jugakla.

Kiteorang makan tengahari dekat kedai makan depan poring hot spring ni. Ada kedai makan islam. Tapi time tu ada satu kedai makan islam je bukak. Yang satu lagi tutup. Harga agak mahal la. Mungkin sebab kawasan pedalaman sama. Rasa pun lain sikit dari kebiasaan makanan dekat semenanjung Tapi cukuplah untuk alas perut.

SPA IKAN TAGAL

Spa ikan tagal ni antara tempat yang femes & wajib pergi kalau datang ke ranau. Boleh rasa spa kaki secara “natural”.  Jarak nak ke spa ikan tagal ni dari poring hot spring lebih kurang 30 minit. Kalau guna waze boleh search “ Tagal fish spa kampung luanti”. Lokasi dia dekat-dekat dengan jalan nak ke sabah tea. Tapi spa ikan tagal ni bahagian depan.

Boleh ikut jalan Ranau-sandakan  sampaila ke sabah tea educational holiday. Kemudian, korang akan Nampak papan tanda Tagal Sg. Moroli Fish spa Kampung Luanti. Lokasi dia boleh Nampak dari tepi jalan je.

Jalan masuk ke spa ikan tagal


Nak beli tiket kena berhentikan kereta & beli dekat bahagian depan.

Waktu operasi:
Isnin – Ahad ( 8.30 pagi – 5 petang)
Harga Tiket untuk rendaman kaki : RM 5 / seorang
Masa : 15 minit sahaja
Makanan Ikan ; RM 0.20 / sebungkus

 Kalau nak mandi, harga lain tau. Tak ingat berapa ringgit. Lepas beli tiket baru boleh bawak kereta masuk ke dalam. Dekat sana, memang banyak tempat parking. Ada jugak deret kedai yang jual makanan ringan, buah potong & air.

Lepas beli tiket, tiket tu kita kena bagi dekat kaunter spa ikan tagal ni. Kena tunggu turn untuk masuk. Memang kawasan nak ke sungai yang ada ikan2 tagal tu berpagar. Tak boleh masuk macam tu je. Sebab diorang tutup pagar tu. Diaorang bagi masa 15 minit je untuk berendam kaki. Setiap orang ada nombor masing2. Kalau dah cukup 15 minit diorang akan inform yang masa kita dah habis. So..silalah keluar. Hihi…rasa diorang buat macam ni sebab tak nak orang ramai sangat kot dekat dalam tu.

Mula2 tengok ikan tagal ni terus, “mak ai..gedabak besar.”. Hahaha..rasa takut gila nak bagi kaki untuk digigit. Huhu..Boleh kata hampir semua orang dekat situ takut2 nak masukkan kaki dalam air. Risau o..nak biar kaki ikan gigit. Huhu...Tapi sebab ni first time datang. Dan bukan selalu pun akan datang, so kena try! Menjerit jugakla mula2  sebab rasa geli ya amat ikan duk serbu dekat kaki. Hahaha…geli rasa masa Kena gigit. Lama2 ok. Rasa dia  macam kena cubit2 macam tu. Tapi serious best!! Husband saya lambat sikit nak masuk dalam air sebab takut. Sampai kesudah dia main kot tepi je. Kihkih..Fayyadh ok. Excited. Tapi idokla saya bagi ikan gigit kaki dia. Kecik lagi. Acah2 kaki kasi dia tengok ikan je. Lepas tu sama2 bagi ikan makan. Hihi..happening sikit suasana dalam ni sebab asyik dengar orang menjerit takut la. Dengan orang menyakat mengusikla. Hihi..






Hati2 dengan ikan keli. sebab dalam ni ada jugak ikan keli yang saya jumpa seekor dua. Huhu..




KUNDASANG

Lepas berseronok berendam kaki dekat spa ikan tagal, kiteorang terus balik ke kundasang semula. Check in hotel dalam pukul 3 lebih macam tu.  Dekat kundasang kiteorang stay dekat Mount kinabalu heritage resort & spa. In sha Allah pasal review semua hotel yang kami stay masa dekat sabah ni, 

Jambatan ke chalet kiteorang. Atas bukit

Our room


saya akan review dekat entri lain. Bila masuk je bilik terus kepenatan. Haha….mehla rehat. Kiteorang makan biskut dan roti je petang tu. Air memang dah bawak yang 3 in 1 je. So, makan itu saja. Malam baru kiteorang keluar makan dekat pekan kundasang. Dekat je pekan kundasang dari hotel kiteorang stay ni. Dekat sini ada KFC. So, makan kfc je. Senang. Hihi..Dekat pekan kundasang tak banyak kedai makan tau. Lepas tu kena tengok jugak kedai makan islam or tak. Tapi kalau korang rajin, boleh drive ke pekan ranau  untuk makan. Sana pekan besar sikit dari pekan kundasang ni.  Tapi kiteorang pilih makan kfc je. Senang. Hihi..

Makan nasi KFC je. Hihi..



Suasana dekat kundasang waktu malam lagi bertambah sejuk dari siang. Tambah2 time kiteorang datang petang tu hujan. Tidur malam memang kena bersweater dan berstokin.Kalau bawak baby pakaikan diorang stoking dan baju tebal masa tidur. Macam saya, biar je Fayyadh tidur bersweater. Lepas tu balut lagi dengan selimut. Hihi..Suhu memang sejuk. Memang selesa & lena jer tido. Rasa, tahap sejuk dekat sini Ikut ketahanan badan jugakla. So far kiteorang ok je dengan suhu dekat sini. Maybe sebab dah prepare awal. Siap bawak cream panas lagi takut kalau2 tak tahan sejuk. Hihi… Best sebab sejuk2 dengan rasa udara fresh. Kundasang ni pekan dia tak membangun macam dekat Cameron highland. Memang kecik je pekan dia. Takde pembangunan sangat.  sebab tu keindahan & kehijauan dia masih lagi dipelihara. 

View gunung kinabalu di malam hari