About Us

Friday, October 30, 2015

Allah Maha Mendengar


Salam Jumaat korang!


Rasa happy sangat hari ni. First, sebab Fayyadh dah makin sihat. Fayyadh masuk hospital dari isnin pagi sampaila tengahari rabu lepas. 3 hari 2 malam berkampung dekat hospital sebab anak tak sihat. Huhu.. Pasal tu In sha Allah nanti saya akan tulis lain entri. Alhamdulillah..Fayyadh dah makin aktif cuma makan je tak sebanyak dulu. Take time kot.

Second, ada benda yang buat saya happy sangat hari ni. Tapi bukan pregnant ya. Moga ada rezeki untuk itu. Pasal lain. Sesuatu yang saya berharap tapi dalam redha. Berserah pada Allah. Dan saya tahu Allah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah..hari ni dapat good news. Tanpa di duga, paling terkejut berita gembira tu sama macam suara hati saya.

Allahhu.... memang hampir menitis air mata...

Allah maha mendengar. 

Allah tempat meminta..

Alhamdulillah....

syukran..


Thursday, October 22, 2015

Jerebu! Ajar anak pakai haze mask


Jerebu makin teruk minggu ni . Memang berkurung dalam rumah. Keluarpun kalau nak pergi kerja. Benda paling risau time jerebu ni dah tentu2 la keselamatan anak. Risau dengan kesihatan dia disebabkan udara yang sangat tak sihat ni. Shah alam kan teruk jugak jerebu. Masa selasa lepas, tengok keadaan dah macam IPU 300 lebih dah tapi dekat media cakap 200 lebih. Huhu...boleh rasa teruk sebab time drive pun berapa meter je yang nampak clear view. Sampaikan bumbung tol pun bila dekat sikit baru nampak. Selalu drive dari jauh dah nampak. Hmm...risau kan?

Tapi tengok semalam & pagi ni dah kurang sikit berbanding selasa lepas.

Sekarang ni Babysitter dia bercuti sebab anak dia sakit. Semalam saya & husband ambik cuti sebab ada urusan penting. Plan, nak hantar Fayyadh dekat babysitter dia tapi babysitter dia cuti. Terpaksa bawak Fayyadh sekali keluar. Risau. Tapi terpaksa. So, memang saya dah ajar Fayyadh awal2 lagi untuk pakai haze mask.

Senang ke?

Ikutkan takdela senang masa mula2 nak ajar sebab dia mesti nak buang. Mana selesa kan letak benda tutup mulut & hidung. Tambah dia baby lagi, manala faham kenapa kita suruh pakai. Tapi kena pujuk sikit, lepas tu saya dengan husband pun kena pakai jugak. Baru nak dia pakai.

Alhamdulillah.....mudah kerja saya. Bila lalu kawasan terbuka je  memang pakai mask. Bila masuk dalam office, dalam kereta baru bukak. So, Fayyadh memang ok. Takde pun nak tanggalkan mask. Padahal lama jugak kita pakaikan. Kalau parent buat, in sha Allah anak pun akan ikut. tambah2 baby yang memang fasa2 suka meniru apa parent dia buat kan.

So, jaga kesihatan diri & keluarga masa -jerebu ni. Kalau boleh, stay je dekat rumah kalau keadaan masih tak ok. Tapi kalau terpaksa jugak keluar, pakaikan diorang haze mask.  Kesian baby ni  sebab kecik2 dah kena hidu udara tak sihat. Huhu...



Wefie dengan mama =)

Friday, October 9, 2015

Alkisahnya Baju Menyusu: Yang Lebih Praktikal, Cantik & Selesa


Asalammualaikum korang!

Alhamdulillah..dah almost 1 tahun 8 bulan dah menyusukan fayyadh. Syukur Alhamdulillah…Even bukan rezeki saya untuk Fully Bf Fayyadh since dia lahir, tapi Allah bagi rezeki untuk menyusukan dia sehinggalah saat ini. Fayyadh memang bf je kalau dengan saya. Dekat pengasuh baru top up FM. In sha Allah..lagi 4 bulan je nak cukup 2 tahun. Moga tercapai impian nak susukan Fayyadh sekurang-kurangnya sehingga dia genap 2 tahun. Amin…

Bila dah breastfeed anak, selain breast pump & storage bag, 2 benda lagi yang penting bagi  saya nursing wear & nursing cover.  Tapi nursing cover, senang cari. Kalau tak ada nursing cover, selendang or pashmina pun boleh buat cover tapi…Fayyadh..hmm..awal2 dah tak tolak nursing cover. Rimas kita tutup2 time dia nak menyusu. Amboi sangat tau. Sudahnya, nursing cover saya hanya guna dekat Office. Buat cover dalam surau time nak pump susu. Hihi…Baik yang dalam, atau yang luar, Dua2 sama penting. Sebab memudahkan kerja penyusuan anak. Lebih2 lagi bila dekat luar.

So, ada beberapa perkara yang saya kena ambik berat pasal pemilihan baju menyusu ni. Soal breastfeeding friendly, soal praktikal, design, cutting (harus tutup aurat & loose cut) & tahap keselesaan. Yup! Ciri2 ni sangat penting tau. Sebab bila dah jadi ibu rasa macam dunia saya berputar 360 darjah. Semua dah tak sama macam dulu. Mana nak kejar masa siapkan itu ini. Mana dengan anak menangis nak menyusu, merengek nak itu ini. Haha… kadang rasa macam hantu kak limah dah rupa diri. Kalau pakai baju biasa yang bukan versi breastfeeding friendly alamat lagi menyusahkan kerja. Bertambah kelam kabut. Anak dahlah jenis lambat sikit bagi, mau meraung macam kena pukul. Kalau dekat rumah takpe lagi, kalau dekat luar? Boleh bayangkan tak? Huhu…stress tau.
So, pemilihan baju sangat2lah penting. Lagi better kalau baju tu menyenangkan kerja kita bf anak dekat public.  Bila ibu selesa, in sha Allah anak pun selesa. Dan paling penting, lebih praktikal & mudah.

Hmm…kalau cerita pasal nursing wear ni ada 3 jenis tau. Jenis hidden zip, butang & jenis yang selak. Tiga2 jenis ni saya ada. Kalau tanya mana paling mudah & praktikal, saya suka yang jenis selak. Senang. Anak menangis nak susu, selak & bagi jer. Senang cerita. Anak kenyang, mama pun happy. Takdela stress nak bukak butang baju satu2. Sempat dulu anak menjerit & meraung. Takdela jugak terkial2 nak Tarik hidden zip sambil cover mana yang terdedah dengan tudung. Huhu…..Rasa mana-mana ibu pun pernah rasa situasi ni. Situasi nak direct feeding kan anak dekat luar. Rasa terkial-kias kalau pakai baju yang tak praktikal untuk menyusu. Sudahnya, sama2 akan stress. Hahaha…

Ok..balik pada topik entri ni. Bila banyak sangat situasi2 “tak terduga” boleh jadi time nak susukan anak dekat luar, so baju menyusu dah jadi satu kewajipan dekat saya. Setakat ada baju menyusu saja tak cukup. Tak boleh main rembat je mana2 baju menyusu. Kena ambik kira jugak kriteria lain. Kalau jenis yang ada zip, berapa panjang  bukaan zip tu. Ada setengah baju, panjang zip tak cukup sampai bawah dada tau. Susah jugak nak menyusukan anak sebab bukaan tu pendek.  Kadang design dah cantik, ada hidden zip tapi design bahagian dada kecik. Cutting kecik bawah ketiak, so..tetap rasa tak selesa nak menyusu. Tak selesa nak pangku anak masa dia nak breastfeed. Ni antara pengalaman yang pernah saya lalui bila salah pilih baju untuk menyusu. Tapi ni time awal2 Fayyadh lahir dulu la. Time tu main beli jer. Baru first time jadi ibu kan. Mana nak tahu. Yang style butang pun saya beli jugak dulu. Sudahnya, susah nk susukan Fayyadh. Terkial2 nak bukak butang sambil riba anak. Samala yang jenis zip pun.  Haha…sebab panik tengok anak nangis macam apa lagi. Haha..lawak bila ingatkan balik. 

So..lepas dari tu saya jadi lebih teliti nak pilih baju menyusu. Kalau korang tengok dekat oversea..mostly diorang banyak guna baju2 yang jenis selak je. Senang nak bf baby dekat public. Contoh macam bawah ni..



Ni contoh baju style selak tu. Hihi..nampak senang kan? Tapi as muslim, mestilah kita nak cari baju yang design cover aurat & sesuai dipakai kan.

So, bila dah cakap tentang ciri2 penting dekat atas ni soal pemilihan baju menyusu, saya nak share dengan korang satu butik yang sangat best jual nursing wear untuk muslimah ni.


Butik ni memang femes dikalangan ibu2 yang menyusukan anak. Harga memang berbaloi sangat. Salah satu sebab saya suka baju nursing mumsluv ni baik yang jenis dress, kurung, blouse atau T-shirt, adalah design dia memang khas untuk ibu2 yang breastfeeding. Tak payah nak risau soal cutting, tak payah nak risau soal bukaaan dekat bahagian dada. Memang perfect design. Memang diorang design exclusive untuk bf moms. Yeay!! Selesai masalah nak cari baju menyusu yang perfect! Yang memahami kehendak ibu waktu menyusukan anak.  Tak payah pening2 kepala lagi. Oh ya, baju mumsluv banyak design jenis selak je korang. Memang design feveret saya. Jenis selak & Tarik. Senang sangat! Lepas tu design pun cantik2 & sangat up to date. Kalau dah tak menyusukan anak pun still boleh pakai. Sebab kalau tengok sekali pandang tak nampak lansung macam baju menyusu.  Material yang digunakan pun sangat selesa.  Ni antara design baju2 mumsluv yang saya sangat berkenan. Cantik! Material kain pun best!

1) Nursing Dress/ Jubah

Dress Syaurah 

 
Dress Syifa

2)Nursing  Baju Kurung 


Ainy Modern Nursing Kurung

Ainy Modern Nursing Kurung
3) Nursing Blouse 

Nuha
Myra

4) Nursing T-Shirt

Arissa 


Satu lagi, baju Mumsluv dah ada sekali dengan nursing inner. Apa tu nursing inner? Ha... nak cerita dekat korang, sayapun lepas anak 3 bulan baru saya tau betapa pentingnya nursing inner ni. Before ni pakai inner biasa, so kurang praktikal. Kalu nursing inner dia ada bukaan sikit dekat bahagian dada. Pakai  nursing inner ni  penting untuk cover mana2 bahagian aurat yang terdedah sewaktu kita menyusukan baby. Lebih tepat, dia cover bahagian dada kita dari terdedah.  Baju mumsluv banyak yang design sekali dengan nursing inner.  Mudah kerja. Selak jer..lepas tu Tarik inner sikit untuk susukan anak. Aurat pun In sha Allah terjaga elok sebab memang dah tutup mana yang sepatutnya ditututup. In case nak nursing dekat public  pun mudah. Tambah2 kalau anak jenis tak suka kita pakai nursing cover.  Just cover sikit dengan tudung dah cukup.Huhu…tak risau sangat dah bab aurat tak terjaga.  Bukan setakat boleh pakai keluar, tapi boleh jugak dibawak ke pejabat.
Untuk mom to be yang tercari-cari maternity wear yang best, saya suggest korang cari dekat Mumsluv. Sebab design baju mumsluv ada jugak yang boleh dipakai waktu mengandung. Lagi best bukan setakat time mengandung je boleh pakai, lepas bersalin nanti boleh pakai lagi untuk menyusukan baby. Jimat kan?

Dekat mana nak tengok semua nursing wear  mumsluv ni?


Ok, dekat bawah ni saya kasi link dekat korang untuk add facebook & follow Instagram mereka. Tak lupa jugak website Mumsluv untuk lihat koleksi penuh pakaian yang ada.


Instagram : Mumsluv

Website : Mumsluv

Jangan lupa follow ok. Mumsluv selalu jugak buat sales. 

Sekarang ni dekat website ada sales 50% untuk selected item. 

Dress Marissa
 Dress marissa ni RM 80 je korang. Tengah sales! Hihi..

Dress Medina
Dress Medina ni pun tengah sales dekat website. RM 69.50 je!


Untuk yang sedang cari baju menyusu yang best, cantik, praktikal & menutup  aurat apa lagi, cepat2 pergi tengok dekat Mumsluv. Semua kriteria yang Bf moms semua ada dekat Mumsluv nursing wear. Design pun cantik2 & modern. 



Monday, October 5, 2015

Jaga Badan: Resepi Jus Untuk lansing & sihat.

 Hai Korang!

Sejak balik kampung dekat kedah  2 minggu lepas, dah mula rasa "tersedak + terhantuk" pasal isu kesihatan badan. Rasa macam dah lama je stop kawal2 bab makan. Last before puasa hari tu. Lepas raya sampaila ke raya haji, hmm..memang makan macam apa lagi. Tak ingat dunia. Sudahnya, makin berlemak-lemak badan ni. Penuh dengan lemak2 kasih sayang yang melekat kuat. Hihi..

Balik kampung hari tu tengok ayah pun dah mula control makan. Kiteorang melantak nasi lemak dekat dapur ayah tak makan pun. Pantang sikit katanya sebab nasi lemak banyak kolestrol. Tak elok makan selalu. Huhu... Mak memang dari dulu jaga makan. Semoga mak & ayah sentiasa diberi kesihatan yang baik. Amin...

Yela..bila dah makin berusia, macam2 penyakit mudah nak datang kan. Kencing manis, darah tinggi, obesiti, jantung..macam2 la. Paling takut kalau kena cancer. Sekarang ni, muda2 pun ramai yang kena kanser kan. Tu belum campur kes heart attack lagi.

Ok. Ni antara juice recipe yang kita boleh try buat dekat rumah.















Erk..yang juice hijau2 ni xtaula rasa macam mana. Tapi kalau combine dengan epal & lemon maybe rasa ok sikit kot. Tak pernah try tapi yakin mmg elok untuk kesihatan. Tambah bila blend raw macam tu je & minum.

Jom try!

Thursday, October 1, 2015

Fesyen Tudung Terbaru Masa Kini - Stylish & Cantik



Fesyen tudung sekarang dah sama naik macam fesyen baju. Sentiasa up to date dari hari ke hari. Sentiasa ada jer fesyen2 baru yang tengah “hot” dekat pasaran. Banyak sangat. Kelabu bijik  mata ni tengok! Hihi..Cantik2, stylish dan paling penting, menutup aurat. Kalau korang ingat time dulu2, mostly ramai yang pakai tudung bawal je kan? Paling sempoi, pakai tudung bawal tu ikat bawah dagu je. Haha…tak de nak berpin bagai. Sempoi sungguh. Time ni, fesyen tudung tak divariasi kan pun. Tudung labuh pulak mostly tudung kain licin yang macam tudung sekolah tu. Memang fesyen itu jer yang ada dekat kedai. Tak bawal, tudung sarung macam tudung sekolah tu. Hee….Cuma, saya ingat dulu, bawal ada dua jenis. Satu yang jenis kain cotton, satu lagi yang style licin tu. Tak ingat nama material tapi nak macam chiffon tapi bukan.  Lepas tu barula datang fesyen tudung awning, tudung Syria, dan selendang.

Selendang pun ada banyak jenis. Cotton shawl, wide shawl, glitter shawl, half moon, butterfly shawl dan macam2 lagi. Boleh pilih je nak gayakan yang mana satu. Sekarang ni, apa yang saya nampak, kalau style shawl yang ada sekarang, design dia labuh & lebar. Cukup panjang & lebar untuk kita style kan dalam macam2 gaya. Boleh adjust labuh mana yang kita nak dan menutup dada.  Itu yang saya suka sangat2 dengan trend tudung sekarang. Sebab ramai designer yang makin peka soal aurat. Design tudung banyak yang menutup dada. Dahla semua cantik-cantik. Siapa cakap perempuan berhijab tak boleh bergaya?

So, entri kali ni saya nak share dengan korang fesyen tudung terbaru musim ni. Fesyen tudung ni semuanya tengah hangat dekat ZALORA tau! Tudung yang cukup kriteria yang dikehendaki oleh semua wanita berhijab. Modern design, stylish, cantik & paling penting senang & ringkas untuk digayakan.  Jom kita tengok dekat bawah!





1.       Instant Shawl




Fesyen tudung Paling trending sekarang ni. Mostly ramai yang dah beralih arah ke instant shawl sebab mudah digayakan. Lagi satu, jimat masa untuk bersiap. Tak perlu nak lilit2 dan pakai banyak pin. Boleh adjust labuh ikut keselesaan. Tambah2 untuk para ibu yang sentiasa busy dengan urusan anak2 & kerja, memang senang pakai instant shawl je. Sarung je dah siap! Ringkas tapi still nampak bergaya. Hihi…Oh ya, instant shawl ni pernah jadi  fenomena yang melanda industri fesyen Muslimah negara kita masa mula2 diperkenalkan awal tahun lepas. Sekarang ni tak kira peringkat umur, semua suka pakai instant shawl. Baik yang muda ataupun yang dah berusia. Material pun ada macam-macam jenis, chiffon, crepe, lycra ataupun cotton.  Boleh pakai ikut keselesaan masing2.

2.      Instant shawl ber “Awning”





Ha..yang ni pun tengah “hot” jugak sekarang. Apa yang best, instant shawl jenis awning pinless. Best kan? Tak perlu nak berpin pin atau pakai brooch lagi. Sarung je tadaaa! Dah siap. Tak sampai 5 minit pun.  Lagi best, sebab bahagian muka akan terbentuk elok je sebab ada awning. Boleh pilih samaada suka jenis yang awning keras atau lembut. Tudung ni sangat praktikal. Dahla cantik, senang nak pakai lepas tu jimat masa. Tak perlu pandai skill melilit shawl pun. Beli instant shawl je senang. Sarung je dah siap terletak cantik dekat kepala. Hihi…


3.      Tudung Hood express


Yang ni  fesyen tudung terbaru yang turut menjadi pilihan ramai wanita moden. Sebab apa? Dah tentu sebab tudung ni amat mudah dipakai! Just sarung je dekat kepala dah siap. Nampak modern & stylish. Sesuai sangat untuk digayakan secara kasual atau ke majlis-majlis tertentu.  

Semua cantik-cantik kan? Memang nilah tudung2 yang tengah hot sekarang. Korang boleh terjah Zalora untuk lihat semua koleksi tudung terbaru. Ada macam2 design & warna yang menarik. Harga sangat berpatutan dan korang mesti puas hati.

Kalau tanya saya, sekarang ni saya memang suka style tudung yang cepat & mudah nak digayakan. Tambah2 kalau tengah kejar masa, pagi2 nak pergi kerja. Mana yang paling mudah, yang tula saya akan capai dulu. Hihi..contoh macam tudung instant ni. Senang nak pakai kan? Jimat masa. Lepas tu kalau pergi travel, Berhenti untuk solat. Lepas solat, senang nak pakai balik. Terbentuk elok. Tambah2 bila ada anak kecik ni. Semua nak cepat kan. Hihi..



So, apalagi korang bolehla jenguk website ZALORA untuk dapatkan tudung2 macam dekat atas ni! Banyak sangat pilihan Tau!