About Us

Wednesday, August 26, 2015

3rd Anniversary: candle light dinner di Rumah



Anniversary Kali ni takde nak buat surprise sambut dkt luar macam tahun lepas. Tak boleh pakai dah taktik lama, husband dah tahu. Huhu...Kisah tahun lepas boleh baca dekat  SINI


Simple je surprise saya untuk husband tahun ni. Candle light dinner at home. Tapi makanan beli jugak. Haha..tak boleh nak main masak2 dekat dapur sebab tak sempat & taknak husband nampak. Tapau saja chicken chop dengan prawn tempura dekat kedai. Balik Umah  masukkan dlm pinggan. Bancuh air, Deco meja sikit2, nyalakan candle dah siap! 



Candle light dinner at our home sweet home :)







Saya prepare semua ni dengan Fayyadh. Jenuh la larang dia dari ambik chicken chop dekat pinggan. Sibuk jugak nak pegang candle yang kita nyalakan. Hihi..sampai terjengket jengket kaki nak ambik semua benda atas meja. Hihihi...








Husband ter "surprise" la jugak & appreciate apa yang saya buat ni. Simple je. Meja pun deco simple2. Sebab last minute prepare pakai apa yang ada je. Just lilin & bunga meja tu je saya beli. Kos cuma RM 10. Murah jer. Yg rose petals potpuri tu memang dah ada dekat rumah. Semua benda ni kalau nak DIY sendiri candle light dinner korang dekat rumah boleh beli  dekat kaison. Dekat tempat lain macam Mr DIY & Daiso pun ada rasanya.

Surprise dari husband? Belum dapat lagi. Selalu akan dapat waktu yang kita takkan agak, takkan terfikir. Saya jer yang jenis tak tau buat surprise. Tapi, saya ingat pesan Prof Muhaya, If kita nak buat sesuatu untuk pasangan jangan berharap pada balasan. Buat seikhlasnya. Sebab dengan cara tu hati kita akan sentiasa gembira untuk buat apa je untuk orang kita sayang.

Weekend ni baru  nak spend time sama2. Plan jalan dekat2 je. Quality time tu yang paling penting tak kisah apapun aktiviti kita buat kan?



Tuesday, August 25, 2015

Ijab & Qabul : Genap 3 Tahun

Sekejap je masa berlalu. 25.08.2012- 25.08.2015 genap 3 tahun kami bernikah. 3 tahun orang cakap  masih baru lagi. Masih di awal fasa perkahwinan ( 5 tahun pertama). Tapi banyak yang saya belajar dalam perkahwinan ni. Boleh kata, perkahwinan tu banyak ubah perwatakan & sikap kita. Tambah2 bila dah jadi ibu. Kadang sampai satu tahap macam tak percaya yang diri boleh lalui semua ni.

Ingat dulu masa mula2 prepare pasal nak kahwin, memang fikir bab persiapan majlis kahwin je. Bab hubungan dengan suami memang tak fikir sangat pun. Sebab dah fikir kiteorang dah love each other..mesti takde masalah nak jadi husband & wife yang baik kan? Bercinta pun 4 tahun lebih, mestilah dah serasi. Cuma, nk biasakan diri hidup sama2  je. Fikir benda tu small matter je. Takde apa yang nak risau sangat. Rasa masa nak kawen dulu saya cuma risau macam mana nak bawak diri dalam family in law je. Bab husband memang takde risau lansung. Hahaha..yakin benor takkan ada masalah bab keserasian. Fuhh...



Tapi, bila dah hidup sama2, baru tau ada banyak benda yang saya tak tahu pasal husband. Macam tulah jugak husband. Ada banyak benda yang dia tak tahu pasal saya. Tambah2 bab habit tu. Dah kawen baru terbongkar semua perangai yang duk control2 masa berkawan dulu. Dari style tido, style makan, pantang mak nenek, perkara yang boleh buat marah, benda yang tak suka makan, benda yang suka makan...boleh katakan segalanya lah. lepas kawen baru tau. Even dah kenal, suka sama suka, dah serasi dari sebelum kawen, bila dah kawen bukan semuanya sama. Lepas kawenpun tetap kena cari titik keserasian bersama. Kalau tak, takdela kes pasangan bercinta 9 tahun kawen tak sampai setahun pun kan? Huhuhu...

Kadang benda remeh temeh pun kalau tak pandai nak handle situasi pun boleh buat gaduh. Benda yang patutnya kecik punya hal pun boleh buat isteri merajuk panjang. Hihi...tak mudah nak temukan titik keserasian & jadi pasangan yang saling memahami antara satu sama lain. Dan paling mecabar pada saya, nak buat hubungan tu still sama macam awal2 kawen. Sebolehnya nak hubungan tu still "fresh". Macam fasa2 masa hati kembang setaman awal2 kenal. Taknak la ada jemu & bosan. Paling tak nak, kalau hubungan tu berlansung atas dasar tanggungjawab semata-mata. Bila hanya fikir sebab tanggungjawab, kita akan jadi kurang sensitif pada perasaan pasangan, kurang alert pada kehendak pasangan. Kadang2 boleh jadi selfish, asyik salahkan pasangan & mula nampak semua yang tak best je dekat pasangan kita. Hmm...sebolehnya nak elak la dari jadi benda2 macam ni. Mintak dijauhkan sangat2.

Alhamdulillah...dah 3 tahun nikah ni, rasa kiteorang dah semakin memahami satu sama lain. Dah jumpa dah titik keserasian kami. Alhamdulillah........walaupun bukan pasangan romantik, tapi saling melengkapi. Kurang saya, kurang dia, kami terima seadanya. Mana ada orang yang perfect kan. Sebab tak perfect la Allah temukan kita dengan jodoh kita, supaya saling melengkapi. Saling tegur menegur, saling bagi semangat untuk jadi lebih baik untuk kehidupan di dunia & akhirat.

Perkahwinan tu banyak matangkan saya. Honest, kadang saya macam tak percaya perangai yang sebati dalam diri bertahun-tahun saya berjaya buang lepas kawen. Kami mampu berubah perlahan-lahan  sepanjang 3 tahun perkahwinan kami. Kadang rasa macam pelik bila saya mampu tinggal habit saya, apa yang saya suka buat macam tu jer demi hubungan kami. Macam tu jugak husband. Saya nampak banyak perubahan positive yang dah berjaya dia buat baik untuk diri ataupun keluarga kecil kami. Saya tetiba rasa diri kuat dapat handle family, anak & segala masalah dengan lebih tenang. Sebelum kawen yang tau menangis jer. Sikit2 nak terasa hati. Kalau stress je nangis tak tau nak fikir apa dah.  Sekarang ni, rasa lebih kuat semangatla dari dulu. Dah tau macam mana nak handle masalah. Memang kekuatan tu bukan semuanya datang dari tenaga, tapi dari mental & semangat kita. Dan kekuatan tu  datang dari Allah swt. Kadang, untuk dapatkan sesuatu yang baik, yang indah, kita perlu korbankan apa yang kita ada. Kita perlu tinggal sesuatu yang negative yang dah sebati dalam diri untuk orang yang kita sayang.

Saya bersyukur dikurniakan suami & keluarga mertua yang baik. Alhamdulillah...apa yang ada sekarang ni dah cukup untuk saya. Bersyukur sangat2. Hadiah istimewa yang tak ternilai harganya. Sama jugak dengan kehadiran Fayyadh dalam kehidupan kami berdua. Harta yang sangat2 berharga dari Allah SWT. Syukran.

3 tahun nikah. Azam kami, nak sama2 ke arah yang lebih positive. Ke arah yang baik2. Improve diri masing2. Taknakla still di tahap yang sama. Umurpun bukan makin muda. Anakpun makin besar, Makin perlukan banyak perhatian. Memang titikberatkan sangat2 quality time antara suami isteri, antara parent & anak. Sebolehnya, Bila bercakap soal "cinta sampai Jannah" harus ada tindakan & usaha ke arah tu. Sama2 kena usaha untuk bawa seisi keluarga ke syurga.

 Bukan mudah nak jadi isteri & suami yang baik apatah lagi nak jadi ibubapa yang baik. Kami sendiri masih belajar untuk jadi yang baik. Banyak kekurangan yang kena perbaiki.  Tanggungjawab bukan sikit. Godaan duniawi pun banyak. Bukan mudah nak tepis godaan dunia dalam zaman serba canggih ni. Bukan mudah jugak nak didik hati untuk jadi baik & bersih dari anasir negative.  Memang kena sama2 sabar & kuat dengan ujian. Semoga perkahwinan kami ni berkekalan sehingga ke syurga. Semoga kami lebih kuat & sabar untuk menempuhi cabaran duniawi.


* Hari ni Fayyadh genap 1 tahun 6 bulan. Kejap je rasa dia dah besar.

Monday, August 24, 2015

Review Bercuti Ke Sabah. Part 1: Survey, Planning & Bajet

Dah 3 bulan balik dari sabah baru nak update pasal percutian kiteorang 3 beranak dulu. Rasa, sekarang baru masa yang sesuai nak update. Seminggu lepas kiteorang balik tu, gempa bumi dekat ranau. Rasa tak best nak update entri bab cuti2 ni  sebab nak hormati keadaan dekat sana.

Sabah memang impian saya nak gi dari time awal-awal kawen lagi. Dah tanam impian dengan husband nak gi jalan2 dekat sana. Cuma, bergantung pada rezeki. Kalau ada rezeki sampaila kami ke sana. Dan rezeki tu sampai bila Fayyadh dah lahir. Alhamdulillah..

1) SURVEY 

Lepas bercuti dekat Langkawi awal tahun ni, kiteorang plan nak pergi bercuti masa  tengah tahun. Masa tu tengah fikir samaada nak bercuti ke Krabi, Redang ataupun Sabah ( 3 tempat ni memang dalam list untuk pergi bercuti). Banyak benda nak kena ambik kira  dari segi kos, lokasi dengan environment. Sebab bercuti nak bawak baby. Memang banyak benda kena consider dan sebolehnya nak percutian tu best & berbaloi.

Antara 3 tempat yang kiteorang list down ni, kiteorang pilih Sabah atas faktor2 dekat bawah ni.

- Sabah ada banyak tempat melancong kiteorang boleh pergi & rasa. Laut, pulau, gunung & bukit, cuaca sejuk, tempat bersejarah, makanan best & shopping! Semua ni boleh dapat bila pergi Sabah. Nak bersantai dekat laut & pulau boleh pergi Pulau sapi, pulau Manukan& Pulau mamutik. Kalau nak rasa fefeeling sejuk2 atas bukit boleh pergi kundasang. Dekat Kundasang, banyak tempat boleh melawat. Kalau rasa nak tengok tempat bersejarah, dekat Kota kinabalu & Ranau ada tempat2 ni. Kalau nak shopping, KK banyak tempat shopping! Bab makan, sana paling femes seafood la. Murah2.

- Tiket flight masa tarikh kiteorang nak pergi tu agak murahla. Nak kata murah kaw2 takla. Tapi kiteorang dapat harga lebih kurang RM 436 untuk 3 beranak pergi balik. Naik AA baby kalau pergi mana2 pun tetap harga RMM 100 pergi balik. Kira okla kan..

- Pergi Sabah tak perlu passport. Fayyadh tak buat lagi passport. Husband pulak passport dah mati. nak kena renew. So, pergi sabahla. Dalam Malaysia je kan. Jimat duit buat passport baru.

- Rasa Sabah yang paling sesuai nak buat aktiviti bawak baby. Sebab banyak aktiviti jalan2.

So, kiteorang decide pergi Sabah dulu. Krabi & Pulau Redang In sha Allah ada rezeki Fayyadh dah besar sikit baru pergi. Inipun tempat idaman hati. Tapi rezeki untuk ke Sabah tu datang dulu. Ada hikmahnya. Kami sempat bercuti ke sana dulu sebab lepas kami balik je terus jadi gempa bumi dekat sana. Allah sebaik-baik perancang.


View Gunung Kinabalu di Pagi hari. Rasa takjubnya sangat dpat lihat view indah macam ni..Subhanallah...tenang terasa


2) PLANNING

Bila dah decide nak pergi Sabah, mulala start plan apa nak buat dekat sana, berapa belanja semua. Kiteorang stay 4 hari 3 malam. Mula google hotel mana yang ok, nak pergi mana, nak bergerak naik apa? aktiviti apa yang boleh bawak Fayyadh?

Time ni blog2 lain sangat2 membantu. Kalau google memang banyak details pasal Sabah ni boleh dapat dari blogger2 lain. Sangat2 membantu.

Saya start tulis apa2 maklumat dekat buku travelling saya. Mula list down hotel2 yang rasa ok untuk stay. Aktiviti yang nak buat sepanjang 4 hari dekat sana.

Oh ya, nak pilih hotel pun tak boleh main hentam kromo jer. kena bergantung jugak dengan aktiviti yang kita plan nak buat hari tu & macam mana nak bergerak. Macam hari first di sana, kiteorang plan tak nak sewa kereta. Nak save budget. So, memang pilih hotel yang boleh jalan kaki je ke tempat yang kiteorang nak gi. So, planning tu penting. Siap tengok google maps lagi sebab nak pastikan yang hotel kita pilih tu dekat dengan pelbagai kemudahan yang boleh pergi jalan kaki jer.

View laut dari Pulau Sapi, Sabah. Clear water! 



3) BAJET

Bab ni paling penting. Kalau takde bajet memang tak boleh nak jalan-jalan kan? Hihi...Kiteorang bukanla banyak duit sangat nak pergi jalan2 selalu. Tapi, kiteorang ada tabung untuk holiday. Bila rasa nak pergi bercuti, tengok amount dalam tabung holiday tu. Dengan bajet yang ada, dekat mana kiteorang boleh pergi? Kalau dekat, dekatla. Kalau dapat pergi jauh Alhamdulillah...bila ..dah ada tabung holiday, dah tak payah nak fikir nak pergi bercuti tunggu gaji. Kalau pergi tengah bulan pun xpe sebab tak sentuh duit gaji. Ni cara kiteorang yang tak kaya la. So, masa tu Memang bajet kiteorang boleh pergi sampai Sabah. Alhamdulillah.... Bajet RM 1k++ termasuk tiket flight. Untuk details cost nanti saya cerita dekat entri lain.



Fayyadh super duper happy dekat sana! 


Tuesday, August 18, 2015

Idea Pelamin Menggunakan Kayu pallet. Cantik & Unik

Antara pelamin yang saya suka tengok masa pergi wedding orang, pelamin yang berasaskan kayu pallet ni. Rasa cantik, kreatif & unik. Ada bakal pengantin yang DIY sendiri pelamin ni. Ada jugak yang datang dari ilham butik2 pengantin. Semuanya cantik2. Vintage gitu...

Ni antara koleksi pelamin dari kayu pallets yang saya ambil dari hasil carian di google. Semoga dapat beri idea & bantu  bakal pengantin yang berminat untuk jadikan kayu pallet ni sebagai pelamin di hari perkahwinan korang.

Boleh klik link di bawah gambar untuk ke website butik berkenaan.

1) Kotak Kayu Deco 

https://kotakkayudeco.wordpress.com/tag/pelamin-kayu/


https://kotakkayudeco.wordpress.com/tag/pelamin-kayu/
https://kotakkayudeco.wordpress.com/tag/pelamin-kayu/



2) Sophie Bridal 

https://www.facebook.com/sophiesna?fref=nf


https://www.facebook.com/sophiesna?fref=nf

https://www.facebook.com/sophiesna?fref=nf

3) NNketukkayu


https://www.facebook.com/nnketukkayu



https://www.facebook.com/nnketukkayu



https://www.facebook.com/nnketukkayu


Cantik2 kan? Nampak classic. Saya suka semua hasil deco yang guna pallet kayu ni. Kreatif.

Friday, August 14, 2015

The Vocket - Blog yang Penuh Info & Kisah Inspirasi


Alhamdulillah. Dah sampai ke hari Jumaat. Hari ni, saya nak kongsi dengan korang satu blog best yang korang patut baca & follow.


Dah lama Saya baca Blog The Vocket ni since follow update diaorang dekat FB. Tapi, kadang2 dekat news feed FB banyak update2 lain yang naik, tak terfollow sangat update dari diorang. Lagipun saya dah kurang aktif dalam FB. So, banyak ketinggalan kisah2 menarik dalam The Vocket. Blog saya sekarang problem pulak nak follow blog orang. So, kena bukak manually blog yang kita teringin nak baca.

Sekarang ni, setiap hari selain dari bukak blog ( rutin saya dari dulu), baca update dari blog2 yang saya follow, Baca berita online, dah jadi kewajipan untuk saya bukak The vocket setiap hari.

Terispirasi sangat dengan kisah2 & topik dari blog ni. Best. Kisah2 menarik yang boleh dijadikan tauladan, kisah unik, cerita semasa yang jadi viral dan macam2 lagila... Antara kisah yang buat saya terinspirasi pasal kisah lelaki tua berkain pelikat, kisah ibu yang berjaya didik 5 orang anak lelakinya jadi tahfiz dan lain2. Kalau nak cerita & komen memang panjang. lebih baik korang tengok & baca sendiri. Boleh pilih sendiri entri mana nak baca sebab website dia sangat user friendly.





Wednesday, August 12, 2015

Review :Pengalaman Bersalin Di Salam Specialist Hospital Shah Alam

Late post. Tapi tetap tak lupa nak menulis dekat sini.  Supaya review ni boleh jadi panduan untuk bakal2 ibu yang tengah survey hospital bersalin sekitar shah Alam.



Dekat shah Alam, saya ada 3 je choice untuk bersalin ikut panel company husband. Samaada dekat KPJ shah Alam, Salam specialist hospital & columbia Asia. Tapi lepas survey2 & ambik kira semua perkara, saya pilih untuk bersalin dekat SALAM atas sebab2 bawah ni.

1) Kos bersalin dekat Salam paling murah antara ketiga2 hospital ni. Even saya bersalin guna GL tapi ada limit. So kna cari yg dalam range harga jugak. Time tu ( Tahun 2014). Kos bersalin normal dekat SALAM dalam 2k++ & Czer 5K++. if emergency czer cost boleh sampai 7-8 k.

2) Location hospital dekat dengan Rumah. Nak kata dekat sangat2 tu takla. Tapi dalam 15-20 minit saja perjalanan dari rumah. Hospital salam ni terletak di seksyen 19 shah alam. dekat dengan De palma hotel. Tak jauh dari KPJ shah Alam.

3) Gynae dia dua2 perempuan, Nurse & midwife pun semua perempuan. Even kalau doktor yang in charge kita tak available time kita bersalin, diorang akan gantikan dengan doktor perempuan jugak. Baca review pasal Gynae, saya paling tertarik dengan Dr siti Mariam. Berharap sangat time ni dapat bersalin dengan dia.


Kalau nak bersalin dekat SALAM, kena booked Dr awal. Sebab kalau dengan Dr siti, cepat penuh. Syarat nak  bersalin dekat sini kena 2x check up. Masa dah 7 bulan ++ saya dah register dekat SALAM. Tak kena bayar apa2 sebab pakai panel. Rate untuk sekali check up saya tak pasti berapa tapi rasanya check up + scan dalam RM 150 ke atas.


1) Review Pasal Check Up

- Check up boleh buat hari sabtu. So, xpayahla nak datang hari bekerja kan. Cuma kena buat appointment. Tak boleh main datang je.

- Ramai orang time check up. kadang boleh sampai 2 jam menunggu. kadang2 kalau ada orang nak bersalin, Dr kena pergi sambut baby. So, masa menunggu jadi lama sikit.

- Urine test kena buat sendiri. Diaorang bagi bekas dengan strip tu. lepas test tunjukkan strip tu dekat PA doktor dan buang. Bagi saya pasal ni ok je. Mungkin nak jimatkan masa.

- Kerusi banyak. Ruang pun luas. Ada bilik untuk breastfeeding baby. Ada jugak ruang untuk budak-budak main. Ada TV.

2) Review Pasal Doktor 

- Alhamdulillah...saya dapat doktor yang sangat baik. lemah lembut je. Tengok muka pun rasa tenang. Paling penting, Dr siti sangat support normal delivery. Kalau nak tanya apa2 yang tak faham pun boleh. Penerangan dia jelas. Saya memang suka sangat Dr siti ni. Masa check up memang takde sebarang masalah dengan dia.

- Masa dalam labour Room, Dr siti datang masa saya dah bukaan dah 10 cm. Banyak kali jugak dia try suruh saya push. Sebab masa tu usaha berkali pun baby susah nak keluar, terus dia decide guna vacuum. Alhamdulillah, 2x try keluarlah Fayyadh. Apa yang dia buat pun lembut. Proses keluarkan saki baki darah beku dalam rahim & jahit saya tak rasa takit. Rasa tenang je. Dr boleh sembang2 lagi dengan kita. So, takdela fikir sakit. Dia siap puji saya kuat lagi sebab tak menjerit @ nangis masa dia menjahit. ( Alhamdulillah...rezeki saya tak sakit masa proses jahit tapi time contraction mmg azab rasa. Huhu...).  Dr siti  lembut je. Rasa tenang tengok muka dia.

- Esok tu time melawat siap dia dukung Fayyadh peluk cium lagi. Dari dia jugakla saya tahu yang saya ni jenis outlet peranakan kecil. Baby pulak besar. Ikutkan kebanyakan kes macam saya, mostly kena czer. Tapi Dr nak try dulu untuk normal. If tak berjaya memang kena czer la. Apapun, baik normal atau czer, yang penting ibu & anak selamat.  Jahitan dia kemas. Saya tak rasa sakit or tak selesa. Alhamdulillah..

- Dr siti, even baby songsang pun, kalau boleh pusingkan, dia akan tolong pusingkan. Pengalaman kawan husband, baby dah terberak dalam perut. Tapi maybe sebab bukaan dah banyak & cepat, Dr try untuk normal dulu. Alhamdulillah berjaya. Tapi ada jugak kes2 tertentu yang terpaksa czer. kes2 emergency jugak. Tapi, if boleh normal, memang dia akan bantu kita untuk bersalin normal. Ini yang saya suka.

- Ada kenalan saya yang bersalin dengan Dr Asmah dekat salam. Dr ni pun ok jugak. Baik & lembut orangnya.



3) Review Pasal Layanan Staff masa dalam Labour Room & Bilik

- Staff sangat friendly. Baik mid wife ataupun Nurse. Semua baik2. Boleh sembang elok2 dengan kita. Husband pun senang nak keluar masuk LR. Kejap turun kedai, kejap pergi toilet, solat lepas tu masuk balik dalam LR.  Dalam LR pun ada TV. Selesa la.

- Ingatkan kita time bila baru boleh minum air selusuh / air zam-zam.


- Sangat supportive. bagi sokongan & tunjuk ajar masa nak push. Takde marah2 bila kita asyik cakap sakit, tak tahan sakit la apa. Kalau kita panggil pun datang je. Banyak bagi semangat & tenangkan kita. Siap minta maaaf lagi kalau ada terbuat kita kurang selesa.

- Uri diorang siap basuhkan  & bungkus dengan kain putih.

- saya dapt bilik sorang. Bilik luas. Bilik air luas. Okla pada saya. Bukanla wad macam bilik hotel. simple tapi yang penting selesa pada kita. Lepas bersalin pun diorang sediakan air milo. Baby pun diorang jagakan sebab nak bagi kita rest. Lepas masuk bilik, diorang bawak baby untuk kita Bf. Tapi masa tu susu tak nak keluar, so baby memang bagi Fm dulu. Esoknya nurse datang lagi ajarkan cara nak Bf baby.

Sempat snap gambar ni je. Gambar full bilik tak ambik.  Sebab masa datang sini tak expect nak beranak dah. Nak buat check up & ctg je sekali dah bukak 4 cm. Terus kena masuk LR.


- Makanan sedap! Hahaha..boleh pilih nak makan apa. Tapi dari menu orang berpantang la..

Makanan first berpantang =)


- Doktor yang check baby pun baik & friendly.Murah senyuman.  Tenang hati ibu bersalin ni ha...

- Dapat banyak barang free gift untuk ibu & baby.


Total bil saya masa bulan February 2014, Normal delivery + vacuum Dalam RM 2600.


Pada saya, memang saya recommend untuk siapa2 yang berminat nak bersalin dekat SALAM ni. Tambah2 kalau mencari tempat bersalin yang doktor & staff yang in charge tu perempuan. Harga pun affordable, layanan pun baik & friendly ( ini pengalaman saya la). Cuma masa menunggu untuk check up je yang lama sikit & agak slow.  kalau check up hari sabtu sebab ramai orang jugak. Kalau hari bekerja, mungkin tak ramai sangat.

Satu lagi, kalau nak call bahagian o&G untuk appoinment rasanya kena call pukul 2 petang ke atas. Yang ni boleh check semula.

Boleh refer pengalaman bersalin saya dulu dalam entri ni Part 1 & Part 2

Untuk rujukan terkini boleh ke website SALAM  



Tuesday, August 4, 2015

Syawal Yang Sayu

Masih lagi dalam bulan syawal. Selain sambutan Aidilfitri bersama keluarga tersayang, ada kisah lain yang sangat terkesan di hati.

Bermula dengan kisah datuk & nenek saya dekat kampung. 2 insan yang sangat rapat dengan saya. Datuk ( saya panggil wan) & nenek ( saya panggil tok) saya dah tua & agak uzur. Last saya balik bulan May sebelum raya keadaan tok dengan wan sihat. Tok asalnya dah lama tak mampu nak berjalan sendiri. Pernah satu masa, dia hanya mengesot bila nak bergerak. Tapi, lepas tu keadaan dia dah makin ok bila boleh berjalan sendiri dengan bantuan tongkat. Alhamdulillah..... Wan pulak, disebabkan banyak sangat selaput mata dekat mata, dia dah kurang nampak.Wan tak nak buang selaput mata tu dulu, even kiteorang paksapun dia tak nak jugak. Sudahnya, sekarang ni penglihatan dia memang kabur sangat2. Nak berjalanpun meraba-raba. Tapi yang paling buat saya sedih, before hari raya hari tu, saya dapat tau yang wan dah tak boleh jalan. Hari2 mak saya akan ke rumah tok & wan untuk mandikan wan saya. Sebabkan dia dah tak nampak & boleh berjalan, memang kena ada orang uruskan. Sekarang ni dua2 dah kena pakaikan pampers sebab kesihatan diorang dah tak macam dulu. Seyes, saya kagum dengan mak saya. kagum sangat. Dari dulu, masa tok & wan sihat, mak sangat2 pentingkan family. Mak tak nak naik pangkat, sebab takut kena tukar jauh2. Mak nak dekat dengan tok & wan. Before mak pencen dulupun, hari2 lepas balik kerja mesti mak singgah rumah tok & wan. Buatkan air, hidangkan kuih untuk minum petang. Soal kebajikan tok & wan memang mak sangat jaga. Mujurlah pak njang saya tinggal sekali dengan tok & wan. Bolehla tengokkan keadaan diorang. Pak ngah & mak ngah sayapun dekat jugak rumah. Memang selalu datang tolong.  Alhamdulillah...wan & tok dikurniakan anak2 yang sentiasa menjaga kebajikan diorang.

Kadang saya terfikir, macam manalah saya bila mak ayah dah tua nanti. Kuat ke saya nak hadapinya dengan sabar. Orang tua2 perlukan perhatian khusus. emosi diorang sangat sensitif. Mudah nak terasa hati kalau tak kena cara. Harap sangat saya juga menjadi seperti mak. Seperti anak2 wan & tok yang lain. Harap saya sabar & berpeluang berbakti pada mak & ayah. Kadang2 dalam hidup ni, orang selalu banggakan anak yang berjawatan tinggi. Yang belajar & kerja jauh2 dari orang tua. Tapi kadang orang lupa kenapa ada setengah anak yang memilih untuk dekat dengan ibu bapa.  Yang kerjanya biasa2 tapi hati puas sebab dapat tengok mak ayah depan mata. Dapat jaga mak ayah yang dah takde daya. Kadang, ada benda yang tak memerlukan wang ringgit. Kasih sayang, perhatian manakan sama dengan wang ringgit. Doa saya tok & wan cepat sihat & kuat semula. Rindu nak borak2 macam dulu (T_T).

Second, kisah classmate saya masa dekat UiTM arau dulu. Terkejut & sedih sangat bila dapat tau dia terlantar koma dekat Hospital sejak Ramadhan yang lalu. Penyakit pendarahan dalaman. (Darah pecah). Malam Jumaat lepas, dia dah menghembuskan nafas terakhir. Innalillahhiwainnailaihirajiun...Sebak rasa...macam tak percaya dia dah tak ada. Allah lebih sayangkan dia.  Hidup ni tak lama. Kadang yang sihat pun boleh tiba2 pergi. Accident, serangan jantung. Yang sakit tak serius pun boleh pergi tiba-tiba. Mati datang tak kira masa & tempat. Kalau dah sampai ajal, kita pasti akan pergi juga.

Masa syawal jugakla saya dapat berita musibah yang lain. Pak saudara saya (pak njang) masuk hospital sebab suspect batu karang & buah pinggang bengkak. Baru2 ni mak sedara husband dah 2x masuk hospital dalam tempoh seminggu. First, sebab sakit bahagian dalam perut. Second time sebab paru2 berair. Mak mertua memang ulang alik pergi hospital temankan. Sebab mak sedara husband OKU, memang kena jaga betul2. Tak boleh biarkan dia sorang2 dekat hospital.  Rasa baru je jumpa raya hari tu. Nampak dia sihat & ceria. Samala pak njang saya. Baru je sama2 bersembang sambil makan durian raya lepas, tak lama lepas tu dapat tau dia sakit.
Semoga mereka semua cepat sembuh.

Apa yang berlaku buat saya makin sedar yang nikmat sihat ni satu pinjaman yang sangat bernilai harganya. Nikmat dikelilingi orang2 yang sayangkan saya juga satu nikmat yang sangat besar dalam hidup. Buat kita rasa bersyukur apa kita ada. Rezeki yang sangat besar dari Allah swt. Sebab kasih sayang & kesihatan memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Peluang sihat ni patut gunakan sepenuhnya untuk perkara yang baik2.

Kita tak tahu berapa lama kita akan sihat.
Berapa lama kita akan hidup.
Berapa lama orang yang kita sayang ada disekeliling kita.

Kita tak tahu...


Monday, August 3, 2015

Update Ringkas: Syawal 2015

Sambutan raya tahun ni sederhana aja. Tapi, Alhamdulillah dapat spend masa betul2 dengan family sendiri & family in law. Fayyadh pun happy sangat sebab tahun ni dah tahap berlari ke sana-sini. Penat mama & abah kejar. Nak tangkap gambar pun jenuh paksa. Dia dah tak nak. Huhu..

Alhamdulillah..bersyukur sebab masih diberi peluang merasai indahnya ramadhan & syawal. Bersyukur kerana keluarga kecil, keluarga besar & kelaurga mertua masih lengkap. Semoga Allah terus panjangkan tempoh pinjaman indah ini. Amin..

Alhamdulillah raya tahun ni kami terselamat dari merempuh jammed. Lega rasa. Memang rezeki sangat. Tak perlu nak stay dalam kereta berjam-jam lamanya. Lega jugak sebab Fayyadh sangat behave. 

Sambutan raya di kedah & kelantan memang ad bezanya. Tapi meriahnya tetap sama. Makanan pun tak sama. Tapi saya tetap minat dua2! 

Ada kisah yang sedih syawal kali ni. In sha Allah, ada masa saya akan menulis nanti.