About Us

Wednesday, July 8, 2015

Jalan2 Sungkai ( Nasi Bamboo sungai Klah) & Teluk Intan

Entri terperam. Cerita Bulan 4 hari tu. Lama dah. Baru berkesempatan nak update dekat blog. Ikutkan plan asal, kiteorang nak jalan-jalan dekat taiping-k.kangsar-ipoh. Jalan2 cari makan. Tapi nak pergi 2 hari 1 malam jer. Manalah cukup. Rasa macam rushing giler kalau buat macam tu. So, tukar palan. Jalan2 dekat2 je dan balik hari. Taiping nanti pulakla pergi.

Saya ni dah lama mengidam nak makan nasi buluh dengan ayam bakar bunian dekat sg. Klah, sungkai perak. lepas masuk majalah 3 tahun lepas, terus rasa tak sabar nak gi makan. Tapi tertangguh-tangguh hasrat. Plan Kalau nak pergi makan nasi buluh tu, bolehla singgah sungai klah hot spring (Felda residence) sekali. Tapi sebab dah  pergipun lambat, mesti orang dah ramai gila dekat sana. Hari minggu kan. So, tak jadi. Pergi makan nasi buluh saja.


Ok dah sampai. Dalam1 jam lebih je perjalanan. Hihi..


Fayyadh excited bila dapat keluar lepas 1 jam setengah duduk dalam kereta.
Sinilah kedai Nasi Bamboo sungai Klah tu!


Location dia dekat dengan jalan nak ke sungai klah Hot spring. Tepi jalan je. Ikut je signboard nak ke sungai klah hot spring. Korang akan nampak kedai ni dekat tepi jalan. Keliling tu kawasan kelapa sawit.


Sini bukan restoran. Dia ala2 gerai tepi jalan cuma lagi besar. Lepas tu, tempat nak pilih nasi, lauk2 dengan air tempat lain2. Senang pada saya. Maybe diorang buat macam ni, taknak orang bersesak kan. Selalu time weekend, tengahari memang ramai orang. Tapi time saya pergi hari tu orang tak penuh sangat. Memang senang nak pilih makanan.



Dekat sini tempat pilih lauk pauk & minuman. Cendol pulut pun ada tau dekat sini!




Ni menu makanan pilihan kiteorang. Nasi bamboo satu set dengan telur masin, sambal belacan & kelapa parut tu ( tak tau panggil apa). Tapi kelapa parut goreng tu memang sedap! Kuah kari tu pun sekali satu set.








Ikan talapia merah dia memang sedap. manis! fresh. Baru je bakar panas2. Nasi ayam bunian pun sedap. Makan dengan kuah dia. Rasa sedap bagi saya sebab isi ayam dia tak liat or keras. lembut je. Nasi bamboo tu rasa wangi je time makan. Tapi, nasi tak cukup! hahaha...husband segan nak gi beli nasi tambah. In sha Allah, nanti kalau on the way balik utara bolehla singgah lagi.

Lepas puas makan, kiteorang terus ke teluk intan. jarak lebih kurang sejam dari sungkai. Saja je jalan2 dekat sana sambil cari makan.

Kiteorang singgah dekat menara condong. Dapatla naik atas ni. Rasa dah lama tak jejak kaki ke sini. Saya & husband pencinta sejarah. Kiteorang suka jugak jalan2 tempat bersejarah.  Tengok sejarah tinggalan dulu2.






Lepas tu teringin nak makan udang galah dekat teluk intan ni. Orangcakap tak sah datang sini kalau tak pekena udang galah & mee rebus mastan gani teluk intan. Tapi sedih, kiteorang cari restoran mee rebus mastan gani tu tak jumpa. Tah mana2 je gps bawak kiteorang pergi. Satu lagi, maybe restoran dah berpindah kot. Takde rezeki. So, just dapat merasa udang galah saja dengan cendol teluk intan.


Sedap udang galah ni. Fresh & manis rasa. Ambik satu set dengan tom yam. 
Yang cendol, laici kang dengan satay tu kiteorang makan depan menara condong je. Turun dari menara, rasa dahaga, terus cari air. Hihi..semua sedap!

Yang restoran Restoran udang galah ni dekat2 dengan pekan teluk intan je. Selalu orang akan datang malam. Tapi petang dah bukak dah. Kedudukan dia tepi sungai.

Ok..tu je short trip kiteorang ke sungkai & teluk intan. Setengah hari je sebab kiteorang gerak dari shah alam dah lewat. Tapi tetap enjoy dapat makan & jalan2 cuci mata tengok tempat orang.




p/s: tengah kumpul mood menulis nak update pasal percutian kiteorang dekat sabah bulan 5 hari tu. Makin lama peram takut terlupa plk. Hihi..

4 comments:

  1. kalau datang sungkai lagi, roger la kita. kita keje dekat sungkai ni je. sekarang ni tgh musim durian, kalau dapat durian memang heaven sebab durian gunung kurang gas. pada kita, nasi buluh dia biasa je. kalau yang orang asli buat lagi marveles.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband before puasa hari tupun ad ank g sungkai lagi sbb sna bnyk durian, tapi busy tak sempat nak pergi. Hihi...ye ke? Imah first time mkan nasi buluh. Klu rasa yg org asli buat lg sedap ye. Blhla try nnt.

      Delete
  2. Wahhhh...menariknyer tgok.makanan tu...kn masuk list ni..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!