About Us

Tuesday, June 30, 2015

Persiapan raya kami 3 Beranak

Sepanjang almost 3 tahun kahwin, bab persiapan raya sama saja macam time bujang dulu. Tambah bab baju raya. Tak pernah saya tetapkan pun nak pakai baju tema warna apa. Beli baju raya mesti "last minute". Tak pernah beli awal. Cari yang ready made saja.

Tahun pertama kami sambut raya bersama, saya tengah pregnant 3 bulan. So, beli baju yang boleh dipakai balik time preggy. Tak belipun baju kurung. Beli blouse labuh pakai dengan kain hitam. Husband tak beli baju melayu. Recycle balik baju melayu time majlis bertandang.

Tahun kedua, Fayyadh dah ada. Persiapan Banyak untuk Fayyadh. Baju budak tak boleh beli sehelai sebab diorang cepat berpeluh, baju mudah nak kotor,  kena bertukar. So, belila lebih. dalam 4 pasang baju jalan2 untuk Fayyadh. Excited masa ni sebab dapat beraya bertiga. Fayyadh baru 5 bulan masa raya tahun lepas tapi mama excited nak belikan baju melayu. Hihi...lepas bei baju Fayyadh, barula husband cari baju melayu dia, dan saya baju kurung. Tupun last minute. Masa minggu ke-2 ke ke-3 puasa baru cari. Saya beli extra dress sehelai dengan Husband beli kemeja & T-shirt.

Tahun ni, tahun ke-3. Sama jugak macam tahun lepas. Kiteorang akan shopping baju raya Fayyadh dulu. Lagi 5 hari nak masuk bulan ramadhan dah siap2 beli baju raya untuk Fayyadh. Baju melayu je belum beli lagi sebab still tak tahu nak pakai tema apa. Saya malas nak tetapkan warna tema. Jenis jumpa mana yang berkenan, saya beli je. Husband dengan Fayyadh follow je warna apapun sebab baju melayu senang nak cari. Kalau baju perempuan ni, macam2 design kan. Lepas tu saya bukan jenis yang kurus, badan chubby,bukan senang nak cari baju yang sesuai. Kalau jumpa yang ok, memang ambik je. Husband cakap tahun ni dia tak beli baju melayu. So, recycle aje baju yang dah ada. Sayapun dah beli dress yang sama warna macam baju melayu husband. Tinggal nak cari baju melayu Fayyadh je nanti. Rasa cukuplah dress saja untuk raya. Malas nak beli baju kurung yang kain fesyen2 susah nak jalan. kalau nak belipun, memang kena cari baju kurung yang kain dia senang nak gerak. Boleh bukak langkah besar. Fayyadh dah mula melasak, kuat berlari, senang nak kejar. Haha..dress okla. Senang nak kejar Fayyadh nanti. Hihi....baju kurung pun kemain mahal tengok orang jual. Harga kadang tak logik dek akal.

Kuih raya pun tak beli lagi. Maybe beli sikit je nanti untuk bawak balik dekat mak. Lepas tu nak cari kerepek dengan kacang sebab yang ni paling laku time raya. Duit raya pun tunggu masa nak tukar dekat bank. Tu je kot. Banyak kena berjimat raya ni. Tak boleh nak belanja suka hati. Tak nak membazir. Sederhana saja. Yang penting balik kampung, dapat sambut hari raya dengan family. Tu yang paling penting kan.

Monday, June 29, 2015

Senyum...

Alhamdulillah..masuk 12 Ramadhan. Masa kerja dekat office pun jadi pendek. Waktu balik dah awal 1 jam 30 minit dari hari biasa. Pukul 4.30 dah boleh balik. So, masa untuk bekerja jadi padat. Memang jadi busy sikit berbanding normal working hours. Sebab nak siapkan kerja dalam masa yang singkat. Tu belum campur kena keluar meeting sana sini. Kadang balik office lepas keluar meeting duduk dalam  sejam dua dah nak balik. Memang terasa masa cepat je berlalu. Weekdays saya kurang penat sikit. Penatpun dengan kerja office je. Balik rumah dah boleh rehat2 sambil spend time dengan Fayyadh.  Tapi kalau weekend akan terasa letih sebab fully breastfeeding. Fayyadh masih kuat menyusu kalau dengan saya. Pantang saya cuti memang nak menempek je dengan kita. Ikut je mama dia ni gi manapun dalam rumah. Hari biasa, dekat rumah pengasuh Fayyadh minum FM saja. Balik rumah barula bf.

Penat2 pun sekarang balik rumah tak sempat nak stress. Memang kalau ada stress pasal kerja awal2 campak tepi. Bulan puasa Memang sebolehnya nak balik on time. Nak prepare masakan untuk berbuka nanti. Dapatla rest2 kejap. Tak kelam kabut sangat nak masak sebab boleh balik awal.

Walaupun Fayyadh dah mula aktif double triple kemain tapi dia tetap buat saya sentiasa tersenyum. Kadang memang mencabar kesabaran jugak. Selalu je dalam rumah tu dengar suara saya je panggil  " Fayyadh....". Ada je aktiviti extra dia dekat rumah. Tambah2 bab sepahkan barang. Mmg win sgt!  Nak nangis trasa kita tengok rumah asyik berterabur segala barang mainan dia. Boleh pulak dia tolak bakul mainan dia ke hulu ke hilir baling keluar segala barang. Bila kita tegur buat muka tak bersalah sambil sengeh2. Nak ambik hati la tu. Manala  boleh nak marah kalau gitu gayanya. Senyum jela..

Sekarang ni setakat drawer, almari sliding tu memang dia main bukak tutup je. besen, tupperware dekat dapur dia keluarkan dari drawer main susun-susun atas lantai. Sampai kita nak lalu pun penuh barang. Hahaha...taknak main susun tupperware jauh2. Nak jugak susun semua tupperware dekat2 kaki mama (T_T). Drawer kita simpan kain baju pun selamba dia ambik campak keluar.Huhu..alahai anak. Senyum je mama tengok. Nak tergelak tengok gelagat dia. memang kemas rumahpun serupa tak kemas! Hihi..

Baru2 ni dah pandai dah simpan barang mainan sendiri lepas main. Berjaya jugak ajar dia kemas balik barang mainan lepas main. memang dia kutip semua mainan dia masuk bakul. Tapi yang nak tergelaknya, sekarang ni dia jumpa apa2 barang atas lantai, atas meja semua dia kutip campak masuk bakul. Kalau campak masuk bakul mainan dia takpe. Ni dia campak masuk bakul sampah! Hahaha..jenuhla kita kutip segala kad bank, duit dalam dompet, minyak rambut husband yang dia campak masuk dalam bakul sampah. Mujur masukkan dalam bakul sampah kering je. Alahai Fayyadh....tak tau nak marah ke nak gelak bila tengok perangai dia. Haha..

Semalam, kaki saya sakit sebab pingan terjatuh atas kaki. Memang jalan berjengket la sebab sakit. Mula2 dia tengok je. Tak lama lepas tu dia pulak jalan terjengket-jengket. Kalau sekejap je takpe, ni sampai dah masuk dalam bilikpun sibuk ke hulu ke hilir jalan jengket-jengket. Tiru gaya mama berjalan. Haha!!! kelakor tengok. Apa mama buat semua nak tiru. Betul la orang cakap otak budak2 ni macam span. Mudah je serap & tiru apa kita buat.

Senyum..macam2 la kerenah Fayyadh sekarang ni yang buat saya nak senyum je. Dari nak marah terus cool down. kelakar.

Senyum. Tu je yang mampu

Friday, June 26, 2015

Review Buku: Bersamamu Di Firdaus : Sungguh Dia Maha Pengasih


Alhamdulillah..dah masuk hari jumaat.  9 Ramadhan. Macam yang saya janjikan, saya akan buat review sikit pasal Buku Bersamamu Di Firdaus.



Tajuk Buku: Bersamamu Di Firdaus: Sungguh Dia Maha Pengasih
Penulis: Prof Muhd kamil Ibrahim (MKI)
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM 24

Buku ni bercerita tentang harapan untuk "cinta sampai syurga" antara suami & isteri, ibubapa & anak2, begitu juga kasih sayang dengan orang terdekat yang berharap ada kesinambungan silaturrahim itu di syurga nanti. Cinta sesama manusia walau seagung manapun tetap ada pemisah. Kematian yang akan memisahkan cinta & kasih sayang kita dengan orang di dunia. Tapi jika ingin terus menyambung kasih sayang, dan ingin lagi bertemu dengan orang yang kita cintai di dunia selepas kematian, di syurga nantilah tempatnya. kehidupannya kekal abadi. Rasa terkena sangat isi buku ni dengan apa yang berlegar dalam kepala saya. Sebab beberapa hari before baca buku ni, saya asyik berfikir tentang definisi "cinta sampai syurga" yang selalu disebut2 setiap pasangan. Mudah berharap & menyebut. Tapi lagi indah kalau sentiasa berusaha untuk menjadikan ia satu kenyataan. Harus ada "kerja keras" untuk menjadikan syurga tempat pertemuan semula dengan insan2 yang kita sayang di dunia.

Buku ni ditulis oleh prof kamil sebagai hadiah untuk isterinya, Roza semperna ulang tahun perkahwinan mereka. Subhanallah..betapa saya kagum sangat2 dengan kasih sayang antara Prof Kamil & isterinya, Roza dalam buku ni. Prof kamil banyak zahirkan rasa cintanya pada si isteri melalui peringatan tentang kematian. Bagaimana mereka berharap yang mereka akan bertemu kembali di syurga, masuk ke syurga tanpa dihisab. Bersama menghuni syurga yang kekal abadi.


Buku ni jugak banyak bercerita tentang "kematian". Perkara yang digeruni kebanyakan orang tetapi hakikat yang semua orang tahu, Kita semua akan mati & akan di bangkitkan semula di Akhirat sana. Tapi sejauh mana persediaan kita menghadapi mati? Sejauh mana kita mengingati Allah. Penulis banyak menekankan soal perkaitan antara usia dengan Mati. Bagaimana setiap kali menyambut hari lahir, kita patut mengingati mati. Usia yang kian betambah, apakah makin banyak pahala yang dikumpul? kedut2 di muka, mata kian rabun. uban di kepala petanda yang usia kita makin tua, dan kian menghampiri mati. Sepatutnya, tanda2 tua pada tubuh badan & wajah buat kita rasa semakin sedar yang kita dah tua. Kita makin dekat dengan kematian. Mati tak mengira usia tapi sejauh mana persediaan kita untuk hadapinya. Apakah usia yang makin bertambah kita masih pikir hal duniawi? apakah  kita masih sibuk dengan hal dunia, hal kerja sampai takde masa memikirkan soal akhirat? Banyak sangat nasihat & pengajaran yang ada dalam buku ni.

Apa yang boleh saya cakap. buku ni sangat best! Buat kita terleka dengan segala intipati yang ditulis penulis. Buat kita makin mengingati mati, buat kita rasa nak berusaha untuk memperbaiki diri dan berharap yang kita akan bertemu dengan orang2 yang kita sayang di syurga nanti. Cinta sejati adalah cinta yang membawa kita ke syurga Allah.

Memang recommend sangat2 untuk dibaca.

Friday, June 19, 2015

Bersamamu Di Firdaus


Bersamamu Di Firdaus..

Bersamamu Di Firdaus

Tengah baca buku ni sekarang. Dah lama beli, tapi tak sempat baca lagi sebab sibuk habiskan bacaan buku-buku lain.  Semalam, baru start baca buku ni. Subhanallah...baru je baca  muka surat pertama terus rasa nak baca lagi dan lagi...sampai tak sedar hari dah lewat malam. Apa yang ditulis menusuk sampai ke hati. Patutla buku ni antara yang best seller dekat MPH.

Tak sabar nak habiskan bacaan weekend nanti. Nanti saya review ye bila dah habis baca. Banyak buku2 best yang saya dah habis baca tapi tak sempat nak review dekat blog. Ada masa saya akan share nanti.

Thursday, June 18, 2015

Dah setengah Tahun. Ada azam yang belum tercapai..

Alhamdulillah...hari ni first ramadhan. Sahur apa korang pagi tadi? Kiteorang lauk simple je pagi ni . Masa bangun masak pagi tadi Fayyadh tak bangun lagi. Elok tengah menyuap dia terjaga menangis cari kita. Terus makan sambil riba dia dekat kerusi. Fayyadh pun join kiteorang sahur sekali =) . 

Ok.. berbalik pada tajuk entri hari ni. Sekejap je dah masuk pertengahan bulan June kan. Kira dah setengah tahun dah. Bila masuk tengah tahun, dah mula fikir, banyak jugak azam & impian tahun ni yang tak tertunai lagi. Yang nak "dicapai" & "diubah".Hmmm..dah kena tengok balik list2 azam tahun ni. Mana yang belum berjaya diubah & dicapai kena alert  & usaha lebih sikit. Mintak2 kalau bukan 100% pun, dapatla achieve 80% dari semua azam tu. Aminn...

Ambil berkat bulan yang mulia ni, mintak2 ada improvement la jugak untuk setiap yang ada dalam list azam2 tahun 2015 saya tu. Tak mudah sebenarnya nak capai apa kita nak, tambah2 yang melibatkan  sikap. Kalau yang melibatkan orang lain, lagila susah. Tapi tak salah mencuba kan? Kita just boleh merancang & berusaha, selebihnya berdoa & tawakal. Mintak2 Allah permudahkan semuanya.



Posted via Blogaway


Tuesday, June 16, 2015

Ramadhan Datang Lagi.



Alhamdulillah…..semakin dekat bulan ramadhan. Sekejap je masa berlalu kan. Hope bulan Ramadhan tahun ni dapat lalui dengan jayanya. Dekat radio Ikim. Fm rancak topic pasal sambutan Ramadhan sejak seminggu dua ni. Apa yang dibincangkan dan jadi isu dekat Ikim.Fm tu memang sampai jugaklah ke hati ni. In sha Allah, dah berazam nak buat yang terbaik.

Persiapan untuk bulan puasa ni untuk keluarga kecil kami sederhana saja. Sama macam puasa sebelum ni, untuk sahur & berbuka akan masak sendiri. Sekarang ni nak mudah kerja, saya buat list apa nak masak sepanjang weekdays (hari bekerja). Since bawak bekal je pergi office, bila buat list siap2 menu untuk 5 hari memang senang kerja. Pasal ni saya akan cerita di entri lain. Lauk & nasi memang saya masak tapi kuih selalu beli.  Weekdays menu simple2 saja. Yang mudah & ringkas. Weekend je yang saya akan buat kuih.  Rasa tahun ni sama jugak kot. Hihi..

Menu yang simple minggu ni. Khamis & Jumaat saja menu untuk puasa.  List ni tampal dekat dapur. Senang! Menu untuk Fayyadh pun saya buat macam ni. Sama jugak menu untuk bekal ke office. Setiap kali weekend saya akan tulis apa menu nak masak untuk next week.


Bab persiapan rohani, berazam untuk buat lebih baik dari sebelumnya. Hope dapat kawal sikap2 yang negative  supaya tak mencacat celakan pahala puasa. Hope “istiqamah” tu lekat betul2 dekat hati. Susahnya nak beristiqamah. Banyak dugaan & cabaran. Hope Ramadhan kali ni dapat bawak perubahan yang positif & berkekalan. Amin..

Bila datang Ramadhan, memang automatic teringat dekat family sendiri.  Rindunya….Rindu nak sambut & berpuasa sama2. Dulu bersahur dengan family, mak yang kejutkan. Bangun, cuci muka terus makan je. Sekarang dah ada family sendiri kena prepare sendiri untuk bersahur. Paling penting, kena make sure bangun awal. Hihi..
Ok korang. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini bawak beribu keberkatan untuk kita semua. Saya mohon maaf kalau ada salah & silap sepanjang saya menulis dekat sini.
Selamat berpuasa!


Wednesday, June 10, 2015

Suami. Yang kita pilih. Yang Allah pilihkan




Rasa sejak mengandungkan Fayyadh memang jarang sangat bercerita perihal suami. Kalau ceritapun banyak general pada family kecik kami. Bukan maksudnya suami dah disisihkan selepas ada anak. A big NO. Tak bercerita, Jarang post gambar berdua dengan suami bukan maksudnya hubungan kami dah tak macam dulu. Tapi hubungan suami isteri & rumahtangga ada perkara yang tak patut bercerita pada orang lain hatta keluarga terdekat pun. Kalau dikarang memang semalaman pun tak cukup nak bercerita perihal kisah kami tapi cukuplah bercerita sekadar yang boleh dikongsi & dengan izin suami.


            Suami. Lelaki yang saya sendiri pilih untuk dijadikan suami. Lelaki yang dapat restu dari parent saya untuk dijadikan imam saya. Tapi, paling penting sekali dan yang selalu saya ingatkan diri saya selalu, dia..suami yang Allah hadiahkan untuk saya, suami yang Allah pilihkan untuk saya, lelaki yang tertulis sejak azali lagi jodoh saya. Walau bagaimanapun diri dia, rupa dia, keluarga dia, saya selalu ingatkan diri, kami dipertemukan & dijodohkan oleh Allah swt. Dan sesungguhnya, pilihan Allah adalah yang terbaik. Saya bersyukur dengan jodoh ini.


            Tipu kalau saya cakap rumahtangga kami tak pernah ada masalah. Tipu sangatla. Rumah tangga mana yang tak pernah ada masalah. Memang tu asam garam hidup. Dah duduk sebumbung, jumpa hari-hari, buat aktiviti bersama, uruskan anak, confirmla ada jugak perselisihan faham dan gaduh2 tu. Memang ada. Tapi “masalah”, “pergaduhan kecil”, “berselisih pendapat & salah faham” tu yang buat kami lebih mengenali. Perkara tu yang buat kami lebih alert apa yang masing2  suka & tak. Dan selalunya akan buat hubungan lebih baik sebab sama2 usaha untuk baiki kelemahan masing2.


            Bila bercakap soal pilihan..dia kita yang pilih. Kita yang nekad nak jadi isteri dia. Dan selalunya, sebelum kahwin sedikit sebanyak, lebih kurang 60%-70% sikap dia kita dah tahu sebelum kahwin. Tak kisahlah dari soal sikap dia, family dia, tahap kewangan dia semuanya dah dalam list “lulus” untuk kita setuju jadikan dia suami kita. Before melangkah masuk alam rumah tangga memang kita dah redha dengan apa2 perkara yang kita tak suka or suka tentang suami. Baik & buruk dia kita terima seadanya. Dan mana yang boleh diubah, kita usaha untuk bantu dia berubah. Tapi, tak boleh mengharap perubahan yang drastic. Sebab before dia kahwin dengan kita, kita dah tahu berpuluh tahun dia sebati dengan perangai yang lama tu. Kena take time. Dan sebolehnya, lepas bertahun kahwin pun kena selalu ingatkan diri tiap kali rasa tak puas hati dengan pasangan, siapa yang pilih pasangan kita tu dulu? Jodoh ni Allah dah tetapkan untuk kita. Memang kena masing2 usaha untuk buat yang terbaik dalam perkahwinan.



            Kadang perlu kita ingat, sentiasa mengharapkan suami kita jadi macam suami orang lain takkan buat kita bahagiapun. Kita takkan pernah puas dengan apa kita ada. Tak semestinya suami orang lain yang kita Nampak baik untuk orang lain baik untuk kita. Macam tu jugak, suami kita yang bagi kita sempurna untuk kita sempurna jugak untuk orang lain. Sebab tu setiap pasangan bila dijodohkan ada baik & buruk masing2. Kelebihan & kekurangan masing2. Sebab setiap kekurangan tu boleh “disempurnakan” dengan keserasian yang ada. Redha. Bersyukur.                                                                                             

            Bila bercakap sanggup hadapi susah senang sama-sama sebelum kahwin, pastikan apa yang kita pernah cakap dulu kita pegang dalam perkahwinan. Cabaran memang ada. Dugaan pun. Masalah memang akan datang & pergi. Kalau boleh hal rumah tangga,hal kedudukan kewangan suami isteri,hal dalam kain, hal yang menjadi privasi suami isteri janganlah dibawak keluar walaupun dengan saudara terdekat sendiri. Cukuplah hanya kita & suami yang tahu. Jaga maruah & aib pasangan masing2. Jaga air muka pasangan kita dengan orang lain.  Walau tak sesempurna manapun dia, pasti ad terselit jugak kebaikan dia yang selalu kita buat2 xnampak. Biarlah orang nak cakap asyik cerita yang baik-baik je macamlah suami kau sorang yang baik. Cakap yang baik-baik lebih baik dari burukkan suami, bukak aib suami. Berdosa besar kot. Sama jugak suamipun, janganlah jatuhkan maruah isteri, kutuk isteri, burukkan isteri sampai memalukan. Isteri tu, awak yang pilih dulu. Ingat sikit. Isteri tu amanah Allah untuk awak jaga, lindungi & didik. Bukan bahan untuk diperlekehkan.                                                                   

           Belajar untuk redha. Untuk terima pasangan seadanya. Muhasabah diri. Pasti ada silap kita juga di mana-mana. Sama2 cari alternatif untuk temukan semula titik keserasian.  Bila bercakap ingin bercinta sehingga ke "jannah". Ingin bahagian sehingga ke "jannah". Mamg kena berusaha untuk itu...Bukan sekadar bercakap. 


                              




Tak perlu nak mengaharap prince charming or jejaka idaman malaya macam yang selalu dalam drama or novel ceritakan. Tak perlu nak cari suami serba sempurna kalau kita sendiri pun banyak compang campingnya. Suami yang ada, kita yang pilih. Kita yang sayang sepenuh hati. Dan paling penting, Allah yang pilihkan untuk kita. Cuma, bila masuk ke alam rumahtangga memang kena sama2 usaha untuk jadikan rumahtangga tu bahagia & dalam redha Allah. 


Entri ni just reminder untuk diri sendiri & orang lain. Biarlah apa orang nak fikir tentang kita. Biarlah orang nak kata suami kita itu ini, dia tak sempurna, dia tak kaya, dia tak sama macam suami orang lain, dia tak romantik tapi dialah suami yang kita pilih. Yang Allah pilihkan. Yang Allah jodohkan. Apa yang Allah bagi tu dah cukup terbaik. Cuma kita je yang kena usaha untuk corakkan hubungan tu supaya kekal bahagia sehingga ke jannah.










Tuesday, June 9, 2015

Ini Namanya "Peminat Fanatik"


Memang tak sangka ada peminat fanatik yang super duper fanatikkan saya. Haha..Umur 27 tahun baru start ada peminat fanatik. Yang minat teramat sangat dengan saya. Kalau boleh nak 24 jam je dengan saya. Hmm...Tak jadi artis pun boleh ada peminat fanatik rupanya.

Nila peminat fanatik saya.....


Sayalah peminat  fanatik yang dimaksudkan tu!
    
Peminat yang kalau boleh nak 24 jam je berkepit dengan saya. Eh..sayapun kalau boleh nak 24 jam berkepit dengan dia, tapi apakan daya, ada masa memang terpaksa jugak berpisah kejap. Tapi tiap kali kena berpisah kejap, mesti senyum2 ingatkan dia. Satu2nya peminat saya yang paling hebat sekarang ni. Haha...


Dia bangun tidur, kalau tengok saya takde dekat sebelah memang siapla nangis macam ape lagi. Kalau dia duduk dalam bilik dia akan turun katil cari saya. Jenguk dekat toilet. Kalau pintu bertutup memang dia ketuk panggil2 guna bahasa jerman dia sambil nangis. Hihi...

Kalau saya dekat dapur tengah masakkan bekal untuk dia, saya & suami ke office, saya letak dia dekat ruang tamu bagi dia main2. Kalau mood ok, nakla dia main tupun sambil kepala sikit2 jenguk saya dekat dapur. Takut lari...hahaha. Takpun datang jadi "assistant" dekat dapur. Sebab tu time nak masak pagi2 memang bersilat macam apa.

Tengah buat keja rumah memang kadang tak jadi apa. Sebab dia rajin tolong "kemaskan" sekali. Ikut je bontot saya pergi manapun. Memang bodyguard paling setia. Sampai masuk toilet pun dia tolong jadi guard dekat depan pintu toilet. Haha..Kadang, kalau nasib tak baik,  dia meraung nak masuk sama. Sabar jela..

kalau dia sampai rumah dulu dengan husband, memang dia akan gi jenguk ruang tamu, dapur & bilik bawah cari saya. kalau tak jumpa memang dia bebel2 sambil panggil "mama". Paling tak tahan, siap nak panjat tangga cari saya dekat tingkat atas. Memang husband kena jaga bagi dia tak panjat tangga, memang peminat fanatik sungguh! Hihi..

Bila balik keja, sampai rumah, bukak je pintu memang nampak dia jalan tekedek-kedek datang dekat saya. Agaknya memang menunggu je tengok bila pintu tu nak terbukak. Dia datang terus angkat tangan mintak dukung. kadang tak sempat nak bukak tudung, letak beg dia dah merengek nak didukung. pegang je kain ikut kita gi letak beg, bukak tudung. Terus saya ambik dia & susukan. Sebab tau dia dah tak sabar nak menyusu. Hihi..

Tengah dia ralit main depan saya, saya bangun kejap nak pergi buat air pun dia bangun ikut gi dapur. Dulu masa dia kecik-kecik kena duduk dalam radius 1m je dari dia . Gerak keluar sikit je, siapla dia menangis macam apa. Tak boleh gi mana-mana. Kena duduk dengan dia je..hahaha. Mana nak jumpa peminat fanatik kita yang macam ni?

Kalau malam2 tidur memang nak saya yang tidurkan. Malam masa nak menempek je dengan saya. Kalau terjaga malam tapi mata pejam. Memangis cari saya. Hihi.. nak menyusu. Nak saya peluk.






Peminat fanatik ni, Walaupun ragamnya macam-macam, kerenahnya kadang tak terlayan tapi bahagia yang dia bagi Allah saja yang tahu. Syukur sangat ada peminat fanatik macam dia. Kecik2 dah nak jadi bodyguard saya. Walaupun tahu, mungkin dia tak dapat protect saya walaupun asyik mengikut saya ke sana sini. walaupun dalam rumah yang ruang kecik tu nak jugak mengikut, tapi saya tahu yang dia nak saya sentiasa ada dengan dia. Tak payah berangan nak jadi artis sebab tak glemer pun dah ada orang yang suka kita tahap  kaw2. Husband sendiri pun tak sefanatik ni dulu masa suka dekat saya. Hihi..








Dia..anak saya, Nik Aqil Fayyadh Bin Nik Muhd Azri.

Satu-satunya peminat fanatik saya yang paling setia sampai sekarang. Dan sayapun secara rasminya jadi peminat fanatik dia sejak dia dalam perut lagi. Hihi..

Cepatnya dia membesar. Rasa macam baru semalam je lahirkan dia. Sekarang dah nak masuk 1 tahun 4 bulan 25 jun nanti. Hmm..kadang nak je cakap, please don't grow up too fast. Mama rindu zaman kecik2 awak, selalu jadi peminat fanatik mama. Sentiasa harapkan mama ada dengan awak. Tak nak sikitpun jauh dengan mama.

Sekarang Fayyadh masih breastfeeding. Tapi saya dah fikir macam manala nanti nak putus susu bila sampai masanya nanti. Hai..jangankan anak, emosi mama pun tak kuat jugak nak bercerai susu nanti.

Kadang2 kalau letih layan kerenah anak, buntu dengan ragam diorang yang tak pasti apa punca & apa kehendak just fikir, masa2 nilah diorang jadi peminat fanatik kita. Masa ni jela yang paling banyak diorang nak berkepit dengan kita. Layankan saja sebab anak ni anugerah tak ternilai harganya. Sekejap je masa berlalu. Nanti bila diorang dah pandai urus diri sendiri, dah pandai pakai baju sendiri, makan sendiri, pergi toilet sendiri memang kita akan rindu! Memang rindu!

Untuk Fayyadh,
Mama akan sentiasa jadi peminat nombor satu Fayyadh sampai bila-bila..
I Love You

Monday, June 8, 2015

Semoga Mereka Di Ranau-Kundasang Dilindungi & Selamat


Masih terkejut dengan gempa bumi yang melanda sabah. Terkejut sangat sebab kiteorang baru lagi balik bercuti dari sabah 26hb may lepas. Lebih kurang seminggu lebih balik sini, terus dapat tau Ranau dilanda gempa bumi. Gegaran pertama sampai ke Kota kinabalu.

Ramai pendaki gunung kinabalu yang meninggal & cedera. Masih terbayang lagi indahnya gunung kinabalu. Tak sangka, balik je dari sabah, dalam mood yang masih terbayang-bayang indahnya kundasang dapat berita sedih ni.

Mujurlah, masa gempa bumi ni jadi, kami dah balik sini. Alhamdulillah...terselamat dari musibah di sana. Tapi, time cuti sekolah ni mesti dekat ranau-kundasang ramai pelancong yang datang bercuti. Harap2 mereka semua ok dan cepat pulih dari sebarang trauma.

Sama2 doakan keadaan kembali pulih macam sediakala. Semoga penduduk dekat sana berada dalam keadaan selamat. mesti tak lena malam bila pikirkan keadaan yang tak selamat. Semalam, tengok berita ada lebih dari 12 gegaran dapat dikesan. Allahu...walaupun kita tahu malaysia bukan dalam lingkungan garisan gempa bumi, tapi kuasa Allah siapa yang dapat tandingi? Tak ada yang mustahil.

Nanti, bila masa dah sesuai, saya akan update trip percutian kami 3 beranak ke sana. Yang penting sekarang ni, doakan diorang dekat sana selamat & keadaan kembali pulih.

Macam-macam benda terjadi sekarang ni. Kena muhasabah diri masing2. Dunia dah akhir zaman..

Tuesday, June 2, 2015

Bermulalah perjalanan dengan "Buku Baru"


Alhamdulillah...hari ni 15 syaaban. Hari pertukaran buku baru kepada buku lama. Buku lama diangkat ke langit. Tak tahu apakah kandungan dalam buku tu. Berharap yang lebihnya pahala berbanding dosa. Semoga segala amal saya diterima-Nya.

Semalam, siap berdrama "air mata" depan husband. Rasa dah lama tak menangis. Since Fayyadh lahir, saya jadi kurang sensitif & mudah menangis berbanding dulu. Entahla..maybe dah jadi mak-mak kot. Tapi semalam lepas je solat maghrib berjemaah & baca yassin sama2, salam husband terus menangis beria. Jadi sebak tiba-tiba. Almost 3 tahun kawen, selama tu jugakla husband menanggung segala dosa yang saya buat secara sengaja ataupun tak. Dosa & salah saya dengan husband, memang selalu minta maaf dengan dia. Tapi dosa saya pada Allah yang ditanggung husband? Takut bila fikir..Lagi takut bila fikir banyaknya dosa yang ditanggung ayah saya dulu sebelum saya berkahwin. Semoga Allah mengampunkan segala dosa kami. Memang saya tak sesempurna mana. Pasti ada khilaf sebagai manusia. Memang ada tersalah & silap dalam perbuatan, bab penjagaan aurat, intonasi suara bila bercakap. Memang  tak sempurna. Susah benar nak istiqamah.

Saya selalu cakap, saya sayangkan suami. Tapi sayang tak cukup setakat perkataan.

"Cinta seorang isteri adalah bila dia mampu menarik suami ke syurga dan bukannya mengheret kaki suami ke neraka"

Ini ayat yang saya pegang sekarang.

Kalau ditenung segala salah & dosa memang takut. Tak sanggup nak fikir.

Bermulanya buku baru. Bermula juga azam baru untuk perbaiki kandungan buku baru ni. Semoga terus istiqamah dalam berubah ke arah kebaikan. Semoga cinta sampai jannah bersama suami & anak-anak itu bukan sekadar angan-angan. Begitu juga saya berharap melangkah masuk ke syurga bersama emak & ayah dan semua yang saya sayang.

Salam nisfu syaaban. semoga buku baru kali ni lebih baik & terbaik dari sebelumnya..=)