About Us

Tuesday, April 21, 2015

Review holiday di Langkawi: Chalet TM3 yang best & murah di Langkawi


Sambungan dari percutian dekat Langkawi.

Pasal Chalet TM3 ni pun kira last minute jugak kiteorang decide. Nak chalet yang dekat dengan airport sebab flight kiteorang dalam pkul 9.30 pagi. Lepas tu xnak yang mahal2 sebab just untuk bermalam je. Tapi tetap nak cari yang murah tapi selesa la. Lebih2 lagi untuk baby.

So, survey2 jumpala chalet TM3 ni. Harga dekat agoda masa tu dalam Rm 90++ xtermasuk  tax lagi. Kalau termasuk tax RM 100 lbih sikit jugakla. Saya jenis kalau nak pilih hotel akan check harga website, check harga dengan hotel ( by call) dengan check harga dekat agoda & booking.com. Lepas tu compare harga mana paling murah.  Selalu kalau motel or chalet yg harga below RM 100 lebih untung direct dengan owner je. Booking terus dengan diorang sebab harga lebih murah. Harga chalet TM3 ni kami dapat RM 85 je semalam. (sekarang tak pasti harga sama lagi tak). Masa booking bayar deposit RM 50. Online transfer saja. Balance bayar masa dah check in.

Apa yang buat saya tertarik dengan chalet TM3 ni? Sebab pertama landskap dia cantik. Dekat je dengan sawah padi. Tak jauh pun kalau nak drive ke pantai chenang dengan airport.  Macam rumah2 gitu. Lepas tu Nampak baru  & paling penting bilik  dia luas!

Bila dah check in chalet pun memang betul bilik dia bersih, luas & kemas je. Siap ada 2 katil lagi. Satu katil bujang. Satu katil queen. Tambah best dekat sini ada wifi! Ada jugak disediakan sejadah untuk solat & kain tuala & sabun. Air mineral pun ada bagi. Kira bestla..bayar dengan harga murah tapi service terbaik. Memang highly recommended.

Ok..meh layan gambar chalet TM3 ni..


Ada gambar yg saya ambil dari carian google. 








Bawah ni gambar bilik kiteorang hari tu

Ni bilik kiteorang. Memang luas & bersih. Bilik air dekat hujung. Nampak tak Fayyadh tido kepenatan lepas balik jalan2? hihi.. 





Dam pukul 7.30 pagi kiteorang dah check out

Ok. Kalau yang nak booking chalet ni masa pergi Langkawi bolehla contact 012-4649091.




Tuesday, April 14, 2015

Selepas 2 Minggu bersama GST


2 minggu Dah GST dikuatkuasakan. Keadaan media sosialpun dah kurang "panas" berbanding awal2 dlu. Tapi still ada isu sana sini psl gst. Mostly pasal peniaga yang kenakan charge lbh dr sepatutnya. Bagi overcharge price. Price barang tak mansuhkan cukai SST yang sedia ada. Lepas tu gi tambah lg 6% gst. Sama jugak dengan makan dekat kedai. Dah kena byar 16% dari harga makanan yang di order. 10% service charge + 6% gst. Hmm...patutnya service charge tu xde. Tapi kedai cakap tu service charge diorg serve kita. Rasa maybe dalam keadaan sebulan dua ni keadaan memang agak kelam kabut la. Akan ada banyan isu yang timbul. Masing2 peniaga or pengguna baru nak sesuaikan diri dengan benda baru. Hope lepas ni, keadaan lebih ok la..

 OK. Stop bab tu. Cakap pasal kita dengan GST . Nak tak nak, suka atau tak, memang kena hadap jugak kan. Ikutkan hati memang tak suka sebab dah tahu even ada harga barang yang patut turun, tetapi peniaga atau pengilang mesti akan naikkan harga barang. Sapa yang suka kn? Tapi sebolehnya, try untuk kurang merungut, tapi fikir dari sudut positif macam mana nak hadapi ujian kenaikan harga barang ni. Dengan hanya merungut setiap hari takkan ubah keadaan. Tindakan tu yang penting. Semak balik kewangan masing2. Tengok tahap mana. Kalau dikira2 dengan adanya GST, masih lagi boleh hidup selesa, Alhamdulillah. If dah rasa mula terbeban, semua benda cukup2 makan, try manage balik apa yang patut. Cut cost mana yang tak penting. Kurangkan pembaziran benda yang tak penting. Tahan nafsu shopping "xingat dunia" tu. Banyakkan berjimat. Cari alternatif untuk tambah pendapatan or kurangkan berbelanja. Kena jadi pengguna bijak. Beli barang dekat tempat yang murah, jual dengan harga borong or beli time sales. If terdesak, boleh cari kerja lain yang tawarkan gaji lebih tinggi.

Orang selalu cakap, kalau dah semua kena berjimat, tak bolehla nak shopping, tak bolehla nak jalan-jalan, tak bolehla nak makan luar. Hidup hanya pikir nak banting tulang cari duit. Salah statement tu.. Pada saya, ikut pada kemampuan kewangan masing2. Kewangan kita, kita yang manage. Bukan soal gaji siapa banyak, gaji siapa sikit tapi cara kita berbelanja, manage duit kita. GST tetap jugak berjalan, cuma pilihan tu dekat tangan kita macam mana nak berbelanja. Boleh je makan luar, nak shopping, nak gi melancong sana sini. Berjimat bukan beemaksud kena sekat kemahuan & keinginan kita. Bukan maksud kita tak boleh reward diri sendiri dengan beli or buat apa kita suka lepas penat bekerja. Cuma kena tengok balik kemampuan kewangan kita. Kita kena menabung untuk beli apa kita nak. Kaji balik kepentingan benda tu. Penting ke tak? Hanya berbelanja bila semua hutang dah bayar, lepas dah buat semua saving. Maksudnya, bila ada lebihan duit baru shopping. Bukan berbelanja sakan sampai duit nak mkan pun xde. Sampai duit simpanan pun kering kontang sebab habiskan dengan shopping benda yang tak penting.

GST kena kita hadapi dengan strategy2 kita sendiri. Bukan hanya tahu mengeluh tanpa ambil sebarang tindakan. Jadi pembeli yang bijak. Berbelanja secara bersederhana & berhemah. Ingat, rezeki tu dari Allah bukan dari manusia. Kita yang manage duit kita bukan orang lain. Jangan di compare rezeki kita dengan rezeki orang. Bersyukurlah apa yang ada. Kalau ada lebihan duit, bantulah mereka yang memerlukan.

Monday, April 13, 2015

Bercuti ke Langkawi (Review Hotel Resort World Langkawi)- Part 3



Ok..sambungan dari entri bercuti ke Langkawi. Nak wat review sikit pasal Resort World Langkawi. Ikutkan banyak kali survey agoda, banyak kali jugakla hati ni tertarik-tarik nak stay dekat Resort world Langkawi.

Sebabnya, kiteorang tak nak stay pantai chenang. Pantai chenang agak crowded & saya tak berapa suka keadaan tu. So cari hotel2 area sebelah pantai chenang, pantai tengah. Ikutkan hati nak stay dekat Tanjung Rhu sebab suasana lebih aman damai & laut lagi bersih & cantik. Tapi sebab nak dekat dengan macam2 kemudahan, kiteorang decide stay dekat pantai tengah 1 malam.
Ok. Ni gambar dekat Agoda yang buat hati kiteorang tertarik-tarik nak stay dekat sini. Sebab hotel hari pertama adalah  untuk bersantai-santai kan sambil tengok keindahan alam. So memamg spend bajet lebih sikit.













First impression masa masuk je pagar hotel memang rasa suka hati. Mana taknya, dari tepi dah Nampak laut, lepas tu lokasi hotel tu betul2 dekat hujung pantai tengah. Sebelah kanan hotel laut. Sebelah kiri bukit bukau. Memang tenang je rasa. Bila sampai lobby hotel pun rasa suka jugak. Kiri kanan jalan nak masuk ke hotel ada kolam ikan. Boleh Nampak banyak  ikan berenang. Masuk je lobby terus nampak laut. Excited rasa!




Suasana sekitar hotel memang best! Nyaman je. Boleh Nampak laut yang biru & bukit bukau yang hijau. Ruang langit terbentang luas! .  Memang highly recommended untuk bersantai-santai  & tenangkan diri. Boleh jugak tengok kapal-kapal dekat sini. Bilik hotelpun luas. Cuma perabot2 dalam tu je yang nampak lama. Patut ditukar baru. Tak semenarik macam dalam gambar tapi bilik bersih.

 Apa yang best tentang bilik ni bila bukak je sliding door terus nampak laut. Tu yang kami suka! Lepas tu boleh makan2 dekat meja dalam bilik  sambil mengadap laut. Fayyadh pun super excited tengok laut & kapal. Kerja nak duduk depan tingkap je nak tengok luar.  Memang rasa tenang dan damai sangat2. Tambah bila dapat tengok matahari terbenam & naik. Kagum dengan keindahan alam ciptaan Allah swt.


View dari bilik



Memang start check in kami stay dalam hotel je. Sebab kami sampai Langkawi pukul 8.30 pagi. Memang berjalan puas2 sampaila pukul 3.30 petang baru check in bilik hotel. Malam keluar jalan2 dekat pantai chenang. Sampaila pukul 12 tengahari esoknya baru keluar sambung jalan2 semula. Sempat jugak berendam dalam swimming pool dekat situ. Swimming pool dia bersih & cantik. Buffet breakfast dia pun sedap! Banyak choice. Best ya amat dapat makan tepi laut. Berangin je, Sampai sekarang saya rindu suasana nyaman & tenang macam tu!

Part ni paling suka. Makan tepi laut!





Oh lupa. Nama lama resort world ni Awana Porto malai. Air laut tepi hotel ni jernih je tengok. Boleh nampak ikan kecik2 berenang dalam laut.



Harga semalam Rm 200++ bilik seaview termasuk breakfast. Masa beli ni ada promo dekat agoda.
Ok, lepas ni saya akan buat sikit review pasal hotel ke-2 kami di Langkawi.


Thursday, April 9, 2015

Celebritylass, air ajaib yang super ohsem!

Salam Khamis!

Hari ni nak bercerita pasal air ajaib penghapus bau badan yang sangatlah berkesan & super ohsem! 

Selalu orang banyak titikberatkan penjagaan kulit wajah & badan. Nak putih gebu, licin, tubuh yang lansing kan? Tapi kadang lupa nak jaga kebersihan diri. Tak bestlah kalau just nampak cantik luaran tapi badan berbau kan? Tambah2 kalau yang selalu kerja gi sana sini. Berpeluh-peluh satu badan. lepas tu penuhla bakteria merebk & hasilkan bau yang sangat kurang menyenangkan. Ada setengah orang yang jenis badan cepat berbau ni pakai deodorant pun tak jalan. Masalahnya, sekarang ini banyak sangat deodorant / ubat ketiak yang dijual di pasaran 'suka bergurau' dengan meletakkan label protection 12 hour... 24 hour... & 48 hour! ??? ...Dan ramai yang telah kecewa apabila belum sahaja sampai waktu tengah hari badan sudah berbau, produk yang mereka gunakan hanya bertahan 4-6 jam sahaja. Lagi satu, sesetengah orang tak suka pakai deodorant sebab rasa melekit or risau ketiak jadi gelap kan.

Ada jugak yang tak tahan dengan bau peluh anak-anak yang baru balik dari sekolah. Mana taknya, dengan cuaca panas terik memang buat diorang mudah berpeluh. 


Tapi, jangan risau..sekarang ni dah ada produk yang super best untuk rawat masalah badan berbau & buat kita rasa kekal aktif serta yakin. Just ambik masa 3 saat je! terus badan segar & bau2 tak best pun hilang!  

Celebritylass!





Korang Boleh try Celebrity Lass untuk hilangkan bau pada mana-mana bahagian tubuh yang bermasalah dalam 3 saat sahaja dan tubuh anda dilindungi sehingga 24 jam. Insya-Allah saya jamin 100% berkesan & selamat digunakan.
    Master Odourless – Celebrity Lass :
  • Hilangkan bau dalam 3 SAAT!
  • Kekal BEBAS bau badan sehingga 24jam!
  • 100% Selamat tanpa bahan kimia.
  • Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.
  • Menghilangkan rasa takut, malu, risau dan stress anda.
  • Meningkatkan keyakinan diri anda.
  • Anda akan lebih dikasihi oleh orang yang tersayang.
  • Jaminan wang dikembalikan tanpa banyak soal, jika tidak berkesan!

Saya & officemate dah try produk ni. Memang highly recommended. satu botol tahan 3 bulan tau! sebab tak perlu guna banyak2. Sikitpun dah cukup. Officemate siap cakap lepas pakai celebritylass ni, kalau tak pakai dalam 2 hari pun badan kekal fresh!

Salah satu kandungan best dalam celebritylass ni adalah tawas yang mana dari dulu2 lagi orang tahu sangat berkesan dalam hilangkan bau badan. Sekarang ni, dimodenkan lagi dengan campuran pati herba & mawar untuk hasil yang lebih hebat! 

Lagipun botol celebritylass ni senang nak bawak kemana-mana & boleh digunakan bila-bila masa. Just calitkan je dekat mana-mana bahagian badan yang perlu. Mudah je kan?

Ok..jom tengok testimoni produk ni








Best kan?

Berapa harga celebritylass ni?

1 botol cuma berharga RM 75 saja! Satu botol tahan lebih kurang 3 bulan tau. Memang jimat. Kalau yang baru nak try2, korang boleh try botol trial dulu. Harga RM15 & RM 20. ikut packaging. Harga murah je. Boleh try dulu.


Untuk order boleh whatsapp 0123588459- saadiah sandy 

Untuk keterangan lanjut boleh refer link bawah ni