About Us

Monday, March 30, 2015

Asam Pedas Untuk Suami namanya..


Semalam tamat sudah drama yang selalu saya follow dengan husband, Asam pedas Untuk dia. Sebenarnya, masa mula2 iklan drama ni dekat TV3 dulu saya dah agak yang drama ni dari novel. Saya ada novel "asam pedas untuk dia" tu. Beli masa baru lagi keluar dekat fiesta buku Karangkraf hujung tahun 2012. Lama dah kan novel ni?

Salah satu novel yang saya berjaya habuskan bacaan dalam 1 hari! Suka sangat jalan cerita dia sebab takde watak jahat banyak sangat, penceritaan yang tak sarat & meleret-leret, realiti sebenar kehidupan orang susah. Entah..saya rasa cerita ni satu cerita yang lain dari lain & tak terlalu klise sangat.






Bila tayang dekat Tv3, lagila teruja nak tengok. Bukan saya je, husband pun! Sampai kalau keluar bawak Fayyadh gi taman petang2 pun kena make sure balik awal. Terliur tengok asam pedas yang Ainin masak untuk Ziyad, tak memasal saya kena masakkan asam pedas untuk dia.Udahla tak terror sangat masak asam pedas! Hahaha...

Yang kelakar, boleh pulak bila makan asam pedas kita buat, husband siap buat gaya macam ziyad rasa asam pedas Ainin buat. Haha..kelakar tengok! Mujurlah husband cakap sedap. Saya jarang masak asam pedas sebab tak terror sangat. Kalau dekat kedah, asam pedas dia kuah cair. Ni nak buat versi melaka/ johor memang tak pandai sangat.  Tapi untuk suami yang mengidam, usaha la jugak buatkan. Try buat sendiri tanpa guna pes.

Apapun..ini namanya Asam pedas Untuk suami..

Asam pedas ikan tenggiri



Monday, March 23, 2015

Bercuti Ke Langkawi (Part 2: Pengalaman bawa baby naik Flight)

sambungan dari entri lepas Part 1.

First time nak bawak Fayyadh naik flight memang risau. Masa ni dia dah 10 bulan lebih. Tengah aktif merangkak & berdiri. Perjalanan ke langkawi dari KLIA makan masa lebih kurang 1 jam. Flight saya pukul 7.30 pagi. Sayapun google jugak pengalaman & tips nak bawak baby naik flight.

Before subuh kiteorang dah bertolak ke Putrajaya sentral. Parking kereta dekat sini, than naik ERL ke KLIA. Nak parking dekat KLIA mahal. Sini murah. Lagipun bila naik ERL terus sampai dalam KLIA. Naik lift ke tingkat atas  untuk berlepas. Kalau yang bawak stroller pun xde hal, ERL ni sangat mesra pengguna. Tapi kteorang gendong Fayyadh dalam ssc je. Senang nak gerak.




Sementara tunggu turn nak naik flight, kiteorang main dengan Fayyadh. Jangan bagi dia tidur. Ni salah satu tips saya baca nak make sure atas flight nanti anak tidur. So, senangla perjalanan kita. Alhamdulillah teknik ni berjaya. Dekat KLIA dia kerja nak main. Nak merangkak. Nak tengok sana sini. Mulut pun riuh rendah. Hihi..

First time naik Mas dengan baby. Diorang ada bagi bantal sebiji & blanket untuk baby. extension seat belt pun ada jugak untuk baby. Yang ni sapa yang pegang baby kena la pakaikan dekat baby dan sambung ke seat belt kita. Kalau boleh, pakaikan posisi baby boleh baring untuk menyusu. Oh ya, pemilihan seat pun penting. Kalau boleh pilih seat tepi tingkap. So baby akan rasa excited untuk tengok luar. mama baby pun sama! haha..Tapi seat saya tak pilih masa beli. Saja nak jimat duit. Masa check in online saya select seat. Sebab tak kena charge. Kalau masa beli ada extra charge tak ingat berapa. Tapi saya pergi time bukan peak season, so memang banyak choice nak pilih seat. Flight first waktu pagi pulak tu..tak ramai sangat orang.

Masa kapal terbang nak naik tu, Saya breastfeeding kan Fayyadh. Ni salah satu tips nak elakkan telinga dia rasa bengang. Sakitkan. Takut baby tak selesa. kalau tak breastfeeding, boleh bagi susu botol.

Masa mula2 naik, happy je Fayyadh tengok luar




Oh ya, kalau naik Mas, boleh jugak bukak video kanak2  yang ada dekat screen depan seat. Yang tu pun boleh tarik perhatian baby untuk behave dalam flight. Tapi Fayyadh tak sempat nak bukak video, Masa kapal terbang berlepas, macam nila Fayyadh....

bantal putih & blanket purple yang MAS provide untuk baby


Fayyadh tidur dengan lenanya. Sampaila flight mendaratpun dia still tidur dengan nyenyak. Hihi..Letih gamaknya.


Alhamdulillah..masa pergi dan balik, saya pakai tips yang sama. memang Fayyadh tak meragam. Tidur elok je dalam flight.

Wednesday, March 18, 2015

Bila nak up status & komen caci maki, sindir menyindir, nak berbalah dekat media social…



Assalammualaikum..

Tiba2 rajin nak update blog sejak dua menjak ni. Kembali ke hobi lama sementara tengah free sikit.  

Banyak cabang media social sekarang ni. Facebook, Instagram, we chat, whats app, twitter & blog dan macam2 lagi. Kadang sampai tak terikut trend sebab banyak sangat. Zaman serba canggih kan. Tak salah nak ada semua benda tu.  Yang baiknya, boleh still contact dengan kawan2, boleh kongsi macam2 info & maklumat. Dunia hujung jari kan. Dekat Fb tu macam2 group ada. Bab nak mendeko rumah, nak menjahit, nak susun atur, group parenting, hal2 baby, bab  perkahwinan, masak memasak, bab agama. Semua adalah..tu belum campur online shop lagi. So..memang ada baiknya.

Tapi yang buruknya kalau benda ni jadi tempat fitnah menfitnah, bergaduh, caci maki, up status yang perli2 dan mengaibkan orang lain. Bila dah selalu nak up status mengumpat orang, perli orang dan mencerminkan siapa kita. Mana budi Bahasa kita? Mana tahap sabar kita? Tak fikir ke apa kita tulis tu berapa ramai kawan2 kita baca, berapa ramai follower kita baca. Kalau seorang baca, 1 dosa. Kalau ramai2 baca, 1000 orang? berapa banyak dah dosa kita hari tu? Itu baru sehari. Dekat Fb saja. Belum campur yang dekat Instagram..yang dekat we chat, blog, tempat2 lain lagi. Bertambah banyakla orang dah baca? Itu baru sehari. Kalau banyak hari? Kalau hari-hari? Fuh..tak sanggup nak hitung berapa banyak dosa kita dapat.

Kita fikir nak lepaskan emosi kita, rasa sakit hati kita tapi pernah tak kita fikir apa yang kita tulis tu tanggungjawab kita? Silap tulis memang berbakul dosa yang dapat. Beratus & beribu orang baca. Belum campur yang berbalas komen nak bergaduh lagi. Kalau dalam group tu ada 3000 ahli & semua baca apa yang kita tulis? Nauzubillah…cukup2lah. Kalau rasa sakit hati, teraniaya, marah tak perlu nak up status caci maki. Perli2. Ajak gaduh. Boleh Pm je. Selelsaikan cara baik. Fikirlah kalau kita mati hari ni, kita tak sempat nak padam apa yang kita tulis, apa akan jadi? Saya dah banyak  unfollow  group2 FB yang kadang hal benda kecik2 pun nak gaduh. Nak tunjuk siapa hebat. Nak bertelagah pendapat, nak menghina , nak memalukan individu, sampai lastly gaduh2. Kita dah besar kan. Bukan budak kecik nak gaduh2. Ada yang guna perkataan yang tak sepatutnya masa memberi komen. Nak jadi keyboard warrior mungkin?



Zaman gaduh2 ni dah lama berlalu. Fikir balik apa dosa memutuskan silaturrahim sesama manusia. Fikir balik apa dosa caci maki orang? Guna perkataan tak sepatutnya? Sama jugak dengan kawan2 yang suka up status caci maki & guna perkataan yang tak sepatutnya laju2 je saya scroll ke bawah. Kalau dia kawan rapat, tegur2 lah. Kalau tak makan saman, doakan dia berubah. At least kita dah usaha menegur.


Fikirlah dulu sebelum menulis. Tak kisahlah di bahagian status or komen. Perkataan yang kita gunakan tu mengambarkan siapa diri kita walaupun kita bukanlah baik sangat. At least kita dah Berjaya kawal diri kita dengan sabar & tak mengikut emosi semasa menulis. Sesungguhnya kita tak sempurna. Ada salah & silap. Sama2 lah kita berusaha  untuk jadi matang seiring umur. Peringatan untuk kita bersama. 

Tuesday, March 17, 2015

Bercuti ke Langkawi 2015 (Part 1- Jalan2 di Langkawi)




Bulan 1 lepas, pembuka tahun baru, kiteorang sempat luangkan masa bercuti dekat Langkawi. Ikutkan dah lama plan nak pergi, cuma tunggu Fayyadh besar sikit. Senang nak bawak naik flight dan jalan-jalan dekat Pulau. Last saya pergi Langkawi masa tahun 2007 time study dekat UiTM Arau dulu. Almost 8 tahun dah tak pergi Langkawi, memang rindu nak pergi lagi.


Kebetulan, masa hujung tahun lepas, MAS ada buat promosi flight murah ke Langkawi. So, apalagi, kiteorang pun cepat2  grab. Harga Tix pergi balik 2 adult & 1 infant RM 252 sahaja. Murahkan? Yang best, kalau naik MAS ni  harga yang bayar tu dah sekali dengan harga bagasi. Dah include semua dalam tu. Kiteorang kalau pergi bercuti, suka pilih tarikh tengah2 bulan. Lepas tu bukan time public holiday or cuti sekolah. Ha..malas nak bersesak dengan orang. Hihi…



Muka cool je Fayyadh first time naik flight



Bila dah beli tiket, Mulala survey2 hotel dekat Langkawi. Memamg dah list down siap2 hotel or chalet mana yang rasa suka. Mana yang ok. Kurang dari seminggu nak pergi barula booking hotel. Bila pergi bukan time peak season hotel memang banyk. Tak perlu risau. Setengah orang jenis tak kisah duduk hotel mana-manapun asalkan boleh tidur. Tapi, saya & suami cerewet sikit bab pemilihan hotel. Sebab dah ada anak kecik ni, kalau boleh nak yang selesa & bersih. Hotel tu sediakan tempat parking. Bukan kawasan yang crowded sangat sampai malam2 orang bising, kita & anak tak boleh tidur. Kalau boleh, bila bercuti nak semuanya happy2 & selesa.


Kiteorang stay dekat Langkawi 3 hari 2 mlam. Malam first, kiteorang stay dekat Resort World Langkawi ( nama lama Awana Porto Malai). Second night dekat Chalet TM3.

Kenapa pilih hotel lain2?


Berbalik pada plan kiteorang bercuti dekat sini. Hotel first, kiteorang akan spend banyak masa dalam tu. So, xkisah nak bayar lebih sikit. Memang plan nak tenangkan diri & enjoy bertiga. Hotel second, sebab banyak aktiviti jalan-jalan siangnya so, pilih yang selesa tapi harga murah. Sekadar nak tidur. Lagi satu, nak yang dekat dengan airport. Bajet kiteorang untuk hotel Rm 400. Tapi, kiteorang dapat harga RM 380 untuk 2 malam. Still under bajet. Pasal hotel saya akan review nanti.Kereta sewa kiteorang tak booking awal2 pun dari sini. Sampai airport baru ambik. Pasal sewa kereta nanti saya tulis dalam entri lain.


Apa yang best dekat Langkawi?


Sepanjang 3 hari 2 malam dekat sana, banyak aktiviti kami buat. Ikutkan hati memang teringin nak pergi island hoping. Tapi sebab Fayyadh baru 10 bulan time tu, kecik lagi rasa tak sesuai nak bawak dengan cuaca panas. Husband memang tak kasi. So, kiteorang banyak pusing pulau saja. Jalan-jalan naik cable car, oriental village, pergi makam mahsuri, pergi harbour park, jalan-jalan dekat pantai chenang, pantai kok, Pantai tengah, pantai pasir hitam, pantai tanjung Rhu, Pergi Dataran Lang, Jalan-jalan dekat Pekan Kuah. Kiteorang banyak pergi pantai! Macam zoo semua tu kiteorang tak pergi sebab nak jimat masa. Lagipun, dekat luar Langkawi pun ada zoo. Tempat lain yang best yang jadi tumpuan dekat langkawi, laman Padi, galeria perdana, underwater world, telaga tujuh dan banyak lagi tempat menarik. Sebabkan ni kunjungan ke-7 saya ke Langkawi, so almost semua tempat saya dah pergi. Bila pergi dengan husband & anak ni, saya just bawak diorang gi tempat yang saya rasa  best saja.


Kalau bab makan, Sebelah malam kiteorang makan seafood dekat Pantai chenang. Nama restoran tu Restoran Ikan Bakar Haji ramli. Land mark, dekat2 dengan Laman padi. Harga tak mahal sangat. Rasa pun sedap. Service cepat sebab time kiteorang pergi orang tak terlalu ramai. Satu lagi, kalau pergi Langkawi, wajib try laksa dekat dengan airport Langkawi. Nama laksa power. Order sekali dengan cendol memang ummph sangat. Sedap korang. Rugi tak try!

Ok..tempek sikit gambar kami dekat sana.


Dekat makam Mahsuri 

Dataran Lang

Masa ni tengah tunggu turn nak naik cable car. sempat snap gambar ni. 


Tanjung Rhu, Langkawi

Pantai Tanjung Rhu





Ok..langkawi banyak sangat pantai yang cantik2. Tapi paling saya suka, paling saya jatuh cinta, pantai tanjung Rhu. air jernih, pantai bersih. Rasa tenang..nyaman. Satu lagi, tak ramai orang dekat sini sebab kedudukan jauh sikit. 

Next entri, saya akan update pasal hotel, kereta sewa dekat sana & pengalaman saya bawak Fayyadh naik flight . In sha Allah.

Sunday, March 15, 2015

Tips menabung : Kisah 4 Tabung

Assalammualaikum..

Hari ni nak share sikit dengan korang pasal tabung. Sedikit tips nak mudahkan kita menabung. Nak kata saya ni jenis yang berjimat sangat2 tak jugakla. Tapi still amalkan hidup menabung, menyimpan setiap bulan. Sikit2 pun takpe, asalkan ada jugak simpanan kan.

Saya masih amalkan style tabung lama dekat rumah. Tabung zaman kanak2 dulu. Masukkan duit dalam tabung, Cuma tabung saya bukan bentuk buluh la. saya pakai balang biskut je buat tabung. Hihi..





Tabung syiling, tabung duit kertas, Tabung saham akhirat & tabung holiday/impian

Tabung 1 : Tabung Duit syiling

Tabung ni saya khas kan untuk simpan duit syiling sahaja. setiap hari, kalau ada lebihan syiling dalam dompet memang saya simpan dalam tabung ni.

Tabung 2 : Tabung Duit kertas

Tabung ni saya khas kan untuk simpan duit kertas. Amount bergantung pada saya sendiri nak simpan berapa. Tapi disiplin untuk menabung setiap hari. Selalu  RM 1 & RM 2.

Tabung 3: Tabung saham akhirat

Tabung ni wujud since tahun lepas, lepas saya terbaca pasal tabung sedekah subuh. Tapi saya campurkan sekali untuk wakaf  & namakan tabung "saham akhirat". Amount saya tak tetapkan. Ikut suka nak letak berapa pun tapi niat & amalkan untuk bersedekah. Try buat  setiap hari. lebih afdal pada waktu subuh. Saya ada terbaca, kalau kita mati, memang kita akan tinggalkan harta untuk waris kita. Satu lagi, segala simpanan kita dekat dunia ni dah jadi harta pusaka. Tapi tambah lebih baik kalau kita mampu meninggalkan harta yang sentiasa menjana pahala untuk kita di alam kubur nanti. Pahala yang datang dari sedekah & wakaf =). Setiap bulan, saya akan agihkan duit2 dalam tabung ni ke saluran derma dan wakaf. banyak saluran.Secara online boleh, cara lain, guna duit tu beli barang untuk diwakafkan. Contoh sejadah, telekung, selipar letak dekat masjid. Jom kita sama2  amalkan sedekah & wakaf sebagai saham akhirat kita di Sana nanti  =)

Tabung 4 : Tabung Holiday/ Impian

Setiap tahun, memang ada target nak bercuti ke mana2 kan. Saya & suami memang jenis kaki jalan. Tak pergi oversea, dalam negara pun jadilah. Jalan dekat2 dalam semenanjung pun pakai duit jugak kan. So, saving kena ada. So tabung ni tempat kami buat tabungan tambahan untuk holiday & beli apa yang kami nak. paling kurangpun Rm 3 sehari.  Kalau dapat simpan lebih, simpan lebih.Untuk holiday, tabung ni sebagai dana tambahan. so, kalau kita dah ada saving untuk holiday senang nak pergi bercuti. Sama jugak kalau kita teringin nak beli apa2, cukup je duit, bolehla beli.

Tujuan saya tulis entri ni nak share dengan korang tips & kaedah menabung dekat rumah yang boleh digunapakai. Yang ni kira saving tambahan yang kita boleh buat selain saving yang kita buat setiap bulan dalam bank, asb, tabung haji @ simpanan pelaburan lain.

Saya bukan kategori yang berpendapatan tinggi. nak pergi mana, nak beli apa tak payah tengok duit tinggal berapa. Pergi je..masih kena jeling amount duit yang ada sebelum buat apa2. Hihi..

Tapi  Alhamdulillah..masih mencukupi untuk kami 3 beranak & bolehlah saving sikit2. Tupun dah syukur Alhamdulillah  sangat. Untuk orang macam saya ni, apa2 memang kena saving, Nak harapkan durian runtuh dari duit bonus, increment  takde. Kenala belajar menyimpan sendiri. Takpela, sikit2 lama2 jadi bukit. Rezeki Allah tu luas. Alhamdulillah..syukur apa yang ada.

Apa yang penting dalam menabung & menyimpan adalah disiplin. Tak kisah berapa banyak boleh kita simpan, asalkan consistent & disiplin buat setiap hari @ setiap bulan.

Tabung dekat Rumah ni saya kongsi dengan suami. Cuma tabung syiling je kami Ada yang masing2.

Satu lagi, dalam mengumpul simpanan dunia, jangan dilupa simpanan di akhirat Sana. Sedekah, zakat, wakaf dapat menyucikan harta yg kita Ada, buka pintu rezeki selain membantu mereka yang memerlukan. Tabung ni sebagai alternatif untuk pupuk diri bersedekah setiap hari.

Sekadar berkongsi tips yang boleh diamalkan.

Tuesday, March 10, 2015

Buku Kisah Tentang Anak- Diari 1 Tahun Fayyadh


Alhamdulillah..tercapai hasrat dari dulu nak ada buku ni. Diari kecil ni kisah ringkas tentang kehidupan Fayyadh dari lahir sampaila cukup setahun. Ikutkan ni photobook. Memang saya beli dari Photobook. Tapi, saya tukar jadi diari . Banyak cerita bergambar dalam ni. (lebih tulisan dari gambar. Haha..)

Diari ni hadiah dari saya untuk Fayyadh semperna hari lahir dia yang pertama 25 february lepas.



Diari 1 Tahun Nik Aqil Fayyadh


Kalau yang start baca blog saya dari tahun 2010, korang maybe tahu yang saya sangat suka menulis. Ada 2 buah novel yang masih tertangguh nak saya siapkan manuskrip. Belum ada masa nak berimaginasi macam dulu2. In Sha Allah lepas ni. Tapi, start mengandung, saya mula rajin menulis tentang anak. Tulis tentang anak  laju je idea datang. Maybe sebab menulis dari mata dan hati seorang ibu. Diari ni ada 40 pages. Memang tak banyak yang boleh saya ceritakan. Cerita penuh, banyak dalam laptop.

Saya menulis tentang saat kelahiran Fayyadh, masa dia kena demam kuning, gelaran dia masa baby, Cerita tentang dia yang 3 kali kena warded, perkembangan dia setiap bulan. Siap je buku ni, rasa nak nangis je baca. Husband pun. Tak sangka, cepat masa berlalu. Dah setahun umur fayyadh.










Hope Fayyadh dah pandai baca nanti, dia akan baca diari ni. In sha Allah, kalau Fayyadh ada adik nantipun, saya akan buat benda yang sama untuk adik Fayyadh. Adil & saksama. Kang nanti adik jeles kenapa abang je ada diari kan? hihi..Sebab saya suka menulis. Dan selalunya, bila menulis tentang orang yang kita sayang, memang idea datang bertimpa-timpa =)

Monday, March 2, 2015

Bercuti ke Ipoh? Jom Menginap Di DWJ Hotel!



Korang tengah plan nak bercuti or jalan-jalan dekat Ipoh? Tengah pening fikir nak pilih  hotel yang selesa dengan harga berpatutan? Lokasi strategik? Dekat dengan Pelbagai kemudahan?

Korang patut try menginap di DWJ Hotel!!




Dekat mana DWJ hotel ni? 

DWJ hotel ni terletak dekat tengah-tengah bandaraya Ipoh tau. Lokasi memang sangat strategik. Dekat dengan kedai-kedai macam-macam kemudahan lain. Senang je nak cari hotel ni.



Ha..tengok map ni pun korang dah tau yang lokasi DWJ hotel ni sangatlah strategik. Tengah2 bandar lagi ok. Hotel ni terletak di Tengah-tengah pusat perniagaan yang dikenali sebagai "Ipoh Golden Triangle".

Dari hotel ni, Korang boleh jalan kaki je nak pergi Bank ( Cimb, AmBank, Maybank), Nak pergi hospital, Kedai-kedai makan. Lagi best,  Kompleks beli belah  Angsana Mall dengan Ipoh Parade pun dekat je dengan Hotel ni tau!

Apa yang best tentang DWJ hotel ni?

Banyak yang best! Paling penting, Hotel ni bersih, cantik & selesa untuk kita menginap. 
Meh sini, saya list up kan kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam hotel ni. 

Kemudahan utama:-

1.      Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin,, pancuran pemanas air dan 32 '' skrin lebar TV LCD dengan ASTRO, unit meja dan kerusi.
2.      Peti Ais Mini (Deluxe Suite & Family room)
3.      Percuma Wi-Fi
4.      Parking Percuma
5.      Seterika
6.      Dispenser Air
7.      Alat pengering rambut (atas permintaan)
8.      Kad Kredit (Kad Kredit Utama Diterima)

Ok meh tengok suasana dalam Hotel ni. Memang Cantik & selesa tau!

Ni suasana ruang Lobby Hotel.







Ni pulak gambar bilik-bilik yang terdapat dalam Hotel ni. 

Deluxe Suite

Bathroom




 Superior standard Room 

Cantik kan? selain deluxe suite & superior standard Room Bilik standard & single pun ada tau dekat DWJ hotel ni. So, kalau datang dengan kawan (berdua), or sorang2 ke Ipoh atas urusan kerja ke Boleh la ambik bilik standard or single ni.



Single Room

Standard Room



Berapa harga stay dekat DWJ Hotel ni? Murah & berpatutan sangat korang!...Dahla cantik, bersih, selesa lepas tu lokasi strategik. memang berbaloi sangat kalau menginap dekat DWj hotel ni tau!

Ok..dekat sini saya list up kan harga bilik-bilik dekat DWJ hotel ni


Room Rate
Type
Description
Normal Rate
Peak Rate
Single Room (without window)
1 Single Bed
RM 88
RM 115
Standard Room
-          Twin Single
-          Queen

2 Singles Bed
1 Queen Bed

RM 118

RM 154
Superior Standard
1 Queen bed, wallpaper
RM 128
RM 167
Deluxe Room
1 Queen Bed & 1 Single Bed
RM 138
RM 180
Deluxe Suite
1 Queen Bed, Mini Fridge & 1 Sofa
RM 148
RM 193
Family Room (without window)
1 Queen Bed, double decker bed & Mini Fridge
RM 168
RM 219


Hotel ni tidak menyediakan breakfast, lunch or dinner tapi korang jangan risau, dekat sekitar hotel ni banyak kedai makan. Korang boleh pilih nak makan dekat mana. Boleh jalan kaki je. banyak kedai makan best2 sekitar hotel ni. 

Oh ya, sekarang ni tengah ada tawaran istimewa & promosi tau dekat DWJ hotel! 


Tawaran Istimewa
*      10% diskaun untuk sektor kerajaan
*      RM10 diskaun untuk korporat
*      10% diskaun untuk pesara dan warga emas (berumur 55 dan ke atas sahaja)
*      10% diskaun untuk ahli
*      15% diskaun hari lahir
*      20% diskaun jika melebihi 10 bilik atau 10 hari
*       
Promosi (23 Febuari- 23 Mac 2015)
*      10% diskaun untuk pelajar

Best kan? Lagila dapat harga yang murah bila ada promosi & tawaran istimewa ni! 

Kalau korang nak pergi bercuti, bersama kawan-kawan or family,  ada apa-apa program, kursus ke, tryla menginap dekat hotel ni! Memang sangat berbaloi. Hotel ni sesuai untuk semua tak kira yang bujang ataupun family.