About Us

Sunday, January 4, 2015

Tahun Baru 2015


Assalammualaikum..

Entri pertama untuk tahun 2015.
Selamat tahun baru!

Alhamdulillah..dah masuk tahun baru. Dah bertambah lagi umur. Makin tua sudah. Hihi..

Tak sempat lagi nak karang entri imbasan untuk tahun 2014. Banyak yang berlaku. Ada yang positif. Ada yang negative. Semuanya saya ambik sebagai  hikmah & iktibar untuk bekalan masa depan.

Banyak azam saya untuk tahun ni. Selain dari nak capai apa yang saya tak berjaya capai last year, saya ada banyak perkara lain yang nak diubah jugak. Moga istiqamah dalam perubahan yang nak dibuat. Amin..

Banyak perkara dalam hidup yang perlu ditambah baik. Soal ibadah & amalan saya dengan Allah, soal rumah tangga, soal anak, soal suami isteri, soal kerjaya, kewangan, kesihatan dan macam-macam lagi. Semua kena tengok balik. Baiki mana yang kurang. In sha Allah..

Banyak tau cerita tahun lepas yang saya tak update dekat sini. Kadang2 benda tu tak penting pun, tapi sebab blog ni dah macam diari, kadang bila rindu, saya sendiri suka belek2 entri lama. Boleh refresh balik apa yang berlaku.

Mudah-mudahan kita semua dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan istiqamah untuk berubah & capai apa yang diimpikan.

Selamat menempuh tahun 2015!



2 comments:

  1. kan imah... byk benda yg perlu diperbaiki... azam dr awal muharram.. tp payahnye nak istiqamah.

    ReplyDelete
  2. Alamak..xsempat lagi nk tulis azam tahun ni...huhh..bz betul..selamat tahun baru imah..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!