About Us

Tuesday, January 27, 2015

Perkembangan Fayyadh genap 11 Bulan



Update perkembangan Fayyadh. Dah 11 bulan dah dia. Rasa cepatnya masa berlalu. Lagi sebulan dah nak cukup setahun. 

So, mama list siap2 dekat sini perkembangan anakanda mama ni.


Tumbuh gigi masa cukup 10 bulan. Lambat kan? sekali tumbuh terus 3 batang! 2 atas bawah 1

Berjalan berpegang ke sana sini

suka berdiri bawah meja makan. Merangkak keluar masuk celah sofa. Kadang kita cari mana dia pergi!

Umur 10 bulan 2 minggu start panjat tangga pulak

Boleh berjalan 1-2 tapak masa umur 10 bulan 3 minggu

Suka meniru apa mama & abah buat. Orang lipat kain dia pun nak lipat. Orang kemas rumah dia pun nak kemas. Sekarang ni memang fasa meniru. Apa kita buat dia nak tiru.

Sangat2 aktif!

Waktu tido dah berubah. Paling awal tido pukul 10 malam. Paling lewat pukul 11 lebih. Kadang kena paksa tidur. Bawak masuk bilik. Tutup lampu baru dia nak tido. Tapi Alhamdulillah tak pernah lagi tidur lambat lebih pukul 12

Mula suka kucing! Pantang Nampak kucing dia ralit tengok. Pernah dekat rumah pengasuh dia merangkak kejar kucing yang masuk umah pengasuh dia! Sabarjela….mujur tak kena cakar.


Suka jatuhkan barang. Lepas tu gelak kuat2. Kita kutip bagi dekat dia, dia jatuhkan balik lepas tu gelak lagi.

Si jantung hati Mama & abah!

Monday, January 12, 2015

Perkembangan Fayadh 10 Bulan



 Start Berdiri sambil berpaut masa umur genap 9 bulan

 Fayyadh betul2 merangkak masa 9 bulan 1 minggu. Sebelum ni dia merangkak dua tiga langkah je stop. Yang best, setiap kali dia buat benda baru macam mengesot or merangkak saya orang pertama yang tengok! Hihi….

Berdiri sambil berjalan cukup 9 bulan 2 minggu. Dia berpaut pada meja kopi, sofa, cabinet Tv untuk berjalan. Masih berpaut pada apa2 untuk berjalan. Belum pandai berjalan sendiri.

  Dah start rajin “mengemas”. Haha..mama memang kena super duper rajin kemas balik. hihihi..  

 Asyik jatuh bangun sebab try nak berdiri sendiri tapi berpaut pada badan kita or objek.

 Pandai buat hi-5, pandai geleng2 kepala bila tak nak sesuatu. Pandai angkat tangan bila kita panggil nama dia!

Pandai panggil abah. Abah jadi “babah”. Hihi..

 Makin kuat makan! Kalau Nampak mama pegang pinggan, laju je merangkak datang.

 Fayyadh start makan nasi lembik @ nasi biasa masa 9 bulan. No more bubur nasi! Belum ada gigi tapi Alhamdulillah tak pernah sembelit.

 Suka minum air masak


Kejap je masa berlalu. Hujung bulan ni dah nak masuk 11 bulan. Bulan depan dah nak setahun. Semoga membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh & Berjaya di dunia & akhirat. Amin..




* Rambut kat mana? Rambut kat mana? hihi..

Tuesday, January 6, 2015

2014- Yang Harus Dikenang


Banyak yang terjadi masa tahun 2014 ni. Banyak kenangan yang harus disimpan. Yang baik, yang buruk semuanya kenangan. In sha Allah mana yang buruk tu jadi tauladan, yang baik harapnya berterusan..Amin..


DIRI

Paling best tahun ni sebab berat badan dah turun sikit dari berat before mengandung masa 2013. Tapi belum kurus, Cuma turunla 5kg dari berat asal sebelum pregnant.Tupun dah cukup buat saya happy walau masih lagi chubby! Tapi nak maintain cukup susah. Tak leh nak kawal nafsu makan. Diet banyak yang kelaut. Harapnya tahun ni dapatla berat badan before kawen. Tak nak kelaut..nak balik ke darat. Hahaha…

Tengok lengan tu! masih gedempol. Hihi..


Pasal diri, tak tahu nak cakap apa yang berubah. Orang terdekat je lah yang tahu kan. Harapnya dah makin baik berbanding sebelumnya. Cuma yang dapat rasa, saya lebih matang berbanding sebelum ni. Dapat pulak dah ada anak. Memang kena matang dalam banyak benda. Cuma lepas bersalin ni, rasa diri cepat sikit nak emo. Mudah jugak nak sensitive dan marah. Faktor hormone sama  kot.  Mula2 susah nak kawal, tapi lama2 belajar untuk kawal.  Sekarang dah ok sikit. Tupun lepas husband tegur. Kalau tak, maybe tak sedar diri jugak. Huhu..

SUAMI ISTERI


Tahun 2014, masuk tahun ke-2 perkahwinan kami. Alhamdulillah…masih dilimpahkan dengan kebahagiaan. Tipula kalau cakap takde gaduh2, salah faham, selisih pendapat antara kami. Mesti  ada. Cuma try untuk tak gaduh lama-lama. Maximum pun sejam lebh. Lepas tu baik balik. Dari mula kawen macam tulah kami. Gaduh macam manapun tak boleh nak lama-lama. Hal remeh temeh try untuk tak beratkan. Bila dah cool down discuss balik apa yang tak kena. Try jugak kekalkan kemesraan tu sama macam baru2 kawen. Bila dah ada anak, kadang ada jugak try cari masa spend time berdua. Kadang keluar mkaan kejap time lunch. Kadang ambik cuti gi jalan berdua tengok wayang. Tapi memang tak boleh keluar lama2 tanpa anak! rasa lain dan rindu anak! hahaha....sebenarnya, cabaran tau benda ni! Macam mana nak buat hubungan kita suami isteri still berbunga-bunga, mood cintan cintun walau dah bertahun kawen. Masih belajar. Cuma harap apapun dugaan yang mendatang kami kekal bersama untuk hadapi. 

Surprise untuk suami. Candle light dinner masa anniversary kami yg ke-2


ANAK

Alhamdulillah Fayyadh dah 10 bulan sekarang ni. Lagi 19 hari nak masuk 11 bulan. Ikutkan rasa banyak lagi yang kurangnya saya sebagai ibu. Masih belajar untuk jadi yang terbaik untuk anak. Masih kelam kabut bila anak sakit. Banyak lagi yang tak tahu. Masih lagi call mak & mak mertua sebagai rujukan. Perangai pun sama. Try untuk banyak bersabar. Banyak spend time dengan dia. Faham kerenah dia. Kadang2 rasa sayu pun ada bila tengok muka anak. Syukran. Anugerah yang tak ternilai harganya dalam hidup. Waktu susah, senang..pandang je muka anak hilang semuanya. Memang kekuatan saya sangat2. In sha Allah..saya try buat yang terbaik untuk Fayyadh. 

KERJAYA

Masih bekerja di tempat yang sama. Tahun ni dah masuk tahun ke-4. Alhamdulillah..masih diberi rezeki untuk ada kerjaya tetap. Yang saya rasa enjoy nak kerja, tak stress, happy2 je. Walaupun ada sikit kurangnya dari segi pendapatan tapi saya bersyukur dengan apa yang ada. Apa yang saya peroleh sekarang dah cukup Alhamdulillah. Maybe sebab faktor utama pilihan tempat kerja tu adalah environment yang ok, so malas dah nak pindah2 tempat lain. Buat masa ni stay je dulu. Bukan senang nak jumpa majikan yang ok dan faham masalah pekerja. Tambah2 bila dah ada suami dan anak ni. Banyak faktor yang buat saya masih stay dekat sini.

ONLINE BISNES

Tahun 2014 genap 2 tahun bisnes sewaan veil yang saya buat. Saya start bisnes ni dari bulan November 2012. Alhamdulillah sambutan sangat baik sampai sekarang saya dah ada 7 veil untuk disewakan, In sha Allah akan ditambah lagi dari semasa ke semasa atas permintaan customer.  Ada jugak kelakarnya bila ada orang ingat saya ada butik. Bukan sekali orang salah anggap, rasanya dah dekat 10 orang kot yang tanya butik saya dekat mana. Saya takde butik. Buat sendiri2 je. 

Bulan 10 2014 saya bukak online shop sendiri, by adeenda . Alhamdulillah..sambutan yang diterima amat mengalakan walaupun baru 3 bulan beroperasi. Buat masa ni just jual barut, bedung & tungku baby. In sha Allah akan tambah lagi item lain selepas ni.

Dunia bisnes ni memang banyak persaingan. Memang akan timbul isu bersaing, caras,  orang niaga benda yang sama. Tu semua asaam garam nak berniaga.  Bagi saya satu benda je. Ikhlas. Buat apapun try ikhlas dan jadi positive. Percaya yang rezeki tu Allah dah tetap. Rezeki masing2.  Ikhlas buat apa2 bendapun. Hati kena bersih. In sha Allah kalau hati bersih semua benda jadi mudah. 

TRAVEL

Disebabkan tahun ni saya baru je bersalin masa bulan dua, campur masa berpantang dengan usia Fayyadh yang masih kecil. so, tak banyak sangat tempat kami jalan-jalan.

Sempat pergi jalan-jalan 3 tempat je tahun 2014 ni.

Cherating, Melaka dengan Zoo negara je. 

Yang lain jalan dekat2 dengan balik kampung. 




Ada impian yang tak tertunai tahun 2014 ni. Harap dapat dicapai masa tahun 2015 ni.

Rasa tahun 2014 ni cerita manisnya, dan fokus saya banyak pasal si kecil Nik Aqil Fayyadh =)

Sunday, January 4, 2015

Tahun Baru 2015


Assalammualaikum..

Entri pertama untuk tahun 2015.
Selamat tahun baru!

Alhamdulillah..dah masuk tahun baru. Dah bertambah lagi umur. Makin tua sudah. Hihi..

Tak sempat lagi nak karang entri imbasan untuk tahun 2014. Banyak yang berlaku. Ada yang positif. Ada yang negative. Semuanya saya ambik sebagai  hikmah & iktibar untuk bekalan masa depan.

Banyak azam saya untuk tahun ni. Selain dari nak capai apa yang saya tak berjaya capai last year, saya ada banyak perkara lain yang nak diubah jugak. Moga istiqamah dalam perubahan yang nak dibuat. Amin..

Banyak perkara dalam hidup yang perlu ditambah baik. Soal ibadah & amalan saya dengan Allah, soal rumah tangga, soal anak, soal suami isteri, soal kerjaya, kewangan, kesihatan dan macam-macam lagi. Semua kena tengok balik. Baiki mana yang kurang. In sha Allah..

Banyak tau cerita tahun lepas yang saya tak update dekat sini. Kadang2 benda tu tak penting pun, tapi sebab blog ni dah macam diari, kadang bila rindu, saya sendiri suka belek2 entri lama. Boleh refresh balik apa yang berlaku.

Mudah-mudahan kita semua dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan istiqamah untuk berubah & capai apa yang diimpikan.

Selamat menempuh tahun 2015!