About Us

Monday, September 15, 2014

Perkembangan Fayyadh 6 bulan


Fayyadh dah genap 6 bulan 25hb 8 yang lepas. Hihi..kena cepat2 update sebab takut nanti mama Fayyadh lupa. Huhu..

Berat: Belum timbang. weekend ni baru nak gi check up dia.

Perkembangan.

Dah pandai golek2 kan badan. Kalau tertidur depan Tv lagila..Dari depan Tv dia boleh bergolek sampai ke sliding door. Kalau time jaga je bergolek xpe..ni dalam tido pun dia bergolek jugak. Huhu...

Dah pandai kejutkan kita bangun tido. Sedap je dia menampar pipi mama dia ni suruh bangun layan dia main. Kadang kita pura2 je tido time dia tengok kita sekali pap pap tangan comel tu  kasi. hahaha...

Belum pandai mengesot gear D. asyik gear R je dia guna. reverse sokmo. Haha...Tapi paling terror meniarap lepas tu pusing2 360 darjah

Dah start kenal orang. Tapi selalu dia nak je dengan sesiapapun dukung dia. Cuma kalau mula2 tu dia akan tengok je muka orang tu. Kalau rasa cam xsuka tu dia nangis la. hahaha...

Suka dengar kita nyanyi lagu budak2 dekat dia. Kemain suka lagi bila kita nyanyi dekat dia. Gelak siap buat gaya tangan lagi. Kalau dia merengek memang itu je umpan dia. Mama kena nyanyi. Huhu..

Suka buat aksi "comel" kemam mulut. Geram tau tengok!

Aksi kemam mulut yang bikin mama selalu geram!


Ketawa mengekek yang sangat kuat bila kita bergurau dengand dia. Main sembam ala2 manja dekat perut dia. geletek dia..kuat la dia ketawa mengekek. siap pakej jerit suka hati lagi.

Super manja dengan abah dia jugak. Pantang abah tinggal kejap nak gi solat ke mandi ke merengek kemain lagi. Mata tu ikut je tengok abah dia naik tangga.

Dah start makan solid food masa 6 bulan!

Fayyadh suka senyum! Mostly yang jumpa dia semua cakap Fayyadh murah dengan senyuman. Senyum je dia...hihi.

Suka tarik benda2 bertali. Macam beg baju dia..handbag mama, pantang letak tempat dia nampak je memang skill golek2 dia sampai la nak gi ambik barang tu. Oh..jgn lupa rambut mama pun dia suka tarik. Sakit ooo..huhu



Pantang nampak benda bunyi macam plastic memang dia suka. memang seronok dia main benda tu.

Dah pandai koyakkan kertas dan surat khabar! Mama & abah memang simpan kertas jauh2 dari dia. Pernah paper baru beli sedap je dia koyak dan renyukkan. hahaha....( nampaknya novel2 & buku2 kesayangan mama kena simpan masuk kotak balikla lepas ni. hihi..)


Dah pandai nak berkawan. Pantang nampak baby lain sibuk nak pegang tangan la..nak pegang kepala La. Hihi..lepas tu mulut pok pet pok pet.

Fayyadh & Friends. Cuba tengok tangan fayyadh tu. Hihi..


 Nik Aqil Fayyadh..semoga terus memebesar dengan sihat, panjang usia & jadi anak yang bijak & soleh. Mama & abah love you so much!




5 comments:

  1. comel fayyadh...jadi anak yang soleh ye sayang.

    ReplyDelete
  2. x jumpa lagi gear D..
    biasalah..mula2 mesti gera R dulu.. kan dah jumpa x larat nak mengutip..haha

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum imah. besar dah Fayyadh! heee bestnya. ehh awak nak join tak gathering mommy blogger? hujung bulan 10 ni nak buat. kat area kl. boleh tengok kat sidebar blog sheila. hehehee ramai first time mommy join juga. heeee

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!