About Us

Tuesday, September 30, 2014

REVIEW: Soft Structure Carrier (SSC) Snuggbaby



Before bersalin lagi dah masuk dalam list benda nak beli lepas deliver baby is soft structure carrier selain stroller. Tapi, stroller kiteorang tak beli sebab officemate husband bagi hadiah. Fayyadh kiteorang bawak keluar rumah pun lepas dia dah nak masuk 3 bulan. So, masa ni memang tak beli pape pun. Huhu..sebab dia kuat menangis time tu, dengan keadaan dia yang kecil lagi so memang tak berani nak bawak dia pergi mana-manapun.

Bila Fayyadh dah 3 bulan lebih, saya decide nak beli ssc sebab bila keluar dia tak nak duduk dalam stroller. Nangis nak berdukung. Saya aim nk beli boba or ergo. Sebab ada corak plain. Klu jumpsac dengan snuggbaby banyak bercorak. Tapi still msuk dalam list la.
Saya tak prefer untuk beli online sebab harga agak pricy kan, lepas tu takut baby tak nak duduk dalam tu. Prefer pergi kedai sendiri testing. So, dekat shah Alam kan ada Fabulous mom. So..saya decide untuk test dekat sana.

Masa test ssc, mula2 saya try ergo. Fayyadh nangis tak nak duduk dalam tu. Try pulak Boba, pun dia tak nak. Nangis jugak. Huhu..time ni dah risau dah. Masa tu promoter dekat situ suggest untuk try Snuggbaby. Mula2 macam tak nak sebab design banyak bercorak. Husband tak nak corak2. Huhu..Tapi ada exclusive design yang plain. So try la yang tu. Surprisingly, Fayyadh suka! Siap sengeh2 lagi duduk dalam tu. Amboi sangat baby zaman sekarang kan…kecik2 dah pandai memilih. Hihihi…so, sebab anak suka dan kiteorang try pakai selesa, so kiteorang belila snuggbaby! Yeay!!
Harga beli time sales 20% : RM 341.00.

-          Bila pakai ssc  snuggbaby ni  memang senang sangat nak angkut Fayyadh gi mana-mana.  Dia selesa je duduk dalam tu. Kalau dia ngantuk dia tidur je. Tak kisahla dekat luar tu bising macam apa..sedap je dia tidur. So, mama & abah lehla shopping dengan senang hati! hihi..siap boleh jalan pegang2 tangan lagi ok sebab baby dah sangkut dekat badan. Tak yah tolak stroller. hihi..

-          Nak bergerak senang sebab anak memang dengan kita. Jalan2 tempat sempit, nak mencelah pun senang. Gi kenduri..gi jejalan or kemana-mana memang kami selesa berbabywearing.
-          Snuggbaby material kain dia sejuk & lembut. Memang baby tak panas or berpeluh-peluh tak selesa dalam tu.

-          Kemas bila pakai! Terletak elok dekat badan. Boleh adjust nak bagi kedudukan dia selesa

-          padding dia tinggi. Bagus untuk leher baby yang awal2 tu lembut  dan kalau baby dah tinggi pun still selesa lagi pakai.

-          Kalau betul cara pakai memang tak rasa lenguh or sakit pinggang dengan belakang nak angkut anak
-          Cutting dia besar. Klu baby kecik ada tali untuk ikat sikit supaya baby tak terkankang sangat.

-          Senang nak cuci!

-          Senang nak breastfeed dekat public. Tak pernah try lagi bf dekat public sebab kalau keluar sama2 selalu husband yang pakai. Tapi pernah try dekat rumah. Senang! Saya keluar berdua dengan Fayyadh pun baru dua kali. Tapi memang angkut dlm ssc la.

-          Snuggbaby product Malaysia. So design dia memang ikut cuaca, environment & mengikut kesesuain baby Malaysia ni.
     
      Ada sleeping hood. Boleh cover kepala baby time dia tidur, panas or tetiba hujan rintik2,

-          Pendek kata, tak rugi invest lebih sikit duit untuk SSC snuggbaby ni sebab sangat2 berguna pada kiteorang. Memang guna sungguh2. Hihi..

Nasihat saya, tak kisahla nak beli brand apapun, pastikan ianya selamat digunakan, Kalau boleh yang ada warranty & dah buat testing product before diorang jual. bukan yang fake, selesa untuk kita & baby. Lebih baik, test dulu before beli. Study sikit pasal jenis2 carrier ni before nak beli.

Ok jom layan gambar kiteorang kendong  Fayyadh. Eh..tapi gambar abah dia je yang banyak!

 
First babywearing masa Fayyadh 3 bulan lebih



sedap je anak mama ni tido!

Time gi zoo melaka

Dekat rumah kenduri. dua2 sedap je tido..hihi




Tak sempat nak snap picture details SSC Fayyadh tapi gambar dia macam bawah ni


Monday, September 29, 2014

Tips: Dididk Anak Cara Rasulullah SAW


1) Umur anak-anak sejak lahir hingga enam tahun 

Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas dan tidak membeza-bezakan. 

Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Pada peringkat umur ini, mereka tidak boleh dirotan sekiranya melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. 

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita adalah sebahagian daripada masa membesar mereka. Apabila perkara ini berjaya disemaikan, mereka akan merasa kepentingan kita di dalam diri masing-masing sehingga meningkat dewasa. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada di sisi mereka setiap masa. 


2) Umur anak tujuh hingga 14 tahun 

Pada tahap ini ibu bapa disuruh untuk mula menanamkan nilai disiplin dan rasa tanggungjawab kepada anak-anak. Pada peringkat umur tujuh tahun ini juga ibu bapa hendaklah mula melatih anak- anak untuk bersolat seperti dalam hadis Abu Daud; 

“Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).” 

Pukul itu pula bukanlah bertujuan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menimbulkan sedikit rasa gerun dalam diri mereka. Ia juga bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah. 

Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. 

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibu bapa sama ada ingin menjadikan mereka seorang Muslim, Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. 


3) Umur anak 15 hingga 21 tahun 

Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Ia juga terkenal sebagai fasa ‘ingin mencuba.’ Pada tahap ini, sebaiknya ibu bapa mendekati anak-anak dengan berkawan serta bersahabat dengan mereka. 

Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka mengenai perkara yang dihadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ dan perasaan ketika itu. 

Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain, tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. 

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan ada di rumah bersama keluarga. 


4) Umur anak 21 tahun dan ke atas 

Fasa ini adalah masa ibu bapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak melalui kebebasan dalam membuat keputusan sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. 

Insya-Allah, dengan segala disiplin yang diasah sejak tahap kedua sebelum ini, cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.

sumber : harian Metro

Friday, September 26, 2014

Suami Isteri Kenalah selalu bercintan cintun!

hai korang!

Lama tak update blog. Anak demam panas. Huhu..Alahmdulillah dah sihatpun dia. Entah..hari ni rasa macam nak share something dekat sini secara general.  Pasal hidup berumahtangga...Bukan untuk yang baru kawen. Tapi yang dah lama kawen. Sebab kalau baru sebulan dua kawen tu of coz la mood masih angau2 kan? mood cintan cintun gitu? honeymoon lagik..hihi..

Dulu masa baru kawen selalu dengar orang cakap, "Masa bercinta memangla manis..tunggula lepas kawen, tahulah rasa macam mana". 

Takpun..orang cakap..

"setahun kawen memangla semua wangi. Tengokla lepas 5 tahun nanti.."

Dulu memang tak suka dengar ayat macam ni sebab memang dah pasang impian nak hubungan suami isteri tu always romantic dengan still berbunga cintan cintun even dah lama kawen. Ha..dah tanam azam kuat2 nak hubungan tetap macam pengantin baru hari2.

So..kalau dah lama kawenpun kenala sentiasa feeling tu sama macam time bercinta walau dah beranak pinak. kih...kih..kih. kalau boleh, nak maintainla jalan tetap nak pegang tangan sama macam time baru kawen. Taknakla suami jalan dekat depan isteri jenuh mengejar dekat belakang. Tak nak la bila jalan sibuk tengok kanan kiri sekali toleh belakang suami dengan anak dah tinggalkan kita! sadis kan. Huhu...

Kena maintain suap menyuap. Kalau malu buat dekat public dekat rumah pun boleh kan. Kena selalu makan sama2. Spend time untuk masa2 tu. sesibuk manapun at least dalam sehari ada time makan sama2.

Boleh jugak selalu buat  Love notes, main tampal-tampal nota cinta gitu. Tak pernah buat lagi. Lepas ni kenala try. Hihi....boleh jugak selalu whatsapp gambar dekat suami time rindu dekat office. Biarla suami cakap buang tabiatpun kan..benda halal kot! hihi.. Tips lain? boleh google...berlambak keluar. Hihi..

Taknakla rumah tangga tu semata-mata atas dasar tanggungjawab bila dah lama kahwin. Sayang dan cinta tu memang ya. Tapi nak maintain, nak bagi perasaan tu berbunga-bunga sentiasa, bagi stil angau2, nak bagi feeling tu always macam hari pertama kita kawen tak mudah kan? Tu satu cabaran! dan tak boleh satu pihak je buat. Isteri suami kena sama2 buat.

Pesanan & peringatan  untuk diri sendiri jugak. Perempuan selalu bila dah ada anak, ramai jugak yang lebihkan anak dari suami. Ada yang fikir anak je. Tapi suami kena jaga jugak. Nak jadi pengantin baru hari2!!!!

Monday, September 15, 2014

Perkembangan Fayyadh 6 bulan


Fayyadh dah genap 6 bulan 25hb 8 yang lepas. Hihi..kena cepat2 update sebab takut nanti mama Fayyadh lupa. Huhu..

Berat: Belum timbang. weekend ni baru nak gi check up dia.

Perkembangan.

Dah pandai golek2 kan badan. Kalau tertidur depan Tv lagila..Dari depan Tv dia boleh bergolek sampai ke sliding door. Kalau time jaga je bergolek xpe..ni dalam tido pun dia bergolek jugak. Huhu...

Dah pandai kejutkan kita bangun tido. Sedap je dia menampar pipi mama dia ni suruh bangun layan dia main. Kadang kita pura2 je tido time dia tengok kita sekali pap pap tangan comel tu  kasi. hahaha...

Belum pandai mengesot gear D. asyik gear R je dia guna. reverse sokmo. Haha...Tapi paling terror meniarap lepas tu pusing2 360 darjah

Dah start kenal orang. Tapi selalu dia nak je dengan sesiapapun dukung dia. Cuma kalau mula2 tu dia akan tengok je muka orang tu. Kalau rasa cam xsuka tu dia nangis la. hahaha...

Suka dengar kita nyanyi lagu budak2 dekat dia. Kemain suka lagi bila kita nyanyi dekat dia. Gelak siap buat gaya tangan lagi. Kalau dia merengek memang itu je umpan dia. Mama kena nyanyi. Huhu..

Suka buat aksi "comel" kemam mulut. Geram tau tengok!

Aksi kemam mulut yang bikin mama selalu geram!


Ketawa mengekek yang sangat kuat bila kita bergurau dengand dia. Main sembam ala2 manja dekat perut dia. geletek dia..kuat la dia ketawa mengekek. siap pakej jerit suka hati lagi.

Super manja dengan abah dia jugak. Pantang abah tinggal kejap nak gi solat ke mandi ke merengek kemain lagi. Mata tu ikut je tengok abah dia naik tangga.

Dah start makan solid food masa 6 bulan!

Fayyadh suka senyum! Mostly yang jumpa dia semua cakap Fayyadh murah dengan senyuman. Senyum je dia...hihi.

Suka tarik benda2 bertali. Macam beg baju dia..handbag mama, pantang letak tempat dia nampak je memang skill golek2 dia sampai la nak gi ambik barang tu. Oh..jgn lupa rambut mama pun dia suka tarik. Sakit ooo..huhu



Pantang nampak benda bunyi macam plastic memang dia suka. memang seronok dia main benda tu.

Dah pandai koyakkan kertas dan surat khabar! Mama & abah memang simpan kertas jauh2 dari dia. Pernah paper baru beli sedap je dia koyak dan renyukkan. hahaha....( nampaknya novel2 & buku2 kesayangan mama kena simpan masuk kotak balikla lepas ni. hihi..)


Dah pandai nak berkawan. Pantang nampak baby lain sibuk nak pegang tangan la..nak pegang kepala La. Hihi..lepas tu mulut pok pet pok pet.

Fayyadh & Friends. Cuba tengok tangan fayyadh tu. Hihi..


 Nik Aqil Fayyadh..semoga terus memebesar dengan sihat, panjang usia & jadi anak yang bijak & soleh. Mama & abah love you so much!




Thursday, September 11, 2014

Isteri. Mama. Impian.


Yeah..! dah lama tak bercerita hal diri sendiri dekat blog. Seyes,,rindu. rindu nak menulis. nak update macam2 dekat sini. Kadang rindu benda2 lama, godek2 balik entri lama.
Sebenarnyakan..banyak hutang dekat blog ni. Hutang nak update hal2 lepas bersalin. review product segala. Ada yang sampai email saya sebab nak tanya itu ini. Kalau korang nak tanya pape tapi lambat tunggu saya update just email je ke norfahimah87@yahoo.com. In sha Allah saya akan balas. Hihi..

Dah 6 bulan lebih jadi ibu. Alhamdulillah..dah berjaya sesuaikan diri. Kalau dulu terhegeh-hegeh nak buat apapun. cemas kemain. panik. Tak tau nak handle anak macam mana. Tak tau nak faham mood anak. Semuanya rasa serba tak kena. Tapi Alhamdulillah...boleh lalui semua tu. Boleh jaga khalifah kecil ni sendiri. Ya Allah...syukur sangat kerana bagi kekuatan tu pada setiap ibu. Alami  Fasa baru. perubahan baru dalam perkahwinan kami. Lain..memang lain keadaan sekarang. Ape2 buat mesti pikir anak, anak, anak. Hihi..eh..suami pun fikir jugakla!  cuma perhatian kiteorang sekarang lebih pada anak. Hari2 gi keja tak sabar nak balik rumah nak jumpa anak. Kadang kalau husband sampai lambat sikit dari saya, dengar je bunyi enjin kereta terus bukak pintu tunggu dekat luar nak sambut suami & anak. Tak sabar nk peluk anak. Rindu yang tak sudah2. Anugerah yang paling bernilai dalam hidup...subahanallah...pinjaman yang tak ternilai harganya. terima kasih ya Allah..

Bila dah ada anak, always cakap I want to be a good mother. nak didik anak saya jadi anak yang soleh. Saya harus berubah jadi baik supaya anak saya juga jadi anak yang baik. Azam. Walaupun banyak yang masih kelaut impian tu tapi sekarang set je dekat kepala otak, nak Fayyadh jadi baik, mama dia jugak harus baik jugak. Just remind my self everyday. Mintak2 Fayyadh jadi lebih2 baik dari parent dia. Amin...

Rutin harian macam biasa. Pagi2 busy siapkan Fayyadh nak hantar dekat pengasuh. Husband yang ambik dan hantar Fayyadh setiap hari. Orang cakap janggal sebab selalu ibu yang hantar. Tapi anak tu tanggungjawab bersama. So..klu time lain Fayyadh banyak berkepit dengan mama dia sebab menyusu badan, biarla time tu bonding time Fayyadh dengan abah dia. Hihi...Lepas tu Pergi kerja. Balik je kerja, letak beg terus masuk dapur tung tang tung tang masak untuk makan malam dengan suami tercinta. Kadang sambil masak tu jugak berlari-lari ambik Fayyadh. Pujuk dia. Fayyadh sekarang tak boleh nampak mama dia. nak saya duduk tepi dia je. tak leh gerak gi mana-mana. Hihi.. Sebab tu kadang tengah masak pun boleh tutup api dapur. Kadang bab menggoreng husband yang tolong buatkan. kadang jadi sangat terharu tau bila anak perlukan kita, nak kita je ada dengan dia sampai tahap tu walaupun agak susah nak buat kerja apapun. Huhu....tapi apa cara dia tu buat kita terharu sangat. dia perlukan kita (T_T). Dia dah kenal mama dia. Dia nak mama dia ni..

" Fayyadh..mama akan selalu ada dengan Fayyadh. Kalau bukan tepi Fayyadh pun, hati mama, jiwa mama, ingatan mama, doa mama sentiasa untuk Fayyadh ya sayang..."

Kadang bila dengan anak, ada masa terlupa jugak bancuh air dekat suami . Tapi mujur suami boleh buat sendiri. Hihi,...busy kan. Tupun kerja rumah banyak jugak suami tolong. Alhamdulillah..syukur dapat suami yang rajin menolong. Tapi saya try manage time untuk buat yang terbaik untuk dua hero kesayangan saya tu. Try untuk masak macam selalu dekat suami. Try bahagi masa betul2. walaupun masak simple2 tapi nak suami masih rasa air tangan isteri. Cuma kalau penat sangat, malas sangat je baru beli. Mujur suami faham. Makan malam pun kami try untuk makan sekali. Rasa janggal nak makan asing2. Tapi Fayyadh ok je join kiteorang makan. Hihi..tengok je. kesian jugak tapi  dah bagi dia makan awal lagi before kiteorang makan. bab solid food fayyadh nantila saya cerita.

sekarang ni tengah slow2 dengan impian baru. Bukan pasal menulis novel. Huhu..xtau bila nak balik menulis novel. Benda ni  baru permulaaan. Dah siap nanti saya bagitau. Berdebar jugak nak start benda baru ni. Impian jugakla benda ni.

Ok tu je nak cerita. Life baru. Harap semuanya baik2...Amin..




Tuesday, September 2, 2014

Our 2nd Anniversary - Ber Candle light Dinner dengan Husband (^_^)

Masa second anniversary kiteorang hari tu, saya plan nak buat surprise untuk husband. Dah 2 tahun kawen, sekalipun saya tak pernah nak buat surprise macam ni. Sebab saya jenis orang yang jenis "direct"  je kalau apa-apa. Tak tahu nak bersurprise bagai. Tapi bila hidup dengan husband, saya selalu rasa happy bila dia rajin buat surprise. Even surprise tu benda kecil2 tapi kita akan rasa super excited. Hihihi...Contoh..husband kalau nak bagi hadiah atau kad dekat saya takdenya dia nak bagi direct dekat saya. mesti dia akan sembunyikan. Samalah kalau saya balik keja, tengok takde orang dalam rumah. Dia main aci sembunyi jugak dengan saya. Jenuh kita mencari dekat mana dia sembunyi. sekarang bila ada anak..dengan anak sekali dia ajak main aci sembunyi! hihi....

Dalam 3 minggu jugak saya planning untuk wat surprise ni. Main point, saya nak candle light dinner dengan husband. Pengaruh Tv dengan Novel sangattt..nak bercandle light dinner bagai. Hahaha.....Dahtu,  Tak nak buat dalam rumah sebab dah bosan. Nak cari mood & suasana baru. Lepas tu nak spend masa berdua. Banyak kena pikir. Mana nak pergi, macam mana nak buat surprise tanpa kantoi? mana nak letak si kecil Fayyadh tu?

3 minggu sebelum kejadian, memang saya asyik survey je hotel @ restaurant yang provide candle light dinner. Lepas survey dan baca review dari segi kos, jarak dari rumah dengan environment, saya pilih Subak Restaurant. restaurant ni dekat sungai penchala. kenapa pilih subak? sebab environment dia! cantik!! Tak caya try tengok bawah ni..









Saya terpaksa tipu husband cakap suruh dia hantar saya gi training software malam tu. Baby tinggal dekat pengasuh dia sekejap. Ikutkan hati memang nak angkut bawak baby sekali. Tapi ada masa, perlu jugak masa berdua denggan husband. Nak dating bagai kan. Hihi..Mula2 memang banyak jugakla soal nya tapi sebab husband jenis percayakan saya, than saya tak bagitau dia dekat mana tempat tu just guna gps je, husband percaya aje...hihi.

So..memang menjadila surprise saya malam tu!!! Husband memang betul2 terkejut and the same time rasa happy dengan apa saya buat untuk dia. Hihi...

so...biar gambar je la yang bercerita..








Harga dia agak mahal tapi sesuai la dengan environment dan portion makanan dia. Rasa pun ok. Untuk setting table for canlde light dinner diorang caj 20 ringgit je. Yang lain boleh pilih dekat menu diorang nak makan apa. Hihi..Tapi yang penting suami happy dan sayapun happy! memang sesuai sangatla tempat ni kalau korang planning untuk candle light dinner. environment best. tenang. Romantik gitu...

maklumat lanjut tentang subak restaurant leh refer SINI