About Us

Tuesday, July 1, 2014

Review Berpantang Dengan set Tanamera

Dah 4 bulan bersalin. Tapi belum sempat buat review semua benda2 pasal bersalin hari tu. Harus gigih menulis. Untuk panduan sendiri dan mereka yang lain. Untuk Luaran saya guna loose item Tanamera Tak ambik full satu set. Pilih2 mana yang nak guna je. Saya beli:



1. Brown Soap
2. Herbal Bath
3. Virgin coconut oil
4. Massage oil

Ok..jom review satu persatu product yang saya dah guna.

1.Brown Soap

Suka sesangat dengan brown soap tanamera ni! bau herba dia besttt!!! Suka pakai waktu mandi dalam pantang. Rasa segar je. Lepas pantang pun saya guna lagi tau! Lepas tu sabun dia tahan lama sebab boleh potong kecik2. Pakai sabun ni dah pudar sikit strech mark dekat perut.  kesan2 hitam dekat badan masa preggy dulu pun dah hilang. Memang kena rajin guna untuk sental. Hihi...

2. Herbal Bath

Saya tak gunakan herbal bath ni masa 2 minggu pertama dalam pantang sebab balik kampung mak saya sediakan air rebusan daun2 herba yang fresh. So..herbal bath ni saya guna masa balik berpantang dekat kelantan. Memang best jugak guna sebab terasa sangat bau herba dia. saya rebus air dalam periuk than masukkan sachet herba mandian ni. Memang memudahkan. Rasa fresh je. Bau dia macam aromaterapi gitu..hihi. satu sachet boleh digunakan untuk 2 kali mandian.

3. Virgin Coconut oil

Memang paling suka Vco tanamera ni. Saya banyak guna masa time mengandung. Minggu ke-36 saya start minum Vco dan buat urutan perineum. Minum satu sudu pagi dan satu sudu malam. Bila dah nak masuk labour room saya minum banyak sikit. memang membantu proses kelahiran. Saya sakit 2 jam saja masa nak bersalin. Alhamdulillah...Allah permudahkan. Walaupun saya bersalin secara vacuum sebab masalah outlet kecik, tapi dapat jugak deliver secara normal. Setengah kes memang dah kena czer. Alhamdulillah....luka jahitan walaupun walaupun banyak saya tak rasa sakit sangat.  Masa doktor jahit pun saya tak sakit. Alhamdulillah...next pregnancy saya akan amalkan lagi Vco ni.

4. Massage oil

Minyak ni memang rasa berangin..berherba tapi tak terlalu panas. Ok untuk orang kulit sensitif macam saya Tak jadi merah2 sebab panas. saya letak dekat bahagian yang rasa lenguh dan sakit. Saya buat jugak sapu dekat dahi bila rasa pening sebab saya tak minat berpilis. So far memang ok. Hilang juga rasa pening2.

5 comments:

  1. bez kan tanamera.. aku suke sabun tu... mandian herba2 tu pon bez....

    ReplyDelete
  2. thank you Imah, saila memang dah list kan 3 items ni (massage oil tak tersenarai-akan dipertimbangkan jgk nie) nak dibeli weekend nie insyaallah..mcm review blogger lain, ramai yg cakap best..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak. ada promosi ramadhan kat blog sheila pasal set pantang Tanamera ni. hehee memang best vco tu. tapi sheila tak reti nak sapu kat bawah. just minum dan buat sapu kat perut je masa mengandung. hehehhee cepat review apa lagi...

    ReplyDelete
  4. jalan2 lama x jenguk sini. :)

    klu imah free, jemput join GA. :)
    http://sfaezah.blogspot.com/2014/07/giveaway-ole-ole-kota-singa.html

    ReplyDelete
  5. mungkin boleh guna untuk next pregnancy. opsss! :P

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!