About Us

Tuesday, July 22, 2014

Persiapan Raya Kami- Ala kadar saja


Dah nak dekat raya dah kita. kejapnya rasa berpuasa. Tahu2 dah nak sampai ke penghujung dah. Macam2 yang terjadi masa bulan mulia ni. Dugaan untuk kita. Kes MH17..peperangan dekat palestine. Sedih sangat rasa. Semoga mereka tabah tempuhi dugaan dan kitapun kuat nak hadapi cabaran masa depan.

In sha Allah..tahun ni tahun pertama beraya bertiga. Kalau tahun lepas first time beraya sebagai isteri..tahun ni tahun pertama beraya sebagai ibu. Tak sabar nak bawak fayyadh jumpa sedara mara kat kampung. Yeay! Fayyadh dah boleh collect duit raya dah. Hihi..

Tahun ni persiapan raya lebih tertumpu pada Fayyadh. Baju-baju dia untuk raya before puasa lagi kami dah siap shopping. Nampak tak betapa excited mama & abah Fayyadh nak beli baju raya dekat dia? Hihi...Baju baby mestilah kena lebih sikit. Sebab diorang cepat berpeluh, baju cepat kotor dengan air liur dan susu. Kena banyak menyalin. So..memang beli berhelai-helai baju raya dekat Fayyadh tapi idakla sampai membazir. Beli extra size sikit. Boleh pakai lama sikit. Baby kan cepat membesar. Baju jalan fayyadh pun sebenarnya tak banyak saya beli before ni. start bawak dia keluar rumah masa umur dia nak masuk 3 bulan. so masa tu baru nak cari baju jalan. so..baju raya Fayyadh nanti boleh buat baju jalan-jalan jugak. Baju melayu beli sepasang Yang lain baju casual je. senang..

Permata Hati Kesayangan Mama & abah


Persiapan saya dan suami? ala kadar. Baju melayu suami sepasang. Baju kurung saya sepasang ikut warna tema. Selalu beli baju ready made. Entah kenapa kali ni saya rasa baju ready made banyak yang dah mahal2. Padahal simple je tengok. Tapi sebab dah xde pilihan sangat dan susah nak jumpa warna yang sama dengan warna tema...beli jela. Rasa sejak jadi mak mak ni saya kurang cerewet tentang baju sendiri. Paling penting anak. suami pun. Baju rayapun beli masa minggu ke-2 berpuasa. Before ni sebelum puasa dah siap beli. saya ada satu lagi dress yang beli before puasa. Memang nak pakai untuk raya. Cukuplah tu je untuk raya. Yang lain..pakai aje mana baju yang ada.

Kuih raya..kerepek..kacang dengan sedikit hadiah nak bagi dekat family dekat kampung pun dah siap beli. Cukup untuk agihkan pada dua pihak. family dan family in law. Saya raya keutamaan mesti kerepek dan kacang. Biskut raya kurang sikit. Last week pergi pasar pagi dekat stadium tu borong kerepek dengan kacang. Angkut sekali budak kecik tu gi shopping. Mujur dia ok..hihi. Fayyadh suka aje kalau bawak berjalan. Mata seronok tengok sana sini.

Duit raya pun dah siap tukar untuk diagihkan pada budak-budak dan sedara masa raya nanti. Sabtu ni dah nak balik kampung. Tak sabar dah rasa nak jumpa family. Rindu nak buka puasa sama2. Rindu family sangat2!! Tahun ni beraya dekat kedah dulu. Lepas tu baru balik beraya dekat Kelantan.

Apapun, selamat hari raya. Maaf zahir batin. Yang balik ke kampung tu..hati2 di jalan raya ok!

Friday, July 18, 2014

Musibah MH17-Ada sesuatu Yang Allah nak tunjuk Pada Kita

Sedih..tergamam...tak terluah dek kata-kata bila dapat berita tentang pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia. Before ni kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH 370 yang masih lagi tidak diketahui apa yang terjadi. Kemudian insiden di Pulau Mabul, sabah. Kalau ditulis...dikarang memang dah banyak musibah yang terjadi dalam negara ni. Al fatihah untuk mangsa yang terlibat dan takziah untuk keluarga mangsa.

Termenung..terkedu. Kejadian yang tak diduga & dipinta. Berlaku bertimpa-timpa.Jom muhasabah diri masing-masing. Bukan sekadar menuding jari menyalahkan sesiapa atau menjadi wartawan dan saksi tak bertauliah. Dunia sudah akhir zaman. Masa kian suntuk..tapi bersediakah kita? (T_T)

Wednesday, July 9, 2014

Mesin jahit Beli Dekat Lazada



Sebenarnya dah lama ngidam nak beli mesin jahit sendiri. Tapi tertangguh-tangguh niat sebab takde masa nak menjahit. Nak ber beading pun dah malas sekarang. Tak menyempat. Busy woman katakan..Eh, superwoman kot. Hihihi…


Tapi sebab tengok dekat Lazada murah giler harga mesin jahit. Terus grab beli satu. Beli yang murah je sebab nak pakai tak lasak sangat. Bolehlah buat menjahit sikit2. Beli secara COD. Barang sampai baru bayar. Memang cepat delivery. 

Nila mesin jahit baru beli tu..





Harga masa beli minggu lepas RM 163. jenama global. Tengah cari masa nak menjahit. Angan-angan nak buat maxi skirt sendiri. Hihi...hope berjayala curi2 masa tu.

Korang kalau nak beli jugak mesin jahit boleh tengok dekat SINI

Tuesday, July 8, 2014

Perkembangan Fayyadh 4 Bulan


Alhamdulillah..last week ( 25 Jun 2014) Fayyadh dah genap 4 bulan.

Berat: 7.5 kg

Tinggi: 66 cm

Perkembangan Fayyadh bila dah masuk 4 bulan ni


Time genap 4 bulan masih belum boleh meniarap. Mama & abah menunggu. Tapi dia dah boleh mengiring & berpusing 360 darjah.  Skill terbaru yang dia tunjuk. Mengiring sambil pusing! Kadang letak dia elok je dekat tilam secara baring menegak. Nanti tengok dia dah berpusing kedudukan kemana dah. Hihi..( sekarang dia dah boleh meniarap!)

Obses sangat dengan jari dia! Memang hisap jari dia sungguh-sungguh. Kadang sambil kita menyusu sambil tu jugak dia nak masukkan jari dia dalam mulut. Bukan satu jari..kesemua jari nak masuk. Sabar jela….hihi. kadang tengok Nampak comel pula buat gaya macam tu!

Dah pandai nak bersembang dengan kita selain perkataan “hu..ha..”. Kadang dengar macam bahasa dah keluar time kita agah dia. Kemain lagi suka dia bercerita. Before ni asyik huu..haa..je skrg dah macam2 dah dibebelkan. Hikhik..

Suka tarik2 kain, tudung dengan baju kita nak masukkan dalm mulut. Huhu…kadang sambil kita dukung dia, sambil tu jugakla dia nak hisap baju kita dekat bahagian bahu. Memang kena cepat2 stopkan dia buat macam tu. Pantang jumpa kain semua nak masuk mulut! Dia punya soft toys pun sama. Kena ngap jugak! Hihi..

Dah pandai mintak perhatian. Kalau kita ralit tengok phone or Tv buat xlayan dekat dia memang merengekla kejanya. Kadang ditepuk-tepuknya badan kita ni mintak perhatian. Alolo….comel sangat buat macam tu.

Dah pandai jerit-jerit gelak mengekek dah.  Bagi attention bila kita ajar dia lagu tepuk amai2..hihih. Buat muka happy. Dulu satu lesung pipit dekat pipi kanan  yang menyerlah. Dekat nak masuk 4 bulan baru perasan lesung pipit pun ada dekat pipi kiri Cuma tak menyerlah sangat.

Dah start angkut bawak jalan duduk dalam carrier (ssc). Memang dia behave sangt duduk dalam tu. Suka..siap tido lagi. Senang mama & abah nak shopping bila anakanda behave sangat. Bab ssc nanti saya review.

Dah mula banyak nak main. Kurang hisap susu. Berat dia susut almost 300g dalam seminggu sebab kurang menyusu. Risau jugak time tu. Sekarang je nak menyusu macam dulu balik.

Suka tengok Tv sambil cakap sorang2. Hihi…paling suka tengok kalau ada bola dekat Tv. Ralit je dia tengok. Nak jadi pemain bola ya anak?










Tuesday, July 1, 2014

Review Berpantang Dengan set Tanamera

Dah 4 bulan bersalin. Tapi belum sempat buat review semua benda2 pasal bersalin hari tu. Harus gigih menulis. Untuk panduan sendiri dan mereka yang lain. Untuk Luaran saya guna loose item Tanamera Tak ambik full satu set. Pilih2 mana yang nak guna je. Saya beli:



1. Brown Soap
2. Herbal Bath
3. Virgin coconut oil
4. Massage oil

Ok..jom review satu persatu product yang saya dah guna.

1.Brown Soap

Suka sesangat dengan brown soap tanamera ni! bau herba dia besttt!!! Suka pakai waktu mandi dalam pantang. Rasa segar je. Lepas pantang pun saya guna lagi tau! Lepas tu sabun dia tahan lama sebab boleh potong kecik2. Pakai sabun ni dah pudar sikit strech mark dekat perut.  kesan2 hitam dekat badan masa preggy dulu pun dah hilang. Memang kena rajin guna untuk sental. Hihi...

2. Herbal Bath

Saya tak gunakan herbal bath ni masa 2 minggu pertama dalam pantang sebab balik kampung mak saya sediakan air rebusan daun2 herba yang fresh. So..herbal bath ni saya guna masa balik berpantang dekat kelantan. Memang best jugak guna sebab terasa sangat bau herba dia. saya rebus air dalam periuk than masukkan sachet herba mandian ni. Memang memudahkan. Rasa fresh je. Bau dia macam aromaterapi gitu..hihi. satu sachet boleh digunakan untuk 2 kali mandian.

3. Virgin Coconut oil

Memang paling suka Vco tanamera ni. Saya banyak guna masa time mengandung. Minggu ke-36 saya start minum Vco dan buat urutan perineum. Minum satu sudu pagi dan satu sudu malam. Bila dah nak masuk labour room saya minum banyak sikit. memang membantu proses kelahiran. Saya sakit 2 jam saja masa nak bersalin. Alhamdulillah...Allah permudahkan. Walaupun saya bersalin secara vacuum sebab masalah outlet kecik, tapi dapat jugak deliver secara normal. Setengah kes memang dah kena czer. Alhamdulillah....luka jahitan walaupun walaupun banyak saya tak rasa sakit sangat.  Masa doktor jahit pun saya tak sakit. Alhamdulillah...next pregnancy saya akan amalkan lagi Vco ni.

4. Massage oil

Minyak ni memang rasa berangin..berherba tapi tak terlalu panas. Ok untuk orang kulit sensitif macam saya Tak jadi merah2 sebab panas. saya letak dekat bahagian yang rasa lenguh dan sakit. Saya buat jugak sapu dekat dahi bila rasa pening sebab saya tak minat berpilis. So far memang ok. Hilang juga rasa pening2.