About Us

Wednesday, June 25, 2014

Dah nak Dekat Puasa.


Tak lama dah kan kita nak puasa. In sha Allah first ramadhan ahad ni. First time nak sambut puasa dengan baby kecik ni. Entah macam mana rasa. Hihi...Kalau tahun lepas bulan puasa tengah mabuk2 sebab time tu  baru tau tengah mengandungkan Fayyadh. Masakpun gitu2 je. Kadang masak..kadang beli. Tapi time berbuka banyak beli je dulu sebab tak lalu nak makan. Evening sickness pulak tu. Sampai nak gi pasar ramadhan pun tak boleh. Bau asap2 je balik rumah terus muntah. Terawih pun. Boleh pulak time tengah solat terawih boleh rasa loya dan nak muntah? huhu..Hope tahun ni semua ok dan sihat. Maybe tak dapat nak gi terawih dekat masjid sebab kena jaga Fayyadh tapi harap dapat buat sendiri dekat rumah.

Tahun ni harap dapat masak untuk berbuka dan sahur. Dah mula fikir2 nak masak apa. Amboi..kalau bab makan memang kemain laju lagi kan memikir! Nampak sangat mam fayyadh ni tak jemu-jemu nak ternak lemak. Hahaha...Rasa seronok nak sambut puasa dengan suami dan anak. Mesti kelam kabut sikit nak prepare untuk masak bila ada baby ni. Fayyadh pulak time ganti puasa hari tu kita bangun sahur dia pun nak join bangun sama. Huhu.....

Hope dapat lalui bulan puasa ni dengan jayanya. Tambah2 bila breastfeed ni risau jugak kalau susu merudum kan. Tapi hope tak la..still cukup untuk fayyadh. Hope dapat kumpul pahala banyak2 jugak. Amin...satu lagi hope dapat kurus dan slim melim! yang ni macam susah je. Hahaha...

Okla korang..selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak. semoga amalan kita makin bertambah..pahala berganda dan diterima Allah swt.

Tuesday, June 24, 2014

CPUV Nuffnang Tengah Menari ( silalah rajin update blog!)


Alhamdulillah...baru saja2 check akaun nuffnang. sekali tengok ada 4 cpuv tengah rancak menari dekat blog ni. Kena kumpul balik mood nak menulis ni. Ikutkan banyak sangat benda nak tulis dan cerita dekat sini cuma tak menyempat nak karang ayat je. Kena rajin update blog balik ! sayang sangat nak biar blog ni kosong tanpa cerita.


Wednesday, June 18, 2014

Perkembangan Fayyadh 3 Bulan


Before Fayyadh genap 4 bulan hujung bulan ni, memang kena update dulu perkembangan dia masa 3 bulan.

Berat: 6.7 kg ( just naik 700g je dari bulan lepas)

Panjang: 61 cm

-          Dah pandai senyum kemain lebar lagi. Selalu pagi2 bangun tengah bersiap nak pergi kerja time nila dia paling ceria sekali. Senyum je. Tak sabar nak tunggu dia gelak mengekek pulak. Seyes..tak sabar sangat! Hihi.

-          Dah pandai nak menyembang. Asyik hu…ha..hu..ha…kadang2 panjang pulak “huha” dia tu. Banyak benda nak bercerita dengan kita.hihi..

-          Suka sangat masukkan tangan dalam mulut. Paling suka hisap part belakang tangan dia. Hari tu time belek gambar 3d dia masa dalam perut baru perasan yang dia memang dari dalam perut suka hisap bahagian belakang tapak tangan dia. Habit dari dalam perut!

-          Suka tarik2 tudung dan baju kita dah. Kadang2 rambut pun kena Tarik jugak. Kuat pulak tu Tarik…sakit jugak ok. Hihi…Memang tangan dia dah explore dengan baik. Gud boy!

-          Masih belum boleh meniarap. Just pandai mengiring je. Tupun bila nak n****n.

-          Dah “sporting” sikit untuk bawak keluar jalan dekat luar. Tak menangis macam dulu2 dah..Cuma kuat lagi merengek. Tapi still “sporting” bagi mama..

-          Waktu tidur dah normal. Malam pukul 8 lebih dia dah zzzz….. . Bangunpun kejap2 je nak susu. Lepas tu sambung tidur. Siang kuat main. Xnak tidur sangat. Tapi Alhamdulillah malam dia tidur dengan nyenyak. Takdela bermata panda lagi mamanya ni.

-          Memang suka sangat dengan TV.

-          Still xsuka kita letak dia lama2 dekat bawah. Nak orang dukung. Huhu..

-          Dah cam muka mama dengan abah dia. Kalau orang ambik, kiteorang tak boleh tayang muka depan dia. Nanti memang dia menangis nak kita dukung.


Sejak 3 bulan jadi ibu ni memang banyak rutin dah berubah. Tapi enjoy sangat even penat macam manapun. Tengok muka anak memang boleh hilang semua penat dan rasa sakit. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan terindah ni. Semoga Fayyadh terus membesar dengan sihat, cerdik dan menjadi anak yang soleh. Mama & abah love you so much!

Nah..gambar2 Fayyadh masa 3 bulan.











Monday, June 2, 2014

Perkembangan Fayyadh 1& 2 bulan


Teringat nak tulis perkembangan Fayyadh setiap bulan dekat blog ni. Itupun lepas husband tanya xde tulis dekat blog ke. Senang nak ingat.

1 bulan

-          Tak suka di bedung. Kemain merah lagi muka marah bila kita bedung dia.

-          Tak suka main air lama-lama. Ikut mood dia. Ada masa tak nangis bila kena air. Ada masa menangis kemain  kuat lagi.

-          Cukup susah nak pakaikan baju dan pampers. Meraung-raung dia macam kena pukul. Memang bertabahlah  siapa yang nak pakaikan baju dekat dia.Hihi..

-          Suka menangis, menangis dan memangis tanpa tahu sebab musabab. Bermata pandalah mamanya masa ni.

-          Nak beriba. Tak nak kita letak dia dekat bawah. Memang nangis teruk kalau letak dekat bawah. Huhu..

-          Kadang-kadang nak kita dukung dia. Tapi kalau kita dukung dia sambil duduk dia tahu. Memang start lah  test vokal dia tu. Pitching pilih paling tinggi ok! Takde bagi intro2 dah terus "Huwaaa....."

-          Tidur kerap terkejut.

-          Tidur kejap2. Tak pernah nak betul2 lena..malam je yang ok sikit dia tidur

-          Kuat kentut. Haha…

-          Kaki tangan gerak kemain aktif lagi.

-          Kuat menyusu. Pantang lambat sikit bagi memang kuat dia menjerit. 

Genap Sebulan

Hai kawan2 mama! Macho tak cara saya  nangis? saje tau nak bagi mama panik sikit.



 2 Bulan

-          Still kuat menangis cuma dah kurang dari dalam pantang.

-          Dah pandai senyum.  Memang cair hati tengok anak senyum kemain lebar lagi

-          Cukup susah nak tidur siang. Malam je yang dia boleh tidur lama. Kalau kita jaga dia time siang memang tak  boleh buat kerja apa. Kita gerak jauh sikit je dari dia mulala erk..erk..huhu.

-          Dah pandai tertarik dengan TV. So..kena letak dia jarak jauh sikit dari Tv. Takut rosak mata

-          Suka masuk tangan dalam mulut. Masa pakai mittens memang basah mittens tu dgn air liur dia. Huhu..kalau  jari dia x hisap sungguh2. Just letak gitu je dekat mulut sambil hisap. Ambik rasa dulu kot? Hihi..

-          Tak suka duduk dalam car seat. Jenuh train dia duduk dalam tu. Siap beli soft toys untuk gantung  dekat car  seat nak bagi dia suka. Beberapa kali jugak tiap kali ambik dari pengasuh abah dia kena behentikan kereta  pujuk sebab kuat nangis. Hihi..

-          Dah pandai bagi reponse bila di agah. 
       
      Dah senang nak pakaikan baju dan pampers. tapi kena pandai tengok mood dia. Tak boleh lambat2..hihi


-          Dah boleh direct feeding walau macam manapun lapar. Before ni dia reject DF kalau lapar sgt. Nak botol.  Mentang2 la botol laju flow dia kan. Tak penyabar betul anakku ini. Huhu..

-          Dah boleh letak baring dekat bawah. Tapi tak boleh lama sangat nanti memang merengek-rengek la dia. Kejap-kejap je. Cepat jemu. Huhu..







Oh lupa..rambut Fayyadh ni kemain malu2 lagi nak tumbuh tau! hehe..

Ok..itu je kot setakat ni. Nanti nak update perkembangan dia masa 3 bulan.