About Us

Thursday, March 27, 2014

Pengalaman bersalin part 2

Sambungan dari Part 1


After husband settlekan urusan untuk GL dan daftar masuk hospital, saya terus di bawa ke labour room. Gila rasa seram sejuk tengok LR ok! Time ni husband x boleh masuk lagi sebab diorang nak prepare dulu. Bila dah settle semua baru husband boleh masuk. Saya diminta tukar pakaian. Kena pakai baju dan kain yg hospital kasi. Masa ni masuk seorang midwive dan nurse. Diorang pasangkan alat ctg dekt perut saya. Alhamdulillah..degup jantung baby normal. Saya minta nak solat asar dulu. Before tu midwives tu check bukaan servik sekali lagi. Dah buka 4 ke 5 cm. Dia cakap in sha allah cepat saya bersalin sebab dah buka banyak. Tapi saya cakap kenapa saya tak rasa sakit? Memang pelik sangat kenapa tak sakit lansung? Contraction pun saya tak rasa. midwives tu cakap bagusla tak sakit. Tapi bagi saya lagi bagus rasa jugak sakit sebab kita tahu kita dah dekat nak bersalin. Buatnya saya tak datang check up hari ni mau boleh bersalin dekat rumah. Sebab tanda bersalin satu apa pun tak rasa. Huhu...

Bila dah dibenarkan keluar kejap dari labour room terus masuk ke bilik untuk solat asar &solat hajat. Rasa nervous jgk time ni. Saya xmakan apapun. Just makan kurma, minum air zam-zam dan telan minyak kelapa dara banyak sikit sebab nak bagi laluan cepat buka. Lepas tu terus salam & peluk husband. mintak ampun dengan dia kalau saya ada buat salah. Mintak halalkan semuanya dan doakan keselamatan saya dan baby.

Dalam pukul 6.45ptg, midwife datang pasang ctg dan nak pecahkan air ketuban lepas . Tapi yang x best banyak kali kena seluk sebab dia cakap laluan sempit. Dia susah nak pecahkan. Satu lagi takut cederakan kepala baby. Dalam 3 kali kena seluk dan dia puas hati yang air ketuban dah pecah, baru dia stop.tupun banyak kali asyik mintak maaf dekat saya kalau2 saya sakit. midwives ni baik sangat. Sambil dia buat keja ada jugak sembang2 dengan dia hal orang bersalin ni. Kira xdela saya fokus sangat pasal rasa takut atau sakit nak bersalin.

Dalam pukul 7 barula hubby boleh masuk. Lega rasa sebab nak sangat hubby jadi peneman di sisi. Time ni masih belum rasa sakit. Tengok graf contraction pun tak cantik. Selang masa tak tetap. Tapi jantung baby ok. midwives cakap dia tunggu lagi sejam dua macam mana. Eloknya interval time contraction tu tetap. Dalm 2 minit sekali ok la. tapi saya ni 8 minit sekali, 12 minit sekali. Memang tak tetap sebabtula tak sakit kot.

Dalam pukul 8 malam midwife datang check sekali lagi. Bukaan still jugak 4 ke 5 cm. Tak berganjak. So, midwives cakap nak masukkan ubat sikit untuk cepatkan bukaan. Kena drip. Tapi dos dia sikit sebab saya dah buka almost 5 cm kan. Lagi satu nak bagi interval time contraction saya regular. Pasrah...

Disebabkan dekat labour room ada tv. So melayan jela tengok tv time ni. Masa ni tak rasa sakit lagi tapi dapat rasa perut mengeras lebih kerap. Lepas habis berita dekat tv pukul 9 malam barula dapat rasa contraction.

Time ni midwives ada cakap nak bagi ubat tahan sakit tapi saya cakap xnak. Sebab sakit sikit2, still ok. Then, masuk pulak midwives lain sebab midwives yang tadi dah habis shift. Diorang nak check lagi air ketuban saya. Nak make sure yang dah habis pecahkan. Dalam hati dah rasa xsedap, nape susah sangat nak pecahkan air ketuban? Selalu baca dalam internet sekali je nurse pecahkan. Saya ni entah berapa kali dah kena seluk. Huhu...

Dalam pukul 9 lebih dah mula rasa sakit yang kuat. Memang xputus2 berzikir time ni. Bila nurse tanya pasal nak pain killer tak? Terus setuju. Tadi kemain lagi xnak kan, sekarang ni memang sakit sangat2. Dah tak tau berapa kali cakap dekat husband sakit. Nurse datang suntik pain killer dekat pungung. Masa ni terus kurang rasa sakit. Rasa mengantuk sangat2. Saya berbaring mengiring ke kiri sebab kalau baring terlentang rasa sakit sangat. Saya rasa mengantuk sangat2...terus terlelap.

Dalam mamai- mamai mengantuk tu saya tersedar bila midwives dan nurse datang nak check bukaan lagi.masa ni pukul 10 lebih.  Time ni saya rasa sakit sangat2. Tak tau nak describe macam mana. Memang sakit. Bila check dah buka 7cm. Saya rasa dahaga. Nurse datang bawa air suam dekat saya. Lepas minum, husband bagi saya minum air zam-zam pula. Time ni saya rasa mengantuk tapi sakit sangat. Pingang dengan bahagian belakang rasa sakit ya amat . Dalam mamai tu saya terlelap jugak.

Saya tersedar bila rasa sakit tu dah jadi kuat sangat. Sampai rasa mengigil badan tahan rasa sakit. Tangan husband tak lepas dari genggam tangan saya. Sesekali dia usap kepala saya. Saya nampak husband baca yassin. Saya cakap saya sakit sangat. Tak tahan..nurse tenangkan saya. Cakap " sabar puan..memang macam ni rasa sakit nak bersalin. Sabar ya puan..".nurse suruh saya sedut gas bila rasa sakit tu datang. Saya try buat tapi rasa lali sangat. Buat saya jadi makin mengantuk dan lali.  Saya terus tolak untuk sedut gas. Mengigil badan tahan sakit. Tangan hubby pulak jadi sasaran. Husband tak henti2 bagi semangat dan tenangkan saya. Saya tengok jam dah pukul 11 lebih. midwives dan nurse datang check lagi bukaan. Dah buka 10 cm! Saya masih rasa mamai2. Saya dengar salah sorang nurse call doktor.

Time ni saya nampak diorang pasang pemegang dekat kiri dan kanan katil. Kaki saya di angkat letak dekat pemegang tu. Saya rasa macam nak teran sangat2. Lepastu pinggang macam dah tercabut. Sakit sangat. allah je tahu. Lepastu saya nampak doktor siti datang. Nurse dah beberapa orang keliling katil saya. Husband duduk dekat dengan saya. Nurse bagi arahan untuk ambik nafas dan push.

Bila doktor suruh push, saya try push tapi x berjaya. Husband pangku kepala saya dan tolak ke atas tiap kali kena push. Saya rasa sedar dan tidak. Lagi satu rasa letih sangat. Setelah 3 kali usaha untuk  push dan tak berjaya, saya berhenti.letih. Tak tahu apa doktor buat time ni lepas tu saya dengar dia cakap nak vacuum.

Alhamdulillah lepas sekali teran dengan bantuan vacum maka terdengarlah tangisan si kecil. Semangat dari nurse2 jugak banyak membantu.Masa ni husband usap kepala saya sambil cakap "alhamdulillah...semuanya dah selamat sayang. Baby dah keluar". Saya terus rasa lega yang amat sangat. Rasa syahdu sangat bila dengar tangisan anak kami. Bila nurse letakkan fayyadh atas dada saya, terus saya rasa sebak. Mata saya dan fayyadh bertentang. Mata dia bulat je pandang saya. Saya terus cakap.." Ya Allah..anak mama..". Saya sempat cium fayyadh before nurse bawa dia keluar untuk diazankan dan dibersihkan. Husband ikut keluar sekali.

Tiba proses untuk menjahit. Time ni saya memang tak rasa apa-apa dah. Rasa sakit yang saya tanggung tadi terus hilang bila fayyadh selamat dilahirkan. Saya rasa penat dan mengantuk. Tapi nak jugak tanya doktor banyak tak koyak? Doktor cakap banyak. Sepanjang laluan dia kena jahit. Saya dengarpun rasa ngeri tapi sungguh time ni saya tak rasa apa dah. Bila doktor masukkan alat untuk keluarkan uri dan saki baki darah beku saya tak rasa sakit lansung. Maybe sakit nak bersalin tu lagi sakit dari ni. Doktorpun pelik bila saya diam je sebab dia kata selalunya orang lain dia dah bagi pengsan dah sebab menjerit jerit sakit. Dahla koyak banyakkan...Tapi, saya bersyukur sangat2 sebab doa saya untuk rasa sakit yang sekejap termakbul. Contraction yang buat saya sakit dalam 2 jam lebih sebelum Fayyadh lahir. Memang sakit tapi sakit yang berbaloi-baloi. Alhamdulillah....

Saya lahirkan fayyadh dengan berat 3.5kg. Saya ingat sebab dia besar sebab tu saya kena vacuum. Rupa rupanya sebab laluan sempit. Diorang dah dapat detect time check bukaan servik dan pecahkan air ketuban sebab susah sangat. Apapun, alhamdulillah termakbul doa nak bersalin normal dan semuanya selamat dan sihat.


P/s: Boleh juga baca pengalaman bersalin anak kedua saya di sini


Posted via Blogaway

Wednesday, March 5, 2014

Pengalaman bersalin part 1

Baru sempat nak tulis pengalaman melahirkan Nik Aqil Fayyadh. Selalu baca experience orang lain, sekarang bila dah lalui sendiri bolehla nak karang cerita panjang2 untuk share dengan orang lain exspecially mom to be.

Ikutkan due date yang diberi klinik kesihatan & hospital 28hb february 2014. Tapi bila masuk 38 minggu je saya dah mula nervous fikir bila baby nak keluar. Hehe..masa tu memang harap sangat baby akan keluar masa minggu 38 @ 39. Takut betul kalau overdue. Selalu pujuk baby suruh keluar time ni. Tapi bila baca experience orang lain takleh nak agak bila baby nak keluar. Yela..baby xde bagi hint lansung dekat mommy dia bila nak keluar. Rasanya dah kerap google tanda2 nak bersalin, tapi tanda yang besar2 macam bloody show, pecah air ketuban dengan regular contraction memang takde pun hinggap. So fikir maybe lambat lagi baby nak keluar....lagipun perut saya still tinggi lagi. Memang sampai hari nak bersalinpun tinggi lagi. Ok..sebelum lupa baik imbas balik peristiwa before fayyadh selamat dilahirkan di dunia

22 february 2014 (Sabtu)

Check up 39 minggu dengan klinik ajwa. Time ni doktor buat last scan untuk check berat baby dan air ketuban. Air ketuban cukup. Kepala baby pun dah engage walaupun perut tak turun. Doktor cakap maybe badan baby panjang sebab tu perut tak jatuhpun. Estimate berat baby time ni 3.33kg. Urine dengan tekanan darah semua ok. Ada bagitau doktor pasal perut kerap mengeras tapi tak sakit. Doktor suruh check selang masa. If 10 atau 15 minit sekali bolehla gi hospital walaupun tak sakit sebab perut mengeraspun dikira contraction. Doktor pesan if was2 nak gi hospital bila time ada contraction tu boleh datang klinik. Dia boleh check dulu bukaan.

23 february 2014 (Ahad)

Perut kerap sangat mengeras. Tapi still xtetap selang masa. Kadang2 setengah jam, lepas tu 15 minit sekali, lepas tu sejam..so memang fikir braxton hicks lagi la. Selalu ahad memang hari cuci rumah. So memang cuci rumah dengan penuh semangat hari ni. Nak aktifkan diri sebab nak bagi mudah bersalin. Petang tu rasa macam kerap jugak baby mengeras sampai naik semput rasa tapi gerakan baby aktif. Selang masa pun tak tetap. Petang tu jalan2 dengan husband keliling taman perumahan dengan teman dia exercise dekat taman dekat dengan rumah. Memang usaha banyak berjalan nak bagi mudah bersalin.

24 february 2014 ( isnin)

Dah start cuti rehat hari ni tapi dapat mc so cancel cuti rehat tu. Keluar jugak drive sorang diri gi giant nak beli stock buah dan barang nak masak. Even dah sarat sangat tapi alhamdulillah still rasa kuat lagi nak masak dan berjalan ke mana-mana. Husband tak bagi keluar jauh2 so saya gi yang dekat2 dengan rumah je. Malam tu memang perut mengeras lagi. Sebab dah pening sangat nak kira selang masa, sayapun install contraction timer dekat phone. Tapi memang tak regularpun interval time. Frust sebab fikir lambat lagila nak bersalin. Huhu....

25 February 2014 ( Selasa)

Ikutkan due date yang klinik ajwa bagi memang hari ni. Tapi dekat hospital tempat nak bersalin due date sama dengan yang klinik kesihatan bagi 28hb. Hari ni pergi lagi klinik ajwa. Nak buat last check up untuk 40 minggu. Time ni bagitau doktor perut mengeras tapi tak sakit, takde turun tanda dengan selang masa tak tetap. Tapi dalam sejam banyak kali mengeras. Doktor decide nak check bukaan serviks kot2 dah ada bukaan. Mujur time kena seluk ni tak rasa sakit lansung. Doktor check dah buka 1.5cm. Tapi doktor cakap kalau 1.5 cm atau 2cm tak lama lagi nak bersalin. Tapi ada setengah orang dah buka 2 cm pun lambat jugak bersalin sampai berhari-hari apatah lagi saya yang 1.5cm ni kan? So doktor suruh gi hospital untuk buat ctg check jantung baby. Sebab dah dekat edd kan. Nak make sure yang jantung baby ok. Doktor bagi mc 2 hari suruh rehat dekat rumah. Sebelum tu lupa nak bagitau, saya booking untuk bersalin dekat salam specialist hospital seksyen 19 shah alam. Ikutkan next check up dengan doktor siti mariam dekat salam 28hb feb time  edd saya. Tupun kalau saya still x bersalin lagi la kan. Lepas keluar dari klinik ajwa terus call husband cakap nak kena gi hospital check ctg. Tapi dia suruh balik rumah dulu sebab dia nak ikut gi sekali.husband ambik emergency leave half day hari tu.

Balik rumah saya rasa lega sikit sebab doktor cakap dah buka 1.5cm. So ada peluang untuk bersalin before due date. Lepas makan, mandi dan solat saya tunggu hubby balik. Saya sempat buat solat taubat dan solat hajat sekali. Minta pada Allah untuk mudahkan saya bersalin hari ni atau esok dan ampunkan dosa2 saya. Lepas hubby balik dan bersiap kami terus gerak ke hospital. Time ni kami pergi bahagian check up ibu mengandung. Kena menunggu turn macam biasa. Time ni saya sempat baca surah mariam masa tunggu turn nak jumpa doktor.

Time jumpa dr siti saya bagi dekat dia surat refer dari klinik ajwa. Dr siti tanya ada turun apa2 tanda tak atau rasa contraction? Saya cakap tak cuma perut kerap mengeras tapi masa tak tetap. Dr siti check perut saya. Dia kata baby saya macam besar dan panjang sebab perut still tinggi lagi. Dia check jumlah air ketuban. Dah kurang banyak! Terkejut saya bila dr cakap dah kurang sebab saya takde leaking apa pun. Bila dr siti check bukaan, lagi saya terkejut bila dia bagitau dah buka 4cm! Terus dia suruh saya masuk wad. Time ni barang2 saya dan baby memang dah siap standby dalam kereta. Senang bila emergency macam ni barang semua dah ada.

Saya still tak rasa sakit or rasa apa2 contraction even doktor cakap dah buka 4cm. Betul ke saya dah nak bersalin ni? Siap tanya dekat husband betul ke sayang dah nak bersalin ni? Macam tak percaya je sebab tak rasa sakit atau turun tanda lansung tapi dah buka 4 cm. Husband uruskan dokumen dan GL untuk masuk hospital. Time menunggu ni saya zikir dan doa mintak Allah permudahkan saya bersalin nanti. Time ni saya call mak saya memang rasa sebak sangat. Saya mintak ampun dan maaf dekat mak if saya ada buat apa2 salah dan mintak mak doakan saya mudah bersalin. Husband pulak contact mertua dekat kampung bagitau saya dah masuk wad. Masa ni macam2 rasa ada. Berdebar, takut, sebak, tak sabar....susah nak describe macam mana perasaan tu.
Bersambung......


Pengalaman Bersalin Part 2

P/s : Boleh juga baca pengalaman bersalin anak kedua saya di sini

Posted via Blogaway

Tuesday, March 4, 2014

Nik Aqil Fayyadh...

Tak sempat nak update dekat sini pasal cerita2 bersalin saya. Banyak benda nak story tapi sebab busy dengan new life, line phone dengan internet xde, so memang xleh nak online.

Just nak introduce dekat korang buah hati pengarang jantung, harta dunia akhirat kami berdua..Nik Aqil Fayyadh bin Nik Muhd Azri.. Ni gmbr dia msa first day bersalin.

Semoga fayyadh sentiasa dalam lindungan Allah, membesar dengan sihat dan jadi umat yang soleh

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway