About Us

Wednesday, January 29, 2014

Tak sabar nak peluk baby Bila dengar lagu ni..


Korang dah dengar ke lagu baru Fynn Jamal?

Lagu ni khas untuk anak dia yang cute sesangat tu, Arjuna. First time dengar seyes..suka sangat lagu ni. Terus usap2 perut. Naluri ibu tu kuat. tak sabar nak peluk cium anak sendiri. Rasa sebak dengar lagu ni..



Semoga dipermudahkan dan semuanya selamat & sihat. Minggu ni dah masuk 36 minggu. Nervous, risau..takut semua ada..tapi tak sabar nak jumpa baby.

Tuesday, January 28, 2014

Alkisahnya Pakej home internet

Before ni dkt rumah pkai Streamyx. Tapi bila pndh umh sewa baru ni coverage utk Streamyx xde. Skrg ni mana kawasan perumahan baru bnyk yg built in sekali dengan unifi. Mula2 memang rasa taknak pakaipun internet dekat rumah. Saya fikir bila ada baby nanti xsempat nak berinternet sangat. Hehe... Tapi sebab husband jenis banyak keja office or dekat site yang selalu sangat terpaksa settle kan dekat rumah, kena jugakla pasang. Bila masuk keja skop baru ni memang lain dari dulu. Tambah bila keja dekat site memang bertimbunla kejanya.memang angkut bawak balik rumah. Xpela...asalkan dapat balik rumah habis time keja okla dari terperap dekat office brjam-jam. 
Mula2 kiteorang taknak ambik unifi sebab rasa lama sangat contract sampai 2 tahun. Lepas tu kena tambah pulak lagi 39 rngt dr bil Streamyx yang kiteorang byar before ni. Sebolehnya xnak tambah perbelanjaan rumah. Try cari pakej lain. Mula2 tnya dkt YES. Harga ok cuma contract 2 tahun xde trial.takut gak kang balik pasang dekat rumah internet slow...dh kna byar penalty kalau nak terminate.
Lepas tu gi tengok booth P1 wimax pulak. Harga ok..then Ada trial 7 hari. If tak ok, boleh pulangkan balik dan duit pendaftaran 100rngt akan dipulangkan. So, kamipun ambik la. Nak ambik broadband memang xla..pengalaman b4 ni time jadi student & bujang dulu pkai broadband xstabil, speed sangat slow. Kuata cepat je habis Walau xde pn download or upload sangat.
Tapi, bila balik try dekat rumah memang mengecewakan. Awal2 pagi atau tengah malam je ok. Waktu lain memang slow sangat padahal speeds dia 2mbps. Streamyx kiteorang dlupun 1mbps je tapi laju....stabil. So..kiteorang returned balik dekat HQ dia. Duit 100 rngt tu katanya 45 hari bekerja baru dapat..kalau kira2 lagi 3 bulan jugakla..hmm..xpela janji dapat balik. Kiteorang takut jugak ni sebab baru tau ramai jugak yang teraniaya dengan P1 Wimax ni. Smpai kena ctos. Bil jadi beribu-ribu.. Fuhh..ngeri bila baca cerita diorang. Mintak2 time kiteorang ni Okla..lepas ni kena follow up lagi.
Last choice memang register jugakla dengan unifi. Sebab kiteorang dah ada pengalaman dengan Streamyx semua ok..rasanya unifi pn In sha Allah ok. Tanya officemate yang register unifi diaorang xde lagi problem. Lagipun ayah husband keja dengan TM. Apa2 nanti leh mintk tolong dia jugak if ada pape masalah. Kena tmbh ckit la 39rngt utk unifi tapi speed dah upgrade Ke 5mbps. Okla..ahad ni baru contractor TM nak datang  pasang. Hopefully semua Okla...

Wednesday, January 22, 2014

Baru nak merasa apa itu “Braxton Hicks” @ “False Contraction”



Dalam 2 hari lepas, asyik rasa xselesa bahagian bawah perut. Dekat bahagian kanan perut pun sama. Rasa macam sakit sengugut pun ada. Rasa macam gastrik pun ya. Pedih..sampai nak jalan pun rasa sakit. Tapi xkerap atau berpanjangan. Just certain masa je. Tupun sehari dalam 2 kali je. Timing tak consistent . Tanda nak bersalin xde pulak. Lagipun baru 35 minggu, kalau boleh xnak lagi bersalin time ni. Baby belum cukup bulan. Kalau dah 36 minggu ke atas tu okla kalau dia nak keluar pun. Tapi kalau tetiba dia nak keluar jugak, mana leh tahan2 kan? Gulrlp! Seyes rasa nervous bila pikir bab nak bersalin..ada rasa takut dan risau jugak. First time kan..


Tapi symptom yang saya alami tu Braxton hicks atau false contraction je. Ada dengar pasal ni dulu Cuma xpernah lagi jadi. Dah 35 minggu ni baru start jadi. Tapi tanda2 tu bukanla petanda yang baby nak keluar dah. Cuma salah satu tanda persediaan rahim untuk deliver baby nanti. Ikut pengalaman kakak & mak saya diorang time bersalin anak sulung masing2 lambat seminggu dari edd. Sampai kena induce. Huhu..mintak2 saya takla. Mintak2 baby keluar awal dari edd xpun on time la. Tapi kita ni hanya mampu berdoa & berharap kan, selebihnya tawakal pada Allah. Mintak2 semuanya dipermudahkan. Ada lagi 5 minggu je.. Rasanya rasa xselesa dekat perut dan belakang badan maybe sebab saya pun banyak gerak & jalan. Yela..sibuk pindah rumah. Lepas tu jalan jauh balik kampung dekat kedah. Maybe badan pun letih. Tapi setakat ni baby gerak ok je lagi. Sabtu ni baru nak g check up lagi dgn hospital tmpt booking untuk bersalin.

Apa beza braxton hicks dengan true labor?


Hasil mengoogle pasal braxton hicks saya jumpa maklumat ni..



Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu. 

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872. 

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin. 

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini. 

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri. 

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku." 

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar. 

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan. 

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan. 

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks. 

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda. 

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu. 

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang. 

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan. 

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia. 

sumber Babycenter


Ok..cuma braxton hicks. Harap tak confuse la lagi nanti antara contraction betul & palsu. hehe..


Tuesday, January 21, 2014

Scan 3d/4d di Shah Alam- Hospital Umra


Macam mom to be yang lain, sayapun excited jugak nak buat scan 3d/4d. Excited nak tengok muka baby & aksi2 dia dalam perut. Saja nak simpan kenangan time dia dalam perut mama dia ni. Hehe..

Saya takde survey sangat nak wat scan 3d/4d ni dekat banyak2 klinik. Mula2 fikir nak wat dekat Klinik ajwa, tapi disebabkan dekat situ dia buat pakej 3d/4d sekali dengan detail scan. Kalau nak wat 3d/4d saja xboleh. Harga pulak RM 160. Tak jadila nak buat dekat situ sebab detail scan kan saya dah buat masa 22 minggu dulu. Pasal detail scan boleh refer SINI.

Scan 3d/4d ni boleh buat dari 21 minggu-32 minggu. Tapi ada certain klinik dia kasi sampai 30 minggu je sebab takut xnampak muka baby sebab kepala baby dah dekat bawah kan. Saya memang nak buat masa 30 minggu sebab  time tu baby  dah ada ‘lemak” dan nampak chubby sikit compare kalau buat time bawah 28 minggu. So, terus buat booking dengan scan 3d/4d Malaysia. Boleh refer website diorang dekat SINI dan FB diaorang di SINI.


Saya booking dekat shah alam. Kalau dekat shah alam, time weekend yang ada dekat Hospital Umra. Mula2 ingat nak wat booking sebelah petang sebab baby saya kalau pagi2 kurang aktif. Banyak tido. Hehe..petang ke malam barula terlebih aktif. Tapi sebab hari tu nak kena gi kenduri kawen kawan dekat Jengka, kenala buat jugak waktu pagi. Memang harap sangatla baby tak tido time ni. Pukul 9 pagi memanglah  time dia tido. Dah boleh hafal dah time dia berjaga & tido. 

so, appoiment saya dengan Miss jezzlyn. kalau baca review banyak yang cakap miss jezzlyn ni best. So, pagi tu dapatlah jumpa Miss Jezz ni. memang comel kecik je orangnya. Mula2 dia wat scan 2d biasa dulu. check ukuran baby semua. Then, baru buat 3d dan 4d scan. Masa ni seperti yang dijangka, baby memang tengah tido. Siap menguap kemain lagi bila Miss Jezz kejutkan dia bangun. Bangun kejap lepas tu dia tido balik. Menguap kemain luas lagi. memang ni perangai ikut bapaknya. Tak suka orang kacau time tido. haha..

Then, Miss jezz pujuk2 lagi dia bangun. Last sekali bangun la jugak walaupun macam malas ya amat. haha..Lepas tu miss jezz mintak saya pulak pujuk sebab kot2 kalau dengar suara mama dia baby akan bangun. Alhamdulillah..lepas tu memang dia bangun. siap tenyeh2 mata dia lagi. Yang seronoknya, boleh tengok baby buka mata masa ni. Bukan sekali tau banyak kali! miss jezz cakap baby ni suka berenang ni... Kalau baby lain xnak buka mata sebab takut pedih. Tapi baby memang pemalu, malu sangat nak tunjuk muka dia. Penat pujuk, tunjuk sikit lepas tu letak balik tangan dekat muka. Tapi dapatla tengok muka dia. Tupun jenuh pujuk.Dia pulak jenis suka menghimpit ke kanan perut.

Muka macam siapa?

Yang ni tak pasti. Tapi doktor & Miss jezz cakap macam muka saya. Hehe..Yang tak menahan dekat hidung tu. Nak jugak copy paste hidung jambu air mak dia ni. Tak ikut hidung mancung bapaknya. Takpe baby, puas sikit bernafas ye tak? hidung besar..hehe..takpela..yang tu Ciptaan Allah. Tak perlu dipertikai. Yang penting baby sihat, sempurna sifat & selamat lahir mama & abah dah bersyukur sangat2. 

Memang banyak aksi dia dekat dalam perut. Aksi dia tenyeh2 mata, menguap, senyum & hisap jari semua ada. memang sweet moment sungguh..ada jugak aksi dia senyum sambil letak tangan bawah dagu. Macam posing depan kamera pun ada. Subhanallah..takjub sangat dengan kekuasaan Allah. Macam tak percaya boleh tengok ada janin yang bernyawa dalam perut ni. Subhannallah..

Masa scan hari tu memang puas hati sangat. Dapat gambar dan video dalam Cd. Miss jezz memang pandai pujuk baby. Time ni ada jugak buat urine test dan ambik ukuran berat. lepas scan dengan Miss Jezz ada jumpa doktor jugak. Kira okla service dia.

Harga untuk pakej ni RM 120. Dapat video & gambar dalam cd & sekeping gambar berwarna. untuk service, memang puas hati sangat. 


Monday, January 20, 2014

Baju Lama aka Baju Yang Dah Tak muat.



Lama tak menulis di sini. Penat..baru lepas pindah rumah. Lepas tu jumaat sampai ahad balik kampung dekat kedah. Pagi ni masuk kerja rasa lemau je badan.  Busy je sekarang ni. Memang tak sempat nak menjenguk blog sendiri & blog2 kawan2. Hari ni genap seminggu duduk rumah sewa baru. Pasal rumah sewa baru tu entri lain saya cerita. Now, nak cerita pasal hasil longgokan baju2 lama saya.

Banyak kan?

Ni masa bawak balik kampung hari tu. sibuk asingkan nak bagi dekat kakak & adik

Tak tau nak panggil apa. Baju lama? Baju yang saya taknak pakai? Baju yang dah old fashion? Tapi rasanya ayat paling tepat “baju yang dah tak muat & tak sesuai dah untuk dipakai”. Hehe..

Ni baju2 yang saya dah pakai sejak 9 tahun yang lepas! Fuh..lama jugak kan. baju sejak umur saya 18 tahun lagi. Ada baju kurung masa umur 18 tahun yang bila dah masuk kerja pun saya still pakai lagi. Kira baju2 dalam ni selagi boleh pakai memang saya pakai.  So, xleh la kata tak nak pakai baju ni sebab dah old fashion kan. Saya bukan jenis yang rajin sangat nak shopping baju tambah2 baju kurung. Kalau raya baru nak beli baju kurung. Tupun setahun sekali.

Masa pindah rumah hari tu memang sambil packing barang, asingkan jugakla mana2 baju yang memang takleh pakai dah. Masuk dalam kotak. Dulu masa dekat kulim dah asingkan jugak. Siap buat labelling lagi dekat kotak baju2 lama saya. Masa tu azam nak kuruskan badan dengan harapan leh pakai balik baju2 lama ni. Tapi apekan daya, makin nak kurus, makin “mendebab” pulak jadinya.hehe… Dari azam xnak beli baju baru kena jugak beli sebab bila dah preggy jangan harapla baju2 lama leh pakai lagi. Sekarang, saya hanya simpan baju2 yang saya leh pakai lagi beberapa bulan before preggy je. Mana yang dah bertahun usia tu, yang memang lepas kawen terus xleh pakai tu memang dekat dalam kotak ni la tempat nak sumbatnya. Sama jugak dengan baju yang saya rasa dah tak sesuai untuk saya pakai atas factor aurat, usia & perubahan yang dibuat. Sebab tu la puncanya sampai 2 kotak & 1 beg baju2 lama berjaya saya kumpul.

Kadang2 fikir macam banyaknya pembaziran yang saya dah buat. Tapi bila fikir balik, saya dah pakai baju2 ni dah sampai naik lunyai pun. Ada yang sampai dah terkoyak pun =P. hehe.. Bertahun pakai..bukan beli tapi tak pakai kan. Cuma dah tak muat & tak sesuai lagi utk saya. Banyak tu..sebab dah bertahun simpan. Since naik berat badan masa habis belajar ada beli baju sebab yang lama dah tak muat. Lepas tu lepas kawen, baju yg time before kawen tu pulak xmuat. Kena beli lagi..mana tak jadi banyak. Moral of the story..sila maintain berat badan supaya tak perlu bazir duit nak kena beli baju lain sebab baju lama xmuat. Memang tak berbaloi bagi saya! Bayangkan, lepas kawen sampai dah preggy ni berat saya dah bertambah 20kg+…lepas kawen naik 10 kg. Masa pregnant sampai dah nak masuk 35 minggu ni naik 12kg.  Mana baju lama xleh pakai lagi. Berkilo2 tuan dia naikkan badan sampai tak ingat dunia! Tapi kalau dikira kenaikan berat badan sejak habis belajar lagi sadis nak cerita. Huhu..insaf!

Mujurlah saya bukan hantu fesyen..yg jenis ikut trend semasa. Pakai kejap lepas tu tak pakai dah. Ikut trend lain pulak.Nasib bukan macam tu! Mintak dijauhkan sangat sikap macam tu. Baju yang banyak xleh pakai nipun dah buat saya rasa insaf sangat2. Memang taknak dah buat pembaziran dalam bab baju2 ni. Kena usaha maintain berat badan even dah beranak pinak pun.

Apa yang saya buat dengan baju2 ni?

Bawak balik kampung bagi dekat kakak, adik  & sedara saya. Sebab ada baju yang elok2 lagi. Tambah2 yang beli masa baru2 kawen. Yang lain tu banyak yang tak ok jugak mcm kain baju kurung. Ada yang dah koyak. Seluar jeans pun dah lama saya tak pakai. Memang tak muat pun. Last beli seluar jeans rasanya 4-5 tahun yang lepas. Sejak kawen ni saya lebih selesa pakai kain atau skirt labuh je. Mak cakap jugak kenapa tak derma je baju2 ni? Sebenarnya saya tak tahu dekat mana tempat nak letak/ derma baju2 ni.  Lagipun ada ke yang nak pakai lagi baju2 yang old fashion ni? Yang baru sikit je. Yang lama tu yang banyak..tambah2 baju kurung. Tupun ada condition yang tak ok dah. Lagi satu mana baju yang agak fit dan tak sesuai pakai dekat luar, saya buat pakai dekat rumah je. Takpe..bercantik dekat rumah untuk husband. Lagi afdal. Ye tak? Hehe.. Memang patut pakai lawa2 pun dekat rumah kan? Namanya berhias untuk suami. Dapat pahala lebih.


Saya tak berani nak buang baju sebarangan dekat sini. Better bawak balik kampung. Lepas dah asingkan mana2 yang diorang leh pakai, yang mana memang takleh pakai lansung sebab condition dah tak ok sangat nak tanam je nanti. Lega sikit sebab dah berkurang stock barang2 yang tak perlu dekat rumah. 

Friday, January 10, 2014

Review Buku: Tuhan Sedang Menguji Kita- Ustaz kazim Elias

Lama saya tak buat review buku kan? Ikutkan  memang dah banyak buku yang saya dah habis baca dalam beberapa bulan ni, cuma tak ada masa nak buat review. In sha Allah...saya try buat review buku2 tu bila ada masa nanti.

Hari ni just nak share dengan korang satu buku yang sangat terkesan di hati saya. Buku yang sedikit sebanyak membuatkan saya mahu berubah. Mungkin tak banyak, tetapi sedikit sebanyak..ada perubahan yang saya dah buat lepas baca buku ni. Buku yang buat saya insaf dalam banyak perkara yang saya dah abai dalam hidup ni. Ya..banyak perkara..

Buku ni saya beli dekat Jualan gudang karangkraf Bulan 10 tahun lepas. Harga asal RM 19.90 tapi time tu ada diskaun 30%, so dapatlah Rm 13.93. Kalau nak beli buku keluaran karangkraf murah2 gi la time diorang buat jualan gudang atau pesta buku. memang kerap jugak diorang buat.


Apa yang boleh cakap, buku ni banyak ajar kita untuk bangkit dari segala rasa kecewa, duka, sedih dalam setiap ujian yang Allah turunkan pada kita. Paling penting, tiap kali di uji, cuba cari hikmah tersembunyi. sebenarnya, Ujian Allah tu ada sebabnya. kadang2 ujian tu berlaku sebab dosa2 dan kesilapan silam kita. Musibah yang jadi dekat kita, dugaan yang kita hadapi dalam hidup, rumah tangga, kewangan sebenarnya ada jugak kaitan dengan dosa2 yang pernah kita buat suatu masa dulu. Kadang2 musibah tu tak turun pada kita, tapi mungkin pada anak-anak kita. Baca buku ni buat saya rasa tersindir sendiri. Banyak khilaf yang saya dah buat. banyak benda2 yang saya dah lara dalam hidup ni. Kadang2 kita dah rasa dah cukup amal ibadat kita. Kita dah jaga solat, kita dah puasa, dah tutup aurat tapi persoalannya sempurnakah semuanya?

Dalam buku ni ada jugak beberapa kisah pengajaran. Memang padat sangat dalam buku ni. Best..serius best sangat. Sekali baca, saya jadi terus nak baca, baca dan baca lagi. penulisan yang sangat menarik & menyentuh hati. Highly recommended. Sayapun dah bagi kawan pinjam untuk baca. Diapun cakap best sangat.

 Bacalah! lagipun harga buku ni murah nak compare dengan apa yang akan kita dapat dalam ni...buku ni boleh buat kita menangis sebab ingatkan kesilapan-kesilapan yang kita dah buat. Kadang2 benda tu kecik je, tapi impact dia besar. Sebab tu bila kita di uji, ada hikmahnya. Ada sesuatu yang Allah nak sampaikan pada kita. Buku ni buat kita nak rasa lebih dekat dengan Allah. Buku ni buat kita nak berubah dan perbaiki diri. Buku ni ajar kita supaya tak mudah melatah bila ditimpa ujian. Allah sedang menguji kita semua.

saya memang recommend sangat2 buku ni dekat korang. memang tak akan rugi lansung beli! banyak pengajaran yang korang akan dapat dari sini. In sha Allah...ilmu yang korang dapat di dalam ni akan buat korang jadi  lebih kuat. lebih berusaha baiki diri dan tak salahkan takdir atau orang lain bila apa-apa ujian terjadi pada korang. Muhasabah diri.. sebab sebagai manusia kita memang banyak kelemahan.

Thursday, January 9, 2014

Cara kami Berbelanja Barangan dapur setiap Bulan



Dulu ada orang request suruh saya buat entri macam mana kami arrange perbelanjaan dapur setiap bulan. So, hari ni baru teringat nak buat. Cara kami rasanya sama je kot macam orang lain. Tapi paling penting dalam berbelanja mesti utamakan “penjimatan” .

Selalu memang kiteorang shopping barang2 dapur/ keperluan lain  untuk stock sebulan. Tapi ada jugak yang sampai sebulan lebih baru habis stock. Tapikan..kiteorang jenis shopping barang dapur tak wat list pun. Awal2 dulu jer wat list lepas tu dah hafal dah nak beli apa. Sebab benda yang sama je beli setiap bulan. Cuma kalau ada additional apa2 barang barula buat list takut terlupa.

Ok..barang setiap bulan wajib beli ni means memang barang2 ni memang tempoh dia setakat sebulan or lebih sikit je boleh pakai. Macam ubat gigi, body shower, pencuci pakaian, beras, telur, bawang, sos cili, gula, minyak masak, milo, nescafee dan lain2. Bila dah dua tiga kali shopping barang2 ni, kita dah leh agak berapa lama tempoh kegunaan dia. Sebab tu saya tak buat list. Sebab benda ni memang wajib beli setiap bulan. Tapi macam barang yang 2-4 bulan sekali baru beli yang tu kena buat list sebab takut lupa. Macam  tepung, kicap, pencuci pinggan, lantai, toilet dan lain2.


Macam mana nak berjimat time berbelanja barang dapur/ keperluan?

Saya dengan husband memang buat comparison harga. Promotion tu xdela kami ikut sangat. Cuma kami bandingkan harga dekat pasaraya mana yang paling  murah. Selalu memang barang dapur kami shopping dekat Mydin je sebab dah banyak kali survey memang situ yang murah bagi kami. kekadang pernah jugak nak gi beli barang dekat pasaraya A or B, tapi tetap mydin jugak paling murah. Bukan murah sikit setakat 5 sen, 10 sen tapi ada yang sampai seringgit kot beza harga. Ini saya & husband buat survey sendiri. Kekadang pasaraya A & B buat promotion barang tapi harga diorang tu nak sama je dengan harga dekat Mydin yang takde wat promotion tu. Harga promotion pun kekadang tinggi lagi dari harga tanpa promotion dekat Mydin. Kalau ada promotion dekat mydin? Lagila murah banyak kan.. So kalau campur2 penjimatan setiap barang memang leh jimat banyak. Barang yang sama..tapi boleh dapt harga lagi murah, haruslah pilih yang murah kan? Lagipun dulu masa duduk Kulim takde Mydin, kami shopping dekat pasaraya A, so memang dari situ leh tau banyak yang kami lebih jimat bila beli dekat Mydin bila duduk shah alam ni.

Satu lagi, saya beli barang dapur yang jarang guna hari2 dalam kuantiti yang rasa nak guna je untuk elak pembaziran. Means..kalau nak beli perencah apa2 ke or mayonis ke setakat kuantiti bekas or botol yang nak guna dalam beberapa tempoh. Kalau kita selalu masak, kita boleh agak berapa banyak je kita akan gunakan bahan2 tu. Ni sebenarnya nak elak asyik buang barang sebab dah expired date. Rugi kan..kekadang beli tak sempat guna pun dah expired. Huhu.itu dah kira membazir. Memang beli barang bekas besar2 tu jimat dari segi harga, tapi kalau jarang guna atau tak guna lansung lepas tu expired, tak ke membazir..so saya try tak ikut nafsu sangat time membeli.

Cara Berbelanja beli Barang basah

Bab barang basah ni macam ikan, ayam dan sayur memang  tak buat stock untuk seminggu. Beli untuk 3-4 hari guna je. Selalu kalau ayam dengan ikan dalam 3-4 hari je. Lepas tu kena beli balik. Ni sebab nak yang fresh2 la kan. Tapi kalau xde masa ikan tu saya tak siang siap2..simpan dalam fridge. Bila nak masak baru siang. Ni petua nak bagi ikan rasa masih fresh walaupun dah beberapa hari simpan.  Tapi kalau sayur jenis buah atau cili tu memang lebih dari seminggu la tahannya. Macam tu jugak dengan buah-buahan yang lain. Cuma kalau sayur daun yang cepat layunya. Sebab tu kalau beli sayur berdaun nak bagi tahan lama sikit, saya suka potong siap2 masuk dalam bekas baru simpan dalam peti ais. Cara macam ni je yang lambat sikit layu. Tapi selalu xkan beli banyak sangat sayur berdaun. Cukup untuk makan sehari dua. Satu lagi cara nak jimat dari asyik buang dalam tong sampah barang2 basah ni sebab tak masak atau guna, rancang siap2 apa nak masak untuk minggu tu. Means beli barang basah sekali rencah2 dia yang leh guna dalam masakan kita untuk seminggu. So takdela tetiba buang tomato, buang serai..buang sawi, buang itu dan ini sebab dah layu, busuk atau dah tak elok. Cara ni lebih jimat. Planning nak masak apa dan beli setakat perlu.



Tu je kot yang boleh nak share pun. Sebolehnya memang nak berjimat sakan & elak pembaziran. Sekarang kan tahun mencabar dengan harga semua barang asyik naik, so mana leh jimat, kami try jimat.

Wednesday, January 8, 2014

Dah 33 Minggu!


Alhamdulillah….dah masuk minggu ke-33 pregnancy.  Cantik nombor. 33. Tak sabar rasanya nak tunggu genap 9 bulan. Tak tahula baby nak keluar masa bila kan. Tapi harap2 dalam minggu 37-40 tu baby dah keluar. Time dia dah cukup bulan. Rasa lambatnya nak tunggu minggu ke-40 tu.

Sekarang ni memang time yang sangat2 alert dengan pergerakan baby. Risau sebab dia makin membesar, ruang dalam rahim makin sempit untuk dia. Tak banyak sangat leh gerak kan. Lepas tu baby kerap pulak keraskan badan. Kadang2 leh rasa berbenjol keras perut ni sebab baby mengeras. Orang cakap, kena kerap kencing bagi baby xmengeras sangat. Dah praktik. Kadang2 cakap jugak dekat baby, mintak dia duduk bagi selesa, jangan keraskan badan sangat. Kalau dia xgerak lama sikit saya dah risau sesangat. Yela..skrg banyak sangat cerita baby lemas dan meninggal dalam perut. Hati ibu mana yang tak takut kan. Mintak2 adala rezeki nak lihat dia lahir ke dunia & membesar dengan sihat.  Sekarang ni kalau bangun pagi2 memang tunggu baby gerak je.

Kaki dah start bengkak sikit tapi belum ketara sangat or Nampak macam kaki gajah. Maybe sebab saya banyak berjalan jugak. Cuma kalau time buat keja dekat meja office tu kekadang leh cramp jugak kaki. Sebab tu 15 minit atau setengah jam sekali saya akan bangun jalan2 dekat office.         

33 minggu. Perut makin besar lepas tu tuan badan pun makin mengembang dengan jayanya. Hehe..semua part nak kembang. Tapi xpelah..sweet moment kot. Kalau before pregnantpun dah kembang apatah lagi time pregnant kan? Tapi Alhamdulillah..kesihatan masih baik. Rasa lama tak tempek gambar sendiri dekat blog. Since pregnant ni, memang malas ambik gambar. Bukan tu je, nak ambikkan gambar orang pun malas. Jadi xberapa suka tangkap gambar. Bukan sebab dah gemuk ke apa tapi entahlah….time preggy je yg jadi macam ni. Tapi tetap ambik jugak gambar time mengandung setiap bulan. Untuk kenang-kenangan. 


              
Malam2 dah berapa kali kena simpul biawak. Bukan satu kaki, tapi dua2 ok..fuh, memang sakit sangat. Kejang kaki ni. Mujur husband ada. Dia la yang bangun tolong tolak kaki ni. Rasa hari2 dah minum susu, ambik pil kalsium tapi jadi jugak. Sekarang before tido, letak minyak panas atau balm dekat kaki then pakai stokin. Then, letak bantal bawah kaki. memang selesa ja tido. Takde dah jadi simpul biawak. Memang happy!      

Oh ya..orang selalu kaki yang bengkak. Tapi saya cam terbalik. Tangan yang Nampak bengkak lebih. Haha..ni nak panggil apa erk? Nak kata tangan gajah xdela sebesar gajah lagi tapi memang bengkak2 cam tangan baby pun ada ni. Bam bam..

Jari yang makin montel dan montel..hehe

Masuk 33 minggu ni husband dah start hantar saya gi keja. Tak drive sendiri dah. Ikutkan takde masalahpun nak drive sendiri sebab kuat lagi. Tapi takut pape jadi kan. Mana tau sakit nak bersalin time tengah jammed teruk ke,cramp kaki masa tengah drive ke, susah pulak. Satu lagi husband pun risau.

Then, dah request dengan bos tak nak pergi dah mana2 meeting dekat luar office. Nak stay dekat office je. Tambah2 meeting yang jauh sikit macam dekat ampang atau kuantan tu, risau la sakit nak bersalin time tu ke. Kan susah. Then, inform sama dekat bos tarikh due date saya. At least bos dah tahu awal2 senang sikit keja. Mujur bos faham.    


Tu je kot nak cerita. Lain2 lepas ni update lagi.                                                                                                         

Tuesday, January 7, 2014

Cukuplah Setakat 9 Bulan Lebih Dekat sini. Masa untuk pindah!



Dalam tak suka-suka pun 9 bulan lebih  jugak kami stay dekat rumah ni. Bermacam- macam dugaan since bulan pertama kami masuk.  Kalau orang lain, maybe dah lama angkat kaki. Ikutkan hati saya ni, tak sampai sebulan duduk pun dah fikir nak pindah. Tapi memikirkan perit jerih pindah dari kedah datang sini dengan duit yang keluar macam air, kami perlu masa untuk cari rumah lain yang lebih selesa. At least masa untuk recover balik duit untuk cari rumah sewa lain dan survey rumah yang lebih better supaya benda yang sama xjadi lagi. Jujur cakap, saya memang menyesal sangat duduk sini. Kalau saya tahu macam nilah keadaan dekat sini, susah macam manapun saya takkan masuk sini. Tapi nak buat macam mana, time tu urgent nak rumah, keadaan tak mengizinkan untuk terus survey2 rumah. Masa tu just fikir keadaan rumah, terlupa nak consider environment keliling rumah. Mungkin ini ujian untuk kami. Saya belajar untuk sabar. At least mungkin dalam beberapa bulan je before kami dapat rumah yang lebih baik.

Tapi hasrat nak pindah tu terpaksa postpone lagi bila saya pregnant. Condition saya awal2 preggy dulu yang kerap bleeding  memang tak mengizinkan lansung untuk kami pindah. So, target dengan husband, hujung tahun lepas baru  pindah. At least sampai kandungan ni kuat dan sayapun sihat.

Dekat sini, kawasan kejiranan ada  kaum bukan melayu. Hari pertama saya masuk rumah dengan husband, malam tu kami lansung xboleh tido, diorang buat bising dari tengah malam sampai ke pagi. Dahlah jarak pintu dari rumah ke rumah dekat je. Diorang pun kerap gaduh depan rumah. Bising sangat. Pernah satu masa, balik keja kena tunggu dekat bawah sebab depan rumah kami jadi tempat gaduh. Sabar je ar..

Lepas tu, diorang bila buat majlis apa2..suka sangat pasang muzik lagu bahasa diorang kuat2. Kuatnya tahap buka TV dekat rumah tu sampai dah habis tinggi volume pun tetap xdengar bunyi apa dekat Tv. Kuat gila kan? sampai saya nak bercakap dengan husband pun xleh. Xdengar apa. Bising ya Amat. dahlah pasang kuat2 mcm tu sampai pukul 3-4 pagi. Siapa yang boleh tido?Kalau sekali xpe..ni dalam 3 kali jugak buat macam tu. Ok..sabar lagi. Itu belum campur bab diorang mabuk2 dan buat bising bawah rumah. Mabuk sambil meracau-racau lepas tu gaduh. Sapa yang leh tahan? Memang bukan tiap hari tapi kerap..

Part main mercun yang saya paling tak tahan. Dia boleh bawak keta keliling tempat parking sambil hon-hon kereta tak ketahuan hala lepas tu baling mercun. Pusing2 keta sambil baling mercun. Kalau mercun yang biasa tu xpe. Ni jenis bunyi macam bom. Saya yang tengah tido time pukul 2 pagi ni boleh terjaga sebab terkejut sangat. Sampai mengeletar badan….time perayaan xyah cakapla..memang sampai 2 malam tido xlena. Asyik terkejut-kejut bunyi mercun. Sedangkan time xde perayaan apa2 pun dia main mercun kemain sakan, apatah lagi time perayaan kan? Masa tahun baru hari tu..saya sampai rasa nak nangis terkejut dari tido sebab bunyi mercun kuat gila. Macam orang baling sebelah telinga. Baby dalam perut pun boleh rasa dia asyik terkejut. Saya letak bantal banyak2 dekat perut  sambil peluk perut xnak bagi baby dengar. Geram ya Amat! Takde lansung sensitivity dengan jiran2 lain.

Itu belum campur bunyi bising budak2 main lagi waktu malam. Tapi yang tu kira ok lagi. Kawasan situpun kebersihan memang out la. Kotor..memang naik tangga tu penuh sampah orang buang merata.Bawah umah flat tupun banyak sampah. Rasa tukang sapu sampah tu selang sehari mesti datang bersihkan. Kerap Nampak dia bersihkan. Tapi pagi bersih, petang balik kerja memamng bertimbun dah sampah. Ada pulak jiran yang duduk tingkat atas, buang sampah selamba je dari tingkat 5 terus ke bawah. Fuh..ada yang lagi teruk, datang longgok sampah dekat dengan tangga kiteorang. Dahlah sampah jenis air ikan . hanyir semua ada. Nak tolong buangkn pun sampah tu dah berair-air..mujurla ada cleaner tolong buang. Part tangga yang teruknya, selalu bau hancing. Macam ada orang suka kencing dekat tangga. Tanya jiran memang betul..diorang ada yg jenis suka kencing atas tangga sampaikan ada orang letak notis “ tolong jangan kencing dekat tangga’!

Then baru2 ni masa dalam masa 2 bulan kiteorang cari rumah, ada pulak kes orang mabuk sampai bakar motor orang. Mujurla tak terbakar rumah. Sampai bomba datangla. Then, minggu depan tu, ada lagi kes mabuk lepas tu bakar motor orang. Kali ni 2 biji motor. Kes ni ada masuk dalam surat khabar. Ada sekali tu, saya dengan husband balik dari pasar malam nampak polis tangkap orang dekat blok kami. Kes apa tak tau..hmm..memang teruk sangatla keadaan dekat sini. Ada yang mabuk sampai pecah tingkap rumah dia, then botol arak dia tu jatuh atas cermin depan kereta orang. Yang nak bunuh diri pun ada. Tengah mabuk panjat tangga dekat tingkat 4 nak terjun. Gila!

Jumaat lepas, ada geng2 mabuk ni pecahkan cermin depan 15 biji kereta. Yang ni rasanya kes paling teruk. Nampak polis asyik ulang alik dekat kawasan blok2 dekat situ tanya2 orang. Taktaula dapat tangkap tak lagi si pemabuknya.huhu..

Banyak barang yang dah siap packing. Tinggal nak angkat je nanti. Tapi kebanyakan barang memang kiteorang xbukak pun dari kotak masa pindah dari kedah dulu sebab tahu nak pindah lagi. keluarkan barang2 nak guna betul2 je.  so, kerja pindah memindah kali ni lebih mudah la..Kerja ni banyak husband yang buat. saya tolong buat labeling je supaya senang nak cari barang. kerja packing pun buat sikit2 setiap hari supaya xpenat sangat

Mula2 ingat ke kiteorang je yang tak tahan..nak pindah. rupanya jiran kiteorang pun sama. tengah sibuk cari rumah nak pindah sebab dah teruk sangat dah keadaan dekat sini. sampai pecah2 keta orang apa kes kan? Memang kena keluar la..nak harap diorang berubah memang takla..huhu.

Kiterang dah start angkat barang. Rumah sewa baru tupun dah siap cuci. Weekend ni officially pindah. Cukuplah setakat ni je kesabaran kami. Tupun rasa macam lama jugak. Awal2 hari tu ok lagi, tapi bila hujung2 tahun lepas yang paling teruk. Alhamdulillah..dapat jugak pindah. Hope rumah sewa baru tu buat kehidupan kami lebih aman & tenteram. Setakat pergi weekend lepas tengok semua ok je. Jiran pun ok. Harap2 okla..situpun ada security xla takut sangat.  Doakan kami ya! Walaupun dah sarat sekarang, tetap kena pindah.  Mujur masih kuat & sihat lagi. Alhamdulillah.. 

Monday, January 6, 2014

Shopping Barang Baby Di Mid Valley 6th Maternity & Children Expo!


Cerita sebulan lebih yang lalu....

Expo ni dari 22 nov- 24 nov 2013. lepas gi baby kiko warehouse sale dekat puchong, terus menyinggah ke mid valley ni. First time datang expo ni. ( haruslah first time sbb baru first time preggy kot?). Saya pergi hari jumaat, so orang memang tak terlalu ramai. still rasa selesa nak jalan2 dalam tu dari satu booth ke satu booth. Time ni memang bawak list siap2. Senang, shopping ikut list je. Nak elak dari beli benda yang tak patut dan tercicir apa2 yang memang plan nak beli dekat sini.

Time ni saya dah 6 bulan lebih preggy ( 26 minggu) So, memang plan dengan husband, kalau jumpa barang yang di cari dan harga berpatutan nak beli terus ja.  Malas nak bertangguh-tangguh takut xde masa nak gi expo2 baby lagi. Kiteorang jadual weekend kan selalu penuh. Bulan 11 & 12 memang banyak balik kampung & attend kenduri kawen.

Time ni ada barang yang murah sangat2, ada yang murah jugak, ada yang so-so dan ada jugak yang mahal. kalau saya dah tau dekat kedai online or ada tempat yang jual lagi murah barang yang saya nak tu,  memang saya tak beli. Tapi sikit2 je barang yang beza harga banyak tu. lagipun  dekat sini kami banyak beli baju baby sebab baju2 dia boleh tahan murah dan banyak choice.

So..ni hasil shopping dekat Mid valley expo  hari tu..

berkedut la pulak nampak baju2 ni..haha. lama terperonyok dalam plastik kot. Sekarang dah susun masuk dalam bakul dah..

Time ni beli baju2 banyak yang untuk 3 bulan ke atas. Ada jugak yang 6 bulan ke atas. Memang tak beli banyak pun yang new born. Rasa ada dalam 2-3 helai je new born. Tupun yang beli dekat jusco. Yang dekat mid valley semua ambik yg 3 bulan ke atas. Baby cepat besar kan..


Friday, January 3, 2014

Harapan Di Usia 27 Tahun


Ya..masuk tahun baru bermakna bertambah la lagi usia . Hari ni genap umur saya 27 tahun. Makin tua sudah! Masa umur 26 tahun dulu masih lagi rasa muda tapi bila masuk 27 ni dah xrasa muda dah. Sebenarnya banyak lagi sikap & perlakuan yang perlu diperbaiki. 27 tahun dah Allah bagi peluang saya bernafas dan beri kehidupan yang baik ni di bumi ni. Alhamdulillah….Mudah-mudahan, kalau umur panjang, usia seterusnya tak saya sia-siakan. Kena perbetul balik mana yang terkurang sana-sini. Doa saya, semoga terus dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, bahagia bersama suami & bakal anak kami, menjadi insan yang lebih baik & bersyukur, dimurahkan rezeki & termakbul segala impian.

Harapan Saya di usia 27 tahun?

Banyak sebenarnya impian yang belum tertunai. Kena usaha & berdoa untuk capai satu persatu. Antaranya..

-          Harapan utama tahun ni, saya nak jadi seorang ibu. Nak rasa ada anak sendiri . Nak  peluk dia, sayang dia, pelihara dia dengan sepenuh jiwa raga saya supaya dia membesar menjadi anak yang soleh & Berjaya di dunia dan akhirat. Semoga si kecil yang dikandung ini lahir dengan sihat, sempurna & selamat. Nervous jugak tunggu baby keluar. Selagi baby belum selamat dilahirkan, tak boleh excited terlebih sangat. Sekarang ni macam2 kes dengar, perasaan risau tu tetap ada even saya selalu fikir positif. In sha Allah kalau ada rezeki timang anak sendiri, pasti ada. Semoga Allah makbulkan impian kami suami isteri. Amin…

-          Nak Jadi hamba Allah yang lebih baik. Nak istiqamah dalam setiap perubahan yang dibuat. Banyak perkara yang perlu recap & belajar lagi. Nak jadi isteri yang lebih baik untuk suami. Nak improve lagi  skill memasak, skill mengemas rumah dan lain2 hal rumahtangga. Nak jadi lebih rajin! Hehe…even bekerja pun saya harap saya boleh jadi isteri & bakal ibu yang lebih bertanggungjawab.

-          Mintak sangat2 jumpa pengasuh yang baik & penyayang untuk bakal anak kami. Sekarang dah 8 bulan tapi belum lagi jumpa pengasuh. Masih dalam pencarian. Doakan kami ya!

-          Nak sama2 usaha dengan suami simpan duit untuk beli rumah atau tanah sendiri. Lokasi tak tahu dekat mana. Kalau bukan sebagai tempat tinggal tetap pun, sebagai asset. Harap tahun ni atau tahun depan dah ada rumah sendiri di bawah kemampuan kami. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Amin..

-          Nak tunaikan azam yang tak tertunai masa tahun 2013. Hmm..ubatnya kena rajin saja. Huhu..

-          Nak kurus! Haha……nak dapat balik berat badan before kawen dulu. Yang ni kena gigih sikit usaha sebab nafsu makan susah bebenor nak control.

-          Nak gi melancong dengan family! Tiap-tiap tahun wajib gi melancong. Tapi xplan lagi nak kemana. 


Setakat ni, itu aje harapan untuk tahun ni di usia 27 tahun. Semoga tahun ni dapat ditempuhi dengan jayanya dan bahagia bersama keluarga tersayang. Amin..

Thursday, January 2, 2014

Bila Mertua Datang Rumah..


Last week, first time family mertua datang rumah sewa kiteorg dekat shah alam ni. Suka sangat2 sebab ni first time diorang datang lepas setahun lebih kami kawen kan. Tapi dalam happy tu memang timbul jugakla rasa risau & takut if layanan saya terkurang mana-mana. Selalu balik Kelantan, diorang layan baik sangat.
Benda pertama saya risau soal makan. Awal-awal lagi cakap dekat husband nak masak apa erk? Takutla masak tak sedap… Risau oo.. bab masak memasak ni sebab mak mertua memang pandai masak. Sedap2 lak tu. Siap masak dekat gerai tok dia lagi. Family mertua ada warung makan sendiri. Haruslah si menantu ni risau kan. Dapat pulak masakan kedah dengan Kelantan manala sama. Mesti ada jugak yang pelik2 sikit. Huhu..

Selalu balik Kelantan memang saya tak pernah masak. Setakat tolong2 dekat dapur dan goreng2 je. Goreng ikan, goreng ayam, potong sayur. Tu je..masak memang saya tak buat. Tak berani ar. Takut dan rasa tak confident lansung nak masak untuk diorang. Memang pengakuan jujurla..Bukan sebab saya tak tahu masak tapi takut tak kena dengan selera diorang. Kalau ikut makanan kedah ni pedas2..kelantan pulak lebih kepada manis2. Rasanya rasa xconfident tu datang sebab tahu mak mertua & nenek mertua pandai sangat masak dan ada gerai makan  pulak tu. Memang takutla..macam rasa kita nak masak untuk chef. Haruslah tahap confident saya tu jatuh  merudum….sob..sob..

Tapi, sampai bila nak mengelak kan? hehe..Nak tak nak memang kena buat jugak. Dah kawen ni bukan setakat masak or pandai layan suami. Family mertua pun kena pandai layan jugak. Sebab sekarangkan dah jadi satu family. Bukan lagi orang luar, so soal tak yakin tu kena tolak tepi dulu. If ada terkurang mana-mana boleh improve lagi kan. Yang penting kena rajin & usaha..ewah! tinggi betul semangat. Hehe…Husband cakap masak je macam biasa. Takyah nak malu or segan sangat. Senang je cakap kan? Lelaki takpe la balik umah mertua bukan kena masuk dapur pun. Duduk lepak depan ruang tamu sambil tengok Tv dah cukup. Habis sangat borak2 kosong je dengan mertua. Memang senang!

So, hari tu sepanjang 3 hari diorang dekat rumah saya masak je la macam selalu buat. Tak tahula ok ke tidak sebab tengok diorang makan je. Rasa diorang pun faham sebab masakan dua negeri maybe ada yang tak sama. Cara masak setiap orang lain. Selera pun tak sama kan masing2. Yang penting niat tu ikhlas. Ada jugak yang makan dekat kedai sebab bawa diorang jalan-jalan dekat KL-selangor ni.  Cuba layan macam family sendiri. Mana yang terkurang tu lepas ni leh improve lagi. Hidup ni kan proses pembelajaran jugak. Rasanya yang penting, kena ikhlas dan yakin diri . Jadi diri sendiri….lepas tu kena biasakan diri dengan kehidupan baru lepas dah kawen ni. Kalau boleh tak nakla timbul masalah dalam perhubungan kan. Baik dengan suami, family sendiri or family mertua. Memang bila kita decide nak kawen kena prepare mental & fizikal dan kena sedia terima kebaikan atau kekurangan keluarga pasangan masing2. Sikap2 negatif tu tolak tepi.


Setakat ni, hubungan dengan keluarga mertua memang baik. Diorang memang selalu ambil berat hal kami suami isteri. Maklumla husband anak sulung & yang pertama dah bekeluarga. Saya pulak menantu first. Mula2 dulu rasa segan jugak tapi lama2 dah ok. Yelah kenal family mertua pun lepas dah kawen. Masa bertunang dulu cakap dalam telefon je. So, hubungan tu lebih akrab lepas dah kawen. Yang penting, kena pandai bawak diri. Lepas ni tak risau dah bab memasak ni. First time je kot yang takut. Sekarang dah confident dah =) .Masak style saya la..huhu. Tapi kena berguru dengan mertua banyakkk... lagi masakan Kelantan. Kena pikat perut suami lebih sikit! Hehe..

Wednesday, January 1, 2014

Rumah Sewa Baru Di Tahun Baru


Cerita rumah sewa lagi....

Alhamdulillah..finally dapat jugak cari rumah sewa lain untuk duduk. Dapat kunci rumah ngam2 time orang sibuk celebrate tahun baru. Kali ni kami redha saja guna khidmat agent sebab susah sangat nak jumpa rumah sewa yang direct owner. Mujur agent ni ok. Mula2 takut  jugak. Takut kena  tipu. Mintak khidmat nasihat officemate jugak soal sewa rumah menerusi agent ni. Takla susah...agent ni tukang cari orang nak sewa rumah je. Tapi lepas kita setuju nak sewa rumah tu..apa2 urusan & bayaran semua dengan owner. Kira agent ni jadi orang tengah la. Then, urusan agreement pun agent yang buat.

Rumah ni kami anggap "rumah rezeki anak". Rezeki si anak di dalam perut ni. Alhamdulillah...bersyukur sangat2 Ya Allah. Walaupun hanya rumah sewa dan bukan rumah sendiri ada jugak kediaman yang lebih selesa untuk berlindung. Dalam sibuk tengah cari rumah lain untuk pindah, then husband kena transfer ke site. Lepas tu tetiba dapat pulak elaun rumah. Ingat memang tak dapat dah sebab dalam selangor je kan kena transfer pun. Rezeki. Syukran.

kami prefer untuk pindah area shah alam jugak sebenarnya. memang cari rumah apartment yang lebih selesa. yang boleh cover 2 parking kereta tapi tak banyak pilihan. Harga memang mahal sesangat. Dah boleh dapat rumah teres dah area lain. So bila fikir2..memang kena keluar sikit la dari shah alam tu. At least dengan harga yang sama untuk  apartment dekat shah alam, kami boleh duduk landed house dekat area lain yang tak jauh sangatpun dari shah alam. Sebenarnya shah alam jugak cuma luar sikit je. Tapi kawasan baru.

Alhamdulillah..jumpa jugak rumah yang di cari. At least dalam masa 2 tahun ni, xperlu risau sangat pasal rumah. Tengok environment memang best. dekat dengan segala kemudahan. jalan cantik, landskap cantik ( penting ke faktor jalan cantik? hehe..) dan paling penting dekat dengan highway. memang senang nak gi keja nanti sebab 5 minit je dengan highway dari rumah. Jarak dari tempat kerja saya & hubby pun dekat. Dekat sikit berbanding rumah sewa lama. harga rumah dekat sini kalau nak beli memang mahal ya Ampun. memang starting price 600k++ . memang tak mampu nak beli. Dapat rasa menyewa pun dah cukup beruntung . huhu..

so..ni rumah sewa baru kami. rumah sewa saja...kalau nak beli sendiri memang tak mampu. sob..sob..Mahal sesangat!!!






Rezeki kamu baby..mama & abah cuma menumpang je. Hope tahun ni  mama & abah dapat beli rumah sendiri yang selesa buat kita. Walaupun tahu harga rumah melambung-lambung naik, in sha Allah kami akan usaha untuk beli ikut kemampuan kami. Sekarang ni kita menumpang je dulu duduk rumah ni k sayang. lepas 2 tahun ni mintak2 dah ada rumah sendiri. kecik pun takpe asalkan selesa & takde lagi gangguan2 yang super duper teruk macam dekat rumah sewa lama tu. Huhu...Tapi kami lagi harap abah dapat transfer luar dari lembah klang lepas siap project dekat sini. Ada hikmahnya  kesabaran mama & abah selama ni dekat rumah sewa lama tu. Allah bagi kita ganjaran yang lebih baik. Alhamdulillah..

Pembuka tirai 2014- semoga tahun ni lebih baik buat kami sekeluarga, jadi insan yang lebih berguna & dimurahkan rezeki. Amin...


p/s: baru nak cuci rumah weekend ni & packing barang2. hope next week dah dapat pindah masuk rumah ni. Then, nak settlekan urusan pemasangan semula astro( njoi) & streamyx dekat sini. Lori sewa dah booking. Banyak jugak duit habis untuk urusan rumah sewa ni termasukla bayaran deposit. Mujur barang2 baby & mommy semua dah settle. Tinggal yg nak beli untuk lepas deliver nanti je macam stroller dan car seat. Semoga semuanya dipermudahkan..