Alhamdulillah…selamat dh appointment dengan doctor dekat
Hospital Klang semalam. Kenapa Hospital Klang? Sebab time saya bleeding hari tu dah tak tahu nak refer hospital mana
dekat shah alam. Dah blurr campur risau dengan husband pulak yang drive. Dia
just tahu hospital Klang je. Dia baru 4
bulan dkt sini, banyak lagi tempat & jalan yg dia xtahu. Klang tu dia
tahupun sbb site dia dkt sana. Lagipun
dari shah alam ni nak ke sana xjauh. Saya takleh fikir apa-apa. Lagipun banyak yang cakap untuk kes-kes
emergency better refer hospital goverment. Alhamdulillah…time dekat emergency
room hari tu dengan time saya check-up dekat O& G semalam service ok &
cepat .Nasib saya jugak kot tak perlu tunggu lama2 dan xjumpa lagi nurse yang
garang. Hehe.. Xsampai sejam semua settle. Kalau tahu, xyah ambik cuti semalam.
Ambik half day je. Tapi xpela….cuti rehat saja dekat rumah.Rasa rugi pulak
ambik half day time bulan puasa sbb balik awal. Hehe..
Time menunggu tu sempat jugaklah sembang2 dengan dua akak
ni. Sorang tu baru lepas gugur tapi lepas 2 minggu lebih darah still xberhenti
turun. Dengar pengalaman dia gugur tu mg rasa kesian sangat & ngeri pun
ada. Dapat pulak dia cakap darah turun laju mcm air je..huhu. Takut! Dia dah 2
kali gugur, tapi dah ada anak 4 orang dah. Dia bagtau tiap kali dia pregnant,
mmg dia kerap bleeding tapi Alhamdulillah…anak dia 4 orang tu lahir dengan
selamat. Rezeki dia kan….walaupun selalu bleeding time pregnant, dan doktor
selalu cakap rahim dia xkuat, selalu ada komplikasi, 4 orang jugak anak yg lahir dari rahim dia.
Kuasa Allah SWT….
Yang sorang lagi akak nipun dah 2 kali jugak gugur. Dah ada
anak sorang. Tengah mengandung anak yang ke-2 skrg (patutnya dah yg ke-4). Sama
jugak..dia selalu bleeding time pregnant. Tapi bukan brownish spotting la,
fresh blood. Usia kandungan dia skrg ni pun
lebih kurang saya. 2 bulan lebih. Harap2 kandungan dia kali ni baik2 dan
sihatlah. Dengar pengalaman dia kena D&C masa dia gugur first time dulu mmg
kesian sbb lepas dari D&C tu dia mcm kena infection. Habis jadi gatal2
& allergic. Jadi xselesa sbb tu masa dia bleeding time dia pregnant kali ke-3 tu dia harap
kalau janin tu nak gugurpun, biar turun sendiri..dia xnak kena D&C lagi.
Alhamdulillah…kali ke-2 dia gugur tu,semua turun naturally. Kali ni mmg dia berharap yang
benda lama xjadi lg. Time scan semalam pun semua ok.
Oh..cerita pasal orang, saya mcm mana pulak kan?
Alhamdulillah….check semalam semua ok. Tiap kali dapat tengok si kecil time
scan selalu saya rasa xpuas. Hehe…..Kali ni dah nampak dah mana part badan
dia, mana kepala dia walaupun masih kecik. Before ni scan xnampak sangat.
dapat tengok heart beat dia pun rasa sgt
terharu. Besarnya ciptaan mu Ya Alllah. Cuma EDD dah berganjak lagi ke depan.
Kalau ikut LMP dah 10 minggu 1 hari. Tapi LMP xleh diguna pakai untuk saya sbb saya
irregular period kn. So, doktor kira usia kandungan based pada scan. Ikutkan
time scan 2 minggu before ni patutnya dah 9 minggu 1 hari tapi smlm dr scan
baru 8 minggu 5 hari. Xpela…..lari 3 hari. Asalkan semuanya baik2 saya dah
sangat2 bersyukur. doa saya semoga dia sihat. sempurna dan selamat lahir ke dunia ni.
Hasil scan semalam. |
Nurse dah suruh buka buku merah dah dekat Klinik kesihatan
terdekat. bukan buku merah buat masa dah 12 minggu ke? Tapi nurse tu suruh buat awal plk.saya sebolehnya nak check-up dkt private. Senang tak yah ambik banyak
cuti. Boleh gi time weekend, time luar office hour. Saya ni keja swasta manala
banyak cuti. 18 hari je setahun. Tapi tolak
masuk keja start bulan 3 hari tu dh tinggal berapa hari je. Kalau time
off pun boleh 2 jam je. Selalu org cakap KK tu kekadang menunggu dr pagi sampai
tengahari barulah settle semua. Confirmla kena ambk cuti xleh time off kn.
Camne erk?
Takpe ke xde buku merah
kalau kita planning nak bersalin pun dkt private or semi government?
Kalau tetiba nak gi
bersalin kat government xleh erk kalau takde buku merah tu?
Ada org cakap kalau
ada kes emergency or kes tertentu
hospital private pun akan tolak pada hospital government. so..kalau xde buku merah
xleh g la erk?
Saya plan nak buat jugak buku merah tu , check-up beberapa kali dekat KK then lepas tu check-up
dkt private. xpe kan macam tu? If apa2 kes leh refer government nye klinik/
hosital balik sbb dah ada buku merah. Ada yg bagitau kalau first pregnancy
lagi2 la kena ada buku merah sbb senang dr nak pantau if ada apa2 kes.
p/s: cerita ni saya tulis dkt blog. Tidak di FB yg boleh dibaca oleh semua kenalan. Bagi saya, awal2 ni diam je dulu. Tapi ad jugak kawan2 yg dah tahu. cuma saya mintak diorg jgn hebohkan. sedara mara & officemate pun amai yg xtahu. Belum bersedia nak share dgn semua org. Blog ni tempat saya menulis segala catatan hidup. Satu terapi jiwa bagi saya. hobi jugak.