About Us

Wednesday, May 29, 2013

Minat Vs Masa



Orang melayu selalu cakap, “kalau nak seribu daya, Tak nak seribu dalih” kan?  Satu lagi, kalau sebabkan minat, sedaya upaya kita akan berusaha untuk capai impian kita tu walaupun Banyakkkk….. sangat halangan. Huhu….. “alasan” tu tetap hanya “alasan”. Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh? Tapi “orang lain” tu maybe situation dia xsama macam situation kita. Manusia..life hidup tak sama tapi yang bezakan kita adalah”semangat” & “usaha”. Dan dalam minat saya tu, saya memang jauh ketinggalan dalam semangat & usaha. Dah kalah pun (T_T).

Betul….saya rasa dah lama abaikan minat saya yang satu tu. Masalah utama, masa. Yup! Kesibukan buat masa untuk minat saya yang satu tu dah lansung tak ada. Start dari busy dengan hal kawen sampailah dah kawen ni, sentisa busy dengan life sendiri. Patutnya tu bukan “alasan” stop menulis kan? Orang lain pun busy jugakk..bukan saya sorang.  Beberapa bulan ni, kena share lappy dengan hubby sebab lappy dia rosak. Tengah tunggu laptop company dia sampai.  Buat sementara share ar dulu. So, saya memang tak ada masa nak menulis.  Sebab tu dah lama saya xmenulis novel. Malas nak berebut dengan husband sebab tahu dia nak guna untuk settle & study pasal skop kerja baru dia. Mula2 dia cakap nak beli lain tapi saya pulak tak bagi sebab dah company nak bagi. Buat apa guna banyak2 laptop kan? Padahal dia guna pun banyak untuk kerja bukan untuk personal sangat pun. Cuma sekarang ni tengah fikir nak beli PC je letak dekat rumah. Rasa lagi suka menulis novel guna pc dari lappy.  Huhu…Hari tu ronda2 dekat plaza alam sentral tenggok Pc baru, design cantik, touch screen, build in sekali dgn CPU. Tak perlu dah cpu yang besar2 gedabak . Jimat space. Memang jatuh hati sangat tapi nak beli kena kumpul duit dulu. Banyak lagi benda lain yang penting nak kena beli dulu. So, sila sabar ok! Guna dulu mana yang ada.

cantik! mmg suka sangat denagn PC mcm ni....bila nak dapat ni?


Kadang2 rasa terkilan dan sedih pun ada bila baca komen & email readers pasal novel saya yang bertahun terbengkalai tu. Kalau rumah, rasanya dah penuh semak samun & pokok2 liar. Seyes rasa bersalah sangat buat orang tertunggu-tunggu. Sebenarnya, saya tak pernah fikir pun ada yang tunggu sebab saya bukan pandai menulis cerita pun. Saya fikir, kalau saya tak habiskan cerita tu, xada orang yang kisah pun. Sebab tu saya tak pernah “paksa” diri saya kejar masa. Tulis bila saya rasa nak tulis sebab tu just minat saya. Bukan kerja saya sepenuh masa. Cuma dari time saya kanak2 dulu, saya selalu berangan yang saya ada novel saya sendiri. Saya tak sangka ada jugak yang masih ingat cerita2 terbengkalai saya tu. Rasa terharu tau! Huhu…

Time tu baru saya fikir, saya perlu peruntukan masa untuk minat saya. Perlu  ada masa untuk diri sendiri dengan buat benda yang saya minat. Dah 2 tahun lebih dah stop menulis. Camne saya nak mulakan balik? Macam mana nak bagi idea2 datang laju2 macam dulu?( walaupun dulu xlah selaju mana…merangkak la jugak nak habiskan satu bab. Hehe…),  Cam mana nak dapatkan “mood” balik? Susahnya bila lama sangat otak ni berhenti dalam “berimaginasi”. Otak saya bila dipaksa tanpa idea, memang tak ada ayat yang mampu saya tulis pun. Huhu..Thanks pada mereka yang rajin email & tinggalkan komen dekat blog ni psl e-novel saya tu.  Hari tu masa dalam bas on the way nak balik shah alam dari Kelantan, tak pasal2 dapat idea untuk cerita baru. Padahal time tu saya lansung tak fikir sikitpun pasal novel  xsiap saya tu. Then,  Cepat2 saya  catit dalam buku nota sebab takut lupa. Haha…idea..suka2 hati je dia nak datang kan? Tak kira time & tempat. Waktu kita betul2 nak idea, xnak pulak dia datang. Grr.. Tapi, harus siapkan yang pertama & kedua dulu before terus berimaginasi dengan yang ke-3.  Azam saya tahun ni, nak siapkan manuskrip pertama & kedua. Yang pertama, tinggal suku je lagi nak siapkan.  Yang kedua, banyak lagi nak siapkan.Baru tulis sampai bab 8 je kan? Huhu.. Tapi, yang saya nampak….banyak yang berminat novel ke-2 saya tu siap dulu. Hehe….saya tak nak berjanji tapi saya  cuba ya! 

Monday, May 27, 2013

Sedikit Tips Hilangkan nervous Buat b2b di hari Pernikahan




Sebabkan sekarang ni  tengah banyak majlis kawen, so nak kongsi sikit tips2 untuk bakal pengantin. Tips  yang saya bagi dekat kawan2 saya bila diorang mintak petua hilangkan nervous time nikah. Huhu…saya memang xada petua apa2 sebab time saya nikah dulupun kelam kabut jugak sebenarnya. Nikah makeup sendiri. Kunci pintu bilik sorang2 makeup dalam bilik sebab tak nak nervous melampau bila tengok ramai orang. Malam before nikah tidur dalam 3 jam je. Before tu makan minum memang terabai. Dengan macam2 masalah…hari kenduri pun sama. Banyak masalah tapi ni je tips yang saya guna pakai masa majlis saya dulu.



-         - Cara untuk hilangkan nervous bila dekat2 time nak nikah. Selalu berzikir & berselawat. Baca surah2 pendek & al-fatihah untuk tenangkan hati. 

-       -   Time nak bersiap & berhias tu, make sure adakan “privacy” untuk diri sendiri. If ramai sangat, nanti banyak mulut komen itu ini, kita pulak yang jadi stress & mengelabah. So, setakat sorang dua kawan tu..oklah. xperlu ramai2 nak tengok kita makeup & bersiap.

-        - Walaupun penat & tak cukup tidur sebab uruskan majlis, jangan tunjukkan sangat rasa penat & stress tu. Nanti mukapun stress je orang Nampak. Hehe..

-        -  Sentiasa positive. Walaupun ada apa-apa masalah di majlis kawen, jangan bawak “mood” xbest tu dalam majlis kita. Lupakan dan abaikan aje. Lagipun OP bukan kira muka stress ke apa, main snap je gambar candid. Korang mesti xnak gambar candid masam kelat je kan even xsenyum pun. So, sila jangan stress!

-         - Senyum! Sentiasa maniskan muka dengan senyuman. In sha Allah..senyuman jugak salah satu cara tenangkan hati. Kalau xnak senyum pun, maniskan aje muka tu..hehe

-          - Orang selalu pesan tidur awal, untuk wajah berseri-seri di hari nikah. Tapi macam dah xberapa nak relevan dah tidur awal tu sbb rasanya majority bakal pengantin xcukup tido. Paling senang nak wajah berseri-seri without thinking about eye bag, muka pucat, kusam adalah Happy! Muka kusam leh touch up dengan make-up  Yang penting hati kena gembira. Untuk nikah, pilih make-up yg natural…sebab kalau boleh kita nak Nampak ayu, suci & lembut je. Less is more..

-          -Time nikah, suruh sahabat & saudara terdekat temankan kita. So, xadalah Nampak mcm takut & mengeletar semacam. Hehe..        

                                                                                                                     

     Ok..tu je tips yang boleh dikongsi sikit.Selamat pengantin baru buat kawan2, sedara & b2b sekalian! Moga majlis berjalan lancar & rumah tangga diberkati Allah swt. Semoga bahagia sehingga ke jannah =)

Monday, May 20, 2013

Facebook - Kisah rumah Tangga




Saja nak kongsi dekat sini satu fan page dekat FB yang saya rajin “menyinggahkan” mata  baca almost setiap hari. Asalnya, bukanlah niat di hati nak ambik tahu hal hidup orang, masalah orang tapi bila bila kerap kisah rumah tangga naik dekat wall FB, tentulah terbaca jugak kan beberapa kisah.  Tapi Fb ni tak mengaibkan sesiapa. Ala, macam kisah2 kehidupan & rumah tangga yang kita baca dekat majalah & surat khabar. Tak tulispun identiti mangsa atau pengadu. Semuanya dirahsiakan Cuma kisah & masalah mereka yang buat kita sebagai manusia boleh jadikan panduan & peringatan kerana bukan semua orang bernasib baik di alam “perkahwinan”. Awalnya mungkin semuanya indah & baik tetapi bila di uji, mampu bertahankah kita? Bukan semua masalah dalam rumah tangga tu hanya disebakan orang ke-tiga. Banyak jugak yang puncanya xcukup duit, xjalankan tanggungjawab as husband & wife, campur tangan in law & so on. Paling sedih bila baru bernikah beberapa bulan & tengah pregnant  then suami buat hal. Kaki pukul, kaki judi & selalu curi duit isteri. Duit nafkah lansung xpernah bagi. Huhu…kalau baca memang rasa ngeri. Takut jadi macam tu. Sebab tu orang selalu pesan kesempuarnaan sebuah perkahwinan bukan terletak pada sebesar atau segah mana majlis kahwinnya tapi yang penting macam mana kita nak mengharungi kehidupan lepas kawen.  Bukan jugak terletak sekaya atau jawatan apa yang disandang si pasangan tapi bagaimana mereka bekerjasama menjaga keharmonian rumah tangga. (amboi..kemain lagi ayat! Hehe). Tambah2 dalam zaman serba moden & canggih ni….macam2 dugaan hidup. Banyakkkk sgt. Teknologi canggih, orang pun terlebih canggih la jugak. Kalau nak buat jahat ni duduk satu rumah jumpa hari2 pun leh wat jahat. Depan laptop atau handphone je dh cukup. Ye kan? Huhu…



Rasa “cinta” saja dah xcukup untuk kukuhkan struktur rumah tangga. Rasa tanggungjawab & agama yang paling penting. Tak boleh nak ulas apa2 sebab saya pun baru kawen. Kalau panjang umur, mungkin banyak lagi cabaran & dugaan yang perlu dihadapi di masa depan. Dah kawen nipun, saya masih banyak  berguru petua rumahtangga & nasihat dari emak, kakak & nenek saya.  Cuma satu je yang saya pegang, tak perlu mengejar kesempurnaan  yang belum pasti dalam sesebuah hubungan tapi cuba “sempurnakan & terima “ apa yang memang kita dah ada. Di mata orang mungkin kita tak bahagia dengan kekurangan yang orang nampak pada kita & pasangan tapi cukuplah kita tahu yang  kita memang bahagia & gembira. Dan belum tentu kalau kita memiliki keluarga yang lengkap & sempurna macam yang orang pandang, kita akan bahagia. Sentiasa bersyukur Jika kita masih merasai nikmat bahagia walaupun tidak sempurna  mana pun. Bila terkurang di mana-mana dalam hubungan cari saja kelebihan yang kita ada, automatic kita akan rasa bersykur sangat-sangat. Jadikan kisah2 orang lain sebagai tauladan.  Always think positive. Bila apa yang kita harapkan kita belum dapat setelah bermacam usaha kita buat, jangan  mengeluh & mempersoalkn apa yang Allah takdirkan untuk kita. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sesungguhnya, kita sebagai manusia hanya merancang tapi yang menetukan Allah swt. Ada sebab & hikmahnya mengapa apa yang kita nak, kita belum dapat. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Bersabar, berusaha & berdoa…In sha Allah ada ganjaran di kemudian hari kesabaran kita tu. Tidak di dunia, pasti di akhirat kelak. hakikatnya, macam saya tak mudah nak kawal emosi bila apa yang saya  nak xdapat. Lebih sensitive bila terpksa berdepan dgn mcm2 tanggapan orang tapi saya cuba positivekan diri. Nikmati hidup ini sebahagia mungkin. Positive, positive & terus positive. Ceria sbb saya tahu kekurangan yang saya ada tu bukan pengukur bahagia saya.

Melihat kisah hidup orang lain bukan patut kita jadikan bahan umpatan, kejian, caci maki atau menyalahkan sesiapa tapi buat pengalaman yang terjadi pada orang lain sebagai tauladan & panduan dalam harungi  hidup. Apa yang jadi di hari depan kita tak tahu. Mungkin selepas ni kita pula yang ditimpa musibah yang sama. Mungkin juga lebih teruk dari itu. Siapa tahu? Wallahualam.  Sama2 berdoa dikekalkan rasa bahagia yang ada & berwaspada selalu.

Kalau nak like fan page kisah rumah tangga boleh ke SINI

Thursday, May 16, 2013

Cukup 2 tahun. Renew Lagi. Eh, dah ada penjaga baru la!


Baru lepas melaburkan wang dengan jayanya untuk renew insurance & road tax kereta isnin lepas. Expired nya 30 haribulan ni, so renew awal sikit supaya tak lupa. Sob..sob.. Baru kali ke-2 renew, "amount"nya faham2 jelah, still expensive. Huhu....Dapat pulak pernah claim insurance masa accident hari tu. so, NCD da xad. Mahal  200 ringgit dari tahun lepas. sob..sob..sob..Tapi it's ok. Insurance kereta ni sangat2 membantu time kita susah. Dah namanya malang x berbau, so sediakanlah payung sebelum hujan. Hehe....

Alhamdulillah...dah 2 tahun rupanya cik pinky saya tu. Belum ada apa2 problem. Setakat servis biasa ja. Baru lagi kan..Hope so lah..lepas ni dia tidak ada major problem yang teruk2 sehingga buat duit poket saya asyik keluar tak tahu bila nak masuk balik. Cik pinky, please jangan rosak2  ok!  Tapi lepas kawen ni, rasanya kereta saya tu lebih "terjaga". You kow why?sebab dah ada orang yang tolong jagakan dia & saya cuma tahu drive, drive & drive aje. hehe...dah namanya perempuan bukan mahu ambik tau sangat apa dalam keta. setakat tahu isi minyak, tukar perfume kereta ( yg ini mmg saya sangat pandai ) &  drive! yang tu memang tak payah orang buatkanla, saya memang  terror..hehe.. Tapi saya bukanlah teruk sangat sampai x kenal component kereta. sikit2 tahu jugak. Heh..!

Dari part cuci kereta, servis kereta, check kereta, hantar kedai tayar, semuanya Encik suami yang buat & uruskan. Sampai isikan angin tayar kereta pun dia yang buat padahal time bujang dulu pandai pulak buat sendiri. Tak pernah disuruh tapi dia yang offer diri. Haish.... memang seronok mcm ni kan?  Dan saya percaya semua perempuan yang berkahwin pun bab2 kereta mesti husband yang tolong jaga & tengok kan. ye tak? hehe.....

If time bujang dulu, bab2 keta & motor selalu mintak nasihat ayah . Cuma kena jaga sendiri la sebab ayah dekat kampung. Sekarang dah tak risau sangat dah. Dah tambah satu lagi penasihat bab2 jaga keta iaitu encik suami (^_^)





p/s: selamat hari guru untuk semua guru-guru di Malaysia =)

Sunday, May 12, 2013

Cerita Rumah Sewa Ke-2 Kami


Lama saya ambik masa nak bercerita pasal rumah sewa ke-2 kami. Masa rumah sewa pertama, excited terlebih. Mungkin sebab itu "rumah pertama" kami lepas sah jadi suami isteri. Even time tu masih PJJ, tapi rumah tulah tempat kami jumpa time hujung minggu.  Rumah  yang bagi saya penuh kenangan manis. Rumah yang bagi saya sudah cukup dengan "kehendak" kami. jauh dari kesibukan & bunyi bising, penuh ketenangan, Jiran2 yang sangat ramah & baik. kawasan yang bersih. Dekat situ jugaklah kami sama2 lengkapkan barang rumah. Seronok.... Then, bila husband dapat job dengan GLC, dalam berat hati from Kulim kena berpindah ke area lembah klang. Automatic apa yang kami rasa dekat Kulim dah xsama dengan sini. Life yang lebih "mahal", banyak tuntutan "kewangan", xboleh nak lari dari bayar toll, traffic jamed and so on. Rumahpun..boleh berangan je nak duduk rumah teres macam dekat Kulim dulu. Hanya mampu "di atas angin". hehe...so, dari rumah atas tanah..mencarilah kami rumah di atas angin.

Masalah pertama dalam pencarian rumah (time kami masih PJJ-saya di kulim & suami menumpang di rumah maksu saya wat sementara di shah alam) ialah bila husband saya xboleh nak pergi survey rumah dekat area lembah klang. tak tahu sikitpun pasal jalan dekat area sini. Sudahlah member pun xada.  Struggle jugak sebab dia baru "nak kenal" jalan dekat sini. Maklumlah..mana pernah duduk KL-selangor ni. Lepas grad, terus keja dekat penang. nak gi office pun pernah tersesat jalan. Pernah nak gi umah kawan dia dekat taman medan, sampai 4 kali kena bayar toll dekat tempat yang sama. Sesat + nervous melampau??? huhu...

Time dekat kulim, sayalah yang jadi tukang call owner umah sewa yang saya cari dekat Mudah. Time tu tension jugak sebab asyik call je mesti rumah dah orang booking. Kena menunggu "pemilihan tuan rumah sewa". Ada paling sadis, kena isi form untuk permohonan sewa rumah. Hm..macam ni pun ada ke? lagi tambah masalah bila xboleh nak suruh husband gi tengok keadaan rumah tu. Tension gak saya. Dia lagilah tension sebb hati & perasaan lansung tak ada dekat sini. dah macam kena culture shock. Time tu hari2 saya kena bagi semangat dekat dia untuk stay dekat sini. dia macam terkejut dengan semua benda yang ada dekat sini. So, saya tak nak tambahkan lagi tension dia.

Bila weekend, saya turun shah alam. Sama2 survey area rumah. Dari shah alam ke bandar pinggiran subang, then ke bukit subang. Tapi husband rasa lagi suka duduk shah alam. Oh! sama dengan saya. Suka sangat2 duduk shah alam. Mungkin dah biasa & saya rasa jalan dekat shah alam ni cantik tersusun walaupun banyak roundabout. heh! Husband cakap senang nak gi keja. naik federal...staright je..lagipun umah maksu saya dekat. kalau dia kena outstation saya leh tumpang umah maksu saya. hehe..

banyak kena pikir time cari rumah sewa ni. Disebabkan bajet rumah sewa harus mengikut kemampuan suami  saya sebab dia yang bayar sewa rumah kami every month & harus jugak consider if saya tak dapat kerja dalam tempoh beberapa bulan mengangur , so income kami hanya dari satu pihak saja (suami saya) untuk tampung perbelanjaan kami berdua. Itu belum campur lagi if saya pregnant time mengangur tu. Kena pikir jugak semua tu. so, setelah ditolak segala perbelanjaan setiap bulan dengan mengambil kira saya tak bekerja, so kami dah tetapkan bajet rumah sewa yang harus kami cari. Sebolehnya saya tak nak susahkan husband. tak kisah if terpaksa stay dulu sorang diri dekat Kulim sementara dapat keja dekat area selangor tapi husband nak jugak saya pindah sebab lepas kes kami 'accident" hari tu dah serik  nak bagi saya stay dekat kulim. Memang banyak kena fikir tambah2 kami sangat2 urgent nak rumah time tu. Tak nak rumah yang jauh dari tempat kerja. Taknak kawasan yang terlalu crowded. taknak umah atas angin yang tinggi2 sebab husband cakap susah nak tengok kereta. Huhu...so, carilah umah atas angin yang maximum tinggi 5 tingkat aje. then, nak umah yang tingkat 1 @ 2. (dasar pemalas nak panjat tangga tinggi2..hehe)

Disebabkan susah sangat nak dapat rumah, saya try tanya ex officemate saya yang pernah duduk area shah alam. Kebetulan dia nak keluar rumah sewa dia hujung bulan 2 sebb dah beli rumah. Time tu saya & husband dah sama2 stress cari rumah, so saya terus booking je umah sewa kawan saya tu tanpa tengok betul2. Tapi saya dah 2 kali pernah gi umah dia. kawasan yang sama time saya menyewa time bujang dulu cuma blok je lain. so..terus contact tuan rumah sewa dan booked. Alhamdulillah...settle masalah.

Alhamdulillah...lepas tu saya xsempat nak mengangur sebab dah dapat keja. Tanya gak husband nak cari rumah lain tak tapi dia cakap xpelah sebab dah janji dengan owner rumah tu. then, dah booking lori. Buatnya tak dapat rumah pulak kan naya. Deposit pun dah bayar. huhu...Then, dia cakap balance yang dia peruntukkan untuk rumah sewa leh tambah dalam akaun  saving untuk beli rumah sendiri nanti. keadaan rumah ok je even banyak lubang2 dekat dinding sikit sebab dulu pernah student menyewa dekat sini. habis dinding umah dia main paku2. haisy...memang tak tahu menjaga rumah orang! Terus owner cakap dia xnak dah student meyewa umah dia. Nak bandingkan umah kami sekarang dengan rumah time dekt Kulim dulu memang banyak sangat bezanya. lebih kecil. Bilik tidur pun just muat2 letak katil. Sebab tu wardrobe letak bilik lain. Bilik yang sama buat ruang solat. Then satu bilik lagi kami buat bilik tetamu. Nak cakap selesa sangat2 tu xlah..tapi bolehlah. Bukan x selesa keadaan rumah tapi xboleh terima keadaan environment dekat luar rumah. pernah cerita kan dlm entri dulu. Tapi lama2 dah rasa boleh terima. Mungkin dah boleh sesuaikan diri kot. Jadi lali. Lagipun sini dekat jugak dengan kawan2 saya. ramai jugak yang menyewa dkt sini. Yang dah kawenpun ada sewa sini cuma blok je lain. Nak gi umah maksu saya pun 5 minit je dari rumah. Parking pun xcrowded. xpernah lagi tak dapat parking  dan xde orang nak double park. hm...ok la kan. Duduk berdua je....

Ni rumah sewa ke-2 kami. sangat2 simple & biasa. Rumah orang baru berumahtangga. huhu....tak ada apa yang menarik pun tapi nilah syurga cinta kami. Nanti leh cerita dekat anak cucu macam mana ibu ayah & atuk neneknya memulakan hidup lepas kawen. hehe.....


keadaan ruang makan & ruang tamu


Ruang tamu. 

Dapur. tetiba baru perasaan ada buah pelam harum manis dekat situ. hehe
bilik tidur yang  kecil. muat letak katil & ada sedikit je ruang dekat sebelah.


Bak kata suami" bersyukurlah dengan apa yang ada. Tak sesak duit setiap hujung bulan & ada duit nak belanja harian, xjadi hamba hutang  & boleh saving itu dah cukup beruntung dah. hidup dekat sini serba serbi perlukan duit. Xboleh nak jimat sangat macam duduk dekat Kulim dulu. Patut bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi ". Alhmdulillah...... Bak kata mak saya " Tak salah bermula dengan kesusahan, sebab kita akan lebih menghargai setiap apa yang kita lalui & korbankan untuk kesenangan hidup masa hadapan".

In sha Allah...suatu hari nanti, moga Allah murahkan rezeki untuk ada zuriat & rumah sendiri. part rumah sendiri mesti kena cerewet & pilih betul2. Walaupun keadaan sekarang yang harga rumah melambung tinggi,mahal melampau-lampau, kami harap sangat yang kami akan jumpa jugak rumah yang sesuai dengan kemampuan & lebih selesa buat kami.



Friday, May 10, 2013

Hai Si Cute!


Hai awak!

Saya rasa awak sangat cute!

So..sila ada dekat dengan saya. Leh tolong refresh2 kan otak yang tengah serabut ni.


Hehe...



Hijau tu warna feveret saya even skrg ni dah suka campur2 warna feveret. eh?

Salam Jumaat semua. semoga kita menjadi insan yang lebih baik =)

Thursday, May 9, 2013

Dah ada Kawan Baru!



ok..nak bagitau yang saya dah ada kawan baru. Haha..statement xleh blah. Ada kawan baru pun sibuk nak update dekat blog. nampak sangat xde idea nak menulis.

Baru merasa ada officemate yang sebaya dengan saya, yang leh borak macam2 hal muda mudi ( kantoi suka cot cet cot cet time keja! haha..). before ni saya lah yang termuda di kalangan staff perempuan. Geng department saya semua madam2 yang dah 40-an....( tapi diorg sangat baik ok!). Mr2 pun banyak yang dah sebaya ayah saya. Sebab tulah saya selalu "dikuliahkan" hari-hari sampai saya dah jadi orang yang bersemangat kental & waja sekuat besi ! yeay!!!

kalau rasa nak ada geng2 lebih kurang sebaya, kena gi jenguk department lain. Ok...sekarang dah tak dapat award staff perempuan termuda dekat department. Dah kena share! hehe......Tapi best! Ada kawan baru yang sporting morting & otak gila2 macam saya. Then, satu lagi! tarikh lahir kiteorang beza 1 hari je tau! mahu tak kepala otak & perangai lebih kurang je.. hehe...Ops! Tapi ada bezanya jugak. Dia cantik & comel tapi saya demuk & comot..hehe...xpa..sudah ditakdirkan begitu.Redha..asalkan kita bahagia udahlah. Ye tak? Dia "cik" tapi saya " Puan". Tak lama dah nak pegang title "Puan" tu..hehe(^_^)






 Tq baca entri merapu! hehe..

Tuesday, May 7, 2013

Jangan cetuskan isu perkauman!




Demam PRU 13 dah berakhir. Pada yang menang, Tahniah! Pada yang kalah, jangan mengalah. Jadikan persaingan politik di Malaysia persaingan yang sihat. Kalau semua berusaha & berlumba-lumba untuk buat yang terbaik untuk negara, rakyat juga yang untung kan?

Sekarang ni tengah panas sangat2 isu perkauman dekat laman social & media cetak.  Kadang2 saya pelik dengan orang kita ni. Bila ditegah jangan dibangkitkan  isu perkauman, orang akan cakap kita xsayang agama & bangsa sendiri. Sayang pada bangsa lain. Ya Rabbi…tergamak pulak wat tuduhan macam tu. Padahal yang kita nak, kehidupan kita di Negara ni aman damai. Tak ada peperangan, rusuhan perkauman macam yang pernah jadi pada 13 May  dulu. Nak ke bila keluar rumah je mengigil satu badan? Takut kena tembak? Takut kena bunuh? Nak ke jadi huru hara dekat Malaysia ni sebab rakyatnya saling membenci satu sama lain? Saling bermusuh? Bertelegah? Kalau macam ni..senangla anasir-anasir jahat dari luar nak runtuhkan keharmonian Malaysia yang kita nikmati selama ni.

Jangan kata sengketa yang berlaku dengan bangsa lain. Dengan orang yang sebangsa & seagama pun sarat dengan caci maki & kutukan. Saling memfitnah & caci maki. Dalam islam pun x ajar kita aniaya bangsa lain, benci mereka. Tapi islam ajar kita berdakwah, berjihad ke jalan yang benar. Tunjukkn sikap yang baik pada mereka, mudah-mudahan terbuka hati mereka menerima kesucian Islam. Paling tidakpun, buat mereka kagum dengan orang islam, menghormati kita. Kita berjuang mempertahankan agama kita andai kita ditindas. Sayangnya, orang cepat sangat melatah. Belum apa-apa jadi terus andaikan yang bukan-bukan. Kalau betul bagai di kata....dan andai “mimpi2” & “andaian” tu jadi kenyataan…..bergabunglah seluruh umat islam menentang kezaliman ke atas kita. Berjihad demi pertahankan agama & bangsa.  Tapi sekarang, “andaian2” tu belum jadi pun lagi. Kenapa cepat sangat nak melatah? Kenapa terlalu menunjukkan yang kaum kita tu lemah?Takut pada penindasan?Kitakan ramai? Negara ada undang2, ada perlembagaan. Selidik dulu fakta yang ada dari terus percaya bulat-bulat apa2 yang disebarkan. 








Kalau sekalipun benci sangat2, tolong jangan terlalu ekspresikan kebencian tu secara terang. Doakan yang terbaik untuk Negara kita ni. Saya sayangkan keamanan yang kita ada ni. Sayangkan kehidupan yang saling hormat menghormati yang ada selama ni. Saya bencikan pergaduhan dan huru hara sehingga boleh buat umat islam sendiri berpecah-belah. Kita doakan keamanan yang ada terus kekal.  Sahabat tetap sahabat, saudara tetap saudara. Jangan kerana fahaman politik yang berbeza, kita berpecah belah. Pihak yang bertanggungjawab…tolonglah jangan di tambah lagi kepanasan isu perkauman ni. Kita doakan yang terbaik buat negera