About Us

Thursday, March 28, 2013

Friday, March 22, 2013

Tak Berapa Suka Environment Rumah Sewa Sekarang (T_T)


Dah masuk Minggu ke-3 berhijrah ke bumi selangor semula. Kembali tinggal dekat shah alam, kerja pun dekat office lama. Rasa macam dulu2 jugak cuma bezanya sekarang ni pergi kerja jammed teruk dari dulu sbb ada projek buat jalan. Time nilah rasa rindu sangat dengan jalan2 time kerja dekat kulim & perai dulu...huhu..I want smooth traffic flow plz! Aish! Dah namanya duduk lembah klang, memang traffic jammed tu benda biasa. So, kena kembali biasakan diri. hehe...

Ok..kembali kepada cerita asal. Pasal rumah sewa dekat shah alam ni. Saya masih tinggal dekat kawasan rumah sewa lama saya time bujang dulu. cuma blok je lain. Saya ambik rumah sewa ex officemate saya sebab dia dh pindah duduk rumah sendiri. Time tu sebab urgent nak cari rumah sewa. Rumah ok, cuma x berapa suka sebab environment dia x best macam rumah sewa lama saya. Jiran bangsa lain banyak jugak dekat situ. Huhu..lepas tu suka bising2. Kadang2 pukul dua tiga pagi pun dia nak bising. Suka buat sampah. Seyes benci. Nak tido pun xlena. kejap2 terjaga. Memang x ada sivik. Tak pikir pukul dua tiga pagi jiran tengah tidur ke apa. Maybe sebab rumah kiteorang xada barang lagi sebab tu bila orang bising2 dengar kuat. Huhu...Tak sabarnya nak pindah barang2 dari kulim datang sini.

Sekrang..tengah blogwalking cari maklumat pasal beli rumah. Xnak menyewa bertahun-tahun. Better beli rumah sendiri. Tapi kalau duduk sini, yang mampu apartment jelah sebab rumah landed semuanya dah setengah juta ke atas. Mana nak cekau duit nak bayar. Hari tu gi tengok kondo baru naik dekat shah alam pun dah harga dah dekat 400k. Mahalnya.....Baru keja 2 tahun cam gini manala mampu nak beli. Telan air liur je tengok. Haha...so, sekarang kena banyak study pasal nak beli rumah. Nanti dah banyak info saya cerita dekat sini. Kena kumpul duit banyak lagi nak beli rumah. Sekarang ni memang kena sabar banyak2 la dengan environment rumah sekarang. Huhu....sabar, sabar..

Tuesday, March 19, 2013

Checklist kahwin/ Soft Copy Bajet Bertunang, Kahwin & Selepas Kahwin ( Anggaran Kos)




Assalammualaikum….


Untuk wedding nyer planning, saya lebih suka buat spread sheet dalam excel sebab saya rasa lebih senang & tak perlu nak calculate manually guna calculator. (memang dasar pemalas! Hehe..). Dalam spread sheet ni saya letak ruangan bajet 4 perkara sekaligus. Bajet bertunang, bajet kahwin, bajet bulanan (detail lebih terperinci utk bab2 kahwin) & bajet selepas kahwin. Dalam spread sheet ni saya campur je bajet saya & encik suami. Cuma bajet bulanan tu jer yang xsama sangat. Dia tulis sendiri & saya tulis sendiri. So, saya rasa bila merancang untuk berumahtangga dari sudut kewangan kena pikirkan semua perkara. Bukan just bajet untuk bertunang je, untuk kahwin je tapi untuk kehidupan lepas tu jugak. 



Saya nak financial planning saya ok, kerja saya lancar dan saya boleh take note apa yang saya dah buat, belum buat, bayaran yang kena bayar bulan ni, bayaran apa kena buat bulan depan and so on…. Make sure setiap tarikh bayaran juga di catit untuk mengelakkan kekeliruan & masalah kemudian hari. so planning tu memang sangat2 penting lebih2 lagi untuk b2b ekonomi macam saya ni. Setiap benda yang saya beli even benda2 kecik macam gam uhu atau manik2 pun saya akan tulis. Saya nak tahu berapa yang saya dah habiskan untuk kenduri kahwin ni. Sebolehnya xmahu over limit.












Selain dari buat spread sheet, saya jugak ada buku catatan saya sendiri. Buku saiz sederhana je yang dalam tu saya akan letak semua resit2 bayaran,  gambar design baju yang saya nak, contoh hiasan bilik tidur & meja makan beradab yang saya suka, dan juga name card vendor majlis kahwin saya. Buku tu saya akan update setiap kali saya membeli belah atau buat bayaran untuk apa2 benda. Lepas tu barulah saya update dalam spread sheet. Kira buku tu just catatan ringkas sahaja. Dan tempat tampal menampal apa yang perlu.


Ok..untuk sapa2 yang nak soft copy bajet yang saya buat ni, sila download di 




                                          SINI






Saya attach dalam dropbox. senang korang nak download. takut xsempat nak hantar email sorang2. hehe.. Yang mana yang dah request before ni, saya akan email kan.  In sha Allah saya try balas email2 korang if ada apa2 benda tak faham tentang spread sheet ni. Sekarang ni dekat rumah sewa baru x ada internet lagi. Minggu depan baru nak wat pertukaran alamat dengan TM. So, saya hanya boleh balas email time lunch &  pagi before mula kerja. Tapi spread sheet ni saya dah buang bajet2 saya, tinggal ruang2 kosong untuk korang isi. Saya tinggalkan jugak beberapa contoh item dalam ni. Mana yang perlu, pandai2 la korang edit, nak tambah atau buang k. Ni bukan spreed sheet asal saya. Yang ni CONTOH sahaja. Bahagian jumlah semua tu saya dah create formula calculation dia. So, korang just isi ruangan2 yang korang perlu isi je macam item, harga target, jumlah kos sebenar & berapa yang korang dah bayar. Bahagian baki bayaran dan jumlah xperlu isi apa2 sebab semaunya akan automatic kira.

Ok..Good luck for your Wedding Financial Planning & Progress!!!!



Monday, March 18, 2013

Review Hotel Lost World OF Tambun, Ipoh Perak




Ok..macam yang saya janjikan sebelum ni, saya nak wat review sikit pasal hotel Lost World of Tambun. Hotel ni taraf 3 bintang. Saya booking melalui Agoda je sebab time tu Groupon x wat promotion lagi pakej masuk Lost World sekali dengan Hotel. Kalau korang nak beli promotion ni, boleh beli sekarang sebab Groupon tengah wat sale pakej ni. Tapi, even saya booking dengan Agoda pun, saya still dapat harga murah untuk hotel.  Harga semalam RM 170++  termasuk breakfast dengan 2 tiket masuk Lost World Hot Spring waktu malam. Kalau tak, kena byar RM 15 seorang untuk masuk Hot Spring tu.  Ada jugak dapat voucher discount 10% untuk beli tiket Masuk Lost World theme park. Rasanya semua yang stay dekat Hotel ni akan dapat 3 voucher ni. Tapi disebabkan tiket tu saya beli time promotion dekat groupon, so saya dapat price lebih murah. Less  RM 11 dari harga asal.

Saya booking exotic room je. Rasanya bilik ni paling kecil kot dalam senarai2 bilik yang ada tapi saiz bilik sederhana xlah kecik sangat dan xlah besar. So, untuk berdua memang dah cukup selesa. Bilik ni memang sama macam yang di iklankan dekat website. Selalu kita tengok ada sesetangh hotel tu  dalam gambar kemain cantik tapi bila depan2 xcantik kan? Tapi hotel Lost world tak macam tu. Memang dapat bilik yang sebijik cam dalam gambar. Hotel ni masih baru rasanya sebab keadaan bilik & toilet sangat bersih dan kemas. Memang puas hati sangatlah! Katilpun dapat king size. Yang uniknya, tak ada carpet dalam bilik. Tile aje. Maybe sebab setengah orang lepas main2 air dekat theme park terus balik dengan baju basah2 , air menitik-nitik dekat lantai, sebab tu pihak hotel tak letak carpet. Nanti susah nak keringkan….hehehe. Tapi kiteorang x macam tu. Salin baju siap2 before keluar dari theme park. Yeah!
Jom usha bilik hotel Lost World tempat kami menginap hari tu…..





Sempat lagi posing depan cermin (^_^)


X ad almari baju dekat sini. Just ruang terbuka macam ni tapi still ok. 




suka shower room cam gini..hehe

Bersih kan??


Untuk breakfast, kiteorang kena jalan kaki gi garden terrace. Tempat ni dekat je dengan Theme park. Menu breakfast style buffet. Before ni baca dalam internet , breakfast dekat sini just boleh pilih satu menu je. So, saya pun cakap dekat husband, if lapar nanti kita gi makan dekat luar. Tapi time saya pergi Alhamdulillah…style buffet.yeay!!! So, dapatlah makan macam2 makanan. Sedap pulak tu! Ok..ni tempat breakfast kami...








Dari sini leh nampak Hotel Lost World. Dekat je..


Lobby hotel



Untuk hotel ni, kira kiteorang berpuas hati sangatlah. Murah (under our budget), selesa, bersih, dekat dengan Lost world & breakfast pun sedap =) 






Thursday, March 14, 2013

Normal kah Perempuan Gemuk Kalau Lepas Kawen???




Ada orang cakap ni mitos..ada jugak yang cakap normal la if “demuk” lepas kawen. Hehe…Tapi kalau demuk aka chubby sebab pregnant, normallah kan....tapi kalau berisi bukan sebab ada baby dalam perut, hanya ada lemak2, itu pun normal jugak erk?
Sekarang ni bila jumpa orang mesti orang akan cakap “normallah tu..” xpun..”hati senang, hati bahagia….husband kasi cukup makan” . Typical nye comment dari dulu sampailah sekarang. Rasanya orang yang lepas kawen naik berat badan mendadak semua akan dapat comment yang sama! Ye tak??? Ops, lagi satu comment pertama orang mesti “Dah ada isi ke?” xpun..”dah pregnant erk?”. Haha..kadang2 rasa nak gelak pun ada. Masa minggu pertama masuk kerja tempat lama saya hari tu, semua orang macam terkejut gedabak tengok saya. Setiap hari ada je yang tegur “ Imah, berisinya sekarang”, takpun “Ya Allah Imah..nape berisi sangat ni? Dah ada isi erk?”. Paling xtahan..siap ada yang berbalah cakap dengan saya cakap yang saya memang pregnant. Bila saya cakap x, dia tak percaya. Siap suruh saya gi check doctor sebab dia confirm yang saya memang pregnant sebab badan dah kembang, muka pun kembang..hidung lagilah bertambah kembang..hehe. Saya tahulah saya tak pregnant sebab time tu saya tengah berkawan dgn “CIk P” Siap ada yang sok seh..sok seh..dekat belakang saya”napelah saya jadi macam skrg???” hehe…xtau nak bagi jawapan yang tepat.



Yang saya tahu, lepas kawen..penyakit pertama saya dapat before naik berat badan mendadak, allergic yang teruk. Lepas sebulan kawen, memang saya stress dengan allergic dekat badan exspecially tangan dan kaki. Hari2 naik allergic. Letih dah jumpa macam2 doktor, penat makan macam-macam ubat tapi allergic x jugak hilang2. Pantang makan macam2..sampai berbalah dengan doctor pun ada yang saya tak pernah allergic dengan makanan before kawen. Then, doctor cakap hormone xstabil. 3 bulan allergic je sakit saya….memang sakit, pedih. Rasa bengkak2 badan. Lepas balik Kulim, duduk sekali terus allergic hilang. Ok..hormone dah stabil kot sebab boleh duduk sama2. Haha…..Tapi 3 minggu lepas tu, kena PJJ lagi tapi syukur sbb allergic dah xad. Masa dekat Kulim ni ar lepas kena allergic, berat badan pulak naik mendadak. 10 kg naik lepas kawen dalam tempoh 6 bulan..dasyat kan???

Kenapa perempuan kebanyakannya berisi lepas kawen???

Ini pendapat saya dari pengalaman sendiri la…

Yang boleh saya cakap maybe sebab saya Happy “terlampau” duduk Kulim dan keja dekat Perai, penang. Hati terlebih senang sebab tak stress nak gi kerja, balik kerja jalan x jammed. Makan super duper sedap2 dan murah2. Semua benda saya nak makan. Nak try. Murah kan..lepas tu sedap2. Semua tempat makan nak try makan. Balik rumah, duduk mengadap TV sorang2 macam benda saya nak “ngap”. Kalau stress pikir banyak masalah pun saya keja makan je. Kalau dulu makan kuantiti sederhana, sekarang dah lebih.  Nasi lemak kalau bungkus kecik tu, satu xcukup. Kena dua. Yup! Tabiat makan saya dah melampau dari dulu. Lepas tu bila duduk sorang, tidur terlebih. Jadi malas sebab tu gemuk. Angin pun banyak dalam badan. Balik keja asyik rasa penat.  Makan..lepas tu tido. Mau xberlemak badan ni…..Dahla dekat office pulak keja banyak duduk je sebab saya wat design. Bangun pun nak gi toilet, nak gi ambik air. Kejap2 je..duduk tu lebih.

Weekend bila hubby balik, saya suka masak macam2. Gi pasar, beli itu, beli ini. Tahu2 dah xcukup tangan nak pegang. Memang heaven sangat duduk sana!!!! Saya pulak rajin nak try masak macam2. Breakfast, lunch, minum petang, dinner, supper semua nak masak best2 kasi husband makan. Kadang2 pikir nak masak untuk dia je, saya xnak makan. Tapi kan bila dah kawen mana boleh control sangat. Konon nak masak untuk hubby, tapi sekali dengan saya pun “ngap” sama. Xleh tengok dia makan sorang, jadi teringin. Tu camne x gemuk???? Kadang2 husband cakap dekat saya xpayah masakla..kita mkaan biskut je malam2, xpun roti bakar.  Tapi kejap2 dia cakap lapar. Dah pukul 11 malam gi dapur masak nasi goreng. Haha..ni memang cara hidup yang amatlah xsihat! Bila berdua dekat rumah, aktivitinya makan, makan,makan…sampai tengok movie dekat TV pun ada je benda makan beratur depan TV…hahaha….Dulu xsedar badan dah gemuk, bila banyak baju xleh pakai baru “terkedu”. Memang rasa sadis sungguh..macam xcaya leh ternak lemak dengan jayanya…dari suka ambik gambar jadi meluat nak ambik gambar sebab rasa diri sangat buruk. Lepas tu delete bila tengok gambar buruk. Huhu……

Bila rasa badan dah mula lembik, lesu..angin banyak dalam badan…jalan pun rasa berat je badan ni , kaki cam sakit terus berazam,” saya xnak beli baju baru, tempah kain2 baju kurung yang berlambak tu selagi saya xkurus!!!!” ok. Takut gemuk ni leh buat saya sakit. Xsihat.Bila lemak banyak, penyakit mudah nak datang. Before ni even saya berisi pun BMI saya masih normal. Sekarang dah overweight! Huhu..

 Saya nak badan yang fit macam dulu, yang saya xrasa penat atau lemau sangat time panjat2 gunung, jogging. Saya xsalahkan kawen buat saya gemuk. Tapi maybe factor hormone, lepas tu  cara hidup & makan yang sangat melampau..that’s why I gemuk. Bila PJJdgn hubby  pun leh naik mendadak macam tu..camnelah kalau duduk sekali macam skrg kan??  Saya rasa ramai jugak yang dekat luar sana jadi macam saya lepas kawen. 

So..bila dah jejak Shah Alam semula, dah plan dengan hubby untuk control makan & exercise. If xleh nak turun berat sangat pun, at least leh capai BMI yg ideal. Sekarang ni dua2 dah montel. Hehe…Nak masak pun kena pilih menu2 yang bagus. Bukan asyik “ngap” je semua benda. Hehe…Lagipun sini makanan mahal..leh ar control2 sikit. Tengah cari resepi2 sihat dekat internet. Tak sabar nak tunggu angkut barang2 rumah dari kulim. Nak main masak2 menu sihat pulak!!!! Nak cari balik periuk kukus dgn oven.  Lepas tu nak beli kasut sport baru..nak gi jogging petang2 dengan hubby after balik kerja. Hehehe…




Korang sharelah pengalaman korang pulak? Ada tak yang jadi macam saya lepas kawen????

Tuesday, March 12, 2013

Percutian 2 hari 1 Malam Di Lost World Of Tambun




Weekend lepas, saya gi jalan2 dengan hubby dekat Lost World of Tambun, Ipoh perak.  Kebetulan gi wedding ex housemate dekat Taiping. Alang2 dah sampai sana, kiteorang plan nak jejalan sama. Dah lama teringin nak gi sana sebab tengok dalam video macam best gila sbb tempat dia di kelilingi bukit dan kehijauan tumbuh-tumbuhan…..so dalam kepala otak saya asyik bayangkan tempat tu best!3 minggu lepas, groupon ada wat promotion tiket masuk lost world of Tambun. Dapat harga RM 34 ringgit sorang. Kalau beli dekat  sana, harga RM 45. Kira jimat 11 ringgit! Masa time saya beli tiket ni, xad lagi promotion untuk hotel lost world. So, saya booking hotel dekat agoda. Still dapat cheap price dekat Agoda. Yang best bila stay dekat Hotel Lost World ni, kita akan dapat free ticket masuk Lost World Hot spring di waktu malam & breakfast percuma dekat Grden Terrace (dalam lost world). Best kan??? Jimat lagi!!!. Dahla jarak hotel dengan Lost world theme park ni dekat sangat..jalan kaki jer dah sampai. Later on lah saya review pasal Hotel kami menginap tu. Now, nak wat review pasal Lost World of Tambun.




Benda yang paling saya excited dekat sini tentulah Hot spring.  Hot spring ni banyak sangat kebaikan untuk kesihatan tubuh badan.Lepas check in dekat hotel dan rehat2, petang tu, kiteorang masuk hot spring. Even kiteorang gi time weekend, Alhamdulillah..orang xlah ramai sangat. Rasanya yang masuk hot spring waktu malam kebanyakan yang stay dekat hotel situ je. Dekat hot spring ni ada banyak kolam dengan suhu kepanasan yang berbeza. Saya dapat masuk sampai kepanasan 45C dekat dalam steam cave. Panas sangat tapi rasa best!!! Haha…rasanya lemak2 badan saya banyak sgt kot sebab tu even panas pun still leh bertahan. Hehe..Paling sakit dekat kolam foot spa. Rasa sakit pulak kaki bila jalan2 dalam kolam yang penuh dengan batu dekat dasarnya tu. Huhuhu..ada satu lagi kolam dekat tingkat atas yang air dia mengelegak..saya just dapat masukkan kaki kejap2 je sebab panas sangat, xtahan. Yang ni kolam dia cam ala2 kawah gunung berapi sebab ada certain time dia akan pancutkan air panas tinggi2. Paling best sekali bila dapat rehat2 sambil main air panas dengan encik hubby dalam crystal Pool sebab dalam kolam ni time tu ada kiteorang berdua je. Maybe sebab tempat tu cam tersorok sikit, ramai yang tak perasan. Best sangat duduk dalam kolam ni..dengan environment dia yang cantik, tenang..lepas tu berdua je dalam tu..heaven sungguh! Hehe…

Ni la crystal pool yg paling kiteorang suka..berdua je berendam dalam air panas ni sbb tempat ni cm tersorok sikit. Time malam2 org xramai. seronok berendam sambil tengok langit yang bercahaya...rasa tenang je.








Untuk hasil terbaik kena jalan2 pusing kolam ni selama 3 pusingan. Itupun saya dah terjerit kecil dah sebab rasa sakit dekat kaki. Tapi best! 

Sama2 enjoy dekat sini!

Esoknya, barulah kiteorang masuk Lost world Of Tambun theme park. Kalau hari minggu, buka pukul 10 pagi tapi kiteorang pukul 11. 45 pagi baru gi sebab saja nak stay lama2 dekat hotel sampai time check out. Rasa rugi kalau bayar tapi x stay sangat dekat hotel. Hehe…Untuk masuk dalam Lost world ni, diorang akan check beg kita untuk make sure yang kita xad bawa masuk makanan atau minuman & benda2 tajam. Oh ya, masuk sini memang xleh bawak makanan atau minuman dari luar. Air mineral pun xboleh. Kena beli dekat dalam, tapi kiteorang just beli ais krim je dekat sini. Locker pun kena sewa. Satu locker RM 10 tapi boleh guna sepanjang hari kita ada dekat situ. Dia pakai system security pin.


Ni la automatic system untuk locker. Kena key in number pin untuk letak barang. Kita pilih sendiri 6 digit pin  utk locker kita. Senang je walaupun masa mula2 rasa cam susah. hehe..cuma kena ingatla nombor locker dgn no. pin

Bila masuk dalam ni, saya expect kawasan dia sangatlah besar tapi rupanya xlah besar sangat. Kira kalau jalan kaki pun xseletih mana. Ok la..mula2 naik train sebab ingat jauh2 kawasan dia tapi xpun. Dalam ni ada macam2 tempat leh pergi melawat bukan sekadar mandi manda dekat water  theme park je. Ada Tiger valley,theme park, Petting zoo, Mining area dll. Lepas ni akan ada Roller coaster pulak. Mula2 kiteorang main air dulu. Tupun xlah main air sangat. Just jalan2 dalam air. Best sangat…tambah2 time air cam berombak sakan. Siap main tarik2 tangan lagi dengan hubby. sebijik cam budak2. hehe. Bukan selalu berseronok macam ni kan..hehe. Paling suka dekat Petting zoo..bila boleh bagi burung2 makan dekat atas tapak tangan. Hehe..rasa geli pun ada bila brung2 tu macam patuk2 atas tangan kita.hehe..








Overall, lost world of tambun ni kira ok la untuk dilawati exspecially budak2..hehe. diorang kalau bab main air ni mesti lagi suka kan. Tapi apapun, yang paling saya suka dekat sini mestilah hot spring. Memang best. Husband saya yang baru balik camping dengan muka hitam dan mengelupas pun terus ok kulit dia lepas berendam dalam air panas.  Yang lain, ok la…nak kata best giler tu x la..tapi untuk berseronok & release tension tu ok la..tambah2 bila pergi dengan family & kawan2. Memang akan jadi happening!

Tuesday, March 5, 2013

Bila Talian Perhubungan Terputus ..…



Bila terpaksa ber PJJ dengan suami  saya masih okey. Dunia sekarang kan serba canggih, masih boleh contact si suami hari2…hari2 kita leh dengar suara dia, tengok muka dia, Tanya khabar dia. So, saya rasa okey saja. Tapi bila semua teknologi  tu xada, rasa macam ada benda yang “kosong” setiap hari. Ada benda yang “kurang”. Masa nilah baru dapat rasa macam manalah perasaan isteri-isteri yang kematian suami. Macam manalah rasanya perasaan anak-anak yang kematian ibu bapa. Mereka lebih sedih sebab orang yang mereka sayang telah tiada di dunia. Sedangkan yang terputus talian hubungan ni pun rasa sedih. Sedih….rasa rindu membuak-buak.  Macam hilang arah bila tiada sms dan panggilan telefon dari orang yang kita sayang.
Seminggu encik suami kena gi kursus di dalam hutan. Kira ber camping la. Masuk dalam hutan dan buat aktiviti2 fizikal di dalam sana. Bila dia jauh, saya okey tapi bila telefon yang selama ni jadi alat perhubungan kami di ambil oleh pihak urusetia , hati jadi macam rapuh sikit. Seminggu Encik suami dan kawan2 di larang menggunakan telefon. Bukan sebab tak ada line (line memang ada sebab dia sempat call saya before handphone di ambil), tapi peraturan kursus tu dah macam tu.



Since sabtu lepas, saya terputus terus hubungan dengan dia. Apa yang jadi dekat dalam sana saya tak tahu. Doa saya keadaan dia baik2 sahaja. Tak sakit, tak cedera, semua okey. Risau memang risau tapi nak buat macam mana sebab tu tuntutan kerja dia.  Harus bersabar sehingga Jumaat ni. Lama kan? Seminggu terputus talian perhubungan. Hati macam xsenang duduk. Macam-macam rasa. Rindu tentu sekali sebab dah lama xjumpa. Hari ahad saya bertolak Balik dari Kulim ke shah alam sorang2. Kadang-kadang apa2 hal nak call bagitau dia tapi xboleh. Ini baru seminggu, ada orang lain lagi lama di uji. Mungkin berbulan xdapat berhubung dengan suami kerana tuntutan kerja. Mujur kekuatan tu masih ada dalam diri.

Urusan nak pindah masuk rumah baru pun saya kena settle sendiri. Macam tu jugak urusan nak booking lori untuk angkut barang2 kami pindah ke shah alam. Mujur rumah mak sedara saya dekat dengan rumah sewa kami, so saya menumpang dulu dekat rumah dia. Time kerja xlah terasa sangat, tapi bila dah balik dari kerja mesti rasa lain. Selalu dia akan call saya bila dia dah sampai rumah. Lepas tu setiap malam akan call & sms tapi sekarang semua tu xada. Memang terasa lain sangat. Bila rindu sangat saya akan baca balik semua sms-sms yang dia bagi. Masa nilah kita rasa bersyukur sangat walaupun kita ber pJJ kita masih boleh contact dia hari-hari. Kita masih boleh tahu khabar dia hari-hari. Cuba kalau semua alat komunikasi tu xada, lagi perit rasanya. Orang dulu-dulu bila suami keluar cari rezeki especially nelayan, berhari-hari tanpa alat penghubung beginilah rasanya.  Bersyukur sebab Allah masih pinjamkan orang yang kita sayang ada dengan kita walaupun di uji dengan  berjauhan. Sekurang-kurangnya kita tahu dia masih bernafas di dunia ini.




Friday, March 1, 2013

Alhamdulillah...Allah Murahkan Rezeki saya


Take time nak menulis dekat sini apa yang berlaku selama seminggu ni. Mula2 plan asal saya nak berhenti kerja before dapat kerja lain sebab rasa macam susah dapat kerja. Lepas tu saya masih dalam probation period, so memang susah nak bercuti. Kalau cutipun, unpaid leave. Huhu..

Xtau macam mana, satu hari tu saya saja try2 apply kerja dekat area damansara & Shah Alam. Alhamdulillah..dua2 panggil saya attend interview. Tapi saya xdapat nak attend interview dekat company damansara tu sebab saya accident. So, tinggal satu je lagi interview. Selalu bila kita apply kerja melalui jobstreet memang banyak competitors nya sebab ramai yang mintak.  Time nak gi interview dekat shah alam tu saya macam nak tak nak sebab rasa macam susah nak dapat. Tapi sebab company tu dekat shah Alam, saya nak sangat attend. So...saya pergilah interview. Time interview tu saya ni dah calon yang ke-12, sedangkan kekosongan jawatan cuma satu. So..saya buat yang terbaik dan tawakal je lepas tu. If ada rezeki saya adalah.....

Seminggu lepas tu saya dapat call dari company dekat shah alam tu suruh saya masuk kerja. Alhamdulillah...saya dapat kerja! Rasa bersyukur sangat tapi saya mintak masa untuk buat keputusan dan discuss dengan hubby. Lepas je company shah alam tu call, boss saya office lama dekat Kelana Jaya pulak call. Dia offer saya masuk kerja balik sebab nak saya handle project yang saya handle sebelum ni. hari tu saya jadi serba salah. Bila saya macam nak tolak je offer dekat company tu, owner company tu sendiri call mintak saya masuk kerja. Then, bos yang kerja tempat lama pun call suruh masuk kerja cepat. Sampai saya pening nak wat keputusan...Tapi saya pilih company lama la sbb saya dah selesa dekat situ. Even jauh sikit tapi at least saya tahu keadaan company tu macam mana, kerja macam mana. Dahlah bos saya sanggup bayar notis sebulan saya yang tak cukup tu. memang terharu... Bersyukur sangat sebab Allah mudahkan urusan saya, murahkan rezeki saya. Saya tak perlu nak bersusah sangat cari kerja.

Saya rasa terharu jugak sebab bos tempat saya kerja sekarang dekat Butterworth ni pun baik sangat. Dia tetap bayar gaji saya penuh even saya bagi notis xcukup. Mula2 saya xkisah sbb bos tmpat lama dah janji nak bayar notis tu. Tapi saya jadi terharu bila bos dekat penang ni sangat memahami saya. Dia tahu keadaan saya yang duduk jauh dengan husband, lepas tu stay sorang dekat kulim ni 2 bulan tanpa sapa2 yg saya kenal. Hampir sebulan kereta saya dekat workshop xboleh nak gerak gi mana. Memang ujian ni buat saya jadi lebih kuat, lebih berdikari...saya tak sangka yang sebenarnya saya kuat semangat macam ni dan boleh harungi semua ni sorang diri. Saya sentiasa bersangka baik pasti ada hikmah atas apa yang berlaku. Walaupun orang banyak cakap saya buat keputusan yang salah sebab balik kulim tergesa-gesa tapi saya buat semua ni untuk suami saya. Saya lepaskan jawatan & company yang saya dah rasa selesa untuk dia. Mungkin ujian ni atas kesilapan  yang pernah saya buat dulu. Mungkin juga ujian ni kerana Allah anak hadiahkan saya sesuatu yang lebih baik. Saya gembira dipertemukan dengan bos & kawan2 office yang baik sangat. Yang selalu bagi moral support dekat saya time saya rasa 'sorang' dekat sini. I will miss them a lot!!!!

Perancangan Allah tu adalah sebaik-baiknya...Alhamdulillah..berkat kesabaran saya selama ini Allah hadiahkan saya rezeki ni. Saya bersyukur sangat-sangat. Saya tak pernah sikitpun menyesal dengan apa yang berlaku dalam hidup saya. yalah..bila saya pindah balik kulim, husband pulak gi shah alam. Saya tahu ada "sesuatu" yang Allah nak tunjuk dekat saya. Alhamdulillah...saya rasa semangat diri saya lebih kuat dari dulu.

Terima kasih bos & office mate dekat penang. Terima kasih atas persahabatan yang terjalin. In Sha Allah korang akan sentiasa dalam ingatan saya...saat2 getir hidup saya dekat sini, korang yang banyak bagi semangat. Banyak bagi sokongan padu dan panduan hidup berumahtangga. Alhamdulillah...syukur