About Us

Tuesday, February 5, 2013

Cerita Accident Yang Lepas


Baru berkesempatan nak cerita dekat sini apa yang berlaku pada saya dan hubby last 2 days. Sangat busy dan penat uruskan macam2 benda. Saya sampai sehari suntuk kena migrain. sakit kepala sangat2. Terima kasih pada kawan2 & family yang banyak bagi kata2 semangat. Thank you jugak pada mereka yang buat musibah yang menimpa kami ni satu bahan jenaka & gurauan. Tak apalah....saya maafkan.

Malam kejadian, saya & hubby on the way nak balik umah kami dkt Kulim. Time tu agak lewat malam, pukul 12. 30 malam. Bertolak balik dari umah parent saya dah pukul 10 malam. Singgah hantar akak saya dekat simpang empat kankung terus ikut jalan dalam lalu sungai Petani. Selalunya bila balik, xpernah2 kami lalu jalan dalam. Direct highway. Tapi benda nak jadi, husband saya tetiba cakap xberani nak drive ikut highway. Takut ngantuk, lagipun highway kan straight je kan. kalau lalu jalan biasa ok ckit banyak simpang dan traffic light, xla ralit sangat. Saya iya-iyakan aje sebab dia yang drive ikut keselesaan dia. Mula2 asyik tanya dia banyak kali, "abang ok ke drive ni?" Dia cakap ok. "Ngantuk tak?" Dia cakap tak. Saya teman dia dekat sebelah, tapi entah macam mana saya tertidur. Sedar2 dengar dia menjerit laung "Allahu Akbar..Allahu Akbar..". Bunyi kereta berlaga kuat gila. Time tu saya hanya nampak kereta saya dah langgar belakang kereta kancil. Suami terus berhenti kereta dekat sebelah jalan. pegang tangan saya kuat2 sambil istigfar tak putus2. "Macam mana ni sayang?.." Dia takut dan mengeletar sambil pegang tangan saya. Saya bertenang. Istigfar dalam hati. Rasa jantung berdegup kencang sgt. Saya cakap dekat dia, "Xpe....benda dah jadi. Sabar.."

 Si pemandu kereta kancil dah marah2. Terus ambik kamera tangkap gambar saya, suami dan kereta kami. Saya cuma diam. Mungkin dia takut kami lari. Bertenang sambil sama2 dengan hubby mintak maaf dekat lelaki tu. Kami memang betul2 xsengaja langgar keta dia.. Hak dia sebab tahu salah kami.

Malam tu memang saya jadi tenang sangat. Alhamdulillah...mungkin banyak musibah dan dugaan yang saya hadapi, saya jadi kuat & tak cepat melatah walaupun sedih tengok keadaan kereta saya tapi saya bersyukur sebab semua yang terlibat selamat. Tak ada yang cedera. Then datang runner bengkel kereta. Tanya apa yang terjadi then kami cerita stau persatu. Lelaki tu masih marah2 tapi saya nak wat macam mana benda dah jadi. Saya akan claim insurance untuk cover semua kerosakan yang saya dan dia tanggung. Kereta saya kena tunda ke balai polis malam tu sebab xleh gerak kan. Merasa jugak dengan hubby duduk dalam kereta yang ditunda. Selalu tengok kereta orang, sekarang jadi dekat diri sendiri. sob...sob..(T_T)

Report dekat balai polis walaupun sikit je nak report tetap makan masa yang lama. Sampai dekat pukul 4 pagi jugak kami dekat balai. Kena saman sebab langgar belakang kereta orang. Akur sebab salah sendiri. Then, malam tu call abang ipar & adik lelaki minta tolong ambik kami dekat balai. kereta terus bawak ke bengkel. Tak tahu lagi nak repair dekat mana sebab hari ahd, bengkel banyak tutup. Sampai rumah dekat Kulim dah dekat pukul 7 pagi. Kepala sakit sangat2. Saya migrain...sampai rasa nak muntah. jalan pun tak seimbang. Sakit sangat.

Esok tu saya just tidur je sebab migrain. Urusan semua kena buat hari isnin, so rehat aje dekat rumah.


kerosakan cik pinky nampak macam sikit tapi makan masa jugak nak siap. Rindu kereta saya ni. terpaksa tinggalkan dia dekat bengkel jauh pulak tu, dekat sungai petani. Get well soon cik pinky! nanti leh teman saya gi keja & jalan2..


Dugaan ni tanda Allah sayangkan kami. In Sha Allah saya dan suami kuat walaupun sekarang suami cakap dia fobia bawak keta tapi terpaksa jugak sebab nak gi keja. Jauh2 macam ni..sorang2 pulak memang terasa tapi Allah takkan uji lebih dari kemampuan saya. Saya tahu saya mampu tanggung semua ni. Transport tak ada. Terpaksa tumpang officemate gi keja. Takut2 dan fobia bawak motor tapi terpaksa bawak gi umah officemate. tak nak susahkan dia ambik saya dekat rumah sebab jarak jadi berpatah balik. Hubby asyik minta maaf berulang kali dekat saya sebab rasa bersalah sebab kereta tu accident then saya terpaksa bersusah sebab tak ada transport dan sorg2 dekat sini tanpa dia. Tapi saya cakap tak apa, bukan kita mintak jadi macam ni. Ambik pengajarannya. Ada hikmahnya. Syukur kami selamat. Kereta leh claim insurance tapi nyawa xboleh claim. Apa yang pasti, dugaan ni buat kasih & cinta kami makin kuat.




11 comments:

  1. Dugaan..sbr..ada manis dsebaliknya

    ReplyDelete
  2. sabar ya kak. saya pulak rasa geram dgn pemilik kereta kancil tu. hish! cam sengaja pulak laki tu. apa pun nasib baik akak dgn cik abang akak tak apa2. sabar ya... Allah menguji kita kerana dia sayang dgn kita :)

    ReplyDelete
  3. sabar ek sis , insyaAllah ada hikmahnya ...

    ReplyDelete
  4. Sabar imah...ada sesuatu yang Allah...ingin beri kan...sabar ye....ana doakan imah semoga segalanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. sedihnya baca entry ni..hope imah sabar,k

    dila,pasir gudang

    ReplyDelete
  6. tak payah layan driver kancil tu, biar insurance company settle claim dia..

    ReplyDelete
  7. sabar ye...kuatkan semangat..
    ALLAH takkan uji kita kalu kita tak mampu nak laluinya...

    ReplyDelete
  8. dugaan..sabar ye awk..
    owner kancil tu mmg gengster kampung kot..=P
    belagak semacam..
    takde tolerate sesama bangsa...

    takpe la...setiap yang berlaku bersebab kan...insyaallah ada hikmah disebaliknya..=)

    yang penting awk dan suami selamat..

    ReplyDelete
  9. ya Allah.. sabar ye Imah..dugaan tuh.. xpela.. janji awak n huby selamat.. hope kete awak cepat siap.. samela pinky kite..hihi

    ReplyDelete
  10. Ya Allah. Ini semua dugaan. Alhamdulillah semuanya selamat. abaikan aje la owner kancil tu. kalau dia ada ugut lebih2, awak pegi buat report polis yang dia ada urut. kang lain pulak yang jadi. Banyak kan bersabar ye sayang. =='

    ReplyDelete
  11. aduhh lebih2 plak si kancil tu..if rasa macam dah diugut2 batter buat report untuk keselamatan..walaupun salah kita, dia kena la faham situasi.kalau apa2 terjadi kita dah ada report polis...bukan main lari macam tu ja..bersabar ekk..ada hikmah di sebaliknya..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!