About Us

Wednesday, January 30, 2013

Mari Men- DIY Photobook Sendiri


Korang mesti tahu pasal Pixajoy kan? kan? Bagi yang tak tahu, boleh klik dekat SINI. Kalau cakap pasal Pixajoy, terus kepala otak terbayang bab2 DIY photo book sendiri. Yippi!! Selalu bila online window shopping dekat Groupon mesti selalu ada sales photo book ni. Before kawen berangan-angan nak DIY sendiri (b2b bajet la katakan..semuanya nak DIY.Dasar kedekut! haha..) tapi last2 sebab OP saya tu kasi harga murah terus xjadi nak DIY. Ambik OP kawan sendiri HARUSlah dapat murah kan??. Later on la saya cerita pasal OP saya tu.


Tapikan,  disebabkan saya ni jenis suka bergambar, suka buat koleksi gambar, saya tetap berangan jugak Nak DIY sendiri photo book. Ingat nak beli dekat Pixajoy ni lepas kawen.  Tapi, mungkin rezeki orang nak kawen, ada officemate yang hadiahkan saya Voucher Pixajoy. Yeay!!!!! Gila suka hati. Dapat voucher tu dari bulan 8, expired bulan 2 ni. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak edit gambar. Download software Pixajoy ni dah lama..nak mengedit tu yang malas. Bertangguh-tangguh. So, sekarang memang dipaksa rajin! Tak nak ar hadiah orang bagi burn macam tu je..huhu. Sayang..sayang...



Saya nak letak gambar yang ada kronologi kisah saya & suami. Dari mula kenal sampaila dah kawen 5 bulan ni. Berpinar gak bijik mata nak pilih gambar. Lagi pening bila nak korek2 dalam lappy ni cari gambar kami berdua dulu2....Pilih gambar sambil senyum2 sendiri bila ingat semula apa yang berlaku dari dulu sampai sekarang. Dari zaman si kurus sehinggalah zaman si Chubby. Sob..sob...Cepat betul masa berlalu.

Nanti dah siap DIY, saya story mory dekat sini ye! Babai..

Tq for reading!

Monday, January 28, 2013

Genap 5 Bulan


Alhamdulillah..dah genap 5 bulan bergelar isteri. Even masih lagi ber PJJ, tapi semuanya tak jadi beban untuk saya. Just follow the flow.  Lagipun saya baru sebulan lebih kerja dekat penang ni, takkan tetiba nak berhenti kerja kan? Bukan senang nak cari kerja baru dekat area PJ or shah alam. At least, kena la planning financial saya untuk 4 atau 5 bulan mengangur (Amboi! lama betul berangan nak mengangur!hahaha). Bila baru masuk kerja, bukannya boleh sesuka hati nak cuti. Tambah2 nak ulang alik dari kulim ni gi sana untuk interview. Susah2.  Itu belum tentu dapat keja lagi. Huhu... So, kiteorang plan saya stay dulu dekat sini untuk beberapa bulan sehingga apa yang kami rancang settle satu persatu. Insha Allah..

Dalam masa 5 bulan, apa yang berubah erk??

Rasa banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Tapi tak adalah ketara sangat. Yang ketara pun si lemak2 tepu dekat badan ni je. hehe...Baby? belum ada rezeki. Orang bertanya tu ramai..normallah kan, bila orang baru kawen mesti orang akan tanya dah pregnant ke belum? Tapi saya cool jer. Tak adalah tension2 pun. Belum ada rezeki anak lagi kan. Then, saya minta orang yang rajin bertanya tu doakan kami dimurahkan rezeki untuk dapat anak cepat2. Amin..

Hal2 kerja rumah taklah banyak sangat berubahnya sebab before kawen, saya memang dah tahu buat kerja2 rumah. Masak pun dah selalu buat cuma belum sampai tahap "hebat" la. Setakat masakan kampung & simple2 tu saya tahulah masak. Husband pun jenis tak cerewet. makan je apa yang saya masak. Tapi bila balik umah mertua saya lansung TAK masak. Takut!!! haha..tahap confident diri jatuh tangga sifar!!!! Sebab family in law semuanya set2 tukang masak untuk kedai makan. Malu nak suruh diorang makan apa saya masak. So, saya jadi tukang potong2 sayur, siang2 ikan, perepare bahan untuk dimasak aje..hehehe. Jadi assistant saja dekat dapur. memang takut betul nak masak dkt umah mertua. Huhu...Dahlah berlainan negeri & cara masakan..sob..sob..Tapi, sampai bila nak ngelak kan????? (T_T) . Ingat raya cina ni balik umah mertua nak berguru cara masakan kelantan.


Dari segi urusan rumah tangga rasanya tak ada yang jadi beban untuk saya. pergi pasar, masak, basuh baju, lipat baju, kemas rumah semuanya dah selalu buat time bujang dulu. Time ni rasa bersyukur dan berterima kasih sgt2 dekat mak & ayah sebab train kiteorang wat kerja rumah & masak sejak kecik. Train kiteorang semua bangun awal pagi. Jangan nak membuta sampai tinggi matahari..so, benda tu semuanya saya praktikkan balik dalam perkahwinan. Si suami pun bukan jenis membuta sampai tegak matahari even time weekend pun. So, dah jadi geng! Time weekend selalu kiteorang  bangun awal, breakfast sama2 then pergi pasar. petang pulak kalau tak ada aktiviti nak buat dekat rumah, keluarlah beriadah =) .

Saya belajar untuk sentiasa wangi & cantik depan suami. Haha...gila malu tau bila husband selalu kemas & wangi sentiasa. Duduk rumah pun dia sentiasa bersiap kemas. Mula2 kawen dulu mesti tanya dia, nak keluar ke??? Bila dia cakap taklah, duduk rumah je terus rasa malu sendiri. Orang selalu cakap, perempuan kena cantik2 & selalu berhias untuk suami, tapi dalam hidup saya, suami yang start bersiap cantik & kemas wangi untuk saya..hehe...so, memang kena praktik jugak apa yang dia buat. barulah best kan?? Adil!



Ok..tu je nak carita kali ini. Rasa lama x update blog. Busy...& tak ada benda nak tulis.

 TQ for reading! 

Monday, January 14, 2013

Belum masanya Boleh duduk sama2. PJJ again (T_T)


Bila cakap dekat orang, macam kelakar pun ada. Yelah...dari duduk jauh usaha nak duduk dekat dengan suami, tapi bila duduk sebumbung dalam 3 minggu, si suami pulak dapat kerja dekat selangor. Alhamdulillah..suami dapat kerja dengan GLC. Rezeki buat kami berdua.  Alhamdulillah..

Kalau ikutkan hati memang sedih sangat. Sayu pun ada. Hampir menangis pun ada. Yelah, kena tinggal lagi kan. Emosi memang asyik terganggu. Tapi ini rezeki Allah bagi. Ini peluang untuk kami stabilkan hidup. Ini doa dan harapan kami selama ni. So, setelah apa yang diminta Allah tunaikan, untuk apa saya merungut? Untuk apa saya menyesali apa yang dah tertulis oleh-Nya?

Walau macam mana kami berusaha untuk duduk bersama, tapi kalau belum sampai masanya, takkan berlaku juga. Kami hanya sempat merasa 3 minggu duduk sebumbung, suami kena gi outstaion 10 hari. Time tengah outstation, dapat call dari company GLC tu suruh lapor diri hari ini. Alhamdulillah...syukran, bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi. Kami belum berpeluang untuk dapat rezeki anak, tapi Allah bagi kami rezeki lain.




Buat masa ni, saya masih stay dekat Kulim ditemani sedara saya. Bekerja seperti biasa. melalui hari2 macam biasa. Saya kuatkan semangat dengan beri kata2 positif pada diri setiap hari. Ini ujian buat kami, tak perlu merungut, tak perlu menyesal, semua ni ketetapan-Nya. Bersyukur dan gembira dengan rezeki yang Allah beri. Tak perlu tertekan. Redha dan hadapi sahaja. Ada hikmah yang tersembunyi.

Sekarang..hanya menunggu. If suami memang tak ada peluang untuk bekerja di Utara, saya akan sekali lagi berhijrah ke sana. Ikutkan hati dan perasaan, kami sama2 suka tinggal di Kulim, kerja di penang. Tempat ni sesuai dengan jiwa kami. Dah mula merancang dan meninjau untuk membeli rumah di sini. Parent pun sama, suka kami tinggal di sni. Tapi xsemua yang kita nak, kita akan dapat. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Insya-Allah...saya mula kuat semangat melalui kehidupan di sini dan dia di sana. Insya-Allah kekuatan tu masih ada dalam jiwa saya. Mudah-mudahan perasan tu kekal begini dan kami akan terus berdoa moga masih diberi peluang untuk tinggal bersama semula.

Sunday, January 13, 2013

Hadiah Birthday


Bukan hadiah yang buat saya terharu, tapi cara si dia menyampaikan hadiah untuk saya.

hadiah yang di selitkan di celah lipatan sejadah.

Buat saya tergamam, tersenyum..terharu...

Terima kasih suami.



Dan juga kejutan dari sahabat baik sejak kecil. 

Yang hampir buat saya menangis..

Terima kasih sahabat...




Ucapan dan doa-doa mereka yang setia dan selalu bersama saya,
Tika susah & senang..
My family, my friends..
Semuanya sentiasa diingati..


kasih sayang kalian sudah cukup untuk buat saya tersenyum..adanya kalian dalam hidup ini sudah cukup membahagiakan...

Terima kasih =)

Thursday, January 10, 2013

Hanya Mampu Berdoa




Lama terdiam dekat sini. Tak tahu nak tulis apa perkembangan saya yang terbaru. Kisah sambutan birthday yang lepas inagt nak tulis dekat sini tapi nantilah.... Tertangguh-tangguh sebab tak ada mood sgt skrg. Saya baru pindah duduk kulim xsampai sebulan pun lagi. 3 minggu tinggal sebumbung dengan husband, dia dah  kena hantar outstaion dekat Kuantan 10 hari, then next week pun akan tinggalkan saya lagi seminggu. Takpelah, tuntutan kerja, sebagai isteri harus memahami. Baru lagi bertukar ke sini tetapi, ada dugaan baru yang menjelma. Berita yang baik tetapi dalam masa yang sama jugak agak sedih lah jugak. Masih buat saya risau dan bimbang sampai sekarang. Kemungkinan kami akan ber PJJ lagi. Tak duduk sebumbung macam 3 minggu yang lepas. Tapi, masih menanti keputusan. Maybe next week kot tahu. Memang rasa moral down. Hanya menunggu jawapan yang positif. Mintak2 kami tak ber PJJ lagi. Kalau diingat pasal PJJ ni memang sedih, sebab dari time kenal, bercinta, bertunang, kahwin dah selalu PJJ tapi kalau dah itu yang tersurat buat masa ini, saya redha. Lagipun, tak salah bersabar untuk sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan kami berdua. Perancangan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya. Ada hikmah atas apa yang berlaku. Saya akan terus berdoa dan buat solat hajat agar doa kami dimakbulkan.

Doakan kami dapat hidup sama2 macam sekarang.

Wednesday, January 9, 2013

Baru Nak cecah..





Selepas 2 tahun punya blog, baru pageviews blog ni mencecah 500k. Alhamdulillah...Tq




Tuesday, January 8, 2013

Kadang-kadang



Kadang-kadang dalam hidup, harus  pandai berlakon..
Tersenyum, ketawa, untuk gembirakan hati orang lain,
Kadang-kadang juga harus jadi manusia yang kental hatinya,
Saat di uji, saat diberi musibah,
Masih sabar mengharungi..
Harus yakin,
Yang setiap yang berlaku ada hikmahnya..

Kadang-kadang terasa sudah tiada dahan untuk berpaut,
Sudah tiada tempat untuk berteduh,
Sudah tiada tangan yang mahu menyambut,
Kadang-kadang terasa bagai seorang saja di dunia ini.
Tak punya siapa yang dipercayai,
Tak punya siapa yang mahu memberi kasih,
Tak punya siapa yang mahu menemani..


Kadang-kadang terasa lelah bila seringkali di uji,
Terasa mahu berlari sepantas mungkin ke hujung dunia,
Mahu lari dari semua masalah..
Mahu lari dari mereka-mereka yang menyakitkan hati..

Kadang-kadang, sikap berdiam diri itu lebih mulia,
Dari terus menjerit menghamburkan rasa marah dan sakit hati,
Terpekik terlolong bagai insan tiada iman..
Merintih menangis tanpa noktah..

Ujian Allah tanda dia sayangkan hamba-Nya,
Kerana kita mampu menangungnya kerana itu kita di uji,
Saat semuanya tidak mahu memahami,
saat semuanya menuding jari menyalahkan diri ini,
menghukum tanpa sempat di adili,
Allah ada di sisi kita..
Allah tak pernah meninggalkan hambanya..
Tak pernah jemu mendengar setiap rintihan dan doa
Sentiasa kasihkan hambanya..
Hanya dia yang memahami dan maha menengetahui...







Friday, January 4, 2013

Terjebak Dengan Drama Setia Hujung Nyawa


Setelah lama xmelayan drama dekat slot Akasia TV3, last2 terjebak jugak akhirnya. Itupun lepas tengok  drama "setia Hujung Nyawa". korang tengok x? Sekarang ni sampai umah awal lepas keluar dari office. Encik suami pukul 7 lebih baru sampai umah. Makan malam pun prepare menu ringkas2 jer  so memang ada masa nak membelek cerita dekat tv. Hehe...



2 minggu tengok drama ni dah memang terjebak sungguh. Dah jadi macam tengok Drama Nora Elina dulu. Kalau boleh xnak tertinggal lansung tengok cerita tu. Sweet  tengok Ersalina & zain tu. Best bila rumah tangga sentiasa ada "gurau2 comel" cam diaorang. Eh? Eh? haha...

Novel setia hujung nyawa ni saya tak pernah baca pun. So, lepas terjebak dengan drama dia memang saya usaha cari la novel tu dekat kedai buku. Tapi dah namapun duduk dekat kulim kan, mana ada banyak kedai buku . Yang paling besarpun satu je. Tu pun dah sold out sbb ramai org berebut nak  beli. Then gi cari dekat popular dekat Penang megamall belakang office saya, pun sold out! siap orang tu tolong check kan lagi stok novel tu dekat penang, semuanya sold out! besar sungguh penangan darama Setia hujung nyawa ni kan? Nyesal time pesta gudang karangkraf hari tu xbeli. sob..sob....



Last choice, beli jelah online dekat Karangkraf Mall. Tupun kena tunggu 7-10 hari baru dapat. Huhu...sabar2. sambil tunggu kita layan drama je dulu k..Suka drama dia sebab "sweet". Boleh buat tersengeh sorang2 depan Tv. haha..


Thursday, January 3, 2013

Bertambah Lagi Satu Angka..


Assalammualaikum....

Alhamdulillah..hari ni genap 26 tahun umur saya. Haisy, dah tua dah kan "makcik" ni. Tapi perangai still ada yang macam budak2.....masih lagi rasa excited nak sambut birthday! haha...macam budak2 lagik! Tapi for me, selain dari sambut birthday sendiri, tarikh ni 3 january adalah tarikh yang akan saya ingat sebab time nilah mak saya bertarung nyawa untuk lahirkan saya ke dunia. Hari untuk mengingati pengorbanan mak saya. Love you mom! Love you so much!!! Sampai sekarang, ucapan selamat hari lahir paling bermakna dalam hidup saya tentu sekali dari mak saya.Huhu..leh nangis bila mak ucap "selamat hari lahir" dan doakan kebahagiaan nak tersayang. dah 26 tahun dah anak dia yg sorang ni..



Yang bestnya semalam, saya tak larat nak tunggu pukul 12 tengah malam macam cinderella. Tak larat nak tunggu "teman serumah" saya ucap happy birthday. Tak excited pun nak menunggu sebab rasa ngantuk & letih sangat.  Pukul 10 malam dah tido. hehe....Then tengah malam terjaga. tengok phone ada sms dari hubby & beberapa orang kawan saya. Baca sms hubby  buat saya rasa terharu sgt. Dia takut nak kejutkan saya bangun sebab nampak saya letih sangat, so dia hantar sms dulu. Dan pagi ni baru dia ucap live depan saya. pertama kali sambut birthday sebagai seorang isteri. Lebih terharu bila buka je mata ada orang senyum dan ucap "happy birthday" dekat saya kan. Birthday surprise? Tak ada. tercari-cari jugak tadi kot2 ada surprise ka hadiah ka tapi xada pun. Huhu...Main nyorok2 ye? haha...Tapi malam ni kiteorang ada  dinner dekat luar. Yeay!


Ok..itu aje nak cerita hari ni. Tq for reading!!!


Tuesday, January 1, 2013

01.01.2013


Alhamdulillah...dah melangkah ke tahun baru 2013. Happy new year!!! Semoga tahun 2013 membawa seribu kebahagiaan, rahmat, rezeki dan kesihatan yang lebih baik buat kita semua =)