About Us

Friday, November 30, 2012

Sudah Ku Borong Di Gudang itu!





Lunch hour tadi menyempat drive ke Karangkraf. Ada Jualan Gudang kan. haruslah di terjah. Ulat buku memang suka bab2 "sale" nih. Pantang ada, pasti ku jengah muka di situ walaupun kdg2 satu buku aje yang ku beli.  Lunch hour tadi sempat seret sama 3 org officemate ke sana.

Hari jumaat, lunch hour 2 jam pulak tu sempatla nak meronda ke sana. orang laki semua gi solat jumaat kan (walaupun saya perasan ada jugak yg buat muka xmalu x gi masjid), senang sikit kiteorang nak tengok2 buku. Sebenarnya, dalam kepala otak saya just fikir nak beli buku Abd jalil ali jer. Dah lama nak beli tapi tengah tunggu sale pun sbb kalau beli dekat MPH dgn popular xde diskaun. ok. sangat kedekut di situ. haha..

Orang xramai sangat. Yang ramainya masa time berbaris dekat kaunter. parking pun berlambak-lambak yg kosong. Nak parking tepi khemah buku pun boleh =P .Tapi kan leh pulak saya gi parking jauh2 sbb takut xde parking yang dekat2 khemah?  xpasal2 tengah panas terik kena jalan kaki. oh, lemak, silalah terbakor!terbakor! terbakor!


Sale memang giler2 ar..macam xcaya aje novel jual semurah 3 ringgit dgn 5 ringgit! giler murah!!! Tapi disebabkan diri dah lama xbernafsu dgn novel, lansung tak ada satupun novel murah tu di beli walaupun harga super duper murah. Cepatlah mood kembali!!! Rindu nak baca novel balik. Giler terkejut tengok orang borong novel macam borong ikan dekat pasar. siap penuh satu raga. Ada yang tak cukup satu raga, 2 raga!!!! 3 raga!!! pitam! Gerun betul tengok diorang. memang tabik spring lah! memang ratu segala ulat buku diaorang nih. kalau member sayalah, mesti dah buat booking  nak pinjam dah dekat diorang tapi sayangnya member saya mana ada yang geng "ulat buku " yang suka membeli cam saya. semuanya kaki meminjam  adalah. Huhu...


Curik  gambar ni dekat alaf 21 punya FB. Ya ampunn! tengok tu..sale sampai 80% ok!

so, ini hasil borong saya di sana...malas ambik gambar. curik dekat google aje.










Beli buku semua tajuk makan dgn  minum kan? macam perli diri sendiri pulak yang makin kuat makan. cendol tu my feveret tau. Teh tarik pun. Kopi O tak suka. tapi cucur bawang bolehlah layan tapi I lagi suka cucur kodok. heh, apa aku merepek ni? sudah..sudah....saya nak cerita pasal buku2 ni je. Buku2 ni semua tajuk bab makan & minum tapi isinya buakn pasal resepi nak wat semua benda2 ni pun. .Tak ada keja nak beli buku yang bagitau resepi wat teh tarik? cucur bawang? kopi o? oh, confirm mak i tak kasi kawen kalau bancuh air pun xlepas =P

Saya peminat hasil tulisan Abd jalil Ali. If korang selalu baca majalah seri dewi & keluarga, akan ada satu ruangan tajuk dia " wanita di mata lelaki". Dialh penulisnya. mak saya suka beli majalah keluarga ni & saya suka baca. dari situ saya kenal siapa Abd Jalil ni. Penulisan dia yang bagi saya begitu jujur & sinis. Macam menyindir tentang ragam hidup manusia pun ada tapi semuanya ada betulnya. Mula2 saya beli buku tajuk "asam garam gula & kopi". Rasanya 2 tahun yang lepas kot. Lepas tu asyik tertangguh nak beli buku2 dia yang lain. so, tumpang ada jualan gudang ni, saya borong lah 3 buku terus. memang tak sabar sgt nak baca! nanti I review k lepas habis baca.

Saya sempat grab satu novel untuk di baca. Novel ni dah lama keluar since tahun lepas lagi. tajuk Cucur bawang & Kopi O tapi baru sekarang menyempat nak beli. Huhu...Saya memang dah lama nak baca novel ni sebab ada reader yang cakap e-novel ke-2 saya "Cinta Si babysitter" tu ada persamaan dengan novel ni. Huhu...so, before orang cop saya plagerism or ciplak hasil karya orang baik saya baca dulu walaupun sebenarnya plot cerita Novel CSB dah siap lama dah pun. Tapi jadi malas nak menulis selagi tak settlekan hal ni. So, baik saya wat research dulu before menulis balik kan. Moga2 tak ada persamaan.

Total harga ke empat2 buku ni setelah di tolak diskaun 30% cuma RM 48. 90. Murah kan?

ok..tu jer nak cerita. Malam ni TAK balik kulim. Giler rindu dekat hubby. sob..sob....Takpe, next week aje kita jumpa. Huhu.... esok nak attend wedding my cousin dekat Meru. Lepas tu nak start wat last packing barang then jumpa my best friends. Tinggal lagi satu minggu jer lagi nak pindah.

Ok..daaa...tq for reading! =)

Review: DIY Bunga Telur


Bunga telur ni asalnya saya nak DIY sendiri sepenuhnya. Tapi disebabkan sibuk nak menyiapkan DIY bunga2 crepe untuk hiasan paper bag untuk tetamu, saya tak sempat nak buat semuanya sendiri. Then, mak teh saya offer diri untuk tolong saya siapkan bunga telur ni. So, saya ajarlah dia buat bunga tisu ni. Kiteorang wat sikt jer bunga telur ni. Dalam 250 aje. 100 untuk rombongan pihak lelaki dan lagi 150 untuk pakatan kampung saya.

Kira bunga telur ni saya tolong2 aje buat bukan semua 250 bunga tu saya buat sorang ok!

Nah..tempek banyak2 gambar bunga telur yang sempat di ambil. Macam biasa, tema wedding memang ke laut. suka hati je nak wat warna apapun.  hehe....




















Bunga ni semua pakai kertas crepe aje. Senang jer nak buat cuma bunga ros tu yang kena teliti sikit. Bunga carnation tu saya yakin ramai b2b yang dah tahu buat kan? sila angkat tangan kalau betul! (^_^) . Bunga ros tu ada macam2 style orang buat kan. Saya banayk belajar tutorial ni dekat Youtube. Giler rajin time jadi b2b2 dulu! skrg ni jer yg dah malas. sebab tu badan makin berlemak. Dah gemuk. hehehe...

Masa time dah siap letak telur & masukkan dalam bakul luper pulak nk ambik gambar. memang menyesal..huhuhu..

Saya masih simpan contoh bunga telur ni sebab nak wat kenangan. macam tu jugak dgn paper bag dan benda2 lain utk wedding saya hari tu. Semuanya ada sentimental value even semuanya simple2 aje...

Thursday, November 29, 2012

Stop Menulis blog lepas Kawen?



Mungkinkah????


Situasi Sekarang.

Saya dah kawen walaupun hidup macam orang bujang. masih menyewa dengan kawan2. Masih uruskan diri sendiri. Rasa nak makan, makan. Tak nak makan, xpayah. Rasa malas, nak tidur, tidur aje. Tak payah nak fikir hal orang lain. Memang macam orang bujang lagi bila duduk jauh2 ni cuma nak buat apa2 kena mintak izin hubby dulu. Saya tetap berblog lagi sama macam time bujang dulu. Tak stop pun. Siap tiap2 hari lagi rajin update kan. Rajin lagi nak menulis itu ini. Sebab blog ni wujud dulu bukan sebab bukan pasal saya nak kawen. Tak..tak.... Blog ni saya buat untuk cerita pasal life saya. Pasal apa aje yang saya rasa ada kaitan dengan saya tapi dah sebab sekarang baru2 kawen mestilah duk cerita pasal kawen lagi. Takpe, leh wat inspirasi untuk b2b lain jugak kan? kan? kan?..

Situasi Akan Datang

Sabtu depan, dah dapat duduk sekali dengan hubby dah. Hari2 akan tengok muka dia kan. Duduk satu bumbung, leh wat banyak aktiviti sama2, leh solat jemaah hari2, leh makan sama2. Kira banyak benda lah yang harus diuruskan sama2. Lepas ni tak payah nak ulang alik dah dari shah alam gi kulim. Tak payah rasa penat & ngantuk lagi tiap kali hari jumaat & isnin. Alhamdulillah......walaupun belum ada rezeki untuk dapat baby tapi Allah bagi saya rezeki untuk saya duduk sama2 dengan hubby. Itu yang saya selalu minta dan doa selalu. Dari time kami berkawan, bercinta, bertunang & berkahwin tak pernah dapat duduk dekat kan. tak pernah nak kenal dia sangat kan. Alhamdulillah...Allah makbulkan doa kami. Harapan kami.  Dulu tak menyempat nak bercinta sakan, so time kawen ni lehla nak  bercinta sakan kan. Dah halal lagilah best =)

Tapi kan, saya terfikir jugak. Bila duduk sekali nanti saya tak pasti samaada saya akan berblog sekerap sekarang. Banyak tanggungjawab yang menunggu dekat sana. Sekarang ni kalau balik keja, tak ada benda nak buat.  Leh lagi layan2 internet tapi bila dah duduk sekali suami harus diutamakan. hal2 rumah pun mesti nak kena settle jugak kan. Memasak, membasuh, lipat kain baju. Lepas tu spend masa dgn hubby kan. Mau merajuk dia kalau saya asyik duk belek lappy je kan. Sekarang ni kalau balik time weekend pun saya mana ada masa nak bukak blog kalau dia ada. Time dia keja baru ada masa nak tulis blog. hahaha...lagi satu dekat kulim tu line broadband saya ni slow giler tau! pagi2 buta je yang ok. Huhu....bilalah nak pasang streamyx kan. husband cakap tiang telefon pun tak nampak cmne nak pasang streamyx? huhu...

Dengan situasi keja baru yang saya tak tau macam mana. Entah2 lagi teruk dari sekarang, lepas tu company strict gila. Takut, takut! seyes..fikirkan keja baru ni saya memang rasa seram sejuk. Ikutkan hati memang tak berapa suka, tapi disebabkan tanggungjawab & encik suami saya harus belajar suka. Huhu....dlm hidup tak boleh tamak. Dah dapat apa kita nak pun dah syukur Alhamdulillah. If ada benda yang masih belum dpat pandang dari sudut positif. Mungkin Allah tak bagi benda tu lagi dekat kita, tapi dia kasi benda lain dulu kan. Rezeki ni ada macam cuma manusia selalu tak cuba untuk sedar, fikir & bersyukur.

Saya tak rasa saya akan stop berblog lepas ni tapi yang pasti saya mungkin tak akan seaktif sekarang kan. Itupun bergantung pada situasi saya dekat sana nanti. If ok, maybe saya akan update entri selalu. Lagipun, saya dah fikir, lepas balik sana nanti nak tumpukan pada manuskrip novel saya yang belum siap tu. Dah lama deal dengan pihak penerbitan sejak tahun lepas lagi tapi xjugak siap2. Diaorang pun agak2nya dah lupa. Huhu....Hubby pun dah bising2 suruh saya tumpukan pada minat saya tu balik. Dia banyak bagi support dekat saya untuk siapkan novel tu walaupun kdg2 saya rasa saya tak mampu lagi untuk teruskan.

Tapi saya masih ada masa 2 minggu untuk start keja baru. So, dalam tempoh tu saya ada banyak masa lagi untuk berblog. lepas tu, bergantung pada keadaan la. Kita tengok macam mana nanti. Apa2 saya akan storey mori dekat sini.


P/s: tengok blogger perempuan lepas kawen ramai yang tak berapa nak aktif. kebanyakannya lah..so mungkinkah saya pun sama macam mereka nanti?

Review: Guestbook Corner Di Majlis Saya


Rasa macam dah banyak wat review kawen. tapi xjugak habis2 lagi. haha....ok, Hari ni nak story pasal Guestbook corner dekat majlis saya. majlis bertandang pun same jugak sbb guna pakai balik apa yang ada.

Guestbook corner ni saya DIY sendiri termasuklah Guestbook tu sekali. DIY jugak. Tapi saya tak tulis "guestbook" dekat kulit depan. Sebab duduk kampung, kenduri kampung saya rasa lagi suka tulis bahasa melayu aje atas buku tu. Bab DIY tu nanati saya cerita lain k. Now, pasal dekorasi meja guestbook kami.

Meja, saya request butik yang provide meja makan saya yang sediakan. Ambik meja bulat saiz sederhana jer. meja tu mmg dah siap berhias dengan bunga dekat alas dia. Saya just deko dekat part atas meja je. Kedudukan guestbook corner ni bawah khemah pengantin. So, siapa yang datang nak jumpa pengantin, akan tulis lah ucapan dekat dalam buku tu exspecially kawan2 & sedara mara sayalah. kalau nak mintak semua tetamu yang datang tulis memang tak cukup muka suratlah jawabnya. hehe..

Disebabkan kami ni sama2 pemalu, sama macam cerita Bunting si Pemalu tu (klik SINI), saya takkan letak gambar saya dekat sini. haha...Tapi teringin jugak nak letak gambar kan, so saya decide latak gamabr kami berdua time kecik2. kecik sgt sampai orang pun fikir yang mana pengantin lelaki yang mana pengantin perempuannya. Dahlah tu, letak gambar comot2 lak tu!







Frame ni saya beli dekat Jusco harga dalam RM 5 satu. So beli 2. Pilih warna putih sebab saya suka frame gambar yang warna putih. pen warna warni tu beli dekat popular. macam2 harga ada. gelas tempat letak pen tu rembat gelas dekat umah je. Saya ada letak hiasan bunga orkid dekat sini tapi tak nampak pulak gambarnya. huhu...

Dan ini pulak guestbook saya..











Overall, memang simple2 aje! rasanya semua part2 wedding saya semua simple sama macam tuannya. Ye tak? hehe....

Ok..tu je nak cerita. nanti update pasal DIY guestbook ni pulak. 

Wednesday, November 28, 2012

Review: DIY Hantaran kawen (My side)


Review lagik! ok..azam nak cepat2 habiskan review wedding ni.

Ok, part hantaran memang saya & encik husband jenis tak kisah sangat. Kira hantaran ni saya letak part last sekali. Cuma barang tu beli sikit2 lah. Saya beli barang saya, dia beli barang dia then tukar. Nak wat cam mane, duduk jauh, susah nk jumpa. Encik suami pulak bukan tiap kali sabtu ahd tu dia confirm cuti. ada time kena keja. So, time ni mmg bnyk independent! yeah..

Hantaran semua barang simple2. Pasal bab nak hias hantaran bulan 8 nak kawen, bulan 8 tu jugakla baru nak fikir nak hias cm mana hantaran. Pikir nyer pikir saya decide nak pakai bakul je. sebab leh main letak2 je atas tu. Seyes, time ni memang tak ada idea lansung nak hias cm mana. Huhu...

Saya beli bakul ni dekat kedai bunga Vivian dekat chow kit. Murah je. RM 6 satu bakul. Saya beli 8. Hantaran semua 9 dulang tapi cincicn saya letak atas bantal hantaran yang saya DIY. Takkan nak letak dalam bakul pulak kan? macam xsesuai pulak. huhu...

Ini bakulnya...RM 6 aje satu


Bunga reben yang keliling bakul tu pun beli dekat kedai vivian jugak. 1 m tak ingat berapa ringgit tapi rasa macam bawah 2 ringgit jer. 1 bakul pakai 1 m. so belilah cukup2 untuk 8 bakul. Gam tembak pun beli jugak sbb senang keja nnti. Tapi saya beli yg murah jer. dekat Mydin ad jual. lepas tu beli span untuk cucuk2 bunga. Idea mmg senang. letak barang dalam bakul, lepas tu letak bunga. Kain satin tu 1 m rasanya RM 2. Murah jer..beli sikit cukup2 untuk letak dalam bakul.



Esok nak kenduri, petang tu baru sibuk nak buat hantaran. saya buat sendiri dalam bilik sebab orang lain semua busy buat kerja2 lain.Maklumlah kenduri kampung, bnyk benda yang kena buat kan. Oh ya, bunga untuk hantaran ni saya beli dekat kedai bunga seksyen 18 shah alam. 4 jambak 10 ringgit. saya beli 8 jambak, so 20 ringgit jer. kesemuanya. Lepas tu beli jugak bunga comel2 kecik2. harga 4 atau 3 jambak 10 ringgit. Murah jer. beli 2 jambak.Total untuk hiasan hantaran cuma RM 40 lebih ( xtermasuk harga bakul). Ada lebihan bunga saya siap letak dekat kepala katil lagi. Reben saya guna yang mana lebih2 je dekat umah.

Then saya main letak je semua barang hantaran dalam bakul yang dah saya siap hias dengan bunga





















itu aje kot. sebelah lelaki bagi hantaran warna hijau lumut nih. sebab tu hantarn saya warna biru & pink. Saya dulu mana pikir pasal warna tema wedding. suka hati ja nak wat warna apa. hahaha....

Eh..eh..lupa pulak. yang bantal hantaran untuk cincin tu saya buat warna putih. beli jer polistren bentuk bantal yg ada jual dekat kedai bunga. beli dekat kedai bunga seksyen 18 jugak. Harga dalam RM 5 xsilap. Balut dengan kain putih, then hias sikit dgn bunga. Dah siap!



So total saya habiskan untuk hiasan hantaran memang less dari RM 100. kalau dekat kedai mahu satu dulang 50, 9 dulang 450 kan?. So, DIY lagi jimat walaupun hasilnya simple aje. macam saya jugak. suka simple2 tak crowded sgt. hehe.....Tapi kan bakul2 tu semua dalam simpanan mak mertua. sebab leh recycle balik kan lepas ni. Guna untuk adik2 yang nak kawen or bertunang pulak =). so, memang sikit jer total loss damage untuk hantaran ni.

ok. tu je review kali ni. Nanti update lagi.

Semua xleh makan. Habis, nak makan apa je ni?


Mood minggu ni memang tak berapa nak baik sebab tu rajin sangat update blog.  Tension pun ada dengan keja. Sebab saya cuma tingal lagi 1 minggu 3 hari jer dekat tempat keja skrg. patutnya time ni dah boleh relax2 sikit, clearkan apa yang patut then hand over keja dekat orang lain tapi sebaliknya yang berlaku....orang baru xmasuk-masuk pun lagi so camne nak handling over keja ni? keja ni sampai bila pun takkan habis. Saya akan siapkan part keja saya then resign on time. Sebab tu skrg baik hati siap angkut keja balik rumah. Huhu...

Ok..back to main topic, masih pasal allergic saya ni. Hari tu lepas inject dah ok sikit dah. kurang naik bintik2 merah tapi kejap je. Hari ni berlambak pulak naik. Tengah fikir apa yang saya makan semalam. ayam? roti? nasi goreng ikan bilis? huhu...gatal sungguh. Then, gi jumpa dr lagi. Doktor advice jgn makan seafood, jagn makan ayam, jgn makan gandum, kekacang, soya, ikan pun xleh. Huwa.....roti pun xsemua roti leh makan. Telur pun xleh. Huhuhu...habis ape je leh makan ni? maybe jadi vegetarian pulak lepas ni. Makan nasi berlaukkan ulam? erk!

Saya dah dapat alamat doktor pakar kulit dekat Kulim. Insya-Allah akan ke sana dengan husband dalam masa terdekat sbb senang nanti nak follow up semua dekat sana. Pray for me..

Yang positive nyer...disebalik penyakit allergic ni, dengan kena pantang makan macam2 jenis (oh! sungguh sadis!) saya maybe leh mula berdiet kan. Turunkan balik berat badan yang bertambah-tambah lepas kawen ni...muka pun dah tembam semacam sekarang..hahaha...see...

Ok. ada harapan nak kurus lah lepas ni. Nak cepat baik kenala ikut cakap doktor kan. Mujur saya kaki makan buah-buahan kn. Tapi...paling sedih bab parut yang penuh di tangan ni..huwaaa...


Takpe, saya terima semua ni sebgaai dugaan =). Ada hikmah apa yang berlaku kan. Harap2 bila pindah balik kulim nanti dah tak allergic lagi.


Ok...tak sabar! tak sabar! tak sabar nak resign. cepat la orang baru masuk. huhu..banyak benda nak handling over ni. Plz!




Tuesday, November 27, 2012

Review: DIY Makeup on My Wedding (Part 1)

Since ada yang bertanya pasal DIY makeup saya & ada jugak beberapa orang yang email mintak tips2 makeup sendiri dari saya, so dekat sini saya nak share sikit dengan korang. Setakat yang saya tahulah...huhu.

Untuk wedding, saya hanya menggunakan khidmat makeup dari butik time resepsi sebelah pihak saya aje. Time nikah & bertandang saya makeup sendiri. Mula2 masa saya decide nak makeup sendiri saya memang tak nak gitau sapa2. Kalau saya cakap pun tak ada orang yang nak bagi moral support. semua suruh hire makeup artist aje. Majlis kawen hanya sekali so bagi jer mak andam makeup cantik2. Dari buat moral saya down baik saya diam aje. Sebab org takkan faham sebab2 saya fikir nak makeup sendiri melainkan encik suami & family.

Sebab utama saya nak make up sendiri, saya takut sangat kulit muka saya jadi teruk, berjerawat, naik bintik2 merah bila kasi orang lain make up kan. Kulit muka saya ni kan jenis sensitif lepas tu allergic pulak. Tak bleh guna sebarangan product nanti boleh jadi macam2 & gatal2, merah2 macam udang kena bakar ( saya sangat alert part2 ni tau) . Tapi, nape saya suruh org make up kan jugak masa time resepsi? sebab saya takut saya makeup x ok kan. So, nak jugakla org make up kan kasi cantik masa kawen. Tapi dalam hati dah fikir dah, if lepas org make up saya rasa gatal2, saya akan cuci make up then make up sendiri. So, apapun saya tetap nak ada org makeup time wedding cuma bukan untuk semua majlis.

Sebab kedua sebab mak saya dah warning awal2, jgn make up tebal2 time kawen, natural sudah sbb dia kata dia takut bila tengok muka pengantin yang kalah opera cina. haha....lawak betul mak saya ni. Baiklah mak! saya risau bab makeup ni sebab ada setengah orang makeup dalam gambar nampak cantik tapi bila depan2 nampak tebal sgt. Satu lagi encik suami pulak cakap dia xnak kawen dengan hantu so lagi2 lah saya risau kan. Dia cakap make up biasa pun takpe dia xkisah yg penting bukan buat dia takut bila tengok muka saya. Hahaha...

Sebab Ketiga, sayakan b2b ekonomi. So, kalau boleh nak cut cost mana yang tak perlu. Harga makeup ni kena pandai cari. Ada yang murah ada jugak yang mahal. Mostly 200 ke atas lah. Itu harga butik, kalau datang rumah lain pulak caj nya. If nak hire mak andam yg bagus tapi lokasi pulak jauh kena tambah lagi kos transportation kan. So, saya memang pikir betul2 pasal ni.

Dekat luar saya bukannya orang yang kaki makeup. Simple aje. Ada mood2 baik tu saya makeup lah jugak. Tapi ikut keadaan gak. Saya lagi suka yang simple & tak over sgt.  Tapi bila nak try makeup untuk wedding sendiri haruslah belajar makeup. So, mulalah google sana sini, blogwalking & tengok youtube tutorial untuk makeup.  Huhu...walaupun banyaaa.......kkkk lagi bab makeup yang saya tak pandai, tak tahu buat tapi saya hentam jer conteng2 sendiri muka. Haha...so ginilah hasilnya...

Time Nikah..

Dari depan..



Dan ini pulak masa time bertandang...



ambik gambar pakai kamera sendiri. mengada betul time ni. haha..




Makeup saya memang simple so kalau dibandingkan dengan mak andam memang jauhlah kalahnya tapi xpe untuk muka sendiri kira saya puas hati. Suami pun suka macam ni jer. barang pun guna setakat yang saya tahu & ada aje. untuk part 2 saya akan wat review macam mana saya belajar make up ni.

Insya-Allah...

Our Home Sweet Home: Setelah 3 bulan.......


Ingat tak sebelum ni saya pernah cerita masa mula2 saya masuk rumah sewa kami cuma ada sebuah meja & sebiji Tv saiz 14 inci. Boleh dikatakan kosong. kalau cakap pun leh dengar suara bergema. Haha... Maybe sebab rumah ni husband sewa sebagai persediaan masa kami kawen nanti & untuk dia duduk time dia kena transfer 6 bulan keja dekat kulim, so rumah mmg xada apa. Kiteorang sewa rumah teres 3 bilik dekat sana.

Bulan yang pertama lepas kawen, kami masih lagi belum dapat decide nak duduk mana. Shah alam or Kulim? Lagipun dengan status colon simpanan encik suami dengan syarikat GLC lagilah kami xleh nak decide. kejap2 rasa cm nak duduk selangor, kejap2 rasa nak duduk kulim tapi ikutkan suami dia lagi sukaaaaa.......duduk Kulim. Kalau si isteri lagi la suka cuma time tu takut xdapat keja je. hehe...

So, bulan pertama kawen kami hanya beli barang2 dapur & sikit2 barang asas untuk rumah aje. Beli periuk & kuali ( sbb hadiah kawen xdapat kuali & periuk besar), beli tempat pengering pinggan, beli bakul sampah, baldi, mop, besen, papan pemotong, pisau, tong gas, dapur gas, tempat letak barang2 dapur yang kering dan lain2 yang kecil2. Beli jugak benda2 untuk cuci rumah dan bahan2 kering untuk masak. Mula2 beli yang kecik2 sebab rasa senang sikit nak di angkut if nak pindah duduk selangor. Sekecik-kecik barang pun bila dicampur-campur beratus jugak habisnya. Huhuhu...Time ni bila balik kulim kiteorang gi beli barang basah dekat pasar then saya terus masak sebab tak ada peti ais kan. Baju pun hari2 cuci tangan. Tapi saya weekend aje baru ambik alih keja tu...hehe.

Bulan yang kedua, lepas saya asyik emo2 tak nak PJJ lagi then kiteorang decide sama2 nak duduk kulim & lupakan aje soal calon simpanan dia yg tak dipanggil panggil tu. Anggap aje tak ada rezeki untuk kami. Letih nak menunggu benda yang tak pasti ni. Sob..sob... So time ni barulah kiteorang plan beli barang2 lain. Tupun lepas saya dah dapat kerja dekat penang. First beli langsir untuk rumah dulu. Rumah tu macam xad orang duduk je sebelum ni sebab besi nak sangkut langsir pun tak ada. So, railing besi tupun kiteorang kena beli jugak. Encik suami beli then pasang sendiri. Time ni usaha balik kampung pinjam mesin drill tu dekat ayah saya. Mujur kampung dekat. Langsir saya beli yang dah siap berjahit dekat nagoya. Beli untuk ruang tamu, bilik tidur utama & pintu. Then, beli barang yang besar2 macam peti ais, mesin basuh, kabinet dapur, penyidai baju  untuk luar rumah& rak pinggan . 2 barang elektrik & 3 perabot rumah. So, time ni saya paling lega & suka hati sebab dah complete dan part dapur rumah. hehe...

langsir yang saya main pilih aje asalkan tingkap ni bertutup udahlah. hehe...warna tema memang ke laut sbb tak fikir lagi pasal deko rumah yang penting complete kan barang rumah dulu

Peti ais 2 pintu jenama panasonic. Barang dalam ni kejap je habis sebab kami sama2 kuat makan 

Mesin basuh yang cepat & pantas pencuciannya!

Kena beli sendiri kabinet untuk dapur gas NI sebab umah sewa ni tak ada kabinet dapur. huhu...

penyidai kain di luar rumah. Si isteri gagah nak beli penyidai kain yang besar then leh sangkut baju banyak2 padahal penghuni rumah ni 2 orang jer. tak pe..for long term kn. Puas hati sebab banyak space untuk sidai & sangkut baju.hehe..

Meja serba guna. Tempat letak barang  & preparation bahan nak masak

Rak pinggan. Pinggan mangkuk putih yang saya guna ni adalah pinggan hantaran time tunang hari tu tau. hehe..berbaloi beli pinggan & mangkuk ni wat hantaran sbb leh guna balik lepas kawen.

Barang elektrik & perkakas dapur memang dah complete sebab banyak yang saya dah ada time bujang & dapat sebagai hadiah kawen hari tu.

My simple & small kitchen. Alhamdulillah...dah complete pun =)

Bulan Yang Ketiga, barulah kami dapat beli Tv. Itupun sebab saya tak puas tengok tv kecik. Tak nampak & asyik berebut dengan encik suami cakap kepala dia besar sgt selalu halang saya dari nampak tv. haha... Tapi kami xlah beli tv yang harga ribu riban tu..survey2 dapat harga promosi  yang affordable, so grab aje yang saiz 32 inci (samsung). Then beli pulak rak tv sementara yang kecik & murah dekat giant. Disebabkan pakai tv LED, kalau pakai internal antenna biasa gambar xcantik. So, trylah beli antenna HD jenama giant. Nak pakai outdoor nyer antenna susah pulak sbb umah sewa jer pun. Lagipun dekat depan rumah  dah ada extended bumbung untuk porch keta. tak tahu nak sangkut antenna dekat mana. Mahal sikit HD nyer antenna ni (RM 50) tapi berbaloi sbb gambar dekat tv lebih cantik dari dulu la tapi TV 2 je yang x clear sgt. nak pakai astro, husband xbagi. membazir katanya. Saya ikutkan aje kata ketua belanjawan family ni. Best dah bila ada Tv ni sbb sama2 leh layan movie =)

Tv baru & antenna baru ( dekat atas rak buku yg warna hitam tu antenna nya. Cute kan rupanya? ). Meja  untuk tv yang kecik ja tak nampak la pulak.

Then, di sebabkan lantai depan bilik air cepat basah then saya beberapa kali nak tergelincir belilah floor mat dekat Giant. Time promosi. satu plastik yang ada 4 floor mat tu harga Rm 13.99, so saya beli 4. main tampal2 dekat depan bilik air. Lega sbb dah tak licin dah =) .


Floor mat ni buat lantai tak licin lagi!

lepas tu husband cakap nak beli rak kasut bertutup letak dekat depan pintu rumah tapi buat sementara beli jer dulu rak kasut comel ni dulu. Selipar letak atas lantai aje.

comel aje rak kasutnya. Tunggu si isteri bawak balik kasut dari shah alam nanti. Confirm tak cukup space! hehe..


3 bulan ni memang rumah kiteorang belum complete sepenuhnya lagi tapi kira barang2 penting tu semua dah ada. Barang dekat bilik pun ada yang tak complete lagi. Pakai yang mana ada time bujang aje. Sofa dengan meja makan pun kemudian2 ni lah beli.  Sekarang dekat ruang tamu ada 2 biji bantal besar je buat lepak2 tengok Tv. (bantal nikah hari tu) Nak beli semua sekaligus memang banyak duit pakai. Beli yang sikit2 ni pun duit keluar macam air tapi bersyukur sangat sebab kiteorang dapat beli barang2  ni cash.

Duit untuk beli barang rumah & honeymoon memang kami simpan asing dari duit preparation kawen. Benda2 lain sikit2 ar beli lepas ni. Step by step ikut mana yang paling penting. Duduk jauh ni (PJJ) lagila banyak duit nak pakai. Duit duk ulang alik shah alam-Kulim & duit untuk benda2 lain pun kena spend jugak. Belanjawan kena bahagi 2 pihak sbb duduk asing2. Siapa yang pjj  tentu faham. Rasa kalau duduk sekali lagi banyak jimat. Kena banyak lagi kumpul duit & berjimat cermat untuk  completekan barang rumah & usaha untuk beli rumah sendiri. Oh duit2...di mana kau duit......





Monday, November 26, 2012

REVIEW: Bunting Kawen Si Pemalu!




Saya tempah kad kawen saya time tengah ada promotion dekat pameran pengantin. So, dapatlah percuma 1 bunting bila order kad kawen 1000pcs kn. Mula2 ingat nak wat bunting biasa, xnak letak gambar kami. Tapi staff kedai tu cakap rugila tak letak gambar sebab kos letak gambar free jer. Tapi kami ni kan pemalu. Hehe…segan nak letak gambar dekat bunting plus saya tak nak tunjuk dekat orang siapa bakal suami saya dekat umum. Suka main nyorok2 kan..hehe..

So, fikir nyer fikir…saya decide nak letak gambar separuh jer…Bukan separuh badan la tapi gambar dari sudut tepi (kalau separuh badan saya akan pikir letak part kaki aje. Haha..). So, gambar dari tepi kira macam kiteroang ni nak tunjuk muka tapi malu2 pulak. So, saya wat lakaran dekat kertas & email dekat diorang design bunting yang saya nak. Alhamdulillah…diaorang cakap diorang leh buatkan. Tapi masalahnya, saya tak ada gambar dari tepi. Encik suami pun. Nak jumpa tangkap gambar berdua jangan harapla kan sebab kiteorang duduk jauh2. Berjumpapun jarang. Hal kawen main settle sendiri2. So..saya mintak Encik tunang tangkap gambar dia dari tepi then email kan dekat saya. Dan gambar saya dari tepipun saya minta roommate tolong ambik kan. So, nanti pandai2 la staff dekat kedai tu super imposed kan gambar kiteorang.

Dan…nah…siap dah bunting kiteorang yang pemalu ni! Saya gantung dekat khemah pengantin . Sebab malu, hari kenduri before gi masjid untuk akad nikah baru saya gantung. Konon2 tak mau tunjuk muka bakal suami. Surprise la konon-kononnya….padahal malu.






Simple aje design bunting si “pemalu” ni. Saya request nak letak symbol cincin dekat tengah2. Oh ya..untuk b2b yang masih tercari-cari dekat mana nak tempah kad kawen saya suggest kan dekat Grazine. Paling saya suka dekat Grazine ni sebab design dia ada macam2, harga murah then paling best service diaorang tip top. Pagi hantar draft kad kawen, petang dah sampai dah email dekat kita suruh check. Even saya keja bertukar2 draft kad tapi diaorang sempoi je layan. Cepat & pantas! Semua pakai email jer.Kedai diorang dekat klang. .G la jenguk2 ye! Link saya dah kasi dekat atas tu. dekat nama Grazine. Klik aje anda akan terus sampai ke sana.

Kad kahwin saya edisi ekonomi nyer. sekeping 35 sen aje. ambik both side. senang. Jimat2. Ni entri pasal kad kawen saya hari tu..klik SINI

Nuffnang sayang! Terima kasih! Terima Kasih!



Akhirnya...akhirnya..setelah 3 bulan setelah sekian lama menunggu BE baru muncul, barulah blog ini dapat BE (CPUV). Sabtu lepas dah dapat senyum sampai telinga bila check earning dekat Nuffnang rupe-rupenya dah ada 2 BE sedang menari-nari dekat blog ku ini! Selama ni hanya berharap pada iklan CPC aje yang menari di sini. Alhamdulillah...dapat CPC pun sikit2 lama2 jadi bukit gak kan? Tapi bila dapat BE lagilah suka!!!! sebab leh laju sikit  panjat bukit. hehe.. Thank You Nuffnang!



Since blog dah bertukar wajah baru perasan ada BE baru muncul. Ni kira hadiah tukar template baru kot. Hahaha...maybe before ni Nuffnang merajuk sebab kedudukan ads tak berapa nak bagus kot. sebab tu sampai 3 bulan tak dapat BE. Huhu...Yang pasti, bulan ni bukan satu BE dapat tapi dua! Satu Digi prepaid smartplan & satu lagi Astro fear factor Alhamdulillah..rezeki , rezeki.  Sayang Nuffnang lebih2!




Saturday, November 24, 2012

Review Filem: Pontianak Vs Orang Minyak


Baru lepas tengok filem Pontianak vs orang minyak. Dapat tiket murah, so layan aje cerita ni bersama Encik suami dengan high expectation yang filem ni best sama seperti sinopsis nya. Before saya buat review, mari baca dulu sinopsis Filem ni




Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita.
Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka.
Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.
Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur.
Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.
Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.
Apa akan jadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan jadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?
REVIEW SAYA
Filem ni tak seperti apa yang saya expect. Plot bercerita tak berapa nak berkembang. kalau ikutkan daripada sinopsis filem memang filem ni bawa banyak kelainan dari filem2 melayu yg biasa ditonton sebelum ni tapi hasilnya tak seperti yang saya bayangkan.  Bagi saya ada babak yang dirasakan tak perlu dan meleret-leret. namun dari segi komedi memang  unsur kelakar tu  ada. Masih buat saya ketawa tak henti2 lebih2 lagi part Johan & Nabil. Tapi ada jugak part2 lawak yang tak berapa nak menjadi. Apapun, filem ini masih tetap menghiburkan & masih boleh buat korang ketawa tak henti2 =)

Review: Cinderella Wedding Creation


ok...hari ni just nak review  butik pengantin yang  gojes ni.  area  Jitra kedah. Since ramai yang tanya dekat mana saya sewa baju time resepsi hari tu, so saya nak menjawab dekat sini. hehe...Butik ni yang provide baju pengantin & make up saya masa majlis resepsi sebelah pihak saya.

Cinderella Wedding Creation. Lokasi : Pekan Jitra 3 ( belakang Jitra Mall)

kalau tak silap, butik ni baru setahun lebih bukak tapi perkara pertama yang saya berkenan sangat dengan butik ni sebab baju dia cantik2 & modern design! Lepas tu service tip top even saya tak ambik pakej pun. Just sewa baju dengan make-up. Tapi diaorang layan customer baik. Siap bagi suggestion lagi baju mana yang sesuai dengan kita, dengan bentuk badan kita. Kira komen jujurla....tak adalah dia main setuju je kita nak pilih baju mana kan padahal baju tu tak sesuai dengan kita & pasangan..hehe. Hasil dekorasi untuk pelamin, bilik tidur dengan meja makan pun cantik2. Paling penting, harga memang murahlah dengan service yang diaorang kasi sbb masa saya survey2 beberapa butik yang top2, mmg butik ni bagi harga paling murah. saya dapat sewa sepasang baju dengan aksesori RM 400 je sepasang.

meh tengok contoh  baju dari butik ni..






Dan ini Pelamin hasil deco diorang..





Untuk b2b area kedah, yang masih mencari man abutik pengantin yang gojes2 tapi harga berpatutan lehla gi survey dekat butik ni. Highly recommended. Silalah melawat ke FB diorang Di SINI

Friday, November 23, 2012

Tangan Sudah Buruk!


Tangan saya dah Buruk.Huhu...dah penuh dengan parut2...hari ni jadi parut esok naik lagi bintik merah baru. Dah sebulan jadi macam ni. Dah 3 klinik pergi tapi x jugak baik2. "penyakit lepas kawen" la kot....huhu...Nak kata allergic sebb pregnant tak jugak sbb x pregnant pun lagi.Huhu... (tahu tak betapa kecewanya saya bila UPT hanya ada 1 line?)

Saya tahu saya mmg allergic dengan environment mcm air, product, debu hama dll tapi selalunya taklah jadi seteruk ni sampai segala corak2 "tak berapa nak indah" melakar dengan penuh bebas di tangan dan kaki. Dah tu xnak baik2 walau dah makan ubatpun. Before kawen tak pernah kena allergic pasal makanan, tapi sekarang ni macam dah jadi alergic makan la pulak. Doktor pun tak dapat detact allergic apa pulak kali ni. Huhu...

tak berapa nampak sgt...tapi kalau perasan bintik2 merah banyak dekat tangan

Tadi baru lepas kena 2 injection. Dah ok sikit gatal2. Lepas ni kena refer pakar kulit untuk scan dan tahu allergic apa. Sob..sob..


scary tengok tangan sendiri


Mata dah ngntuk sbb kena injection tadi. patutnya dapat mc tapi saya tak nak. Mahu mengamuk bos saya sbb asyik mc keja pulak banyak. dah nak resign ni banyak keja. penganti baru pun tak masuk lagi untuk take over keja. seyes saya dah rasa stress sgt sbb kemungkinan besar tak dapat resign on time. cuti yg ada kena tolak balik (diorang bayar) sbb terpksa siapkan keja padahal saya dah planning nak cuti seminggu before start keja baru. Memang kecewa...huhu...

Bye, nak gi tido. huhu..dah ngantuk tahap gaban ni penangan injection tadi. huhu....