About Us

Saturday, September 29, 2012

Filem hantu kapcai memang lawak giler!

 Dah lama tak buat review filem. Puncanya, sejak busy dengan hal2 wedding memang tak sempat nak tengok wayang. Sekarang baru sempat tengok wayang dengan Encik suami. Tupun sebab tertarik dengan promo filem hantu kapcai dekat Tv.



Filem ni diletakkan dalam klafikasi untuk tontonan 18 tahun ke atas. Puncanya maybe sebab ada beberapa adegan dalam filem ni especially bab roh orang mati tu tak sesuai nak di tonton kanak-kanak. Tak logik dek akal . Tapi logically, orang pun tahu semua ni sekadar cerita dan hiburan semata-mata dan memang hanya khayalan sahaja. Orang cakap filem ni macam nak sama dengan filem Hello Brothers tapi bagi saya sikit2 tu adalah tapi bukanlah sepenuhnya.

Sepanjang filem ni ditayangkan memang saya keja gelak ja. Lawak sungguh! ada jugak penggunaan ayat & perbuatan yang tak sesuai didengar & dilihat budak2   tapi umur 18 tahun ke atas bukan budak2 lagi so bolehlah faham2 sendiri. Jalan cerita dan lakonan pelakon2nya semuanya ok cuma watak Neelofa tu tak berapa nak menonjol sangat. Maybe sebab dia bawa watak sampingan je kot. Lakonan Zizan dan Fizz Fairuz memang terbaiklah! Buat saya tak kering gusi. Gelak aje. hahaha... Ada masa sampai rasa sakit telinga sebab orang belakang saya gelak kuat sangat. hehehe.....

Bagi saya, filem ni memang lawak giler. tak rugi tengok dan even tak logikpun ( mcm filem fantasi khayalan)  tapi ada unsur nasihat yang boleh digunapakai. Jangan suka berhutang piutang sebab kesian dengan family kita yang terpaksa bersusah bayar hutang lepas kita dan mati. Lagi satu, jangan suka merempit dan buat keja sia2. Dengar cakap mak ayah ok!

 Ok..ini sinopsis Filem Hantu Kapcai

Mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan.

Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.

Ok tu je nak cerita. Babai =)

Thursday, September 27, 2012

Saya Dah Gagal Interview SPA , so mari balik ke Kulim!


Tq pada someone yang membantu saya dalam dilema hati. Tetang jawatan dengan goverment tu saya gagal. Hehehe..Tapi tak rasa apa sangat sebab dah tahu memang susah sangat-sangat to get a job. Dengan kesilapan yang saya buat time interview then ramai sangat pesaingnya saya tak berharap apa-apa. Bukan rezeki saya tapi experience interview tu Insya-Allah saya akan try guna di masa akan datang. Perancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya =) .Tapi lega bila dah tahu result saya kena prepare untuk cari keja baru pulak.

Now, dalam pencarian. Apakah ada job untuk saya di sana? Risau tak dapat job tapi lagi risau nak ulang alik gi interview dari shah alam ke kulim. Jauh dan cutipun tak banyak. Lagi satu saya perlu menghantar notis 2 bulan. Lama kan tempoh tu? hmm...dekat tempat kerja sekarang semua ok. Suka keja sini tapi sampai bila nak macam ni kan? duduk jauh lagi banyak kos sebenarnya sebab still hidup macam orang bujang lagi dan tambah lagi duit untuk ulang alik.

Tapi, sabar jelah dulu. Husband saya nak saya cari keja dulu baru resign. Jangan ikutkan emosi sangat. Huhu...Tak boleh resign selagi tak dapat keja lain. Bila semua company taknak terima saya keja sebab notis 2 bulan tu lama sangat baru saya resign before dapat job lain.Huhu...lagipun, kalau ada rezeki Insya-Allah cepatlah saya dapat keja baru. Sedang dalam pencarian kerja. Mintak2 adalah kerja untuk saya di sana. Amin....

p/s: kena start update resume yang dah lama x berupdate tu! huhu..


Wednesday, September 26, 2012

Review: Majlis Bertandang Di Kelantan


Quick update sebab tak banyak masa nak menulis. Majlis bertandang sama macam majlis sebelah saya, cara kampung, sederhana, no pelamin & just ada meja makan dengan bilik tidur pengantin. Time umah saya hari tu bilik pengantin simple gila, tak banyakpun ambik gambar. tapi time bertandang ni sebab dah tak ada tempat menarik nak di ambil gambar, so dekat biliklah yang banyak. Outdoor kiteorg wat hari lain sebab nak spend masa layan tetamu yang datang. tetamu xlah seramai tempat saya cuma datang beransur-ansur dari tengahari sampai pukul 7 malam. Kenduri kesyukuran sahaja tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar even husband demam hari tu dan saya asyik batuk-batuk dan selsema. Seronok sebab dapat layan tetamu dan kawan-kawan yang datang masa tu. Time nilah baru saya nak kenal family dan kawan2 husband. hehehe...Time bertandang berat badan saya dah naik sikit then kelihatan chubby. Huhu....(tapi bukan sebab pregnant! saya belum pregnant lagi).

untuk bertandang, baju saya dengan suami kami tempah ( yg warna peach lemak ketam tu). Baju hijau turquoise tu baju bertandang tak jadi saya tapi kiteorg pakai jugak disebelah petang majlis. Dress tu beli ready made then saya jahit sendiri beadingnya. Samala yang baju peach tu. dari baju, tudung dan veil semua DIY. Sebab saya nak baju yang boleh dipakai balik lepas habis majlis. saya suka yang simple, tak heavy beading but nice. So, ini jelah yang mampu saya buat. Mungkin akan alter sikit supaya boleh diguna pakai lepas ni. makeup pun sama. Saya makeup sendiri. Memang nampak natural biasa, tapi xpelah sebab saya memang nak macam tupun. tudung saya try kelainan sikit dgn pakai tudung awning. hehe..first time pakai ok!

Ok..layan je gambar di bawah!





Setakat ni dulu untuk review wedding =) . tak banyak gambar yang ada pada saya. Ini aje..huhu


p/s: letih melayan kerja yang tak siap-siap dekat office. Time nak resign time nilah banyak tanggungjawab yang terpikul dekat bahu. huhu... Tak sabar nak tunggu jumaat ni. Nak balik jumpa encik suami. Rindu!

Tuesday, September 25, 2012

Dah sebulan Bergelar Isteri, Saya Nekad



Genap sebulan bergelar isteri. Alhamdulillah…masih lagi sangat2 “hijau” dalam hidup berumah tangga. Lebih2 lagi belum ada rezeki untuk tinggal sebumbung dengan suami. Terlalu baru untuk bercakap tentang hidup berumah tangga. Saya baru tahu suami saya seorang yang kidal lepas kami kawen. Itupun lepas kawan saya tegur nampak dia menulis dengan tangan kiri dalam gambar kawen. Dalam tempoh 5 tahun kenal saya  xtahupun dia kidal. Macam tak logic kan?Maybe sebab dia tak pernah menulis depan saya kot? Hehehe…lagipun kami jarang nak cerita tentang minat & hobi masing2. Biarlah sendiri2 kenal. Masih dalam musim bercinta2 dengan suami dan mengenali diri masing2 =) . Baru tahu habit suami before tidur kena minum air manis2 dulu. Breakfast dia tak suka minum air yang ada susu or milo. Oh ya, baru tahu dia seorang penggemar ulam-ulaman & sambal belacan lepas tengok dia berselera sangat makan ulam masa tinggal dekat kampung saya lepas kawen hari tu. Lepas ni kenalah saya belajar buat sambal belacan yang sedap jawabnya. Saya tak suka makan sambal belacan. Selalu dekat rumah asyik mengelak nak buat sambal belacan. Tak pedulipun mak duk bebel sebab saya asyik mengelak nak tumbuk sambal belacan. sekarang ni ambik ko, husband sendiri suka makan sambal belacan.  Dah takleh nak ngelak buat dah. Hehehe… Then seterusnya saya akan tahu dan kenal sendiri dari hari ke hari. Insya-Allah….Best jugak bercinta dan saling kenal  lepas kawen ni kan?

Rindu pada saat-saat bergelar isteri sebulan lepas.


Buat masa ni, saya masih berulang alik ke Kulim every weekend. Rasa penat naik turun bas tak terasa bila dapat tengok wajah suami, apatah lagi menjalankan tanggungjawab saya pada dia.  Jaga makan pakai dia, temani dia di sisi semuanya buat hati saya rasa tenang.  Seronok bila tengok dia makan dengan berselera siap bertambah-tambah apa yang saya masak even masak simple2 jerpun. Tiap kali nak balik sini mesti rasa nak nangis dan rasa berat hati sangat. Tuhan je tahu perasaan saya. After 5 years our relationship belum sekalipun merasa duduk dekat.  Memang terkilan sangat tapi saya anggap ini sebagai dugaan. Tapi xjugak every weekend or public holiday boleh balik sana sebab husband saya keja tak menentu. Sabtu alternate. Ahad kdg2 kena standby or keja.

Ikutkan before kawen saya dah decide nak pindah sana tetapi disebabkan husband terikat sebagai “calon simpanan” syarikat GLC  saya masih di sini sebab risau kalau dia dipanggil kerja tak tahu lagi dapat dekat mana. Tetapi sekarang, setelah lama menunggu dan ada calon baru dipanggil interview & ada calon simpanan yang dah dipanggil masuk kerja tetapi husband saya tak dipanggil kiteorng decide taknak menunggu lagi. Ikutkan kalau nak menunggu, sampai bulan 3 tahun depan. Lama sangat. Dapat atau tak, tak tahu lagi. Kalau ada rezeki adalah kan. Lagipun our family tak kira side saya tau dia memang suka kalau kami duduk di kulim atau penang. Dekat sikit nak balik kampung dua2 pihak jika dibandingkan duduk di sini.

Sekarang, setiap hari saya berfikir, tertanya-tanya pada diri sendiri. For what saya masih ada dekat Shah Alam ni? For what saya keja di sini sedangkan family  jauh? husband jauh? For what saya masih berada di sini sedangkan hati saya tak bahagiapun? Setiap masa saya hanya fikir nak balik duduk dengan suami.  Dah rasa tak peduli kalau terpaksa kerja luar dari bidang saya sekarang, dah tak kisah kalau saya terpaksa tinggalkan kerjaya saya sekarang, syarikat yang sangat serasi dengan saya di sini untuk seorang suami. Kalau dulu before kawen memang saya rasa saya kuat, saya tak kisah tetapi sekarang takpun. Rasa xbestpun. Huhu… kerjaya & wang ringgit tak menjanjikan apa-apapun bagi saya. Saya tak kisah balik sana kerja biasapun dengan gaji yang kurang dari sekarang sebab saya bekerjapun bukan semata-mata kejar duit banyak atau kejar pangkat. Cukup untuk saya, saya rasa bahagia & enjoy bekerja itu dah cukup. Sebab tu jugak saya masih stay dekat company sekarang even kawan2 saya dah ramai yang keluar sebab ada peluang kerja dengan gaji yang jauh lebih besar. Even gaji saya tak banyak manapun dan  rendah nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang dah berhijrah tu tetapi saya bersyukur dengan rezeki yang saya dapat. Lagipun saya happy kerja disini. Kerana rasa bersyukur & berkongsi itulah yang buat saya sentiasa rasa “cukup” dengan apa yang saya ada. Lagipun saya percaya dengan rezeki. Insya-Allah….rezeki Allah ada dimana-mana.



Buat masa ni saya sedang menyimpan duit untuk masa-masa “mengangur” saya. Cukuplah untuk bayar ansuran keta & duit poket dalam dua atau tiga bulan mengangur before dapat kerja. Makan minum & rumah suami dah tanggung. Nak ulang alik gi interview dari shah alam ke kedah bukannya dekat. Dengan notis 2 bulan lagi. Setelah berbincang dengan husband, saya nekad nak hantar resign letter awal bulan 10 ni. Maybe tunggu sampai result interview saya dengan gov keluar 8hb 10 ni saya akan hantar surat resign. Even rasa dalam hati tak dapat( disebabkan time interview terduduk atas meja then lupa fotostat scroll ijazah then ramai sgt calonnya) , tapi tunggu jelah dulu. Bila check xdapat, terus hantar resign letter. Sayang sangat-sangat nak tinggalkan company saya sekarang, bos yang baik & memahami, senior yg tak jemu bagi tunjuk ajar & officemate yang baik2 belaka tapi apakan daya saya ada tanggungjawab lain. Suami adalah keutamaan buat saya sekarang.

 Harap-harap saya dapat selesaikan semua tugas di sini before resign. Banyak betul kerja urgent sekarang ni. Sebolehnya lepas ni nanti nak cari kerja yang sesuai untuk perempuan yang bekeluarga. Dalam bidang saya tak mudah dapat kerja yang sesuai. Takut asyik kena balik lewat malam then keja weekend kerap je.... Tapi untuk berhenti kerja terus memang tak pernah terlintas dalam fikiran. Tumpang saya masih berupaya, masih sihat dan ada peluang untuk berada di samping suami, saya dah nekad untuk berhenti kerja dan balik kerja di sana. Memang ramai pasangan yang PJJ sekarang tapi setiap pasangan berlainan masalah. If ada peluang untuk duduk dekat, memang kita akan berusaha tinggal bersama. Lagipun macam kami, sama2 keja swasta dan peluang tu masih ada. Insya-Allah..mudah-mudahan moga urusan kami dipermudahkan. Aminn… 

Sunday, September 23, 2012

Review: Tutorial DIY My Veil Nikah


Assalammualaikum...sorry agak terlewat untuk update entri pasal review my wedding. Saya agak busy, tak berapa sihat then sedikit moody. Huhu.....hari-hari fikir nak balik duduk kulim dengan hubby tapi disebabkan tuntutan kerja terpaksa juga kuatkan semangat yang saya rasa makin down dari hari ke hari. Huhu...  Tq pada yang memahami. Huhu..

Ok, back to the main topic. Ramai sangat yang request untuk saya buat tutorial veil nikah saya hari tu. Weekend ni baru sempat godek-godek gambar dalam lappy ni tengok ada tak ambik gambar step buat veil tu dulu. Sayangnya, tak banyakpun gambar. Tak ingat samaada saya tak ambil gambar atau terlupa dekat folder mana saya simpan gambar2 diy veil tu. huhu..takpe2, saya story based pada gambar yang ada jelah k.

Ok, saya pernah tulis dekat sini pasal my dream veil nikah kan? kalau terlupa, boleh rujuk entri SINI . As a budget/ ekonomi b2b, saya tahu tak mudah saya nak dapatkan veil idaman hati yang under my budget. Kalau budget sikit tapi selera tinggi the best choice adalah DIY. Saya start google dan blog walking ke blog b2b & ex b2b macam mana nak buat veil nikah sendiri. material apa nak pakai, cara gunting veil and so on. Walaupun tangan saya ni tak pernah menjahit manik, tetapi saya gagahkan diri & berazam untuk buat sendiri veil nikah saya. Yang penting, try dulu. jadi atau tak belakang kira. So...disinilah bermula cerita DIY veil nikah saya...

Material:

-kain chiffon

Untuk veil saya gunakan soft chiffon. cari kain chiffon yang paling nipis. Harga 1 m dalam RM 5 je. Kalau kain bidang 45, 1.5m dah cukup. tapi kalau was2 tak cukup macam saya ni, beli lah 2m. kalau bidang 60 rasanya 1 m dah cukup. tapi langkah terbaik masa beli kain dekat kedai tu tryla letak dekat kepala dulu, so bolehlah gak nak beli banyak mana, nak labuh setakat mana. Untuk veil nikah saya, saya beli kain chiffon ni dekat butik impression dekat Jalan TAR. Harga RM 5 semeter. Kos untuk 2m kain RM 10

ni kain chiffon yang saya beli. warna light cream @ pearl white


- kain Lace

 untuk veil nikah, saya tak guna boarder lace tapi beli kain lace sebab nak dapatkan corak-corak bunga pada lace tu untuk patch kan dekat veil nikah saya nanti. Saya cari kain lace yang murah jer, yang kosong tak ada batu-batu or benang shining-shining. Saya beli dekat Muaz textile jalan masjid india. tapi kalu nak yang berkualiti sikit beli dekat nagoya pun ok. Beli 1 m jer. Kos untuk kain lace ni RM 13.90 semeter


- pearl.

Saya suka sangat dengan pearl. untuk nikah, saya nak nampak "suci" dan "putih bersih". so, saya memang taknak ada campur-campur warna pada veil saya. cukup 2 warna saja, white pearl & grey. Pearl ni saya beli jenama apple beads. Ada jual dekat kedai sebelah Jakel jalan masjid india. Murah je. dia jual dlm packet2 kecil. harga dalam Rm 2.50 - Rm 4.20 kalau tak silap. saya tak ingat berapa saya habis untuk beli pearl ni tapi rasanya dalam RM 20.

-Batu kristal

Beli time sales gila2 dekat kedai manik seksyen 7 sebab kedai tu dah nak tutup. dapat harga RM 1.50 je sepaket. terus grab 2 paket untuk DIY baju nikah. Lebihannya saya letak dekat veil untuk nampak shining sikit2  sama macam baju nikah. kos untuk batu kristal ni RM 1.50.

-Gunting, Benang & jarum

ok. ni benda penting sebab untuk veil ni saya kena jahit bila nak patch kan bunga lace atas kain chiffon. manikpun kena jahit jugak. kalau pakai gam saya tak pastila tahan ke tak tapi better jahit jer. saya Jahit sembat je (betul ke namanya jahi sembat?)

Step

- Gunting kain chiffon jadi bentuk D macam gambar dekat bawah ni

ambil gambar bentuk veil lepas dah siap sebab terlupa nak ambik masa tengah DIY hari tu. huhu..

- saya hantar kain chiffon yang siap di gunting ke kedai untuk jahit tepi. kos jahit tepi RM 5.

- Then gunting bunga lace satu persatu untuk di tampal pada veil.


- lepastu, patch kan bunga-bunga tadi pada veil ikut kreativiti sendiri. Macam saya, saya lebihkan patch bunga lace pada bahagian kepala sebab nak nampak sarat di situ. Bahagian tepi saya patchkan sikit bunga lace, bahagian tengah dan bawah veil saya biarkan kosong. Bunga lace ni saya jahit sembat k, bukan gam tau! sebab kalau jahit lebih kemas dan tahan lama. Then, jahitlah pearl ikut citarasa masing-masing.





lace pada bahagian kepala. tampal bentuk " V"

veil di bahagian tepi


Kos untuk veil nikah saya hanyalah dalam RM 50. still under my budget. Sebenarnya, boleh berjimat untuk dapatkan veil idaman cuma kena rajin sikit then kuat semangat nak belajar buat sesuatu yang baru. Asalnya sayapun tak pernah jahit manik dan buat beading untuk veil dan baju ni tapi sebab niat saya nak berjimat, azam saya, usaha saya, alhamdulillah..saya berjaya buat jugak. Syukur.

Oh ya, veil nikah ni saya padankan dengan selendang jenis kain jojet yang saya beli dengan harga RM 5 jer.


ok, setakat ni dulu review untuk wedding. ada masa nanti saya update lagi k. Sharing is caring. Mudah-mudahan jadi inspirasi untuk b2b yang lain exspecially yang ekonomi macam saya. hehehe...Yang murah tak semstinya tak cantik kan? yang penting jimat =)


p/s: Saya buka sewaan untuk veil ni dan juga beberapa veil lain. Boleh rujuk entri SINI

Saturday, September 22, 2012

Jom Kita cuci-cuci gambar!


Suka tangkap gambar banyak-banyak then gambar terperap je dalam lappy? mesti korangpun selalu buatkan? Yelah sebab nak cuci gambar tak ada masa nak hantar dekat kedailah, lepas tu kos cuci mahallah..so tengok jelah gambar dalam laptop tu. Tapi sebenarnya, tengok gambar dalam album lagi best. Senang nak dibelek-belek dari tengok dalam laptop. lagipun taklah risau kalau gambar hilang sebab laptop kena virus ke, kena curi kan?

Groupon tengah ada promotion up to 59 % offer digital 4R photo prints on Kodak Royal paper & kodak chemical.50 keping gambar dengan harga RM 15 dan 100 keping gambar RM 29.  Semua ni dekat kedai gambar Foto-zzoom sekitar lembah klang. Murah kan? So, korang yang nak sangat cuci gambar tapi dengan harga yang murah, cepatla beli. tinggal 3 hari je lagi promotion ni.
boleh rujuk di sini http://www.groupon.my/deals/klang-valley-kuala-lumpur/foto-zzoom/716341356





Saya dah grab dah 2 voucher. beli yang 100 keping gambar. Ambik 2, dapatlah 200 keping. dah tak sabar nak cuci gambar time bertunang, honeymoon dan gambar2 yang ada dalam lappy ni. hehehe...mood nak memilih gambar weekend ni sambil tenangkan hati yang berserabut ni. hehehe...

oh ya, untuk promotion  hard cover photobook pun ada tau. untuk b2b yang rasa nak DIY sendiri gambar kawen korang bolehlah beli. Saya dah ada voucher photobook ni. Ada officemate hadiahkan semperna my wedding. Suka sangat bab nak DIY ni. Lagipun gambar kawen sebelah saya jer yang ambik photobook sebelah husband tak. So, saya decide nak DIY sendiri. Boleh jimat sikit. Lagipun dah ada orang bagi dah bertambahlah jimat kan? Alhamdulillah...jom cuci-cuci gambar!

Friday, September 21, 2012

Rasa Macam nak Resign..


Dah hampir sebulan berkahwin. Tapi still duduk jauh dengan husband. Tuntutan kerja. Tapi lately ni dah rasa macam tak ada hati dah duduk shah alam ni. Macam nak hantar notis 2 bulan berhenti then cari kerja baru dekat kulim atau penang. Entahlah...... Ikutkan perancangan saya dengan husband, nak tunggu sehingga habis tempoh "calon simpanan " dia dengan syarikat GLC. Tapi dah dekat 2 tahun dia jadi calon simpanan. Baru2 ni ada ambik intake baru tapi calon simpanan tak dipanggil masuk kerjapun. Kadang-kadang kiteorang rasa letih nak menunggu untuk satu benda yang tak pasti. Menunggu dan menunggu tetapi nak dipanggil kerja tau tak, tak pasti lagi.

Saya decide nak cari jer kerja dulu. sebab notis 2 bulan tu bukannya sekejap. Tak banyak company yang sanggup tunggu 2 bulan untuk ambil orang kerja. Sebab tu rasa macam nak resign je dulu then cari kerja. Kalau tak dapat kerja jugak macam mana dalam tempoh 2 bulan tu? maybe saya akan ambik je kerja apa-apapun. At least kerja sementara nak bertapak dekat tempat baru kan.

Ya Allah..mudah-mudahan urusan kami dipermudahkan.....tapi buat masa ni saya nak cari kerja dulu baru resign. Sayang nak tinggal kerja sekarang tapi apa-apapun suami tetap keutamaan saya. hal lain dah tolak tepi.

Tuesday, September 18, 2012

Selesai sudah majlis bertandang


Alhamdulillah..dah selesai semuanya. Majlis nikah, majlis resepsi & majlis kesyukuran menyambut menantu. Rasa lega sangat2 bila semua majlis kami berakhir dengan selamat. Now, masih lagi di rumah mertua di kelantan. perasaan? Bahagia sangat. Syukur...walaupun masih banyak perkara baru yang saya belajar disini, mengenali suami dan keluarganya, memahami budaya mereka, merasai enaknya makanan di sini, (setiap hari saya dijamu dengan bermacam masakan kelantan yang enak, boleh naik badan kalau selalu macam ni). Alhamdulillah..saya rasa selesa dan gembira di sini. saya dilayan dengan baik. kali pertama menjejakkan kaki ke sini, bertemu dan mengenali sanak saudara suami satu pengalaman baru dan indah buat saya. Syukur mereka ramah-ramah belaka buat saya tak rasa kekok. Mungkin ini juga salah satu nikmat selepas kahwin yang saya tak rasa masa bercinta.  Ada rasa gentar, nervous, risau, takut tapi syukur semuanya baik-baik sahaja. Walaupun saya dan suami kurang sihat, demam, batuk dan selsema tetapi gembira kerana majlis kami sabtu lepas berjalan dengan lancar. Family mertua melayan saya dan keluarga besar saya yang bertandang ke sini dengan begitu baik sekali. Rasa terharu sangat! Moga hubungan kekeluargaan ini utuh dengan kasih sayang biarpun bermacam dugaan akan menimpa di masa depan. Always Think positive dan sentiasa berdoa moga rasa bahagia ini berkekalan. Terima kasih Ya Allah...


2 keping gambar majlis bertandang saya sabtu lepas...

My DIY make-up, tudung, veil & dress


ni jer gambar yang ada dekat saya. lain2 tunggu op kasi nanti saya update

Tuesday, September 11, 2012

Review : Majlis Resepsi





Hari ni nak review pasal majlis resepsi saya hari tu.  Majlis yang agak kelam kabut bagi saya, banyak benda yang tak expect berlaku then ramai sangat orang datang. Hujan masa malam hari memang lebat sangat sampai lecah dekat kawasan rumah tapi syukur sebab hari kenduri cuaca elok. Tapi Alhamdulillah..makanan memang cukup. Walaupun ada tambahan sikit tapi still ok. Tak ada membazir dan buang makanan. Alhamdulillah….

Majlis start pukul 12 tengahari tapi dalam pukul 11.30pagi dah ramai tetamu yang datang. Untuk kenduri kawen saya, berjalan serentak dengan majlis kenduri aqiqah untuk anak sedara dan sepupu saya. Kiteorang sembelih seekor lembu jer. Tapi saiznya besarla. Dalam pukul 8 pagi sembelih lembu then terus prepare untuk masak. Kenduri saya style kampung. Memang every makanan semuanya di masak pada pagi kenduri even lembupun di sembelih di hari yang sama. Tapi mujur tenaga kerja ramai ( kampung saya pakai pakatan kenduri kira macam catering style kampung la..). Nasi pulak dimasak style kukus untuk elak mudah basi dan nasi tak melekat-lekat.



 Untuk majlis kenduri makanan yang disediakan macam-macam. Bila certain lauk dah habis, terus masak benda lain pulak. Menu utama nasi putih, gulai daging batang pisang, talang ikan masin campur terung dan nanas, ayam masak kicap, ikan seludu masak lemak cili api, acar buah, acar limau, bubur gamdum dan jagung, cucur jagung dan air sirap. Bila dalam pukul 3 petang tu ada tambahan  kerabu perut, sup tulang, dan cucur dan pisang goreng. Tetamu yang datang memang ramai sangat. Dalam 2 ribu lebih. 6 kawah setengah gulai batang pisang tu licin. Lagipun,kalau kenduri dekat area kampung saya memang datang satu family bukan just mak ayah jer datang.  Niat ayah dan mak saya buat kenduri memang nak bagi orang makan tak kira yang kaya atau miskin. Sebab tu ayah saya panggil je orang kampung saya, kampung jiran & sanak saudara dan kawan-kawan datang. Sanak saudara sebelah mak dan ayah semuanya dekat kedah, mestilah ramai yang datang. Mana yang uzur dan sakit tu ada orang yang tolong packingkan makanan masa hari kenduri dan hantar ke rumah diorang. Niat utama  nak jamu orang makan jer yang lebih bukan hanya focus pada meraikan pengantin sangat-sangat. Sebab tu ayah dan mak saya hanya lebihkan bab makan jer dalam semua hal. Sebab bagi diorang yang penting adalah tetamu. Tetapi makanan untuk makanan beradabpun sedap tau. Ada macam-macam yang family saya masak untuk kami tapi dah namapun pengantin mana makan sangatpun. Huhuhu…..





Untuk majlis saya, saya cume sewa baju dan meja makan beradab je. Make-up ambik dekat tempat yang sama saya sewa baju. Baju tu memang saya tak suka sangat tapi nak buat macam mana benda dah jadi. Dah pilih pun. Warna baju saya dan suami bila tangkap gambar jadi tak sama padahal dekat luar mmg sebiji sama. Maybe factor kain kut bila kena flash kamera warna jadi lain tapi saya redha jer. Dah tahu dari awal lagi tapi takpelah. Malas nak serabut kepala. Just nak enjoy the moment. Masa hari kenduri tetiba baju tu tak muat. kena tunggu orang butik alter sikit. disebabkan tetiba FIL nak balik awal dalam pukul 2 petang, saya pulak nak cepat memang tudung dan veil saya pakai sendiri. Saya yang pilih nak pakai style macam tu sebab butik provide tudung awning. Saya tak biasa. Tapi majlis bertandang nanti saya pakai tudung awning tau!  Memang kelam kabut jugakla dekat butik masa tu. Meja makan beradab sewa tempat lain sebab saya nak meja makan yang cantik sikit sebab itu jer tempat untuk bergambar time majlis. Pelamin memang tak ada. Family saya tak kasi. Dah memang dari turun temurun macam tu. Sayapun taknak.Mak saya cakap nanti gi outdoor tangkap jer gambar dekat mana suka sebab umah saya dekat kampung. Pokok2 banyak, ladang jagung pun keliling rumah, sawah padi merata tempat. Saya kan b2b ekonomi. Just buat mana yang penting. Yang tak membazir, boleh diguna balik lepas majlis dah ok.  Kawan2 datangpun ramai ajak tangkap gambar dekat pokok sekeliling rumah. Rumah saya dah macam kebun. penuh pokok2 buah. Bilik pengantin pun simple sangat. Just hias sendiri simple2 sebab saya tak suka benda yang crowded. Yang penting jimat tak payah sewa. Just nice & memenuhi kehendak saya dah ok tapi ada jugak mulut2 yang komen simple sangat tapi saya tak pedulipun. I have my own reason. Majlis saya ikut suka hati sayala nak buat macam manapun kan. Lagipun sayapun bukan dapat bergambar sangatpun dalam bilik. Majlis nikah dan kenduri serentak dan saya memang tak banyak masa untuk hanya duduk dalam bilik. Tetamu ramai yang datang dan nak dilayan. Yang nak jumpa saya, nak bergambar . Tapi sedih jugak sebab ada yang saya tak sempat nak layan sangat sebab ramai. Huhuhu….Dapat pulak time orang banyak-banyak tu family in law nak balik Kelantan dah sebab driver bas nak cepat balik. Huhuhu….memang saya dan suami busy sangat time tu. Tapi kalau yang datang pukul 4 lebih ke atas tu sempatla nak borak-borak sebab dah tak terlalu ramai orang. Saya minta maaf sangat-sangat pada semua kalau ada terkurang layanan time kenduri hari tu. Harap sangat orang faham. Tapi saya memang happy sangat-saagat dapat jumpa ramai kawan dan sedara masa hari bersejarah hari tu. Sangat appreciate dengan kedatangan diorang. Dapat pulak yang datang dari jauh memang terharu sangat-sangat.

Door gift memamg bagi makanan je. Nanti saya review pasal doorgift. Sesi outdoor saya buat petang sikit dekat lokasi yang tak jauh dari rumah. Dalam 10 minit jer. Senang sebab tak bazir masa lagipun tempat tu bagi saya dah cantik. Majlis kenduri memang penat sangat-sangat tapi gembira dapat jumpa ramai kawan dan sedara. Bila buat kenduri kampung dekat rumah orang datang samapai malam. Tapi saya dan family tak rasa menyusahkan pun sebab dah tahu semua ni akan jadi. tetamu harus dilayan. Cuma takut je ada yang kecil hati sebab tak sempat nak layan lebih2. 

 Ini jer yang boleh saya review buat masa sekarang. Hal lain kena tunggu free nanti untuk cari gambar dan buat review. Gambar kawen mmg sikit sgt yang ada dekat saya. DIY item tunggu saya selongkar laptop cari gambar baru saya buat review. Busy betul sekarang. Start balik keja lambat dah ni sebab nak siapkan keja before bercuti lagi untuk majlis di sebelah suami. Malam nak siapkan baju bertandang saya pulak. Mungkin dalam seminggu lebih lagi saya akan update blog ni. Sekarang tak sempatla…sorry erk. Tq pada semua yang komen. Belum sempat nak reply komen korang dan blogwalking macam selalu. Insya-Allah nanti dah selesai semua saya akan terjah blog korang pulak! Salam sayang dari saya =)

Ok...sedikit gambar dari  op masa majlis resepsi hari tu..



Thursday, September 6, 2012

Inspirasi Veil & Tudung Nikah Saya


Assalammualaikum semua. Just to update about my solemnization veil. For those yang selalu follow blog saya maybe tahu yang veil nikah saya DIY sendiri. Selain dari nak save budget, saya nak buat sendiri veil idaman saya sebab nak tempah dekat orang dan beli dekat kedai memang harga mahal. Tak mampu (T_T). sayakan b2b ekonomi. Lagipun, saya taknak pakai tudung awning time nikah(memang tak pernah pakai tudung awning pun). Huhuhu.....next time saya story pasal DIY veil tu k. Just nak tunjuk 2 keping gambar veil pengantin lain yang jadi inspirasi untuk saya DIY veil sendiri.


Adore sgt with her veil & dress. Cantik!

First, gambar ni. First time tengok memang dah jatuh cinta dengan veil dan baju nikah dia. cantik, simple, tak crowded sangat samalah macam citarasa saya. Lagipun, saya tak suka pakai tudung masuk dalam masa nikah. saya  taknak pakai tudung awning sebab saya tak biasa pakai tudung awning dekat luar. Saya nak tudung yang selesa pada saya walaupun saya tahu saya mungkin akan kelihatan chubby dengan tudung macam ni. Huhuhu.... Apapun, saya dah decide nak pakai selendang je time nikah then pakai veil macam pengantin ni. nampak dia sanagt sweet with her veil.

Second, gambar bawah ni..

Cantik sangat veil dia!
Tengok veil dia..sangat cantik kan? sesuai sangat dengan muka dia yang terbentuk cantik. Comel! Terus jadi inspirasi untuk saya DIY veil nikah sendiri. Walaupun mula2 memang tak yakin yang saya boleh menjahit manik, buat beading (first time try kot!) tapi Alhamdulillah..ada jugak hasilnya.

dan inilah veil hasil tangan saya untuk majlis saya 25hb 8 lepas....

my DIY veil nikah. Alhamdulillah,...berjaya jugak buat veil idaman hati =)


Teaser Gambar Outdoor Majlis Resepsi



Ada sedikit gambar masa sesi outdoor yang OP tag saya dekat FB. Belum sempat buat review wedding. I try to do it tonight or tomorrow. Ok..sedikit teaser untuk majlis saya hari tu...



saya main conteng-conteng board tu..Buruknya tulisan kan? hehehe

Wednesday, September 5, 2012

Review Wedding. Yang Mana satu Nak di review Dulu?




Tak tahu nak mulakan review wedding mana satu dulu. Baru lepas majlis akd nikah dan resepsi dekat kampung saya di kedah. Masih menunggu majlis bertandang minggu depan dekat kampung suami di Kelantan. Masih ada DIY project yang tak siap lagi. Lepas kawen ni, mood diy tu dah hilang. Dah jadi malas pulak nak DIY. Asalnya HB nak buat sendiri pun last minute saya tempah saja dengan Cik Mila. Macm tak cukup masa pulak nak buat itu ini. Huhuhu..

Lama tak menulis, jadi tak tahu nak bercerita tentang apa. Dah janji nak buat review wedding tapi tengah pikir yang mana satu nak di review dulu. Any suggestion? Give me an idea mana review yang korang nak tahu dulu. Tapi nak review pun macam segan jugak sebab majlis saya simple dan tak “gah” macam orang lain. Sob..sob..sob.

Mana satu nak saya review dulu ye? Ok. Saya letakkan list dekat sini. Mana pilihan tertinggi itu yang saya akan review dulu. Nak wat review pun kena ada list kan? So, korang pilihlah ye. Mana tahu leh jadi inspirasi untuk b2b ekonomi lain macam saya =)

Majlis Nikah

-         - Baju
-         -Tudung
-          -Veil
-        -  Makeup
-         - Bunga Tangan
-          -Hantaran
-          -Bantal

Majlis Resepsi

-        -  Baju
-          -Tudung
-        -  Veil
-         - Makeup
-       -   Bilik Pengantin
-         - Meja Makan Beradab
-        - OP
-          -Bunting
-         - Road signange
-         -Door gift
-          -Bunga telur
-         - Guest Book
-         - Bunga Tangan

Itu je kot yang saya ingat. Huhuhu…..Insya-Allah..saya akan try review satu persatu. Sharing is caring. So, korang nak saya review yang mana dulu?


Sunday, September 2, 2012

REVIEW: Perjalanan Majlis Nikah


Alhamdulillah...dah selamat sampai ke shah alam. Encik suami teman hantar saya balik ke sini dengan kereta. Semalam dia dah balik Kulim semula naik bas. Perhubungan jarak jauh macam nilah gayanya. Ada beberapa  sebab kena consider before dapat duduk serumah. Insya-Allah, kami sedang berusaha untuk tinggal bersama. Moga2 ada rezeki ke arah itu.

Back to the main point, pasal majlis nikah saya sabtu lepas, Alhamdulillah walaupun macam-macam masalah yang datang tetapi semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Sebenarnya, beberapa hari sebelum majlis saya memang tak cukup tidur, xcukup rehat. Makan pun tak teratur. ada masa saya lansung tak makan nasi sebab jadi tak lalu. macam-macam benda yang nak diuruskan. Nak kemas umahlah, nak cari barangla, buat itulah, buat inilah sampai saya rasa stress dan tension sangat. 2 hari sebelum nikah saya tidur pukul 4.45pagi. kejap ja tidur, terus bangun buat kerja pulak. Malam sebelum nikah pukul 3.15 pagi baru tidur. Muka saya jangan cakapla memang nampak sembab dan tak bermaya. Matapun bengkak. Ada eye bag. Sehari sebelum majlis memang risau gila pasal eye bag ni. Huhuhu...

sehari sebelum majlis kahwin saya hujan turun lebat sangat-sangat dari petang sampai ke tengah malam. Air memang penuh dekat kawasan khemah. Orang yang nak pasang kehmah pengantin dan setting meja makan pengantin pun dekat pukul 12 malam baru datang pasang sbb hujan. sedara mara tolong buat longkang kecil untuk air yang bertakung lalu. Masa tu saya dah start risau sebab hujan macam taknak berhenti dan air penuh dekat kawasan rumah. Tapi saya dan keluarga sama-sama berdoa mintak2 majlis kami esok keadaan cuaca elok dan tiada apa-apa masalah. Alhamdulillah....keesokannya cuaca sangat baik. Walaupun tanah dekat rumah masih berlumpur sikit tapi kami dah rasa bersyukur sangat.

Awal pagi sebelum majlis nikah saya dah bangun. Siap2 apa yang patut dulu dekat rumah lepas tu terus mandi. Time ni barulah saya rasa berdebar-debar. sebelum ni takpun. Rasa biasa ja. Mungkin sebab sibuk sangat kot tak sempat nak rasa nervous. Huhu...Disebabkan masa time nikah saya yang akan siap sendiri dan make-up sendiri saya memang kunci pintu bilik sebab taknak sapa-sapa tengok saya time make-up sebab takut nanti tak boleh nak make-up. time ni saya tawakal ja apa nak jadi. Bila dah siap pakai baju dan tudung semua baru saya mintak bantuan maksu dan sepupu untuk pinkan veil saya. lega sebab dapat siap awal sebelum majlis nikah pukul 10 pagi dekat masjd dekat rumah saya. majlis nikah saya memang tak ada pelamin nikah. yang ada cuma bantal nikah yang saya DIY sendiri bebrapa hari sebelum majlis. lepas dah siap semua, saya terus pergi ke masjid ditemani kawan baik dan family.

Atas beberapa masalah, saya dinikahkan hampir pukul 10.30 pagi dan majlis nikah berakhir pukul 11.30 pagi.  perasaan jangan cakaplah memang sebak snagat. masa time ayah saya mintak keizinan saya untuk nikahkan saya dengan suami pun saya dah rasa sebak. bergenang air mata. Rasa sedih sangat2. Masa lepas lafaz ijab dan kabulpun sama. Sebak...setelah bermacam dugaan kami lalui selama hampir 5 tahun ini, Alhamdulillah kami disatukan juga. Syukur Ya Allah....sebelum ni saya risau sangat tentang hubungan kami, risau apa-apa terjadi sebelum majlis kami. Macam-macam saya fikir tetapi Alhamdulillah Allah kabulkan doa kami, doa semua orang yang mendoakan kami berdua. Masa majlis nikah, saya diberikan mas kawen dan dihadiahkan dengan sebentuk cincin dan seutas gelang mutiara.








Maaf gambar semua dari kamera sendiri sebab tu tak berapa nak ok. banyak candid. tangkap gambar masa majlis banyak fokus pada kamera OP saja. Gambar dari OP belum dapat. Dah dapat nanti saya update.