About Us

Friday, August 3, 2012

Bagai Langit Dan Bumi Kehidupan Di Sini


Semalam masa tengah drive nak gi kerja, saya ternampak seorang perempuan di tengah-tengah jalan, berdiri di belakang keretanya yang rosak. Seorang diri pulak. kesian...Walaupun banyak kereta yang lalu, tak ada seorangpun yang nak tolong. Nak bertanyapun tidak termasuklah saya. hanya melihat dan teruskan perjalanan. Terasa macam diri ni sombong tapi apakan daya, saya memang tak boleh nak bantu buat apa2. Tapi hakikat yang sebenarnya, kehidupan di kota memang macam ni. Normal bila tak ada siapa nak tolong bila kereta rosak. Normal jugak bila accidentpun kadang-kadang orang buat tak tahu. Normal Jugak bila kena ragut tak ada orang nak tolong. Normal jugak bila tak kenal jiran sendiri. NORMAL.

Bila difikirkan, bukan dah hilang budaya tolong menolong dan ambik berat tu tapi keadaan dekat sini yang buat semua tu terpaksa dilupakan. Yelah, dah macam-macam cerita dengar taktik2 si penjenayah nak perangkap mangsa. Pura2 kereta rosakla, pura2 accident la.pura2 tanya jalan la.then yang si tukang tolong tu kena samun or rogol tak pasal2 kan? niat nak buat baik tapi diri yang dianiaya. That's why orang dah TAKUT nak tolong orang yang tak dikenali. Hmm....

kalau nak dibandingkan dengan kampung memang macam langit dengan bumi. Jauh sangat bezanya tapi apakan daya makin tinggi taraf hidup makin banyakla jenayah. Ada yang terdesak nak hidup senang dengan cara mudah...Alangkah indah kalau rasa aman, hidup yang harmoni tu masih ada di kota.....andainyalah kan...huhuhu...

3 comments:

  1. Aala kan imah....betul n sokong imah..mmg rase kesian n simpati..tp rase tkut lebih dlm hati ni..takut mereka adalah penjenayah...kn sgt2 berhati sekarng ni kan...

    ReplyDelete
  2. sangat kan.. tmbh kalau kite sorg2.. berdua bertiga pon takut.. xsume muke jahat tu jahat..xsume muke baik tu baik..

    ReplyDelete
  3. kena selfish kan kalau dok bandar..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!