About Us

Thursday, August 16, 2012

Alkisah 3 Dalam 1




Banyak benda saya nak cerita dekat sini. Baru beberapa hari tak update blog tetapi macam-macam yang dah berlaku, entri kali ni memang panjang. Huhuhu….. saya update je tentang 3 benda yang saya nak cerita dalm 1 entri. Senang. Jimat masa untuk menulis…

First, tentang raya. Time ni mesti banyak yang dah balik kampung kan? Kawasan rumah sewa sayapun dah mula lenggang. Orang dah mula beransur balik kampung. Saya esok awal2 pagi lepas subuh terus drive balik kedah. Sorang diri pulak tu ditemani dengan barang2 yang makin sendat dalam keta. Hehehe…..hopefully semuanya berjalan lancarlah. Sama-sama kita jaga diri dan hati-hati di jalan raya okey!Mintak dijauhkan dari sebarang musibah. Insya-Allah…semoga selamat pergi dan pulang. Safety first ok!  Tahun ni saya tak ada buat persiapan raya sangat. Baju raya barupun tak beli. Pakai baju tunang hari tu je. Tak adapun prepare berpasang-pasang baju. Sob sob….sebab dah tahu raya ni tak boleh nak gi beraya sangat. Duduk rumah jer tunggu orang datang dan berkemas untuk kenduri….huhuhu. Oh ya! selamat menempuh jammed b4 sampai ke kampung ye!



Second, hal kahwin. Tinggal 9 hari jer lagi saya bakal bertukar status. Insya-Allah..jika tiada aral saya akan di satukan dengan Encik Tunang pada hari sabtu minggu depan. 25hb 8 2012. Tak lama dah kan? Tapi rasa risau tu masih ada. Jadi takut tak bertempat pulak sekarang ni. Mudah-mudahan kami semua dalam lindungan-Nya dan majlis akad nikah & walimah berjalan lancar dan diberkati-Nya. Insya-Allah. Tentang preparation almost 80% dah siap. Just tinggal kerja-kerja last minute dekat kampung nnti. Kerja-kerja packing doorgift, letak road signage, jahit langsir & hias rumah dan bilik tidur pengantin. Time ni khidmat family & sedara mara sangat diperlukan. Tentang DIY projectpun part kenduri sebelah saya je yang dah settle. DIY baju bertandang tak siap pun lagi. Huhuhu…..tak sempat. Takpe, saya ada masa 3 minggu untuk siapkan lepas kenduri saya nanti. Huhu…Yang lain2 semua dah settle. Alhamdulillah….memang kelam kabut seminggu dua ni. Macam-macam benda yang nak dibeli dan terlupa dibeli, hal-hal sekecik alam pun kena consider jugak tau. Itu belum last preparation dekat kampung lagi. Mesti banyak lagi yang nak dibeli. Karang ubat stepler habislah, glue tak adalah..spun lah,rebenlah, tisu tak cukuplah, itulah inilah…see..banyak tu. Mujur saya memang simpan duit untuk part2 miscellaneous ni. Kalau tak..tak tahulah. Duit keluar macam air walaupun nak majlis simple jer pun. Huhu….. so untuk b2b semua, make sure korang prepare duit untuk part2 miscellaneous ni tau. Lenih-lebih lagi untuk b2b ekonomi macam saya ni. Hehehe…



Third, Hadiah. Seronok nak story pasal ni. Alhamdulillah…hari tu saya ada menang GA dari AAWD. So, dapat free HB dari mereka. Patutnya saya dapat fresh flower tapi disebabkan rumah saya dekat kedah, kawen pulak time lepas raya, dengan cuaca panas dekat kedah tu so angan-angan nak pegang hb fresh flower mmg tak ada dalam kepala saya lansung. So, saya request dekat Cik Mila untuk buat HB dari artificial flower tapi nak nampak macam fresh  flower. Hahaha…banyak pulak request kan? Semalam baru ambik dekat Cik mila. Hasilnya, superb! I love it so much. Nanti akan buat review tentang hb & AAWD. Insya-Allah lepas kawen nanti. Lpeas tukan my officemate, my senior ada hadiahkan saya voucher Hard cover photo book dari pixajoy. Terharu sangat-sangat sebab saya memang angan-angan nak DIY photobook sendiri nanti. Luckly dapat hadiah dari dia, lagilah bertambah semangat saya. Tak sabarnya saya! Sebenarnya kan, saya tak pernah ada whish list untuk hadiah kawen. Apa orang nak bagi saya terima dengan hati terbuka. Kecil, besar, mahal, murah, common, biasa2 jer tak kisah sebab itu pemberian ikhlas dari orang lain pada kita.Kedatangan kawan2, sedara pada majlis saya nantipun dah jadi hadiah yang cukup bermakna sebenarnya. Yang tak dapat datang,  Kiriman doa & ucapan untuk saya pun dah buat saya rasa terharu tau!
Then, satu lagi hadiah untuk diri sendiri. Sebenarnya kan, niat asal nak beli benda lain tapi terbeli benda lain. Hehehe..kira dah jadi hadiah untuk diri saya sendiri la. Takpe, sebagai tanda saya appreciate diri sendiri.Penat bekerja tak salahkan buy something for your self? Asalkan benda tu tak membazir dan boleh digunapakai oklah tu… 

Alkisahnya, kamera digital saya lately ni selalu buat hal. Camera canon saya tu dah dekat 5 tahun berjasa dekat saya.Memang sangat2 berjasa  dan saya puas hati sangat dengan hasil gambar & videonya.  Awal tahun ni jer yang start buat hal. Bila tangkap gambar asyik cakap bateri low je padahal dah lama charge. Huhu..sedih. Dah tukar bateri barupun still wat hal jugak. Saya pakai Jenis kamera lama yang pakai bateri saiz AA tu. Bila gi kedai nak beli bateri dan charger barupun tetap tak ok jugak bila testing. Huhu..dahlah nak dekat raya, dekat dengan majlis kawen nanti tak ada kamera tak bestlah. Saya kan suka ambik gambar. Memang ada OP tapi mesti kena ada backup jugak. Kamera sedara & kawan2 maybe ada tapi tak sama dengan kamera sendiri. Saya jenis malas nak request banyak kali dekat orang suruh bagi gambar kita. Huhu…so, saya decide untuk beli baru jer. Mula2 ingat nak beli yang murah jer. Yang harga bawah 500 ringgit tapi bila difikir-fikir, dibanding-bandingkan spec semua benda saya decide nak beli kamera Samsung yang harga RM 670.00. Huh! Pejam mata jer bayar. Orang selalu dekat nak kawen lagi berjimat, lagi tak ada duit saya selamba jer melabur duit. Hehehe….angan-anagn nak beli camera canon macam Yuna  yang harga ribu riban tu tapi tak mampu. Ini jer yang boleh beli tapi ok apa 16.1 mega pixel tu.  Siap ada 2 side camera, boleh wifi, editing, video HD . Takpelah, untuk kegunaan masa depan saya rasa tak rugipun. Lagipun kamera ni best sangat! Nanti2lah saya update pasal ni ye..kang panjang berjela pulak entri saya kali ni. Mujur duit untuk kawen dah settle semua. Kalau tak, mungkin tak boleh beli. Huhuhu…beginilah rupanya tapi kamera saya warna merah. Best dekat wifi dgn 2 view tu sebab saya kan suka tangkap gambar sendiri. Hehehe..so tak adalah yang gambar terpotong kepala, sebelah muka lagi lepas ni! Lebih kurang mcm ni rupanya tapi cuma tambah HD di bahgian atas tu



Ok dah habis membebel. Hehehe…bosan erk baca? Ok2….last, nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua pembaca blog saya. Saya mohon ampun dan maaf jika terdapat silap dan salah dan penulisan saya ada mengguris hati mana-mana pihak. Harap dimaafkan. Selamat berhari raya. Jaga diri, hati-hati dan selalu berwaspada. Satu lagi, jangan boros sangat tau time raya ni! Berbelanja penuh berhemah. Kurangkan berhutang. Yang penting, lepas raya nanti ada duit. Bersederhana itu jauh lebih baik. Akhir kata, Doakan majlis saya berjalan lancar k! Sayang korang semua. Insya-Allah..lepas selesai semuanya saya akan kembali menulis disini. Sehingga jumpa lagi. Assalammualaikum!


Saturday, August 11, 2012

Tutorial DIY Bunga Kusudama


Seperti yang saya janjikan sebelum ni, dan request dari readers blog ni, hari ni saya nak tunjukkan tutorial cara  nak buat bunga kusudama. Pada yang tak tahu, boleh refer SINI .





Bunga ni sangat cantik. I like it so much. Dulu saya pernah try buat pakai kertas biasa yang satu tone je tu. Last week senior saya ada hadiahkan kertas origami untuk saya. So, boleh try buat dua tone macam gambar bunga dekat atas ni. Ok, bahan untuk kertas ni just kertas biasa je. Tak perlu tebal sangat dan jangan nipis sangat. Yang saiz 80gsm tupun dah ok. Then, sediakan gunting dan gam. Next, step boleh refer tutorial dekat Youtube ni. Saya dulu belajar buat bunga ni dekat sini. Mudah jer. Selamat mencuba!






Thursday, August 9, 2012

Cincin Tunang Hilang (T_T)


Mood sedih sangat2. Tak tahu macam mana cincin tunang dekat jari manis saya ni boleh hilang. Paling sedih sebab saya tak boleh nak ingat lansung samaada saya salah letak, ada buang dari jari atau apa-apa. Saya lansung tak boleh ingat. Sebelum ni, saya ada buka cincin tu. Simpan taknak pakai. Tapi baru minggu lepas start pakai balik. Dan hari ni cincin tu dah hilang (T_T).

Dh puas cari tapi xjumpa jugak. Sedihnya. Encik Tunang tak marahpun dekat saya cuma suruh saya cari dan ingat dekat mana letak. tapi memang tak ingatpun. Lately ni dahlah asyik jadi pelupa dan mudah tertinggal barang, terhilang barang. kenapa ni? banyak sangat fikir ke saya ni? sampai kawan2 officepun perasan dengan sikap baru saya sekarang ni. Cuainya saya!

Ya Allah...mudah-mudahan saya jumpa balik cincin tu. Cincin yang ada sentimental value untuk saya. Tapi kalau tak jumpa jugak, saya redha. mungkin ada hikmahnya apa yang terjadi (T_T). Bukan rezeki saya. Hanya sempat 7 bulan lebih dia ada bersama saya. Huhuhu...


UPDATE: Alhamdulillah..lepas berusaha mencari dan berdoa, finally dah jumpa cincin tunang saya. Jumpa dalm bilik jugak. Sebelum ni dah cari banyak kali tempat yang sama tak jumpa pun. Bila dah penat cari, baru jumpa. Syukur. kena lebih alert lepas ni supaya tak careless lagi. Terima kasih pada yang mendoakan saya!

Tuesday, August 7, 2012

18 Days To Go. Sangt super duper Busy!


Assalammualikum...Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk menulis disini. Curi2 masa menaip sambil tunggu waktu berbuka.18 hari sahaja lagi. Tolak hari untuk balik kampung tinggal 10 hari je lagi untuk siapkan kerja tergendala di sini. Sangat busy sekarang dengan kerja dan persiapan kawen. Semua nak siap awal dan on time. Huhu...Paling sadis, semua saya nak buat sendiri kan? sekarang ambik kau, banyak lagi benda yang tak siap. DIY things masih ada yang beratur nak tunggu dikerjakan. Dalam masa yang suntuk ni, sempat lagi saya nak berangan nak buat itu ini kan? dah berlagak macam superwoman pulak! rumah sewa dah jadi macam kilang untuk saya. bertimbun-timbun barang. hehehe..



Ada beberapa perancangan saya yang terpaksa dilupakan. Ada jugak yang bertukar. Faktor masa tak mengizinkan untuk saya terus nak menDIY bermacam benda dan pergi ke sana sini mencari barang. Cukup-cukuplah weekend lepas saya turun KL cari barang kawen. Rasa penat sangat tapi berbaloi sebab jumpa banyak barang yang jauh lebih murah. Sampai sendat dah bonet dan seat belakang kereta dengan barang2 kawen saya. Memborong barang macamlah bawak kereta MPV, padahal si comel Myvi je kot. Tengah pening kepala macam mana nak angkut barang2 kawen saya balik kampung next week. macam nak kena mintak ehsan sepupu dan maksu je untuk tumpangkan barang-barang saya tu nanti. Huhu...Ada jugak barang yang kena cari dekat kampung. Hope so sedara mara kan tolong saya di kampung pulak nanti untuk kerja2 last minute nanti.

Masih ada bebrapa benda yang nak di settlekan before minggu depan. kad kawen yang nak dikirim by hand pun masih ada yang tak di beri. tak sempat. kena settlekan this week jugak sebab takut next week ada kawan2 yang balik kampung awal. nak post of coz la tak boleh dah kan? sob sob sob...Itulah, dulu selalu bercuiti nak menDIY, kan sekarang dah kelam kabut? Padan muka saya!

Pasal duit, Alhamdulillah..semuanya dah finalize. Dah tak ada nak pening2 pikir duit lagi dah sebab saya budget duit saya sampai bulan lepas je. Duit extra sekarang sebagai backup je if ada macam2 benda lagi yang perlukan duit dekat kampung nanti. Alhamdulillah...nak kawen ni, murah rezeki saya. Sayapun tak pernah ada impian nak buat majlis besar-besaran dan grand pun. Cukuplah setakat yang termampu dan bawah budget saya. Simple dan secara kampungpun takpe. Nak kurangkan membazir dan utamakan mana yang wajib. Huhu...

Saya belum rasa berdebar-debar tapi lebih kepada rasa risau. Risaukan saya, risaukan si dia, risaukan family kami..risaukan segalanya. maklumlah..sekarang ni macam-macam benda jadi, macam-macam cerita menakutkan dekat akhbar, nauzubillahminzalik. Mintak dijauhkan dari sebarang musibah. Doakn yang terbaik untuk kami!

Mungkin lepas ni saya dah kurang nak update blog. Banyak perkara yang harus diberi perhatian. Insya-Allah..mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dengan baik dan andai ada kelapangan saya akan kembali menulis di sini. Hehehe..cakap macam ada yang tertunggu-tunggu entri sayalah pulak. hehehe..apapun. take care semua. masa yang tinggal ni jom kita banyakkan lagi amalan di bulan ramadhan ni sebelum menjelangnya syawal.

Friday, August 3, 2012

Bagai Langit Dan Bumi Kehidupan Di Sini


Semalam masa tengah drive nak gi kerja, saya ternampak seorang perempuan di tengah-tengah jalan, berdiri di belakang keretanya yang rosak. Seorang diri pulak. kesian...Walaupun banyak kereta yang lalu, tak ada seorangpun yang nak tolong. Nak bertanyapun tidak termasuklah saya. hanya melihat dan teruskan perjalanan. Terasa macam diri ni sombong tapi apakan daya, saya memang tak boleh nak bantu buat apa2. Tapi hakikat yang sebenarnya, kehidupan di kota memang macam ni. Normal bila tak ada siapa nak tolong bila kereta rosak. Normal jugak bila accidentpun kadang-kadang orang buat tak tahu. Normal Jugak bila kena ragut tak ada orang nak tolong. Normal jugak bila tak kenal jiran sendiri. NORMAL.

Bila difikirkan, bukan dah hilang budaya tolong menolong dan ambik berat tu tapi keadaan dekat sini yang buat semua tu terpaksa dilupakan. Yelah, dah macam-macam cerita dengar taktik2 si penjenayah nak perangkap mangsa. Pura2 kereta rosakla, pura2 accident la.pura2 tanya jalan la.then yang si tukang tolong tu kena samun or rogol tak pasal2 kan? niat nak buat baik tapi diri yang dianiaya. That's why orang dah TAKUT nak tolong orang yang tak dikenali. Hmm....

kalau nak dibandingkan dengan kampung memang macam langit dengan bumi. Jauh sangat bezanya tapi apakan daya makin tinggi taraf hidup makin banyakla jenayah. Ada yang terdesak nak hidup senang dengan cara mudah...Alangkah indah kalau rasa aman, hidup yang harmoni tu masih ada di kota.....andainyalah kan...huhuhu...

Thursday, August 2, 2012

DIY Bunga Kusudama


Pernah dengar nama Bunga Kusudama? Saya rasa ramai jugak yang dah tahu pasal bunga ni kan exspecially para B2b lah kan. hehehe...Ok, berbalik pada tajuk, ikutkan perancangan asal, saya nak buat bunga Kusudama ni sebagai hand bouquet saya time nikah sebab dah suka sangat dengan bunga ni lepas tengok gambar hb ni

Cantik kan? 

Then, makin berkobar-kobar semangat tu lepas tengok majalah inspirasi Pengantin untuk bulan 7 ni..

Sangat kreatif ok!

Bunga Kusudama ni cuma gunakan kertas jer untuk buat dia. Mula2 tengok memang rasa susah. Tapi lepas belajar dekat Youtube, rupanya mudah je. Macam buat bunga origami. Cuma kena teliti dan cermat masa nak menampal gam pada satu persatu kelopak bunga. Saya dah praktis buat bunga ni beberapa bulan lepas. Suka sebab dah pandai buat walaupun macam herot petot sikit bunga saya tu. Hahaha..ni hasil jari jemari saya.

Walaupun senget2 bunga ni tapi puas hati sebab dah berjaya buat tau. Guna recycle paper yang ada dekat office tu. praktis time orang gi solat jumaat. Bahagian tengah tu saya tampal dengan kertas je sebab tak ada butang nak letak.


Tapi, hasrat saya tu terpaksa dilupakan lepas kawan saya cakap better jangan pakai bunga yang buat dari kertas untuk hb sebab saya buat dekat kawasan rumah kan takut basahlah, terkena air ke hb tu. Huhu.....so, hasrat DIY ni terpaksa dilupakan. Tapi kalau tetiba saya rasa nak buat, saya buat jugak. Hahaha..still thinking about this sebab masa makin suntuk. Lagipun saya ada menang hb give away last week. Nanti saya story pasal tu. Now, jom tengok kecantikan bunga kusudama ni..






Maybe saya akan jadikan bunga kusudama ni hiasan di meja guest book nanti. sebab nampak cantik je kan? Mintak2 ada masa lah sebab masih berlambak lagi DIY project yang tak siap. Lately ni balik keja asyik letih je memanjang..huhuhu

Wednesday, August 1, 2012

Cuai. Road Tax Motor Pulak Yang Hilang


Lately ni, sejak beberapa menjak ni saya kerap jadi pelupa dan asyik terhilang dan tertinggal barang. Tak tahu kenapa. Maybe sebab banyak sangat berfikir dan kadang2 stress dan busy buat sikap cuai & pelupa tu dah rajin nak berkawan dengan saya. Huhu..

Kadang-kadang dekat office boleh pulak tertinggal dompet lah, kunci rumahlah. Bila balik kampungpun ada je benda yang saya nak tertinggal. Dulu tak macam ni. Sekarang ni makin menjadi pulak sikap peluapa dan cuai saya. Mujurlah saya je yang tak hilang lagi. Huhuhuh.....

Motor saya sepupu saya pinjam 2 hari lepas. Semalam masa dia pulangkan motor dekat saya dia bagitau yang road tax motor dah mati bulan 3 lepas. Pelik sebab saya dah lama renew road  tax tu. Tapi bila telek balik, baru saya perasan road tax yang ada dekat sepupu say atu road tax lama. Sah2lah road tax baru tu dah hilang. Saya rasa jatuh time motor saya pancit hari tu. Dah cari dekat rumahpun xada. Pasrah jelah. Nak wat macam mana dah hilang kan? Semalam rasa biasa je. Ingat ke gi pejabat pos hari ni boleh settle semua. Just bayar balik harga road tax yang 2 ringgit tu. Rupanya tidak! officemate cakap kena gi JPJ sendiri buat report road tax hilang.

Saya call JPJ nak tanya prosedur bila road tax motor hilang. Baru saya tahu rupanya bila road tax hilang ni, kena isi borang, kena bawa salinan kad pengenalan dan bayar denda 20 ringgit. Rod tax 2 ringgit pun boleh jadi 20 ringgit sebab denda kan? apalah nasib. Mujur 20 ringgit kalau 200ringgit  tak ke naya namanya? Sabar jelah..ada hikmah apa yang berlaku. Kalau tak jadi macam ni, taklah saya tahu apa yang nak kena buat bila road tax hilang kan? taklah saya bertambah alert dengan kecuaian saya kan? (macam tak betul je bertambah alert tu..hahaha).

Esok nak ke JPJ sekali lagi untuk hantar borang dan bayar denda. Hope semuanya settle esok.