About Us

Wednesday, May 2, 2012

Hasil Tangkapan Di Pesta Buku Kuala Lumpur


Yeay! finally dapat jugak ke PBAKL dekat PWTC. Walaupun tersesat, bersesak dengan orang ramai, sampai luka tangan pegang banyak buku, lenguh kaki berjalan, terkena hujan, Alhamdulillah..saya dapat beli apa yang saya cari di sana. Walaupun yang dibeli sebenarnya banayk yang tak xada dalam listpun. Konon nak berjimatla padahal tak tahan godaan nak membeli buku. hehehe..So, ini hasil tangkapannya



Yang sebelah kiri bawah tu, buku free gift je. Alhamdulillah..orang nak bagi, saya ambik je ar. Dapat 1 majlah free dan dua buku free. Yeah!

buku ini yang saya nak sangat beli di sana. Best isi kandungannya. lengkap dengan bermacam perkara tentang solat. Harga RM 100. Tapi after less dapatlah RM 90. Insya-Allah..buku ini saya akan buat hantaran masa kawen nanti dan harap dapat dimanfaatkan untuk saya dan keluarga dengan penambah baikan dalam solat

Ok. Ini majalah lama. Huhu..yang edisi hujung tahun lepas. Diskaun pun sikit je dari harga asal (RM 14.90 dapat RM 12. 90 satu) tapi sebab tertarik dekat tajuk dalam majalah ni beli ar jugak. Pejam mata je bayar padahal saya dah lama tak beli majalah. Harap, dapat banyak idea dari sini.

Ini Buku yang saya beli Untuk hantaran for Encik Tunang. Mula2 fikir nak beli buku blibiografi Nabi Muhammad SAW tapi sebab buku tupun tebal sangat, xboleh nak bawa, Tukar beli buku ni. tentang Rasulullah SAW juga. Buku 100 pesanan terakhir Rasulullah tu saya dah baca. Pinjam dekat housemate. best! Kali ni beli untuk bacaan dan simpanan sendiri.

Macam biasa, tak sah kalau tak beli novel kalau ke sana. Tapi dua novel je beli sebab tak ada budget lebih lah. hehe..walaupun dua buah je tapi tebalnya sampai 1000++ pages. Tak tahu berapa hari baru nak habis baca dengan tahap ke busy an saya sekarang.(T_T).


dekat Group buku Karangkraf nye tempat. Ramai gila orang. banyak diskaun dekat sini.


Pergi berdua je dengan Aina sebab kawan baik saya lagi seorang tu last minute ada hal. Thank you aina tolong temankan dan angkut buku saya yang banyak tu!

Dapat lagi jumpa penulis hebat ,  Siti Rosmizah macam tahun2 lepas. Suka sangat!
Eh! saya jumpa Dato' Dr Fadzillah kamsah jugak tau. dapatla sign autograf dia masa dekat booth  Telaga Biru


* Tak sabar nak hadiahkan anak buah saya, Nisa yang baru umur 2 tahun lebih tu dengan buku comel yang saya beli di PBAKL.

* Saya memang suka membaca. Sebab tu saya fikir dari saya beli benda yang saya jarang guna dan tak minat sangat, untuk hantaran why not jadikan buku sebagai hantaran kan. Ada juga manfaatnya =)

5 comments:

  1. kite pon pegi sane . angkut 2 skali novel siti rosmizah . nak mintak izin copy gambar dgn siti rosmizah tu boleh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..samela saya. boleh. tapi blog saya ni mcm xleh right klik sbb protect e-novel saya dalam ni.Huhu...

      Delete
  2. bestnye dapat pegi pesta buku... farah x sempat lagi pegi ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai ahad ni Farah. Boleh pergi kalau free nanti. hehe

      Delete
  3. anyway boleh copy.. kite copy taw ;) oh yea.. keep it up dear .. will come again here ;)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!