About Us

Thursday, May 31, 2012

Larangan Mengutuk dan Mencela Orang Islam.






Orang Islam haruslah dihormati kecuali orang islam itu sendiri telah mencabuli kehormatannya enggan melanggar perintah Allah dan Rasulnya. Menjatuhkan kehormatan orang lain dengan kejian, cacian, celaan dan kutukan adalah dilarang keras oleh agama.

Firman Allah swt, Ertinya; "Dan orang-orang yang ,menyakiti orang-orang mukmin tanpa sesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata". (Al-Ahzab: 58)

Mengutuk orang mukmin tanpa alasan yang hak adalah satu dosa besar. Sabda Nabi saw, yang bermaksud: "Mengutuk orang mukmin itu sepertilah membunuhnya" (AR Al Bukhari)

"Mencerca orang mukmin itu adalah fasik dan membunuhnya adalah kafir"
( Hadis Muttafaq 'Alaih)

"Tidak menuduh seorang mukmin akan mukmin yang lain dengan fasik atau kafir, melainkan tuduhan itu kembali kepadanya jika kawannya yang dituduh itu bukan seperti yang dituduh". ( HR Al-Bukhari, Ahmad, Ibnu Hibban)

" Sesungguhnya sesorang itu apabila ia mengutuk sesuatu, maka kutukan itu naik ke langit, lantas pintu-pintu langi ditutup untuknya, lalu ia turun ke bumi, maka ditutup pintu-pintu untuknya, kemudian ia berpaling ke kanan dan ke kiri. Apabila ia tidak memperolehi tempat ia kembali kepada benda yang dikutuk, jika ia berhak dengan kutukan itu, dan jika tidak, kembalilah ia kepada orang yang mengutuknya sendiri".(HR. Abu Daud dan Ahmad)

Kutukan hanya bolah dilakukan terhadap orang kafir, munafik dan orang-orang yang dikutuk Allah dan rasul. Orang-orang yang berbuat maksiat juga boleh dikuruk atau adi cela dengan syarat nama tidak disebut secara terang-terangan. Kutukan terlarang secara mutlak terhadap orang-orang yang mukmin yang baik-baik.

Firman allah swt, bereti: " Kemudian marilah kita meminta sungguh-sungguh (kerpada Allah) supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang ynag dusta"( Ali "Imran: 45)


Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.” 

Kadang-kala, kutukan dan ejekan di belakang orang itu bukannya kerana dia buat salah atau dosa, tetapi hanya kerana perbuatannya itu tidak menepati selera dan kehendak kita. Dah kalau dia tidak buat dosa, kenapa kita tak pasal-pasal mengumpatnya? Dan lagi adakalanya kerana cemburu dan hasad dengki terhadap kejayaan atau kelebihan yang ada padanya. Tidak salah menegur, tetapi gunakanlah bahasa yang elok dan baik. 

Setiap Kutukan, Ucap sahaja "Alhamdulillah...Pahala orang yang mengumpat itu akan beralih pada kita secra percuma. Kadang-kadang sakit hati, geram dan marah dengan setiap kutukan dan kata-kata nista orang lain terhadap kita. Tak salah apa-apa dengan diapun, tetap nak dikutuk, nak dikata bukan-bukan kan? Alhamdulillah.....Hanya Allah sahaja yang boleh membalasnya. Kalaupun dunia ini tiada keadilan, di akhirat kelak Keadilan itu pasti.


*Dunia maya seperti facebook, blog, twitter dan lainnya kadang-kadang dah jadi medan untuk mencaci, mengutuk dan menghina orang lain. Tak kira samaada dari pihak penulis atau pengomen. Orang suka mengata tanpa mengambil kira sensitiviti orang lain. Dalam hidup ini, kita tak terklepas dari berbuat silap, mengata itu & ini tetapi kita berusahlah untuk tidak menyakiti hati orang lain atau menujukan kata-kata pada mana-mana individu  takut di akhirat kelak kita jadi pengemis Yang memohon maaf pada semua orang yang telah kita guris hatinya.

Tuesday, May 29, 2012

Things to do at my hometown




Insya-Allah..hari jumaat malam saya akan pulang ke kampung lagi. Dalam otak2 dah macam-macam plan dah yang difikirkan. So, setakat ni, ini aje perancangan saya. Nampak sangat tak ada idea nak wat entri kan, sampai apa yang nak buat dekat kampung nak tulis dekat sini? hehehe...takpelah, namapun personal blog. Tulis ajelah


Sabtu

-         Awal pagi sampai dari shah alam ke stesyen bas Kangar, perlis (sebab umah dekat sempadan perlis , dah biasa turun bas dekat kangar je)
-         Suruh ayah confirmkan dengan tok imam pasal borang2 untuk nikah nanti.
-         Attend kenduri 2 orang kawan dekat Changlun Dan Jitra.
-         Ambil gambar dengan encik Tunang untuk bunting. Suruh dia select gambar parent dia untuk letak dekat bunting.
-         Pergi Butik CWC, Pilih baju resepsi. (Baru nak pilih? Huhu…) then bayar untuk makeup sekali. Untuk baju dah bayar dah last month. Mintak kain contoh untuk cari tudung nanti
-         Pergi Butik DRB. Pilih sampin dan tanjak untuk matching dengan baju outdoor Encik Tunang. Baju outdoor tu ambik baju bertandang yang tak jadi tu….huhuhu then  confirmkan warna tema untuk meja makan beradab dan khemah  pengantin nanti. Lagi 2 bulan lebih nak kawen warna tema pun xad lagi. Relax aje saya ni kan. Hehehe…
-         Cari cincin kahwin untuk Encik Tunang
-         Suruh parent dan Encik Tunang check &finalize draft kad kahwin yng dah ditempah
-         Malam. Kemas dan kosongkan bilik saya untuk dijadikan bilik pengantin. Saya tukar bilik saya dengan bilik adik perempuan saya sebab bilik dia kecik sikit, senang nak angkut keluar barang sebb katil bujang je. Barang tak banyak. Tapi bilik saya katil dengan almari lama tu berat sungguh. Malas nak kosongkan. Huhu…

Ahad

-         Pagi. Pergi klinik kesihatan Kodiang. Buat HIV test
-         Tengahari pergi wedding kawan dekat Guar Nangka, Perlis
-         Discuss dengan family dan sedara pasal gift untuk tetamu nanti.
-         Petang tunggu kedai pearabot hantar set bilik tidur yang dah ditempah.
-         Kemas bilik
-         Malam, siap2 nak naik bas balik shah alam.


Banyaknya benda yang nak disettlekan untuk majlis kawen nanti. Tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi. Dah rasa risaupun ada. Macam tak cukup masa je. Sekarang tiap2 bulan balik kampung time weekend aje. Tak ambik cuti pun. Nak jimat cuti punya pasal. Maklumlah, saya kerja swasta. Tak banyakpun cuti dapat macam government. Huhu….untuk 2 majlis kenduri memang kena spend banyak cuti. dahlah nanti duduk jauh2 lepas kawen (T_T), mesti akan ambik cuti gak kan. Dapat pulak dua-dua kenduri buat kenduri kampung je. Dua2 originally datang dari kampung yang masih membudayakan amalan gotong royong untuk kenduri. Tapi dekat tempat saya bukan atas dasar gotong royong kot tapi macam syarikat kenduri kampung.


semalam sembang2 dengan mak dekat Phone dia cakap banyak snagat kenduri dekat kampung sekarang. Time hari bekerjapun ada kenduri. Kira keja makan lauk kendurilah sekarang ni. Time bulan 11 dan 12 nipun dah bersusun orang nak buat kenduri dekat kampung saya. Hehhehe..biasalah time cuti sekolah, ramai yang nak wat kenduri kan. Kalau dekat kampung, tak kira hari apa, orang akan wat kenduri sebab majoriti orang kampung kerja sendiri. Oh ya, mak saya cakap, buah durian dengan rambutan dah boleh makan dah dekat rumah. Maggis pun ada jugak. Tak sabarnya nak balik. Cuma agak terkilan sebab buah pelam harum manis dan dang duk mai tak menjadi pulak tahun ni. Adalah sikit2 yang berbuah tapi harap2 saya sempatlah rasa nanti.

Sekarang, saya dah mula rasa risau. Normalke perasaan tu? huhu..Saya tak kisah macam mana bentuknya majlis saya nanti yang saya harap dan doakan moga majlis saya tu selamat dijalankan dan berjalan lancar. Tu je. Bila baca paper tengok cerita sedih dan dugaan hebat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga saya jadi takut. Macam2 yang jadi. Takutnya! Ya Allah..mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja. Moga jalan saya menuju hubungan yang halal dipermudahkan. Aminn…

dah terlebih melalut pulak saya ni. Asalnya nak bebel pasal balik kampung je. Huhuhu.. Buat semua readers, take care ye! Babai..

Monday, May 28, 2012

Alhamdulillah..Cik Pinky Sudah Setahun!



Alhamdulillah...Lusa, genaplah usia Cik Pinky saya 1 tahun. Dulu masa mula-mula pakai Cik Pinky aka Myvi Pink memang rasa risau sebab saya tak tahu sangat pasal keta ni. Saya cuma tahu bawak je. Tupun xpandai sangat sebab lepas dapat lesen, saya tak pernah bawak kereta. 5 tahun lebih baru la saya start pegang stereng keta balik. Kalau bukan sebab keja, saya rasa mungkin sampai sekarang saya masih tak berani bawak keta. Sekarang, walaupun selalu sesat2 gi meeting sana sini tapi Alhamdulillah...saya lebih confident drive dekat area kl-selangor ni. Bayran ansuran kereta pun Alhamdulillah tak pernah pending atau terlewat bayar. macm tu jugak dengan servis. Dulu, masa mula2 nak pakai kereta saya memang pikir habis2, masak2 sebab kena beli kereta ikut kemampuan kewangan saya. Taknak duit gaji saya tu banyak sangat spend untuk kereta sampai tak boleh nak saving. Biarlah pakai kereta kecik sikit dan biasa2 je asalkan saya tak rasa terbeban every month nak bayar. Bagi saya, kereta tu keperluan bukan aset yang sangat bernilai sebb harga kereta akan menurun dari tahun ke tahun. kalau beli rumah tu ye. Itu aset yang sangat bernilai. setiap tahun harga rumah akan naik. Kereta tak...huhuhu. Hanya "keperluan".

Setahun saya pakai Cik Pinky memang amat memuaskan. Paling penting jimat minyak. Saya balik kampung dekat kampung saya yang sempadan perlis tu cuma 50 ringgit je petrolnya. Harga tol lagi mahal dari minyak keta. Huhu...kalau datang keja pun sama. Jimat jugak walaupun selalu jammed tahap gaban dekat federal higway. Huhu..itu yang saya tak suka.


Ni gambar yang paling latest saya dan cik pinky. Firt time kot ambik gambar luar  keta saya ni. Huhu..tupun dari sipi.


Paling saya suka tentang Cik Pinky ni sebab senang gila nak cam kereta saya bila dekat tempat parking. Hahaha..dari jauh dah nampak.

lega sangat sebab dah settle renew insurans dan road tax. Kumpul duit sikit2 supaya tak rasa terbeban. Alhamdulillah..sebab dalam setahun ni saya masih beroleh rezeki untuk terus membela Cik Pinky. Harap2 lepas ni dapat beli rumah pulak. Mudah-mudahan..amin...


* Beli kereta biar ikut kemampuan agar tak susah di kemudian hari. Itu nasihat yang ayah titipkan untuk saya dan adik beradik. kalau beli rumah, tanah, sawah ke, emas ke apa tak apa. Sebab itu aset yang menguntungkan tapi tetap kena ikut kemampuan.

Sunday, May 27, 2012

Dua-Dua saya Dah Rasa!




Pantang ada promotion makanan baru dekat KFC dengan MCD saya memang sibuk je nak try. Suka sangat makan tak ingat dunia. Soal diet dah tolak tepi kalau bab makan ni. Sebab tu sampai sekarang badan masih jugak chubby. Tak ada gaya nak slim pun. Huhu....Bak kata mak saya, makanan tu nikmat dunia. Hehehe...


Ok..saya dah try makan KFC Pokkits ni. Alah, yang asyik tunjuk iklan dekat TV tu. nampak macam sedap je orang dalam TV tu makan, terus rasa nak try. lagipun time promotion harga dia murah je. Cuma RM 2.60. Hari ni last day untuk harga promotion. 



Rasa? Saya tak berapa suka. Bagi saya rasanya biasa-biasa je. tak adalah sedap giler or tak sedap lansung. Bolehlah..tapi sekali je makan dah tak nak try dah.  Tapi, untuk orang lain tak tahulah. lain lidah, lain selera kan?




McD chicken Foldover! Yang ini sangat sedap. Saya suka sangat2. Tambah-tambah dekat part roti tu. Macam roti prata / capatti. lembut, sedap. Ayam pun sedap. Ada sayur. Memang kenalah dengan selera saya. Nyum nyum..


Korang dah try ke? 

*Tulis entri bab makan tetiba rasa lapar la pulak. Huhu...

Thursday, May 24, 2012

Majlis Walimah Kawan2 ku



Jemputan Majlis walimah Minggu Ini


Jemputan Majlis Walimah Minggu Depan



Banyak kan? Itu belum campur lagi jemputan di office, di kampung dan undangan yang tak melalui Facebook. Rasanya dah lebih 20 undangan saya dapat. Rasa gembira tengok kawan-kawan saya yang bakal berumah tangga. Congrats my friends! Tapi yang saya terkilan + sedih sebab saya tak boleh nak atttend kesemua wedding di atas. Tambah2 lagi wedding yang bertindih tarikh dan lokasi yang berbeza. Susah sebenarnya nak pilih wedding mana yang nak pergi sebab takut ada yang terasa hati. Saya harap sangat mereka semua faham. Walaupun saya tiada di sana, saya tetap mendoakan yang terbaik buat semua. Semoga majlis korang berjalan lancar dan mendapat keberkatan dari-Nya. Aminn....

Pada kawan-kawan blog, b2b yang bakal mendirikan rumahtanga semperna cuti sekolah ni, tahniah dari saya. Semoga majlis korang berjalan lancar seperti yang dirancang. 


Tuesday, May 22, 2012

Main Panah Memanah


First time main archery ni. Mula2 takut gila nak main. Seriau! tapi lepas main beberapa kali rasa best pulak. Rasa macam nak main sekali lagi. Oh ya, ini cerita weekend lepas. Last day out orang "bujang" untuk Zira bersama kami.






Mula2 saya asyik panah luar kawasan. Panah sekali gelaknya berkali-kali. hahahaha...nampak bebenor tak tahu memanah. Agaknya kalau dia suruh panah duit baru nak pandai memanah kot. memang mata duitan betul!  tapi sekarang dah pandai sikit. Sikit jela.....kena praktis lagi. Oh ya! Kalau korang nak try, boleh lah singgah dekat tempat  ni dekat Sunway Pyramid. Enjoy!


Friday, May 18, 2012

Setelah 7 tahun Bersama......Inilah pengakhirannya


Setelah sekian lama sejak kali pertama kami bertemu pada tahun 2005, minggu ini adalah minggu terakhir untuk saya dan dia. Keakraban, perhatian dan segalanya saya terpaksa lepaskan. Bukan atas kehendak masing-masing, tapi kerana masa, keadaan dan situasi yang buat semua ini jadi perkara normal dalam setiap perhubungan. Bila saya redha dan ikhlas dalam memulakan hubungan kami begitu juga saya harus redha dan ikhlas melepaskan orang yang saya sayang pergi dari sisi saya. Saya dah mula rasa sedih dan sebak tetapi saya tahu ini adalah perkara normal. Dalam kesedihan tetap terselit rasa gembira dengan kehidupan baru yang bakal kami lalui kami selepas ini.






Lagi 2 minggu my best friend aka teman baik, teman rapat, teman susah senang, teman sejati saya akan berkahwin. Minggu ni jugak adalah minggu terakhir untuk saya spend masa dengan dia. Honestly, sejak 7 tahun kami berkawan rapat, saya lagi rapat dengan dia berbanding tunang saya sendiri. kadang-kadang saya rasa dia jauh memahami saya dan mengenali sikap saya. Mungkin sebab hampir setiap hari kami lalui kehidupan bersama sejak di universiti sampailah bekerja buat kami lebih mengenali anatra satu sama lain. Kami pergi kelas bersama, makan bersama, jalan-jalan bersama,merempuh hujan bersama (selalu kena hujan bila naik motor sama2) study bersama,duduk serumah dan sebilik, masak bersama, berkongsi masalah, perasaan, hobi dan saling menyokong antara satu sama lain. Dia juga tempat saya mengadu masalah saya dan berkongsi rasa yang susah untuk saya kongsi dengan orang lain. terlalu banyak perkara yang saya ingat tentang suka duka kami dari mula kenal sampai sekarang.



Kami rapat mungkin sebab sejak di universiti sehinggalah bekerja kami tak pernah lagi terpisah jauh. Bercinta pun secara jarak jauh. memang jarang sangat jumpa BF masing2. keakraban kami ni sampai kawan2 dekat Universiti semuanya tahu. Pantang salah seorang berjalan sendirian je, pasti akan di soal "Imah mana?" takpun "Zira mana?". See.... eratnya hubungan kami sampai semua rakan-rakan tak kira yang rapat atau tidak dengan kamipun tahu pasal kami berdua.  Malah, keluarga kamipun tahu. Dia kenal family saya dan saya kenal family dia. Waktu rakan-rakan lain sibuk ke hulu ke hilir dengan boyfriend masing2 kami selesa berdua sahaja. Kami lalui susah senang alam belajar bersama. nak cari duit lebih, kami buat kerja part time bersama dekat McD. Dia jadi cashier di kaunter, saya jadi tukang masak burger di dapur! hehehe..bila diingatkan semua kenangan itu, sungguh saya sangat rindu untuk lauinya sekali lagi. Dalam persahabtan mana mungkin tiada kekeruhannya. kami pernah bergaduh, terasa, berselisih faham, makan hati tetapi jodoh persahabatan kami kuat. Walau apapun yang berlaku persahabatan ini tetap berdiri teguh. Syukur =)




Saya ingat, lepas grad kami akan berpisah tapi takdir Allah, kami dapat kawasan tempat kerja yang sama. Dulu, dah nangis2 dah sebab ingat akan berpisah jauh tapi syukur kerana Allah masih izinkan untuk kami bersama macam dulu lagi. Seronok sangat bila kerja dekat tempat yang tak jauh dari kawan baik saya =)  Thank you Allah. walaupun cuma setahun lebih sahaja tetapi dah cukup buat saya rasa happy sebab saya masih ada kawan baik saya di sisi.


Tapi, mulai minggu depan juga, Zira tidak lagi berada di selangor. Tidak lagi bekerja berdekatan dengan office saya. Insya-Allah, selepas kahwin dia akan ikut her husband kerja dekat kemaman. Maka, jarak kami akan makin jauh. Entah bila dapat berjumpa lagi saya sendiri tak pasti. Hakikatnya, saya sedar yang hubungan kami tak mungkin dapat jadi macam sekarang. Tak bebas lagi untuk keluar bersama waktu hujung minggu, tak bebas lagi untuk saling menemani ke sana sini. Sedih! memang sedih. Saya rasa kehilangan...(T_T) .

After 7 years hidup saya sentiasa ada dia, ditemani leteran, bebelan, gelak tawa dan cerita dia, hujung minggu ini adalah masa terakhir untuk kami spend masa bersama. Sekejapnya masa berlalu. Tujuh tahun walaupun satu tempoh yang lama tapi saya rasa macam sekejap sangat. Sedar tak sedar rupanya dah tiba masanya untuk saya melepaskan kawan baik saya ni pergi dari hidup saya. 




Tujuh tahun yang indah. Tujuh tahun yang menyimpan bermacam cerita. Air mata, gelak tawa...dan segalanya. Terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan saya seorang sahabat yang sangat memahami saya. Seorang sahabat yang tidak pernah menolak setiap ajakan saya. Seorang sahabat yang ikhlas menemani saya ke mana sahaja. Seorang sahabat yang sudi mendengar setiap keluhan dan kesedihan saya. Seorang sahabat yang tetap berdiri di sebelah saya walaupun bermacam perkara terjadi dalam hidup saya. Seorang sahabat yang bagi saya adalah anugerah terindah dalam hidup saya....Syukur ya Allah kerana meminjamkan dia untuk saya. Walaupun hanya seketika tetapi kemanisan persahabatan ini, kenangan yang kami coret bersama akan saya ingat sampai nafas terakhir saya.

Buat Zira, selamat pengantin baru..selamat menempuhi alam baru. Walau apapun berlaku, ingatlah aku sentiasa ada di samping ko. Semoga persahabatan yang telah kita jalin sepanjang bertahun-tahun ini akan kekal sehingga ke akhir hayat. Keep in touch ok! Terima kasih kerana menjadi sahabat susah dan senang aku. terima kasih kerana sentiasa punya masa untuk aku. terima kasih kerana membahagiakan aku. Thank you so much! Sampai bila2 pun aku akan sentiasa sayang dan ingati ko. To  Duan, Tolong jaga Zira sebaiknya. Bahagiakan dia sehingga ke hujung nyawa. Semoga rumah tangga korang akan sentiasa dalam berkat dan rahmat Allah. =)


(T_T)

*tertarik dengan kata-kata Ben Ashaari yang blog itu LOG atau diari seorang pengguna internet. Tiada istilah penulisan SAMPAH dalam mana mana blog kecuali dia menulis untuk mencaci maki orang lain . Jika dia menulis untuk meluahkan peraasaan atau meLOGkan kenangan , maka itu adalah haknya.


Friday, May 11, 2012

Current DIY PROJECT (Bunga Crepe)


Dah lama tak tulis entri pasal DIY project saya sekarang. Ikutkan, macam2 DIY project yang ada dalam list nak buat. Tapi progressnya sangat slow. Sebab busy tahap gaban, try jugak buat sikit2. Ok, ini kerja terbaru saya sejak bulan lepas. Crepe paper flower. Tak tahu nama apa bunga ni. main hentam je buat. hehehe....




Untuk apa saya buat bunga ni? Tunggu....lepas dah siap semuanya saya akan cerita dekat sini. Sekarang tak boleh story sebab benda tak siap lagi.




Wednesday, May 9, 2012

Suntikan Vaksin Hepatitis B


Hari ni nak bercakap pasal kesihatan sebab baru lepas kena suntik vaksin hepatits B tadi. Before ambil vaksin ni untuk langkah pencegahan dari terkena virus hepatitis B, saya baru buat blood test kira-kira 3 bulan lepas. Bukan HIV test tapi full blood test untuk tahu tahap kesihatan saya dan buat ujian penyakit yang boleh dikesan melalui ujian darah. Alhamdulillah...semuanya ok. Hepatitis B, talesemia, HIV semuanya negatif. yang lain2....so far oklah jugak.

Sebelum tu, meh sini saya nak terangkan apa itu virus hepatitis b



Ada penyakit yang sama bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai yang tidak mengetahuinya. Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding dengan virus HIV (AIDS)?
Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. 


Daripada 90 peratus bagi mereka yang dijangkiti terdapat 5 ke 10 peratus orang dewasa yang tidak dapat menyediakan antibodi yang mencukupi untuk membasmi jangkitan dan akan dijangkiti secara teruk untuk jangka masa panjang. Mereka ini adalah pembawa penyakit Hepatitis B yang kronik.


Tanda-tanda jangkitan Hepatitis B yang teruk adalah sama seperti jangkitan virus Hepatitis C. Ini termasuk demam, sakit perut dan kuning. Kebanyakan yang dijangkiti secara teruk tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas dan mereka boleh menjangkit ia kepada orang lain.
Mereka yang dijangkiti secara teruk mempunyai risiko tinggi mengalami penyakit dan kanser hati yang boleh menyebabkan kematian. Risiko ini meningkat 200 ke 300 kali ganda berbanding yang bukan pembawa. 



Turut didapati wanita pembawa Hepatitis B, mudah menjangkitkan ia kepada bayi yang dilahirkannya dan bayi tersebut pula menjadi pembawa dan menyebarkan kepada orang lain. Harus diingat, virus ini telah didapati hampir di semua bahagian berair dan cecair tubuh manusia.
Adalah dijangka 3 ke 5 peratus darah di derma di Semenanjung Malaysia diperiksa mempunyai virus HBU iaitu virus yang menyebabkan Hepatitis B. Ini bermaksud, sekitar 468,000 ke 780,000 daripada jumlah penduduk, Sekitar 15.6 juta, sudah menjadi pembawa yang boleh menjangkitkan ia kepada orang lain dan mereka ini mempunyai risiko yang tinggi menghadapi penyakit hati dan kanser hati.


Pada masa ini, tiada cara perubatan khusus untuk Hepatitis B. Belum ada ubat yang mampu mengubati penyakit ini sepenuhnya. Kajian masih terus dijalankan untuk mencari cara rawatan dan ubat yang berkesan melawan Hepatitis B.


Hepatitis B boleh dicegah. Kini terdapat vaksin Hepatitis B yang diberikan secara suntikan. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas, vaksin ini diambil 3 kali di jarak selama sebulan. Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun cukup 2 dos yang dijarakkan selama 2 bulan. Dos booster juga perlu diberikan selepas 12 bulan. Daripada data-data yang diterima, penerima suntikan yang lengkap boleh mempunyai imuniti lebih enam tahun. Satu dos tambahan perlu diambil selepas jangka itu untuk meningkatkan semula pertahanan badan.



Seperti yang Doktor cakap pada saya, virus Hepatits B ni boleh berjangkit melaui percampuran darah, suntikan , dan juga hubungan kelamin. Tapi, jika vaksin diambil untuk mencegah virus ini, Insya-Allah hepatitis B sukar untuk berjangkit. Selalunya kena mabil 3 suntikan. 1 suntikan untuk satu bulan. kalu dekat klinik kerajaan saya tak tahu berapa harganya. Tapi, kalau klinik swasta, 1 suntikan lebih kurang RM 50 harganya.

*Rasa lenguh sebelah tangan sebab sakit kena cucuk.

Tuesday, May 8, 2012

Kain Baju Bertandang (Peach Lemak Ketam)


Tak sempat nak reply lagi komen readers dalam entri saya yang lepas di SINI. Thank's atas semua cadangan. Saya sangat hargai sangat2 =) . Tapi, saya dah beli pun kain dan semua benda untuk beading baju tu nanti. Tak tahu macam mana bentuknya sebab main grab je ikut apa yang terlintas dekat kepala saya. Maklumlah, saya jarang dapat discuss benda ni dengan Encik Tunang. Bila jumpa dan dapat beli bersama, memang apa yang terlintas dekat kepala je kami beli. Discuss pun time dalam kedai kain tu baru nak discuss. hahaha...benda dah ada depan mata baru dapat idea kan?Lately ni memang otak saya susah benar nak berimaginasi. Banyak sangat yang difikirkan kot. Huhuhu...So, ini kain yang kami beli last week untuk baju bertandang. Cari dan cari last2 kami beli di Harisons sebab Encik Tunang dah berkenan dengan material kain dekat sini.


Inilah kedai yang menjadi pilihan kami

Jenguk sikit dalam ni..

Ini kain baju melayu encik Tunang. kainnya memang best sangat! Lembut dan sejuk je rasa =)

Yang warna peach tu kain untuk saya. Tapi sebab saya rasa warnanya agak kusam, so lining baju ni saya pilih warna pink. 


kain net lembut untuk buat veil. Saya dah potongpun kain ni untuk buat veil. Sedih. Salah potong, veil saya jadi pendek sikit. 

Rupa-rupanya, idea saya nak gabungkan warna peach ni dengan warna lain yang lebih striking rupanya samalah macam sugeest readers blog saya. hehehe...dah rasa lega sikit sekarang. Kain nipun dah hantar dekat tailor untuk dijahit macam baju saya nak. Risau gak dengan hasilnya sebab ni first time saya tempah baju sendiri selalu beli ready made je atau mak yang gi upah dekat kampung. Tupun dah lama. Since bekerja memang beli ready made je semua. Tapi memang betul la warna peach lemak ketam tu wujud! hahaha..sebab akak tailor tupun cakap "betullah dik. Ni warna peach lemak ketam"...Dalam hati rasa lega sebab betul warna macam yang keluarga bakal mertua nak . Dah boleh senyum sikit sebab rasa lega =)




* Sebenarnya, banyak sangat dugaan yang terjadi. Lepas paksu saya, maksu saya pulak masuk wad. Hari2 berulang ke hospital. kerja pulak berlambak2. DIY project macam xgerak2. Huhu..sedih sebenarnya. nak harap orang tolongpun xleh. Mula2 mak sedara saya offer nak tolong apa yang boleh, tapi bila jadi macam ni, memang kena pandai urus sendiri dan buat secepat mungkin. Lately ni, saya cepat je letih. Penat sangat sampai jalanpun boleh jatuh. Asyik tercedera je sekarang. Huhuhu... Mungkin stress, tension, risau dan macam2...Huhuhu...

Monday, May 7, 2012

Confuse dengan Warna "Peach"


Saya confuse. permintaaan bakal mertua nak baju bertandang ditukar pada warna peach. Dalam hati memang suka warna ni. Sebab saya membayangkan warna peach baju saya seperti ini....



Betulkan ini warna peach?...Tapi bila pergi kedai kain, bila saya pilih kain warna ni, promoter tu cakap, "dik, ini bukan warna peach. Ini warna pink. Eh, ya ke? bukan inipun panggil peach ke? tapi peach yang nak ke pink. Macam baju siti sarah ni



tapi encik Tunang pulak cakap,ibu dia suruh ambil warna peach yang macam warna lemak ketam. Eh? lemak ketam tu warna peach erk? hahaha...confuse saya dibuatnya. Tapi lepas cari warna peach seperti di atas tu asyik xcukup kain then tak jumpa, saya grab jelah warna peach yang macam promoter suggest tu. Dan macam jugak warna peach "lemak ketam" yang encik tunang cakap. So, warnanya adalah macam ni..





Ok. Jujur, saya tak puas hati dengan kain baju, veil dan semuanya. Rasa macam xcantik je kain yang kami pilih. Huhu..veil pun saya potong jadi pendek. Salah potong. lace pun warna lansung tak masuk. Huhu.....


Stress!

Friday, May 4, 2012

My Experience with Contact lenses






Tetiba hari ni rasa nak bercerita tentang contact lenses. Sebelum tu, nak story macam mana saya boleh rabun.  since umur 11 tahun, lepas terlibat dalam kemalangan dekat sekolah, penglihatan saya tak lagi normal macam dulu. Saya bukan accident jalan raya. Tapi,Saya terkena tempias atas perbuatan orang lain. Huhuhu.. Time tu, saya nak gi kelas. Ada budak2 main bola randes (Eh! Betul ke ejaan ni?) tepi kelas saya. Sedang say a berjalan, tak tahu macam mana bola tu terkena mata saya (bola tennis yang warna hujau tu. Sampai sekarang saya fobia dengan bola tu!).  Tahu2 saya dah rasa dunia saya gelap. Huhuhu…nak berjalanpun kawan saya yang tolong papah sebab saya takleh buka mata. Sakit.

Mula2 cikgu bawa saya gi klinik. Cikgu ingat kes biasa lah kan. Tapi, masa dekat klinik, Doktor cakap, urat mata saya dah mula kembang. Terus bawa saya cepat2 ke hospital sebab kalau lambat saya akan buta. Alhamdulillah…saya selamat. Saya masih boleh melihat walaupun masa tu pandangan saya tak clear sangat. Saya jadi rabun warna, rabun penglihatan. Saya kena tahan dekat hospital dalam empat lima hari (Tak ingat berapa lama) kot. Lepas keluar hospital pun every week kena datang check up dekat hospital. Adalah dalam setengah tahun kena ulang alik gi hospital jumpa doctor. Mak saya hari-hari akan test penglihatan saya dengan warna. Mak risau sangat saya rabun warna sebab time tu saya kecil lagi. Hari2 mak uji saya, ajar saya, jaga pemakanan saya  sampailah saya pulih sepenuhnya. Tapi, anak mata kiri saya tetap tak leh normal balik macam dulu. Kalau orang lain anak matanya bulat cantik, tapi saya tak. Kembang2 sikit. Huhu…..sebab tulah saya start rabun. Asalnya mata kiri je, lepas tu jadi kiri dan kanan. Mula2 sikit je rabunnya, lama2 jadi banyak. Tapi, masih dalam tahap sederhana rabun =(

Tak suka, tak sukapun kena pakai juga spek mata ni. Huhu..


Pasal contact lenses, dah 7 tahun lebih saya pakai. Lama kan? Since umur 18 tahun saya start pakai sebab tak selesa pakai spek mata. Erk! Bukan rasa diri tak cantik ke apa ke, tapi saya tak selesa sebenarnya. Rasa tak puas melihat. Lagi satu, saya ni lasak orangnya. Suka buat aktiviti luar, so saya rasa contact lenses adalah pilihan terbaik. Before pakai contact lenses, saya jumpa doctor mata dulu. Then, saya gi kedai yang disarankan doctor. Kedai tu milik doctor mata jugak. Time mula2 try dekat kedai, rasa selesa sangat. Tak sedarpun diri ni rabun! Hahaha…The best contact lenses yang saya suka adalah dari brand Encore-A. Harganya agak mahal la (mahal la bagi saya sebab time tu belajar lagi) tapi puas hati sangat. Selesa dan rasa soft jer. Suka sangat brand ni tapi dekat Shah alam ni tak jumpa pun. Huhuhu…Pernah try macam2 jenis tapi tetap xsama macam pakai Encore A. so, sekarang tukar pakai brand Frequency pulak. Not badlah..ok dengan saya tapi lagi suka Encore A. kalau balik kampung, saya memang beli brand ni. Saya tak pernah pakai contact lenses macam2 warna tu. Pakai yang biasa je.

Saya suka brand ini!

Sekarang pakai yang ini

Tak takut ke pakai contact lenses?

Mula2 nak try memang takut. Tambah2 bila dengar macam2 cerita orang. Kena infection la macam2..huhu. Kalau tak betul cara memang boleh rosak mata. Ngeri kan dengar? Disebabkan saya suka membaca dan wat research, saya sentiasa dapatkan info tentang contact lense dan penjagaaan mata. Tapi rutin penjagaan saya tak macam orang lain. Orang selalu cuci contact lense dulu, rendam dalam bekas then baru ambik pakai. Tapi, saya terbalik. Saya rendam dulu. Masa nak pakai baru cuci then baru pakai. Entahlah…dah terbiasa cara macam tu. Dulu, masa mula2 pakai contact lense memang lama la saya ambik masa nak pakai. Susahnya nak suruh contact lenses tu lekat dalam mata. Hahahaha…Tapi bila lama2 pakai,  2 minit je dah cukup. Time nak buang lagi senang, tak payah tengok cermin pun. Mudah je? Tapi, tetap kena teliti, berhati-hati dan amalkan kebersihan. Pakai pun xleh lama2. Tak boleh lebih dari hadnya. Then, kena bagi mata rehat jugak. Jangan asyik hari2 pakai contact lenses. Selang seli dengan spek. Walaupun saya rasa pakai spek tu wat mata saya lagi rabun. Betul! Power mata saya meningkat lepas pakai spek mata. Then, dalam newspaper pun doctor ada cakap pasal pakai contact lenses leh kurangkan kerabunan.

Sedang berusaha untuk simpan duit untuk wat rawatan lasik untuk baik pulih kerabunan saya. Ada ex officemate buat dulu. Tak perlu pakai contact lenses dan spek lagi. Harga pun mahal jugak. Mintak2 ada rezeki lebih nanti.

Pembedahan laser atau lasik untuk mata



* Entri panjang berjela…hahaha. Oh Ya, Saya ada dengar ceramah agama pasal nak merawat masalah rabun mata cara islam. Nanti saya akan kongsi di sini k!

Thursday, May 3, 2012

Update : Checklist Kawen 2






DOKUMEN NIKAH
Kurusus Kahwin L: Done
Kursusu kahwin P: Done
HIV test L: Done
HIV test P : Not yet
Dokumen Nikah : Not yet

NIKAH

Theme: Light Cream
Baju Nikah P: Done
Baju Nikah L : Done
Sampin: Done
Tudung Dan Veil: Done (DIY)
Mas Kahwin: Done
Duit Hantaran: Done
Cincin for her: Done
Cincin for him: Not yet

HANTARAN

Theme (Bride) : Not Yet
Theme (Groom) :  Not Yet

Hantaran For Him

Item 1 : Done
Item 2: Done
Item 3 : Done
Item 4 : Done
Item 5: Done
Item 6 : No Yet
Item 7 :Not Yet
Item 8 : Not yet (at home)
Item 9 : Not Yet (at home)

Hantaran For Her

Item 1 : Done
Item 2 : Done
Item 3: Done
Item 4 : Done
Item 5 : Not yet
Item 6: Not yet
Item 7:Not yet (at Home)


RESEPSI

Sewa Dari Butik: Booked (Paid)
Theme : Not yet
Baju P : Not yet
Baju L: Not yet
Veil & Tudung : Not Yet
Kasut P: Not yet
Kasut L: Done
Hand Bouqet : Not Yet (DIY)
Meja Makan beradab : Booked
Hiasan Bilik Pengantin  : Not Yet (DIY)
Langsir Rumah : Not Yet (DIY)
Langsir Bilik : Not yet (DIY)
Set katil : Done


BERTANDANG

Theme: peach & white
Baju P : Not Yet
Baju L : Not Yet
Veil & Tudung: Not Yet
Sampin: Not yet
Hand Bouqet: Not yet


HOMESTAY

For His family: Booked
For her Family : Not Yet

PHOTOGRAPHER

Resepsi : Booked

Bertandang : Booked


DOORGIFT

DIY paper Bag: In Progress
Item : Not Yet
DIY Bunga Telur : In Progress


Stress rasa bila tengok banyak sangat warna merah dekat checklist ni. lagi 3 bulan 3 minggu, banyak lagi benda yang tak settle. Huhuhu...dah prepared awal2 pun last minute kena tukar jugak. Masa pulak xcukup. Macam2 benda berlaku. Tension! Takpe Imah, sabar2. Anggap je sebagai dugaan. Huhu...(T_T)

Wednesday, May 2, 2012

Hasil Tangkapan Di Pesta Buku Kuala Lumpur


Yeay! finally dapat jugak ke PBAKL dekat PWTC. Walaupun tersesat, bersesak dengan orang ramai, sampai luka tangan pegang banyak buku, lenguh kaki berjalan, terkena hujan, Alhamdulillah..saya dapat beli apa yang saya cari di sana. Walaupun yang dibeli sebenarnya banayk yang tak xada dalam listpun. Konon nak berjimatla padahal tak tahan godaan nak membeli buku. hehehe..So, ini hasil tangkapannya



Yang sebelah kiri bawah tu, buku free gift je. Alhamdulillah..orang nak bagi, saya ambik je ar. Dapat 1 majlah free dan dua buku free. Yeah!

buku ini yang saya nak sangat beli di sana. Best isi kandungannya. lengkap dengan bermacam perkara tentang solat. Harga RM 100. Tapi after less dapatlah RM 90. Insya-Allah..buku ini saya akan buat hantaran masa kawen nanti dan harap dapat dimanfaatkan untuk saya dan keluarga dengan penambah baikan dalam solat

Ok. Ini majalah lama. Huhu..yang edisi hujung tahun lepas. Diskaun pun sikit je dari harga asal (RM 14.90 dapat RM 12. 90 satu) tapi sebab tertarik dekat tajuk dalam majalah ni beli ar jugak. Pejam mata je bayar padahal saya dah lama tak beli majalah. Harap, dapat banyak idea dari sini.

Ini Buku yang saya beli Untuk hantaran for Encik Tunang. Mula2 fikir nak beli buku blibiografi Nabi Muhammad SAW tapi sebab buku tupun tebal sangat, xboleh nak bawa, Tukar beli buku ni. tentang Rasulullah SAW juga. Buku 100 pesanan terakhir Rasulullah tu saya dah baca. Pinjam dekat housemate. best! Kali ni beli untuk bacaan dan simpanan sendiri.

Macam biasa, tak sah kalau tak beli novel kalau ke sana. Tapi dua novel je beli sebab tak ada budget lebih lah. hehe..walaupun dua buah je tapi tebalnya sampai 1000++ pages. Tak tahu berapa hari baru nak habis baca dengan tahap ke busy an saya sekarang.(T_T).


dekat Group buku Karangkraf nye tempat. Ramai gila orang. banyak diskaun dekat sini.


Pergi berdua je dengan Aina sebab kawan baik saya lagi seorang tu last minute ada hal. Thank you aina tolong temankan dan angkut buku saya yang banyak tu!

Dapat lagi jumpa penulis hebat ,  Siti Rosmizah macam tahun2 lepas. Suka sangat!
Eh! saya jumpa Dato' Dr Fadzillah kamsah jugak tau. dapatla sign autograf dia masa dekat booth  Telaga Biru


* Tak sabar nak hadiahkan anak buah saya, Nisa yang baru umur 2 tahun lebih tu dengan buku comel yang saya beli di PBAKL.

* Saya memang suka membaca. Sebab tu saya fikir dari saya beli benda yang saya jarang guna dan tak minat sangat, untuk hantaran why not jadikan buku sebagai hantaran kan. Ada juga manfaatnya =)