About Us

Saturday, April 28, 2012

Pesta Buku, Selasa Ni baru kita Jumpa Ye!




Sedang bersenang lenang dekat rumah. Asal perancangn hari ni nak gi office. siapkan kerja yang terbengkalai tu. Tapi, terpaksa dibatalkan di saat akhir.Huhu...banyak sangat gangguan dalam kepala ni sampai dekat office pun terbawa-bawa. Adoiii..tak pasal2 kena marah dengan bos sebab semua soalan dia tanya saya asyik blurr je jawab. Xconfident lansung! Dekat sejam dengar ceramah dalam bilik dia. Siap kena test IQ itu ini lagi. Huhuhu! Mujur bos mash leh senyum2 lagi time marahpun. Rasa lega hati ni.

Perancangan asal nak ke pesta buku dengan member baik saya tapi disebabkan kempen Bersih 3.0 tu, duduk ajelah dekat rumah diam2. Tak sanggup nak masuk KL time orang buat demonstrasi tu. Rasa xselamat dan kena menempuh jammed sebab jalan banyak yang tutup. Huhuhu....So, tukar plan. Pesta buku tu kiteorang nak gi masa cuti umum hari pekerja selasa ni. So, PBAKL, tunggu saya Selasa ni, saya akan terjah buku-buku dekat sana!


Hari ni dapat tahu paksu saya kena tahan dekat hospital sebab denggi. Huhuhu..kesian dia..nak pergi melawat petang ni. So, weekend ni saya maybe ada dekat rumah maksu saya. temankan dia sebab paksu saya dekat hospital. Semoga dia cepat sembuh! Aminn..


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen!