About Us

Friday, April 20, 2012

Jom ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur!



Saya ulat buku. Kalau nak panggil hantu bukupun boleh jugak.Hehehe...So, apa saja berkaitan buku, pesta ke, kernival ke, fiesta ke saya memang takkan lepaskan peluang untuk ke sana. Saya lagi suka ke pesta buku dari pergi sales dekat shopping mall. Pendek kata, book store adalah tempat yang saya tak pernah lupa nak singgah setiap kali keluar shopping barang. Dulu, masa tengah remaja saya banyak kumpul novel je tapi sejak usia menginjak 20 tahun, saya dah start pelbagaikan bahan bacaan saya. Tidak terhad pada novel semata-mata. Tapi, pesta buku yang saya sentiasa tunggu tiap2 tahun tentu sekali PBAKL. Boleh jadi gila tau kalau pergi sana. PBAKL dah jadi macam Syurga buku bagi saya. banyak pilihan, hargapun murah. Dapt less selalu. kalau ada buku yang cari tak jumpa2 dekat kedai, pergi saja ke pesta buku. Insya-Allah..mesti ada stock dekat sana. Sebab boleh direct jumpa dengan publisher sendiri. Untung kan?

Ok. Stop membebel. Just nak inform dekat korang yang suka sangat baca buku, beli buku like me, jangan lepaskan peluang berkunjung ke pesta buku Antarabangsa kuala Lumpur yang di adakan di PWTC bermula 27 April 2012 sehingga 6 mei 2012. Saya ada beberapa buku yang nak dicari di sana. Hope dapat ke sana dan  jumpalah apa yang dicari =)




No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen!