About Us

Sunday, March 25, 2012

Green Turquoise With Blue untuk Majlis Bertandang

Kenapa saya pilih warna Turquoise?
kebetulan sebenarnya. Saya tak pernah menetapkan tema warna untuk majlis perkahwinan saya. Mana baju yang saya rasa cantik dan sesuai dengan saya dan encik Tunang, saya grab je. tak kisahpun warna apa.Masa bertandang memang saya nak pakai dress yang simple je. Warna turqoise tupun saya pilih sebab tertarik dengan warna pada dress ready made yang saya beli. Tapi warnanya agak gelap dan nampak macam hijau.


Untuk baju bertandang memang saya DIY sendiri dari dress yang saya beli tu. Selain dari jimat, saya boleh pakai balik baju tu lepas selesai majlis bertandang nanti. Dress tupun plain je. tak ada apa-apa hiasan. Saya yang akan deco sendiri  dengan jahit bunga fabrik, lace (warna biru) dan pearl. Dress nipun dah 50% siap dijahit. Masih lagi in progress. Saya buat sikit2 sebab busy sama sekarang ni. Huhu..

Baju Encik Tunang Next week baru nak cari. Maybe beli kain je then pergi upah buat baju melayu. Kalau jumpa yang ready made dan sesuai untuk badan dia, beli terus je kot. Tapi warna baju dia harus lebih soft sikit dari warna dress saya.


P/s: Sebenarnya, banyak benda lagi yang tak settle. Baju kahwin untuk majlis di sebelah saya nanti pun saya belum cari lagi. Warna tema memang tak ada lagi sebab bergantung pada baju yang kami pilih nanti. Ingat nak sewa je. Tak tahu masih ada ke lagi baju yang sesuai untuk kami sebab selalunya orang booking awal2. tengoklah macam mana. kalau tak ada yang sesuai, kami decide nak pakai songket je nanti. Baju songketpun cantik apa? Next week baru nak balik kampung nak cari baju untuk di sewa, ambil borang nikah dan cari homestay untuk keluarga Encik Tunang. Mintak segala urusan  dipermudahkan.

Friday, March 23, 2012

Tetang Cita-Cita Asal Saya

Bila tengok TV kadang-kadang buat saya teringat tentang cita-cita asal saya sejak di bangku sekolah. Dulu, dekat sekolah cikgu suka tanya, "Bila dah besar nanti awak semua nak jadi apa?" macam-macam jawapan yang saya dan kawan-kawan bagi. nak jadi Cikgulah, doktorlah, polis la..semua ada. Semuanya perkerjaan yang kami nampak dekat mata kami. Luar dari tu, memang tak tahulah..hehehe. Dulu, bila orang suruh tulis cita-cita, saya tulis macam-macam jenis pekerjaan sebab saya sendiri tak tahu apa cita-cita saya.



Bila dah masuk sekolah menengah, baru saya tahu apa cita-cita saya sebenarnya. Saya nak jadi WARTAWAN. yup! kecenderungan minat saya adalah bercakap dan saya nak sangat jadi wartawan. Saya suka tengok wartawan yang buat liputan bermacam berita, boleh pergi ke segenap pelusuk dunia sebab nak dapatkan berita. Saya nampak macm best je kerja wartawan tu. Plus++ saya suka menulis. Tapi, saya taknak jadi wartawan surat khabar. saya nak jadi wartawan yang selalu buat liputan pasal orang asli ke, tempat-tempat menarik seluruh dunia ke....pasal environment ke, kerja-kerja yang memerlukan saya travel dan ke sana sini. Adventure....itu minat saya sebenarnya.

Tapi, bila saya cakap dekat mak saya masa saya form 3 dulu yang saya teringin nak jadi wartawan dan ambil course sastera terus mak saya cakap "Kalau jadi wartawan nanti susah nak jaga keluarga. Takut anak ke mana, suami ke mana".  Dalam umur 15 tahun saya tak fikir apa-apa pasal rumahtangga. Yang saya tahu, saya nak kejar cita-cita saya. Tapi, bila mak macam tak suka saya jadi wartawan, saya terpaksa lupakan cita-cita saya. Dulu, guru kelas saya pernah cakap dekat saya, hidup saya akan berjaya kalau saya ambil aliran sastera (sebab time tu saya ambil bidang sains). Entah ar....itu cakap dia berdasarkan kecenderungan saya time sekolah. tapi berjaya atau tidak saya dalm hidup, bukan dia penentunya.

Saya lupakan cita-cita asal saya tu sebaiksaja saya masuk sekolah teknik masa form 4. Tak apalah..mungkin bukan rezeki saya untuk jadi wartawan. Lepas tu, saya hanya fokus dengan bidang yang saya ambil sekarang walaupun saya tahu, minat saya tak sepenuhnya di situ. Tapi, saya cuba untuk minat apa yang saya belajar.

Bila saya dah meningkat dewasa, saya tahu. Kalaupun bukan kerana mak saya tak kasi saya jadi wartawanpun, saya tetap tak jadi wartawan. Kenapa? Sebab Allah dah tentukan rezeki saya bukan dalam bidang tu. Saya tahu, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Sudah ditetapkan takdir saya begini dan semuanya pasti ada hikmahnya. Syukur..walaupun saya gagal menjadi seorang wartawan..saya masih ada peluang untuk berjaya dalam kehidupan saya sekarang. Dan saya redha dan bersyukur dengan apa yang saya kecapi hari ini.

Apa yang berlaku pada masa hadapan saya tak tahu. Mungkin saya akan bertukar bidang kerja siapa tahu kan? Apapun....yang penting, jangan menyesal dengan apa yang telah ditakdirkan dalam hidup.

Wednesday, March 21, 2012

Rindu...




















Saya rindukan memori bersama kawan-kawan saya..Rindu sangat-sangat pada kenangan yang sukar untuk diulang semula..

Tuesday, March 20, 2012

Komen Orang Ramai Bila Belanja kahwin Cuma RM 5522.50

Masa tengah layari FB time lunch hour tadi ada kawan saya yang share pasal perkahwinan cara islam yang  kosnya cuma RM 5522.50. Seronok je bila tengok jumlah belanja tu yang tak membebankan.



Tapi rasanya, ini kenduri yang dicadangkan untuk sebelah pihak je dan majlis makannya dimasak sendiri secara bergotong royong. Mungkin sebelah lelaki tak buat kenduri kot.Saya taknak komen banyak sebab sayapun ada pendapat sendiri. Saya tertarik dengan komen2 orang tentang isu ni. Jom tengok respon diaorang yang mana sempat saya print screen.











Macam-macam respon kan? Ada yang setuju ada yang tidak. Tapi majoriti lelaki yang bagi komen semuanya nak majlis yang nilainya tidak mebebankan mereka. Bagi saya, cukuplah sebuah majlis yang sederhana, mudah , tidak memmbazir dan tidak membebankan saya, pasangan dan keluarga kedua-dua pihak. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Kehidupan selepas kahwin jauh lebih penting sebenarnya.

P/s : Hakikatnya walau bagaimanapun bentuk majlis perkahwinan zaman sekarang, yang kecil, yang sederhana, besar atau yang mewah, orang tetap juga akan mengata. So, bersabarlah sebab dunia ni takkan lepas dari orang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan orang lain.

Saturday, March 17, 2012

Theme Colour Untuk Nikah

Untuk nikah, selalunya warna putih jadi pilihan kebanyakan pasangan sebab nampak suci dan segar. Sayapun suka tengok orang nikah pakai warna putih tapi tak pernah terfikirpun nak pakai baju warna putih time saya nikah nanti. Saya tak berapa suka pakai baju atau tudung warna putih. Entahlah..rasa macam tak kena je dengan saya bila pakai warna tu.

Tapi bila Encik Tunang beria-ria nak jugak pakai warna putih masa nikah, saya jadi serba salah. Dah cakap taknak pun, dia tetap nak jugak. Tapi, untuk baju nikah mestilah dapat persetujuan bersama kan? Saya taknak kecewakan Encik Tunang tapi dalam masa yang sama saya nak pakai baju yang saya suka. So, saya request dekat Encik Tunang untuk pakai baju warna light cream masa nikah nanti. Warna yang tak adalah nampak putih sangat dan tak juga nampak cream sangat. Alhamdulillah...Encik Tunang setuju. Hehehe..suka benar saya bila Encik Tunang setuju dengan cadangan saya.

So, inilah colour theme pilihan kami masa nikah nanti






Friday, March 16, 2012

Dilema. Penang atau selangor??

Hari-hari kepala otak saya memikirkan benda yang sama. Dalam kesibukan dan kepenatan melayan kerja otak saya tak berhenti berfikir. Bukan soal preparation majlis kahwin saya tapi kehidupan lepas berkahwin nanti. Sekarang, saya bekerja di kelana Jaya dan Encik Tunang di Pulau Pinang. Saya tinggal di Shah Alam dan Encik Tunang di Kulim. Bila dah kahwin isteri kenalah ikut suami kan? So, sepatutnya sayalah yang berhijrah ke Pulau Pinang. Rumah yang Encik Tunang sewa sekarang dekat kulim, kedah. Tapi dia kerja dekat penang sebab rumah sewa dekat penang harga mahal sikit lepas tu crowded. Hmm.....tapi Encik Tunang pulak cakap, biar dia yang datang Shah Alam, cari keja dekat sini. Sebab dia memang bercadang nak tukar kerja lepas kahwin. Mahu cari kerja yang lebih sesuai untuk orang berkeluarga. Kerja sekarang, tak kira masa, weekend, public holiday, tengah malam..dia akan dipanggil bekerja.Huhuhu...



 Kalau ikutkan living cost dekat Shah alam ni jauh lebih tinggi berbanding duduk dekat Kulim. Harga makanan dan rumah sewa semunya mahal. Kalau sekarang Encik Tunang boleh selesa tinggal di kawasan perumahan rumah teres 3 bilik dengan bayaran sewa 300 ringgit sebulan, bila kiteorang duduk shah alam nanti, Kiteorang kena duduk rumah aprtment sbb harga rumah teres semuanya 1k ke atas. Untuk orang yang baru bekerja dan baru berkahwin macam kami ni, duduk apartment lebih baik. Itupun maybe di luar kawasan shah alam. Sebab dekat shah alam, apartment 3 bilik di tingkat 5 pun dah dekat 600 harganya. Yang tingkat bawah lagilah mahal kan? hmm...

Bukan saya taknak berhijrah ke penang. Nak sangat....sebab lagi dekat dengan kampung halaman saya. Boleh jenguk mak ayah saya selalu. Tapi sampai sekarang saya tak jumpa kerja yang sesuai dengan bidang kerja saya. Saya pulak tak tahu company tu macam mana. kalau company saya sekarang, macam 'family' care company. Apa2 benda berkaitan family kita nak cuti atau nak El senang. Kebajikan pekerja dijaga. dan paling penting, saya mahu kerja yang saya boleh balik awal macam isteri2 lain, mahu ada masa untuk keluarga sendiri..huhuhu. Bagi saya, Keluarga yang paling penting dari segalanya....

Kerja dekat KL-selangor ni memang banyak tapi nak cari yang bersesuaian bukan mudah. Macam tu jugak dekat penang. Memangla orang cakap jangan memilih kerja. Tapi, kalau tak pilih, takut nanti rasa sedih dan kecewa je datang kerja. Produktiviti kerja lansung tak ada. last2 berhenti juga. Saya taknak macam tu. Huhu..pening2. Sebolehnya, lepas kahwin, saya mahu tinggal bersama suami saya. Cukuplah selama tempoh bercinta dan bertunang kami berjauhan. hampir 5 tahun berhubungan, tak pernah sekalipun kami tinggal dekat. Jumpapun jarang. Setelah halal di sisi agama, saya mahu berada di samping suami saya. Saya rela tukar profesion kerja saya sekarang kalau saya tak dapat kerja yang sama bidang saya dekat sana dan Encik Tunang pun tak dapat kerja dekat sini..huhu..

Berhenti kerja? Tak boleh. Nanti siapa nak bayar kereta saya? Siapa yang nak bantu family saya waktu mereka susah?  Susah...saya kena terus bekerja. Encik Tunangpun tak galakkan saya berhenti kerja. Dia nak saya bekerja macam sekarang. Yalah, takkanlah dia pulak yang nak bayar ansuran kereta saya, hutang PTPTN saya, bagi duit untuk family saya? Diapun ada tanggungjawab dekat family dia jugakkan? Dan sebolehnya saya taknak membebankan bakal suami saya kelak melainkan kalau dia memang berkemampuan.

penang tau selangor? Saya tak kisah mana-mana. Saya ikutkan saja keputusan Encik Tunang nanti. Mungkin akan duduk jauh sekejap sehingga saya atau dia dapat kerja lain. Tapi ikutkan hati saya ni, dah tak kisah dah kerja apa2 pun asalkan dekat dengan dia.

Entahlah...saya berserah pada Allah. Dimana ada rezeki untuk kami, kami akan pergi..
Ya Allah...mudah-mudahan ada peluang untuk kami tinggal bersama selepas berkahwin kelak..
Doakan kami ya!

Tuesday, March 13, 2012

Boleh follow e-novel saya Di Blog Baru ni

Wah! pantas dan tuntas! setelah mendapat komen dari kawan sendiri dan juga kawan blog, dengan pantasnya saya dah berjaya create blog untuk karya-karya saya. So, pada pengikut e-novel saya, korang boleh follow saya di blog baru ni. Tapi, buat masa ni saya belum kemas kini lagi blog tu. Tak sempat lagi nak organize dan pindah semua e-novel saya dekat situ. Bagi pembaca e-novel yang tak kisah membaca personal blog saya, boleh je nak follow blog ni lagi kalau korang suka. Saya pun lagi suka sebab saya tahu beberapa pembaca setia e-novel saya rajin jugak baca cerita2 personal yang lain dan komen. terima kasih banyak2 . hargai sangat setiap kunjungan dan komen. Cuma, kesian dekat yang datang sini just baca e-novel jelah sebab diaorang nak baca novel, bukan nak baca cerita peribadi si pembuat novel yang tak siap-siap ni! hahaha....teruknya saya sebab buat korang tertunggu-tunggu.Huhu..minta maaf sangat-sangat saya busy sangat sekarang. tak sempat nak berangan untuk novel CSb tu. tapi novel KCI progressnya mcam biasa. Buat masa ni, novel KCI tu keutamaan saya. Bila dah asingkan dekat blog lagi satu untuk karya saya, saya rasa ianya lebih kemas, tersusun dan tak adalah berserabut sangat blog personal saya ni.

Ok..boleh follow blog ni kalau nak baca karya saya tetapi weekend ni baru saya akan update pasal e-novel!
Ini blog baru saya  http://fatinfarehah.blogspot.com/

Cukuplah Satu je Kot? Entahlah..

Masih berfikir samaada nak buka satu lagi blog baru atau tak. Blog yang khusus untuk e-novel saya je tanpa perlu campur aduk dengan personal blog. Awalnya saya buat blog Menjaring Impian nipun memang untuk personal blog. Bukan untuk e-novel. Tapi bila saja2 tulis, tak tahu pulak ramai gak orang yang nak baca e-novel saya. Ramai jugak yang rajin melawat ke sini. Terima kasih ya!

Saya rasa malu jugak sebenarnya bila pembaca e-novel saya tahu personal life saya. Segan..sebab saya  tahu mereka ke sini bukan untuk membaca kisah2 peribadi saya tetapi e-novel saya yang jarang update tu.Huhu…Macam mana ye? Patut ke saya asingkan?

Kalau asingkan, saya tak tahu saya boleh manage atau tak. Saya dah buka FB lain yg khusus untuk penulisan je. Itupun saya tak aktif sangat. Bukapun jarang-jarang. Susah nak manage banyak email dan FB. Saya suka ada satu je….Nanti kalau buka blog baru, mesti saya akan jarang buka juga…huhuhu….tapi dalam masa yang sama saya nak rasa bebas menulis apa saja yang saya suka sebab memang hobi saya dari kecik2 suka menzahirkan perasaan saya melalui penulisan. Tidak terhad pada novel je. 

Kawan-kawan sendiripun saya try sorokkan blog ni. Mana yang tahu, tahulah..saya malu bila diaorang tahu minat saya yang suka tulis novel. Segan. Walaupun saya jenis banyak cakap, ramah tak bertempat tapi ada benda yang saya tak nak orang tahu. Macam minat menulis novel saya ni. Tambah2 kawan sendiri. Rasa malu je. Tapi dengan orang yang saya tak kenal, tak pernah berjumpa, saya tak segan pulak nak menulis. Aisey..kenapa saya ada perasaan macam ni ye?

Blog personal saya ni memang layak dipanggil “rojak”. Semua benda saya nak kumpul dekat sini. Macam semak je kan?hehehe..entahlah..masih berfikir nak asingkan atau tak. Patutke saya buka blog baru?


Monday, March 12, 2012

Manusia Semakin kejam! Al-Fatihah Untuk Arwah Adik Nurul Nadirah

Sedih....menitis air mata saya bila baca berita petang tadi yang Polis sahkan rangka yang ditemui dalam keadaan rentung di ladang kelapa sawit adalah milik adik Nurul nadirah yang dilaporkan hilang sejak 1 march lalu. berhari-hari saya mengikuti perkembangan kes adik kecil ini, berharap dia dapat ditemui dalam keadaan selamat.    Namun, hanya rangka yang ditemui. Astagfirullahhalazim...betapa kejam dan zalimnya manusia akhir zaman ini. tergamak membunuh kanak-kanak kecil yang tidak berdosa dengan kejam. Apa salah dia? Apa dosa dia? Dia hanya anak kecil berusia 5 tahun yang tak tahu apa-apa! sampai hati orang buat dia macam ni. Tergamak dia diseksa sekejam ini! Memang manusia berhati iblis! Hukuman dunia mungkin si pembunuh ni boleh terlepas, tapi di akhirat nanti, dia takkan terlepas!  al-fatihah untuk Arwah adik Nurul Nadirah. Syurga tempatmu adik...Semoga keluarganya diberi ketabahan untuk menempuhi ujian ini.....Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua. penjenayah dan penculik ada dimana-mana. Manusia sekarang makin kejam. Bunuh orang dah jadi perkara biasa. Nauzubillah! Minta kita semua dijauhkan dari mereka2 yang zalim


Thursday, March 8, 2012

Terowong2 Indah Di seluruh Dunia



Valencia-Underwater tunnel


Ukraine's Stunning Green Mile Tunnel

Pakistan Tunnel


Bund Sightseeing, Shanghai, China

Flowers Tunnel !





Tree tunnel

Tuesday, March 6, 2012

Kasut Idaman on My Wedding Day

Dalam banyak-banyak part dalam berpakaian, kasutlah yang paling saya kurang concern sangat. Selagi tak tercabut, tertanggal atau erti kata lain rosak, saya akan pakai je kasut tu. Bila dah rosak baru beli lain. Hehehe..Selalunya saya cuma ada sepasang je sandal untuk dipakai pergi kelas. Bila keja ni je barulah ada 2 pasang. Tupun bila mak bising2 saya asyik pakai kasut yang sama. Kesian dekat kasut katanya. Huhuhu…Kalau nak pergi jalanpun, saya cuma ada satu sandal. Paling selesa sandal yang buat dari getah tu. Yang itu seronok guna gi jalan2 atau shopping moping. Sudahlah murah, tahan lama pulak tu. Kalau gi keja, suka yang lembut  yang designnya banyak jenis orang tua2..hahaha..sebab itu je yang saya rasa selesa dekat kaki. macam yang kasut bata comfit tu memang feveret sayalah. Dia taklah cantik mana, simple tapi sangat selesa ok! Rasa soft dan ringan je bila jalan. Sesuai sangat untuk saya yang jenis berjalan tak ada sopan santun, laju sampai tak tengok kiri kanan. Siapa yang pernah berjalan dengan saya pasti tahu kehebatan saya ni (hebatlah sangat!) hehehehe..
Yang comfort begini memang selesa walau look like old fashion..huhuhu..


On My wedding day nanti, citarasa saya pada kasut masih sama macam kasut yang saya pakai sekarang. nak yang SELESA, rasa stable, mudah dipakai, tak buat lutut atau kaki saya sakit, yang buat langkah saya lancar tanpa perlu control2, yang buat saya mudah bergerak ke sana-sini, dan yang buat saya senang nak berjalan, berlari, melompat......(aik?)  hehehe..agak-agak dekat manalah ada jual kasut yang macam tu? Kalau boleh, nakla cantik sikit dari kasut yang saya pakai di hari biasa. Namapun wedding day kan? Ikutkan hati, mahu saja belasah pakai selipar ja sbb itu dah tentu sekali selesa. Tak adalah nak terpelecok bagai kan? Kan?
Untuk wedding, Seliparnya harus comel begini..hehehe. Boleh kan??

Honestly, saya tak nak pakai high heel time wedding saya nanti. Saya tak suka pakai kasut macam tu untuk jangka masa yang lama.  Saya akan rasa kaki saya sakit, kebas dan tak selesa untuk berjalan. High heel jugak buat saya rasa tak stabil bila berdiri dan rasa mahu jatuh dan terpelecok.Huhu.. Satu lagi yang jenis kasut muncung sgt dekat depan macam style sekarang ni. Tupun xsuka jugak sebab jari kaki saya jenis yang kembang. Bila pakai yang jenis muncung tu jadi sakit. Rasa jari jemari dicekik2..hahaha.. saya lebih suka memilih kasut style wedges yang bagi saya lebih stabil dan selesa. Hehehe….Takpun, short heel je. Tapi nak yang comfort jugak. Selesa tu penting. Kalau tak cantik macam kasut wedding orang lain xpe. Janji saya selesa. Hehehe..ye tak? Okeh..kalau boleh saya nak cari kasut kawen macam dekat bawah ni

Cantik!


Simple sangat tapi nampak macam selesa. Tak berapa sesuai untuk wedding kot

Nampak elegance sikit. 
Suka jugak yang macam ni. Cuma kalau boleh heel dia rendah sedikit supaya boleh sama tinggi dengan Encik Tunang.hehehe..

Lebih cantik kalau wedges diapun sama warna macam kasut


 Kalau boleh, wedges tu xnaklah tingggi sangat sebab Encik Tunang dah pesan, nanti jangan bagi nampak tinggi dari dia. Tinggi sayapun dah 160 cm. Dia tinggi sikit je dari saya. Masih mencari..Tak jumpa lagi kasut yang berkenan di hati dan selesa dipakai. Huhu...

Sunday, March 4, 2012

Review Filem Adnan Sempit 2

Akhirnya, saya tertengok jugak filem ni dekat panggung semalam. Itupun lepas diajak + dipujuk paksa oleh kawan saya supaya gi tengok filem ni dengan diaorang walhal saya malas sebenarnya. huhuhu...kesimpulannya, filem ni memang kelakar sangat2. Sepanjang cerita saya asyik ketawa je  Sampai berair mata ni sebab gelak. Suka  bila tengok gelagat saheizy Sam yang slumber dan berlagak confident gila dalam filem ni. hahaha....dia sangattttt... pandai berlakon ok!


 Sekali sekala hilangkan kepenatan dan keserabutan otak dengan tengok filem yang kelakar dan santai macam ni memang best. Rasa happy je....Plot cerita ni lebih kepada gelagat Adnan yang berusaha untuk bercakap bahasa inggeris dengan baik dan belajar menjadi orang korprat. Walaupun bahasa Inggerisnya memang ke lautlah, tapi yang penting kesungguhan dan confident yang ditunjukkan untuk menjadi lebih baik. Bahasa omputeh Adnan dalam filem ni yang buat orang rasa lucu sangat2! Lebih2 lagi bila muka dia nampak confident gila bila cakap omputeh....padahal ayat semuanya berterabur. Tapiu berlagak pandai itu harus!Hehehe...Itu yg saya belajar dari filem ni. Apa2 yang kita buat, betul atau salah..confident aje! jangan takut menerima cabaran ! dan berusaha dulu sebelum mengalah!


 Untuk filem ni  saya bagi : 4.5 / 5 Bintang

Friday, March 2, 2012

Update :Checklist Kahwin 1



lagi 5 bulan?? huhuhu...Diam tak diam, cepat tak cepat rupanya tinggal 5 bulan lebih je lagi untuk sampai my wedding day. Cepatnya masa berlalu. dekat sini, saya update progress saya untuk majlis saya nanti. tak banyak pun. masih lagi berusaha untuk siapkan benda yang tergendala. Doakan semuanya berjalan lancar ya! Amin..


Procedure Nikah

Tarikh Nikah - To be confirm. Consider Done
Kurusus Kahwin  - Done ( L& P)
Borang Nikah  -  ( Baru ambil borang)
Blood Test checkup - Done * Just for personal medical checkup not for official nikah procedure. result :
                                              negative HIV , hepatitis and talesemia ( girl only) Yeayyy =)
Official HIV test -Belum.
Tok Kadi - ( ayah akan follow up untuk ni)
Kad kahwin - Booked!

Majlis Nikah 

Tempat Nikah -  Done ( Masjid Kampung Pering, kedah)
Masa - To be confirm. Consider Done 
Theme - Light Cream Done
Baju Nikah P - Done ( Buy ready made)
Baju Nikah L- Done ( Tempah)
Sampin & songkok Nikah - Done
Tudung Nikah - Done 
Veil nikah - Done (DIY)
make-up Nikah - Done ( sendiri)
Bantal Nikah- To be confirm. Consider Done ( My cousin tolong carikan. =)  )
Photographer - Booked!

Barang Hantaran

Not yet. Baru 20 % progress

Majlis Resepsi

Tempat - Rumah sendiri. Done
Preparation Rumah - me & my family. Not finish yet ( Baru finish cat rumah)
Wedding Theme- kenduri kampung. Guna pakatan kenduri. Consider Done
Colour Theme - Belum tahu. Akan confirmkan lepas tengok baju kahwin
Makanan kenduri - Parent akan uruskan untuk ini 
Pelamin - Don't have. Tengah consider untuk DIY mini pelamin. Itupun kalau mak ayah kasilah..hehehe
Meja Makan Beradab - Booked!
Bilik Tidur - DIY 
Photographer - Booked! 
Baju resepsi - Sewa. Belum cari lagi 
Make-up - Done
Doorgift - akan DIY. decide to use brown paper bag
Bunga telur - DIY jugak
Doorgift untuk ahli pakatan kenduri - akan DIY
Homestay untuk rombongan pihak lelaki- Belum booking.

Majlis Bertandang 

Colour Theme - Green Turqoise Done
 Baju Bertandang - Perempuan Done (beli ready made- akan DIY sendiri)
                           - Lelaki. Pending  ( tempah atau beli ready made je kot)
Tudung & veil bertandang - DIY
Make-up - Done (sendiri)
Photografer - Belum booking
Majlis kenduri - Family tunang yang akan uruskan
Homestay - belum booking

Macam-macam berlaku pada saya sepanjang tempoh bertunang. ujian berat bila nenek sakit. Dah 2 kali masuk hospital. Risau sangat. Mudah-mudahan nenek cepat sembuh dan boleh datang majlis saya nanti sebab nenek yang beria-ria sangat nak saya kahwin cepat dan tengok saya kahwin. Huhu... (T_T)