About Us

Tuesday, February 14, 2012

Bila Adat Perkahwinan Lama Di“Modern”kan......


1. PELAMIN

Pelamin Dulu-Dulu

Dulu2 orang melayu ada yang tak sanding atas pelamin. Akad nikah je. Kalau nak sanding, boleh sanding bawah pokok …Letak kerusi 2 buah. lepas tu buat back drop daun kelapa, pintu gerbang pun dari daun kelapa. Dah siap! Mudah dan jimat kos! 

Pelamin Sekarang  

Pelamin sekarang ada macam-macam style dan nampak mewah dan modern. Ada jenis ber panel, tiang rom la, tiang parsi la..pelamin telur la..macam-macam. Harga pun sampai cecah ribu ringgit. Kerusi pun dah up to date. Guna sofa, kerusi cleopatrala, kerusi sampan..sofa tinggi la..macam-macam. Yang penting ada duit, semuanya jadi…susah nak jumpa pelamin yang berkonsepkan adapt melayu dulu2. means macam pelamin diraja ke. Pelamin ukiran kayu ke..semuanya banyak style English..huhuhuhu



2. HANTARAN

Dulu-Dulu

Walaupun time tu saya masih kecik-kecik, saya masih ingat dulu2 orang bagi hantaran kebanyakannya gula, garam, syumi, gula-gula, buah…gula dan garam tu buat bentuk macam-macam. Jadi lada merahlah, jadi sotongla (guna span), syumi pulak gubah bagi jadi macam buah jambu air. Kreatif! Kalau sekarang bagi gula dan garam..  memang sakitlah nak tadah telinga dengar orang duk mengumpat! Hahaha….



Sekarang

Sekarang ni style hantaran semuanya memerlukan banyak belanja. Hiasan untuk hantaran saja dah cecah ratusan rinnggit. Manik berantai, fresh flower, artificial flower dan macam-macam. Dulang hantaran pun macam-macam style sekarang. Jenis sarngkar lah, raga lah.. Itu belum campur dengan barang hantaran yg semuanya “modern” style. Beg tangan, kasut dan wangian maybe kedengaran biasa. Tapi kalau i-pad, i-phone. Laptop semua tu kira hebatlah kan? Untuk hantaran sajapun boleh cecah ribuan ringgit.



3. BUNGA TELUR

Dulu-Dulu

Dulu-dulu bunga telur semua orang buat sendiri jer. Guna crepe paper, straw, plastic, macam-macam. Jimat kos. Lagipun bila ada kenduri, ramai jiran tetangga yang kasi bunga telur. Tak perlu nak buat banyak-banyak. Simple jer tapi best sebab boleh tengok macam-macam style bunga orang buat. Dulu, hidup bermasyarakat tu best dan erat. Tak macam sekarang. Jiran sendiripun belum tentu kenal. Bunga telur dulu cucuk dekat batang pisang atau buah betik je. Jimat..tak yah nak beli bekas pahar tu..

Sekarang

Bunga telur lebih moden. Harga pun dalam seringgit gak sebatang. Orang suka beli je sekarang, malas nak buat dah. Beli-belipun, harga mahal jugak. bekas cucuk bunga telurpun orang beli. Mana lah nak jumpa batang pokok pisang dekat Bandar ni ha..kalau adapun, orang malu nak guna..huhuhu


4. BAJU PENGANTIN

Dulu-Dulu

Dulu-dulunya style lebih classic dan memang macam baju tradisi orang melayu. Kebaya, songket, kebarung dan kurung. Selalu orang tempah atau jahit sendiri je. Xcrowded sangat. Jarang orang sewa. Siap pinjam2 pun ada. Agaknya time tu butik pengantin xbanyak kot. Tapi suka jugak wedding dress dulu2..simple, klasik dan nampak lebih kemelayuan. 



Sekarang

Sekarang nya style wedding dress memang cantik2.,superb dan macam2 style..boleh perasan macam artis kejap bila dapat pakai baju cantik2 macam ni. Hehehe…Tapi fesyen memang bukan sepenuhnya tradisi melayu la... Even baju kebaya dan baju kurung pun dah design macam style kebudayaan lain. Nampak elegance dan cantik tapi hargapun cantik gak. Sewa pun mahal jugak. Huhuhu…kalau ambik pakej siap semua benda pun ribu riban gak la...huhuhu




5. INAI

 Dulu-Dulu 

Orang pakai Inai dekat jari je. Ambik daun inai dari pokok tu. Selalu inai daun ni warna cantik dan kekal lama. Warnapun merah


Sekarang

Orang melayu ni suka tiru style budaya lain pakai inai. Lukis inai dah macam inai orang india dah. Ada setengah ustaz cakap, dah macam tatoo. Cantik ke? tak tahulah bagi korang. bagi saya tak cantikpun. Certain orang pakai inai bagi jadi warna hitam, bukan merah. Hmm..macam2 style ye sekarang nih. Dah jauh benar dari adat melayu dulu2... Yang ini pun kena duit jugak nak suruh org lukis inai..




6. KENDURI

Dulu-Dulu

Majoriti orang buat kenduri dekat rumah sendiri. Makanan pun disediakan secara bergotong-royong. Time dulu hidup bermasyarakat ni memang kuat bond nya. Ada saja saudara mara dan jiran tetangga yang datang menolong. Best kenduri dulu2. Makanpun secara berhidang. Rumah pengantin memang riuh rendah dengan kunjungan orng ramai, Best! dekat kampung masih banyak lagi yang buat kenduri di rumah sendiri dan secara gotong royong. Boleh bersembang dan bertegur sapa tanpa rasa kekok. tak rasa formal pun. best sesangat! Dekat bandar semua ni  dah tak ada.



Sekarang

kenduri banyak guna khidmat katering dan buat dekat dewan. Mungkin faktor tak ada siapa nak tolong, masalah kesesakan laluan ke rumah dan banyak faktor lain, dewan adalah pilihan utama di kawasan bandar. Katering memang yalah...susah nak jumpa jiran dan saudara mara yang ikhlas menolong macam dulu2. Dekat bandar, semangat kejiranan tu tak kuat macam di kampung =( . Sewa dewan, upah katering semuanya memerlukan belanja yang tinggi. Boleh cecah belasan ribu ringgit hanya untuk dua benda ni aje..


7. FOTOGRAFI

Dulu-Dulu

Selalu gambar kawan-kawan tangkapkan. Tangkap pun masa hari kawen je. Itu je. Outdoor semua tu tak ada. Yalah, kamera dulu-dulu manalah canggih mana. fotografer pun tak ada. Main snap sendiri je. tapi cukuplah..ada jugak gamabr kawen yang boleh disimpan untuk kenangan.

Sekarang

Dah banyak pakej fotografi perkahwinan. untuk pre-wedding lah, engagement lah, nikah, resepsi, outdoor, bertandang. Semua ada. Tunggu keluar duit je bayar. nak album macam manapun boleh pilih. sticky album, custom album..story book..semua ada. Dan service nya tentu sekali terbaik sebb memang fotografer berpengalaman kan. pandai cari dapatlah gambar yang cantik2. nak buat video pun boleh. Untuk ini saja pun boleh cecah ribu ringgit jugak.huhuhu...


8. KAD KAHWIN 

Dulu-Dulu

Kad kahwin jenis kertas A4 lipat empat yang fotostat. tapi yang zaman sebelum tu xpasti pulak saya, panggil mulut je kot. maklumlah..semangat kejiranan tinggi, majoroti orang sekampung tahu rumah masing2. Tapi dekat kampung saya masih banyak lagi kad kawen macam ni. simple dan murah. memang majoriti kad kahwin dekt kampung saya mcm ni.hehehe..Takpe, yang penting ikhlas mengundang =)


Sekarang

Dah jadi trend kad kahwin cantik-cantik. Jenis ada gambar sendiri la, boleh buat kalendar lah..macam-macam. harga pun mahal jugak. Untuk kad kahwin pun boleh cecah 1k jugak kalau dibuat dalam 1000 cetakan. huhuhu..tupun dah devide pada dua pihak. Sebab tu setengah orang suka undang dekat facebook je. nak pos kad pun, setempun paling kurang 60 sen. itu harga setem. 



Kalau ikutkan..banyak lagi benda yang nampak perbezaan tentang adat perkahwinan dulu dan sekarang. Kadang-kadang rasa macam adat yang bebankan diri untuk kahwin, tapi bila difikir-fikir balik, kemodenan adat tu yang buat kos perkahwinan melambung tinggi. Sebab tu majlis kenduri untuk satu pihak saja paling kurangpun boleh sampai belasan ribu ringgit. Ada jugak sampai puluhan ribu ringgit. Mana tak ramai pasangan sekarang tak buat pinjaman peribadi untuk kawen. Banyak betul kan? Sekadar perbandingan peribadi. ukur bajet di poket sendiri. kalau mampu, buat,tak mampu buat yang wajib je. Yang penting kehidupan lepas kahwin mesti kena ada simpanan duit. Itu yang paling penting...


P/s: Semua gambar adalah dari carian google. Gambar sekadar hiasan. tak ada kena mengena dengan yang hidup atau dah mati. Entri berbentuk pendapat peribadi, bukan berkaitan dengan wedding sendiri atau menujukan pada mana-mana pihak. Peace =)



16 comments:

  1. sangat bagus perbandingan ini.....tingat p kenduri org hidang dalam dulang bunga2....bunga telur pacak kat batang pisang..

    ReplyDelete
  2. saya rasa ok jugak idea cik penulis..tapi,kadang-kadang nampak macam kedekut pulak...semua nak jimat...memanglah nak jimat,tp ikut certain2 perkara la...akak saya pun buat simple jugak..tapi takdelah sesimple cik penulis..

    ReplyDelete
  3. heheh, teringat gambar khawin mama & baba, diorg bersanding, pelamin beratapkan daun pisang, zaman tu dah kira habis hebat la :)

    ReplyDelete
  4. Nizam: Tq

    Hunny Kitty:hehehe..teringat org dulu2 kawen.

    Anonymous: Hehe..ya ke? Bukan kedekut. Kalau kedekut, saya lansung tak buat kenduri.Nikah dekat masjid then buat jamuan ringan je..hehehe. N3 ni just perbandingan wedding dulu dan skrg bukan maksud wedding saya nanti ikut wedding dulu.hehehe...maksud saya, buat ikut budget dan kemampuan. Bukan senang nak kumpul duit sampai beribu ribu.Simple2 pun 10K jugak kena keluar. Lain orang lain masalah. Allah je tahu susah senang kita. Orang boleh cakap apa saja =)

    Ila: Yup! betul2..dah tak relevan dgn zaman skrg. tinggal kenangan je semua tu...

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya kita kena kembali kepada saranan Nabi kita. Buat yang sederhana. Itu bukan kedekut namanya. Lebih kepada hidup berhemah. kalau berbelanja ribuan ringgit, lepas tu hidup berhutang, kan dah jadi masalah. Itu kalau memang jodoh panjang, kalau dah berbelanja ribuan ringgit, hidup sebagai suami isteri tak sampai sehari.... tu kan naya namanya....
    Orang boleh cakap apa saje... pekakkan aje telinga... yang penting, hidup kita setelah berumah tangga, biar dimulakan dengan rahmat dari Allah...

    ReplyDelete
  6. *sigh*...sekarang ni perkahwinan lebih mementingkan adat.. adat la yg memayahkan perkahwinan..yelahhh,kahwin kan sekali je seumur hidup...semua nk macam2..hambik hang,lepas ni kalau kena tanggung hutang byk2,xaman gak hdup...kalau betul2 ikut islam,perkahwinan tu mudah jer...

    ReplyDelete
  7. dulu dan sekarang memang jauh berbeza
    dulu nak kahwin kos murah
    sekarang nak kahwin kos mahal
    :-)


    P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

    ReplyDelete
  8. memang kontra habis.kalau saya, prefer simple saja, akad nikah+berian kat rumah.sanding malam kat dewan.baju nikah and baju sanding taklah sampai mencecah ribuan ringgit. inai, errrmmm tak suka pakai lerr... hehehe. ikut keadaan lerr. hehehe peace :)

    bella

    ReplyDelete
  9. Anonymous2: Setuju. Kalau kahwin ikut sunnah nabi tak ada besarnya belanja kahwin. Tapi org melayu tak ramai yang nak praktik. Bila buat simple dikatanya macam2, kedekutla, apala. Sabrjelah...Bukan menyalahi agamapun orang kata jugak.Huhuhu... Tq. insya-Allah saya akan bersabar dgn kata2 org.

    Riyadh: Betul2. Setuju. jangan sampai berhutang hanya untuk kahwin yang sehari tu.huhuhu

    Hans: hehehe..yelah kan..

    ReplyDelete
  10. kita pun teringat perkahwinan dulu2 lebih meriah dan menjimatkan..sb kos hidup zaman dulu2 xmacam zaman sekarang...semua benda mahal..
    kita buat yang simple tp semua benda ada..3k pun dh cukup..xder la sampai 10k nampak macam membazir ajer..then nak kna tanggung hutang bertahun2..xptt la..kan2..

    ReplyDelete
  11. Farah @ permata Biru: 3k cukup kalau duit hantaran yang pihak lelaki bagi guna buat kenduri tapi imah duit hantaran lansung imah xdapat. kena guna duit sendiri untuk makanan kenduri dll benda. Kos transportation lagi. memang lebih dari 3k..tu ar. Tupun imah nak wat simple je..nak cut cost lagi. org tahu mengata je, susah senang kita org bukan tahu..huhuhu

    ReplyDelete
  12. saya sgt suker inai dulu2. esok2 kalau sya nk kawen jgn harap la nk inaikan tangan saya dengan segala corak tu... tak suke...

    kawan sya cakap tak boleh buat mcm tu, sbb ap sya dh lupa.

    anyway...sekarang..mmg kurang mcm dlu yg lebih byk gotong royong, tgkp gmbr sendiri..tp sekarang sbb org kawen dh bg byk perut kenyang, maksud sya mcam, org yg business kad kawen, org yg buat business photography org buat business katering etc..sume dapat rezeki atas kegembiraan org len^^

    ReplyDelete
  13. pedulikan kata2 org..mulut org mmg xleh nk ttp..kita yg mendengar mmg terasa sakit..tp yg penting majlis kita..kita punya suka la kan..kita doakan semoga majlis imah nanti berjalan lancar..:)

    ReplyDelete
  14. qminz: Sayapun! suka inai dulu2..hehehe.Yalah..mmg betul. Tapi untuk b2b kena bijak berbelanjalah..

    Permata biru: betul2..imah setuju.Tq farah =)

    ReplyDelete
  15. hai.. semuenye betul.. sbb apa y dicakapkan ni la y saye bercadang nk buat nanti.. sebb RM1 pun saye xnk bazirkan untuk wedding nant.. Biarlah org nak kate saye kedekut :-)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!