About Us

Monday, January 30, 2012

Review: Filem Sumpahan Kum Kum

Dah lama saya tak tengok filem seram dekat panggung wayang selepas Paranormal Activity. Bukan tak minat dah tapi sebab takut tak best dan tak berbaloi. Dahlah harga tiketpun mahal tapi Filem entah apa2. Sebab tu kadang2 lagi rela tengok filem omputih dari filem melayu. Bukan tak sokong filem tempatan, tapi kadang2 ada yang tak puas hati, tiada KUALITI dan rasa membazir jer tengok.

 Tapi Filem Sumpahan Kum Kum ni saya tengokpun secara kebetulan. Tengah jalan2 dengan my best friend cari hadiah kawen untuk kawan kiterang, tetiba je rasa nak tengok filem ni. lagipun ada baca review beberapa penonton yang dah tengok filem ni. Diorang cakap seram! So, si pengemar horror movie ni nak jugaklah tengok.



Bagi saya SERAM!!! Selepas filem "Jangan Pandang Belakang" saya rasa Filem ni adalah filem ke-2 melayu yang memang betul2 seram. Itu pandangan sayalah. Lagipun cerita hantu Kum Kum ni pernah menggemparkan negara kita suatu ketika dulu. Sapa yang masih ingat tentang cerita perempuan berpurdah naik kereta kancil putih cari anak gadis sunti untuk hisap darah? perempuan tu kononnya dah langgar pantang dari tengok cermin 44 hari. Akibatnya wajah dia bertukar hodoh. Untuk pulihkan semula wajah dia tu, dia perlu minum 99 darah anak gadis sunti. Filem Hantu Kum Kum ni adaptasi dari cerita nilah cuma dia ada ubah sikit2 tapi tetap best!!!

Bagi yang sukakan filem seram, pergilah tengok filem ni. Tak rugipun! Hehehe..Besttt!!!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen!