About Us

Tuesday, January 17, 2012

Review Filem: The Darkest Hour



Baru berkesempatan tengok filem ni last weekend. Sambil jejalan shopping barang, saya singgah tengok wayang sekali. Dah ada orang belanja, saya setuju aje.hehehe… Filem ni dah lama saya tunggu sebenarnya. Berkali-kali asyik tengok trailer jer, lastly dapat jugak tengok. Nak tengok movie melayu saya memang malas sebab rata2 filem melayu sekarang asyik bertopikkan benda yang sama. Seram, seram, seram! Walaupun saya suka tengok filem seram, tapi kalau asyik benda yang sama jer tengok bosan jugak. Huhuhu…
            The Darkest Hour ni filem berkisar di Negara Rusia. Pelakonnya pun saya tak kenal. Ia berkisar tentang 2 orang pelancong lelaki dari UK yang datang ke Rusia  atas dasar kerja dan melancong. Time awal filem, memang saya tak  berapa nak faham sangat macam mana diaorang boleh berjumpa dengan 2 orang gadis lain yang juga dari UK. Tak boleh nak review dekat situ sebab memang tak faham. Huhuhuhu..
            Bagi saya filem ni best dan ada kelainan tentang dunia sains. Ia berkisar tentang suatu kuasa elektrik atau jalur cahaya yang datang dari langit menyerang Bandar rusia. Ia menyerang semua tempat yang ada lampu dan elektrik. Manusia pun diserang juga sebab manusia ni berdarah panas kot. Yang dasyatnya, benda ni boleh datang serang sepantas kilat untuk hancurkan seluruh tubuh manusi tanpa tinggal sezarah pun! Dasyatkan? Dalam filem ni dioarng gambarkan Bandar Rusia macam ditimpa malapetaka besar sehingga semua orang mati. Hanya beberapa orang sahaja yang terselamat dan cuba melawan “benda” tu. For me, filem ni sangat best! Ia buat kita berfikir macam mana nak melawan sesuatu yang kita tak nampak. Ada aplikasi sains dalam filem ni. 


            Saya rasa filem ni macam ada kesinambungan sebab ada beberapa benda yangtak dijelaskan secara terperinci. Macam apakah “Kuasa” yang menyerang Bandar Rusia tu? Yang saya tahu “kuasa “ tu dahgakan makanan yang ada di perut bumi Rusia macam kuprum dan lain2. Itu tujuan dia menyerang tapi xdijelaskan lebih terperinci. Mungkin dalam Part 2 nanti semua persoalan tu akan dijawab.
            Effect lepas saya keluar dari panggung bila filem ni habis ditayangkan, saya rasa takut dengan lampu! Hahahaha..bayangkanlah hidup dalam ketakutan dengan serangan benda yang korang tak nampak. Kuasa elektrik or electromagnet yang bila tersentuh jer boleh menghancurlumatkan tubuh korang? Ngerinya! Untuk yang suka pada filem fiksyen dan sains, pergilah tengok filem ni. Tak rugi pun!

Ni trailer filem ni




1 comment:

Terima kasih sudi komen!