About Us

Wednesday, January 11, 2012

Ekspedisi mendaki Gunung Gap & Gunung Ulu Semangkok


Ini cerita weekend saya last week tapi baru hari ni sempat nak update. Letih dan sakit punya pasal sampai tak ada semangat nak menulis dekat blog. Lama sangat tak panjat gunung, sekali panjat 2 gunung terus mau tak sakit satu badan. Urat2 kaki tangan semua terkejut sakan. Yelah..selalunya bersenang lenang atas tilam dan sofa, tetiba hari tu dikerah sepenuh tenaga supaya membawa tuan badan ke puncak gunung, memang mengamuk sakan la dioarang kan? Hehehe…





Okey, mari bercerita pasal pengalaman hebat saya ke sana. Seawal 3.30 pagi saya dah bangun dan bersiap-siap. Pukul 4 pagi dah gerak keluar rumah. Kiteorang berkumpul ramai-ramai dekat Selayang sebelum bergerak secara konvoi beramai-ramai. Total ahli ekpedisi ni 29 orang. Best jer tengok sederet 8 biji kereta berkonvoi atas jalan tu. Rombongan ni boleh dikatakan rombongan satu Malaysia  sebab ada melayu, cina, India & siam. Tapi paling ramai siam lah sebb geng2 diaorang ni semua kaki gunung. Hehehe…Gunung2 ni terletak di kawasan Fraser Hill dan antara Kuala Kubu Bharu dan Raub, Pahang. 



Pendakian ke Gunung Gap mengambil masa 2 jam untuk sampai ke puncak. Trek laluan amat kecil dan kekadang tak perasan pun laluan tu. Kami bergantung pada tag2 yg diletakkan pada pokok oleh pendaki2 sebelum ni yang dah sampai ke situ. Dekat gunung gap ni banyak pokok buluh dan duri. Laluan memang curam dengan tanah yang lembab basah. So, kenalah berhati-hati.Huhuhuhu..




Masa naik Gunung Gap pun saya dah rasa macam malas nak teruskan pendakian hungga ke Gunung Ulu Semangkok. Sebab rasa penat dan letih sangat. Mana taknya, laluan smeuanya jenis mencanak naik. Kepala lutut nipun rasa nak tercabut dah. Nafas dah semput. Tapi bila geng2 ekspedisi cakap, gunung Ulu Semangkok tu cuma ambil masa 1 jam dari gunung gap, saya ikut lah jugak naik. Tapi rupanya-rupanya bukan 1 jam tapi 2 jam! Huhu..so, tatal pendakian adalah 4 jam! Untuk ke Gunung Ulu Semangkok, pendakian lebih adventure & scary..kiri kanan gaung, so kena betul2 alert dengan kiri kanan jalan. Ada masa kena guna tali untuk turun dan naik. Sudahlah jalan smuanya jenis mencanak naik. Sakit kaki dan penat sangat2! Saya dan kawan kerap juga berhenti bila tak tahan sangat. Pancit!!! Hehehe…minum air xleh banyak2. Kiteorang akan makan benda manis macam coklat untuk kembalikan tenaga.





View dekat puncak kedua-dua gunung ni memang tak ada apapun. Tak ada view cantik untuk dipandang. Just pokok2 dan tumbuhan menjalar. Tapi The best thing dekat dua-dua gunung ni adalah Suhunya! Sejuk sangat! Feel like duduk dekat oversea ok! Mana taknya, bila bercakap pun keluar asap dari mulut ! hehe…sejuk tau. Walaupun badan ni berpeluh sakan tapi rasa nyaman jer..dengan angin yang kuat. Memang bestlah! 





Pengalaman ke sana adalah salah satu pengalaman indah dalam hidup saya lepas hampir 2 tahun tak mendaki. Sebab tu satu badan ni sakit2. Nak jalan pun slow gila. Gerak sikit dah mengaduh sakan!Hehehe..Tapi hari ni saya dah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah….memang indah menikmati keindahan Alam sambil menghirup udara segar. Oh satu lagi, air kosong akan rasa teramat sedap dan nikmat bila berada di atas gunung! Hehehe….

5 comments:

  1. dear sorry yer..mencelah..ms BW i jumpe DIY bunga tisu u...then cr email u xjumpe pun komen sini ek...nak tnye mane nak cari tisu kaler2 tu?

    ReplyDelete
  2. Kertas tisu boleh dapat dekat kedai bunga yang jual hiasan hantaran pengantin atau bunga telur. kertas crepe dekat Mydin dengan Popular ada jual.

    ReplyDelete
  3. salam pecinta alam, semoga selalu dalam lindungan Yang Maha Kuasa, salam Lestari!!!!

    dari http://www.sepatugunungmurah.com/
    HP : 081 358 469 774 (Telkomsel)

    ReplyDelete
  4. kisah yang menarik dan inspiratif,

    semoga kita saluu ada dalam rahmat dan lindungan-Nya.
    salam dari kami pencinta alam

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!