About Us

Monday, January 16, 2012

Anggaran Kos Untuk Majlis Pertunangan (Simple)

Ramai kawan-kawan dan bakal B2B bertanya kepada saya berapa sebenarnya anggaran kos untuk bertunang. Saya dulu before bertunangpun asyik google sana sini nak tahu berapa sebenarnya budget untuk bertunang ni. Tapi xbanyak info yang saya dapat. Kebnyakannya over dari budget saya dan lebih dari kemahuan saya.

Saya suka merancang perbelanjaan saya dengan menggunakan spreadsheet dekat microsoft excel. Maklumlah saya dulu pernah buat kerja2 QS, so saya dah mahir sikit guna Excell untuk wat calculation. Just masukkan formula dan apa yang nak di kira, semuanya akan dikira secara automatic. Saya malas nak tulis dalam buku sbb nak kena tekan sendiri calculator. Guna excel lebih mudah dan tersusun. 

Ini contoh spreadsheet saya. korang boleh buat sendiri nanti(sila klik untuk tumbesaran..hehehe)


Total cost untuk bertunang walaupun secara simple ni 2k termasuklah cost atas jalan ( kos rombongan meminang + Tol + Petrol + makan minum). Itupun saya agak2 ja kira sekali berapa kos mak ayah saya habiskan untuk makanan para tetamu sbb itu parent saya support. Saya Cuma tambah mana yang kurang jer.  Simple macam nipun banyak cost jugak kan? Sebabnya saya dan encik Tunang berlainan negeri. So, cost atas jalan saja dah cecah ribu ringgit. Untuk rombongan datang meminang, memang encik tunang sendiri keluarkan duit untuk support duit minyak, tol dan makanan rombongan. Sebab tu saya dan Encik Tunang taknak berhabis duit banyak untuk majlis ni. Banyak lagi duit yang digunakan untuk benda lain yang orang tak nampak. Itupun kami x sewa homestay sbb semunya dah fully booked. Ahli rombongan tidur di rumah sewa encik Tunang di Kulim yang jauhnya hampir  2 jam juga dari rumah saya. Tapi time nikah nanti memang kena sewa homestay sbb lebih selesa  dan dekat. Jimat masa dan diaorang pun xlah letih sangat.

Saya tak ada sewa pelamin, upah make-up dan baju. Semua sendiri2 dan simple. Upah make-up saja tak silap saya 200 ringgit. Untuk kos sewa dan ambik pakej bertunang rasanya dalam 500 ringgit. Itupun disewa. Kos fotografipun 500 ringgit jugak. Saya tangkap gambar sendiri jer. Kos makanan saya tak tahu nak anggar sebab ayah saya upah orang masak untuk 150 orang makan. Tetamupun semua sedara2 terdekat. Tapi sebab family kami besar, itu yang ramai. Barang beli sendiri. Kos upah murah jugak 50 ringgit untuk 2 jenis lauk, ayam masak merah dan kari daging dengan rebung. Ikan pekasam goreng, nasi, air dan ulama-ulaman kami prepare sendiri.Ayam kampung sembelih yang ayah dan mak saya bela. Yang lain2 semua beli. Kalau ambik catering kalau 1 kepala RM 6, untuk 100 orang dah 600 ringgit. Itupun harga negeri kedah ni ha..kalau area KL adan selangor mahal lagi kot. So, korang budget2lah dengan penuh berhemah. Janji semua orang puas hati.

Dalam budget bertunang ni, ada yang memang digunakan lagi untuk kawen. So, boleh berjimat disitu. Untuk yang satu negeri, memang boleh berjimat lagi, tapi yang jauh negeri tu, belanjalah dengan penuh berhemah. Banayk hidden cost yang orang tak tahu. Biarlah apa orang nak cakap, orang bukan tahupun susah payah kita. Untuk kawen dan lepas kawen lagi banyak duit nak pakai. Kalau boleh DIY sendiri, buat jer sendiri. Macam hantaran tu, kalau nak upah, mahu satu dulang 50 ringgit, 7 dulang dah 350 ringgit. Baik buat jer. Kalau ada sedara mara yang dah ada dulang, pinjam jer kejap. Saya terpaksa beli sebb tak ada nak pinjam dekat sedara. Diaorang dulu kawen menyewa jer. Nanti boleh adik2 guna. Lagipun pahar dekat Mydin tu murah jer RM 12.90 satu. Kalau sewa sebiji RM 5. Dua kali sewa untuk bertunang dan kawen dah RM 10. So, beli jelah..RM 12.90 saja. Nanti boleh adik2 dan sepupu guna. Taklah membazir.


Update!!!! B agi yang nak Buat bajet Untuk Bertunang & Kahwin Boleh Ke Link SINI. Saya ada cerita pasal soft copy spread sheet bajet Tunang & kahwin

20 comments:

  1. bgos la..tengok bnyk part yang jimat..cuma yg kos atas jalan tu x leh wat pape la sebb mmg dah jauh kan..

    ReplyDelete
  2. cik writer ni asl kdh kt area mna? mcm dekat ja ngan tpt sy

    ReplyDelete
  3. blog ni dah jadi blog feveret sy sejak n3 btunang simple tu. banyak info. thanks yep :)

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH Emah bagus dengan penerangan emah ni Auntie setuju 200% dgn apa yg emah tulis tu anak Auntie pun kawin dgn org utara jugak tu yg tahu tu belanja on road mak ai kalah harga cincin tp alhamdulillah adik beradik Auntie tak nak ambik duit minyak, tol and belanja makan semua makan they all pakat2 bawa and makan kat R&R ramai2 macam berkelah maklumlah both side berkumpul ini auntie rasa patut diamalkan dgn cara begini bolih menolong mengurang beban bakal pengantin lelaki.
    Maaf cakap ya emah auntie tengok org utara ni lebih suka sewakan bukan setakat pelamin aja tapi juga hiasan dalam bilik pengantin sampai untie cakap kat menantu habis tu belum habis panas bilik dah bolinglah ya...ini patut dielakkan bagi auntie walau tak ada pelamin bilik pengantin hendaklah berhias cantik tapi gunakan kepakaran kita dalam mengolahkan kain2 tu nanti bolih digunakan sebagai langsir diumah sendiri jadi taklah membazir berjimat dan bolih digunapakai.
    Macam emah kata dulang tu lebih baik beli dari sewa sebab ramai yg bolih pakai nanti, itulah yg sebaik2nye....bab hantaran tu pun auntie setuju, buat sendiri tak cantik pun kita puas hati sebab buat sendiri dan bagi auntie lagilah auntie hargai penat lelah menantu auntie buat sendiri and auntie simpan baik2 buat kenangan.
    Bagus emah auntie rasa info ini mukin bolih membuka minda bakal pengantin yg sebenarnya tak tahu nak buat apa dan bagaimana kebanyakan ikut aja apa orang syor. Moga info ini bolih jadikan panduan bakal2 pengantin.

    ReplyDelete
  5. tringat cousin sy yg bertunang baru2 nie..sgt2 simple pkai baju kurung biasa ja then tdung x da batu2 glamer ape pon n makeup pon x da hehe..hantaran plak bt sndri je jimat duit n she also from kedah..kt tpt sy ni pon kbykn klu knduri jrg org bt pelamin besar2 utk bsanding ke ape ke..juz knduri mkn2 je kn lbh afdal dr sesetgh tpt@adat negri laen yg bsanding + bkaraoke bagai..lg 1 yg sy suka klu knduri kt kdh ni kbykn knduri dorg asingkn tpt mkn laki n pompuan..kita pon x da la rasa segan sgt nk mkn

    ReplyDelete
  6. Anonymous: Saya kedah dekat Kodiang
    Sallyna: Tq so much =)
    Kak Mimi: Tq. saya pun memag ingat taknak ambik hiasan bilik tido. nak yang simple dan tak serabut. Insya-Allah, saya akan buat setakat mampu. penjimatan tu harus.

    Intan:Saya pun wat simple2 jer. cuma habis duit banyak dekat hidden cost. A'ah. betul..tempat saya masih asingkan tempat makan lelaki dan perempuan

    ReplyDelete
  7. eh mmg dkt pon..sy kt clun ja hehe

    ReplyDelete
  8. bestnyaaa blog nih..sy baru terjumpa..and terus baca post2 yg lain jugak..sumernya menarik..keep on writing dear!

    ReplyDelete
  9. bestnyaaaa blog nih..menarik..terus rasa nak baca2 post lain..keep on writing dear!

    ReplyDelete
  10. betul-betul, rasa teruja baca entry ni..
    sye pun nk wat simple2, tp takut org mengata, atlist bile dah baca kat sini, ada keyakinan sket laa nk buat simple2 :D

    ReplyDelete
  11. sis, nak mnta softcopy checklist boleh? nak buat rujukan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi email akak dekat norfahimah87@yahoo.com. nanti akak reply dekat email.

      Delete
    2. emel sy gak..norhidayahseman@gmail.com

      Delete
  12. salam kak imah. nak minta softcopy checklist boleh x? emel kat kite ye. nuriwania@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. Salam kak.. saya laki.. malu sebenarnye.. tp nk minte gak soft copy n tunjuk ajar kak imah.. email sy awiebelang@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya email k..tengah cari dekat mana letak soft copy tu

      Delete
  14. salam kak..byk sy tgk org minta softcopy checklist..sy nak minta bole x? email sy kt izyanizzaty@ymail.com ^^

    ReplyDelete
  15. Salam... saya anak pertama dalam keluarga yang nak bertunang.. jadi banyak perkara yang sy tak thu nk uruskan lagi..sy harap akak boleh emailkan sy checklist akk kerana sy rsa tu sgt berguna.. sy tak de blog.. sy baca ni pun secara kebetulan n rasa nie la pertunangn yg saya nak...sy tak nak membazir sebb sy n bakal tung bukan kne kluar duit sendiri untuk majlis... harap leh tolong emaikan di shazwani@skpp1.edu.my ...sy amt2 hargainya

    ReplyDelete
  16. salam...sy baru merancang untuk bertunag tahun hadapa...yg pertama kalinya dalam family dan sy bercadang nak buat yg simple mcm akk..sy sgt suka baca ap yg tertulis ni..sama macma impian sy..pertungn yg simple n bermakna.. sy harap akk leh kongsi checklist dgn sy..bnyak yg sy perlu berlajar.kalau boleh kongsi emaikan pada sy di shazwani@skpp81.edu.my sy amt hargainya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!