About Us

Sunday, December 30, 2012

Tahun 2012 Yang penuh Masam & Manis


 2012 dah makin sampai ke penghujung then 2013 dah semakin hampir mendekati kita. Setiap tahun baru, benda paling banyak orang buat mestilah buat senaraikan azam kan?. Saya? of cozlah ada azam baru kan walaupun azam yang tahun 2012 ni pun banyak yang belum tercapai. Takpe2.. kita carry forward ke tahun 2013 jelah azam tu ye!hehe..

Sepanjang 2012 ni dah macam2 yang berlaku dalam hidup saya. Ada yang manis, ada yang pahit. Normallah kan asam garam hidup, mana ada yang perfect kan? ada macam2 perisa tapi bersyukurlah sebab masih diberi peluang untuk merasa nikmat hidup. Ok..meh saya listkan apa yang berlaku dalam hidup saya pada tahun 2012 ni mengikut kategori.

* 1 - Status

Benda paling penting yang saya akan ingat pada tahun 2012 ni tentulah pernikahan saya dengan encik suami kan. Alhamdulillah...Saya sekarang dah jadi seorang isteri kepada lelaki yang saya sayangi sepenuh hati. Semoga perkahwinan kami ni membawa kebahagiaan sampai ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Amin...




* 2- Kesihatan

Tahun yang paling banyak saya sakit. Paling banyak demam, batuk yang lama betul nak hilang, keracunan makanan dan paling saya ingat kena allergic yang teruk. Huhu...Dekat 3 bulan jugak baru dapat detect sebab apa allergic tu. Now, hanya tinggal parut2 hodoh dekat tangan. sob..sob...sedih. Tapi nak wat macam mana, sakit ni kan salah satu ujian Allah pada hambanya.  tahun nipun saya ada accident motor. tapi xada yang serius. cedera ringan saja. Alhamdulillah...

* 3- Fizikal DiRi

Tahun ni tahun paling "dasyat" pertambahan berat badan.Sob..sob..sob.. Azam tahun ni  nak kuruskan berat badan. Asalnya berjaya sebab time wedding hari tu saya dah kurus sikit. Tapi lepas je kawen ambik ko, gedabak naik berat badan. Baju yang jadi feveret pun dah xleh pakai. Sungguh sadis rupa bentuk hamba sekarang ni.... huhu. Macam xcaye je baru 3 bulan kawen saya dah naik berat badan sampai 7 kg!!! Oh! Misi kuruskan badan harus bermula sekarang! Azam xnak beli baju baru tapi nak usaha untuk dapat pakai balik baju lama. terasa nak ingat balik time kurus2 dulu....meh nak share sikit.

Tahun 2007.. 5 tahun dulu. Zaman si "kurus". Haha...teringin nak kurus macam ni balik. kalau nak balik jadi macam ni kena berbelas kilo kurangkan berat badan ni. huhu...Masalhanya mampukah???? dengan diri yang jenis makan xreti ingat dunia. hehe...

Saya yang hujung sekali sebelah kanan. Kurus kan? 


kalau xdapat berat macam tahun 2007 tu dulu at least saya mahu berat badan saya sama macam tahun 2010 dulu..

Awal tahun 2010- Time ni muka masih "kurus". haha...Baju ni saya dah xmuat lansung nak pakai sekarang ni. huhu...



Tahun 2012..makin super duper chubby!!! Time kawen je yang berjaya kurus sikit. Tupun bukan sebab diet ke apa ke. Tapi maybe sebab asyik ke sana sini kelam kabut urus macam2 benda.  AKtif sgt tu yang cepat turun berat badan.

Then..lepas kawen... Disember 2012. Saya dah bam2 cam gini...





See..cam leh dapat anugerah penternak lemak paling berjaya kan?Hehe...Diet & exercise plz!!! Misi dah bermula. Hope berjaya.

* 4- Kerjaya


Saya dah tukar tempat kerja. Still pegang jawatan yang sama macam first company dulu tapi kerja je tempat lain. Disebabkan saya dah kawen, Dan tempat terbaik saya adalah di sisi suami, saya nekad berhijrah ke Kulim untuk stay dengan dia dan bina rumah tangga kami sama2. Susah senang sama2. Kerja tempat baru so far setakat ni ok cuma kerja banyak then deadline singkat. 2 minggu kerja saya dah handle 2 project. Then minggu depan satu lagi project baru. Huhu..hope so, saya leh hadapi semua masalah yang berlaku. Kerja dekat sini, saya kena kerja dengan mereka yang majoritinya chinese. Hope saya kuat semangat& mental. Takut nak berperang dekat meeting (perkara biasa bila bekerja dalam bidanag construction adalah "perang" time meeting). Huhu...

*5- Kewangan/ Personal Economy



Alhamdulillah..bersyukur sangat sebab tahun ni tahun yang banyak rezeki buat saya. Seperti janji Allah pada mereka yang ingin berkahwin, akan ada rezekinya. Walaupun tahun ni saya paling banyak sekali saving, paling kurang shopping untuk diri sendiri,, (tapi lepas kawen terus shopping jugak sikit..sesi balas dendam.hehe). Saya berjimat sakan tahun ni. Gi keja hari2 bawa bekal, hari2 naik motor sebab nak kumpul duit kawen. Takut sangat xcukup duit tapi rezekinya tetap ada walaupun mula2 dulu saya selalu rasa macam tak cukup je . Pendapatan saya pun dah bertambah berbanding tahun lalu.  Saya kira saya tahun ni saya dah CELIK sikit lah dalam urus kewangan. Dah pandai dah bab2 investment.  Dulu ni wat xheran pun. Huhu....Bila dah kawen ni lagilah kena pandai urus duit. Walaupun saya tak kaya, bukan jugak orang yang bergaji lumayan tapi cukuplah apa yang saya ada.bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi. Hope saya leh manage my financial flow dengan lebih baik jugak selepas ini. tambah2 sekarang ni makin rajin baca buku bab financial planning =)

*6- Melancong/ Aktiviti Luar

Aktiviti luar saya tahun ni Panjat gunung gap & Ulu semangkuk dekat fraser hill. best sangat sebab saya memang suka aktiviti lasak cuma masa & keadaan yang buat saya takleh nak selalu buat aktiviti cam gini. Lepas ni maybe leh ajak hubby hiking. tapi kena banyak geng, baru best kan? takkan gi berdua je..huhu.


then..ada jugak gi jalan2 dekat Kuala terengganu dan sekitar kelantan. Then gi honeymoon dekat cameron highland dengan hubby. lepas tu semua jalan2 dekat jer. macam dekat penang & selangor tu. tahun depan rancang nak ke pulau idaman hati pulak. since tahun lepas lagi merancang nak ke sana tapi tak jugak sampai2.huhu..sedih


 * 7- Kematangan/ Peribadi


Tahun yang saya rasa paling banyak saya belajar apa itu "independent". Independent sebagai anak, independent sebagai tunangan orang dan sekarang sebagai seorang isteri. Saya banyak cuba untuk berdikari dalam segala hal exspecially bab2 wedding sebab duduk jauh dari parent dan suami. Bila dah kawen saya try belajar untuk buat apa yang saya boleh buat tanpa tunggu dan terlalu bergnatung pada husband saya sepenuhnya. Sebab dia keja tak tentu masa termasuk time public holiday & weekend dan sebagi isteri saya cuba memahami walaupun kadang2 tak puas hati jugak. Ada gak rasa nak gaduh. haha..yolah, kdg2 ter"emosi" jugak bila husband asyik busy ngan keja je kan..hehehe..tapi nak jadi isteri yang baik kena lah memahami kan? Lama2 saya dah rasa biasa. Sikap sensitif saya sampai sekarang ni xleh nak buang2....Lepas kawen, banyak tanggungjawab, komitmen then banyak benda yang kena fikir dulu b4 buat. Lepas tu kena Saya paksakan diri untuk lebih"matang". Kena pandai handle keluarga, buat kerja rumah, sesuaikan diri dengan family in law, tahu bawa diri as a wife and so on sbb sekarang saya bukan hanya fikirkan tentang diri saya seorang je kan. So, untuk mereka yang nak berkahwin pastikan korang bersedia dari segi mental & fizikal jugak ye! hehe...


*8-Kemahiran Diri

Tahun tangan kembali berseni!!! yeay!!! dah lama tangan kaku ni tak reti buat benda2 kreatif & seni ni tau. tapi nak kawen then nak berjimat sakan terpaksalah paksakan diri rajin men DIY jugak. Dari tak tau menjahit manik, tahulah jugak sikit2. Buat bunga tisu, bunga tisu, bunga crepe, jahit baju dna veil wedding  sendiri. Otak pun dikerah cari idea2 kreatif. Haha...memang bila difikir2 balik, saya mesti akan ingat balik time2 jadi bride to be dulu. Dari tangan keras pun leh lembut buat benda2 kawen ni.




Tapi, dalam saya seronok dengan "benda" baru tu, ada jugak kemahiran diri yang saya dah tinggal & kekadang wat tak tahu je. Teruk betul. Sibuk nak kawen sampai lupa cita2 lama saya. Saya dah jadi kaku tahap batu sebab lansung tak leh nak tulis novel semula sekarang. Lama sangat tinggal kan. Padan muka saya! Novel berkurun terperap dalam lappy tak ber"update". sekali nak try nak menulis balik terus tangan jadi kaku. taktau nak tulis apa. Satu ayat pun xlepas. Huhu..take time gak nak cari mood balik.


9- BLOG

Dah bertambah followers. Dah makin meningkat pageview nyer. Ramai visitor berbanding tahun lepas.  Selalu pageview lebih dari 1000++ sehari walau saya tak update blog.  Pencapaian yang agak memberansangkan buat blog kecik macam saya ni. hehe...Orang banyak datang sini cari pasal2 bab wedding. Kalau tahun lepas banyak datang baca e-novel tahun ni bab2 kawen pulak. hehe..mungkin sebab tu jugak traffic blog saya ni bertambah kot. Then ramai gak yang rajin menegur saya dekat email =). BE (CPUV) pun masih jugak dapat dari Nuffnang. Kira cam "bonus" dalam dunia blog la jugak income dari nuffnang ni.  Tq semua. Terfikir macam nak tukar domain lain lepas ni sebab sayang sgt dengan blog ni. Takut kalau blogspot dah xad, blog ni pun hilang. Tak nak! tak nak! Ni dah kira macam diari hidup saya. Orang tak nak baca takpa tapi saya suka baca balik apa saya tulis. haha....


*10- Tempat Tinggal

The last things yang saya akan ingat pasal tahun 2012 ialah penghijrahan saya dari Shah Alam ke Kulim. Jauh pergi..kembali semula ke negeri asal usul. hehe...Dah pindah duduk rumah sama2 dengan suami setelah 3 bulan lebih ber PJJ. Tempat baru, susana baru, life baru dan saya memang suka sangat dgn tempat baru ni. Hidup dalam susana yang masih "kampung", luar dari bandar. Rasa nyaman & tenang Makanan pun  murah compare dgn duk shah alam dulu. satu lagi dekat dgn family. Nak balik umah family in law xsejauh jarak mcm duduk dkt shah alam. Kira banyak yang positif dari negatif ar. Tapi shah alam tetap saya akan rindu!!! Banyak kenangan yang tercipta dekat sana.

Negeri kedah- negeri Jelapang Padi =)



Azam 2013? Nak realisasikan apa yang tak tercapai masa tahun 2012 then ada lagi beberapa benda yang saya nak buat. Apa2 mana leh cakap dulu. Bila dah tercapai nanti saya gitau k. hehe...

Selamat menyambut tahun baru 2013 buat semua pembaca blog saya! sayang korang semua walaupun xpernah berjumpa.


Saturday, December 29, 2012

Untuk bela kucing, kena kuat daya tahan emosi (T_T)


entah kenapa, hari ni saya teringat pada kucing-kucing peliharaaan saya & family dulu. Yang dah mati, yang hilang...dari berbelas ekor yang ada dekat rumah dulu, sekarang ni seekor pun dah tak ada. Yang hilang, entah ke mana perginya....rindu sangat pada kucing2 kami tu..huhu...



First kucing yang kami bela, namanya "awang". Kiteorang leh bela Awang ni sebab dia asyik nangis2 belakang rumah kami. Dah bagi makan pun, dia taknak jugak pergi. still duduk belakang rumah. Saya, adik & kakak yang time tu semuanya masih sekolah rendah, suka main2 dengan Awang. Mula2 mak saya marah sebab adik bongsu kiteorang baru umur 2 tahun lebih. Takut nanti dia lelah sbb kena bulu kucing. Tapi kiteorang main2 jugak dgn Awang tu. Lepas tu kiteorang decide nak sama2 jaga Awang tu. dia comel sangat. Ayah tak kisah sebab diapun suka kucing tapi mak macam tak berapa nak setuju time tu tapi lama2 dia pun suka dengan Awang. Semua orang sayangkan Awang. Kalau kiteorang balik sekolah, memang cari Awang dulu. Ayahpun bila balik kerjapun mesti tanya"mana awang? ".  Suka tengok telatah dia, gaya manja2 dia yang suka datang bergesel dengan kita. hari2 bagi dia makan ikan rebus. Mak & ayah siap beli ikan segar dekat pasar yang hanya untuk awang je. Awang membesar dengan sihat, sama macam kiteorang yang dah besar panjang dan sayapun dah masuk UiTM Arau time tu. lama sangat Awang jadi family kami sejak saya kecik sampailah saya dah jadi student dekat U. Waktu tu, saya tak pernah fikir akan kehilangan Awang, tak pernah fikir yang hayat kucing ni pendek, tak pernah fikir semua tu sampailah satu pagi tu akak sms bagitau saya yang Awang dah mati!!! Perasaan saya time tu Allah je tahu.  sedih sangat...saya menangis tersesak-esak. Bila orang tanyapun saya tak boleh nak jawab sebab air mata keluar tak henti2. saya sedih teramat sangat. Awang tu saya dah anggap macam family sendiri jugak walaupun dia cuma seekor kucing. Time tu kawan2 semua fikir yang saya nangis sebab orang mati tapi rupanya kucing. Ada yang ketawakan saya. Diaorang tak pernah rasa apa yang saya rasa! hanya orang yang bela kucing je tahu perasaan mereka bila kucing mereka mati.



Bila Awang mati, adik saya yang tengah bersiap nak pergi sekolah terus tak pergi sebab nangis dan sedih sangat. hampir seminggu satu family tak lalu makan. sedih...semuanya teringatkan awang. 10 tahun kami bela dia dan sekarang dia dah tak ada......


Lepastu....ada pulak jumpa kucing comel yang bulu dia sebiji sama macam Awang. Datang nangis2 belakang rumah kiteorang. Comel..tapi kucing betina. hehe..kiteorang ambik bela dia dan namakan dia "Ara". Ara bukan penganti Awang tapi dia banyak buat hidup kami happy semual lepas Awang mati.  Lepas tu ada pulak kucing lain datang beranak dekat belakang umah kiteorang. Tapi anak2 dia tak ada warna macam awang & Ara yang kelabu hitam tu. semuanya warna hitam putih dan hitam semua. Tapi muka dioarang cute2..sebab kesian, kiteornag jaga kucing2 tu semua. Bagi diorang makan sampai ada yang beranak pinak. Tapi antara semua kucing2 yang ada, selain Awang & Ara, kami paling suka dengan kucing yang namanya " Lanun". hehe..kelakar kan nama dia? lanun sebab dekat bahagian mata dia ada tompok hitam mcm lanun. hehe...Lanun ni manja sangat lepas tu sebab dia kucing jantan, dia besar & comel. geram tau tengok dia. Samela dgn Ara dll.


Ara & lanun adalah dalam 4 tahun dengan kami. Lepas tu Ara mati sebab terkena racun. Tak tahu dekat mana dia kena racun tu..huhu..tapi bukan dekat rumah kiteorang. dekat tempat lain. Cuma dia mati dekat rumah kiteorang. Dalam sakit tu, dia balik jugak ke rumah, sampai terjelepok depan pintu dalam keadaan yang tak bermaya. Kiteorang semua sedih gila...sebab lepas tu dia mati. Huhu....Awang pulak hilang masa kiteornag bawak diaornag semua pindah duduk dekat kedah. Time nilah dia hilang..tak tahulah pergi mana sebab mungkin dia tak biasa dengan kawasan kampung.


Macam tu jugak dengan kucing2 yang lain...ada yang mati kena langgar dengan kereta, yang hilang...Memang sedih sangat2...Tuhan jer tahu perasan kami. Dah tak terkira berapa banyak air mata saya turun sebab nagis bila diorang mati mati & hilang. Ayah tak bagi kami kurung kucing2 dalam sangkar. Biarkan diorang lepas bebas dekat luar rumah. Memang kadang2 takut diaorang hilang tapi biarlah dia ada kebebasan.

Sampai sekarang, saya masih ingatkan diorang semua. Banyak kenangan yang di simpan. Dari tak pernah gi klinik haiwan kiteorang selalu pergi bila kucing kiteorang sakit. Kenangan main dengan dia, mandikan dia, bagi dia makan, manjakan diorang dan macam2 lagi yang saya akan ingat sampai bila2.


Tapi, bila last kucing kami mati yang nama dia "ketot". Ayah jadi sedih sangat2 then dia cakap dia tak sanggup nak rasa sedih lagi bila kucing yang dia bela mati. Since lepas tu, ayah taknak bela kucing lagi. Tapi kalau ada yang datang, kiteorang bagi je makan, cuma taknak bela dah. sebb sedih yang yang kita tanggung tu memang banyak..bukan sikit. Sebab tu, bila nak bela kucing kena kuat daya tahan emosi. huhu...




Wednesday, December 26, 2012

Tersentuh hati Bila sekali lagi membaca kisah ini..


Tadi time tengah layan lagu Nurani nyanyian Eisya dekat youtube, saya terbaca satu komen yang kata kisah dalam lagu Nurani tu sama macam kisah Teh Afifah. Dalam hati terus terdetik, siapa Teh Afifah ni? Apa lagi, saya pun google la sebab excited sangat nak tahu apa yang terjadi pada insan bernama Teh Afifah.

Dan..saya terjumpa kisah menyayat hati ini. Baru saya perasan yang rupa-rupanya teh afifah ni adalah menantu kawan sekerja emak saya. Cuma saya tak ingat nama Teh Afifah tu. Yang saya ingat Arwah Pakcik Kadir & isterinya (ibubapa suami Teh Afifah).Mereka berdua kenalan mak & ayah saya. memang sedih sangat bila sekali lagi saya membaca kisah ni....

Ini kisah yang saya baca daripada blog suami sepupu Teh Afifah sendiri....
 sumber klik  SINI . satu perkongsian buat kita semua.



Kisah yang akan kuceritakan ini adalah kisah benar yang berlaku pada bulan Disember 2009. Peristiwa yang menjadi satu iktibar buat semua yang mendengar dan mengetahuinya. Masing-masing merasa tergamam dan bersimpati diatas musibah yang menimpa seorang wanita yang baru beberapa jam bergelar seorang isteri.
Isteriku mempunyai ramai sepupu tetapi yang seorang ini mempunyai satu kisah yang agak luar biasa. Teh Afifah Shahirah atau Afifah, adalah anak kepada seorang  pesara kerajaan yang menetap di sebuah taman di Anak Bukit, Alor Setar. Ketika kejadian beliau masih lagi seorang penuntut disebuah university di Aucland,New Zealand. Suaminya Ariff pula baru sahaja menamatkan pengajiannya di United Kingdom dan telah mendapat tawaran sebagai seorang pensyarah di UiTM di Perlis.
Mereka berkawan sejak dibangku sekolah lagi di MRSM Beseri, Arau Perlis. Setelah habis SPM masing-masing terpisah kerana menyambung pengajian di dua benua yang beribu batu jauhnya.  Jarang sekali mereka bertemu dan hanya kiriman email menjadi  penyambung cinta mereka yang tetap utuh walaupun terpisah dengan jarak dan waktu.
Belum lagi habis pengajian mereka telahpun diikat dengan tali pertunangan. Entah mengapa tunang Afifah beria benar hendak menamatkan zaman bujangnya walaupun belum tamat pengajian. Afifah selalu bertanya kepada isteriku tentang hajat tunangnya itu dan apa yang harus dia buat, keputusan apakah yang terbaik.
Isteriku, juga berkahwin denganku ketika dia masih belum tamat pengajian dalam bidang Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak. Ketika kami bernikah, isteriku masih ada baki selama 2 tahun untuk menamatkan Ijazahnya. Alhamdulillah dia dapat menyempurnakan pengajiannya dan membuatkan ibu mertuaku bangga kerana itulah harapan ibunya. Ayah mertuaku sudah tiada, meninggalkan isteri dan anaknya ketika baru berusia 50an. Isteriku ketika itu dalam tingkatan 4 di sekolah menengah agama di Mergong.
Isteriku selalu memuji sepupunya, Afifah kerana dia seorang yang cantik, lemah lembut, menjaga solat 5 waktu dan sentiasa dalam keadaan berwudhu. Tunangnya juga orang yang baik dan sentiasa menjaga solat 5 waktu.  Tunang Afifah adalah anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Dia adalah seorang anak yang begitu manja dengan ibu dan bapanya. Kemana pergi selalu bertiga, hingga setiap malam jika dia pulang ketanahair, dia akan tidur bersama kedua ibubapanya. Siapa sangka yang mereka bertiga sudah ditakdirkan sehidup semati bersama.
Sebulan sebelum perkahwinan Afifah dan Ariff, persiapan telah berjalan dengan rapi. Majlis yang akan diadakan agak besar juga kerana ini adalah khenduri yang pertama bagi ibubapa Afifah. Mereka telah menyewa sebuah homestay yang lebih besar dari rumah yang mereka tinggal untuk keselesaan mereka yang tetamu yang akan datang. Khemah telah didirikan dan pelamin pun ada untuk bersanding dan mengambil gambar.
Aku masih ingat lagi hari itu adalah hari Jumaat, ketika itu aku tidak dapat hadir dimajlis akad nikah kerana bekerja di tengah laut. Isteriku telah datang lebih awal untuk bersama meraikan hari bahagia sepupunya Afifah. Ibu mertuaku dan anak-anakku juga dibawa kemajlis pernikahan itu.
Ketika aku sibuk bekerja didalam Engine Room di FPSO Kikeh, aku telah menerima satu panggilan dari Radio Operator Hj. Rahman. Dia memberitahu yang ada panggilan kecemasan dari isteriku yang bercakap sambil menangis. Aduh…suspens juga aku dibuatnya!
Isteriku memberitahu sambil menangis teresak-esak yang suami Afifah telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dalam perjalanan pulang kerumahnya di Chuping, Beseri Perlis setelah 3 jam selamat diijabkabulkan dengan Afifah. Kemalangan itu berlaku di Jalan Kangar-Padang Besar, cuma 3 kilometer sahaja sebelum sampai kerumah mereka.
Kata isteriku lagi keempat-empat orang didalam kereta Iswara itu semuanya meninggal akibat tersepit didalam perlanggaran dengan sebuah bas dilaluan bertentangan. Ayah dan kawan sbaik Ariff berada di hadapan manakala Ariff dan ibunya dibahagian belakang. Sebelum bertolak dari rumah pengantin perempuan, Ariff sempat bergurau dan memberitahu yang besok dia akan datang dengan berpakaian serba putih, rupanya itu adalah satu tanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya.
Malam itu juga berita itu menjadi topik utama di berita di kaca TV dan keesokannya menjadi tajuk utama dimuka hadapan akhbar-akhbar tempatan. Sampai aku turut melihat kelibat isteriku dikaca televisyen dalam keadaan menangis kesedihan. Isteriku juga menolak untuk ditemuramah oleh pihak media.
Keesokan harinya ramai yang hadir dirumah pengantin perempuan. Bukan untuk makan nasi minyak tetapi untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kepada Afifah. Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan pun turut hadir pada hari itu.
Sekembalinya aku dari kerja beberapa hari selepas kejadian, kami pergi menziarahi keluarga mangsa di Perlis dan ramai juga orang kenamaan yang datang termasuk Menteri Besar Perlis dan juga TPM turut hadir mengucapkan takziah.
Begitulah realiti hidup didunia ini. Dalam kita bergembira jangan lupa hakikat kehidupan yang kita akan pergi pada bila-bila masa sahaja, samada kita bersedia ataupun tidak. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan hanya Allah swt yang mengetahui apakah rahsia disebalik ujian yang menimpa keatas hamba-hambanya yang beriman.




Sayu sangat bila membaca kisah ini sekali lagi. Dulu, sebelum saya kawen, ketika masih lagi menjadi tunangan encik suami, saya selalu rasa takut, risau dan gentar. Saya tidak berani hendak mengatakan dia jodoh saya selagi belum terlafaz ijab & kabul. Apa yang berlaku di masa hadapan kita tak tahu. Jodoh kita, hidup mati kita...semuanya rahsia Allah. Cuma sebagai hambanya, kita perlu usaha, bersedia dengan bermacam dugaan & berdoa, selebihnya tawakal dan berserah. Mereka berdua ada jodoh cuma jodoh mereka hanya seketika. Dia di angkat martabatnya sebagai isteri walaupun hanya untuk 3 jam.

Setelah 3 tahun berlalu...mudah-mudahan Teh Afifah berjaya dan bahagia dengan kehidupannya sekarang. Gadis yang cantik, lemah lembut, pintar, &  taat pada agama, mudah-mudahan dia sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah. Begitu juga dengan kita semua.  Begitu cekal dan tabah hati wanita ini. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi menghadap ilahi. 

Tuesday, December 25, 2012

Musim Orang Kasi Kalendar. Mana satu pilihan hati??


Bulan ni bulan dapat kalendar. Gi kedai dpt kalendar, gi restoran mamak pun dpt kalendar, g kenduri pun dpt kalendar, Gi kedai buku pun dapat kalendar. memang musim orang mengedar kalendar 2013 sekarang ni.

Dekat office pun sama. Banyak kalendar yang dapat. Ada macam2 jenis. Yang jenis kecik, besar, yang comel2 untuk letak dalam wallet, jenis book mark, jenis table calendar, ada jugak jenis poster utk gantung dekat dinding dan paling banyakkkkk dapat semestinya kalendar kuda!!!



Pilihan hati???

Saya paling suka kalendar kuda sebab klasik! senang nak conteng2 dan nak pangkah apa yang patut dekat situ. nombor dia besar2 senang nak nampak dari jauh. haha...nak tengok cuti umum pun senang sebab dekat petak2 tu dah ada gambar2 cuti umum dah. Tak penat nak mencari bila cutinya. Eh?Eh? bab cuti suka sungguh no... hehe...cuti sekolah of coz petak dia warna kuning.Semua orang tahu pasal tu. Kalendar jenis ni paling cepat utk disemak. believe me, dekat kampung kalendar kuda ni paling femes ok!

Pakcik ni simpan kalendar kuda sejak dari tahun 1962 tau!. Hebat! sejak dulu2 tetap begini rupa kalendar kuda..xberubah pun. hehe...


Tapi kalau dekat office, of coz lah i suka kalendar yang jenis letak dekat table tu. mudah! tak kuasa nak gantung2 dekat dinding.huhu... lagipun orang banyak kasi kalendar style macam ni dekat office. kalau dekat rumah suka gantung kalendar yang ada waktu solat sama. senang nak tahu bila masuk waktu solat.

 p/s: saya suka conteng tarikh2 penting dekat kalendar. senang nak ingat!then higlight siap2 time cuti umum, time ambik annual leave, mc dll. Macm tu jugak dgn birthday. in case terlupa leh check dkt kalendar balik.

Monday, December 24, 2012

Pesta Penang!!


Cerita semalam. Tapi baru hari ni nak update.


Tempek gambar dulu sekeping......


Hai! Comel tak kami? hehe....si pembonceng tu bukan main chubby lagi kan? Pipi dah kembung, mata pulak kian sepet akibat rajin menternak lemak. Hehe..

Semalam kiteorang gi meronda penang island naik motor. Cadang nak ke pesta penang. Untuk mengelak jamed, kenalah naik motor kan. First time tau naik motor berdua lepas kawen. hehe..gila best! lebih2 time duk atas penang bridge tu. angin sepoi2 gitu..dengan laut yang membiru....memang best sangat! hehe..

Then, jejalan jap dekat Jusco Queensbay. teman encik suami shopping barang dia. Then, kiteorang lepak2 jap dekat pantai yang mengadap Pulau jerejak.


Lepas tu, terus ke pesta penang. first time nak ke sana. Gila ramai orang. Keta berderet-deret sepanjang jalan. Traffic jamed!!Mujur kiteorang naik motor. even ter stuck jugak sikit2 tapi still ok lagi compare dgn naik keta yang bagai tak gerak2 pun. orang memang banyak sangat!

So..di sinilah kami semalam.....



Serabutnya rambut hubby saya! hehe..












banyak tempat shopping moping dekat sini. harga barang super duper murah tau! Tapi saya "baik", apapun tak beli. Just beli air dgn keropok leko je. Kiteorang ronda2 jer tengok gelagat orang. Ada yang duk terjerit2 main permainan nama apa tah. tapi yang pusing2 tu. Seyes takut gila saya tengok. Dilambung2 macam nak jatuh jer. berani sungguh diorang naik, kalau saya confirm pitam sebelum naik lagi! hahaha...dasar penakut kan..

macam2 ada jual dekat sini. Boleh kelabu mata tengok. Nasib baik semalam saya jadi "baik", kalau tak habis jugak duit. hehe...

Ku Sangka Satu, Tapi Rupanya 3 BE!


 Ingat ke bulan ni just dapat 1 je BE. Tapi rupanya 3 BE! Tq Nuffnang!!! super duper happy! Sayang Nuffnang lebih..hehehe. Alhamdulillah..rezeki.


Korang yang belum dapat BE jangan risau sebab saya dulu pun penah xdapat. Letak ads dekat tempat betul, jangan lupa  update Blogger Bio, Insya-Allah ada rezekinya nanti.





Thursday, December 20, 2012

Setelah 2 minggu berhijrah...


Diam tak diam rupanya dah dekat 2 minggu saya berhijrah ke kulim. Alhamdulillah..saya dapat sesuaikan diri dengan keadaan dekat sini. Saya suka sgt tempat baru saya ni!

Mula2 balik sini, saya banyak habiskan masa dengan mengemas barang2 saya yang di bawa dari shah alam. Barang saya masya-Allah, banyak giler. berkali-kali bawak balik pun tetap penuh jugak keta sampai kan encik suami bebel cakap napelah barang perempaun ni banyak sgt? dia yang duduk umah bujang pun sikit aje barang. Yolah..yolah..perempuankan suka membeli. baju aje dah ber beg-beg kan. Time ni baru rasa banyak nyer pembaziran yang saya dah buat. Terus bertekad xmau beli baju banyak2 lagi. sebab banyak yang beli lepas tu xleh pakai dah. xmuat la, kecik la.....Insaf! huhuhu....

Barang rumah, untuk bulan ni...ini yang ditambah...Alhamdulillah..almost complete rumah kecil kami. Bunga atas meja tu ex officemate bagi. Buat hiasan...




Kiteorang beli almari buku ni sebab dah berlambak sgt buku2 saya tersusun dalam kotak. Tu belum campur dengan buku2 dan novel dekat umah mak & ayah dekat kampung dan novel2 yang dipinjam sedara. Huhu....

Then, beli meja makan comel ni. Oklah untuk rumah kecik kami. Mula2 ingat nak ambik yang 6 kerusi tapi terbekenan yang 4 kerusi ni. Saya minat meja makan dari  kayu  =)

Sekarang ni, dah bermula rutin baru dalam hidup saya. Kalau dulu masih rasa hidup macam orang bujang even dah kawen pun sekarang tak lagi. kalau dulu hanya fikirkan hal diri sendiri sekarang kena pikir hal si dia jugak. Banyak benda yang dah xsama macam dulu.

Kerja dekat office baru so far ok. best sebab pergi dan balik keja lansung tak jamed. sebab saya keja area seberang perai kan. If dekat pulau dah tentu2 la jamed! Saya siap boleh prepare breakfast lagi dekat umah. Lepas tu sidai kain baju dekat luar. Lepas  breakfast baru saya  gi keja. Tak sampai setengah jam pun dari rumah. Then, balik keja pun lansung tak rasa penat gila macam dulu. traffic lancar kan...hehe. Lalu highway je. Bayar tol utk traffic yg lancar lagi better dari bayar tol untuk jamed kan? hehe. sampai rumah awal then leh masak cepat untuk makan malam. boleh santai2 tengok tv lagi..hehe.

Makan tengahari dekat office pun super duper murah! dah 4 hari saya makan dekat restoran dekat tempat keja xpernah lebih dari RM 4.50! murah kan? makan ikan kembung bakar saiz besar dengan sayur terung 2 potong besar baru RM 4.50. Makan ayam goeng berempah dengan sayur tauhu telur baru RM 4. kalau setakat makan nasi dengan gulai daging baru RM 3. oh...sangat murah kedai tu! sedap pun sedap!

Sejak 2 minggu hidup bersama saya rasa banyak yang jimat dalam kewangan. Kira duit yang ada dalam dompet tu lama jugak la nak luak atau nak gi mesin atm untuk cucuk duit. Ini perkara ketara yang saya dapat detect sepanjang 2 minggu ni. Jimat belanja...

Lain2 hal macam  keja rumah Alhamdulillah..bersyukur sangat sebb dapat suami yang sangat rajin. Kiteorang uruskan hal rumah sama2. Yang best, saya tak pernah sekalipun suruh dia buat kerja tapi dia yang rela hati nak buat. Maybe sebab selama nipun dia dah selalu buat sendiri then memang dah rajin dan kemas dari kecik2 kot so, memang saya rasa senang banyak sangat. Ini titik keserasian yang paling bagus untuk rumah tangga kami. Kami serasi dalam tak suka rumah bersepah-sepah dan kotor. suami pulak rajin menolong bukan hanya tahu duduk goyang kaki. Alhamdulillah....

Pasal kerja dekt tempat baru saya masih try sesuaikan diri. kerja memang banyak giler sbb company ni banyak wat private project so semua benda nak cepat. deadline dia lagi singkat dari tempat lama saya. beza memang banyakla compare dengan keja dekat kelana jaya dulu tapi for me, satu bonus. Banyak benda yang saya leh belajar & cari pengalaman. Officemate banyak melayu tapi engineer saya aje yang melayu. Lagi 3 orang chinese tapi Alhamdulillah..diaorang ok. Muda2 lagi then tak lokek ilmu. Saya masih try sesuaikan diri. hope saya leh stay lama dekat sini. Hope so lah..hehe

Kulim memnag bandar kecil tapi bukanlah kecil sangat. Dalam pembangunan dan banyak kemudahan yang ada dekat sini. shoppung mall yang ada giant, panggung wayang dengan The store tu depan perumahan saya je. Then Tesco pun xjauh dari rumah. Xlama lagi ada mydin hypermarket pulak.  Benda2 lain pun banyak ada. Yang best, sini tak crowded, jauh dari kesibukan dan suasana bising kota. Rumah saya atas bukit. buka pintu nampak pemandangan hijau dekat depan. Nyaman je..tenang...suka duduk sini tapi tak tahulah kalau2 nanti saya akan balik ke kl or selangor semula. Risau gak if husband saya dapat keja dekat sana. maklumlah, dia skrg kan calon simpanan dgn company GLC. Tapi harap2 kalau dia dapatpun biarlah area penang. Rasa dh malas nak pindah2 lagi..huhu

Ok..tu je nak cerita. Ada masa saya menulis lagi dekat sini.

Tq for reading!

Saturday, December 15, 2012

Review: Tutorial DIY Veil Bertandang


veil bertandang saya jenis simple & mudah nak buat. Disebabkan time nikah & reception saya dah pakai veil kain chiffon & shawl, so time bertandang, saya nak kelainan. Saya try pakai veil dari kain net lembut dengan tudung awning (saya tak suka pakai tudung ni dekat luar).

Bahan-bahan yang Diperlukan :


Ni bahan yang perlu ada k. Tolak 2 jenis kain chiffon tu. Yang tu saya pakai untuk DIY baju bertandang



- 1 m kain net lembut. Saya beli dekat Kamdar. Ambik yang bidang 60. Harga 1 m RM 6.80.

kain net lembut


- boarder lace. Yang ni saya beli dekat Kedai Bunga reben. jalan TAR. Ada macam2 jenis boarder lace dekat situ. Saya beli yang ada 2 side harga dalam RM 15 semeter. saya beli 2 m. sebab nak pakai untuk baju dan tudung sama.

boarder lace ni ada 2 side. so, saya gunting dekat tengah dia. so, jadilah panjang sikit.

-Lepas tu pearl. Nak wat camne saya peminat setia pearl,. benda ni harus ad. hehe...

Step:

Sorry sebab tak ambik gambar time tengah DIY hari tu. Tapi step mudah je. kain net tu gunting bentuk bulat macam dekat bawah ni. Saiz agak2 sesuai untuk pakai dengan kita lah. Macam saya, saya wat saiz sedang2 jer, tak labuh sangat, tak singkat sangat.



Then, patchkan boarder lace tu..jahit sembat jer..


Lepas tu jahitlah pearl..saya just jahit sikit jer. tak nak banyak2 sebab dekat bahagian baju dah banyak pearl kan. Tudung, saya patch kan boarder lace dekat bahagian atas jer. then, jahit pearl sikit.

Dah Siap!!!

Details untuk veil & tudung



Friday, December 14, 2012

Patut Ada (For ladies only!)



Sebenarnya, dah lama nak beli benda ni tapi asyik tertanguh-tangguh sebab busy sangat last week. Time cuti ni baru sempat nak membeli online. Dah pasang streamyx, baru rajin nak usha2 barang dekat groupon. Haha...sebelum ni slow jer internet, nak tengok gambar pun xlepas. huhu..

Saja nak tunjuk sale dekat groupon ni. Rasa ramai dah beli sebab dah lama iklan ni ada cuma saya jer yang tak sempat nak grab lagi. hehe...masa beli tadipun banayk yang dah sold out tau! giler ramai yang beli!!!barang baik kan

Ops! Ini untuk ladies aje k!




  • Nylon and spandex seamless silk panties.
  • Seamless panties prevent visible panty lines.
  • Available in in black or nude colour.
  • Made from comfortable ice silk material.
  • Suitable to be worn under suits, dresses, pants, and other outfits.
  • Nationwide delivery available.


Untuk keterangan lanjut. Sila lihat di sini http://www.groupon.my/deals/national-deal/EH-Global-Trading/716562010

Panties ni jenis x berklim dekat tepi. So, kalau pakai jubah ke, dress ke, long skirt ke or seluar taklah nampak line panties tu kan.

Ikutkan, seluarpun walaupun pakai baju labuh tapi ada gak yang still leh nampak line panties. Macm tu jugak dengan jubah & dress. walaupun xjarang & tak ketat ada certain material kain yang takleh nak cover. huhu...

So, panties ni memang bagus lah untuk cover apa yang tak patut dilihat tu ok! oh ya! dekat luarpun ada jual panties untuk cover2 benda cam gini cuma harga yang dekat groupon ni gila murah !

Jimat!!! beli banyak2 pun bukan rugi. hari2 pakai kan. hehe....



2 BE dah credited, Tapi dapat Lagi 1 BE baru! Thank You Nuffnang =)


2 BE yang saya dapat masa bulan November dahpun di creditkan. sob..sob...hanya bersiaran di blog ini selama sebulan. Tapi, Bulan 12 ni saya dapat lagi 1 BE. Alahmdulillah.....

Tq Nuffnang!!!!





Thursday, December 13, 2012

Yeay! dah ada streamyx dekat rumah!


Angan-angan nak pakai unifi tapi disebabkan kawasan rumah saya belum ada coverage untuk unifi, lupakanlah aje. so, layan streamyx aje dulu. hehe...

Tadi baru lepas orang datang pasang streamyx dekat rumah. Yeay!!! suka2. sebelum ni pakai broadband dekat 3 bulan jugak lepas umah sewa saya dulu dah potong streamyx. memang  slow giler2. macam rugi jer bayar tapi service hampeh.

So, dah balik kulim ni, discuss dengan encik hubby untuk sama2 pasang streamyx. Kiteorang ambik pakej yang RM 110 ni.



Even speed dia 1 Mbps, tapi laju jer...Lepas tu senang mak ayah saya dan mertua nak call sbb dekat kampung kiteorang masih guna telefon rumah. Free jer call kan..hehe

Kiteorang baru gi daftar semalam, tapi hari ni dah siap pasang. Cepat kan?

Bye2..tu je nak bebel. nak sambung kemas barang

Wednesday, December 12, 2012

Alhamdulillah...I got a new Job! Allergic pun dah hilang!

Alhamdulillah.....




Rezeki......rezeki. Baru lepas attend interview semalam. penat sangat sebab baru sampai dari kota bharu terus gi interview. Time ni saya tawakal je. kalau ada rezeki ada ar kan lagipun company yang saya nak atend interview tu ada dua branch. satu dekat butterworth satu lagi dekat georgetown. Sebolehnya saya nak kerja area seberang je tapi kekosongan ada di pulau.

Sesi interview taklah lama sangat. Just macam sembang2 aje. Then after interview terus dia tawarkan saya kerja. Wah, cepatnya!!!   Alhamdulillah.....Allah memudahkan urusan saya. Yang best, saya leh kerja dekat office butterworth. Yeay!!!!!  memang terkejut sangat bila terus dapat kerja. Siap bos company tu kenal-kenalkan saya dengan staff dekat situ then tunjukkan meja saya lagi. Happy!!!

Kalau nak di compare benefit yang company ni bagi dengan company sebelum ni macam lebih kurang dari segi cuti dan apa2 berkaitan labour law tapi company yang ini salary dia kasi memang tinggi dari yang saya dapat dekat company saya dekat kelana jaya. ada elaun lagi. Then, bos dia memang baik sangat. Ni saya tahu dari cerita kawan saya yang pernah kerja dekat sini before ni. Staff dekat situ pun nampak ok. Majoriti staff dekat office butterworth ni melayu walaupun ownernya cina. office dekat georgetown kot yang banyak cina. hehe.....

Pasal kerja wallahualam...tapi semestinya banyak sebab company ni banyak buat private project. Tapi saya dah tak kisah soal kerja sebab  rasanya dulupun saya dah biasa kerja banyak  tapi paling penting sekarang dekat dengan husband.

Nanti dah masuk kerja baru saya tahu macam mana lah kan. Harap2 semuanya oklah...Azam tahun baru, nak kerja lebih rajin then tahu banyak benda tentang design. kena explore banyak lagi. Hope compny baru ni banyak benda yang saya leh buat & sumbangkan selain dari  belajar benda baru.

Oh ya, pasal allergic kulit saya tu kan, lepas balik kelantan terus ok. Macam magic pun ada. Padahal time tu saya mana pantang makan pun. macm2 family in law kasi makan, xtahan godaan lansung! Sekarang, saya jadi peminat makanan dekat kelantan tau! sedap sangat2.hehe...Dapat pulak FIL memang ada warung jual makanan yang best2 lagilah saya suka. Saya rasa maybe sebab air dekat umah FIL saya tu air dari bawah tanah (kira air mineral la kan) sebab tu baik aje allergic ni. maybe sebab air dekat selangor tu tak betul2 bersih yang buat saya allergic teruk. Now, dah ok. Tingal parut2 aje.  Alhamdulillah.....

Mintak2 dekat Kulim ni pun ok jugak la. Ok, tu je nak bebel. hehe...

Tq for reading. sorry  tak sempat nak blogwalking then balas komen korang. sibuk sangat mengemas sekarang ni. Barang banyak giler...

Tuesday, December 11, 2012

DIY baju Bertandang (Hijau Turquoise)


Quick update. Tinggal baju ni jer lagi yang belum sempat di review. Ok..tempek gambor aje k..

Bahan2 just maxi dress, bunga fabric & lace, pearl


Lace yang ada bunga fabric. beli dekat nagoya dengan harga RM 28 semeter kalau x silap

pearl yang di beli dekat kedai sebelah jakel jalan masjid india


Yang ni dalam pembikinan...sebelum di jahit dengan pearl








Yang ni bila dah siap di jahit pearl & diguna pakai untuk kenduri. Tudung dengan veil pun DIy tapi simple jer..






Monday, December 10, 2012

DIY Guestbook


Guestbook saya hari tu simple aje konsepnya. Print kertas, wat hard cover, then hias sikit2 dekat front page dah siap!

Kertas saya guna kertas A4 biasa je. saya wat design sikit then print. Adalh dalam 100 page jer saya print. Then, saya gi kedai dekat seksyen 2 shah alam untuk binding dengan hard cover. nama kedai seyes saya lupa tapi sederet dengan kedai kad kawen lestari. Kedai2 dekat situ semua ada buat hard cover cuma berapa dia caj saya tak pasti la. Tapi kedai yang saya gi tu dia caj RM 20.

lepas siap binding dengan hard cover, saya terus main tampal2 dekat front page dia. Dah siap!

So, inilah guestbook hasil diy saya...


Ni time pembikinan...






Yang ni dah siap sepenuhnya....





Sunday, December 9, 2012

Sudah boleh bukak ladang ternakan lemak!


Huhu...rasanya macam baru jer lagi timbang berat badan bulan lepas. naik 4 kg. ok. masa tu semangat berkobar2 nak diet. Dalam sehari hanya sekali jer makan nasi. tambah2 dengan penyakit alergic dengan ambik mcm2 ubat, then kena pantang makan itu ini so saya yakin saya boleh kurus.

Tapi semalam, bila saja2 nak timbang badan sebab rasa dah turun sikit berat, memang terkejut beruk bila berat badan naik lagi 3 kg. OMG! Biar betul! Saya tak puas hati. rasa mcm penimbang tu rosak, ajak encik suami timbang tempat lain then dapat the same result!! huhu...memang takleh terima kenyataan saya dah demuk!

Memang kecewa sangat. Lepas kawen bertambah naik pulak berat badan. Kalau pregnant, normal lah naik tapi ini tidak. Takkan sebab pengambilan ubat allergic tu buat saya gemuk? makan pun since tengah allergic ni taklah banyak mana. Ada masa lansung tak sentuh nasi sebab banyak benda tak boleh makan. Tapi, nampak gaya macam dah boleh bukak ladang ternakan lemak dah ni. Cukup berjaya menternak lemak. haha..

Ok2. stop mebebel. Dah start ber diet semula. Dah palnning dnegan encik suami nak gi jogging sama2. Then planning menu makanan kiteorang hari2. Sama2 semangat nak kurus. depan tv, xnak kunyah2 snek mengarut lagi. nak kunyah tomato, carrot...haha.

Ok..mintak2 berjaya kurus dengan sihat. Family sendiri dengan family in law dah mula menegur saya chubby dah ni. Chaiyok2! 

Pasal allergic saya tu, malam ni nak jumpa pakar kulit swasta dekat kota bharu. jumpa pakar dekat sini dulu sebab rasa macam teruk dah. Takut ada infection dalam darah. Doakan semua baik2 k...

Till meet again. Thank you for reading =)

Friday, December 7, 2012

Last Day In Office, Last Day in Shah Alam




Sumpah rasa sebak giler sekarang ni. Sambil settlekan kerja, pesan itu ini dengan officemate terasa jugak sebak dalam hati. Maybe sebab saya resign bukan sebab tak suka kerja dekat sini tapi sebab nak ikut husband, itu yang rasa sedih semacam. Kalau pindah area sini maybe tak terasa sangat tapi nak pindah jauh nu ha di  kulim, kedah.

 Hampir 5 tahun saya di shah alam. 2 tahun bekerja dekat office. Dah bermacam suka duka saya lalui dekat sini. Mula2 jadi student dekat uitm, then dapat kerja dekat sini. Bertunang & kahwin pun time di sni. Beli kereta pun dekat sini. jadi mangsa ragut & accident pun dekat sini. Kira semua benda akan selalu dikenang.

Lepas ni permulaan baru dalam hubungan saya dan suami. Bila hari2 dapat duduk bersama, mungkin banyak jugak perubahannya. Hope apa saja dugaan dan cabaran lepas ni kami dpat lalui sesama. huhuhu...risau jugak. Harap saya dapat jadi isteri yang baik dan dia imam yang terbaik untuk saya. 

tempat kerja baru....saya masih takut & risau. memang takut sangat. Hope semuanya oklah..


Doakan saya k!

Thursday, December 6, 2012

Sibuk!


sibuk bebenor sekarang. Keja tiap2 hari balik malam. sampai umah sibuk pulak packing2 barang. then sibuk duk atur temu janji dengan kawan2 dekat shah alam ni. semua sibuk nak jumpa. Then sibuk jugak duk mintak2 movie2 banyak2 dekat hard disk orang. sibuk copy & fotostat ilmu2 dekat company sekarang..oh...sibuk2!!!!

last minute punya keja. dulu relax sangat. sekarang sudah carca merba..huhuhu....

Wednesday, December 5, 2012

DIY bantal Nikah




Bantal nikah saya cukup simple. Murah lak tu..mula2 ingt nak sewa tapi pikir nya pikir beli jelah. Tapi bukanlah bantal yang mahal tu, saya beli bantal biasa ja saiz 21 ke 22 inci tah? Serius lupa tapi yang paling besar ar. Beli dekat tesco. Harga Rm 19.90 satu. Beli 2. Time tengah sale dapat murah, so grab aje..hehe.

 Then, saya beli kain kosong. Bukan kain nipis tapi tebal sikit. Ada sale dekat dekat Jakel. Harga 1 m rm 2.60. beli 3 meter. Then, beli pulak border dia, murah je. 1 m, 1 ringgit. Beli 8 m. Mula2 bantal yang first ni selamat saya jahit tangan. Tapi lepas habis je jahit bantal yang first,m mesin jahit wat hal. So, bantal ke-2 terpaksa di jahit tangan sepenuhnya. Huhu….gila sabar time ni. Then..ini hasil bantal nikah “simple” saya.





Bantal ni after nikah, kiteroang buat bantal lepak2 dekat ruang tamu rumah sambil baring tengok Tv. Tukar je sarung bantl tu dengan warna lain sebab kalau putih nanti cepat kotor.

Ok. Tq for reading!