About Us

Sunday, May 29, 2011

Hikmah Memaafkan Orang. (Kalau sakit hati macam manapun, Maafkanlah..)

Marah, sakit hati, geram, benci...semuanya ada sekarang. Saya tak tahu ayat apa lagi yang paling sesuai nak cakap. Saya sedih dan kecewa sangat-sangat. Tak sangka benda-benda macam ini akan jadi dekat saya. Tapi, bila difikirkan balik, mungkin ada hikmah disebalik rasa sakit dan pedih yang saya alami. Allah lebih mengetahui..

Prinsip hidup saya mudah, saya tak suka bermusuh dengan orang. Walaupun ada yang pernah buat saya tersiksa dan sedih, saya memaafkannya. sebab bagi saya, rasa sakit dan kecewa tak akan pergi selagi kita menyimpan dendam. Mungkin bagi sesetengah orang, apa yang saya buat nampak bodoh. Tapi kesannya pada diri, Allah saja yang tahu. Segala perbuatan baik dan buruk seseorang itu pada kita, biar Allah saja membalasnya.



pagi ini, saya tercari cari hikmah memaafkan sebagai panduan untuk saya & mereka mereka di luar sana yang masih menyimpan rasa dendam dihati. Memaafkan bukan beerti kita kalah, tetapi mengembalikan sifat positif yang ada pada diri kita.

HIKMAH MEMAAFKAN:

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman: "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)


... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)

 
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Qur'an 42:43) 

Berlandaskan hal tersebut, kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur'an, "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (QS. Ali ‘Imraan, 3:134)

Ingat, surga itu disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, yang salah satu sifatnya adalah mudah memaafkan. "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabb-mu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-" orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (QS Ali Imran [3] 133-134).


Semoga kita semua sentiasa didalam limpahan keredhaan-Nya..Amin..

Thursday, May 12, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 25

BAB 25


Kedua tangannya disilangkan didahi. Matanya tajam merenung siling bilik. Lagu yang berkumandang di corong radio lansung tak menarik minatnya untuk mendengar. Fikirannya sekarang hanya tertumpu pada kejadian di restoran petang tadi. Sudah seminggu dia tidak bertegur sapa dengan isterinya itu selepas kejadian dia memarahi Alfira dipejabat. Dia tak tahu mengapa tiap kali dia melihat wajah itu dia selalu saja merasa benci. Ada saja perlakuan Fira yang nampak jijik dimatanya. Hidupnya terasa tidak lengkap jika tidak memarahi isterinya setiap hari. Wajah gementar Alfira buat dia rasa bangga. Sedikitpun tidak membuahkan  rasa simpati dihatinya. Kejamnya dia! Amir Firdaus mengeluh.

 Tapi bila berjauhan begini, dia jadi rindu sangat. Dia jadi rindu untuk mendengar bicara gadis yang bergelar isterinya itu. Dia jadi rindu untuk melihat senyuman manis Alfira. Semua tentang Alfira buat hatinya jadi tidak senang. Kalaupun yang keluar dari bibir Alfira hanyalah kata-kata sindiran untuknya, dia tetap rasa puas hati. Sekurang kurangnya Alfira mahu bercakap dengannya. Dia tak pernah berniatpun nak marahkan isterinya. Tapi perkara itu terjadi diluar kewarasannya. Bukan dia tak kasihan melihat wajah sendu Alfira tiap kali mendapat penghinaanya tapi hatinya selalu saja menolak rasa kasihan itu. Sudahnya, hanya marah yang dilemparkan tanpa sebab munasabah. Ya Allah, apa yang tak kena dengan aku ni? Amir Firdaus meraup wajahnya.

Tadi sewaktu melihat Alfira makan bersama Isyraf Rayyan hatinya sudah mendidih marah. Namun mengingatkan Zarina ada bersamanya dia cuba mengawal rasa kurang senangnya itu. Kalau benar dia tak pernah pedulikan kehadiran Alfira, mengapa dia mesti rasa cemburu? Alfira bukan siapa siapa lagi untuknya. Gadis itu cuma memegang sataus isteri dalam surat nikahnya. Hakikatnya, dihatinya sudah tiada ruang untuk Alfira lagi. Yang ada sekarang hanyalah rasa tanggungjawabnya pada Alfira. Tak mungkin dia kan jatuh jatuh hati lagi dengan isterinya! Mustahil!Tapi, kenapa bila dihadapan isterinya selalu saja sikap barannya datang? Bila dibelakang, rindu pula yang bertamu…apa jenis perasaan kah ini?

Amir Firdaus bingkas bangun dari baringannya. Dia perlu bertemu dengn Alfira. Dia inginkan jawapan! Pantas kakinya di atur laju menuju kebilik isterinya yang hanya bersebelahan dengan kamarnya. Pintu bilik diketuk kuat namun tiada sahutan. Setelah lama menunggu, Amir jadi bosan. Dia tak sanggup untuk menunggu esok pagi untuk bertemu Alfira. Semuanya mesti diselesaikan malam ini juga! Tombol bilik Alfira dipulasnya. Dia berasa lega bila pintu bilik itu tidak dikunci. Mungkin Alfira tak menjangka yang dia akan masuk kesitu. Kalau kuncipun, dia tak kisah. Dia ada kunci penduanya. Bukankah rumah ini dia yang beli?

Mendengarkan pancuran air dari bilik air dia tahu Alfira sedang mandi. Matanya melilau kesekeliling bilik isterinya. Cantik dan kemas. Dia memuji didalam hati. Amir Firdaus melabuhkan punggungnya di atas katil. Sementara menantikan Alfira selesai mandi dia menatap majalah Mingguan Wanita yang terletak di atas meja kecil bersebelahan dengan katil. Sedari dulu dia tahu Alfira memang suka membaca. Tak hairanlah bila melihat terdapat almari buku yang penuh dengan bahan bacaan isterinya.

Bunyi dari telefon bimbit Alfira menandakan ada mesej masuk sedikit mengangu konsentrasinya. Entah mengapa, hatinya terasa ingin melihat mesej itu. Sambil matanya memandang kearah bilik air, telefon tangan isterinya di atas katil diambil. Bimbang jika Alfira melihat perlakuannnya yang curi curi membaca mesej. Cepat cepat mesej yang baru masuk itu dibacanya.

Assalammualaikum. Maaf sebab ganggu Fira waktu malam macam ni. Saya risau bila tengok Fira balik dengan keadaan bersedih tadi. Banyakkan bersabar. Saya tahu Fira kuat semangat. Saya yakin Fira boleh lalui semua dugaan ini…

Mesej yang dikirim Isyraf Rayyan itu buat darah Amir Firdaus terus menyirap. Hatinya berdetik rasa cemburu. Apa lagi yang lelaki ini nak? Tak sudah sudah mengangu isteri orang! Hati Amir Firdaus memarahi. Dari mesej yang dihantar dia tahu lelaki itu sangat mengambil berat tentang Alfira. Hatinya tak dapat menerima situasi itu. Dia tak suka! Laju saja mesej yang masuk itu dipadam. Dia rasa puas berbuat begitu! Selagi Alfira ini isterinya, jangan haraplah Isyraf Rayyan nak cuba mengoda isterinya. Dia takkan benarkan!

Bunyi pintu bilik air dibuka buat Amir Firdaus cepat cepat meletakkan kembali telefon bimbit Alfira ke atas katil. Dia segera menoleh ke arah pintu bilik air, mengharapkan wajah manis Alfira yang bertamu di ruang matanya.Berderau darah Amir Firdaus saat melihat Alfira keluar dari bilik air itu dengan hanya berkemban. Tubuh putih gebu isterinya cukup terserlah di balik tuala berwarna biru separas paha yang dipakainya. Bagai nak luruh jantungnya melihat pemandangan begitu indah yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.Amir Firdaus menelan liur. Perasaanya sudah terasa lain macam.

 Alfira Hanim lansung tak menoleh kearah Amir Firdaus sebaliknya gadis itu laju saja menuju ke almari pakaian. Tuala yang tersangkut dibahunya digunakan untuk mengelap rambutnya yang basah. Dia lansung tak menyedari kehadirannya disitu. Amir Firdaus ralit memerhati gelagat Alfira mengeringkan rambutnya yang basah. Jari jemari runcing yang mengirai rambut itu terasa ingin digenggamnya. Bahu Alfira yang terdedah menyerlahkan lagi kulitnya yang putih gebu. Amir Firdaus terpegun seketika. Lidahnya sudah terasa kelu untuk bersuara. Nafasnya juga sudah semakin tidak teratur.

“Aaaaaah…….!” Jeritan nyaring Alfira terus mematikan khayalan Amir Firdaus yang ralit memerhatikan gelagat isterinya sedari tadi.Dia ikut terkejut. Cepat cepat dia bingkas bangun dari katil bila melihat Alfira sudah berdiri di balik almari. Mata gadis itu bulat memandangnya. Tangannya juga cuba menarik pintu almari bagi melindungi tubuhnya yang terdedah.

“Siapa benarkan awak masuk sini? Keluar! “  Alfira Hanim menjerit kuat. Mukanya sudah merah padam.Terasa malu dan marah kerana hak privasinya sudah dicerobohi. Dia rasa malu teramat sangat! Tak pernah lagi seumur hidupnya membiarkan lelaki melihat dirinya dalam keadaan tidak sempurna begini.

“Fira..abang, abang..” Nada suara Amir Firdaus sudah bertukar gagap. Entah mengapa dia begitu sukar untuk menyusun ayat ketika ini. Melihatkan keadaan Alfira yang begitu mengiurkan, lupa sudah dia pada tujuan asalnya kemari. Yang ada didadanya sekarang adalah perasaan aneh yang tak mampu lagi dikawal.

“Tolong keluar sekarang!” Alfira masih lagi menjerit. Dia cuba memaksa Amir pergi dari situ. Terasa jantungnya sedang berdegup laju ketika ini. Ya Allah, janganlah terjadi sesuatu diluar kemahuan ku..Alfira berdoa didalam hati. Biarpun segala miliknya halal dipertontonkan pada Amir Firdaus tapi hatinya tidak merelakan. Lelaki itu tidak layak!

Amir Firdaus menapak sedikit kehadapan, cuba menghampiri Alfira yang berdiri menjauhinya. Matanya hanya tertumpu pada wajah ketakutan Alfira. Hilang sudah rasa malunya dengan persengketaan mereka selama ini. Yang dia nampak sekarang hanyalah wajah Alfira yang cantik dan cukup menggoda imannya.

“Tolonglah..saya rayu. keluarlah!” Nada suara Alfira sudah bergetar, menahan rasa takut dan risau dengan lelaki itu. Renungan Amir Firdaus sudah terasa lain macam. Semakin Amir melangkah mendekatinya, semakin dia menapak ke belakang. Tangannya erat memegang kain tuala ditubuhnya. Takut jika lelaki itu ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya lagi. Dia takkkan izinkan! Amir tak berhak!

Alfira sudah tak mampu lagi bertahan. Langkahnya sudah tersekat di balik dinding. Alfira sudah tidak ada pilihan lagi, dia berlari laju ke bilik air yang cuma beberapa langkah saja dengan tempat dia berdiri sekarang. Hanya situ saja tempat yang dia ada untuk bersembunyi. Namun, baru saja kakinya hendak mendarat masuk kebilik air, tanganya sudah ditarik. Alfira menjerit kecil.

“Lepaslah!” Alfira Hanim merayu. Tidak terperi rasa takut yang sedang menjalar di segenap tubuhnya kini. Tangan Amir Firdaus yang kejap memegangnya cuba dileraikan namun gagal. Mata lelaki itu tidak lepas lansung dari memandang matanya. Jantungnya semakin laju berdegup. Dia benar benar takut sekarang. Ya Allah…selamatkanlah aku..janganlah kejadian dibilik dulu berulang lagi. Dia berdoa didalam hati.

Amir Firdaus hanya tersenyum mendengarkan kata-kata isterinya. Wajah takut Alfira dengan mata yang berkaca dibelainya lembut. Takut benar isterinya itu padahal mereka bukanlah orang asing. Dia suami Alfira yang sah! .Perlahan lahan Ttngannya menyentuh pula rambut isterinya yang lembab basah. Sedaya upaya dia cuba menahan gelodak hati yang meronta ronta untuk membelai tubuh itu. Amir Firdaus menarik Alfira kedalam pelukannya. Dahi gadis itu dikucup lembut. Dia nampak Alfira memejamkan mata dengan bibir yang bergetar. Tubuh gadis itu juga menggigil tapi dia tidak peduli. Kemahuaanya sekarang jauh lebih penting. Amir Firdaus mendekatkan lagi wajahnya ke wajah bersih isterinya. Bibir merah pucat isterinya itu mahu dikucupnya. Namun belum sempat bibirnya bertaut disitu, bayangan wajah Zarina datang menghalangnya.

Amir Firdaus terkejut dari khayalannya. Serta merta bahang amarahnya kembali datang.Tubuh gadis itu yang tadinya kejap dalam pelukannya ditolaknya kasar. Hampir saja Alfira Hanim tersungkur namun cepat cepat dia berpaut pada kerusi di meja solek. Dia terkejut dengan tindakan suaminya itu. Mujurlah dia tidak terjatuh tadi. Alfira mengucap panjang di dalam hati. Pantas wajah Amir dipandangnya.

“Dasar perempuan murahan! Kau ingat aku nak sangat ke dekat kau? Hey, tengok muka kau pun aku dah rasa jijik, inikan pulak nak sentuh kau! Aku geli kau tahu tak?” Amir firdaus mengherdik. Perasaan bencinya terasa meluap luap bila melihat wajah takut Alfira. Terasa mahu ditampar saja wajah cantik yang tak ubah seperti meraih simpatinya! Benci sungguh hatinya kala ini!

“Apa awak cakap ni? Awak yang cuba nak sentuh saya..” Alfira menjawab. Hatinya sudah terasa sebak. Amir ingat aku ini apa? Mainan ke boleh diherdik dan dimarah sesuka hati? Bila dia mahu dia datang, bila tak ingin, aku dihina seperti samaph terbuang. Ya Allah bantulah hambamu ini…..dia bukannya barang terbuang! Dia manusia yang punya hati dan perasaan! Mengapa Amir selalu tidak faham tentang hakikat itu?

“Hey, kau yang cuba cuba nak goda aku. Kau ingat aku akan jatuh sayanglah dekat kau kalau kau goda aku macam ni. Cermin muka tu sikit! Kau tak layak untuk aku..” Amir Firdaus mencemuh.  

“ Sampai hati awak hina saya macam ni. Saya tahu saya tak layakpun untuk awak. Tapi saya tak mintakpun awak kahwin dengan saya. Kalau saya tahu nak jadi macam ni saya takkan terima awak dulu..saya takkan percayakan janji janji awak ” Alfira meraup wajahnya. Air matanya yang sudah bergenang di kelopak matanya cuma tunggu masa saja mahu menitis. Sampai hati Amir berkata begitu padanya sedangkan 7 tahun dulu lelaki itu yang beria ria mengejar cintanya. Sekarang, bila hatinya sepenuhnya diserahkan pada Amir Firdaus, dia dilayan tak ubah seperti sampah. Terlalu hina sangatkah dirinya di mata suaminya itu?

“Aaah..kau jangan fikir aku suka suka nak kahwin dengan kau! Nenek kau yang buat aku jadi macam ni. Sudahlah! Betul cakap Zarina. Kau dengan keluarga kau sama je! Cuma tahu nak kikis harta aku! Aaah!..aku malas nak cakap dengan kau lagi. Buat sakit hati aku saja!” Selesai menuturkan ayat itu Amir Firdaus melangkah keluar dari bilik. Tidak lansung terukir riak bersalah diwajah lelaki itu kerana menyakiti hati isterinya.

Air mata Alfira sudah menitis laju. Tangannya ditekapkan ke dada. Cuba mengusir pergi rasa sakit yang menyucuk nyucuk tangkai hatinya. Sungguh, dia masih lagi terkejut dengan tindakan Amir tadi. Sampai bila dia mesti disakiti? Sampai bila lagi dia harus bertahan? Hatinya sudah hancur lumat dikerjakan lelaki itu.Alfira hanim merintih pedih. Andai masa boleh diundur, dia tak mahu mengenal lansung lelaki yang bernama Amir Firdaus itu! Biarlah dia hidup menyendiiri dari terus menerus dihina insan yang pernah berjanji menyintainya sepenuh hati dulu. Dia tak sanggup menghadapi semua ini..tak sanggup!

*************

Isyraf Rayyan meletakkan fail perubatan pesakitnya di ats meja. Lega rasanya kerana sudah selesai menjalankan tugasnya pada hari itu. Sejak dari pagi tadi, ramai juga pesakit yang harus diperiksanya. Badannya turut terasa penat kerana terpaksa bergerak kesana sini, melayani bermacam kerenah pesakit namun hatinya tetap puas. Dengan apa yang dilakukan sekarang dia tak pernah sikitpun menyesal. Inilah kerjaya yang diimpikannya sejak kanak kanak dulu.

Isyraf Rayyan menyandarkan bahunya di kerusi. Matanya dipejamkan, cuba menghilangkan rasa penat yang menjalar di segenap ruang tubuhnya. Namun beberapa ketika,dia membuka kembali matanya. Masakan dia boleh memejamkan mata jika hanya wajah Alfira Hanim saja yang dilihatnya ketika ini? Isyraf Rayyan melepaskan nafas berat. Kepalanya tidak pernah berhenti berfikir mencari jawapan pada peristiwa yang berlaku dua hari lalu. Sudah bermacam jenis andaian yang dibuatnya namun tak ada satupun yang menemui jawapannya.

Wajah Alfira yang penuh duka dan hiba memang meraih simpatinya. Walaupun Alfira tidak menitiskan air mata ketika itu, tetapi dia tahu hati gadis itu terluka. Wajah itulah yang dilihatnya sewaktu pertama kali mereka bertemu dulu. Apalah masalah yang ditanggung Alfira sekarang? Mungkin sahabatnya itu punya masalah dalam rumahtangganya. Melihatkan riak terkejut di wajah Alfira sewaktu bertemu suaminya bersama seorang gadis di sisi, dia yakin tentu ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan mereka suami isteri. Cara Amir yang hanya mendiamkan diri bila Alfira dimaki hamun tempoh hari memang buat Isyraf Rayyan kecewa. Bukankah yang dihina itu isterinya? Mengapa Amir hanya melihat tanpa berkata apa-apa?

Kepala Isyraf Rayyan sudah terasa berat memikir. Kalau boleh, dia mahu saja bertanya terus pada Alfira, namun dia tahu dia tak berhak untuk masuk campur dalam hal ini. Jika benar Alfira punya masalah dengan Amir, dia berharap sangat agar masalah itu cepat selesai. Dia tak sanggup lagi melihat sinar duka di wajah gadis itu. Hatinya mudah saja jadi simpati. Yang dia mampu hanyalah mendoakan yang terbaik untuk pasangan suami isteri itu.

“Rayyan, jauh betul mengelamun. Dah banyak kali aku panggil tapi tak dengar-dengar”
Tangan yang melambai lambai dihadapan matanya buat Isyraf rayyan terjaga dari khayalannya. Hilang sudah wajah Alfira yang bertamu diruang matanya tadi. Yang dia lihat sekarang hanyalah wajah teman sekerjanya, Doktor Fikri. Lelaki itu mengukir senyuman untuknya. Isyraf Rayyan membalas.

“Apa yang kau fikir ni Rayyan? Jauh benar mengelamun. Kau fikirkan dia lagi ke?” soal fikri sambil menarik kerusi dihadapan Isyraf Rayyan. Tanpa disuruh dia duduk di atas kerusi itu.

Isyraf Rayyan tidak menjawab sebaliknya hanya keluhan berat dilepaskan.

“Aku tak boleh berhenti dari berfikir tentang dia Fik. Entahlah , aku rasa memang aku tak patut ingatkan dia. Lebih lebih lagi bila dia ada masalah macam sekarang. Aku risau sangat keadaan dia Fik” Lancar saja bibir Isyraf rayyan menuturkan ayat itu. Memang hatinya tidak tenteram sekarang. Hendak menghubungi Alfira dia jadi gusar. Dia tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Rayyan..dia isteri orang. Kau memang patut lupakan dia” Fikri menasihati. Bukan dia tak tahu sahabatnya itu pernah jatuh hati pada gadis bernama Alfira. Dia masih ingat pada wajah ceria Isyraf Rayyan bercerita tentang gadis yang ditemuinya di laman hospital. Kasihan sahabatnya itu, jatuh cinta pada tempat yang salah. Hati gadis itu rupanya telah lama dimiliki.

“ Aku tahu Fik. Dari hari dia bagi aku kad kahwin dia lagi aku dah buang perasaan aku tu jauh jauh. Dah memang aku tak ada jodoh dengan dia. Aku letakkan diri dia sebagai kawan aku sekarang. Aku tak pernah berniatpun nak hancurkan rumah tangga orang. Tapi, aku tak boleh tengok dia bersedih. Hati aku jadi tak tenang” Isyraf rayyan memandang wajah Fikri, mengharapkan lelaki itu mengerti tentang perasaannya kala ini.

“Rayyan..jangan fikirkan sangat hal ni. Aku tahu niat kau just nak tolong dia tapi jangan biar perasaan simpati kau tu nanti buat kau makan hati. Aku taknak kau lebih terluka. Masalah rumahtangga dia kita tak ada hak nak masuk campur..”

Isyraf Rayyan mengangukkan kepalanya. Memang dia patut masuk campur tapi hatinya ini meronta ronta untuk tahu apa yang sedang dihadapi gadis itu sekarang. Kalau boleh, dia mahu berhenti dari mengingati Alfira tapi dia masih belum mampu lagi. Perasaan indah yang pernah hadir walaupun seketika itu harus dibuang jauh. Biar tak ada satupun yang tertinggal di lubuk hatinya. Itu tekadnya sekarang.



 P/s : Cepat2 saya update KCI 25 ni sebab tak sampai hati nak hampakan korang semua yang setia membaca penulisan saya. Terima kasih sangat2! tapi kalau lagi banyak orang yang sudi komen, lagi lagilah saya terharu! Hehehe....Enjoy ur reading ya..Maaf kalau plot novel ni tak macam yang korang inginkan..But, ur comments sangat2 berguna untuk saya! sayang korang semua!  

Monday, May 9, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 24

BAB 24


 Laporan tapak pembinaan projek yang berada ditangan Alfira hanim diteliti satu persatu sebelum telefon ditas mejanya berbunyi. Tangannya segera mengangkat gagang telefon.

“Hallo”

“Masuk bilik saya sekarang!” Terkedu Alfira hanim dengan suara nyaring Amir Firdaus di hujung talian.

“Ok!” gagang telefon diletak semuala. Dia mengetap bibir menbahan geram.

Macamlah aku pekak nak jerit jerit. Agaknya lupa nak pasang volume controller kot dekat mulut tu. Ingat aku ni duduk sebatu agaknya yang nak tinggi suara tu. Entah apa lagi angin Amir Firdaus kali ini. Semenjak seminggu ni suaminya itu selalu sahaja marah marah. Apa yang dilakukan semuanya nampak tidak kena dimata Amir Firdaus. Buat ini salah, buat itu salah. Suara pulak memang tak pernah berlembut. Alfira  cuba menyabarkan hatinya dengan sikap Amir Firdaus sekarang. Dengan rasa malas, dia menuju ke bilik lelaki itu.

Sebaik saja membuka pintu bilik Amir Firdaus, dia tergamam saat melihat zarina yang sedang tersenyum sinis kearahnya. Alfira tidak membalas senyuman itu. Dia masih belum lupa dengan apa yang dilakukan Zarina padanya ketika di Venice. Janganlah perempuan itu nak buat hal lagi dipejabatnya pagi ini, Alfira hanim berdoa didalam hati.

“Apa yang kau dah buat ni?” Fail berwarna biru itu dicampak kasar diatas meja. Terkejut Alfira dengan tindakan Amir Firdaus. Dengan pantas juga, fail itu diambilnya. Matanya difokuskan pada apa yang terkandung dalam fail itu. Beberapa ketika dahinya berkerut.  Air mukanya terus berubah bila membaca angka yang tertulis diruangan harga tender.

“Saya tak tahupun pasal hal ni. Sebelum ni saya memang dah make sure yang harga yang kita letak dalam tender ni tepat. Tak tahu macam mana benda ni boleh bertukar. Lagipun , ini bukan signature saya.” Alfira menjawab. Memang dia terkejut dengan sebut harga yang terkandung dalam dokumen tender tersebut. kelihatan hampir sama. Macam mana boleh bertukar pula sedangkan dia sendiri yakin dan pasti harga yang direkodkan dalam tender itu. Sudah banyak kali dia menyemaknya sebelum menurunkan tandatangan.

“Tak tahu? Aku benci sangat dengar perkataan tak tahu. Kau belajar bukan main tinggi lagi. Sampaikan ke Jerman. Benda macam ni takkan kau tak boleh nak alert. Kau tau, disebabkan kau terlebih letak satu saja sifar dalam harga tender ni kita dah terlepas satu projek besar! Aku dengan Datuk ambik kau kerja dekat sini bukan untuk merugikan syarikat. Kau faham tak?” Jerkahan Amir Firdaus memang buat hatinya tersiat.  Ditambah lagi melihatkan wajah Zarina yang tersengeh sengeh kearahnya, hatinya jadi bertambah sakit. Mungkin perempuan itu seronok melihat dia dimarahi oleh sang kekasih. Alfira mengetapkan bibirnya cuba menahan rasa geram. Kesabarannya sudah semakin nipis dengan penghinaan Amir Firdaus.

“Macam mana saya nak cakap saya tahu sedangkan saya tak buatpun semua ni. Saya memang dah semak dan tandatangan tender dokumen tu tapi bukan yang ini. Kalau Encik tak percaya, Encik boleh tanya Zahirah. Dia tahu pasal hal ni. Betul, ini dokumen palsu. Bukan yang saya buat hari tu” Alfira hanim berkata tegas. Fail ditangannya diletakkan kembali di atas meja lelaki itu namun Amir Firdaus membalingnya kasar ke lantai. Terkedu Alfira dengan perbuatan suaminya itu. Rasa mahu gugur jantungnya. Sampai hati Amir melayannya sehina ini.

“Habis, kau nak cakap siapa yang sign? Hantu? Aku dah tanya Zahirah. Dia cakap memang kau yang sign dokumen ni depan dia. Kau jangan nak buat cerita karut pulak. Kau tahu tak kita dah rugi 400 juta ringgit sebab tindakan bodoh kau ni…” Suara Amir Firdaus masih nyaring.

“sayang dahlah tu. Tak guna marahkan perempuan ni. Dia bukannya tahu apa pun. Harap je belajar tinggi tapi lansung tak boleh buat kerja. Don’t worry, I akan tolong you. Kita akan explain dekat diaorang pasal kesilapan harga ni. ..Ok sayang?” Zarina menghampiri Amir Firdaus. Bahu lelaki itu dipegangnya. Dia mengusap ngusap rambut kekasih hatinya yang sedang mendidih marah.

Alfira hanim jadi menyampah gila melihat keletah Zarina yang mengada ngada itu. Lansung tidak tahu malu! Namun sumpah seranah itu hanya terdetik dalam hatinya. Tak mampu diluahkan dengan kata-kata. Penghinaan yang keluar dari mulut Amir Firdaus tadi buat hatinya kembali berdarah. Dia ingin melawan, tetapi apa lagi bukti yang dia ada? Dengan tahap kemarahan Amir Firdaus sekarang, dia tahu takkan ada satupun alasannya nanti akan diterima lelaki itu.

“I tak tahulah kenapa papa I betul betul nak bela perempuan ni. Sedangkan papapun tahu ni salah dia. I geram sangat ni sayang. You tahukan bukan senang nak dapat projek besar macam ni. Kita dah hampir dapat tau tak?” Amir Firdaus mengendurkan suaranya bila bercakap denan zarina.  Amir Firdaus terbayangkan reaksi papanya bila diberitahu tentang perkara ini. Datuk Ir suffian lansung tak menyalahkan Alfira kerana perkara sudahpun berlaku. Wajah Alfira Hanim yang sugul lansung tidak dipandangnya. Dia jadi benci bila melihat wajah itu sekarang.

“Kau keluar sekarang!” Jerit Amir Firdaus lantang. Alfira segera berlalu pergi. Rasa sebak yang bertandang didadanya cuba diusir pergi namun gagal. Memang dia terasa sangat. Selama dia hidup, inilah kali pertama dia dihina seteruk ini. Lebih kejam, Amir sengaja ingin memalukannya dihadapan Zarina. Dia tahu dia bukan isteri yang diinginkan, tetapi dia punya maruah. Amir Firdaus telah meletakkan maruahnya di tempat paling bawah. Dadanya sudah bergetar menahan sebak didada.

“Puan, saya dah try explain dekat Encik Amir tapi dia..” Alfira mengangkat tangannya kepada Zaidah sebagai tanda dia tak mahu diganggu sekarang. Emosinya masih lagi tidak stabil. Melihatkan ramai pekerja yang memandang kearahnya dia tahu mereka semua mendengar jeritan Amir Firdaus dibilik tadi. Memang dia malu tetapi kala ini hatinya jauh lebih sakit.

Sampai sahaja di bilik pejabatnya, air matanya laju sahaja mengalir. Dia terlalu sedih sekarang. Sikap Amir Firdaus yang lansung tak menghormatinya memang sangat melukakan. Kalau sekalipun dia silap, layakkah dia dihina sebegitu rupa? Dia dihukum tanpa ada peluang lansung untuk membela diri! Dia tak bersalah tapi Amir sengaja menjadikannya pesalah.Dia sudah penat bersabar dengan lelaki itu. Alfira tidak tahu sampai bila dia boleh bertahan. Ya! Dia memang bodoh! Dia bodoh kerana cintakan lelaki itu! Memang itu kesilapan besar yang dilakukannya dalam hidupnya, menyintai Amir firdaus! Alfira sudah teresak esak menangis.


***************

Mata bulatnya masih belum puas melihat kereta Myvi putih dihadapannya. Kertas yang mengandungi senarai harga kereta ditangannya ditatap lagi. Melihatkan harga kereta itu dia yakin dia mampu menbelinya.

“Macam mana? Puan jadi tak ambik?” lelaki berkulit sawa matang yang sedari tadi duduk disebelahnya mula bersuara. Alfira hanya tersenyum. Otaknya masih belum dapat membuat keputusan. Wajah Isyraf Rayyan dan Nadia dihadapannya dipandang.

“Korang rasa macam mana?”

“Laa..kau yang nak beli, tanya kiteorang pulak.Bagi aku ok je..” Jawab Nadia. Sedari tadi dia lihat sahabatnya itu bagai keliru untuk membuat pilihan. Isyraf Rayyan yang berdiri disebelahnya juga turut mengangukkan kepala. Dua hari lepas bila Alfira mengajaknya menemaninya membeli kereta terus saja dia memberikan persetujuan. Kadang kadang dia jadi simpati sangat dengan teman baiknya itu.Terlalu banyak dugaan yang terpaksa dihadapi Alfira. Ingat ke selepas kahwin sikap Amir akan berubah, tapi makin menjadi jadi pulak. Banyak perkara yang terpaksa diuruskan Alfira sendirian.

“Saya pun rasa macam tu. Kereta ni dah cukup sesuai untuk Fira. Lagipun tak mahal sangat kan?” Isyraf Rayyan menambah kata. Dia yang membawa Alfira ke kedai ini kerana pengurus kedai ini merupakan kawannya.

“Oklah macam tu. Saya tak pandai sangat bab bab kereta ni. Itu yang tanya korang. Maklumlah, tak pernah ada kereta sendiri lagi..” Alfira ketawa kecil.

“Tak nak tanya suami Fira dulu ke?” Isyraf Rayyan menyoal. Sejak dia mengenali Alfira, gadis itu lansung tak pernah bercakap tentang suaminya. Lebih memelikkan, Alfira banyak kemana mana berseorangan. Dia berfikir mungkin suami Alfira terlalu sibuk bekerja.

“Dia tak kisah..” Seperti yang dijangka, memang ayat itu yang selalu keluar dibibir Alfira bila bercerita tentang suaminya. Namun, dia tak pernah nak bertanya kerana menghormati hak peribadi gadis itu. Lagipun siapa dia nak menyibuk hal rumah tangga orang?

“Saya jadi ambik..” Akhirnya Alfira memberikan persetujuan juga. Dia memang sudah tidak sabar untuk memiliki kereta sendiri. Selepas ini, bolehlah dia berulang alik ke tempat kerja sendiri. Tak perlu lagi menumpang kereta suaminya. Lebih lebih lagi dengan sikap panas baran Amir yang selalu memarahinya. Dia tak sanggup lagi!

“ Kalau macam tu, Puan boleh ikut saya ke dalam office. Ada banyak dokumen yang perlu diisi..” kata lelaki tadi.

Alfira mengangukkan kepala. Gembira rasanya kerana dapat memiliki kereta sendiri. Dia sudah tidak peduli dengan apa kata Amir Firdaus tentang kereta itu. Lagipun sampai bila dia nak hidup menumpang? Selepas ini dia akan diceraikan juga. Lantaklah kalau lelaki itu nak marahpun, duit dia. Suka hatilah dia nak buat apapun. Kalu bukan memikirkan Amir itu masih suaminya yang sah, dia mahu saja berlari keluar dari rumah itu. Sudah banyak kali hatinya disakiti. Kalaupun Amir bencikan dirinya, janganlah melayannya seperti barang tak berguna. Dia punya hati dan perasaan. Alfira mengeluh sebelum turut melangkah masuk mengikut jejak lelaki tadi.



***********************

“Disebabkan hari ni korang dah temankan Fira beli kereta, Fira nak belanja korang makan. Korang pilih je nak makan dekat mana” Nada suara Alfira Hanim bertukar ceria sebaik saja mereka bertiga keluar dari pejabat urusan kedai kereta itu. Hatinya terasa lapang kerana semua urusan telah selesai Cuma tunggu kereta yang ditempahnya sampai saja dalam masa 2 minggu lagi.

“ Kalau macam tu aku nak makan dekat tempat paling mahal dekat Malaysia ni. Boleh tak Puan Alfira?” Cepat saja Nadia menjawab. Isyraf rayyan disebelahnya hanya ketawa. Mungkin terasa lucu dengan permintaannya itu.

“Daripada kau cakap termahal baik kau cakap tersedap. Mahal tak semestinya sedap la sayang!” Balas Alfira. Memang betulpun. Baginya harga murah atau mahal bukan penentu rasa makanan itu sedap atau tak. Dia pernah makan makanan yang dijual di kedai dengan harga yang mahal di restoran mewah tapi tak dapat diterima anak tekaknya. Kadang dia rasa, gerai tepi jalan jauh lebih sedap dari restoran taraf 5 bintang.

“He eleh..cakap jelah kau tak cukup budget” Nadia sudah memuncungkan bibirnya, pura pura merajuk.

“Mana ada. Betul apa aku cakap. Betul kan Rayyan? “ Alfira mengalihkan matanya pada wajah Isyraf Rayyan pula

Isyraf Rayyan mengangukkan kepalanya. “betul tu Nadia. But don’t worry. Saya ada satu tempat makan yang memang sedap sangat. Tempat tu nampak eksklusif macam dekat hotel tapi harga dia berpatutan. Awak dengan Fira memang suka punyalah..”

“Ok..Jomlah cepat. Saya dah lapar ni. Perut saya ni mana boleh dengar kalau ada orang nak belanja..cepat je memberontak” Nadia menjawab sambil ketawa kecil.Isyraf rayyan dan Alfira hanim turut sama tergelak dengan kerenah Nadia yang agak kelam kabut itu.

Mereka bertiga tiba di Restoran Pesona Damai ketika jam menunjukkan hampir pukul 2 petang. Suasana di restoran itu memang cantik dan redup mata memandang. Ditambah pula dengan senibina restoran yang ala ala kampung. Memang memukau pada siapa saja yang memandang.

“My mom suka sangat makan dekat sini. Dia cakap boleh buat dia ingatkan kampung” Isyraf Ryyan memulakan bicara setelah mereka membuat pesanan makanan kepada pelayan.

“Awak asal mana Rayyan?”Alfira bertanya. Hampir berbulan dia mengenali lelaki itu dia tidak pernah bertanya sangat tentang latar belakang doctor itu. Yang dia tahu, rayyan menetap bersama keluarganya di Subang Jaya.

“Saya asal Johor. Tapi family Saya dah lama menetap dekat sini. Nenek dengan Atuk  pun dah lama tak ada. So, jarang jugak kami balik kampung. Selalu, time raya baru balik..” Isyraf Rayyan membetulkan kolar baju kemeja T nya yang sedikit berlipat.

“Thank’s lah Rayyan tolongkan Fira beli kereta tadi. Kalau nak harapkan Fira dengan Nad ni, kami bukannya tahu sangat pasal kereta. Yang pandainya bawak je. Apa benda pun tak tahu..” Alfira tersenyum. Memang dia banyak sangat terhutang budi dengn lelaki itu.

“Tak ada apalah Fira. Apa gunanya kawan kalau tak boleh menolong. Lagipun saya  tak kerja pagi ni. Malam ni baru shift saya bertugas. So, memang saya free untuk temankan awak dan Nad” Isyraf Rayyan masih lagi tersenyum. Memang niatnya ikhlas membantu. Biarpun dia tahu dia tak wajar terlalu rapat dengan Alfira kerana status gadis itu sebagi isteri orang, tetapi dia tak sampai hati melihat Alfira yang dalam kesusahan. Hati lelakinya mudah saja jadi simpati.

Mereka bertiga berborak tentang bermacam cerita sebelum seorang pelayan datang menghantar makanan. Ada bermacam macam jenis makanan terhidang di atas meja. Ikan masak tiga rasa, ayam penyet, udang goreng tepung, terung goreng berlada, tomyam dan buah buahan yang sangat membuka selera mereka bertiga. Dengan lafaz bismillah, mereka menikmati makanan tengahari itu dengan hati yang riang.

“Saya nak ke toilet kejap” Alfira meletakkan sudu dan garfu yang dipegangnya diatas pinggan. Dia sudah selesai makanan. Perutnya juga sudah terlebih kenyang. Mana taknya, semua makanan hendak dimakannya. Dan paling penting, semuanya sedap-sedap. Nampaknya lepas ni bolehlah dia bawa emak dan nenek makan disini pula. Pasti mereka suka.

 Alfira berdiri sambil mencapai tas tangannya. Baru saja dia hendak melangkah tiba tiba saja tubuhnya dirempuh kuat. Berpusing tubuhnya dek rempuhan kasar itu sehingga dia tersadung pada meja. Air oren yang masih berbaki separuh gelas di atas meja itu tumpah mengenai baju yang dipakainya.

“Hey, jalan tak reti tengok kiri kanan ke?” Kedengaran suara wanita menjerit lantang dibelakangnya.Kurang ajar betul perempuan ni. Dia yang langgar aku, lepas tu boleh pulak terjerit jerit macam oaring sasau! . Alfira cepat cepat menoleh kebelakang. Dia ingin melihat wajah angkuh perempuan yang sedang memarahinya itu namun melihatkan wajah dihadapannya sekarang terus lidah Alfira jadi kelu. Dia tergamam. Zarina dan Amir Firdaus  juga turut terkejut.

“Fira? Kenapa ni? “ Isyraf Rayyan dan Nadia turut bangun mendapatkan Alfira. Mata mereka berdua juga turut terkejut dengan kehadiran Amir Firdaus dan Zarina disitu. Melihatkan tangan Zarina yang erat memeluk lengan Amir Firdaus dan wajah Alfira yang masih terkejut mereka terus terdiam.

“Aku ingat ke setakat bodoh buat kerja, rupanya cara berjalan pun bodoh jugak. Harap muka saja cantik..” Zarina menyindir Alfira. Dia perasan mata kekasihnya itu tidak lepas merenung wajah Alfira. Perasaan bencinya semakin meluap meluap.

“Kurang ajar punya perempuan. Mulut longkang betul! “ Nadia sudah mara kehadapan. Tangannya sudah diangkat untuk menampar mulut lanacang Zarina namun pantas saja dihalang Isyraf Rayyan.

“Sabar Nad. Cik, saya minta maaaf. Saya rasa kawan saya ni tak salah. Ini semua salah faham. Kami minta maaf..” Isyraf rayyan cuba berdiplomasi. Dia tak mahu ada pergaduhan yang terletus disitu. Melihatkan wajah Alfira yang sudah keruh, dia tahu hati wanita itu tengah terluka sekarang. Siapa perempuan ni? Bukan main lagi peluk suami orang? Takkan girlfriend Amir kot? Bermacam macam soalan menerjah fikiran Isyraf rayya. Tetapi, sekarang bukannya masa yang sesuai untuk dia bertanya.

“Ohh…inilah boyfriend bini you ni sayang. Huh, high taste jugak ye perempuan ni….” Zarina memeluk pula pinggang Amir Firdaus. Lelaki itu hanya membisu. Pelukan yang mendarat dipingangnya juga dibiarkan.

“Fira ni kawan saya” Isyraf rayyan menjawab. Dia tak mahu hubungannya dengan Alfira disalah ertikan. Dia belum gila lagi sampai hendak mengacau isteri orang walaupun dia akui dulu dia memang sukakan Alfira.

“Huh! Yelah tu. Jomlah sayang kita pergi. Semak je mata I tengok muka perempuan ni. Menyampah!” Zarina sudah menarik tangan Amir Firdaus untuk keluar dari situ. Mereka bertiga sekadar memerhati langkah pasangan itu keluar dari restoran.

Nadia menghampiri Alfira yang masih lagi dalam riak terkejut. Bibir gadis itu sudah bergetar cuba menahan tangis. Tubuh sahabatnya itu dipeluk.

“Fira, aku faham perasaan kau….aku faham. Kau bersabarlah…” Hanya itu yang mampu diucapkan Nadia ketika ini. Dia tahu hati Alfira pasti terluka lagi.


Bersambung...


P/s: Sorry lambat update. banyak sangat masalah yg saya hadapi dalam seminggu dua ni. Badan pun masih belum sihat sepenuhnya. Masih sakit. Thank's pada semua yang menyokong karya saya. Doakan saya baik2 saja dan semua urusan saya berjalan lancar =) .

Tuesday, May 3, 2011

Musim Buah Buahan tapi Aku kempunan Nak rasa =(

Baru balik dari kampung..tak ada buah buahan pun yang boleh dibawa balik ke sini sebab semuanya putik2 lagi....(masih belum cukup matang) huhuhuhuhu..Yang ada cumalah gambar..Jom tengok pokok2 yang ada dekat rumah aku di kampung!


Buah Mempelam







Buah mempelam paling banyak yang ada dekat halaman rumah aku, lebih2 lagi buah harum manis


Buah Mata Kucing. Masa balik hari tu sempat jugak merasa sikit. Ni masih lagi berbunga, tak keluar buah lagi




Buah Manggis pun putik lagi


Buah Setul

Buah Rambutan



Buah Durian

limau bali


Buah Kedondong


Nampaknya nanti kena balik rumah lagi sbb nak makan buah2 ni semua..itu belum masuk buah buahan yang lain yg belum berbuah..